bahan bengkel kik 2
TRANSCRIPT
EDISI 2010
B U K U P A N D U A N UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
Kata Alu-aluan Naib Canselor
Universiti Malaysia Terengganu
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t. dan Selamat Sejahtera Saya bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, saya berkesempatan merakamkan sepatah dua kata dalam buku Panduan Latihan Industri UMT yang dikelolakan oleh Pusat Jaringan Industri dan Khidmat Komuniti (INComS), Universiti Malaysia Terengganu buat julung kalinya diterbitkan. Saya rasa amat bangga kerana INComS telah berjaya menerbitkan buku panduan ini yang sangat penting sebagai bahan rujukan yang menggariskan antara lain dasar, bidang tugas dan tanggungjawab, serta peraturan dan prosedur yang berkait dengan pengendalian Latihan Industri di UMT. Ini merupakan suatu usaha murni bagi meningkatkan lagi perkembangan mental dan intelektual mahasiswa sebagai golongan yang menjadi harapan bangsa dan negara sejajar dengan perkembangan pasaran kerjaya yang sentiasa kompetitif. Sesungguhnya melalui penerbitan buku panduan ini sudah tentu dapat mempertingkatkan dan memantapkan gerak kerja mahasiswa sebagai pelengkap kepada ketrampilan diri yang laku kerja di samping meraih kejayaan dalam bidang akademik. Adalah menjadi harapan saya, penerbitan buku panduan ini akan menjadi asas kepada usaha untuk menjana pendapat dan idea bagi meningkatkan lagi daya dan kekuatan pemikiran serta tahap profesionalisma mahasiswa dalam menghadapi kehidupan yang makin mencabar setelah bergraduat nanti. Saya mengambil kesempatan ini untuk menasihatkan para mahasiswa agar sentiasa bersiap siaga memperlengkapkan diri dalam bidang akademik dan terus maju bagi mempertingkat dan memantapkan tahap profesionalisma mahasiswa menerusi Latihan Industri ini. Akhir kata, saya mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam penghasilan buku panduan ini dan kepada semua mahasiswa SELAMAT MAJU JAYA. Wassalam. Prof. Dr. Aziz bin Deraman Naib Canselor
i
Kata Alu-aluan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)
Universiti Malaysia Terengganu Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t. dan Selamat Sejahtera Dikesempatan ini saya memanjangkan sekalung penghargaan kepada pihak Pusat Jaringan Industri dan Khidmat Komuniti (INComS) kerana memberi peluang kepada saya untuk mencoretkan sepatah dua kata dalam Buku Panduan Latihan Industri UMT kelolaan dan terbitan Pusat Jaringan Industri dan Khidmat Komuniti. Dalam zaman teknologi maklumat yang melanda dan begitu mencabar untuk setiap mahasiswa hadapi, sewajarnyalah setiap mahasiswa didedahkan secara praktikal tentang perkembangan yang berlaku dalam dunia pekerjaan bersesuaian dengan bidang pengajian masing-masing sejajar dengan arus pembangunan negara yang melanda kehidupan hari ini. Pendedahan dan pengalaman yang ditimba daripada interaksi semasa Latihan Industri (LI) bukan sahaja berupaya membentuk mahasiswa yang cakna terhadap perjalanan kehidupan selepas bergraduat, malah peluang sedemikian juga dapat memperluas dan mempertingkatkan bidang pengetahuan serta memantapkan tahap profesionalisma mahasiswa dalam bidang masing-masing. Adalah diharapkan, buku panduan ini dan ketersediaan peluang latihan dimanfaatkan sebaik mungkin oleh mahasiswa sejajar dengan matlamat LI UMT yang ingin melahirkan mahasiswa yang berpengalaman, memahami nilai etika profesional dan memiliki kemahiran asas profesional pekerjaan, serta berkebolehan untuk melakukan kerja mengikut bidang masing-masing. Justeru, dalam kesempatan menjalani LI mahasiswa seharusnya merebut peluang ini untuk menimba sebanyak mungkin ilmu dan pengalaman serta mengambil inisiatif untuk menyesuaikan diri dengan suasana tempat latihan dan akur dengan tugas yang diamanahkan demi mempertingkatkan ketrampilan profesionalisma masing-masing. Akhir kata saya ingin merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan syabas kepada semua yang terlibat dalam menjayakan penerbitan buku panduan ini. Sekian, wassalam Prof. Dr. Noor Azhar b. Mohamed Shazili Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)
ii
Isi Kandungan
Muka Surat
Kata Alu-aluan Naib Canselor i
Kata Alu-aluan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan
Antarabangsa
ii
Senarai Lampiran iv
Senarai Jadual iv
1.0 Pendahuluan 1
2.0 Objektif 1
3.0 Jawatankuasa Latihan Industri
3.1 Jawatankuasa Latihan Industri Universiti
3.2 Jawatankuasa Tetap Latihan Industri Fakulti
2
2
4.0 Bidang Kuasa dan Tanggungjawab Jawatankuasa Latihan
Industri
4.1 Jawatankuasa Latihan Industri Universiti
4.2 Jawatankuasa Tetap Latihan Industri Fakulti
3
3
5.0 Polisi dan Prosedur Latihan Industri
5.1 Status Latihan Industri
5.2 Jam Kredit
5.3 Tempoh
5.4 Penempatan
5.5 Kehadiran
5.6 Penyeliaan
5.7 Penilaian
4
4
4
4
4
5
5
6.0 Tanggungjawab Penyelaras Latihan Industri Fakulti,
Penyelaras Latihan Industri Program, Penyelia Latihan
Industri UMT, Penyelia Industri dan Pelajar
6.1 Penyelaras Latihan Industri Fakulti
6.2 Penyelaras Latihan Industri Program
6.3 Penyelia Latihan UMT
6.4 Penyelia Industri
6.5 Pelajar
6
6
7
7
7
7.0 Maklumat Latihan Industri Mengikut Fakulti
7.1 Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
7.2 Fakulti Sains dan Teknologi
7.3 Fakulti Agroteknologi dan Sains Makanan
7.4 Fakulti Pengajian Maritim dan Sains Marin
8
8
9
9
8.0 Garis Panduan Latihan Industri
8.1 Proses Penempatan Pelajar
8.2 Proses Penyeliaan dan Penilaian
10
12
Lampiran 15
iii
Senarai Lampiran
Muka Surat
Lampiran 1 : Surat Permohonan 15
Lampiran 2 : Contoh Curriculum Vitae 17
Lampiran 3 : Borang LI-01
Borang Maklum Balas Permohonan Latihan
Industri
20
Lampiran 4 : Borang LI-02
Borang Akuan Lapor Diri Latihan Industri
22
Lampiran 5 : Borang LI-03
Laporan Maklumat Latihan Yang Akan
Dijalankan Semasa Latihan Industri
24
Lampiran 6 : Borang LI-04
Laporan Kemajuan Latihan Industri
25
Lampiran 7 : Borang LI-05
Borang Penilaian Penyelia UMT
26
Lampiran 8 : Borang LI-06
Borang Penilaian Penyelia Industri
28
Lampiran 9 : Borang LI-07
Pembentangan Laporan
31
Lampiran 10:Borang LI-08
Laporan Akhir Latihan Industri
33
Lampiran 11:Borang LI-09
Markah Keseluruhan Penilaian Latihan Industri
35
Senarai Jadual
Muka Surat
Jadual 1 Carta Alir Proses Penempatan Latihan Industri 11
Jadual 2 Proses Penyeliaan dan Penilaian 12
Jadual 3 Carta Alir Proses Penyeliaan dan Penilaian Latihan Industri
Pelajar
14
iv
Latihan Industri (LI) merupakan kursus yang memberi peluang kepada pelajar
UMT untuk mendapat pendedahan kerjaya bagi satu tempoh yang ditetapkan.
