asei 2

Upload: farizelle06

Post on 29-Feb-2016

20 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

AFFAD

TRANSCRIPT

INSTITUT PENDIDIKAN GURUKAMPUS TUN HUSSEIN ONNBATU PAHAT, JOHOR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK (EDU 3073) PISMP SEMESTER 7

NAMA : FARIZA EZLIN BINTI ZAMRI NO . IC : 920626 -11- 5566 AMBILAN : PISMP JAN 2012 OPSYEN : PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARANPENSYARAH : PUAN NOFAZILAH BINTI MOHD SAJAT

ISI KANDUNGAN BIL PERKARAMUKA SURAT

1.0 PENDAHULUAN 3-8

2.0MASALAH DISIPLIN DI SEKOLAH9

3.0CADANGAN MEREKAYASA PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH10-19

4.0 KESIMPULAN 20-21

5.0REFLEKSI22-24

6 RUJUKAN 25

CADANGAN CADANGAN PERUBAHAN MEREKAYASA SEMULA PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

1.0 PENDAHULUAN Menurut Gladding , 2000 , bimbingan ialah proses membantu individu membuat keputusan yang penting dalam hidupnya yang akan mempengaruhi kehidupannya. Suradi 1997 , pula mengatakan bimbingan ialah proses untuk membantu individu memahami dirinya dan dunia di sekelilingnya supaya ia boleh menggunakan kebolehan , keupayaan dan bakat yang ada dengan sepenuhnya. Menurut Schetzer & Stone (1971 ) pula , bimbingan sebagai proses menolong individu untuk memahami dirinya dan alam sekelilingnya. Dengan ini dapat dirumuskan bahawa bimbingan adalah bantuan atau pertolongan yang diberi kepada pelajar-pelajar biasa atau normal yang sedang mengalami perkembangan dan pertumbuhan mental , sosial , intelek , fizikal , emosi , kejiwaan dan kerohanian. Iaitu proses yang mengakibatkan pembentukan matlamat dan nilai hidup individu itu sehingga dia dapat menentukan tindakan yang wajar diambil pada masa sekarang dan masa depan . Kaunseling pula merupakan satu proses sistematik untuk membantu perhubungan berdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor berdaftar mengikut kod etika kaunseling untuk mencapai suatu perubahan , kemajuan dan penyesuaian yang holistik , baik dan sukarela pada diri klien supaya perubahan , kemajuan dan penyelesaian itu akan berterusan sepanjang hayat klien ( AKTA KAUNSELOR 1998 ). Berdasarkan definisi-definisi diatas , boleh disimpulkan bahawa Bimbingan dan Kaunseling bermatlamat memberi klien peluang untuk melihat pelbagai opsyen penyelesaian yang sedia ada, seterusnya membantu klien membuat keputusan yang bijak. Seterusnya juga , ia adalah satu proses pertolongan yang profesional yang bertujuan membantu individu memahami dirinya dan alam sekelilingnya. Dalam Bimbingan dan Kaunseling , terdapat fokus utama yang menjadi panduan kepada memberikan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling . Antara fokus utama dalam Perkhidmatan dan Kaunseling ialah

