Download - Orkestra Klasik India
MZU3117 MUZIK MALAYSIA
TAJUK 12 Muzik Ensembel Lain – Muzik dan Orkestra Klasik India
SinopsisDalam tajuk ini anda akan mempelajari tentang Muzik dan Orkestra Klasik
India.
Hasil Pembelajaran
1. Menghuraikan ciri-ciri muzik yang diperdengarkan dari segi melodi, harmoni, irama, tekstur, bentuk, dinamik dan warna ton. (1.2)
2. Mengenal pasti, mengklasifikasi dan membanding beza alat muzik yang digunakan dari segi fungsi dan jenis. (1.5)
3. Menghayati pelbagai jenis muzik tradisi tempatan. (3.2)
4. Mensintesis maklumat daripada pelbagai sumber untuk mengaitkan teori dan pengalaman. (6.3)
Kerangka Tajuk Ini
62
Muzik dan Orkestra Klasik India
Melodi, Irama dan BentukAlat-alat Muzik
MZU3117 MUZIK MALAYSIA
12.1 PengenalanSeni muzik mempunyai peranan yang penting dalam kehidupan, agama,
sosial dan kesenian penduduk di negara India, mahupun penduduk berketurunan
India di Malaysia. Pelbagai tradisi muzik rakyat dan muzik popular telah dibawa
ke Malaysia oleh penghijar India sejak beberapa abad yang lalu. Tradisi muzik
klasik yang dibawa ke Malaysia masih dipelihara dan dipersembahkan di istitusi-
institusi swasta di sini yang menaungi pengajaran muzik instrumental dan vokal
klasik India. Antaranya seperti Temple of Fine Arts yang terdapat di Malaysia dan
Singapura. Sehingga kini ia masih dipersempahkan di konsert-konsert muzik,
tarian dan drama India, khususnya di kawasan bandar di Malaysia. walaupun
muzik klasik India telah wujud dan dipersembahkan di Malaysia selama
beberapa abad, tradisi muzik ini masih mengekalkan ciri-ciri muzik India yang
tidak tercemar dengan tradisi muzik lain.
Muzik rakyat wujud di India pada zaman perabadan Lembah Indus pada
kira-kira tahun 2000 sebelum Masihi. Ia bermula dengan canta-canta yang
dikenali sebagai Rig Veda dan dipersembahkan di kuil-kuil Hindu. Muzik vokal
Vedik ini termasuklah canta dan lagu suci. Canta-canta dan lagu suci ini
melibatkan masyarakat dari tiga kasta tertinggi dalam agama Hindu manakala
kasta Hindu keempat, iaitu kasta sudra mempelajari mitologi Hindu dan agama
melalui mitos Ramayana dan Mahabharata serta cerita-cerita Purana. cerita dan
63
MZU3117 MUZIK MALAYSIA
mitos ini dinyanyikan oleh penyair (bard) yang berjalan dari kampung ke
kampung atau dipersembahkan di pentas.
Akibat tradisi cerita dan mitos yang dipentaskan, sebuah manual bagi seni
persembahan ditulis antara abad kedua sebelum Masihi dan abad kelima Masihi.
Naskah berjodol Natyasastra ini dikarang oleh Bharata dan ia umpama sebuah
manual bagi mementaskan cerita yang melibatkan muzik, tarian dan drama.
Hampir semua konsep dan istilah muzik klasik India diterangkan dalam naskah
ini termasuk konsep pic, sruti, jeda, skel, mod, melodi, raga, irama, tala dan lain-
lain.
Secara asasnya, muzik tradisi India boleh dibahagikan kepada dua iaitu,
muzik Hindustani yang berkembang di istana-istana Mogol di utara India pada
zaman dahulu; dan muzik Karnatak di bahagian selatan India yang masih
mengekalkan pengaruh Hindunya. walaupun kedua-dua gaya muzik ini berasal
daripada prinsip-prinsip teori yang sama, tetapi kedua-duanya memaparkan
bentuk, raga, tala dan alat muzik yang berbeza.
12.2 Alat-alat Muzik
12.2.1 Muzik Karnatak Melodi utama biasanya dihasilkan oleh suara penyanyi dalam
karya tertentu. Namun ia boleh digantikan dengan alat muzik lain
seperti vina, venu, nagasvaram, violin atau gottuvadyam.
Melodi kedua biasanya dihasilkan oleh alat violin (kecuali apabila
nagasvaram menghasilkan melodi utama).