Semasa LI, pelajar akan ditempatkan di organisasi swasta/awam yang
bersesuaian dengan bidang pengajian yang diikuti di universiti. Menerusi LI,
pelajar berpeluang untuk menimba pengalaman bekerja serta mendapat latihan
di organisasi dalam suasana kerja sebenar. LI juga dapat meningkatkan potensi
dan membentuk sahsiah pelajar yang memenuhi keperluan pasaran kerja.
Secara khususnya, LI memberi peluang kepada pelajar untuk mempraktik dan
mengaplikasikan teori yang mereka pelajari semasa di universiti kepada situasi
sebenar di alam pekerjaan. Pelajar juga dapat menyumbang idea dan usaha bagi
membangunkan, mempertingkatkan serta memantapkan aspek yang relevan di
dalam organisasi tersebut.
UMT menawarkan program-program pengajian di peringkat ijazah pertama dan
program di peringkat diploma yang kebanyakannya mewajibkan pelajar
menjalani LI. Menerusi Urusetia Latihan Industri, organisasi-organisasi
dikenalpasti bagi tujuan penempatan pelajar. Keberkesanan pelaksanaan
penempatan pelajar ini memerlukan sokongan serta kerjasama organisasi-
organisasi tersebut. Maklumbalas daripada organisasi dan pelajar menjadi
panduan kepada universiti untuk menambahbaik serta memantapkan pengisian
LI secara berterusan.
Tujuan LI adalah untuk:
a) Melahirkan pelajar yang mempunyai pendedahan pengalaman kerja dalam
suasana kerja sebenar.
b) Memantapkan kemahiran insaniah pelajar yang dapat membantu
meningkatkan potensi lakukerja mereka.
c) Membentuk sahsiah pelajar yang memenuhi keperluan pasaran kerja.
2.0 OBJEKTIF
Setelah menjalani LI, pelajar-pelajar akan dapat:
a) Menimba pengalaman dan kemahiran asas pekerjaan yang berkait dengan
program pengajian masing-masing.
b) Mengaplikasikan teori yang dipelajari di dalam kuliah kepada realiti alam
pekerjaan.
c) Menjalin dan mengekalkan hubungan dengan ahli/kumpulan profesional
dalam bidang masing-masing.
d) Memahami nilai etika profesional dalam bidang masing-masing.
e) Menunjukkan kebolehan dalam pekerjaan dan seterusnya meningkatkan
peluang untuk mendapat pekerjaan apabila bergraduat.
1
1.0 PENDAHULUAN
Timbalan Dekan
( Akademik dan HEP)
Penyelaras Latihan Industri
Program A
Penyelaras LI Fakulti
Pegawai Tadbir N41 atau setara
Penyelaras Latihan Industri
Program B
Penyelaras Latihan Industri
Program C
Pembantu Tadbir N17
3.0 JAWATANKUASA LATIHAN INDUSTRI
3.1 Jawatankuasa Latihan Industri Universiti (JKLIU)
Penyelarasan LI di peringkat universiti dilaksanakan oleh Pusat Jaringan Industri
dan Khidmat Komuniti (INComS) dengan kerjasama fakulti. Jawatankuasa
Latihan Industri peringkat universiti adalah seperti berikut:
Pengerusi : Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)
Ahli : Pengarah Pusat Jaringan Industri dan Khidmat Komuniti
: Pengarah Pusat Kualiti dan Pembangunan Akademik
: Timbalan Dekan Akademik dan HEP Fakulti
: Penyelaras Latihan Industri Fakulti
: Timbalan Pendaftar Bahagian Akademik
: Wakil Tetap Pejabat Bendahari
Urusetia : Pusat Jaringan Industri dan Khidmat Komuniti (INComS)
3.2 Jawatankuasa Tetap Latihan Industri Fakulti (JKTLIF)
Penyelarasan LI di peringkat fakulti adalah seperti berikut:
Pengerusi : Timbalan Dekan (Akademik dan HEP)
Setiausaha / Urusetia : Penyelaras Latihan Industri Fakulti
Ahli : Penyelaras Latihan Industri Program
Carta Organisasi Jawatankuasa Tetap Latihan Industri Fakulti
2
4.0 BIDANG KUASA DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA
LATIHAN INDUSTRI
4.1 Jawatankuasa Latihan Industri Universiti (JKLIU)
a) Menentukan dasar, peraturan dan garis panduan LI di peringkat
universiti.
b) Menyelaras semua penempatan LI.
c) Menjadi pengantara antara agensi penempatan LI dan universiti.
d) Melaporkan perkembangan pelaksanaan LI kepada universiti.
e) Memutuskan kaedah penyelesaian terhadap sebarang masalah yang
timbul berkait dengan LI dari semasa ke semasa.
f) Mewujudkan pangkalan data agensi dan rekod penempatan LI di
peringkat universiti.
g) Mengeluarkan sijil kepada semua pelajar yang menghadiri LI.
4.2 Jawatankuasa Tetap Latihan Industri Fakulti (JKTLIF)
a) Memastikan pelaksanaan LI mengikut garis panduan LI universiti atau
seperti yang ditetapkan oleh badan profesional program.
b) Mengenalpasti dan menentukan kesesuaian agensi untuk penempatan
LI pelajar.
c) Melantik penyelia LI serta memberi latihan kemahiran pemantauan
dan penyeliaan.
d) Menyelaras pemilihan tempat, penempatan pelajar, proses penyeliaan
dan pemantauan LI.
e) Memberi penerangan dan taklimat kepada pelajar sebelum mereka
menjalani LI.
f) Melaporkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Latihan Industri
kepada fakulti.
g) Penyelaras Latihan Industri Program adalah bertanggungjawab ke atas
pengurusan pemarkahan LI.
h) Mesyuarat JKTLIF akan diadakan sekurang-kurangnya sekali dalam
masa 2 bulan.
3
5.0 POLISI DAN PROSEDUR LATIHAN INDUSTRI
5.1 Status Latihan Industri
LI adalah kursus wajib bagi program diploma dan kebanyakan program
prasiswazah di UMT (rujuk bahagian 7.0).