Rajah 1 : Fokus utama dalam Perkhidmatan dan Kaunseling Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah adalah perkhidmatan yang mesra murid, rakan guru, ibu bapa dan masyarakat. Menerusi perkhidmatan yang diberikan boleh membantu murid meningkatkan keupayaan berfikir dan bertindak secara positif dan berkesan. Seterusnya , kita dapat lihat perkhidmatan bimbingan dan kaunseling amat diperlukan dan memainkan peranan yang penting , antara kepentingan bimbingan dan kaunseling adalah memberi nasihat dan panduan kepada yang memerlukan , menyelesaikan masalah secara professional , membantu dengan menjadi teman pendengar yang baik , dan menjadi satu sumber maklumat yang boleh dipercayai . Guru Bimbingan dan Kaunseling perlu sentiasa bersikap bahawa setiap muridnya merupakan aset penting yang perlu sentiasa dibantu dan dibimbing agar mereka boleh membuat keputusan yang wajar dan betul dalam menjalani kehidupannya dan juga mempunyai disiplin yang baik dan seimbang dari segi aspek jasmani , emosi , rohani dan juga intelek . Walaubagaimanapun , perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah bukan semata-mata dijalankan oleh guru bimbingan dan kaunseling sahaja. Malah, semua guru yang terlatih dianggap sebagai guru bimbingan atau guru pembimbing. Cuba kita rujuk semula apakah yang dimaksudkan dengan bimbingan. Bimbingan bermaksud memberi nasihat atau maklumat demi perkembangan kendiri kanak-kanak, dan elakkan masalah. Dalam hal ini, sudah tentu setiap guru di sekolah, samada guru matapelajaran atau guru kelas, mampu memainkan peranan tersebut dengan mengambil kira pengalaman hidup dan kematangan emosi serta kognitif masing-masing. Komponen pertama dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah merujuk kepada inventori, taksiran dan rekod. Sebagai guru pembimbing, guru biasa harus membantu guru bimbingan dan kaunseling untuk mengumpul maklumat mengenai kanak-kanak. Kemudian, maklumat yang terkandung dalam rekod-rekod tertentu boleh disemak oleh guru bimbingan dan kaunseling serta digunakan sebagai rujukan untuk tindakan susulan, samaada dalam bentuk sesi kaunseling atau intervensi lain. Peranan guru biasa dalam bimbingan dan kaunseling juga adalah mustahak kerana mereka dapat membantu pelajar dalam membuat penyesuaian peribadi, sosial, emosi, akademik, perkembangan mental dan akhlak. Dalam hal ini, guru biasa seperti guru kelas lebih memainkan peranan kerana guru kelas lebih dekat dengan murid-murid dalam sesebuah kelas yang dikendalikan olehnya. Sebagai contoh, dengan mengadakan Program Orientasi bagi murid Tahun 1. Program sebegini mampu menyediakan diri murid-murid dengan alam persekolahan yang bakal mereka tempuhi sepanjang menjalani proses pembelajaran di sekolah. Mereka juga menolong murid dalam pelajaran dengan memperkenalkan sistem pendidikan kepada murid. Guru biasa juga memaparkan kepada murid berkenaan matlamat pelajaran dan penyesuaian mereka dengan suasana persekitaran. Mereka juga menganjurkan kepada murid kaedah belajar secara berkesan, peraturan sekolah dan kepentingan mata pelajaran. Guru biasa seharusnya memberikan bantuan kepada murid dalam membuat perancangan persekolahan mengikut kebolehan, kemampuan, minat dan perkembangan murid dengan membangkitkan semangat kesedaran dalam kalangan murid pada peringkat awal tentang kepentingan pelajaran sehingga mencapai kejayaan yang cemerlang. Guru biasa dapat membantu murid menyelesaikan masalah mereka dalam bidang pelajaran di sekolah dengan membantu murid membentuk tabiat kerja yang baik dan sahsiah yang sempurna selain dari akhlak dan adab yang unggul. Di samping itu, guru biasa turut terlibat dalam merancang, mengawal selia, dan mengemas kini rekod dan inventori pelajar. Kebiasaanya, peranan ini lebih kepada guru kelas yang memiliki segala rekod berkenaan semua murid dalam kelasnya. Mereka mengumpul, menyedia dan menyebar maklumat serta resos bimbingan dan kaunseling dalam bidang akademik, kerjaya, psikososial dan kesejahteraan mental, keibubapaan dan kemahiran mengatasi masalah kepada murid melalui sebarang media yang sesuai. Sekiranya terdapat masalah, guru biasa merupakan medium perantaraan atau perunding antara pihak sekolah dengan ibubapa bagi tujuan penyampaian maklumat atau masalah murid, seterusnya membuat perbincangan tentang bagaimana masalah tersebut harus diselesaikan dengan berkesan. Guru biasa juga boleh dilantik menjadi penyelaras aktiviti dan program yang dilaksanakan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling peringkat sekolah atau menjadi penyelaras program mentor-mentee. Mereka terlibat dalam perancangan program di