dato’ sri zainal rahim bin seman mampu...komunikasi dan multimedia malaysia dengan tema...

8
CITRA MAMPU EDISI 02 FEBRUARI 2016 1 Bagi menangani cabaran ini, MAMPU perlu menggunakan model baharu penyampaian perkhidmatan yang sepadan dengan teknologi terkini, norma dan kehendak pemegang taruh serta pelanggan. Model penyampaian dan perkhidmatan baharu ini juga seharusnya membolehkan MAMPU melaksanakan pembaharuan dan pengukuhan supaya operasi urusan kerajaan menjadi lebih cepat, mudah dan kos efektif. Pembaharuan ini memerlukan pegawai-pegawai MAMPU berfikir lebih terbuka, kreatif dan inovatif serta berkemahiran dalam menyampaikan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat dan negara. Di samping itu, penekanan harus diberikan untuk meningkatkan pengurusan dan pelaksanaan projek melalui langkah-langkah pemerkasaan, penglibatan pihak-pihak berkepentingan serta usaha sama erat dengan masyarakat setempat, universiti-universiti tempatan dan Pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan serta mewujudkan jaringan kerjasama kolaborasi yang lebih strategik.” Dato’ Sri Zainal Rahim Bin Seman Ketua Pengarah MAMPU Perhimpunan Bulan Februari MAMPU, 22 Februari 2016 “Melakar Spektrum Mengharungi Realiti” “Laporan Price Waterhouse Coopers (PWC) Future of Government: Tomorrow’s Leading Public Body memaparkan perkhidmatan awam pada masa akan datang mencerminkan ciri-ciri pengurusan seperti mentadbir bersama rakyat, ‘rangkaian kerjasama’ dalam kalangan organisasi, perkhidmatan awam yang kejat dan berdinamik, kerajaan sebagai pemudah cara, kerajaan berasaskan outcome dan kerjasama berasaskan kepercayaan berbanding ciri-ciri sebelum ini yang lebih memfokuskan kepada organisasi silo, perkhidmatan awam yang bersaiz besar, kerajaan berteraskan output dan proses serta kerjasama berasaskan penguatkuasaan.

Upload: others

Post on 04-Feb-2020

21 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

CITRA MAMPU EDISI 02 FEBRUARI 2016

1

Bagi menangani cabaran ini, MAMPU perlu menggunakan model baharu penyampaian perkhidmatan yang sepadan dengan teknologi terkini, norma dan kehendak pemegang taruh serta pelanggan. Model penyampaian dan perkhidmatan baharu ini juga seharusnya membolehkan MAMPU melaksanakan pembaharuan dan pengukuhan supaya operasi urusan kerajaan menjadi lebih cepat, mudah dan kos efektif. Pembaharuan ini memerlukan pegawai-pegawai MAMPU berfikir lebih terbuka, kreatif dan inovatif serta berkemahiran dalam menyampaikan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat dan negara. Di samping itu, penekanan harus diberikan untuk meningkatkan pengurusan dan pelaksanaan projek melalui langkah-langkah pemerkasaan, penglibatan pihak-pihak berkepentingan serta usaha sama erat dengan masyarakat setempat, universiti-universiti tempatan dan Pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan serta mewujudkan jaringan kerjasama kolaborasi yang lebih strategik.”

Dato’ Sri Zainal Rahim Bin SemanKetua Pengarah MAMPU

Perhimpunan Bulan Februari MAMPU, 22 Februari 2016“Melakar Spektrum Mengharungi Realiti”

“Laporan Price Waterhouse Coopers (PWC) Future of Government: Tomorrow’s Leading Public Body memaparkan perkhidmatan awam pada masa akan datang mencerminkan ciri-ciri pengurusan seperti mentadbir bersama rakyat, ‘rangkaian kerjasama’ dalam kalangan organisasi, perkhidmatan awam yang kejat dan berdinamik, kerajaan sebagai pemudah cara, kerajaan berasaskan outcome dan kerjasama berasaskan kepercayaan berbanding ciri-ciri sebelum ini yang lebih memfokuskan kepada organisasi silo, perkhidmatan awam yang bersaiz besar, kerajaan berteraskan output dan proses serta kerjasama berasaskan penguatkuasaan.

SEMINAR GALERI APLIKASI MUDAH ALIH KERAJAAN MALAYSIA(GAMMA)Oleh : Engku Anisah bt Engku Muda

2

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) telah menganjurkan Seminar Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia (GAMMA) yang bertujuan mewacanakan perkembangan terkini berkenaan pelaksanaan perkhidmatan digital melalui aplikasi mudah alih yang menyokong dan memberi impak kepada penyampaian perkhidmatan kerajaan. Seminar ini telah diadakan pada 17 Februari 2016 bertempat di Dewan Auditorium, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan tema “Mobiliti, Gaya Hidup Pintar” atau “Mobility, Smart Lifestyle”.

