bentang rbt
TRANSCRIPT
KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN
PEMUSATAN MURID Simulasi
Lawatan
Projek
Permainan
Perbincangan
S I M U L A S I :L A N G KA H M E N JA L A N KA N S I M U L A S I :
Guru mewujudkan situasi bermasalah
Penerangan secara ringkas situasi
bermasalah, peranan watak dan tempoh
lakonan.
Guru memilih murid untuk memainkan peranan
sambil menyelesaikan masalah
Murid memainkan peranan sambil
menyelesaikan masalah dalam situasi itu
Guru berbincang dengan murid cara
penyelesaian masalah yang dibuat.
Satu kesimpulan atau rumusan dibuat
tentang simulasi yang dijalankan.
S IMUL AS I - KEBA IKAN
Murid dapat Praktikkan kemahiran
Kesediaan belajar murid
Peluang untuk mencuba
Murid dapat mengambil bahagian secara aktif
Suasana pembelajaran yang menyeronokkan
Sikap dan perasaan murid dapat dilihat
Memupuk daya cipta
Menggalakkan interaksi
LAWATANMerupakan satu kaedah pembeljaran yang menepati
pendekatan pembelajaran secara kontekstual.
Pelajar biasanya dibawa ke tempat-tempat seperti kilang-
kilang, muzium atau organisasi yang ada kaitan dengan
topik pelajaran.
Kejayaan sesuatu lawatan bergantung kepada persediaan
sebelum lawatan, semasa dan selepas lawatan.
Soalan-soalan berkaitan aspek penting tempat yang
dilawati boleh disediakan supaya murid memberi perhatian
semasa lawatan.
PRINSIP-PRINSIP LAWATAN
Tempat lawatan :
sesuai dengan topik
sesuai dengan murid
Perancangan :
Pengisian lawatan
Sasaran murid
Fokus :
Sediakan soalan
Reflekasi dibuat
KELEBIHAN KAEDAH LAWATAN :
Dapat memberi pengalaman secara langsung kepada
murid.
Kesedaran murid terhadap alam sekitar bertambah
Lawatan membawa kesan yang besar kerana
penggunaan pelbagai deria
Sesuai untuk semua mata pelajaran
Mendatangkan satu variasi kepada aktiviti bilik darjah
KELEMAHAN KAEDAH LAWATAN
Tanggungjawab membawa murid adalah
berat.
Masalah disiplin murid akan wujud
Banyak prosedur yang perlu dipatuhi
KAEDAH PROJEKAdalah satu kaedah di mana murid melakukan
kegiatan dalam situasi sebenar untuk
mendapatkan sesuatu hasil
Murid belajar melalui pengalaman
pemerhatian dan percubaan.
Dijalankan dalam matapelajaran kemahiran
hidup seperti menanam sayur,membina
landskap, membina rak dll.
LANGKAH PELAKSANAAN:
Pastikan bahan dan peralatan yang diperlukan
disediakan atau mudah diperolehi oleh murid.
Murid dibimbing dalam memilih dan melaksanakan
projek mereka
Objektif sesuatu projek dijelaskan
Penyeliaan perlu untuk memastikan projek berjaya
dilaksanakan
Penilaian projek dibuat oleh guru bersama murid
KEBAIKAN KAEDAH PROJEK
Melibatkan domain afektif, kognatif dan
psikomotor
Menambah minat dan motivasi murid
Membentuk sikap bertanggungjawap, nilai
kepimpinan
Belajar melalui pengalaman
Memupuk semangat berpasukan
KELEMAHAN KAEDAH PROJEKMengambil masa yang panjang
Bahan dan sumber yang terhad
Murid mungkin melakukan kesilapan kerana
kurang pengetahuan
Masalah disiplin mungkin timbul
KAEDAH PERMAINAN
Definisi :
Merupakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang mengandungi unsur bermain
yang mengembirakan.Aktiviti ini dijalankan
menggunakan bahan dan daya kreativiti murid
untuk meujudkan suasana pembelajaran yang
menyeronokkan
LANGKAH MELAKSANAKAN :
Sebelum permainan : Beritahu murid nama permainan
Beritahu murid adakah dijalankan secara individu,
kumpulan atau berpasangan
Melantik ketua
Menentukan penjaga masa,pencatat,pelapor atau
hakim
Beritahu peraturan permainan
SEMASA PERMAINAN:
Guru bertindak sebagai pemudah cara iaitu
mengawas, membimbing dan membantu murid
apabila perlu.
SELEPAS PERMAINAN :
Alatan di kumpul dan di simpan semula
Guru dan murid berbincang tentang sikap m
kemahiran dan pengajaran yang diperolehi.
PERBINCANGAN
Definisi :
Aktiviti berkumpulan iaitu murid akan
bekerjasama antara satu sama lain untuk
meneliti dan membincangkan sesuatu topik
atau masalah.Murid akan memberi reaksi dan
gerak balas tentang topik atau masalah.
LANGKAH-LANGKAH:Persediaan guru
Penentuan objektif
Pemilihan tajuk dan isi pelajaran
Guru sebagai pemudah
Teknik penyoalan guru
Kawalan perbincangan
Kawalan kelas
PERSEDIAAN MURID:
Pemahaman konsep –(pastikan murid
menguasai topik yang telah diajar)
Pengetahuan asas yang cukup- (guru
memberikan penerangan asas yang cukup)
Kemahiran menjalankan perbincangan
Sikap (rendah diri,kurang yakin,malu,takut)
PERSEDIAAN KELAS
Bilik darjah – memerlukan perhubungan yang
liberal,bebas dan terbuka
Organisasi bilik darjah – penyusunan peralatan
seperti kerusi meja yang bersesuaian
PEMBEL AJARAN SECARA KOOPERAT IFDEFINISI :
Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah
pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai
kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk
mencapai satu matlamat yang sama . Sasaran adalah
tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja
untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang
lain.
CIRI- CIRI PEMBELAJARAN KOOPERATIF
1. Matlamat kumpulan
Matlamat kumpulan ialah kejayaan kumpulan dalam
mencapai kecemerlangan dalam menguasai sesuatu konsep
yang di ajar. Matlamat ini dicapai melalui usaha bersama
semua bersama ahli di dalam kumpulan. Dalam kumpulan
ini setiap ahli kumpulan mempunyai peranan tertentu dan
jelas dalam usaha kumpulan mencapai matlamat yang
ditetapkan.
2. Interaksi sosial ditekankan.
Setiap ahli kumpulan akan berinteraksi secara bersemuka
dalam kumpulan. Interaksi yang serentak berlangsung pada
masa yang sama untuk setiap kumpulan melalui perbincangan
yang akan menyebabkan lebih ramai individu yang turut serta
mengambil bahagian. Setiap ahli kumpulan perlu berhubung
rapat, saling memenuhi dan bantu-menbantu
3. Pelajar perlu saling bergantungan positif untuk
mencapai objektif gerak kerja.
Kejayaan kumpulan bergantung kepada pembelajaran individu
yang ahli sesuatu kumpulan. Setiap ahli mempunyai
tanggungjawab ke atas keberkesanan pembelajaran kumpulan.
KELEBIHAN PEMBELAJARAN KOPERATIF
Membaiki hubungan sosial
Meningkatkan pencapaian
Meningkatkan kemahiran kepimpinan
Meningkatkan kemahiran sosial
Meningkatkan keyakinan diri
PEMBELAJARAN MASTERI
DEFINISI :
Pembelajaran Masteri merupakan suatu pendekatan
pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan semua
murid menguasai hasil pembelajaran yang diharapkan dalam
suatu unit pembelajaran sebelum ke unit pembelajaran
seterusnya. Pendekatan ini memerlukan proses pengajaran
dan pembelajaran yang terancang dan berkualiti serta
memberi fokus kepada masa pembelajaran yang diperlukan
CIRI-CIRI PEMBELAJARAN MASTERI
Pelaksanaan berasaskan tahap kemajuan seseorang murid.
Bahan pembelajaran dipecahkan dan dibahagikan kepada
beberapa segmen kecil yang dikenali sebagai unit
pembelajaran.
Setiap unit pembelajaran dinyatakan dalam bentuk Hasil
Pembelajaran.Ini dilakukan supaya penetapan sasaran lebih
jelas dan memudahkan pelajar memahami dan
mencapainya.
Aras Masteri bagi setiap Hasil Pembelajaran
ditetapkan pada aras 80%.
Murid perlu menguasai 80% aras masteri yang
ditetapkan pada setiap unit pembelajaran sebelum
berpindah ke unit pembelajaran yang baru. Walau
bagaimanapun guru boleh memulakan dengan
markah 50% sebagai sasaran pencapaian dan
peratus penguasaan itu perlu dinaikkan secara
beransur-ansur sehingga mencapai 80%.
Proses pengajaran dan pembelajaran bagi setiap unit
pembelajaran dijalankan dengan menggunakan pelbagai
strategi dan kaedah serta bahan pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai secara kelas, kumpulan besar,
kumpulan kecil, berpasangan atau secara individu.
Menggunakan ujian formatif bersifat diagnostik untuk
mengesan kemajuan pembelajaran murid.
Penilaian yang dilaksanakan dalam pembelajaran masteri
boleh dilakukan dalam bentuk formatif atau sumatif.
Penilaian juga mestilah bersifat diagnostik dan
berdasarkan hasil pembelajaran yang telah ditetapkan.