Rentak dihasilkan oleh alat-alat daripada dua kategori iaitu
mridangam atau tavil daripada keluarga membranofon; dan alat
daripada keluarga idiofon seperti kanjira, ghatam dan morsing.
Harmoni secara dron dihasilkan oleh alat tambura, ottu atau kotak
sruti.
64
MZU3117 MUZIK MALAYSIA
12.2.2 Muzik Hindustani Melodi utama biasanya dihasilkan oleh suara penyanyi, sitar,
surbahar, sarangi, bamsri, shahnai, violin dan kadangkala alat
sarod.
Melodi kedua dihasilkan oleh alat sarangi, harmonium atau
surmandal digunakan.
Rentak dihasilkan oleh alat-alat genderang daripada keluarga
membranofon iaitu tabla/baya.
Harmoni secara dron dihasilkan oleh alat tambura, sur peti atau
sur.
65
Pemain vina (kiri) dan nagasvaram (kanan) dengan alat muzik masing-masing
MZU3117 MUZIK MALAYSIA
66
Pemain mridangam (kiri), alat muzik tavil (tengah) dan kanjira
Pemain tambura dan alat sur peti
MZU3117 MUZIK MALAYSIA
Keluarga Nama alat Gambar Diskripsi
Kordofon
Vina
Lut yang dipetik 7 tali logam, berfret Alat tipikal dalam muzik
Karnatak
Gottuvadyam
Lut yang dipetik 7 tali logam, tanpa fret Alat tipikal dalam muzik
Karnatak
Violin
Alat muzik barat Dimainkan menegak
Sitar
Tujuh tali logam Beberapa tali tambahan
yang bergetar Mempunyai fret Dua tali menghasilkan
melodi, tali lain membunyikan dron
Alat tradisi Hindustani
Sarod
Empat hingga lima tali logam
Beberapa tali tambahan yang bergetar
Tidak mempunyai fret Alat tradisi Hindustani
67
MZU3117 MUZIK MALAYSIA
Keluarga Nama alat Gambar Diskripsi
Kordofon
Sarangi
Alat lut yang digesek Mempunyai tiga hingga
empat tali serta beberapa tali tambahan
Alat tradisi Hindustani
Tambura
Alat lut yang dipetik Berperanan
membunyikan dron Digunakan dalam muzik
Karnatak dan Hindustani
Surmandal
Alat ziter yang digunakan oleh penyanyi Hindustani
Berbentuk papan manakala tali-tali dipetik dengan jari
68
MZU3117 MUZIK MALAYSIA
Keluarga Nama alat Gambar Diskripsi
Erofon
Bamsri, Venu
Alat flut yang menghasilkan melodi utama dalam lagu Karnatak dan Hindustani
Bamsri – alat flut Hindustani, mempunyai tiub yang agak panjang
Venu – alat flut Karnatak dengan tiub yang lebih pendek
Nagasvaram
Dikenali Shehnai di Utara India
Alat paip berlidah, 72 sentimeter panjang, berbentuk kon, dua lapisan pelidah
Juga dimainkan bagi mengiringi perarakan di kuil-kuil Hindu
Ottu
Membunyikan dron bagi mengiringi Nagasvaram
Ditiup secara teknik ’circulate breathing’ supaya pic dron tidak berhenti sehingga tamat lagu
Shehnai
Panjang 40 sentimeter berbentuk kon
Mempunyai 7 lubang jari Juga ditiup secara teknik
’circulate breathing’ Terdapat dalam muzik
Hindustani
69
MZU3117 MUZIK MALAYSIA
Keluarga Nama alat Gambar Diskripsi
Erofon
Sur peti
Sejenis harmonium dengan belos yang dipam dengan tangan
Menghasilkan dron serentak dengan shehnai
Harmonium
Alat erofon dengan rid-rid bergetar secara bebas
Organ daripada muzik Barat
Digunakan dalam ensembel muzik Hindustani
70
MZU3117 MUZIK MALAYSIA
Keluarga Nama alat Gambar Diskripsi
Membranofon
Mridangam
Sejenis dram dalam muzik Karnatak
Berbentuk tong panjang 2 muka kulit
Muka kulit diperbuat daripada lapisan kulit lembu, kambing dan lapisan pes gandum
Ditiunkan mengikut register tertentu
Tavil
Sejenis dram dalam muzik Karnatak
Berbentuk tong panjang 2 muka kulit
