dato’ sri zainal rahim bin seman ketua pengarah …

21
TEKS UCAPAN PERASMIAN DATO’ SRI ZAINAL RAHIM BIN SEMAN KETUA PENGARAH MAMPU MERANGKAP PENASIHAT PUSPANITA CAWANGAN KECIL MAMPU MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PUSPANITA CAWANGAN KECIL MAMPU YANG KE 33 26 JANUARI 2016 (SELASA) 2.30 PETANG HINGGA 3.00 PETANG DEWAN SERBAGUNA, ARAS 3, BLOK B1, KOMPLEKS JPM

Upload: others

Post on 29-Nov-2021

18 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: DATO’ SRI ZAINAL RAHIM BIN SEMAN KETUA PENGARAH …

TEKS UCAPAN PERASMIAN

DATO’ SRI ZAINAL RAHIM BIN SEMAN

KETUA PENGARAH MAMPU

MERANGKAP

PENASIHAT PUSPANITA

CAWANGAN KECIL MAMPU

MAJLIS PERASMIAN

MESYUARAT AGUNG PUSPANITA

CAWANGAN KECIL MAMPU

YANG KE 33

26 JANUARI 2016 (SELASA)

2.30 PETANG HINGGA 3.00 PETANG

DEWAN SERBAGUNA, ARAS 3, BLOK

B1, KOMPLEKS JPM

Page 2: DATO’ SRI ZAINAL RAHIM BIN SEMAN KETUA PENGARAH …

1

Assalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh,

Salam Sehati Sejiwa dan Salam

1Malaysia: Rakyat Didahulukan

Pencapaian Diutamakan.

Yang Dihormati Saudari Pengacara

Majlis,

Yang Berbahagia Datin Sri Nik Hasmah

binti Nik Kadir

Pengerusi PUSPANITA Cawangan

Kecil MAMPU

Yang Berbahagia Prof. Arfah Salleh

Presiden Putra Business School

Page 3: DATO’ SRI ZAINAL RAHIM BIN SEMAN KETUA PENGARAH …

2

Ketua-Ketua Perunding ICT Sektor

Awam,

Pengarah-Pengarah Bahagian dan

Cawangan,

Perunding-Perunding ICT Sektor

Awam,

serta Yang Berbahagia Datin, Dr, Tuan-

Tuan dan Puan-Puan yang saya kasihi

sekalian.

2. Alhamdulillah, marilah kita

bersama-sama merafakkan setinggi-

tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT

Page 4: DATO’ SRI ZAINAL RAHIM BIN SEMAN KETUA PENGARAH …

3

kerana dengan limpah izin dan kurnia-

Nya jua, kita dapat bersama-sama

menghadiri Mesyuarat Agung

PUSPANITA Cawangan Kecil MAMPU

yang ke-33 dalam keadaan yang sihat,

sejahtera dan ceria. Masih belum

terlambat untuk saya mengucapkan

Selamat Tahun Baharu 2016 kepada

seluruh ahli PUSPANITA Cawangan

Kecil MAMPU dan diharap dengan

ketibaan tahun baharu ini, maka

bermulalah lembaran baharu dalam

kehidupan kita, termasuk tugas-tugas

yang perlu kita laksanakan dan

sasaran-sasaran yang mesti kita capai.

3. Saya mengambil kesempatan ini

Page 5: DATO’ SRI ZAINAL RAHIM BIN SEMAN KETUA PENGARAH …

4

untuk merakamkan ucapan

penghargaan dan terima kasih kepada

Yang Berbahagia Datin Sri Pengerusi,

ahli-ahli Jawatankuasa dan ahli-ahli

PUSPANITA Cawangan Kecil MAMPU

kerana sudi menjemput saya untuk

merasmikan Mesyuarat Agung

PUSPANITA Cawangan Kecil MAMPU

yang ke-33.

4. Saya juga amat menghargai

kesudian Yang Berbahagia Prof. Arfah

Salleh, Presiden Putra Business

School untuk meluangkan masa beliau

yang amat terhad dan bersama-sama

dengan kita untuk berkongsi

Page 6: DATO’ SRI ZAINAL RAHIM BIN SEMAN KETUA PENGARAH …

5

pengalaman beliau yang luas dalam

bidang tadbir urus manusia. Semoga

semua para hadirin memberi tumpuan

yang sebaiknya dan bersama-sama

membuka minda untuk terus memberi

perkhidmatan yang terbaik kepada

negara.

SUMBANGAN DAN PENCAPAIAN

PUSPANITA

Para hadirin yang dikasihi sekalian,

5. Kepentingan peranan dan

sumbangan PUSPANITA kepada

pembangunan negara telah lama

Page 7: DATO’ SRI ZAINAL RAHIM BIN SEMAN KETUA PENGARAH …

6

diiktiraf oleh Kerajaan. Ahli-ahli

PUSPANITA yang terdiri daripada

penjawat awam wanita serta isteri

penjawat awam, merupakan

pemangkin kejayaan agenda

transformasi nasional. Malah mereka

adalah rakan Perkhidmatan Awam

yang berupaya membantu Kerajaan

dalam usaha meningkatkan kesedaran

rakyat terhadap dasar-dasar, program

dan projek bantuan Kerajaan di

peringkat akar umbi.

