bab 2.perkembangan fizikal
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
Bab 2: Perkembangan dan Pertumbuhan Fizikal
1
BBBaaabbb 222:::
PPPEEERRRKKKEEEMMMBBBAAANNNGGGAAANNN DDDAAANNN PPPEEERRRTTTUUUMMMBBBUUUHHHAAANNN FFFIIIZZZIIIKKKAAALLL
lo
1.1 The Newborn Baby
Setelah menyelesaikan bab ini, anda harus boleh:
Menjejak perkembangan dan pertumbuhan fizikal kanak-kanak
Membezakan di antara kemahiran motor halus dan motor kasar
Menjelaskan tindakan refleks bayi yang baru lahir
Membincangkan peranan tidur dan menangis untuk bayi
Menilai perkembangan perseptual bayi
Menerangkan fungsi otak
Menyatakan faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan fizikal
yang sihat
Bab ini membincangkan pertumbuhan fizikal kanak-kanak dengan tertumpu kepada
tindakan refleks seorang bayi yang baru lahir, kenapa bayi menangis dan tidur. Juga
dibincangkan adalah perkembangan kemahiran motor yang halus dan kasar serta batu
tanda dalam perkembangan kemahiran motor. Perkembangan deria dan perseptual
kanak-kanak diteliti dengan menumpukan kepada melihat, mendengar, merasa,
menghidu dan menyentuh. Otak, iaitu pusat arahan manusia dibincangkan dengan
tertumpu kepada bahagian-bahagian otak yang berlainan dan fungsinya. Di akhir bab ini,
beberapa faktor yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak yang sihat
dibincangkan.
RINGKASAN BAB
2.1 Bayi yang baru lahir
2.2 Tindakan refleks bayi yang baru
lahir
2.3 Bayi sedang menangis
2.4 Bayi sedang tidur
2.5 Perkembangan motor
2.7 Perkembangan perseptual
2.8 Perkembangan otak
2.9 Faktor yang mempengaruhi
perkembangan fizikal
Ringkasan
Istilah penting
Rujukan
Bab 1: Pengenalan
Bab 2: Perkembangan Fizikal &
Pertumbuhan
Bab 3: Perkembangan Kognitif –
Piaget & Vygotsky
Bab 4: Perkembangan Kognitif –
Pemprosesan Maklumat
Bab 5: Perkembangan Moral
Bab 6: Perkembangan Emosi
Bab 7: Perkembangan Bahasa
Bab 8: Perkembangan Sosial
Bab 9: Pengaruh Keluarga
Bab 10: Pengaruh Di Luar Keluarga
Bab 2: Perkembangan dan Pertumbuhan Fizikal
2
2.1 Bayi yang Baru Lahir
Bayi yang baru lahir adalah menyeronokkan
kepada ibubapanya. Sebuah soalan biasa yang
mungkin ditanya oleh seorang ibu atau bapa
adalah; “Adakah bayi saya baik-baik sahaja?”.
Pengamal perubatan mungkin menjawab, “Dia
seorang bayi penuh”, menunjukkan bahawa
secara fizikal bayi tersebut adalah normal.
Markah Apgar, iaitu suatu ukuran yang telah
dibina dalam tahun 1953 oleh Virginia Apgar
selalunya digunakan untuk mentaksir dengan
cepat keadaan bayi yang baru lahir dengan
menumpukan kepada lima petanda penting
yang berikut:
1. Pergerakan
2. Nadi
3. Respon kepada stimulus yang merimaskan
4. Warna kulit
5. Pernafasan
Seorang bayi yang dalam keadaan fizikal yang baik menggerakkan anggota badannya
dengan aktif, nadinya adalah lebih daripada 100 denyutan seminit, menangis dengan
kuat, warna kulitnya normal seluruh badan dan pernafasannya kuat. Walau
bagaimanapun, bagi mendapatkan penilaian keadaan bayi yang lebih menyeluruh,
pakar paediatric menggunakan ujian yang lebih canggih.
2.2 Tindakan Refleks Bayi yang Baru Lahir
Suatu tindakan refleks ditakrifkan sebagai suatu
respon otomatik kepada suatu stimulus luaran.
Misalnya, menguap, menggenggam dan menyedut
merupakan contoh-contoh berbagai tindakan
refleks seorang bayi yang baru lahir. Tindakan
refleks ini diperlukan untuk ikhtiar hidup dan
bertujuan untuk melindungi bayi yang baru lahir
itu. TUJUH jenis tindakan refleks yang secara
umumnya akan hilang sebelum bulan ketiga dan
keempat tetapi ada kalanya mungkin selama
setahun.
1. Refleks Pengakar – when you touch a
baby’s cheek, the baby’s reflex will be to
turn toward your touch, open it’s mouth and
attempt to suck. Here the infant is hoping to get food.
Rajah 2.1 Refleks Darwin
Bab 2: Perkembangan dan Pertumbuhan Fizikal
3
2. Refleks Darwin – apabila anda meletakkan jari anda pada tapak tangan
seorang bayi, ia akan secara otomatik cuba menggenggam tangannya
sekeliling jari anda. Di sini bayi tersebut sedang berpaut kepada seorang
dewasa bagi mengelak daripada terjatuh.
3. Refleks Babinski – apabila anda mengusap tapak kaki seorang bayi daripada
tumit sehingga ke hujung kakinya; hujung jari kakinya akan keluar dan
kakinya akan pusing ke dalam. Ini adalah untuk mengelakkan daripada
terjatuh.
4. Refleks Moro – juga dikenali sebagai "reflex terkejut ". Bagi kebanyakan
ibubapa ini merupakan suatu refleks yang paling ketara yang ditunjukkan oleh
bayi mereka yang baru lahir. Stimulusnya adalah suatu bunyi nyaring dan
bising ataupun apabila bayi tersebut kehilangan sokongan secara tiba-tiba.
Bayi tersebut akan menghayunkan tangannya dan kemudian dengan cepat
menariknya kembali ke dadanya dan kemudian menangis. Refleks ini adalah
suatu percubaan untuk mengelakkan dia daripada jatuh dan untuk berpaut
kepada sesuatu.
5. Pantulan Tonik Leher – Bagi mencapai pergerakan refleks ini, terlentangkan
bayi. Kepalanya harus berpaling ke sebelah dengan satu tangan dan kakinya
terjulur ke arah yang sama dengan mukanya dan kedudukan tangan dan kaki
yang sebelah lagi dalam kedudukan terlentik. Tidak terdapat suatu manafaat
yang diketahui bagi refleks ini.
6. Refleks Berjalan - Refleks ini ada waktu lahir, hilang dan akan timbul
semula apabila kanak-kanak itu sudah bersedia untuk belajar berjalan
kemudian. Pegang bayi di bawah lengannya, tegak dengan kakinya
menyentuh suatu permukaan yang rata. Bayi itu akan membuat pergerakan
seperti melangkah.
7. Refleks Tarik Balik Refleks ini merupakan suatu percubaan untuk
mengelakkan kesakitan. Bayi menerima berbagai dugaan sewaktu
kelahirannya dan, anda akan dapat perhatikan bahawa apabila tumitnya
dicucuk untuk membuat ujian darah, kakinya akan tersentap ke belakang dan
kaki sebelah lagi ditolak ke hadapan.
Ingat! Bayi adalah sangat bingkas dan mudah suai. Apabila anda melihat seorang bayi
menguap ataupun cuba menggenggam jari anda, itu semua adalah demi
KEWUJUDAN!
[sumber: diadaptasi daripada http://kidshealth.org; American Academy of Pediatrics
http://www.aap.org;]
Bab 2: Perkembangan dan Pertumbuhan Fizikal
4
2.3 Bayi Sedang Menangis
Kenapa bayi menangis? Semua bayi kadang
kala menangis dan mereka terpaksa berbuat
demikian. Seorang bayi yang sedang menangis
sedang cuba memberitahu anda sesuatu. Oleh
kerana dia tidak dapat berbuat sesuatu sendiri,
bayi bergantung kepada orang lain. Menjadi
tanggungjawab orang dewasa untuk cuba
memahami kenapa bayi tersebut sedang
menangis dan apa yang boleh dilakukan.
Saya lapar. Kebanyakan bayi yang baru lahir
makan setiap beberapa jam sepanjang masa.
