bab 1

4
BAB SATU PENDAHULUAN Bab ini akan menghurai mengenai refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu dan sorotan literatur yang berkaitan dengan tajuk kajian 1.1 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu Tinjauan mengenai gaya permulaan larian pecut yang dilakukan oleh murid 4 dilakukan kerana pada sesi praktikum ke-2, salah seorang daripada murid kel agar saya mengadakan suatu perlumbaan larian antara rakan-rakan kelas mereka. mempersetujui cadangan tersebut dan mula mengadakan pertandingan. Saya murid mengambil tempat dengan berbaris 5 orang untuk setiap kumpulan. Apabila ‘ke garisan’ diberikan, diperhatikan bahawa murid hanya berdiri di garisan pe Isyarat ‘sedia’ pula diberikan, murid mula membongkokkan badan dan bersedia u berlari. Setelah wisel dibunyikan menandakan isyarat ‘mula’, murid-muri dengan sepantas mungkin.

Upload: maran-kerapu-rq

Post on 21-Jul-2015

46 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

BAB SATU

PENDAHULUAN

Bab ini akan menghurai mengenai refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu dan refleksi sorotan literatur yang berkaitan dengan tajuk kajian

1.1

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

Tinjauan mengenai gaya permulaan larian pecut yang dilakukan oleh murid Tahun 4 dilakukan kerana pada sesi praktikum ke-2, salah seorang daripada murid kelas meminta agar saya mengadakan suatu perlumbaan larian antara rakan-rakan kelas mereka. Saya mempersetujui cadangan tersebut dan mula mengadakan pertandingan. Saya meminta murid mengambil tempat dengan berbaris 5 orang untuk setiap kumpulan. Apabila isyarat ke garisan diberikan, diperhatikan bahawa murid hanya berdiri di garisan permulaan. Isyarat sedia pula diberikan, murid mula membongkokkan badan dan bersedia untuk berlari. Setelah wisel dibunyikan menandakan isyarat mula, murid-murid mula berlari dengan sepantas mungkin.

Apa yang ingin dijelaskan di sini ialah, gaya permulaan larian yang dilakukan oleh murid semasa pertandingan lari pecut tersebut mempunyai beberapa kelemahan. Yang pertama ialah mereka tidak menggunakan teknik gaya dekam untuk permulaan lari pecut dan kedua, teknik gaya berdiri untuk permulaan lari pecut tidak sesuai digunakan untuk Kejohanan Sukan Sekolah. Oleh yang demikian, suatu kajian tindakan ingin dijalankan bagi memperbaiki perkara tersebut.

Semasa menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Seremban 2A (sekolah kajian), saya telah menjalankan pertandingan lumba lari antara murid-murid kelas Pendidikan Jasmani saya iaitu murid tahun 4 Zamrud. Apabila saya memberi isyarat ke garisan, mereka melakukan gaya dekam, berbeza dengan pemerhatian saya di sekolah praktikum sesi ke-2 yang mana muridnya hanya melakukan gaya berdiri. Perkara ini menguatkan lagi semangat saya untuk menjalankan kajian tindakan ke atas masalah penggunaan fasa permulaan lari pecut.

Oleh yang demikian, saya membuat beberapa rancangan pengajaran berkaitan cara melakukan gaya permulaan larian pecut bagi memperbaiki gaya permulaan untuk kelas Pendidikan Jasmani. Setelah menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran mengikut seperti yang telah dirancang, saya dapat memperbaiki beberapa kesalahan yang dilakukan oleh murid dalam perlakuan fasa permulaan larian pecut.

Beberapa orang murid berjumpa saya dan mengucapkan terima kasih kepada saya kerana mengajar teknik yang betul. Mereka menyatakan bahawa cara saya mengajar adalah berkesan dan mereka dapat menimba ilmu pengetahuan yang baru. Mereka juga 2

menyatakan bahawa apabila mereka melakukan gaya permulaan seperti yang saya tunjukkan, mereka seakan-akan seperti sedang berada di dalam suatu kejohanan olahraga yang besar dan seterusnya membuatkan mereka lebih bersemangat dan yakin. Pemerhatian dan pengalaman saya sepanjang menjalankan kajian ini menunjukkan murid di sekolah rendah biasanya tidak ditekankan dengan penggunaan teknik yang betul. Maka adalah menjadi tugas guru menunjukkan demonstrasi atau tunjuk cara yang betul semasa sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani.

1.2

Refleksi Sorotan Literatur

Lari pecut adalah aktiviti yang memerlukan para pelajar membuat larian untuk satu jarak dengan sepantas yang terdaya. Di dalam Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) Pendidikan Jasmani, para guru Pendidikan Jasmani tahun 4 hendaklah menerangkan cara pergerakan yang betul semasa melakukan permulaan larian pecut kepada para pelajar. Antara objektif pengajaran dan pembelajaran (p & p) kemahiran lari pecut di dalam HSP Pendidikan Jasmani Tahun 4 ialah pada akhir proses p & p, murid dapat 1. 2. Melakukan permulaan lari pecut dengan teknik yang betul. Menyatakan isyarat yang digunakan semasa fasa permulaan dengan betul.

Terdapat dua teknik fasa permulaan larian pecut iaitu gaya berdiri dan gaya dekam. Gaya dekam adalah gaya wajib yang digunapakai untuk kejohanan yang menggunakan peraturan Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) termasuklah semasa Kejohanan Sukan Sekolah. Dalam pada itu, gaya dekam ini terbahagi kepada tiga variasi iaitu: 3

1. 2. 3.

Gaya Peluru (Bullet/Bunch/Kangaroo Start) Gaya Sederhana (Medium Start) Gaya Panjang (Elongated Start)

Wee Eng Hoe (2003) menyatakan gaya berdiri biasanya dipraktikkan oleh para pelajar sekolah dalam kelas Pendidikan Jasmani atau dalam gerak kerja kokurikulum. Gaya ini paling digemari di sekolah rendah kerana inilah gaya yang paling berkesan. Walaubagaimanapun ia tidak digunakan untuk acara lari pecut dalam pertandingan kerana tidak selaras mengikut peraturan KOAM.

Lok Yun Loi (2009) menyatakan kesesuaian dan keberkesanan sesuatu gaya yang digunakan dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti berikut. 1. 2. 3. 4. Bentuk badan peserta (tinggi/rendah) Masa tindak balas peserta Kekuatan kaki Koordinasi yang cekap

4