pertumbuhan dan perkembangan fizikal.- perkembangan mental.- perkembangan emosi.- perkembangan...

39
Menyediakan nota ringkas dalam bentuk ‘Power Point’ mengenai perkara-perkara berikut: Kepentingan Pendidikan Jasmani dari aspek: - Pertumbuhan dan perkembangan fizikal. - Perkembangan Mental. - Perkembangan Emosi. - Perkembangan Sosial. Disediakan oleh, Ling Wan Xin Sieu Jie Ying Loo Chooi Feng Ong Yen Theng PISMP – BC – G4 PJM 3110 – ISL – M1

Upload: wanxin

Post on 27-Jul-2015

2.956 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Menyediakan nota ringkas dalam bentuk ‘Power Point’ mengenai perkara-perkara berikut:

Kepentingan Pendidikan Jasmani dari aspek:- Pertumbuhan dan perkembangan fizikal.

- Perkembangan Mental.- Perkembangan Emosi.- Perkembangan Sosial.

Disediakan oleh,Ling Wan XinSieu Jie Ying

Loo Chooi FengOng Yen Theng

PISMP – BC – G4

PJM 3110 – ISL – M1

• Pendidikan Jasmani merupakan satu fasa pendidikan am yang menyumbang kepada pertumbuhan dan perkembangan pelajar-pelajar secara total melalui pilihan aktiviti-aktiviti pergerakan dan pengalaman jasmani yang terancang.

• Pendidikan Jasmani adalah asas bagi semua pendidikan di mana otak dan badan berfungsi serentak. Pendidikan psikomotor, akhlak dan intelektual dianggap sebagai pendidikan yang dicapai melalui pendidikan jasmani – Clark W. Hetherington.

• Pendidikan Jasmani adalah jumlah semua aktiviti yang dipilih mengikut jenis dan dijalankan untuk mencapai hasil yang bermakna. Aktiviti yang dipilih haruslah mempunyai dan menyediakan peluang bagi individu untuk menjadi sabar, baik hati, berdikari, peramah, murah hati dan peribadi yang dinamis – J.F Williams.

• Pendidikan Untuk Jasmani ialah satu program aktiviti otot yang giat direka untuk merangsang organisma jasmani supaya faedah yang boleh diperolehi daripada aktiviti-aktiviti dicapai. Pendidikan melalui jasmani ialah satu program aktiviti jasmani di mana pergerakan jasmani direka untuk menghasilkan pelbagai jenis pengalaman dan pembelajaran sosial, intelektual, estetika dan kesihatan.

• Apakah itu Kecergasan Fizikal?• Kecergasan Fizikal dapat dibahagikan kepada 2

bahagian utama:• 1. Kecergasan Fizikal berlandaskan kesihatan.• 2. Kecergasan Fizikal berlandaskan perlakuan

motor.

Pertumbuhan dan Perkembangan Fizikal

1. Kecergasan Fizikal berlandaskan kesihatan.

Daya Tahan KardiovaskularKelembutanKekuatan OtotDaya Tahan OtotKomposisi Badan

2. Kecergasan Fizikal berlandaskan perlakuan motor.

• Bermaksud kualiti yang membolehkan individu melakukan tugasan yang spesifik.

KoordinasiKetangkasanKelajuanImbanganMasa TindakbalasKuasa

Pertumbuhan dan Perkembangan Fizikal

• Kecergasan Fizikal kanak-kanak akan dipertingkat dan dimajukan melalui aktiviti Pendidikan Jasmani.

• Kecergasan Fizikal kanak-kanak hanya akan berfungsi dikemuncak keupayaan mereka apabila badan mereka sihat, bertenaga dan kuat.

• Aktiviti Pendidikan Jasmani memainkan peranan penting dari segi psikomotor dan afektif kanak-kanak.

• Dari segi psikomotor, kanak-kanak akan dapat:- Melakukan aktiviti kecergasan berkaitan dengan

daya tahan kardiovaskular, kelenturan, koordinasi, imbangan dan ketangkasan.

- Melakukan pergerakan asas, gimnastik pendidikan dan pergerakan kreatif dengan betul dan selamat.

- Meningkatkan tahap kemahiran dan pengetahuan pelajar dalam aktiviti yang diajar untuk membentuk keseimbangan diri yang sempurna.

Dari segi afektif, kanak-kanak akan dapat:

• Berinteraksi dan berkomunikasi dengan rakan dalam suasana yang menyeronokkan.

• Melahirkan insan yang sihat dan tahu akan kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat.

• Melalui latihan dan persaingan Pendidikan Jasmani, dapatlah murid-murid menguasai serta meningkatkan kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan mereka.

• Aktiviti Pendidikan Jasmani juga penting dalam membantu murid-murid mencapai perkembangan aspek kebugaran jasmani serta mencapai perkembangan aspek perseptual motorik.

Kebugaran: Paduan antara olahraga dan aktivitas yang dilakukan di tempat olahraga/pusat olahraga, atau di rumah.

Kebugaran Jasmani

• Menunjuk pada aspek kualitas tubuh dan organ-organnya, seperti kekuatan (otot), daya tahan (jantung – paru), kelenturan (otot dan persendian)

Kebugaran Motorik

• Menekankan aspek penampilan yang melibatkan kualitas gerak sendiri seperti kecepatan, kelincahan, koordinasi, power, keseimbangan, dan sebagainya.

• Dengan memperoleh dan mempertahankan darjat kebugaran jasmani yang optimal, murid-murid akan dapat melaksanakan tugas harian secara efisien dan terkendali.

• Pj juga penting dalam memperolehkan murid-murid mempertajam bakat mereka lagi dalam sukan kegemaran mereka.

• Contohnya, murid yang meminati permainan bola jaring dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam permainan tersebut.

• Ia juga dapat melahirkan masyarakat yang berbadan cergas melalui aktiviti fizikal dan amalan kecergasan dan masyarakat yang berotak cerdas kerana “minda yang cerdas datang daripada badan yang sihat”.

• Daya tahan para murid terhadap serangan penyakit akan meningkat.

• Dari segi kesihatan, kanak-kanak akan lebih menjaga kesihatan diri sendiri.

• Contohnya mereka tidak akan berambut kusut-masai kerana ini akan mengganggu mereka dalam permainan.

• Melalui pj, kanak-kanak juga akan menjaga kesihatan dalaman (fikiran) mereka.

• Mereka tidak akan mempunyai pemikiran yang negatif atau kurang sihat.

• Contohnya, untuk mempunyai badan yang sihat, kanak-kanak tidak akan menghisap rokok dan minum arak.

Perkembangan mental

• Pembangunan kognitif melibatkan pengetahuan, keupayaan berfikir, mengintepretasikan pengetahuan.

• Pj penting dari Afektif kanak-kanak: Kanak-kanak akan memahami dan mematuhi

arahan serta peraturan dalam semua aktiviti untuk menjaga keselamatan.

Memahami serta mengamalkan pengurusan masa yang sesuai untuk beraktiviti.

Mengamalkan sikap positif terhadap kepentingan bersukan dan kepentingan menjaga kesihatan. (mengamalkan gaya hidup yang sihat)

• Pj juga penting dalam menggalakkan pembinaan kualiti mental kanak-kanak yang waras seperti semangat berdikari dan berdisiplin.

• Pembentukan sahsiah yang murni, kepercayaan serta bergantung kepada diri sendiri dan pendirian yang positif.

• Melatih murid-murid supaya bijak menggunakan masa lapang mereka dengan melibatkan diri mereka dalam aktiviti pj yang lebih mendatangkan faedah.

• Kanak-kanak akan mendapat pengetahuan yang lebih mendalam tentang aktiviti pj yang dijalankan.

• Sebagai contoh, peraturan tentang permainan yang mereka jalankan.

• Melalui aktiviti pj, ia dapat meningkatkan dan memajukan kemahiran menciri, membanding dan membeza, mengumpul dan mengelas, membuat urutan, menyusun mengikut keutamaan, menganalisis, mengesan pengaruh, menilai serta membuat kesimpulan murid-murid.

• Pj dapat membantu dalam meningkatkan kefahaman, kejelasan, menggunakan maklumat dengan berkesan serta menyelesaikan masalah.

• Contohnya, guru membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan dengan tujuan ingin menjalankan pertandingan bola tampar.

• Bagi mendapat kemenangan, setiap kumpulan perlu berusaha memikirkan strategi yang paling berkesan untuk memenangi pertandingan tersebut.

• Mengembangkan nilai-nilai peribadi melalui penglibatan dalam aktiviti pj secara kelompok atau perseorangan.

• Nilai-nilaiBerdikariBertanggungjawabBertimbang rasaBerkeyakinan diri

• Dengan menguasai sesuatu kemahiran, kanak-kanak lebih berkeyakinan diri kerana berasa dirinya adalah seorang yang berguna.

• Contohnya, seseorang murid yang lemah dalam bidang akademik, tetapi cemerlang dalam bidang sukan.

• Kanak-kanak akan menjadi lebih bertimbang rasa semasa bermain permainan secara kumpulan.

• Contohnya, seseorang yang mahir dalam bola keranjang tidak membaling bola yang sukar disambut kepada rakan sekumpulannya yang lebih lemah kemahirannya.

• Kanak-kanak perlu bertanggungjawab atas segala perbuatan mereka semasa pj.

• Contohnya, sekiranya pasukan mereka kalah dalam sesuatu pertandingan, mereka perlu bertanggung kekalahan itu bersama-sama, dan bukannya menolak kesalahan tersebut sesama lain.

• Kanak-kanak menjalankan kemahiran asas setiap hari tanpa bergantung kepada orang lain (sifat berdikari).

• Dalam permainan berkumpulan, kami perlu mempercayai rakan sekumpulan kami.

• Contohnya dalam permainan bola sepak, kami perlu menyepak bola kepada rakan-rakan sepasukan kami dan bukannya bermain dengan diri sendiri.

• Kanak-kanak perlu lebih tekun untuk melatih kemahiran yang diperlukan dalam aktiviti pj.

• Contohnya, kita perlu sentiasa turun ke padang untuk berlatih kemahiran dan kecergasan pj.

Perkembangan emosi

• Aktiviti pj merupakan satu aktiviti yang paling berkesan dan mempunyai potensi menolong seseorang itu memperolehi sebanyak-banyak keseronokan dan kepuasan dalam hidup, mencapai nilai terpuji hidup dan keperluan asas manusia.

• Ia membantu dalam mengurangkan tekanan hidup moden serta meredakan ketegangan akibat terlalu lama belajar atau bekerja.

• Melalui aktiviti pj, kanak-kanak dapat menikmati kesenangan dan keriangan bersama-sama rakan sebaya mereka.• Melalui aktiviti pj, kita dapat

melepaskan geram dan mengurangkan tekanan dengan cara yang betul apabila kita menghadapi sebarang masalah.

Perkembangan sosial

• Aktiviti pj adalah satu penglibatan pembangunan sosial melalui penyertaan beramai-ramai sama ada ahli keluarga, masyarakat setempat dan masyarakat asing – semuanya menggalakkan pergaulan, persaingan yang sihat dan mengeratkan perhubungan sosial serta melahirkan masyarakat yang tidak mengasingkan diri.

• merupakan satu proses apabila kanak-kanak belajar berhubung dengan orang lain.

• mengikut cara yang dapat diterima oleh masyarakat dan budayanya.

• melibatkan cara berfikir tentang kendiri, orang lain dan perhubungan sosial.

• Melalui proses sosialisasi , diharapkan kanak-kanak dapat membuat penyesuaian sosial mengikut pengharapan masyarakat.

Perkembangan sosial

• Mereka mempelajari peraturan-peraturan sosial yang diamalkan oleh sesuatu kumpulan sosial.

• Ia terdiri daripada:I. berinteraksi dengan orang lainII. pembentukan kendiriIII. penghargaan kendiriIV. kawalan kendiri.

• Sepanjang proses sosialisasi, kanak-kanak mempelajari tradisi, kepercayaan, nilai, dan adat yang dianut oleh kumpulan sosial mereka.

• Menurut Teori Perkembangan Psikososial Erikson, perkembangan sosial manusia sebagai satu siri perkembangan yang terdiri daripada lapan peringkat.

• Setiap peringkat mengandungi kecenderungan atau keinginan yang berkonflik.

• Individu dakatakan perlu menguasai kecekapan tertentu dalam menghadapi setiap peringkat perkembangan ini.

• Di antara 8 peringkat ini,peringkat ke-4 menerangkan perkembangan sosial di kalangan kanak-kanak sekolah rendah.

• PERINGKAT PERKEMBANGAN SOSIAL KANAK-KANAK MENGIKUT TEORI PERKEMBANGAN PSIKOSOSIAL ERIKSONPeringkat Tahap Umur Huraian

Industri lawan rasa rendah diri

6 hingga 11 tahun

Kanak-kanak perlu menguasai kemahiran-kemahiran tertentu di alam persekolahan, kegagalan akan membawa rasa rendah diri dan tiada keupayaan.

• Dalam lingkungan usia 5 tahun kanak-kanak mula menjalankan hubungan sosial semasa bermain dalam kumpulan serta saling bercakap antara satu sama lain (Garvey,1990; Howes,1992)

• Tingkah laku sosial mereka terdiri daripada:i. Meniruii. Bertandingiii. berkawaniv. Bekerjasamav. Bersimpati.

JENIS CIRI-CIRI

PeniruanMeniru sikap dan tingkah laku individu yang disukainya.

PertandinganCuba melakukan sesuatu yang lebih baik atau supaya dapat menang.

Berkawan kesetiaan

Senyum, mendekati, bercakap, bermain bersama, menunjukkan kemesraan pada kawan.

Bekerjasama

Melibatkan diri secara bantu-membantu ke arah pencapaian matlamat bersama dalam aktiviti berkumpulan, dan bermain bersama tanpa menggangu atau merebut permainan orang lain.

SimpatiMenunjukkan perasaan kasihan apabila melihat orang lain dalam keadaan yang menyedihkan.

Pengiktirafan sosial

Ingin menarik perhatian supaya diberi penghormatan oleh rakan sebaya.

Tingkah laku sosial kanak-kanak ketika bermain.

Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan sosial

• Ibu bapa• Pihak sekolah• Guru • Rakan sebaya • Media massa

• Aktiviti pj memainkan peranan penting dalam menanam semangat kekitaan dan bekerjasama dalam kalangan murid-murid.

• Ia juga dapat melahirkan murid-murid yang berketrampilan sosial.

• Seseorang yang bercergasan emosi dapat mengatasi sesuatu masalah dengan kerugian sekecil yang mungkin serta berfungsi secara efektif dalam hubungan sesama orang lain.

• Ia juga dapat mewujudkan interaksi yang kreatif dengan guru, rakan, bahan dan alat pj semasa menjalankan aktiviti-aktiviti pj.

• Dapat menimbulkan suasana yang sesuai untuk memupuk perhubungan dan penyatuan masyarakat dalam kalangan rakyat dan penduduk pelbagai keturunan dan status sosial dan menghindarkan hidup berpuak dalam masyarakat.

• Mengeratkan hubungan muhibah serta persefahaman antara rakyat suatu bangsa dengan rakyat yang berbangsa lain ke arah keamanan dan kesejahteraan.

KESIMPULAN

• Aktiviti-aktiviti pj memainkan peranan yang penting dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak, tidak kira dari segi fizikal, mental, emosi atau sosial.

• Keadaan ini penting dalam membina dan melahirkan rakyat Malaysia yang sihat dan cergas dari segi fizikal, mental dan spiritual yang akan mendorongkan peningkatan produktif negara.

TERIMA KASIH!