Ada bayi yang menjadi tergopoh-gapah apabila dilanda kelaparan. Mereka mungkin
sudah menjadi begitu marah semasa dia mula disuap sehinggakan dia menelan angin
bersama susu, yang mungkin menyebabkan muntah, masuk angin dan lebih tangisan.
Bagi mengelakkan kekalutan sebegitu, respon kepada tanda awal kelaparan.
Sekiranya seorang bayi mula menelan semasa disuap, rehat dahulu.
Saya perlu bersendawa. Semasa dan selepas setiap penyuapan, ambil masa untuk
menyendawakan bayi itu.
Saya basah. Bagi sesetengah bayi, lampin yang basah ataupun kotor tentunya
menyebabkan dia menangis. Angin atau ketakcernaan boleh memberi kesan yang
sama. Selalu tengok lampin bayi diaper dan pastikan ia bersih dan kering.
Saya penat. Bayi yang penat selalunya banyak kerenah. Bayi mungkin memerlukan
lebih tidur daripada yang anda sangka. Bayi yang baru lahir selalnya tidur sehingga 16
jam sehari. Ada bayi yang baru lahir tidur lebih lama lagi.
Saya lebih suka dibungkus. Ada bayi yang rasa paling selamat berada dalam
bedung. Bedung dan bungkus bayi dengan kemas dalam selimut atau kain jenis lain.
Saya mahu bergerak. Kadang kala suatu sesi henjutan atau berjalan di sekeliling
rumah mencukupi untuk memujuk seorang bayi yang sedang menangis. Dalam kes
yang lain, perubahan kedudukan mencukupi. Sambil mengingati langkah
keselamatan, cubalah buaian atau tempat duduk bayi yang bergetar. Sekiranya cuaca
mengizinkan, tuju ke luar rumah dengan kereta sorong. Malah anda mungkin ingin
membawa bayi anda bersiar-siar dalam kereta.
Saya kesunyian. Kadang kala sekadar melihat atau mendengar suara ibu ataupun
bapa ataupun didakap oleh mereka dapat menghentikan tangisan. Usap dengan
Rajah 2.2 Mengapakah bayi menangis?
Bab 2: Perkembangan dan Pertumbuhan Fizikal
5
perlahan atau tepuk sedikit di belakang mungkin juga dapat meredakan seorang bayi
yang sedang menangis.
Saya panas. Seorang bayi yang kepanasan mungkin berasa kurang selesa. Sama juga
dengan seorang bayi yang kesejukan. Tambah atau kurangkan lapisan pakaian
mengikut keperluan.
Saya mahu menghisap sesuatu. Menghisap merupakan suatu refleks yang
semulajadi bagi kebanyakan bayi. Bergeraklah ke suatu persekitaran yang lebih
tenang atau letakkan bayi dalam katilnya. Sesetengah bunyi yang sama seperti sebuah
kipas letrik atau pembersih vakum, mungkin membantu menenangkan seorang bayi
yang sedang menangis.
Cuma kerana waktunya. Kebanyakan bayi mempunyai waktu yang dapat dijangka
bilamana dia akan banyak kerenah dan tidak banyak yang dapat dilakukan melainkan
memujuk dia sambil dia terus menangis.
Perut saya sakit. Ada makan ataupun minuman tertentu yang mungkin menjadikan
bayi lebih banyak kerenah daripada biasa. Elakkan ia untuk beberapa hari bagi
melihat sekiranya ada perbezaan.
Lama kelamaan ibubapa akan boleh mengenal pasti keperluan seorang bayi dengan
memerhatikan cara dia menangis. Sebagai contoh, suatu tangisan kerana lapar
mungkin pendek dan bernada rendah, sementara tangisan kerana kesakitan mungkin
suatu pekikan yang tiba-tiba, panjang dan nyaring. Dengan mengenali corak-corak
tersebut akan dapat membantu ibubapa merespon kepada tangisan seorang bayi
dengan lebih baik.
[sumber: diadaptasi daripada “Crying baby: What to do when your newborn cries”.
Mayo Clinic.com; Baby Centre Medical Advisory Board
http://www.babycentre.co.uk]
Orang Quechua yang tinggal di
pergunungan di Peru memakaikan bayi
mereka dengan beberapa lapisan
pakaian dan selimut yang menutupi
kepala dan badannya. Pau yang hangat
di belakang ibunya yang bergerak
berirama sambil ibu itu berjalan
mengurangkan tangisan dan
menggalakkan tidur (Tronik, Thomas
& Daltabuit, 1994, diterjemah)
Bab 2: Perkembangan dan Pertumbuhan Fizikal
6
2.4 Bayi Sedang Tidur
Bayi tidur banyak. Bayi yang baru lahir tidur di
antara 14 hingga 18 jam sehari sehingga umurnya
satu bulan. Pada umurnya 6 hingga 8 minggu,
kebanyakan bayi mula tidur kurang di waktu siang
dan lebih lama di waktu malam, walaupun ramai
yang terus bangkit untuk disusukan tengah malam.
Lebih kurang di antara 3 hingga 6 bulan,
kebanyakan bayi boleh tidur sepanjang malam
tetapi ada yang bangkit pada malam hari sehingga
dia mula berjalan.
Di dalam beberapa budaya, bayi tidur dengan
ibubapa sehingga prasekolah dan di dalam sesetengah budaya, bayi tidur dalam katil
bayi di dalam biliknya sendiri. Amalan yang terdahulu itu lebih biasa dalam kalangan
masyarakat Asia dan Afrika sementara amalan yang kemudian itu lebih biasa dalam
kalangan masyarakat barat (Amerika, Britain, Australia). Tidur dengan ibubapa
disebut sebagai “tidur bersama” di mana bayi mungkin tidur di dalam sebuah endul
yang diletakkan di sebelah katil ibubapa ataupun bayi itu tidur atas katil ibubapanya.
Anda mungkin berfikir bahawa tidur bersama akan menjadikan kanak-kanak lebih
bergantung kepada ibubapanya, tetapi penyelidikan tidak memberikan indikasi
perkara ini (Okami, Weisner & Olmstead, 2002).
TIP MEMUPUK TABIAT TIDUR BAYI YANG BAIK.
Belajar tanda-tanda yang bermakna dia penat
o Dia sedang menggosok matanya, menarik telinganya, ataupun
membentuk bulatan berwarna gelap sedikit di sekeliling matanya?
o Sekiranya anda mengesan mana-mana tanda tersebut ataupun apa-apa
tanda mengantuk yang lain, cuba tidurkan dia.
Mulakan mengajar dia perbezaan di antara siang dan malam
Figure 2.3
Why are some babies
‘night owls’?
AKTIVITI PEMBELAJARAN
a) Bincangkan dengan ringkas jenis refleks seorang bayi yang
baru lahir.
b) Apakah kegunaan refleks tersebut? Adakah anda bersetuju?
c) Kenapakah bayi menangis? Apakah yang boleh dilakukan
untuk menenangkan seorang bayi yang sedang menangis?
Bab 2: Perkembangan dan Pertumbuhan Fizikal
7
o Sewaktu siang main dengan anak itu & biarkan persekitaran terang dan
bising
o Waktu malam kurangkan terang dan bising, dan kurangkan masa
bercakap dengan dia.
Pertimbangkan rutin waktu tidur harian.
Berikan dia peluang untuk tertidur dengan sendiri
SINDROM KEMATIAN BAYI MENGEJUT (SUDDEN
INFANT DEATH SYNDROME – SIDS)
SIDS merupakan kematian bayi di bawah umur 1 tahun yang tiba-tiba dan tidak dapat dijelaskan. Ia merupakan suatu kemungkinan yang mengerikan kerana ia boleh berlaku tanpa amaran, selalunya dalam kalangan bayi yang nampaknya sihat. Kebanyakan kematian SIDS dikaitkan dengan tidur (dengan itu ia selalu dirujuk sebagai "kematian katil bayi") dan bayi yang mati disebabkan SIDS tidak menunjukkan tanda penderitaan. Walaupun kebanyakan masalah atau penyakit selalunya didiagnosis dengan adanya suatu simptom, kebanyakan diagnosis SIDS didapati setelah semua kemungkinan sebab kematian telah ditolak melalui suatu reviu sejarah perubatan dan persekitaran bayi tersebut. Apabila mempertimbangkan bayi yang mana paling berisiko, tidak ada satu faktor risiko mungkin cukup untuk menyebabkan kematian SIDS. Sebaliknya, beberapa faktor risiko yang bergabung mungkin menyebabkan seorang bayi berisiko mati disebabkan SIDS. Kebanyakan kematian disebabkan SIDS berlaku di antara 2 dan 4 bulan umurnya dan,kejadian semakin bertambah di waktu cuaca sejuk. Lebih ramai lelaki berbanding perempuan menjadi mangsa SIDS. SIDS tidak dapat diramalkan dan tidak dapat dielakkan.