Muka kulit tidak ditiun Satu muka kulit dipukul
dengan tangan manakala satu lagi dipukul dengan pemukul kayu
Tabla/Baya
Sepasang dram kecil satu muka kulit
Tabla berbaluh kayu dimainkan dengan tangan kanan
Baya berbaluh logam, ditiun satu oktaf lebih rendah daripada tabla, dimainkan dengan tangan kiri
Alat genderang utama di utara India (Hindustani)
Naghara
Sepasang dram berbentuk kendi
Satu muka kulit, dipukul dengan pemukul kayu
Mengiringi muzik shehnai dalam tradisi muzik Hindustani
71
MZU3117 MUZIK MALAYSIA
Keluarga Nama alat Gambar Diskripsi
Idiofon
Kanjira
Tamborin yang mempunyai piring logam kecil dan dipukul dengan tangan
Menghasilkan rentak Alat tambahan dalam
ensembel Karnatak
Ghatam
Periuk tanah liat yang dipukul dengan pergelangan tangan, jari dan kuku jari
Menghasilkan rentak pelbagai timbre
Alat tambahan dalam ensembel Karnatak
72
MZU3117 MUZIK MALAYSIA
12.3 Muzik Klasik IndiaAhli muzikologi India telah menulis bahawa muzik klasik India bertumpu
kepada melodi dan irama. Harmoni fungsian (functional harmony) dan nada (key)
tidak diberi perhatian. Karya-karya klasik diimprovisasikan dan konsep raga/rag
dan tala/tal merupakan asas bagi improvisasi itu.
12.4 MelodiMelodi dalam muzik India berasaskan rag (tradisi Hindustani) atau raga
(tradisi Karnatak). Rag/raga berasaskan skel heptatonik dan mempunyai
beberapa ciri yang penting. Rag/raga terdiri daripada beberapa pic yang berturut-
turut seakan-akan skel dengan corak menaik yang tertentu dan corak menurun
tertentu yang biasanya berbeza daripada corak menaik tadi (lihat contoh a).
konsep vadi dan samvadi dalam rag/raga merujuk kepada pic yang terpenting
(vadi) dan pic berlainan yang kedua pentingnya (samvadi), dan semua rag
mempunyai nama tertentu. Contoh di bawah adalah 2 buah rag Hindustani.
Rag Bimpalasi (waktu petang)
Rag Sindhi-Bhairavi (waktu pagi)
Daripada The sounds of India, Ravi Shankar, sitar (An Introduction to Indian
Music). Album CBS CS 9296.
73
MZU3117 MUZIK MALAYSIA
Setiap rag/raga mengutamakan motif melodik tertentu dan bunga atau
perhiasan melodik (gamaka) tertentu yang dimainkan pada pic tertentu (lihat rag
Sindhi-Bhairavi, corak menaik dalam contoh 2). Akan tetapi, dalam pic sa dan pa
daripada ibu skel rag/raga tertentu tidak pernah dibungakan. Setiap rag/raga
juga mempunyai ’rasa’ atau sentimen serta bhava atau emosi tertentu.
kemungkinan ada sembilan sentimen dan emosi seperti sentimen dan bhava
lucu/ketawa, radang/marah, berani/kuasa, dahsyat/takut, tenang/diam dan lain-
lain lagi. Setiap rag/raga juga dihubung kait dengan jantina dan waktu hari dan
malam seperti yang ditentukan dalam contoh 2 di atas.
12.5 IramaTal (muzik Hindustani) atau tala (muzik Karnatak) merujuk kepada ’ukuran
masa’ dan irama dalam muzik klasik India. Tal/tala merupakan pusingan dalam
masa yang mengandungi bilangan bit tertentu. Sebuah tal/tala tertentu diulangi
pada keseluruhan lagu dan merupakan asas untuk menyusun masa dalam lagu
itu. Beberapa konsep yang berhubung kait dengan tal/tala termasuklah: akshara,
iaitu unit masa yang terkecil seperti bit dalam muzik atau sukukata dalam puisi;
anga yang merupakan bahagian tertentu dalam tala daaripada 1 hingga 9 bit
panjang; dan matra, iaitu satu unit metrik dalam tala yang biasanya terdiri
daripada 4 akshara.