sekolah, menggunakan prosedur kaunseling untuk mengelola program, menentukan halatuju dan melaksanakan perancangan program, membuat keputusan, membuat garis panduan dan peraturan serta di akhirnya, guru ini akan membuat penilaian terhadap kekuatan atau kelemahan program yang dilaksanakan. Selain daripada itu, mereka juga merancang, melaksana dan mengawal selia program dan aktiviti pembangunan murid seperti kepimpinan, pembimbing rakan sebaya (PRS) dan jati diri. Guru biasa berperanan dalam melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh ketua jabatan dari semasa ke semasa. Sebagai guru biasa, mereka lebih memahami tingkahlaku murid-murid melalui pemerhatian yang dilakukan semasa murid menjalani aktiviti harian dalam kelas. Guru harus memberi perhatian kepada komunikasi bukan lisan yang ditunjukkan oleh murid-murid. Pemerhatian oleh guru kelas atau guru matapelajaran merupakan input yang amat berguna tentang tahap literasi bahasa masing-masing. Sebagai contoh, kegagalan seorang kanak-kanak untuk memahami satu-satu bahasa yang digunakan oleh guru atau rakan-rakan sedarjah boleh di salah tafsir sebagai sifat malu dan segan. Justeru, pada ketika inilah guru kelas atau guru matapelajaran memainkan peranan mereka dengan memberi nasihat dan bimbingan kepada murid ini. Guru biasa atau guru matapelajaran adalah guru yang paling hampir dengan murid-murid. Melalui pemerhatian, guru dapat mengenalpasti gaya pembelajaran murid-murid. Ekoran daripada pemerhatian terhadap aktiviti dalam kelas, misalnya melukis, menggunting atau merekabentuk sesuatu, guru akan dapat menentukan apa yang tidak boleh dilakukan oleh seseorang murid, apa yang boleh dilakukan dengan bantuan orang lain, dan apa yang mampu dilakukan secara berdikari. Bimbingan boleh dilakukan oleh guru terhadap murid-murid yang mengalami masalah agar murid ini tidak mengalami keciciran atau berasa rendah diri berada di kalangan murid-murid lain yang lebih berkebolehan berbanding mereka Berdasarkan perbincangan di atas, amat jelas bahawa guru biasa sebagai guru pembimbing memainkan peranan yang amat penting dalam membantu guru bimbingan dan kaunseling. Segala maklumat ini mampu membantu guru bimbingan dan kaunseling untuk merancang intervensi yang wajar demi kepentingan bersama . Namun demikian , hari ini , isu yang melibatkan disiplin murid secara keseluruhannya masih belum dapat diatasi sepenuhnya . Hasil kajian Kementerian Pendidikan Malaysia dalam tempoh 10 tahun ini mulai tahun 2007 menunjukkan penglibatan murid-murid dalam kesalahan disiplin di sekolah berada pada tahap purata 2.07 % , namun dari segi jumlah murid yang terlibat masih terlalu ramai . Berdasarkan maklumat tersebut , Kementerian Pendidikan Malaysia berhadapan dengan isu berkenaan yang semakin serius , maka kewajaran perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling secara sepenuh masa di sekolah mula dipertikaikan . Hal ini , disebabkan perkhidmatan ini yang sepatutnya memberi fokus kepada membangunkan sahsiah dan disiplin murid telah kurang diberi perhatian . Guru bimbingan dan kaunseling pula sering diberi persepsi yang negatif , misalnya sering menjalankan tugas di luar sekolah sehingga mengabaikan tugas hakiki di sekolah . Tanggungjawab memberikan perkhidmatan kaunseling dalam membendung isu tersebut juga telah mula kedengaran dipersoalkan keberkesanannya . Kesemua ini menuntut agar Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan perubahan bukan sahaja dari segi konsep pelaksanaan perkhidmatan ini tetapi juga dari segi fokus operasinya di sekolah agar dapat direkayasa semula dalam membendung permasalahan yang disebutkan tadi . Oleh yang demikian , pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah menuntut agar perkhidmatan ini lebih memberi fokus sepenuhnya kepada usaha pembangunan sahsiah serta membendung permasalahan disiplin dalam kalangan murid di sekolah . Hal ini disebabkan guru Bimbingan dan Kaunseling merupakan guru yang telah dilepaskan daripada tanggungjawab dalam pengajaran dan pembelajaran dan mereka diharap boleh memberi tumpuan sepenuhnya bagi menangani permasalahan ini . Di sini guru Bimbingan dan Kaunseling memainkan peranan yang amat penting dalam merekayasa semula perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah . Guru Bimbingan dan Kaunseling ini juga dikenali sebagai kaunselor sekolah . Antara peranan yang boleh dimainkan sebagai seorang kaunselor mestilah berlandaskan ilmu pengetahuan berkenaan bimbingan dan kaunseling yang tepat supaya mampu menangani masalah di sekolah dan berjaya menghidupkan fungsi sebenar bimbingan dan kaunseling di sekolah .