AKTIVITI PEMBELAJARAN
a) Adakah anda berpendapat bahawa tidur bersama
Mempunyai kesan sampingan?
b) Ada bayi yang “pungguk malam”. Apakah yang ibubapa
boleh lakukan untuk membuat bayi mereka tidur pada
waktu yang sesuai?
c) Apakah SIDS? Cari sebab-sebab yang mungkin
membawa kepada SIDS.
Bab 2: Perkembangan dan Pertumbuhan Fizikal
8
2.5 Perkembangan Motor
a) Apakah perkembangan Motor?
Ibubapa tidak sabar menunggu bayi mereka mula mengangkat muka mereka,
mencapai objek, duduk dengan sendiri mereka atau berjalan sendiri (lihat Gambarajah
2.4). Ini disebut perkembangan “motor” di mana anak itu belajar bergerak dan
menggenggam; dan terdiri daripada:
1. Kemahiran Motor Halus yang umumnya merujuk kepada pergerakan yang
melibatkan otot-otot yang lebih kecil, seperti yang terdapat pada tangan,
pergelangan tangan dan jari jemari (seperti yang digunakan untuk memegang
krayon ataupun permainan).
2. Kemahiran Motor Kasar umumnya merujuk kepada pergerakan yang
melibatkan otot-otot yang lebih besar, seperti yang berada pada tangan, kaki,
ataupun seluruh badan (yang digunakan untuk berjalan, melompat dan
sebagainya).
Walau bagaimanapun, apabila seseorang memikirkan tentang kedua-dua kumpulan
kemahiran ini, adalah mudah untuk melihat bahawa ia semua bertindih. Misalnya,
tangan seorang bayi boleh digunakan untuk mengambil permainan daripada lantai
(motor halus) dengan lebih mudah apabila dia sudah mempelajari bagaimana untuk
duduk tegak (motor kasar). Apabila seorang kanak-kanak sedang mengambil sesuatu
daripada rak, dia menggunakan kedua-dua jenis otot, otot kasar (berjalan ke rak dan
mencapai benda tersebut) dan otot halus (menggenggam permainan tersebut dengan
tangannya). Seperti yang anda dapat lihat, ia memerlukan suatu usaha yang rumit dan
berkoordinasi oleh kanak-kanak tersebut untuk menyelesaikan suatu tugasan yang
“mudah”!
b) Batu tanda dalam Perkembangan Motor
Jadual 1.1 menunjukkan julat umur pada waktu mana kanak-kanak dapat
menyelesaikan setiap tugasan. Perhatikan bahawa ia merupakan purata dan seorang
Rajah 2.4 Langkah-langkah pertama kearah kegembiraan
Bab 2: Perkembangan dan Pertumbuhan Fizikal
9
bayi yang lambat merangkak tidak semestinya akan lambat berjalan. Ibubapa menjadi
risau apabila bayi mereka belum berjalan menjangkau umur 1 tahun.
Semasa Bayi
Purata Umur yang
Dicapai
Kemahiran Motor
6 minggu Menegakkan kepalanya apabila didukung 2 bulan Mengangkat diri dengan tangan semasa tertiarap 3 bulan Menggenggam kiub 4 bulan Bergolek daripada terbaring kepada mengereng 7 bulan Berdiri dengan sendiri dan merangkak 8 bulan Bangkit berdiri
11 bulan Berdiri sendiri dan berjalan sendiri 14 bulan Menconteng dengan giat 16 bulan Berjalan ke atas tangga dengan bantuan 23 bulan Melompat pada satu tempat 25 bulan Menjengkit
Semasa Awal dan Pertengahan Kanak-kanak
Purata Umur yang
Dicapai
Kemahiran Motor
2-3 tahun Berjalan dengan lebih berirama; berjalan pantas menjadi berlari; meloncat, melompat, menolak mainan berlereng dengan kaki
3-4 tahun Berjalan naik tangga, bersilang kaki, meloncat, membaling & menangkap
4-5 tahun Naik tangga & turun tangga dengan lebih kemas, langkau ketam, pusingan badan yang bertambah
5-6 tahun Kelajuan berlari (12 kaki sesaat); meloncat, kelajuan melontar bertambah, membaling badan
7-12 tahun Kelajuan berlari (18 kaki sesaat); loncatan yang lebih lancar, lompatan mendatar & melebar; ketepatan menendang, menggelecek bola
Perhatian: Batu tanda ini mewakili corak umur keseluruhan. Pencapaian setiap
kemahiran motor mungkin berlainan merentas setiap julat umur.
Jadual 2.1 Perkembangan Motor daripada Bayi sehingga Umur 12
[sumber: Cratt, 1986; Malina & Bouchard, 1991, Bayley, 1969]
Bab 2: Perkembangan dan Pertumbuhan Fizikal
10
c) Kemahiran Motor Halus
Suatu pencapaian utama dalam zaman bayi adalah penggunaan tangan yang
berkemahiran. Bayi baru lahir mempunyai sedikit kawalan tangan yang jelas, tetapi
menjelang 1 tahun, mereka tahu apa yang perlu dibuat dengan tangannya dan apa
yang boleh dicapai. Kemahiran motor halus berkembang dengan cara yang konsisten
tetapi pada kelajuan yang tidak menentu. Ada kalanya, seorang kanak-kanak akan
memperoleh suatu kemahiran dengan cepat, dan pada masa yang lain perkembangan
kemahiran mereka akan lambat. Kebanyakan kanak-kanak yang berusaha untuk
menguasai kemahiran motor halus yang tertentu tidak mempunyai masalah yang
serius. Sekiranya seorang kanak-kanak ketinggalan dengan rakan sebayanya dengan
ketara dalam berbagai aspek perkembangan motor halus atau sekiranya dia merosot,
dengan kehilangan kemahiran yang telah dikuasai sebelumnya, maka orang itu harus
mendapatkan nasihat perubatan.
Mencapai dan Menggenggam: Misalnya,
pada lebih kurang umur 4 bulan, bayi boleh
mencapai objek dan pergerakan mereka tidak
licin, selalu kelihatan kemercap. Walaupun
bayi menggunakan kedua tangannya,
pergerakannya tidak berkoordinasi;
sebaliknya setiap tangan nampaknya
mempunyai akalnya sendiri. Seorang bayi
mungkin memegang sebuah permainan tanpa
bergerak dengan satu tangan sambil
menggoyangkan sebuah permainan berdetar
dengan tangan sebelah lagi. Pada umur lebih
kurang 5 hingga 6 bulan, bayi boleh
mengkoordinasi pergerakan tangan mereka supaya setiap tangan menjalankan aksi
yang berlainan untuk mencapai suatu tujuan yang sama (Kail, 2008).
Apabila mereka lebih berusia, pergerakan tangan lebih kemas dan lebih licin. Selepas
ulang tahun pertamanya, mereka akan boleh mencapai kebanyakan objek dengan satu
tangan dan apabila mencapai 2 tahun mereka boleh mencapai dengan satu ataupun
dua tangan, yang mana sesuai, bergantung dengan saiz objek tersebut. Kanak-kanak
juga akan mula cuba makan dengan sudu (lihat Rajah 2.5). Pada mulanya mereka
hanya bermain dengan sudu tersebut, mencelupkannya ke dalam dan ke luar sebuah
pinggan berisi makanan ataupun menyedut sebuah sudu kosong. Dengan sedikit
bantuan, mereka belajar mengisi sudu tersebut dengan makanan dan meletakkan
dalam mulutnya, walaupun pergerakkannya kekok kerana mereka tidak memusingkan
pergelangan tangan mereka. Sebaliknya, kebanyakan kanak-kanak berumur 1 tahun
mengisi sudu dengan meletakkannya terus di atas pinggan, dan merendahkannya
sehingga sudu tersebut penuh. Kemudian dia angkat sudu tersebut ke mulut; sambil
pergelangan tangannya tidak berpusing. Berbanding kanak-kanak 2 tahun, dia
memusingkan tangan dan pergelangan tangannya sambil mencedok makanan daripada
pinggan dan meletakkan sudu tersebut ke dalam mulut ─ sama seperti pergerakan
orang dewasa.