YBhg. Dato’ Sri Zainal Rahim Bin Seman, Ketua Pengarah MAMPU telah merasmikan seminar ini dan YBrs. Dr. Suhazimah Binti Dzazali, Timbalan Ketua Pengarah (ICT), MAMPU telah menyampaikan ‘Titipan Ketua Pegawai Maklumat Kerajaan (GCIO) 2016.’

Satu sesi forum bertajuk ‘Pembangunan/Pelaksanaan Aplikasi Mudah Alih Sektor Awam: Sumbangan Kepada Sistem Penyampaian Perkhidmatan Berpaksikan Rakyat’ telah diadakan dalam majlis yang sama. MAMPU turut menggunakan peluang untuk memberikan sijil penghargaan dan plak kepada agensi paling aktif membangunkan aplikasi mudah alih menggunakan AppGen dan agensi-agensi perintis GAMMA. Dalam majlis ini, Majlis Penyampaian Sijil kepada peserta Pertandingan 24 Jam Membangunkan Aplikasi Mudah Alih Menggunakan AppGen (APPGENATION) dan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan juga diadakan. Acara ini telah disertai sebanyak 40 kumpulan telah menyertai pertandingan ini.

Seminar GAMMA ini telah dihadiri oleh 310 orang jemputan yang terdiri daripada Ketua Pegawai Maklumat (CIO), Pengurus Teknologi Maklumat dan Pegawai Teknologi Maklumat daripada 65 agensi yang merangkumi pelbagai kementerian, kerajaan negeri dan badan berkanun.

Untuk keterangan lanjut berkenaan GAMMA boleh memaparkan maklumat umum dan ia dapat diakses di alamat www.gamma.malaysia.gov.my. Pengguna juga boleh memuat turun Launcher GAMMA.my dari AppStore, Google Play dan Windows Mobile. Sehingga kini sebanyak 66 aplikasi telah berjaya didaftarkan ke portal GAMMA. Daripada jumlah tersebut sebanyak 32 aplikasi mudah alih dibangunkan dengan kerjasama MAMPU manakala 34 aplikasi lagi dibangunkan oleh agensi.

3

BENGKEL RANGKA KERJA GOVERNMENT PUBLIC KEY INFRASTRUCTURE (GPKI) 2.0

Oleh : Maryani Che Ali

Bengkel Rangka Kerja Government Public Key Infrastructure (GPKI) 2.0 telah diadakan dari 2 hingga 3 Februari 2016 di Dewan Dahlia 1, Hotel Bangi Putrajaya, Bandar Baru Bangi. Bengkel ini telah dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Perkhidmatan Gunasama Infrastruktur dan Keselamatan ICT, MAMPU dan dihadiri oleh Pasukan Projek GPKI, MAMPU; wakil ePerolehan, Kementerian Kewangan; wakil eSPKB, Jabatan Audit Negara; wakil Projek MOSP, Bahagian Pembangunan Aplikasi, MAMPU; dan wakil Seksyen Dasar Keselamatan ICT, Bahagian Pembangunan Strategik dan Arkitektur ICT, MAMPU.

Tujuan bengkel ini diadakan ialah untuk memperihalkan kaedah awalan pembentukan rangka kerja GPKI dan mengenal pasti ruang lingkup bertindan antara Dasar Perkhidmatan GPKI sedia ada dan rangka kerja GPKI yang akan dibentuk. Selain itu, bengkel ini turut menyediakan draf dokumen rangka kerja GPKI yang akan melengkapi Dasar Perkhidmatan GPKI dan memenuhi hala tuju dasar – dasar keselamatan maklumat negara. Hasil dapatan daripada Bengkel Rangka Kerja (GPKI) 2.0 ialah peningkatan pengetahuan berkaitan konsep asas PKI dalam pembentukan rangka kerja GPKI dan penyediaan draf awal dokumen rangka kerja GPKI ke arah pelaksanaan Digital ID.

BICARA EKSEKUTIF #PRIHATIN@MAMPU BERSAMA ISLAMIC RELIEF

“PERKONGSIAN ILMU KESEDARAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL”

Oleh : Suliana Sirajuddin

4

Program #Prihatin@MAMPU adalah satu program baharu yang digariskan dalam Pelan Transformasi MAMPU. Bicara Eksekutif #Prihatin@MAMPU bersama Islamic Relief diadakan untuk membina imej warga MAMPU yang dinamik, prihatin dan merasa kekitaan serta mewujudkan kesedaran dan tanggungjawab sosial dalam kalangan warga MAMPU untuk membantu masyarakat setempat secara berterusan.