2.0 MASALAH DISIPLIN DI SEKOLAH Di sekolah, disiplin menjadi satu daya kawalan sosial bagi mewujudkan suasana yang yang aman dan harmoni supaya segala proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan sejajar dengan inspirasi negara menjadikan sistem pendidikan di sekolah adalah bertaraf antarabangsa. Oleh itu, aspek disiplin murid di sekolah harus diberi perhatian utama pihak sekolah, keluarga mahupun masyarakat sekeliling seperti saranan . (Kementerian Pelajaran Malaysia, 1981). Disiplin adalah satu aspek kehidupan yang mesti wujud dalam masyarakat. Oleh itu ia hendaklah mendapat perhatian berat dari semua pihak sama ada di sekolah atau di luar sekolah. (Kementerian Pelajaran Malaysia 1981) Kini, masalah disiplin merupakan satu isu yang menjadi topik hangat sama ada diperkatakan secara lisan atau dibincangkan melalui pelbagai saluran media samaada bercetak mahupun elektronik. Pelbagai jenis salahlaku dilakukan oleh murid, dari jenis yang ringan sehinggalah kesalahan kesalahan yang berat, seperti penyalahgunaan dadah, membuli, memeras ugut, merosakkan harta benda sekolah (vandalism), mengancam guru guru dan murid, mencabul dan pelbagai lagi. Sekiranya hal ini tidak dibendung dengan segera, dikuatiri ianya akan menjejaskan minat dan fokus murid murid yang bermotivasi untuk belajar yang dimana secara tidak langsung akan memusnahkan inspirasi sekolah dan negara dalam membangunkan generasi yang terbilang. Apabila diteliti ada banyak faktor yang mendorong mereka untuk melakukan perbuatan perbuatan tersebut dan faktor faktor ini boleh dikategorikan kepada faktor sekolah dan faktor luar sekolah seperti persekitaran, keluarga, pengaruh rakan sebaya, media hiburan dan pelbagai lagi. Faktor luar sekolah ini adalah amat kompleks dan sukar diatasi serta di luar kawalan kita (sekolah). Oleh yang demikian, kaunselor harus berperanan aktif dalam membantu pihak pengurusan sekolah untuk menangani masalah disiplin.Sebagai pembimbing profesional, mereka mempunyai tugas membimbing pelajar bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah, tetapi juga membentuk iklim sekolah yang tidak bermasalah.