5.2 Jam Kredit
a) Pengiraan jam kredit adalah mengikut garis panduan oleh Kementerian
Pengajian Tinggi iaitu 1 jam kredit bersamaan dengan 2 minggu Latihan
Industri kecuali :
i. Program Diploma Perikanan: 1 jam kredit bersamaan dengan 1
minggu LI.
ii. Program Sarjana Muda Perakaunan adalah 1 jam kredit
bersamaan dengan 3 minggu LI.
b) Jumlah jam kredit dibenarkan bagi kursus LI adalah 4 hingga 12 kredit.
5.3 Tempoh
a) Pelajar wajib mendaftar kursus LI dalam tempoh prapendaftaran pada
semester sebelumnya.
b) Pelajar akan menjalani LI selepas semester ke-4 bagi program pengajian
3 tahun atau selepas semester ke-6 bagi program pengajian 4 tahun
(rujuk Jadual 2).
c) Tempoh LI ditentukan mengikut keperluan program (rujuk bahagian 7.0).
5.4 Penempatan
a) Penempatan LI boleh ditentukan oleh penyelaras atau cadangan daripada
pelajar tertakluk kepada persetujuan Jawatankuasa Tetap Latihan Industri
Fakulti.
b) Tempat LI bolehlah terdiri daripada mana-mana organisasi/agensi yang
dapat mengaplikasikan pengetahuan serta membangunkan kemahiran
pelajar.
4
5.5 Kehadiran
Pelajar perlu menghadiri LI sepenuhnya tertakluk kepada peraturan-
peraturan di organisasi, institusi atau agensi penempatan yang terlibat.
Sebarang ketidakhadiran mesti mendapat kelulusan daripada pihak
organisasi atau universiti.
5.6 Penyeliaan
a) Penyelia LI UMT mestilah terdiri daripada pegawai akademik UMT yang
mempunyai kepakaran dalam bidang berkenaan. Pegawai bukan akademik
yang mempunyai kepakaran boleh dilantik sebagai penilai bersama.
b) Penyelia LI UMT perlu melakukan lawatan penyeliaan sekurang-kurangnya
sekali sepanjang tempoh LI.
5.7 Penilaian
a) Penilaian LI adalah berdasarkan laporan penyelia UMT, laporan penyelia
industri, pembentangan, buku log, laporan akhir dan lain-lain aspek
penilaian yang telah ditetapkan oleh pihak universiti.
b) Penggredan adalah berdasarkan gred abjad dan mata nilaian seperti
yang ditetapkan di dalam Peraturan Akademik UMT.
5
6.0 TANGGUNGJAWAB PENYELARAS LATIHAN INDUSTRI FAKULTI,
PENYELARAS LATIHAN INDUSTRI PROGRAM, PENYELIA
LATIHAN INDUSTRI UMT, PENYELIA INDUSTRI DAN PELAJAR
6.1 Penyelaras Latihan Industri Fakulti
a) Mencalonkan penyelia Latihan Industri (LI) kepada Jawatankuasa
Tetap Latihan Industri Fakulti (JKTLIF).
b) Menyelaras pemilihan tempat, penempatan pelajar, proses penyeliaan
dan pemantauan LI.
c) Memberi penerangan dan taklimat kepada pelajar sebelum mereka
menjalani LI.
d) Mengurus penempatan pelajar dengan organisasi/syarikat/agensi
berkenaan mengikut program pengajian.
e) Menyelaras aktiviti dan jadual lawatan Penyelia LI UMT.
f) Menyelaras laporan LI.
g) Menyelaras markah dan gred LI.
h) Melaporkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Latihan Industri
kepada fakulti.
i) Menjadi ahli Jawatankuasa Latihan Industri Universiti (JKLIU)
6.2 Penyelaras Latihan Industri Program
a) Merancang dan menyelaras LI.
b) Mengenalpasti organisasi yang sesuai untuk pelajar menjalani LI.
c) Memastikan syarat-syarat LI yang ditetapkan oleh jabatan dipenuhi.
d) Memberi maklumat pelajar yang akan menjalani LI ke organisasi yang
berkenaan.
e) Menyediakan kaedah penilaian.
f) Memberi taklimat kepada pelajar tentang tanggungjawab yang
perlu dilaksanakan.
g) Memantau pelaksanaan LI dengan mengadakan lawatan ke
organisasi.
h) Mengemukakan keputusan LI pelajar kepada fakulti.
i) Memberi nasihat terhadap kebajikan pelajar berkaitan dengan LI.
6
6.3 Penyelia Latihan Industri UMT
a) Melakukan lawatan dan penyeliaan ke atas kumpulan pelajar yang
telah ditetapkan.
b) Mengadakan penyelarasan dengan Penyelia Industri di tempat latihan.
c) Membuat penilaian hasil lawatan menggunakan Borang LI-05.
d) Mendapatkan laporan mengenai pelajar daripada Penyelia Industri
(Borang LI-06).
e) Menyemak, menyelia dan menilai laporan LI pelajar (Borang LI-08).
f) Menilai pembentangan laporan LI pelajar (Borang LI-07).
g) Menyerahkan markah keseluruhan LI kepada Penyelaras LI Program.
6.4 Penyelia Industri
a) Menentukan penempatan dan deskripsi tugas pelajar.
b) Memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada pelajar.
c) Memantau kerja-kerja yang dijalankan oleh pelajar.
d) Membuat penilaian ke atas pelajar dengan menggunakan Borang LI-06
dan mengembalikan kepada Penyelaras Latihan Industri Fakulti.
e) Memaklumkan kepada Penyelaras Latihan Industri Fakulti mengenai
sebarang masalah semasa pelajar menjalani latihan di organisasi.
6.5 Pelajar
a) Mengesahkan kelayakan menjalani LI melalui sistem e-LI.
b) Mendaftar kursus semasa proses pra-pendaftaran.
c) Memohon dan melengkapkan proses penempatan LI menerusi sistem
e-LI.
d) Menghadiri taklimat/bengkel LI yang diadakan oleh pihak
fakulti/jabatan.
e) Melapor diri dan menjalani LI di tempat yang dipersetujui mengikut
tempoh waktu seperti yang telah ditetapkan.
f) Mematuhi peraturan dan syarat yang ditetapkan oleh UMT dan
organisasi.
g) Melaksanakan tanggungjawab yang diberikan dengan penuh dedikasi.
h) Melaporkan kepada Penyelaras LI Fakulti jika menghadapi sebarang
masalah.
i) Melengkapkan borang-borang yang berkait dengan LI dan
menyerahkan kepada Penyelaras LI Fakulti dalam masa yang
ditetapkan.
j) Membuat catatan dalam Buku Log, menyediakan dan
membentangkan laporan akhir.
7
7.0 MAKLUMAT LATIHAN INDUSTRI MENGIKUT FAKULTI
7.1 Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Bil Nama Program Kod
Kursus
Jam Kredi
t
Tempoh (Minggu
) Status
Penyelaras LI Program
1. SM Pengurusan (Pemasaran)
PGN4992 6 12 Wajib Dr. Safiek Mokhlis
2. SM Ekonomi (Sumber Alam)
EKN4992 6 12 Elektif Dr. Azlina Abd. Aziz
3. SM Perakaunan AKN4992 8 24 Wajib Dr. Mohd Shaari Abd. Rahman
4. SM Kaunseling KOG4992 12 24 Wajib Cik Nor Ezdianie Omar
5. SM Pengurusan (Polisi & Sekitaran Sosial)
SOS4992
6
12
Wajib Cik Rozita Mohd Nawi
7.2 Fakulti Sains dan Teknologi
Bil Nama Program Kod
Kursus
Jam Kredi
t
Tempoh (Minggu
) Status
Penyelaras LI Program
1. SM Teknologi (Alam Sekitar)
TKA4992 6 12 Wajib Dr. Mohamad bin Awang
2.