Dalam tradisi muzik Karnatak jangka masa tala tertentu dan peraturan bit-
bit dengan tekanan yang kuat dan lemah disusun dan menyebabkan sistem
klasifikasi tala sangat kompleks. Kumpulan tala utama dikenali sebagai suladi
tala yang mengandungi 35 buah tala sepenuhnya. Peraturan tekanan yang kuat
dan lemah dalam setiap tala menonjolkan jenis irama yang aditif. Sebuah tala
yang paling digemari dalam muzik Karnatak dinamakan Aditala yang mempunyai
8 bit. Dalam Aditala 8 bit dibahagi kepada tiga anga, iaitu anga 4-bit dengan
tekanan yang kuat pada bit pertama, anga 2-bit dan anga 2-bit lagi dengan
tekanan yang kuat pada bit pertama setiap anga itu. Aditala ini ditunjukkan dalam
contoh 3a.
74
MZU3117 MUZIK MALAYSIA
Walaupun kumpulan suladi tala mengandungi tala yang panjang hingga
29 bit, ada juga beberapa tala yang tertua yang terdiri daripada 64 atau 72 bit
dalam sebuah pusingan masa. Tala yang panjang ini jarang dimainkan masa kini
dalam muzik Karnatak.
Contoh 3. Tal/tala dalam muzik klasik India.
a) Aditala (muzik Karnatak)
b) Tintal (muzik Hindustani)
Tempo dalam muzik adalah perlahan (vilambita), sederhana (madhya)
yang lajunya berganda dua tempo perlahan, dan cepat (druta) yang lajunya
berganda dua tempo sederhana.
12.6 Bentuk (Form)Pada umumnya bentuk (atau form) lagu Karnatak dan Hindustani terdiri
daripada dua bahagian utama:
(i) bahagian alapana (tradisi Karnatak) atau alap (tradisi Hindustani)
merupakan bahagian pertama. Muzik dalam bahagian alapana/alap tidak
menggunakan irama yang bermeter dan biasanya alat dram tidak dimainkan.
Dalam bahagian ini rag/raga tertentu dalam lagu diperkenalkan secara
improvisasi. Pemain mendedahkan rag/raga tertentu secara perlahan dengan
memainkan semua pic dan motif melodik satu demi satu. Pada masa ini irama
75
MZU3117 MUZIK MALAYSIA
bersifat bebas, iaitu irama tidak bermeter dan tal/tala tidak ada. Bahagian
alapana/alap ini biasanya berkembang secara berperingkat-peringkat menuju ke
bahagian pendek yang dipanggil tanam (tradisi Karnatak) atau jor (tradisi
Hindustani). Dalam bahagian pendek ini pemain mula memainkan bit yang
berturut-turut dalam muzik, tetapi tal/tala masih tidak ada juga. Pada penghujung
alapana/alap kadangkala pemain berhenti sebentar untuk mentiunkan semula
alat muzik.
(ii) bahagian kedua dalam lagu Karnatak dan Hindustani terdiri daripada
komposisi tertentu. Dalam bahagian ini rag/raga dan tal/tala ada dan biasanya
alat dram dimasukkan ke dalam persembahan pada masa ini. Ada pelbagai
bentuk atau form yang boleh digunakan sebagai kritana atau kriti, varnam dan
tillana digemari, manakala bentuk yang sangat panjang, iaitu ragam-tanam-
pallavi kerap kali dimainkan sebagai salah sebuah komposisi utama dalam
program tertentu. Dalam tradisi Hindustani bentuk thumri, khyal dan gat sering
didengar, manakala bentuk vokal dhrupad jarang dipersembahkan pada masa
kini.
Walau bagaimanapun terdapat pemuzik dari Malaysia yang berketurunan
India yang mempersembahkan konsert muzik klasik. Pada masa ini ada juga
pemuzik dan penari yang diundang dari negara India untuk mempersembahkan
muzik dan tarian klasik. Kadang-kala artis-artis India ini mengajar kesenian
mereka kepada pelbagai persatuan swasta kesenian India yang terdapat di
Malaysia dan juga Singapura. Walaupun pelbagai jenis muzik India seperti muzik
klasik, popular, dan muzik filem dipersembahkan di Malaysia khususnya di
kawasan bandar, tradisi muzik ini masih mengekalkan ciri-ciri muzik India yang
tidak dicemari dengan ciri-ciri muzik tempatan.
76
MZU3117 MUZIK MALAYSIA
Bincangkan dalam kumpulan secara OLL
Simpankan hasil perbincangan dalam folio anda.
RUJUKAN
Matusky, Patricia dan Tan Sooi Beng (1997). Muzik Malaysia: Tradisi Klasik, Rakyat dan Sinkretik. Pulau Pinang: The Asian Centre.
Matusky, Patricia dan Tan Sooi Beng (1997). Pengantar Muzik Malaysia, Buku 1, Pulau Pinang: The Asian Centre.
77