3.0 CADANGAN MEREKAYASA PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, maksud merekayasa ialah penerapan unsur-unsur ilmu, budaya, dan sebagainya dalam perancangan, mekanis kerja, dan lain-lain sebagai asas melaksanakan sesuatu . Oleh demikian , merekayasa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling merupakan satu usaha yang dilakukan dengan menggunakan unsur-unsur ilmu dan budaya dalam bimbingan dan kaunseling untuk melaksanakan sesuatu idea atau program bagi mengatasi sesuatu masalah atau perkara . Dari tuntutan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia terhadap merekayasa semula perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah agar dapat meningkatkan sahsiah serta membendung permasalahan disiplin dalam kalangan murid di sekolah . Seorang kaunselor perlu melihat dari pelbagai aspek . i. infrasturuktur bilik Bimbingan dan Kaunseling Antaranya ialah dari segi infrasturuktur bilik Bimbingan dan Kaunseling . Bilik kaunseling merupakan tempat utama perlaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Bilik-bilik ini perlu memenuhi keperluan perkhidmatan kaunseling individu, kaunseling kelompok dan pengurusan . Suasana bilik hendaklah memenuhi ciri-ciri teraputik, kondusif, bermaklumat, menarik serta mempunyai ciri-ciri mengikut spesifikasi berdasarkan buku panduan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling (Kementerian Pelajaran Malaysia 2009). Keberkesanan kaunseling bergantung pada keadaan dan tempat kaunseling itu dijalankan. Satu temuduga kaunseling tidak boleh dijalankan di bilik guru, di kantin di bawah pokok ataupun di dalam kelas. Sesi ini mestilah diadakan di suatu tempat yang khas, walaupun tidak istimewa. Guru bimbingan dan kaunseling mesti memastikan terdapat satu bilik khas bagi menjalankan sesi temuduga supaya tugas sebagai guru bimbingan dan kaunseling dapat berperanan dengan lebih berkesan. Bagi aspek pencahayaan dan pengudaraan juga merupakan salah satu aspek yang penting dalam menjadikan bilik kaunseling sebagai satu bilik yang kondusif . Contohnya bilik harus dicirikan dengan pemasangan tingkap-tingkap dan lubang-lubang udara bagi membolehkan peredaran udara sentiasa berlaku dan bagi mengekalkan kesegaran udara di dalam bilik ini kemudahan seperti kipas atau penghawa dingin juga harus tersedia di dalam bilik ini. Selain itu juga, pemasangan langsir pada tingkap mampu menceriakan dan mencantikkan lagi bilik ini. Tetapi, langsir haruslah dikelolakan dengan baik dan kemas agar ia tidak mengganggu kesan pencahayaan. Selain itu , susun atur perabut dan kemudahan juga memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan bilik kaunseling yang kondusif untuk klien . Contohnya , meja tambahan haruslah diletakkan lengkap bersama dengan set kerusi sofa. Ini bagi memudahkan sekiranya tetamu, ibubapa atau penjaga klien atau klien sendiri dalam melakukan perbincangan bersama guru bimbingan dan kaunseling. Susun atur meja tambahan dan set kerusi sofa ini mampu mewujudkan suasana semi-formal yang tenang. Selain itu, ruang santai harus diletakkan di suatu sudut yang tiada sebarang perabot besar seperti rak fail atau meja komputer. Ruang santai seharusnya lebih lapang dan luas. Bagi susunan kemudahan komputer pula, guru boleh menyediakan satu sudut khas bagi meletakkan kemudahan ini. Sebagai contoh, ia boleh diletakkan di sudut sebelah tingkap yang kosong. Keadaan ini akan mewujudkan kekemasan dalam menyusun atur kemudahan. Bagi kemudahan seperti cermin pula, saya mencadangkan agar ia diletakkan di kawasan yang bertentangan dengan cahaya. Pembalikan cahaya mampu meningkatkan lagi keberkesanan pantulan cahaya pada cermin. Jadi, penggunaan cermin akan menjadi lebih berkesan. Kuantiti perabot juga haruslah bersesuaian dengan saiz ruang bilik bagi mengelakkan berlakunya kesesakan yang menyebabkan ruang pergerakan lebih terhad dan mewujudkan keadaan yang berserabut. Seterusnya dari aspek warna . Seperti yang kita tahu, warna dapat memberi kesan kepada diri dan emosi kita. Justeru, pemilihan warna bagi bilik bimbingan dan kaunseling haruslah selari dan sesuai dengan keperluan ruang tersebut. Pada pandangan saya sebagai penambahbaikan, saya mencadangkan agar setiap ruang di bilik kaunseling dilatari dengan warna yang lebih mendamaikan sebagai contoh warna hijau atau biru cair (light blue/ green). Warna biru mampu mewujudkan suasana tenang, damai, segar dan tenteram. Warna hijau pula mampu memberikan suatu suasana yang tenang, redup dan aman. Sesungguhnya, warna sangat memainkan peranan dalam mempengaruhi emosi seseorang. Malah, warna juga dikatakan mampu menjadi suatu terapi dalam program atau perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Sebagai kesimpulan, selain daripada mampu memberikan kesan kepada emosi seseorang, warna juga ternyata dapat menciptakan kesan ruang. Bilik bimbingan dan kaunseling di sekolah seharusnya sentiasa berada dalam suasana yang kondusif, teraputik, selesa dan menenangkan. Hal ini kerana, klien utama perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah terdiri daripada murid-murid yang mempunyai pelbagai masalah atau situasi yang berbeza. Oleh itu, suasana bilik kaunseling memainkan peranan yang cukup besar dalam memastikan bimbingan dan terapi yang dijalankan mencapai objektif dan secara tidak langsung, membantu menyediakan klien dalam keadaan yang tenang dalam menangani masalahnya dengan berkesan. Bilik bimbingan dan kaunseling memberikan persepsi penting terhadap murid yang datang ke bilik ini kerana suasana yang kondusif dapat meyakinkan ketenteraman dalam diri klien.