Bicara Eksekutif #Prihatin@MAMPU bersama Islamic Relief dengan tajuk “Perkongsian Ilmu Kesedaran Tanggungjawab Sosial” telah disampaikan oleh YBrs. Ir. Zairulshahfuddin Zainal Abidin, Pengarah Negara, Islamic Relief Malaysia pada 18 Februari 2016, bertempat di Dewan Serbaguna, Aras 3, Blok B1, Jabatan Perdana Menteri. Islamic Relief merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan untuk membantu insan yang memerlukan bantuan dari sudut material, perlindungan, psikologi, kewangan dan sebagainya. Ia mempunyai lebih dari 40 buah cawangan di seluruh dunia antarabangsandi ranjau Amerika Utara, Amerika Selatan, Eropah, Afrika, Asia, Australia dan Pasifik. Islamic Relief Malaysia adalah pusat yang menguruskan kawasan Asia Pasifik. Seramai 203 orang warga MAMPU telah menghadiri program Bicara Eksekutif #Prihatin@MAMPU Bersama Islamic Relief.

Diharapkan program seumpama ini dapat memberi kesedaran dan meningkatkan keprihatinan wargaMAMPU kepada mereka yang kurang bernasib baik dan dalam serba kekurangan bukan sahaja di Malaysia, malahan negara lain juga.

5

LAWATAN DALAM NEGARA

Oleh : Faridah Awang Ngah

Pada 12 Februari 2016, YBhg. Dato’ Sri Ketua Pengarah MAMPU telah menerima kunjungan hormat daripada dua organisasi iaitu Microsoft Malaysia dan Malaysia Association of Creativity and Innovation (MACRI).

Lawatan daripada Microsoft Malaysia diketuai oleh Encik K. Raman dan lawatan ini bertujuan menjalin hubungan yang lebih erat antara MAMPU dan Microsoft dalam bidang ICT. Dalam pertemuan tersebut kedua-dua pihak telah bertukar pandangan mengenai perkembangan sektor ICT di Malaysia dan prospek jalinan kerjasama antara kedua-dua organisasi.

Tujuan lawatan daripada Malaysia Association of Creativity and Innovation (MACRI) adalah untuk mendapatkan penerangan yang komprehensif mengenai MAMPU. Dalam pertemuan tersebut kedua-dua pihak telah berbincang dan bertukar-tukar pandangan fungsi dan bidang tugas perkara kepentingan dan pembangunan projek- projek kreativiti dan inovasi dalam menghadapi cabaran dan tuntutan dimasa kini dan masa hadapan.

Lawatan dari Microsoft Malaysia yang diketuai oleh Encik K. Raman

Lawatan dari MACRI yang diketuai oleh Dato Shaikh Sulaiman Hj. Ismail

6

PROGRAM TURUN PADANG KETUA PENGARAH MAMPU

Oleh : Siti Zubaidah Abu Hassan

Menyahut seruan YBhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara (KSN) untuk memperkasakan organisasi masing-masing berteraskan enam prinsip di bawah gagasan Merakyatkan Perkhidmatan Awam (MPA), YBhg. Dato’ Sri Zainal Rahim bin Seman, Ketua Pengarah MAMPU telah melaksanakan Program Turun Padang ke Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT), Bandar Enstek pada 16 Februari 2016. Program turun padang ini diadakan bersekali dengan Mesyuarat Agensi Peneraju Projek 1MTC Bersama Rakan Strategik Bil. 1/2016.

Program ini bertujuan untuk berkongsi perkembangan terkini pelaksanaan 1MTC serta membincangkan hala tuju bagi memperkukuh dan menyemarakkan lagi program 1MTC supaya pelaksanaan inisiatif 1MTC terus dipertingkat yang selaras dengan usaha-usaha meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan Institut Latihan Awam (ILA). Sesi turun padang di AKEPT turut dihadiri oleh ahli mesyuarat yang terdiri daripada rakan strategik 1MTC (Kementerian Kewangan, Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pertahanan, Kementerian Belia dan Sukan dan 1M4U (1Malaysia for Youth), wakil-wakil kementerian dan ILA perintis. Program ini diakhiri dengan lawatan ke beberapa fasiliti di AKEPT.

7

MESYUARAT AGUNG KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN MAMPU KALI KE-33

Oleh : Siti Khadijah Jadam

Mesyuarat Agung Kelab Sukan dan Kebajikan MAMPU kali ke-33 telah diadakan pada 18 Februari 2016 (Khamis) di Dewan Serbaguna, Aras 3, Blok B2, Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya. Mesyuarat ini dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Sri Zainal Rahim bin Seman, Ketua Pengarah MAMPU, merangkap Penaung Kelab Sukan dan Kebajikan MAMPU. Seramai 204 orang ahli telah hadir ke mesyuarat kali ini.

Berbeza dengan penganjuran mesyuarat agung sebelum ini, mesyuarat pada kali ini turut diisi dengan sesi perkongsian ilmu bertemakan #Prihatin@MAMPU oleh YBhg. Ir. Zairulsahfuddin bin Zainal Abidin, Pengarah Negara daripada Islamic Relief Malaysia. Pada mesyuarat ini juga, telah dibentangkan laporan aktiviti kelab bagi tahun 2015 dan juga penyata kewangan bagi tahun 2015.

Pelantikan jawatankuasa kerja yang baharu bagi Sesi 2015 – 2018 merupakan agenda utama mesyuarat agung kali ini. Antara jawatan yang dibuat pemilihan dan undian oleh ahli yang layak ialah jawatan Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari, berserta enam ahli jawatankuasa yang lain. Mesyuarat ini telah dikendalikan oleh Encik Boniface Basin anak Nyirop sebagai Pengerusi Sementara.

Ahli-ahli kelab yang hadir bersetuju dengan keputusan pelantikan Encik Saiful Yazan bin Alwi sebagai Pengerusi yang baharu sementara Encik Ahmad bin Osman sebagai Naib Pengerusi. Setiausaha kelab yang baharu ialah Puan Aruna binti Mat Kesumin, yang dibantu oleh Puan Siti Khadijah binti Jadam, sementara Encik Faizal Azmir bin Abd Rashid dilantik sebagai Bendahari. Enam ahli jawatankuasa yang turut diundi sebagai ahli jawatankuasa kerja kelab yang baharu ialah Encik Boniface Basin anak Nyirop, Puan Norhayati binti Abdullah, Puan Amy Lisa binti Bajuri, Encik Mohd Saufi bin Samsudin, Encik Mohd Nazim bin Annas, dan Encik Shahrul Ridzwan bin Mohd Ariffin.

Semoga perlantikan jawatankuasa kerja yang baharu ini akan memberikan nafas baharu kepada kelab terutamanya dalam penganjuran aktiviti-aktiviti kelab dan juga kebajikan ahli kelab.

Rekaan Grafik : Nurul Nabilah Zainal Foto : Syaiful Farizal Mohd Nor Azmi 8

Perkongsian MAMPU

SALAH BETUL

spesis spesies

profail profil

faksimili faksimile

buffet bufet

baucer baucar

Betulkan yang biasa, Biasakan yang betul

Walls Of IdeasEncik Maagiendran a/l Rajasingam

Tajuk idea:Mewujudkan Repositori eBook di Perpustakaan MAMPU

Ulasan : Cadangan supaya Perpustakaan MAMPU membeli lebih banyak buku secara elektronik untuk kegunaan Warga MAMPU kerana lokasi yang jauh bagi cawangan MAMPU Sabah, Sarawak dan Cyberjaya.

Puan Aaishah bt. Dato’ Abu BakarTajuk idea: Mobile Apps For Schedule Waste Management Ulasan : Selaras dengan hasrat kerajaan untuk membudayakan amalan Kitar Semula dan towards zero waste, dicadangkan supaya kerajaan mewujudkan satu aplikasi secara mobile untuk memaklumkan kepada rakyat jadual kutipan sampah mengikut kategori sampah dan juga pusat kitar semula yang berhampiran. Rakyat akan mengasingkan sampah mengikut kategori contoh seperti kertas, bateri, baju, tilam-tilam lama, kayu, besi, plastik, rumput, barangan kaca dan sisa makanan Melalui aplikasi ini rakyat mudah mengetahui jadual kutipan samporganic fertilizers and compos dan recyling material mengikut kategori sampah. Kerajaan perlu melihat secara komprehensif Solid Waste Management, daripada pembuangan sampah dapat menjana pendapatan kepada negara seperti generate electricity and gas, organic

antarabangsa

beritahu

bumiputera

jawatankuasa

kakitangan

matahari

olahragakerjasama

tanggungjawab

tandatangan

sukarelasetiausaha

suruhanjaya

warganegara

pesuruhjaya

15 Kata Majmuk Mantap

Kata majmuk biasa yang lain hendaklah dieja berasingan

fertilizers and compos dan recycling material.