Rajah 2.5: Seronoknya menggunakan sudu
Bab 2: Perkembangan dan Pertumbuhan Fizikal
11
d) Mempertingkatkan Kemahiran Motor Halus
Kemahiran motor halus dapat dipertingkatkan dengan kanak-kanak kecil dibenarkan
memegang objek dan permainan tertentu (lihat Rajah 2.6).
Kemahiran motor halus merupakan pergerakan otot-otot halus jari jemari yang
berkoordinasi dengan mata. Semasa mengajar kemahiran motor halus orang dewasa
mesti bersabar dan memahami anak mereka. Kemahiran motor halus mengambil masa
yang lebih lama dan lebih banyak latihan untuk berkembang daripada yang disangka
oleh orang dewasa. Kadang kala kita terlupa berapa banyak kemahiran yang perlu
dipelajari – menyangkakan bahawa anak itu harus dengan otomatik tahu bagaimana
untuk membuat tugasan tersebut. Tentunya lebih baik sekiranya kita mengambil masa
untuk berlatih kemahiran tersebut dengan kanak-kanak tersebut. Lebih berkembang
kemahiran motor halus seorang kanak-kanak, lebih mudah dia dapat belajar menulis.
e) Kemahiran Motor Halus Pada Sekitar Umur 5 Tahun Di Prasekolah
Selepas zaman bayi, kemahiran motor halus berkembang dengan pesat. Kanak-kanak
prasekolah menjadi lebih tangkas (lebih lincah dan kurang kekok), boleh membuat
pergerakan yang tepat dan lembut dengan tangan dan jari mereka. Kemahiran motor
halus yang lebih baik bermakna bahawa kanak-kanak prasekolah itu boleh mula
menjaga diri mereka sendiri. Mereka tidak lagi terpaksa bergantung kepada orang
dewasa yang lain untuk menyuap mereka dan memakaikan baju untuk mereka;
sebaliknya, mereka menjadi semakin berkemahiran untuk makan dan memakai baju
sendiri.
Rajah 2.6 Permainan tertentu menggalakkan genggaman, kekuatan tangan, penumpuan dan koordinasi mata-tangan
AKTIVITI PEMBELAJARAN
a) Apakah perkembangan motor?.
b) Jelaskan batu tanda dalam perkembangan motor.
c) Bincangkan perkembangan kemahiran motor halus.
d) Bagaimanakah anda dapat memperkembangkan
kemahiran motor halus?
Bab 2: Perkembangan dan Pertumbuhan Fizikal
12
2.6 Perkembangan Kemahiran Deria dan Perseptual Bayi
Sekiranya anda telah memerhatikan seorang bayi, anda mungkin telah mendapati
bahawa semasa berjaga, mereka banyak menghabiskan masa melihat sekeliling.
Kadang kala, mereka nampak seperti mengimbas persekitaran mereka secara meluas,
dan kadang kala mereka tampak menumpukan perhatian kepada suatu objek
berdekatan. Apakah sebenarnya yang mereka tengok? Adakah mereka melihat sama
seperti kita melihat sebagai orang dewasa? Ataupun mereka melihat dunia ini sebagai
tompok-tompok kelabu?
Kenapakah seorang bayi memalingkan mukanya apabila seseorang memanggil
namanya? Kemahiran perseptual bayi itu sentiasa berfungsi semasa dia berjaga.
Bagaimanakah seorang bayi membezakan di antara suatu wajah yang biasa dilihat
dengan yang tidak biasa dilihat; suara yang biasa didengar atau sebaliknya? Bayi
menggunakan kemahiran perseptual mereka untuk membezakan ciri-ciri dalam
persekitaran mereka, seperti ketinggian, kedalaman, warna dan bau. Menurut
Bornstein (2005), bayi manusia adalah “cekap secara perseptual”, tetapi bagaimana
deria berfungsi masih belum jelas. Penyelidikan masih berterusan bagi mendapatkan
penjelasan tentang perkembangan perseptual kanak-kanak kecil. Penyelidik psikologi
sentiasa berdebat tentang teori dan mengkaji peringkat umur di mana suatu keupayaan
timbul. Tetapi mereka juga membuat beberapa pertemuan baru – seperti hakikat
bahawa bayi yang hanya berumur dua jam dapat mengenali wajah ibunya – sentiasa.
a) MELIHAT
Kajian telah menunjukkan bahawa seorang bayi tidak terkeliru apabila ibunya
bergerak semakin jauh. Dia tidak melihat kepala ibunya menjadi semakin kecil
apabila ibunya itu bergerak lebih jauh. Keupayaan bayi ini disebut sebagai ketetapan
saiz, iaitu kesedaran bahawa sebuah saiz sebenar sebuah objek tetap sama walaupun
objek tersebut semakin jauh. Bayi tidak percaya bahawa ibunya (dan orang ataupun
objek lain) sentiasa berubah saiznya apabila ia bergerak lebih dekat ataupun jauh
(Kellman & Arterberry, 2006). Dengan itu, bayi tahu bahawa saiz sebuah objek
adalah sama, walaupun ia mungkin kelihatan berlainan. Ibu adalah ibu, samada dia
dekat ataupun jauh dan samada dia jelas kelihatan di luar ataupun di dalam bilik yang
agak gelap.
Kemahiran Deria dan Perseptual merupakan cara seorang manusia
menerima, memilih, menyusun dan menginterpretasi berbagai jenis
maklumat seperti maklumat visual (apa yang dilihat), maklumat
auditori (apa yang didengar), maklumat sentuhan (apa yang
disentuh), maklumat organ olfaktori (apa yang dihidu) atau rasa.
Bab 2: Perkembangan dan Pertumbuhan Fizikal
13
Adakah bayi dapat melihat kedalaman? Gibson dan Walk (1960) menjawab soalan ini
didalam sebuah eksperimen klasik yang menggunakan sebuah peralatan yang
direkabentuk khas. Sebuah curam telah dicipta menggunakan sebuah pelantar yang
dibuat dengan kaca (lihat Rajah 2.7). Ia kelihatan seperti di hujung sebuah pelantar
terdapat suatu hujung yang dalam tetapi sebenarnya ia ditutup dengan kaca. Bayi
tersebut diletakkan di atas pelantar dan ibunya memujuk bayi itu untuk datang
kepadanya. Kebanyakan bayi merangkak dengan sukarela kepada ibunya apabila dia
berdiri di seberang pelantar tersebut. Tetapi boleh dikatakan semua bayi enggan
melintas melewati curam tersebut, walaupun apabila ibunya memanggil namanya, dan
cuba memikatnya dengan sebuah permainan yang menarik. Jelas bahawa bayi dapat
melihat kedalaman apabila dia cukup besar untuk merangkak. [Jangan cuba
membuat eksperimen ini kecuali anda mempunyai peralatan yang betul!]
b) MENGHIDU
Bayi yang baru lahir mempunyai deria bau yang kuat; mereka merespon dengan
positif kepada bau yang harum dan dengan negative kepada bau yang busuk. Mereka
mempunyai ekspresi muka yang santai, bersahaja apabila mereka menghidu bau madu
ataupun cokelat, tetapi mereka berkerut kening, atau membuat mimic muka, ataupun
berpaling apabila mereka terbau telur yang busuk. Bayi kecil juga dapat mengenali
bau yang biasa dihidu. Bayi yang baru lahir akan memandang kea rah sebuah pad
yang tepu dengan bau susu atau pewangi ibunya.
c) MERASA
Bayi yang baru lahir mempunyai deria rasa yang sangat baik. Mereka dapat
membezakan rasa masin, masam, pahit dan manis. Kebanyakan bayi kelihatan suka
benda manis kerana mereka bertindak balas kepada benda manis dengan senyum,
menghisap dan menjilat bibir mereka. Apabila diberikan sesuatu yang pahit ataupun
Rajah 2.7 Bayi mengelak ‘bahagian yang dalam’ atau pergi melewati hujung suatu pelantar apabila dia nampak suatu yang curam
Bab 2: Perkembangan dan Pertumbuhan Fizikal
14
masam, bayi bertindak balas dengan ekspresi mukanya. Bayi juga peka kepada
perubahan dalam rasa susu ibu yang mencerminkan permakanan ibunya. Kajian telah
menunjukkan bahawa bayi lebih tertarik kepada susu ibu selepas ibunya telah
memakan sesuatu yang manis seperti vanila (Kail, 2008).
d) SENTUHAN
Bayi yang baru lahir adalah peka kepada sentuhan. Seperti yang telah dibincangkan
dalam bahagian 2.2 di atas, banyak bahagian dalam badan bayi yang baru lahir
merespon dengan refleks apabila disentuh. Menyentuh pipi, mulut, tangan atau kaki
seorang bayi menghasilkan pergerakan refleks, yang menunjukkan bahawa bayi
merasa sentuhan. Adakah bayi bertindakbalas kepada kesakitan? Telah dipersetujui
bahawa system saraf bayi berupaya menghantar maklumat tentang sakit. Saraf
penerima untuk kesakitan yang berada di bawah kulit sangat banyak dalam seorang
bayi sepertimana di dalam seorang dewasa. Misalnya, apabila seorang bayi menerima
suatu inokulasi, tangisannya berlainan dan dapat dikaitkan dengan kesakitan.
Tangisan kesakitan bermula secara tiba-tiba, nyaring dan tidak mudah diredakan,
yang menunjukkan bahawa bayi mengalami kesakitan.
e) MENDENGAR
Bayi yang baru lahir merespon kepada bunyi daripada persekitarannya. Misalnya,
sekiranya seorang ibubapa sedang senyap dan kemudiannya terbatuk, seorang bayi
mungkin tersentak, mengelipkan matanya, dan menggerakkan tangan ataupun
kakinya. Respon ini mungkin nampak semulajadi, tetapi ia sememangnya
menunjukkan bahawa bayi peka kepada bunyi. Tidak hairanlah jika bayi tidak
mendengar sebaik seorang dewasa. Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa orang
dewasa dapat mendengar beberapa bunyi yang perlahan yang seorang bayi tidak dapat
mendengar. Bayi lebih mendengar bunyi yang mempunyai pic dalam lingkungan
pertuturan manusia; i.e. tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah. Bayi dapat
membezakan bunyi vokal daripada bunyi konsonan, dan apabila mencapai umur 5
bulan mereka dapat mengenal nama mereka sendiri.
AKTIVITI PEMBELAJARAN
a) Bayi mempunyai ketetapan saiz. Jelaskan.
b) Berikan bukti bahawa bayi mempunyai persepsi
kedalaman.
c) Dapatkah bayi membezakan bau dan rasa yang
berlainan?
d) Bagaimanakah bayi bertindakbalas kepada sentuhan?
e) Bagaimanakah bayi bertindakbalas dengan bunyi?
Bab 2: Perkembangan dan Pertumbuhan Fizikal
15
2.8 OTAK
Otak merupakan pusat sistem saraf dalam semua haiwan. Apakah sistem saraf?
Sistem saraf merupakan sistem urat saraf (ataupun sekelumpuk bahan gentian) yang
keluar daripada otak dan tulang belakang, dan bercambah ke setiap bahagian badan. Ia
merupakan suatu jaringan yang mengkoordinasi aksi sesuatu haiwan dengan
menghantar isyarat di antara bahagian-bahagian badan yang berlainan (liihat
Gambarajah 2.6)..
[sumber: Wikipedia,
Creative Commons License, 2011]
Otak merupakan pusat arahan yang menerima dan menghantar pesanan kepada
bahagian-bahagian badan yang berlainan. Dalam manusia dan amfibia yang lain
(haiwan dengan tulang belakang), otak terletak di kepala, dilindungi dengan
tengkorak dan hamper dengan peralatan utama seperti penglihatan (mata),
pendengaran (telinga), rasa (lidah), bau (hidung) dan perseimbangan (serebelum –
bahagian bawah otak). Otak manusia mengandungi lebih kurang 15 bilion sel yang
disebut sebagai neuron (Kita akan bincangkan peranan neuron kemudian).
A) FUNGSI OTAK
Walaupun terdapat kemajuan saintifik yang pantas, masih banyak maklumat tentang
bagaimana otak berfungsi belum ditemui. Dengan menggunakan kaedah pemerhatian
seperti Elektroensefalografi (EEG) yang merekod aktiviti letrik otak (lihat Rajah
2.7) dan Pengimejan neuro yang merupakan penggunaan berbagai teknik untuk
menangkap imej otak samada secara langsung atau tidak langsung; dapat
memberitahu kita bagaimana otak disusun dan fungsinya. DUA bahagian utama otak
adalah serebrum dan serebelum. Seluruh otak manusia disebut sebagai SEREBRUM
Gambarajah 2.6 Sistem saraf
manusia [Anda tidak perlu ingat
semua bahagian sistem saraf
tersebut. Cukup sekadar menyedari
peri pentingnya otak. Mungkin
itulah sebabnya anda perlu
memakai topi keledar!]
Bab 2: Perkembangan dan Pertumbuhan Fizikal
16
(disebut: ser-ee-brum) iaitu nama yang diberi kepada suatu bahagian yang besar
dalam otak. Terdapat EMPAT bahagian utama termasuk lobus frontal, lobus parietal,
lobus temporal, dan lobus oksiput (lihat Gambarajah 2.4). Setiap lobus mempunyai
ciri-ciri dan fungsi yang berlainan dan mereka semua sangat penting.
1. LOBUS FRONTAL terletak di hadapan otak bersebelahan dengan lobus
parietal. Telah dikatakan bahawa lobus frontal memainkan peranan dalam
pengawalan gerak hati, pertimbangan, penghasilan bahasa, ingatan bekerja,
fungsi motor, penyelesaian masalah, kelakuan seksual, sosialisasi dan
kespontanan. Ia juga membantu dalam perancangan, koordinasi, mengawal
dan melaksanakan kelakuan. Itulah di antara fungsi yang menjadikan lobus
frontal suatu bahagian otak yang sangat penting.
2. Kemudian ada pula LOBUS PARIETAL yang merupakan bahagian otak
yang berada di belakang lobus frontal dan di atas lobus temporal. Ia berupaya
dalam mencantum maklumat deria daripada bahagian-bahagian badan yang
berlainan seperti penglihatan, pendengaran, memori, dan motor serta dalam
memanipulasi objek. Lebih sedikit diketahui tentang lobus ini berbanding
yang tiga lagi.
3. LOBUS TEMPORAL adalah lobus yang berada di bawah lobus frontal dan
lobus parietal. Ia merupakan lobus yang melibatkan pemprosesan auditori dan
menjadi rumah kepada is home to the primary korteks auditori yang
bertanggungjawab untuk memproses maklumat bunyi. Ia juga terlibat dalam
pertuturan dan penglihatan. Lobus temporal termasuk hippocampus dan
dengan itu terlibat dalam pembentukan memori juga, yang menjadikan lobus
temporal suatu bahagian otak yang penting.
4. Lobus terakhir adalah LOBUS OKSIPITAL. Lobus ini membolehkan
manusia melihat dan dapat dijumpai di belakang lobus temporal dan lobus
parietal. Ia merupakan lobus yang terkecil di antara empat tersebut tetapi ia
tetap penting.
Rajah 2.7 Suatu rakaman EEG sedang digunakan ke atas seorang peserta dalam sebuah kajian gelombang otak.
Bab 2: Perkembangan dan Pertumbuhan Fizikal
17
[sumber: Wikipedia, Creative Common Attribution Share-Alike Non-Commercial 3.0
License, 2010]
SEREBELUM (sebutannya: ser-eh-bell-um) adalah bahagian belakang otak, di
bawah serebrum. Ia tidak begitu jauh lebih kecil daripada serebrum - hanya 1/8
saiznya. Tetapi jangan terpedaya dengan saiz serebelum yang kecil itu – ia bekerja
keras di balik tabir, mengawal keseimbangan, pergerakan, dan mengkoordinasi
(sebagaimana otot-otot anda bekerja bersama). Disebabkan serebelum anda, anda
dapat berdiri tegak, sentiasa seimbang, dan bergerak. Bayangkan seorang peluncur
yang meluncur ombak di atas papan luncurnya. Apakah yang dia perlu untuk sentiasa
seimbang? Papan luncur terbaik? Pakaian renang yang cantik? Tidak – dia
memerlukan serebelumnya!
[sumber: http://sciencealive.wikispaces.com dilesenkan di bawah Creative
Commons Attribution Share-Alike Non-Commercial 3.0 License, 2010]
B) OTAK KIRI, OTAK KANAN
Ahli sains berkata bahawa hemisfera kanan otak nampaknya mengawal ekspresi
emosi, imaginasi visual dan proses bukan verbal, sementara sebelah kiri
mengawal proses verbal, analitikal, pemikiran berjujukan dan logikal (lihat
Gambarajah 2.9). Di dalam hemisfera-hemisfera tersebut terdapat empat bahagian
Gambarajah 2.8 Bahagian otak manusia
Bab 2: Perkembangan dan Pertumbuhan Fizikal
18
utama termasuk lobus frontal, lobus parietal, lobus temporal, dan lobus oksipital.
Setiap lobus mempunyai ciri-ciri dan fungsi tersendiri, dan mereka semuanya
penting.
C) MENGHANTAR PESANAN
Otak merupakan suatu tompok berwarna merah jambu-kelabu yang terdiri daripada
lebih kurang 10 bilion sel saraf yang disebut neuron (lihat Gambarajah 2.10). Neuron
adalah sama seperti sel-sel lain dalam badan manusia daripada beberapa segi, tetapi
terdapat suatu perbezaan yang ketara di antara neuron dan sel-sel lain. Neuron adalah
khusus untuk menghantar dan menerima maklumat ke seluruh badan. Neuron ataupun
sel saraf berkait di antara satu sama lain dan secara bersama, mereka
bertanggungjawab mengawal semua fungsi mental. Walau bagaimanapun, semua
neuron agak berbeza daripada segi saiz, bentuk, dan ciri-ciri bergantung kepada
fungsi dan peranan neuron tersebut. Setiap neuron terdiri daripada sel badan, sebuah
akson dan dendrit. Bagaimanakah neuron menghantar dan menerima maklumat?
Sel badan merupakan pusat neuron yang mengandungi jentera biological asas
yang memastikan neuron terus hidup.
Dendrit adalah gentian “input” pendek, seperti rambut yang bercambah,
membentuk “pokok dendrit” yang boleh menerima isyarat daripada banyak
neuron.
Rajah 2.9 Pengkhususan otak kiri, otak kanan
Bab 2: Perkembangan dan Pertumbuhan Fizikal
19
Akson merupakan suatu tiub “output” seperti gentian yang menghantar
maklumat kepada neuron lain. Akson diselaputi helaian lemak yang disebut
salut mielin. Tahukah anda bahawa akson boleh jadi sepanjang 2 meter!
Bagaimanakah akson menghantar maklumat? Maklumat ini adalah dalam bentuk
suatu denyutan letrik yang mengalir sepanjang akson. Di hujung akson adalah tombol-
tombol kecil yang disebut butang terminal yang menghasilkan neurotransmiter
yang merupakan bahan kimia yang mengangkut maklumat di antara satu neuron
dengan yang lain. Walau bagaimanapun, di antara satu neuron dengan yang lain
terdapat suatu senggang yang disebut sebagai sinaps. Bagaimanakah maklumat
melintasi senggang ini? Neurotransmiter yang dikeluarkan oleh butang terminal
mengangkut maklumat kepada neuron bersebelahan melintasi sinaps (Shore, 1997).
Bayangkan berbilion penyambungan seperti itu berlaku di dalam otak bagi
membolehkan manusia itu melakukan berbagai fungsi seperti bergerak, makan,
berfikir, menahan sakit, bercakap dan sebagainya.
Neuron 2
Neuron 1
Message transmitted
Rajah 2.10 Mesej dihantar di antara neuron
AKTIVITI PEMBELAJARAN
a) Bincangkan peranan otak manusia.
b) Jelaskan fungsi bahagian berlainan otak.
c) Apakah peranan khusus otak kiri dan otak kanan?
d) Bagaimanakah maklumat dihantar di antara neuron
dalam otak?
Bab 2: Perkembangan dan Pertumbuhan Fizikal
20
2.9 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERTUMBUHAN
SIHAT KANAK-KANAK
Bagi kebanyakan orang, pertumbuhan fizikal mungkin diambil ringan manakala
berjuta kanak-kanak menghadapi halangan kepada pertumbuhan fizikal yang sihat.
Pertumbuhan memerlukan simpanan tenaga yang sangat banyak, dan ramai kanak-
kanak tidak makan cukup makanan bagi memberikannya tenaga tersebut. Kanak-
kanak dan remaja yang lain pula makan terlalu banyak. Masalah lain adalah penyakit
dan kemalangan, yang memberi kesan kepada berjuta kanak-kanak di seluruh dunia
(Kail, 2008).
A) PEMAKANAN TIDAK SEIMBANG
UNESCO (2010) menganggarkan bahawa 1 dalam 4 kanak-kanak di bawah umur
lima tahun menderita daripada pemakanan tidak seimbang, khususnya di negara Asia
yang miskin; walaupun terdapat bukti pemakanan tidak seimbang di negara yang
lebih maju. Pemakanan tidak seimbang dikaitkan dengan separuh kematian dalam
kalangan kanak-kanak di bawah umur lima tahun setiap tahun. Apakah pemakanan
tidak seimbang? Pemakanan tidak seimbang merupakan keadaan yang berlaku apabila
badan seseorang tidak mendapat cukup zat yang disebabkan kekurangan ataupun
ketidakseimbangan pemakanan.
Badan manusia mengimbangi zat yang tidak cukup dengan menghalang aktiviti
fizikal dan mental. Kelaparan merampas inisiatif dan keupayaan kanak-kanak untuk
memberi tumpuan, membawa mereka kepada keadaan lemah. Perkembangan kognitif
dan fizikal kanak-kanak yang normal dapat dimusnahkan terus. Tulang seorang
kanak-kanak yang tidak cukup zat menjadi rapuh disebabkan kekurangan mineral.
Antibodi dan lain-lain protin akan surut dalam pembuluh darah yang menyebabkan
sistem imunisasi menjadi lemah dan lebih terdedah kepada jangkitan penyakit.
Penyakit yang hanya sedikit dapat menyebabkan kematian. Kelaparan kronik
membawa kepada kematian awal dan adalah dikaitkan secara intrinsik kepada
kemunduran ekonomi umumnya dalam kalangan negara miskin. Kelaparan selalunya
disebabkan daripada peperangan, sesaran dan/atau bencana alam.
Adalah mustahil untuk dikatakan secara tepat berapa orang di seluruh dunia mati
disebabkan pemakanan tidak seimbang, tetapi anggarannya adalah di antara 25,000
sehingga 30,000 orang sehari di seluruh dunia (BMZ 2008). Satu pertiga daripada
mereka adalah kanak-kanak di bawah umur 5 tahun. Kematian tiga juta kanak-kanak
setahun – iaitu, 8,000 kanak-kanak sehari – adalah secara langsung disebabkan oleh
pemakanan yang tidak seimbang.
B) GANGGUAN PEMAKANAN: Anoreksia
Anoreksia merupakan suatu gangguan pemakanan di mana orang mendera untuk
kebulur. Anoreksia selalunya bermula dalam kalangan orang yang mencapai akil
baligh. Individu yang menghidap anoreksia kehilangan berat badan yang ketara.
Bab 2: Perkembangan dan Pertumbuhan Fizikal
21
Kehilangan berat badan selalunya 15% di bawah berat badan normal seseorang.
Orang yang menghidap anoreksia kurus kering tetapi yakin bahawa mereka terlebih
berat. Kehilangan berat badan didapati daripada beberapa cara. Beberapa teknik yang
biasa digunakan adalah senaman yang keterlaluan, pengambilan pencahar dan tidak
makan.
Orang yang anoreksik sangat takut gemuk. Tabiat kawalan pemakanan mereka terbit
daripada ketakutan ini. Anoreksia selalunya dihidapi oleh remaja perempuan. Orang
yang menghadapi anoreksia terus berfikir bahawa mereka adalah terlalu gemuk
walaupun setelah mereka menjadi sangat kurus, tenat ataupun nazak. Selalunya
mereka akan membentuk tabiat makan yang pelik seperti tidak mahu makan di
hadapan orang lain. Kadang kala individu akan menyediakan makanan yang banyak
untuk orang lain tetapi enggan makan apa pun. Gangguan ini dianggap paling biasa
dalam kalangan orang dalam kelas sosioekonomi yang lebih tinggi dan orang yang
terlibat dalam aktiviti di mana kurus dipandang tinggi, seperti menari, berlakon, dan
larian jarak jauh. Dan juga, ia sangat biasa dalam kalangan budak perempuan dan
budak lelaki hanyalah 10% daripada kes-kes gangguan pemakanan yang dikenal pasti.
Terdapat banyak risiko perubatan yang dikaitkan dengan anoreksia. Ia termasuk:
tulang yang mengecil, kehilangan mineral, suhu badan yang menurun, denyutan nadi
yang tidak seimbang, kegagalan kekal pertumbuhan yang normal dan terbentuknya
osteoporosis. Penggunaan bahan pencahar yang berterusan adalah berbahaya kepada
badan. Ia menghakis otot usus dan menyebabkannya untuk berfungsi dengan kurang
berkesan. Ada bahan pencahar yang mengandungi bahan yang kuat sehinggakan ia
dapat meresap semula ke dalam sistem anda.
C) OBESITI
Ukuran mentah ke atas populasi berkaitan kegemukan adalah indeks
kepadatan badan (BMI) yang merupakan suatu indeks yang mudah berasaskan
berat-atas-ketinggian yang selalu digunakan dalam mengklasifikasi kegemukan dalam
kalangan populasi dewasa dan individu – berat badan seseorang dalam kilogram
dibahagikan dengan gandaan ketinggiannya dalam meter (kg/m2). BMI memberikan
ukuran obesiti atau kegemukan populasi yang paling berguna kerana ianya sama
untuk kedua-dua jantina dan untuk semua peringkat umur orang dewasa tetapi ia
merupakan suatu panduan umum kerana ia mungkin tidak secocok dengan tahap
kegemukan pada individu berlainan (lihat Geraf 2.1).
Bab 2: Perkembangan dan Pertumbuhan Fizikal
22
WHO mentakrifkan seorang dewasa yang
mempunyai BMI di antara 25 dan 29.9 sebagai
mempunyai berat badan berlebihan – seorang
dewasa yang mempunyai BMI 30 atau lebih
dianggap obes atau gemuk - BMI di bawah
18.5 dikira sebagai mempunyai berat badan
rendah, dan antara 18.5 sehingga 24.9 seorang
dengan berat badan yang sihat. Berat badan
berlebihan dan kegemukan ditakrifkan oleh
WHO sebagai tidak normal ataupun
pengumpulan lemak berlebihan yang
membawa risiko kepada kesihatan individu.
Berat badan berlebihan dan kegemukan
merupakan faktor risiko yang utama untuk
beberapa penyakit kronik dalam kalangan
remaja, termasuk kencing manis dan penyakit jantung dan sementara ia pada suatu
masa dahulu merupakan suatu isu hanya dalam kalangan negara berpendapatan tinggi,
berat badan berlebihan dan kegemukan kini telah meningkat dengan mendadak di
negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana. Negara seperti ini sekarang
Geraf 2.1
Hubungan di
antara
ketinggian
dan berat
(BMI)
Bab 2: Perkembangan dan Pertumbuhan Fizikal
23
menghadapi "beban berganda" penyakit, kerana sementara mereka terus menghadapi
masalah penyakit berjangkit dan pemakanan tidak seimbang, mereka juga mengalami
peningkatan mendadak dalam faktor risiko penyakit kronik seperti kegemukan dan
berat badan berlebihan, terutamanya dalam persekitaran bandar.
.
Apakah yang menyebabkan obesiti atau kegemukan? Obesiti atau kegemukan berlaku apabila seseorang mengambil lebih kalori
daripada makanan berbanding dengan yang dibakarnya. Badan kita memerlukkan
kalori untuk meneruskan hidup dan terus aktif secara fizikal, tetapi untuk
mengekalkan berat badan kita perlu mengimbangi tenaga yang kita makan dengan
tenaga yang kita gunakan. Apabila seseorang makan lebih kalori daripada yang
dibakarnya, keseimbangan tenaga senget ke arah penambahan berat badan dan obesiti
atau kegemukan. Ketidakseimbangan di antara kalori yang masuk dan kalori yang
keluar ini mungkin berbeza mengikut individu. Faktor-faktor gen, persekitaran,
danlain-lainnya mungkin memainkan peranan.
Faktor Genetik: Kegemukan selalunya turun temurun, yang menunjukkan gen
sebagai penyebab. Walau bagaimanapun, sebuah keluarga juga berkongsi
pemakanan dan tabiat gaya hidup yang mungkin menyumbang kepada
kegemukan. Mengasingkan pengaruh genetic daripada pengaruh lain ke atas
kegemukan selalunya sukar. Walau bagaimanapun, sains tidak menunjukkan
terdapat hubungan di antara kegemukan dengan baka.
Faktor-faktor Persekitaran dan Sosial: Persekitaran mempengaruhi
kegemukan dengan ketara. Persekitaran termasuk kelakuan gaya hidup seperti
apa yang seseorang makan dan aktiviti fizikalnya. Selalu sangat kanak-kanak
makan luar, mengambil makanan yang banyak dan makanan berlemak, dan
meletakkan rasa dan kemudahan mengatasi zat. Dan juga, Kanak-kanak tidak
mendapat cukup aktiviti fizikal. Persekitaran kita selalunya tidak menyokong
tabiat yang sihat. Tambahan lagi, faktor sosial termasuk kemiskinan dan taraf
pendidikan yang rendah telah dikaitkan dengan kegemukan. Salah satu sebab
ini berlaku mungkin kerana makanan berkalori tinggi yang diproses lebih
murah harganya dan lebih mudah didapati dan disediakan berbanding
makanan yang lebih sihat, seperti sayuran dan buah-buahan segar. Sebab-
sebab lain mungkin termasuk akses yang tidak mencukupi kepada tempat
rekreasi yang selamat ataupun kos kemudahan rekreasi, yang menghadkan
peluang untuk mendapatkan aktiviti fizikal.
Walaupun seseorang tidak boleh mengubah kejadian genetiknya, dia boleh cuba
mengubah tabiat pemakanannya, tahap aktiviti fizikalnya, dan faktor persekitaran
yang lain. Berikut adalah beberapa idea yang ibubapa boleh gunakan untuk
mengurangkan kegemukan dalam kalangan kanak-kanak:
Kanak-kanak harus belajar memantau tabiat pemakanannya, terutamanya
daripada segi jenis makanan; misalnya mengurangkan makanan berlemak.
Memakan makanan dan snek di meja makan, bukannya di hadapan TV.
Bab 2: Perkembangan dan Pertumbuhan Fizikal
24
Kanak-kanak harus dibuat supaya lebih aktif [permainan video, TV dan
meluncur web telah membuatkan kanak-kanak kurang aktif – “ubi kentang
kerusi panjang”
Kanak-kanak harus terlibat dalam aktiviti fizikal (seperti bermain futsal,
badminton & permainan lain).
D) PENYAKIT
Di seluruh dunia lebih daripada 11 juta kanak-kanak mati sebelum ulangtahun
kelahiran mereka yang ke-5. Pembunuh utama kanak-kanak kecil di seluruh dunia
adalah lima perkara: radang paru-paru, cirit-birit, campak, malaria dan ketidak
seimbangan pemakanan (World Health Organisation, 2009). Tahukah anda bahawa
cirit-birit dan penyahhidratan yang terhasil daripadanya membunuh 1.9 juta kanak-
kanak di bawah umur lima tahun setiap tahun dan radang paru-paru membunuh 2 juta
setahun. WHO telah memulakan beberapa program dan membelanjakan berjuta
ringgit untuk melawan penyakit-penyakit ini. Misalnya, suatu program seluruh dunia
telah dilancarkan dua abad lalu untuk memvaksin kanak-kanak untuk campak.
WHO dan beberapa agensi antarabangsa yang lain sentiasa terlibat dengan
aktif dalam langkah pencegahan. Misalnya, bagi mengurangkan kejadian malaria,
kanak-kanak digalakkan tidur dalam kelambu yang melindungi mereka daripada
nyamuk yang membawa malaria. Sama juga, program pendidikan kesihatan telah
diperbanyakkan untuk mengubah amalan keluarga dan komuniti untuk menjadikannya
lebih cenderung kepada pertumbuhan yang sihat. Profesional penjagaan kesihatan
telah dilatih untuk menjadi lebih berkemahiran dalam merespon kepada penyakit
kanak-kanak, seperti menyediakan ubat yang diperlukan.
D) KEMALANGAN JALAN RAYA
Semasa kanak-kanak berkembang dan dunia mereka semakin luas menjangkau
melewati rumah mereka kepada jalan raya setempat, mereka terdedah kepada bahaya
dan risiko. Walaupun hakikatnya kanak-kanak menggunakan jalan raya sebagai
pejalan kaki, penunggang basikal, penunggang motosikal dan penumpang kenderaan,
persekitaran jalan raya jarang dibina dengan mempertimbangkan keperluan mereka.
Ada kanak-kanak yang bekerja, bermain ataupun hidup di atas jalan raya, dan
pendedahan ini, bersama dengan risiko lain sentiasa ada, dan ini menjadikan mereka
terdedah kepada bahaya trafik. Hasilnya berjuta kematian ataupun kecederaan yang
menyebabkan hilang upaya setiap tahun.
Dengan bertambahnya bilangan kenderaan di atas jalan raya, kemalangan jalan
raya menjadi suatu sebab kematian yang utama dalam kalangan kanak-kanak berumur
di antara umur 4 hingga 14 tahun. “Seorang kanak-kanak terbunuh dalam nahas jalan
raya setiap tiga minit di seluruh dunia”. Kanak-kanak lebih terdedah kepada
kecederaan akibat kemalangan kerana mereka berbadan kecil, sifat ingin tahu
semulajadi mereka dan keinginan untuk membuat eksperimen, ketidak upayaan
mereka untuk memahami dan merespon kepada bahaya, dan juga ciri-ciri fizikal
tertentu mereka, seperti mempunyai saluran pernafasan yang lebih kecil, kulit yang
lebih nipis dan kepadatan badan yang lebih rendah. Di Malaysia, lebih daripada
separuh daripada kes-kes kecederaan yang tidak disengajakan yang dimasukkan ke
Bab 2: Perkembangan dan Pertumbuhan Fizikal
25
dalam hospital kerajaan daripada 1999 sehingga 2002 adalah disebabkan kemalangan
jalan raya (sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia). Dalam kalangan lelaki,
kumpulan yang paling ramai mati disebabkan kemalangan adalah yang berumur 12
hingga 19. Kawasan perumahan semakin bertambah berbahaya kepada kanak-kanak
melihat kepada bilangan kematian dan kecederaan daripada kemalangan jalan raya
yang melibatkan mereka (Malaysian Institute of Road Safety Research). Dalam tahun
2008, lebih kurang 1% (274) kemalangan jalan raya di Malaysia melibatkan kanak-
kanak berumur 1-10 tahun membonceng motorsikal; 44% daripadanya membawa
maut.
Malangnya, kebanyakan kematian itu dapat dielakkan sekiranya kanak-kanak
dan remaja itu memakai tali pinggang ataupun sekiranya bayi telah diikat dengan
betul menggunakan tempat duduk bayi yang diluluskan. Untuk remaja, kemalangan
kenderaan motor masih menjadi sebab kematian yang utama. Bezanya, tentunya, ialah
bahawa remaja dan orang muda bukanlah penumpang tetapi pemandu atau
penunggang. Dan yang sedihnya, terlalu ramai yang terbunuh kerana mereka
memandu atau menunggang terlalu laju tanpa memakai tali pinggang atau topi
keledar, tidak mematuhi peraturan lalu lintas. Di Malaysia, kemalangan motorsikal
dalam kalangan remaja dan orang muda sangat tinggi.
RINGKASAN
Suatu refleks ditakrifkan sebagai suatu respon otomatik kepada suatu stimulus
luaran.
Seorang bayi yang sedang menangis cuba memberitahu anda sesuatu. Kerana dia
tidak berupaya berbuat apa-apa sendiri, bayi bergantung kepada orang lain.
Bayi tidur banyak. Bayi yang baru lahir tidur di antara 14 sehingga 18 jam sehari
sehingga lebih kurang umurnya sebulan.
SIDS adalah suatu kematian mengejut dan tidak dapat dijelaskan seorang bayi yang di bawah umur 1 tahun.
AKTIVITI PEMBELAJARAN
a) Bagaimanakah pemakanan tidak seimbang
mempengaruhi perkembangan kanak-kanak?
b) Apakah yang menyebabkan kegemukan?
c) Cari berapa ramai kanak-kanak dalam kelas anda
gemuk.
d) Bagaimanakah penyakit memberi kesan kepada
pertumbuhan kanak-kanak?
e) Berikan cadangan untuk mengurangkan kemalangan
dalam kalangan kanak-kanak.
Bab 2: Perkembangan dan Pertumbuhan Fizikal
26
Kemahiran Motor Halus umumnya merujuk kepada pergerakan yang melibatkan
otot-otot kecil, seperti pada tangan, pergelangan tangan dan jari jemari.
Kemahiran Motor Kasar umumnya merujuk kepada pergerakan yang melibatkan
otot-otot besar, seperti yang ada pada lengan, kaki, atau seluruh badan.
Ketetapan saiz adalah kesedaran bahawa saiz sebenar suatu objek kekal sama
walaupun objek tersebut sedang bergerak lebih jauh.
Otak merupakan pusat sistem saraf semua haiwan.
Otak adalah pusat arahan yang menerima dan menghantar pesanan kepada
bahagian-bahagian badan yang berlainan.
Ahli sains mengatakan bahawa hemisfera kanan otak nampaknya mengawal
ekspresi emosi, imaginasi visual dan pemprosesan bukan verbal, manakala
sebelah kiri mengawal pemprosesan verbal, analitikal, jujukan dan logikal.
Otak adalah tompok merah jambu-kelabu yang terdiri daripada lebih kurang 10
bilion sel saraf yang disebut neuron.
Kegemukan berlaku apabila seseorang mengambil lebih kalori daripada makanan
berbanding yang dibakarnya.
Anoreksia merupakan gangguan pemakanan di mana orang mendera diri supaya
kebuluran. Anoreksia selalunya bermula pada orang muda sekitar akil baligh.
Sambil kanak-kanak membesar dan dunia mereka meluas melewati rumah mereka
kepada jalan raya setempat, mereka terdedah kepada bahaya dan risiko.
PERKATAAN PENTING
Pertumbuhan fizikal Neuron Otak kanan Kegemukan
Perkembangan Motor Lobus Temporal Pendengaran BMI
Kemahiran motor kasar Akson Deria rasa Pemakanan
tidak seimbang Kemahiran motor halus Dendrit
Ketetapan saiz Anoreksia Kemahiran perseptual
Otak kiri SIDS Melihat kedalaman
Bab 2: Perkembangan dan Pertumbuhan Fizikal
27
RUJUKAN:
Adolph, K. E.; M. A. Eppler; and E. J. Gibson. 1993. “Crawling Versus Walking
Infants’ Perception of Affordances for Locomotion over Sloping Surfaces,” Child
Development, Vol. 64, No. 4, 1158–74.
Bornstein, M. H. 2005. “Perceptual Development,” in Developmental Science: An
Advanced Textbook (Fifth edition). Edited by M. H. Bornstein and M. E. Lamb.
Mahwah, NJ: Lawrence Erlbaum Associates.
Bayley, N. (1993). Bayley Scales of Infant Development (2nd ed.). New York:
Psychological Corp.
Berk, L.E. (1989). Child Development. Boston, Mass.: Allyn and Bacon.
Clare, L., and H. Garnier. (2000). Parents' goals for adolescents diagnosed with
developmental delays in early childhood. Journal of Early Adolescence, 20(4), 442-
446.
Hammet, C.T. (1992). Movement Activities for Early Childhood. Champaign, Ill.:
Human Kinetics.
Kail, R. (2008). Growth and their development. Singapore: Pearson International.
Kristensen, N. (2001). Basic Parenting Focus Issue: Motor Development.
Minneapolis, Minn.: Family Information Services.
Mayesky, M. (1999). Creative Activities for Children. Thomson Publishing.
Malina, R.M., and C. Bouchard. (1991). Growth, Maturation, and Physical Activity.
Champaign, Ill.: Human Kinetics.
Payne, V.G., and L.D. Isaacs. (1987). Human Motor Development: A Lifespan
Approach. Mountain View, Calif.: Mayfield.
Tronik, E.; Thomas, R. & Daltabuit, M. (1994. The Quechua manta pouch: A
caretaking practice for buffering the Peruvian infant against the multiple stressors of
high altitude. Child Development. 65. 1005-1013.
Shonkoff, J.P., & Phillips, D.A. (Eds). (2000). From Neurons to Neighborhoods: The
Science of Early Childhood Development National Academies’ Press.
Shore, R. (1997). Rethinking the Brain: New Insights into Early Development. New
York, NY: Families and Work Institute, pp. 16-17.