(( ( contoh bilik bimbingan yang kaunseling yang kondusif )

ii) Kemahiran Asas Profesional Guru Bimbingan dan Kaunseling

Kaunseling merupakan suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip kaunseling yang dilakukan oleh kaunselor terlatih bagi menghasilkan perubahan perasaan, pemikiran dan tingkahlaku yang positif untuk perkembangan dan penyesuaian peribadi klien, berlandaskan moral etika kaunseling. Kemahiran kaunseling ini wajib dikuasai oleh guru kaunseling bagi melaksanakan aktiviti bimbingan semasa di sekolah. Kaunseling bukanlah perkara baru malah manusia selalu melakukan aktiviti runding cara sesama mereka. Kaunseling merupakan kebolehan seseorang guru menolong murid untuk mengatasi masalah dan mencapai kesejahteraan hidup di dunia. Melalui sesi kaunseling yang dijalankan oleh kaunselor, diharapkan murid dapat belajar mengendalikan hidupnya sendiri daripada pengalaman dalam proses dan perhubungan kaunseling. Dalam proses kaunseling, murid atau klien belajar tetapi kaunselor tidak mengajar. Fungsi kaunselor pada masa ini adalah sebagai pemandu yang pada mulanya diperlukan untuk menunjuk jalan dan menemani murid dalam perjalanannya, memahami diri dan situasinya serta mengenal pasti keperluannya. Setelah tujuan ini tercapai, barulah fungsi dan peranan kaunselor tercapai dengan sempurnanya. Melalui proses ini, murid dibimbing membuat keputusan sendiri. Asas bagi proses ini ialah perhubungan antara kaunselor dengan murid atas dasar bahawa kesan perhubungan itu akan menyebabkan murid berubah. Antara caranya ialah guru boleh menggunakan kemahiran asas kaunseling dalam mengenal pasti masalah dan tingkah laku pelajar ialah dengan menggunakan kemahiran asas melayan dan mendengar. Guru boleh menggunakan keadah ini kerana keadah ini amat mudah dan selamat dijalankan. Keadah ini juga tidak memerlukan kemahiran yang tinggi. Contoh situasi adalah , seorang murid menemui guru untuk mendapatkan nasihat berhubung keputusan emaknya untuk tidak membenarkan dia pergi ke sekolah berasrama penuh. Dia berhajat untuk tetap ke sana tanpa menghiraukan keputusan ibunya. Kaunselor boleh menggunakan soalan tertutup dan terbuka semasa mendengar masalah dari pelajar. Kaunselor juga boleh bertanyakan pelajar tentang perasaan mereka terhadap masalah yang mereka hadapi. Ini bertujuan untuk menceminkan perasaan sebalik apa yang diceritakan oleh kanak-kanak. Ia juga bertujuan untuk menggalakkan penerokaan murid. Kaunselor hendaklah membuka minda pelajar dengan bertanyakan soalan-soalan terbuka, ini akan menyebabkan pelajar dapat memikirkan apa yang akan meraka dapat lakukan seterusnya. Maka dengan itu para kaunselor perlu mempersiapkan diri dengan kesemua kemahiran asas kaunseling. Kemahiran asas kaunseling ini diperlukan sebagai strategi untuk menambat hati murid supaya kaunselor dapat terus membantunya. Kemahiran yang baik dan sesuai perlu diikuti oleh tingkahlaku dan personaliti kaunselor yang juga sempurna bagi memantapkan kejayaan sesuatu proses. Oleh itu , dengan kemantapan kemahiran asas kaunseling ini , ia mampu menarik murid untuk lebih percayakan guru kaunseling dan tidak takut lagi untuk berkongsi masalah yang dihadapi . Ini kerana , kajian menunjukkan murid-murid yang bermasalah disiplin ini kebanyakkannya berpunca dari konflik dan masalah dalaman yang dihadapi oleh mereka . Ini menyebabkan mereka memberontak . ( Sumber Maklumat , Portal Pendidikan Utusan 2001-2007 ) iii) Program-Program Murid Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ini amat penting dalam mencapai matlamat falsafah pendidikan Malaysia . Pengurusan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah yang mantap amat penting dalam memberikan perhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yang terbaik kepada murid . Oleh yang demikian, perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling disekolah harus di mantapkan dalam usaha mempertingkatkan tahap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dengan bersadarkan kepada matlamat falsafah pendidikan negara. Antara program yang boleh dilakukan dalam permantapan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling ini antaranya ialah seperti ,

a) Pembangunan Dan Pengembangan Sahsiah Diri Murid Fokus ini adalah untuk memupuk pengembangan personaliti kendiri (charector) murid dari aspek-aspek seperti rajah dibawah .

Dari rajah diatas , jelas menerangkan bahawa dalam merekayasa perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling agar ia menjadi lebih mantap dan efisien , fokus ini merupakan satu cabang yang agak luas skopnya untuk para kaunselor menjadikan ianya sebagai satu panduan bagi menjalankan sesuatu program untuk para pelajar . Ini kerana , dalam fokus ini , merupakan satu cabang dimana ianya bermatlamat dalam membimbing murid-murid membina jati diri dengan memupuk personaliti kendiri (character) murid dari aspek sikap penyayang (kepedulian), budi bahasa, konsep kendiri, kepemimpinan, komunikasi, kekemasan diri dan ketepatan masa . Antara akiviti yang boleh dijalankan ialah mengadakan kursus kepimpinan untuk murid-murid . Cabaran dalam kehidupan hari ini memerlukan daya kepimpinan yang berkualiti dan berwawasan ke arah menentukan wadah dan hala tuju yang ingin dicapai. Bakat kepimpinan amat diperlukan dalam setiap diri murid. Kebolehan memimpin dapat membantu murid dalam menangani dan meningkatkan mutu disiplin serta ketrampilan diri murid sendiri . Oleh yang demikian, amat wajarlah murid diberi latihan dan input kepimpinan selaras dengan peranan dan tugas mereka pada masa akan datang. Hal ini kerana , kaunselor harus sentiasa peka bahawa kewajipan melahirkan pemimpin amat dituntut sebagai ibadah dan memerlukan pengorbanan semua pihak. Untuk menyambut cabaran ini dan menepati citarasa wawasan negara, diharapkan dengan adanya program-program kepimpinan ini dapat melahirkan murid yang mempunyai sikap kepimpinan yang teguh dalam diri muri-murid . Dengan wujdnya sikap kepimpinan yang teguh ini , secara tidak langsung , masalah displin yang berlaku kini akan berkurangan dan juga tidak berlaku lagi .

b) Peningkatan Disiplin Diri Murid Fokus ini dalam perkhidmatan Bimbingan dan kaunseling ini ialah memfokuskan kepada peningkatan disiplin diri murid . oleh yang demikian , program atau aktiviti yang hendak dirancang haruslah berlandaskan kepada matlamat fokus ini iaitu membimbing murid-murid yang bermasalah disiplin termasuk melaksanakan intervensi bagi mencegah murid terlibat dengan gejala-gejala disiplin seperti perlakuan ponteng sekolah, jenayah, kelucahan, kurang sopan, dan vandalisme . Masalah disiplin pelajar di sekolah kini makin menjadi-jadi itu belum ditambah lagi keruntuhan akhlak dan masalah sosial dikalangan remaja umumnya. Sebenarnya ia melibatkan kerjasama pelajar itu sendiri, guru-guru dan juga ibubapa. Masalah disiplin pelajar bagaikan tidak ada jalan penyelesaian. Ini kerana, saban hari ada saja masalah membabitkan disiplin pelajar berlaku di sekolah. Kerenah pelajar dahulu dengan sekarang tidak sama. Masalah disiplin pelajar di sekolah dahulu tidak sama berbanding sekarang . (Sumber Berita Harian 27 April 2010) Oleh yang demikian , sebagai kaunselor , harus bijak dalam memastikan masalah disiplin disekolah dapat dibendung dan dikurangkan . Kaunselor harus sentiasa peka dan sentiasa berusaha dalam mencari jalan penyelesaian bagi membendung masalah disiplin murid ini . Sebagai contohnya , kaunselor boleh mewujudkan satu program iaitu program Buku Anak Budiman . Buku ini merupakan satu buku yang diletakkan di dalam setiap kelas di sekolah . Buku ini bertujuan bagi guru-guru mencatit segala kesalahan yang dilakukan oleh anak murid sewaktu masa persekolahan . Ia juga merupakan sebagai satu bukti apabila setiap kesalahan yang dilakukan oleh murid-murid akan dibentangkan kepada ibu bapa masing-masing kelak . Dengan adanya bukti ini , anak murid tidak lagi mampu menafikan kesalahan mereka apabila kesalahan mereka di bentang kan di hadapan ibu bapa . Ini secara langsung mampu mengelakkan berlakunya kes-kes seperti memfitnah guru . Di dalam buku anak budiman juga , terdapat satu ruang dimana , guru juga mencatitkan setiap kebaikkan yang dilakukan oleh anak murid . Apabila tiba akhir tahun , guru akan mengira semua merit yang murid dapat kumpulkan dan murid yang memperolehi mata merit yang banyak akan dianugerahkan sebagai pelajar terbaik tingkah laku di sekolah . Pada pandangan saya , dengan adanya program seperti ini , masalah disiplin akan berkurangan di sekolah . Selain itu , program seperti ini juga mampu melibatkan ibu bapa dalam kawalan prestasi tingkah laku anak-anak mereka di sekolah dan ini juga dapat mewujudkan jalinan perhubungan mesra khususnya dengan ibu bapa dan keluarga dalam menangani sesuatu isu berhubung murid . Seterusnya juga ia mampu menarik minat murid untuk terus mengikut segala peraturan untuk mendapatkan markah merit bagi memperolehi anugerah yang telah dijanjikan .

c) Program Mentor mentee Sistem Mentor Mentee merupakan satu bentuk sistem komunikasi dua hala. Mentor berasal dari perkataan Greek yang bermaksud rakan, kaunselor atau guru yang boleh dipercayai. Mentor biasanya terdiri dari orang yang mempunyai pengalaman dalam memberi pertolongan kepada mereka yang memerlukannya. