11.5. implikasi perkembangan fizikal terhadap p&p

Upload: lily-koay

Post on 07-Mar-2016

250 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Implikasi Perkembangan Fizikal Terhadap P&P

TRANSCRIPT

Tutorial 5 Membentangkan aktiviti P&P: Perkembangan Fizikal Murid-Murid

Membentangkan/Simulasi aktiviti P&P:Perkembangan Fizikal Murid-MuridMata PelajaranPendidikan JasmaniTunjangKemahiranTajukBola JaringKemahiranHantaran Aras DadaMasa7:30-8:30amTahun6Bil. Murid30Hasil PembelajaranPsikomotorPelajar akan dapat melakukan hantaran aras dada dengan tepat dan pantas dengan menggunakan teknik yang betul kepada sasaran iaitu rakan pada jarak 3 meter hingga 5 meter.KognitifPelajar akan memahami prinsip imbangan, penggunaan daya dan sistem tuas sewaktu menjalankan aktiviti ini. Pelajar juga akan memahami teknik hantaran aras dada dengan betul melalui permainan yang dijalankan.AfektifBerkaitan dengan perasaan dan emosi (dan bukannya fikiran atau daya berfikir)Pelajar akan merasa seronok, gembira, puas dan ingin mencuba lagi aktiviti yang diajar.Pelajar juga tidak akan merasa bosan dan boleh melakukan aktiviti tersebut dengan baik.SosialPelajar mendapat nilai-nilai murni dengan bekerjasama, bertoleransi, komunikasi yang baik dan bertolak ansur.

ALATANBola jaring 10 bijiSkitel 10Gelung rotan- 2Wisel- 1

Permulaan

1.0 Memanaskan badan ( 5 minit ) 1.1 Bermula dengan paras bahu.

Membuat regangan untuk pergerakan bahu dan tangan. Pusing bahu mengikut arah pusingan jam dan lawan jam sebanyak 8 kali. Tangan dibengkokkan ke paras bahu.1.2 Lari bebas dan selang variasi dengan lari anak. Lari atas hujung kaki. Badan tegak Lutut bengkok.

Kesan: Meningkatkan kadar nadi Meningkatkan suhu badan. 1.3 Tarik kaki ke belakang cecah punggung Badan tegak Tangan pegang pergelangan kaki Tarik kaki hingga tumit cecah punggung Seimbangkan badan dengan kaki yang menyokong Tukar kaki.PerkembanganGerak Kerja (15 minit)2.1 Hantaran aras dada dengan jarak : 3 meter 5 meterHantaran aras dada :A membuat hantaran ke B kemudian ke belakang, B buat hantaran ke A kemudian ke belakang. Pegang bola dengan 10 jari. Sebelah kaki berada di hadapan Pergelangan tangan menolak ke hadapan Ikut lajak semasa membuat hantaran Aktiviti akan diteruskan pada jarak 5 meter apabila 3 meter sudah dikuasai.2.2 Hantaran arah dada ( dinamik )A akan membuat hantaran ke B, kemudian B buat hantaran ke C, C buat hantaran ke D. Ulang pergerakan tersebut sebanyak 5 kali.Jarak pelajar adalah 3 meter, dan ulangan dibuat dengan jarak 5 meter. Pegang bola dengan 10 jari Sebelah kaki berada di hadapan Pergelangan tangan menolak ke hadapan Ikut lajak semasa membuat hantaran.2.3 Hantaran aras melepasihalangan aktif.A akan menghantar bola ke B, B akan hantar bola C. D akan bertindak sebagai penghalang, kedudukan ini akan ditukar selepas 2 minit.

Pegang bola dengan 10 jari Sebelah kaki berada di hadapan Pergelangan tangan menolak ke hadapan Buat hantaran tepat menuju sasaran Teknik untuk elak dari penghalang.3.0 Permainan Bahagikan pelajar kepada 2 kumpulan 2 orang pelajar akan memegang gelung rotan manakala pelajar yang lain akan memasukkan bola ke dalam gelung rotan dengan menggunakan hantaran dada. Pelajar yang telah membuat hantaran akan bertukar dengan pelajar yang memegang gelung rotan.

Syarat pertandingan : Gunakan hantaran aras dada sahaja Tidak dibenarkan melarikan bola.

Alatan : Bola jaring Skittel Gelung rotan. Wisel4.0 Penutup (5 minit)Lari sambil membayangkan diri sebagai burung berterbangan. Melakukan regangan kaki dan tangan. Ambil nafas Hembus nafas. Susun pelajar dalam bulatan. Lari perlahan sambil tangan dihayun sebagai burung. Minta pelajar pejam mata dan bayangkan berada di gunung, sedut nafas dan hembus nafas. Goyangkan kaki dan tangan untuk meregangkan otot.13 Aktiviti permainan bola jaring sesuai untuk dimainkan oleh murid-murid yang berusia 12 tahun dan dapat memperkembangkan fizikal mereka.

Bola jaring ini sesuai dijalankan untuk murid-murid Tahun 6 disebabkan pertumbuhan dan perkembangan murid- murid pada peringkat ini lebih bercorak penambahbaikan kemahiran-kemahiran psikomotor yang sedia ada.

Perkembangan otot-otot halus, koordinasi mata dan tangan juga memberi murid- murid keupayaan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti tersebut.

Murid-murid akan mempunyai perkembangan komponen-komponen badan yang hampir sempurna dan mereka akan berupaya mengawal pergerakan mereka masing- masing dengan baik dalam peringkat berusia 12 tahun.

Aktiviti permainan bola jaring ini juga dapat membantu menguatkan daya tahan otot dan meningkatkan koordinasi murid-murid yang sesuai untuk mengembangkan fizikal murid-murid dalam peringkat 12 tahun.