SM Teknologi Maklumat (Kejuruteraan Perisian)
TMK4992 6 12 Elektif En. Mohd Sarif bin Abd Manap
3. SM Sains (Matematik Kewangan)
MAT4992 4 8 Wajib Cik Chong Nyuk Sian
4. SM Sains (Matematik Komputasi)
MAT4992 4 8 Wajib En. Loy Kak Choon
5. SM Sains (Sains Biologi)
SBB4992 4 8 Elektif Dr. Chong Ju Lian
6.
SM Sains Gunaan (Pemuliharaan & Pengurusan Biodiversiti)
SBB4992 4 8 Elektif Dr. Chong Ju Lian
7. SM Sains (Sains Kimia)
SKM4992 4 8 Elektif Pn. Norliawati bt. Mohd Sidek
8. SM Sains (Kimia Analisis & Persekitaran)
SKM4992 4 8 Elektif Cik Maisarah binti Jaafar
9. SM Sains Gunaan (Fizik, Elektronik & Instrumentasi)
SFZ4992 6 12 Wajib Pn. Wan Hafiza binti Wan Hassan
8
7.3 Fakulti Agroteknologi dan Sains Makanan
Bil Nama Program Kod
Kursus
Jam Kredi
t
Tempoh (Minggu
) Status
Penyelaras LI Program
1. SM Sains Gunaan (Perikanan)
SBP4992 4 8 Wajib En. Mohammad Zaidi b. Zakaria
2. SM Agroteknologi (Akuakultur)
SBP4992 4 8 Wajib En. Mohammad Zaidi b. Zakaria
3. SM Agroteknologi (Teknologi Lepastuai)
GST4992 4 8 Wajib Pn. Wan Zawiah Wan Abdullah
4.
SM Sains Makanan (Perkhidmatan Makanan dan Pemakanan)
MKP4992 8 16 Wajib Dr. Mohd Nizam Lani
5. SM Sains Makanan (Teknologi Makanan)
MKT4992 8 16 Wajib Cik Nizaha Juhaida Mohamad
6. Diploma Perikanan SBP2992 12 12 Wajib Dr. Marina Hassan
7.4 Fakulti Pengajian Maritim & Sains Marin
Bil Nama Program Kod
Kursus
Jam Kredi
t
Tempoh (Minggu
)
Status
Penyelaras LI Program
1. SM Sains (Sains Samudera)
MSM4992 4 8 Wajib Dr. Mohd Fadzil Mohd Akhir
2. SM Sains (Biologi Marin)
MBM4992 4 8 Wajib Dr. Mohd Fadzil Mohd Akhir
3. SM Pengurusan (Maritim)
MPM4992 6 12 Wajib En. Mohd Sharifuddin Bin Ahmad
4. SM Sains Gunaan (Teknologi Maritim)
MTM4992 6 12 Wajib En. Che Wan Mohd Noor Wan Othman
5.
SM Sains (Sains Nautika dan Pengangkutan Maritim)
MSN4992 6 12 Wajib En. Juhaizi Mohd Yusof
9
8.0 GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI
8.1 Proses Penempatan Pelajar
a) Kaedah Penempatan Pelajar
Umumnya, pihak fakulti akan menentukan organisasi atau syarikat untuk pelajar
menjalani LI. Walau bagaimanapun, pelajar digalakkan untuk mencadangkan
tempat latihan industri yang berkaitan dengan program pengajian dan tertakluk
kepada persetujuan fakulti.
Pelajar digalakkan memilih organisasi atau syarikat bertaraf multinasional dan
yang berorientasikan keusahawanan. Penempatan LI di luar negara boleh
dipertimbangkan dan tertakluk kepada persetujuan universiti. Jadual 1
menunjukkan proses penempatan LI.
b) Ciri-Ciri Umum Organisasi
Ciri-ciri umum organisasi adalah:
Bilangan staf mestilah tidak kurang daripada 10 orang atau yang berdaya
saing.
Syarikat swasta, agensi kerajaan atau badan berkanun yang mempunyai
kaitan dengan program pengajian yang diikuti.
Organisasi yang diluluskan oleh Jawatankuasa LI Fakulti.
c) Kaedah Permohonan
i. Pelajar dikehendaki memohon untuk menjalani LI melalui sistem
e-LI.
ii. Pelajar dikehendaki menyediakan Curriculum Vitae (Lampiran 2) dan
salinan sijil-sijil berkaitan yang disahkan sekiranya perlu.
d) Lapor Diri
i. Pelajar dikehendaki melapor diri pada tarikh dan masa yang
ditetapkan.
ii. Pelajar dikehendaki menghantar borang lapor diri (Borang LI-02) pada
minggu pertama latihan kepada Penyelaras LI Fakulti.
10
Jadual 1: Carta Alir Proses Penempatan Latihan Industri
Keterangan/Tanggungjawab Carta Alir Rujukan
1. Jabatan mengenalpasti dan
memaklumkan senarai pelajar yang akan menjalani LI kepada Penyelaras LI Fakulti
2. Penyelaras LI Fakulti
mengadakan taklimat LI
3. Membuat permohonan penempatan LI
4. Keputusan permohonan 5. Penyelaras LI Fakulti
memaklumkan keputusan agihan kepada pelajar
6. Taklimat Persediaan LI
7. Pelajar lapor diri
Gagal
Lulus
- Buku Panduan LI - Surat permohonan (Lampiran 1) - Curriculum Vitae (Lampiran 2 ) - Borang jawapan daripada organisasi - Surat penerimaan/ penolakan tawaran daripada organisasi
(Borang Maklumbalas Permohonan LI) (Borang LI-01) - Surat lantikan penyelia UMT - Buku Log LI - Borang-borang yang berkaitan - Borang Lapor Diri (LI-02)
11
Keputusan
Kenalpasti dan
maklumkan senarai pelajar
Mengadakan taklimat
Permohonan penempatan LI
Maklumkan keputusan agihan
Taklimat Persediaan LI
Lapor Diri
Tamat
Mengedarkan surat lantikan penyelia
UMT
Mula
8.2 Proses Penyeliaan dan Penilaian Jadual 2 di bawah menunjukkan proses penyeliaan dan penilaian Latihan Industri bagi program sarjana muda dan diploma mengikut mod berikut: i. Mod A - Tempoh LI semasa cuti di antara semester 4 dan 5. ii. Mod B - Tempoh LI semasa semester akhir pengajian (semester 6 atau 8). iii. Mod C - Tempoh LI semasa cuti semester akhir pengajian (semester 6). Jadual 3 menunjukkan carta alir proses penyeliaan dan penilaian pelajar.
Jadual 2: Proses Penyeliaan dan Penilaian Bil Aktiviti Latihan Industri
(Sarjana Muda) Mod A
Cuti Antara
Semester 4 & 5 (8 minggu atau 12
minggu)
Latihan Industri
(Sarjana Muda) Mod B
Semester Akhir
Pengajian (16 atau 24
minggu)
Latihan Industri
(Diploma) Mod C
Semester 6
(12 minggu)
1. Pelajar melengkapkan Borang
Deskripsi Latihan (LI-03) bersama Penyelia Industri.
Minggu pertama
selepas lapor diri
Minggu pertama
selepas lapor diri
Minggu pertama
selepas lapor diri
2. Pelajar mengisi Buku Log
setiap hari bekerja dan disahkan setiap minggu oleh
Penyelia Industri.
Sepanjang
tempoh LI
Sepanjang
tempoh LI
Sepanjang
tempoh LI
3. Pelajar menghantar Borang Laporan Kemajuan LI (LI-04)
kali pertama kepada Penyelaras LI Fakulti.
Minggu ke-6 Minggu ke-10 Minggu ke-10
4. Pelajar menghantar Borang
Laporan Kemajuan LI (LI-04) kali kedua kepada Penyelaras
LI Fakulti.
- Minggu ke-18 -
5. Penyelia LI Fakulti melawat dan menyelia di tempat
latihan industri. Penyelia LI Fakulti perlu isi Borang
Penyeliaan Lawatan (LI-05).
Penghantaran draf pertama Laporan LI kepada Penyelia
LI Fakulti.
Pelajar LI Sm Sains (Sains Nautika & Pengangkutan
Maritim) yang menjalani LI di
atas kapal akan menggunakan format
penyeliaan berbeza berdasarkan keperluan
jabatan.
Minggu ke-5 hingga ke-6
(LI-05)
Sm Kaunseling:
Penyeliaan 1
Minggu 4-7 (LI-05 kali
pertama)
Penyeliaan 2
Minggu 12-16 (LI-05 kali kedua)
Penyeliaan 3
Minggu 20-22
(LI-05 kali ketiga)
Sm. Perakaunan/
Sm. Pengurusan (Maritim)/ Sm Sains
(Sains Nautika &
Minggu ke-10 (LI-05)
12
Bil Aktiviti Latihan Industri
(Sarjana Muda) Mod A
Cuti Antara Semester 4 & 5
(8 minggu atau 12 minggu)
Latihan Industri
(Sarjana Muda) Mod B
Semester Akhir Pengajian
(16 atau 24 minggu)
Latihan Industri
(Diploma) Mod C
Semester 6 (12 minggu)
Pengangkutan
Maritim)
Penyeliaan 1
Minggu 5-6
(LI-05 kali pertama)
Penyeliaan 2
Minggu 20-21 (LI-05 kali kedua)
Sm. Sn Makanan:
Penyeliaan 1
Minggu 10-12 (LI-05 kali
pertama)
6. Penyelia Industri menghantar Borang Penilaian Penyelia
Industri (LI-06) kepada
Penyelaras LI Fakulti.
Seminggu selepas LI tamat
7. Pelajar membentangkan
laporan akhir LI di Jabatan. Penilaian dibuat dengan
menggunakan Borang
Penilaian Pembentangan LI (LI-07).
Tarikh pembentangan akan ditentukan oleh Jabatan masing-
masing
8. Pelajar menyerahkan laporan
akhir kepada jabatan masing-masing.
Tarikh penyerahan laporan akhir akan ditentukan oleh Jabatan masing-masing
9.
Penyelia UMT yang dilantik akan menilai laporan LI
pelajar dengan menggunakan
Borang Penilaian Laporan Akhir LI (LI-08).
Tarikh penghantaran markah penilaian Laporan LI akan
ditentukan oleh Jabatan masing-masing
10. Markah keseluruhan penilaian
LI (Borang LI-09) perlu dihantar kepada Penyelaras
LI Program.
Tarikh penghantaran markah keseluruhan penilaian LI akan ditentukan oleh Jabatan masing-masing
11. Penyelaras LI Program akan
memasukkan markah akhir ke
dalam Sistem Integrasi Pensyarah (SIP).
Tarikh memasukkan gred akhir ke dalam SIP sebelum sistem
SIP ditutup
13
Jadual 3: Carta Alir Proses Penyeliaan dan Penilaian LI Pelajar
Keterangan/Tanggungjawab Carta Alir
1. Pelajar mendaftar kursus LI dalam tempoh
pra-pendaftaran pada semester sebelumnya.
2. Permohonan penempatan LI (menghadiri sesi taklimat / bengkel,
penyediaan surat permohonan dan CV).
3. Pelajar lapor diri untuk latihan industri. Melengkapkan Borang LI-02 dan
dihantar kepada Penyelaras LI Fakulti.
4. Pelajar melengkapkan Borang Maklumat Latihan (LI-03) bersama
Penyelia Industri.
5. Pelajar mengemaskini buku log setiap hari bekerja. Buku log perlu
disahkan oleh Penyelia Industri setiap minggu.
6. Pelajar melengkapkan dan menghantar Laporan Kemajuan LI (LI-04)
pada masa yang ditentukan kepada Penyelaras LI Fakulti.
7. Lawatan Penyelia UMT ke tempat LI. Penyelia UMT melengkapkan
Borang Penilaian Penyelia UMT (LI-05).
8. Tamat penempatan Latihan Industri di organisasi.
9. Penyelia Industri melengkapkan Borang Penilaian Penyelia Industri (LI-
06) dan hantar kepada Penyelaras LI Fakulti.
10. Pelajar membentang laporan akhir LI. Penilaian dibuat dengan
menggunakan Borang Penilaian Pembentangan (LI-07).
11. Pelajar menyiap dan menyerahkan laporan LI kepada jabatan masing-
masing.
12. Penyelia UMT menilai laporan akhir pelajar dengan menggunakan
Borang Penilaian Laporan Akhir LI (LI-08).
13. Penyelia UMT melengkapkan Borang Markah Keseluruhan Penilaian LI
(LI-09) dan dihantar kepada Penyelaras LI program.
14. Penyelaras LI program memasukkan markah akhir ke dalam Sistem
Integrasi Pensyarah (SIP) dalam tempoh yang ditetapkan.