6. Berpaksikan kepada Agenda

Transformasi Nasional dan usaha

Merakyatkan Perkhidmatan Awam,

Page 8: DATO’ SRI ZAINAL RAHIM BIN SEMAN KETUA PENGARAH …

7

PUSPANITA juga perlu bertindak

memperkasakan ahli-ahlinya. Untuk

berjaya, ahli-ahli PUSPANITA

digalakkan untuk menimba ilmu dan

memperluaskan pengetahuan,

menggilap potensi dan bakat serta

meningkatkan daya kepimpinan.

7. Saya berasa bangga dengan

pencapaian PUSPANITA Cawangan

kecil MAMPU daripada segi

pendekatan yang diambil untuk

memperkasakan ahli-ahli PUSPANITA.

Ini dapat dilihat semasa penganjuran

Wacana ICT PUSPANITA Tahun 2015

pada 8 Oktober 2015 yang bertemakan

Page 9: DATO’ SRI ZAINAL RAHIM BIN SEMAN KETUA PENGARAH …

8

“Memperkasa Gaya Hidup Wanita

melalui Inovasi ICT” yang telah

memberikan banyak ilmu dan faedah

kepada semua ahli PUSPANITA.

Selain itu, pelbagai program dan aktiviti

telah dilaksanakan. PUSPANITA juga

telah menyahut seruan kerajaan dan

mengambil pendekatan Strategi

Lautan Biru dengan mengadakan

aktiviti dengan kerjasama Kelab Sukan

dan Kebajikan MAMPU seperti Majlis

Bacaan Yasin dan Tazkirah Bulanan

MAMPU, Majlis Iftar MAMPU dan

Majlis Khatam Al-Quran.

FAKTOR PENENTU KEJAYAAN

Page 10: DATO’ SRI ZAINAL RAHIM BIN SEMAN KETUA PENGARAH …

9

Para hadirin yang dikasihi sekalian,

8. Tuntutan kepada anggota

Perkhidmatan Awam pada masa kini

bukanlah sesuatu yang boleh

dipandang secara remeh sahaja. Ini

adalah kerana desakan perkembangan

dunia amat mementing anggota

perkhidmatan awam yang berilmu. Ini

tidak terhad kepada kelulusan

akademik semata-mata, sebaliknya

pengetahuan dan kemahiran juga amat

diperlukan. Oleh itu, anggota

perkhidmatan awam perlu berusaha

untuk meningkatkan prestasi dengan

mengambil peluang yang ada untuk

Page 11: DATO’ SRI ZAINAL RAHIM BIN SEMAN KETUA PENGARAH …

10

memperluaskan lagi ilmu serta dapat

mengadaptasikan diri terhadap

perubahan yang berlaku di dalam

organisasi dan juga di persekitaran.

9. Saya ingin mengambil

kesempatan ini untuk berkongsi 5

perkara yang diperlukan untuk berjaya

dalam sesuatu usaha. Pertama, untuk

berjaya, kita perlukan minat atau

passion. Minat seseorang kepada

sesuatu perkara mampu membawa dia

ke tahap yang tidak terbayang

sebelumnya. Sekiranya kita

mempunyai passion untuk bekerja,

maka segala perkara dapat

Page 12: DATO’ SRI ZAINAL RAHIM BIN SEMAN KETUA PENGARAH …

11

dilaksanakan dengan mudah. Minat ini

boleh diterapkan dalam diri seseorang

dengan memikirkan manfaat yang

akan diberikan kepada diri sendiri dan

masyarakat dalam menjalankan tugas,

di samping ganjaran yang akan

diperoleh di akhira kelak, Insya Allah.

10. Kedua, sentiasa memperbaiki diri

dan tidak berputus asa. Kita perlu

sentiasa berusaha untuk memperbaiki

diri kita tidak kira walau apa pun

pangkat kita. Belajarlah selagi boleh.

Kita perlu ingat, tiada keajaiban dalam

mencapai kejayaan. Dalam membuat

apa juga perkara atau pekerjaan,

Page 13: DATO’ SRI ZAINAL RAHIM BIN SEMAN KETUA PENGARAH …

12

berhadapan dengan cabaran adalah

menjadi perkara yang biasa dan

lumrah. Sikap tidak cepat berputus asa,

cekal dan sanggup bersusah payah

adalah perlu dalam diri untuk mencapai

kejayaan. Bak kata cendekiawan,

“Tidak ada laut yang luas, lurah yang

dalam, bukit yang tinggi, dan jalan yang

susah bagi orang yang mahu. Hanya

orang yang malas dan putus asa juga

selalui keciciran”. Ingatlah, segalanya

memerlukan usaha, pengorbanan dan

ketekunan.

11. Ketiga, berani menghadapi

kegagalan. Berani tidak bererti tidak

berasa takut menghadapi bahaya atau

Page 14: DATO’ SRI ZAINAL RAHIM BIN SEMAN KETUA PENGARAH …

13

tidak gentar menghadapi sesuatu.

Seorang bayi tidak akan dapat berjalan

jika dia enggan menerima risiko

terjatuh ketika berlatih berjalan.

Seorang penunggang basikal akan

cepat bangun apabila terjatuh jika

sebelum itu dia sudah biasa terjatuh,

berbanding dengan seseorang yang

sebelum itu tidak pernah jatuh. Orang

yang takut menerima teguran atau

pembetulan tidak akan mencapai

kejayaan yang sebenar. Gagal sekali

tidak bermakna terus menerus gagal.

Kadang-kadang, kegagalan

merupakan guru yang paling berguna

bagi seseorang untuk terus

Page 15: DATO’ SRI ZAINAL RAHIM BIN SEMAN KETUA PENGARAH …

14

memperbaiki diri dan mencapai

kecemerlangan.

12. Keempat, berpandangan jauh.

Apabila seseorang itu berpandangan

jauh, mereka akan berusaha dengan

lebih gigih lagi dan akan tersisiplah

pula matlamat dalam dirinya.

Kewujudan matlamat ini akan

menyebabkan kita lebih tahu arah

tujuan dan ruang lingkup sebenar

hidup. Seterusnya, kita akan

menggunakan ilmu ke arah kebaikan

diri sendiri, keluarga dan negara.

13. Kelima, berdisplin. Secara

Page 16: DATO’ SRI ZAINAL RAHIM BIN SEMAN KETUA PENGARAH …

15

umumnya, displin boleh didefinasikan

sebagai satu sistem hidup yang

ditetapkan oleh sesuatu kumpulan atau

badan untuk wujudkan suasana yang

teratur dan tenteram supaya

perkhidmatan yang memuaskan

diperolehi daripada anggota-anggota

kumpulan itu. Displin yang tinggi dalam

diri akan memberikan atau

membuahkan hasil yang baik di mana

kita dapat mengatur hidup dengan baik

sekaligus mencapai apa yang

diimpikan oleh kita.

HARAPAN TERHADAP

PENGLIBATAN SEMUA WARGA

WANITA DAN ISTERI WARGA

Page 17: DATO’ SRI ZAINAL RAHIM BIN SEMAN KETUA PENGARAH …

16

LELAKI

Para hadirin yang dikasihi sekalian,

14. PUSPANITA memberi sokongan

dan sumbangan positif terhadap

usaha-usaha Kerajaan

membangunkan Negara, melalui kerja-

kerja amal bakti. Justeri itu, saya

menyarankan agar PUSPANITA

Cawangan Kecil MAMPU dapat

disertai oleh lebih ramai isteri atau suri

kepada anggota lelaki di MAMPU.

Penyertaan mereka ini merupakan satu

langkah yang amat penting bagi

menjamin kesinambungan aktiviti yang

Page 18: DATO’ SRI ZAINAL RAHIM BIN SEMAN KETUA PENGARAH …

17

dirancang oleh PUSPANITA.

15. Bagi tahun 2016 ini, saya

meletakkan harapan yang tinggi

kepada semua yang hadir pada hari ini

terutamanya kepada Pengarah di

setiap Bahagian sama ada dalam

sektor TPP mahupun TMK agar dapat

menggalakkan penglibatan aktiviti

PUSPANITA di Bahagian masing-

masing.

16. Saya faham, dalam kekangan

waktu dan tugas hakiki pegawai dan

kakitangan agak membataskan

penglibatan mereka dalam aktiviti yang

Page 19: DATO’ SRI ZAINAL RAHIM BIN SEMAN KETUA PENGARAH …

18

dijalankan. Walau bagaimanapun, saya

berharap agar ahli-ahli dapat

meluangkan sedikit masa untuk

menyertai aktiviti yang telah dirancang

kerana ia merupakan satu langkah

yang amat penting bagi menjamin

kesinambungan aktiviti-aktiviti yang

dirancang oleh PUSPANITA.

17. Besarlah harapan saya agar

selepas ini, PUSPANITA dapat

bergerak dengan lebih aktif dan dapat

memenuhi permintaan ahli-ahli dalam

menyediakan aktiviti dan program yang

lebih menyeluruh. Meskipun wanita

masa kini sangat sibuk, baik yang

Page 20: DATO’ SRI ZAINAL RAHIM BIN SEMAN KETUA PENGARAH …

19

bekerja di pejabat mahupun di rumah,

harap dapatlah masing-masing cuba

mencari sedikit masa untuk membantu

menjayakan segala akitiviti

PUSPANITA.

18. Akhir kata, saya dengan lafaz

kalimah suci

"Bismillahhirrahmannirrahim", saya

dengan penuh sukacitanya

merasmikan Mesyuarat Agung

PUSPANITA Cawangan Kecil MAMPU

yang ke-33.

Sekian.

Page 21: DATO’ SRI ZAINAL RAHIM BIN SEMAN KETUA PENGARAH …

20

Wabillahitaufik walhidayah wasalam

mualaikum warahmatullahi

wabarakatuh.

Terima kasih.