Mula
Pelajar mendaftar Kursus LI
Permohonan Penempatan LI
Borang LI-02
Borang LI-03
Buku Log
Borang LI-04
Borang LI– 05
Tamat penempatan LI
Borang LI– 06
Borang LI-07
Siap dan serah laporan akhir
Borang LI-08
Borang LI-09
Menjana keputusan Akhir LI
Tamat
14
L A M P I R A N
Lampiran 1 Contoh surat permohonan
Nama Alamat surat-menyurat Poskod dan Bandar Email Tarikh Pengurus Latihan Syarikat ABC Damansara Utama Kuala Lumpur Melalui: Penyelaras Latihan Industri Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Malaysia Terengganu 21030 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. Tuan/Puan,
PERMOHONAN PENEMPATAN LATIHAN INDUSTRI Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Adalah dimaklumkan bahawa saya pelajar tahun akhir ijazah/diploma dalam pengajian _________________ (cth: Matematik Komputasi / Teknologi Persekitaran/ Kaunseling) di Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Sehubungan dengan itu, saya berminat untuk mendapatkan tempat latihan industri di dalam organisasi tuan di dalam bidang yang berkait dengan program akademik saya. Latihan Industri tersebut di atas merupakan sebahagian daripada keperluan untuk bergraduat. Tempoh latihan industri ini selama ______ minggu bermula dari _______(tarikh/bulan/tahun) hingga _________ (tarikh/bulan/tahun). Bersama-sama ini, disertakan salinan curriculum vitae dan dokumen yang diperlukan untuk rujukan pihak tuan. Saya berharap mendapat jawapan yang positif daripada organisasi tuan dalam masa yang terdekat. Terima kasih. Yang benar, (Nama :……………………………….) No. Kad Pengenalan …………………
15
Lampiran 2 Contoh Curriculum Vitae
RESUME
Name : Address : Contact No. : Email : PERSONAL DETAILS
NRIC No. : Gender :
Date of Birth : Marital Status :
Age : Religion :
EDUCATION
Period Institution Level Achievement
16
Photo
Lampiran 2 Contoh Curriculum Vitae
WORK EXPERIENCE
Period Organisation Designation Responsibilities
CO-CURRICULAR ACTIVITIES
Period Location Activity Participation Remarks
17
Lampiran 2 Contoh Curriculum Vitae
OTHERS Language ability
Hobbies
ACADEMIC REFEREE
Name : Designation : Organisation : Tel No. : Email :
18
Language Writing Speaking
UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU BORANG MAKLUMBALAS PERMOHONAN LATIHAN INDUSTRI
( diisi oleh Pihak Industri )
1. Maklumat Organisasi
Nama : Telefon : Alamat : Faks :
2. Akuan Penerimaan
Pihak kami bersetuju/tidak bersetuju untuk menerima pelajar-pelajar berikut untuk menjalani latihan industri seperti di atas sebagaimana dipohon:
Bil Nama No Matrik Program
1
2
3
4
3. Maklumat Latihan
Tarikh Lapor : Alamat Lapor Diri : Diri Masa Lapor : Diri
4. Kemudahan Disediakan oleh Organisasi
Pihak kami juga bersedia untuk menyediakan kemudahan-kemudahan seperti berikut: YA TIDAK YA TIDAK 1. Penginapan 3. Makan-minum 2. Pengangkutan 4. Elaun Bulanan Lain-lain Kemudahan (nyatakan jika ada): _____________________________________
19
Lampiran 3 Contoh Borang LI-01
5. Syarat-syarat ditetapkan oleh Organisasi (jika ada)
Pihak kami turut mensyaratkan agar pelajar-pelajar terlibat memenuhi perkara-perkara berikut :
6. Pengesahan oleh Wakil Organisasi
Tandatangan : Cop Jawatan Rasmi : Nama : Tarikh :
Mohon kembalikan borang yang telah siap diisi kepada :
Penyelaras Latihan Industri
Fakulti …………………………………………………………………….. Universiti Malaysia Terengganu
21030 Kuala Terengganu Terengganu
Atau fakskan kepada : 09-668……..
20
Lampiran 3 Contoh Borang LI-01
1. Maklumat Organisasi
Nama : Telefon : Alamat : Faks :
2. Akuan Lapor Diri Pelajar
Dengan ini disahkan bahawa pelajar berikut telah melapor diri bagi menjalani Latihan Industri seperti di atas : Nama : No. Matrik : No. Kad Pengenalan : Program : Tarikh Lapor Diri : Alamat Kediaman : Semasa Latihan Industri Telefon : Emel : Tempoh Latihan : Tandatangan : Pelajar
3. Pengesahan oleh Wakil Organisasi
Disahkan bahawa segala maklumat di atas adalah benar : Tandatangan : Cop Jawatan/Rasmi : Nama : Tarikh :
21
UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
BORANG AKUAN LAPOR DIRI LATIHAN INDUSTRI
( diisi oleh Penyelia Industri )
Lampiran 4 Contoh Borang LI-02
4. Untuk Kegunaan Pejabat (diisi oleh Penyelaras LI Fakulti)
Diterima dan disemak oleh : Tandatangan : Cop Jawatan/Rasmi : Nama : Tarikh/Masa : Catatan :
22
Lampiran 4 Contoh Borang LI-02
UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
LAPORAN MAKLUMAT LATIHAN YANG AKAN DIJALANKAN SEMASA LATIHAN INDUSTRI
NAMA PELATIH : NO. MATRIK : PROGRAM :
NAMA ORGANISASI:
PERKARA/ASPEK YANG PELATIH MAHU TUMPUKAN SEMASA LATIHAN:
AKTIVITI YANG DIRANCANG OLEH ORGANISASI:
RANGKA LATIHAN INDUSTRI ORGANISASI (AKTIVITI/SASARAN,PELAKSANAAN/PENYELIAAN,PENCAPAIAN, ULASAN PELATIH)
LAIN-LAIN
23
Lampiran 5 Contoh Borang LI-03
UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU LAPORAN KEMAJUAN LATIHAN INDUSTRI
NAMA PELATIH : NO. MATRIK : PROGRAM :
NAMA DAN ALAMAT ORGANISASI: NO. TEL/FAX : NAMA PENYELIA :
KEKUATAN ORGANISASI :
ANALISIS TERHADAP SISTEM KERJA YANG TELAH/SEDANG PELAJARI:
PENGENALPASTIAN MASALAH :
24
Lampiran 6 Contoh Borang LI-04
UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU BORANG PENILAIAN PENYELIA UMT
Sila nyatakan penilaian tuan/puan untuk aspek berikut dengan membulatkan huruf yang
berkaitan.
PANDUAN PENILAIAN
A. PENGISIAN BUKU LOG
01 Kekemasan laporan
02 Isi laporan
03 Konsistensi dalam mengemaskini laporan
1 2 3 4 5
1 2 3 4 5
1 2 3 4 5
B. PEMERHATIAN
04 Ketepatan masa datang bertugas
05 Ketertiban dalam percakapan
06 Kesesuaian dan kesopanan berpakaian
07 Keyakinan diri
1 2 3 4 5
1 2 3 4 5
1 2 3 4 5
1 2 3 4 5
C. TEMUBUAL
08 Mengenalpasti objektif,matlamat dan struktur organisasi
09 Mengenalpasti sistem / kaedah pelaksanaan organisasi
10 Kefahaman mengenai tugas
11 Keupayaan melaksanakan tugas
12 Keupayaan mengenalpasti masalah
13 Keupayaaan mengemukakan pandangan mengenai masalah
yang dikenalpasti
14 Sumbangan yang signifikan kepada organisasi
15 Berupaya menonjolkan imej positif UMT
1 2 3 4 5
1 2 3 4 5
1 2 3 4 5
1 2 3 4 5
1 2 3 4 5
1 2 3 4 5
1 2 3 4 5
1 2 3 4 5
25
NAMA PELAJAR : _________________________ PROGRAM :__________________
NO. MATRIK : _________________________ NO. K/P : ____________________
ORGANISASI : _______________________________________________________
PENYELIA UMT : _______________________________________________________
TARIKH / MASA : _______________________________________________________
1
(Sangat Rendah)
2
(Rendah)
3
(Sedarhana)
4
(Tinggi)
5
(Sangat Tinggi)
Lampiran 7 Contoh Borang LI-05-SULIT
Komen Penyelia
a) Kesesuaian penempatan dan skop latihan organisasi dengan bidang pengajian
pelajar
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
b) Kesesuaian organisasi untuk penempatan latihan industri UMT pada masa akan
datang.
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
c) Cadangan
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
________________________ Jumlah Markah = 20%75
Tandatangan & Cop Penyelia
Tarikh : _________________
Nota:
Kepada Penyelia UMT:
a) Borang ini digunakan oleh Penyelia UMT semasa melawat dan memantau aktiviti
Latihan Industri b) Sila kembalikan borang penilaian ini kepada:
Penyelaras Latihan Industri
Program .....................................................................................................
Fakulti ...........................................
Universiti Malaysia Terengganu
21030 Kuala Terengganu
26
Lampiran 7 Contoh Borang LI-05-SULIT
UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU BORANG PENILAIAN PENYELIA INDUSTRI
Sila nyatakan penilaian tuan/puan untuk aspek berikut dengan membulatkan huruf yang berkaitan.
PANDUAN PENILAIAN
BAHAGIAN I – PENILAIAN PERIBADI PELAJAR
A. DISIPLIN PELAJAR
01 Kesediaan mematuhi peraturan yang ditetapkan
02 Isi laporan
03 Ketepatan waktu dalam menjalankan sesuatu
dengan jujur dan amanah
1 2 3 4 5
1 2 3 4 5
1 2 3 4 5
B. DEDIKASI, KEYAKINAN DAN KEUPAYAAN
04 Sikap positif dan kesungguhan dalam menjalankan tugas
05 Keyakinan diri dan keupayaan menghadapi situasi
mencabar
06 Kesesuaian dan kesopanan berpakaian
07 Keyakinan diri
1 2 3 4 5
1 2 3 4 5
1 2 3 4 5
1 2 3 4 5
C. KERJASAMA
08 Kesediaan melibatkan diri bersama anggota lain dalam
menjalankan tugas yang diberikan
09 Kesanggupan memberi bantuan kepada anggota lain
walaupun di luar tugas yang diberikan
1 2 3 4 5
1 2 3 4 5
D. PERGAULAN DAN KOMUNIKASI
08 Keupayaan berinteraksi dan menyampaikan
buah fikiran dengan jelas
1 2 3 4 5
27
NAMA PELAJAR : _______________________ PROGRAM :____________________
NO. MATRIK : _______________________ NO. K/P : ______________________
ORGANISASI : ______________________________________________________
PENYELIA INDUSTRI : _______________________________________________________
TARIKH / MASA : _______________________________________________________
1
(Sangat Rendah)
2
(Rendah)
3
(Sedarhana)
4
(Tinggi)
5
(Sangat Tinggi)
Lampiran 8 Contoh Borang LI-06-SULIT
Lampiran 8 Contoh Borang LI-06-SULIT
09 Keupayaan memberi dan menerima arahan
dengan jelas dan bersopan
10 Kesediaan untuk bertanya bagi mendapatkan maklumat
dan tunjuk ajar
11 Ketahanan berhadapan dengan situasi mencabar
1 2 3 4 5
1 2 3 4 5
1 2 3 4 5
BAHAGIAN II – PENILAIAN PRESTASI KERJA
A. KEFAHAMAN MENGENAI TUGAS
12 Pengetahuan tentang tugas yang diamanahkan
13 Mempunyai ilmu asas dalam menjalankan tugas
1 2 3 4 5
1 2 3 4 5
B. KEUPAYAAN MELAKSANAKAN TUGAS
14 Kemampuan menggunakan pengetahuan dalam
melaksanakan tugas
1 2 3 4 5
C. KUALITI KERJA
15 Hasil kerja menepati kualiti yang diperlukan
16 Kesungguhan kerja
1 2 3 4 5
1 2 3 4 5
D. PENGURUSAN MASA
17 Kemampuan dalam melaksanakan sesuatu kerja dalam
tempoh yang diberikan
18 Kemampuan dalam membahagikan masa semasa
melaksanakan beberapa tugas dalam tempoh yang
diberikan
1 2 3 4 5
1 2 3 4 5
E. KEPIMPINAN
19 Bakat kepimpinan
1 2 3 4 5
F. SUMBANGAN KEPADA ORGANISASI
20 Kesediaan menyumbang idea dan hasil kerja yang
bermanfaat kepada organisasi
1 2 3 4 5
ULASAN KESELURUHAN MENGENAI PELAJAR
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
28
Komen Penyelia Industri
a) Kesesuaian penempatan dan skop latihan organisasi dengan bidang pengajian
pelajar
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
b) Kesesuaian organisasi untuk penempatan latihan industri UMT pada masa akan
datang.
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
c) Cadangan
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________ Jumlah Markah = 20%100
Tandatangan & Cop Penyelia
Tarikh : _________________ = _____________
Nota:
Kepada Penyelia Industri:
c) Borang ini digunakan oleh Penyelia Industri untuk menilai pencapaian pelajar sepanjang tempoh Latihan Industri
d) Sila kembalikan borang penilaian ini kepada:
Penyelaras Latihan Industri
Program ......................................................................................
Fakulti ...........................................
Universiti Malaysia Terengganu
21030 Kuala Terengganu
29
Lampiran 8 Contoh Borang LI-06-SULIT
UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
BORANG PENILAIAN LATIHAN INDUSTRI
PEMBENTANGAN LAPORAN (20%)
PANDUAN PENILAIAN
A. PEMBENTANGAN (25%)
01 Penampilan 1 2 3 4 5
02 Gaya / Bahasa 1 2 3 4 5
03 Kelancaran 1 2 3 4 5
04 Kejelasan 1 2 3 4 5
05 Ketepatan 1 2 3 4 5
B. ISI KANDUNGAN (40%)
06 Pengenalan kepada organisasi 1 2 3 4 5
07 Perincian tugas-tugas yang telah diberikan dan
dijalankan
1 2 3 4 5
08 Pengenalan kepada isu yang dipilih 1 2 3 4 5
09 Perbincangan isu 1 2 3 4 5
10 Ketepatan menganalisis isu 1 2 3 4 5
11 Cadangan mengatasi isu 1 2 3 4 5
12 Kemahiran tambahan yang diperolehi 1 2 3 4 5
13 Kesimpulan 1 2 3 4 5
30
NAMA PELAJAR : ___________________________ PROGRAM :________________
NO. MATRIK : ___________________________ NO. K/P : __________________
ORGANISASI : _______________________________________________________
PENYELIA UMT : _______________________________________________________
TARIKH / MASA : _______________________________________________________
1 (Sangat Rendah)
2 (Rendah)
3 (Sedarhana)
4 (Tinggi)
5 (Sangat Tinggi)
Lampiran 9 Contoh Borang LI-07-SULIT
C. PENGGUNAAN ICT DAN BAHAN PEMBENTANGAN (20%)
14 Gambarajah/Jadual 1 2 3 4 5
15 Kejelasan 1 2 3 4 5
16 Susunan slaid/ Kandungan slaid/ Kepadatan 1 2 3 4 5
17 Kreativiti dan inovatif 1 2 3 4 5
D. SESI SOAL JAWAB (15%)
Markah =
20%100
Jumlah keseluruhan Komen : ___________________________________________________________
___________________________________________________________ Disahkan oleh : ______________________________ Nama Penilai : Cop Rasmi : Tarikh :
31
18 Kefahaman 1 2 3 4 5
19 Ketepatan 1 2 3 4 5
20 Kejelasan 1 2 3 4 5
Lampiran 9 Contoh Borang LI-07-SULIT
BORANG PENILAIAN LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI (40%)
Catatan : Sila gunakan borang di muka surat sebelah untuk komen/pembetulan dan cadangan sekiranya ada.
Disahkan oleh, ……………………………………......... Nama Pemeriksa dan Cop rasmi
32
NAMA PELAJAR : _______________________________________________________
NO. MATRIK : ______________________ NO. K/P : _______________________
TEMPAT L.I : _______________________________________________________
_______________________________________________________
PENYELIA UMT : __________________________PENYELIA LI : _______________
Perkara Pemeriksa
Jabatan
Ringkasan Eksekutif
Rumusan ringkas mengenai maklumat organisasi,aktiviti organisasi, tugas yang telah dijalankan dan hasil kerja yang telah dicapai
/10
Pengenalan kepada
Organisasi
Nama, alamat organisasi Jenis aktiviti organisasi (core business) Carta organisasi, kakitangan utama Peta dan gambar (jika ada)
/5
Isi Kandungan
Pengenalan kepada isu yang dipilih Perbincangan isu Ketepatan menganalisis isu Cadangan mengatasi isu Kemahiran tambahan yang diperolehi Kesimpulan
/50
Pengalaman dan kemahiran yang telah diperolehi
Rumusan pengalaman & kemahiran yang diperolehi
Kaitan dengan teori dalam program di UMT Ilmu yang telah dipelajari yang membantu dalam latihan Sumbangan pelajar kepada organisasi Sumbangan organisasi kepada pelajar Rangkaian perhubungan yang telah dijalankan
/10
Masalah yang dihadapi
Kekurangan ilmu dan teori yang perlu dipertingkatkan Kekurangan kemahiran yang perlu dipertingkatkan Kemahiran komunikasi yang perlu dipertingkatkan
/5
Rumusan Rumusan keseluruhan latihan yang telah dijalankan /10
Kesempurnaan Laporan
Format: Tepat /Gaya penulisan dan tatabahasa Penghargaan Persembahan gambarajah dan jadual: jelas teratur dan kemas Rujukan/Lampiran: mencukupi, relevan
/10
Jumlah
/100%
Lampiran 10 Contoh Borang LI-08-SULIT
Nama pelajar : No. matrik :
33
Perkara KOMEN/ CADANGAN/
PEMBETULAN
PENGESAHAN PEMBETULAN
DARI PEMERIKSA
Rumusan Eksekutif
Rumusan ringkas mengenai maklumat organisasi,aktiviti organisasi, tugas yang telah dijalankan dan hasil kerja yang telah dicapai
Pengenalan kepada
Organisasi
Nama, alamat organisasi Jenis aktiviti organisasi (core business) Carta organisasi, kakitangan utama Peta dan gambar (jika ada)
Isi Kandungan
Pengenalan kepada isu yang dipilih Perbincangan isu Ketepatan menganalisis isu Cadangan mengatasi isu Kemahiran tambahan yang diperolehi Kesimpulan
Pengalaman dan kemahiran
yang telah diperolehi
Rumusan pengalaman & kemahiran yang diperolehi Kaitan dengan teori dalam program di UMT Ilmu yang telah dipelajari yang membantu dalam latihan Sumbangan pelajar kepada organisasi Sumbangan organisasi kepada pelajar Rangkaian perhubungan yang telah dijalankan
Masalah yang dihadapi
Kekurangan ilmu dan teori yang perlu dipertingkatkan Kekurangan kemahiran yang perlu dipertingkatkan Kemahiran komunikasi yang perlu dipertingkatkan
Rumusan Sila beri rumusan keseruruhan latihan yang telah dijalankan
Kesempurnaan Laporan
Format: Tepat /Gaya penulisan dan tatabahasa Penghargaan Persembahan gambarajah dan jadual: jelas teratur dan kemas Rujukan/Lampiran: mencukupi, relevan
Pengesahan Pemeriksa
Disahkan oleh, ................................ Pemeriksa dan Cop Rasmi Tarikh:
Disahkan oleh, ................................ Pemeriksa dan Cop Rasmi Tarikh:
SALINAN KEPADA PELAJAR
Lampiran 10 Contoh Borang LI-08-SULIT
UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
MARKAH KESELURUHAN PENILAIAN LATIHAN INDUSTRI
Laporan Yang Dinilai Peratus Markah
Markah
1. Laporan Penyelia Industri 20%
2. Lawatan Penyelia UMT 20%
3. Pembentangan Pelajar 20%
4. Laporan Akhir 40%
Jumlah Keseluruhan 100%
Disahkan Oleh: _________________________ Nama Penyelia dan Cop Rasmi Tarikh :
34
NAMA PELAJAR : ___________________________PROGRAM :_________________
NO. MATRIK : ______________________ NO. K/P : __________________
ORGANISASI : _______________________________________________________
PENYELIA UMT : _______________________________________________________
Lampiran 10 Contoh Borang LI-08-SULIT
Untuk pertanyaan, sila hubungi
Urusetia Latihan Industri Fakulti :
1. Fakulti Pengurusan dan Ekonomi (FPE) Universiti Malaysia Terengganu 21030 Kuala Terengganu, Terengganu. Tel : 09-6684432 Faks : 09-6684237 2. Fakulti Sains dan Teknologi (FST) Universiti Malaysia Terengganu 21030 Kuala Terengganu, Terengganu. Tel : 09-6683287 Faks : 09-6683326 3. Fakulti Agroteknologi dan Sains Makanan (FASM) Universiti Malaysia Terengganu 21030 Kuala Terengganu, Terengganu. Tel : 09-6683362 Faks : 09-6683434 4. Fakulti Pengajian Maritim dan Sains Marin (FMSM) Universiti Malaysia Terengganu 21030 Kuala Terengganu, Terengganu. Tel : 09-6683732 Faks : 09-6683193
35
Untuk keterangan lanjut sila hubungi
Pusat Jaringan Industri dan Khidmat Komuniti (INComS) Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
21030 Kuala Terengganu Terengganu, MALAYSIA.
Tel: +609-668 4415 / +609-668 4169 Faks: +609-668 4567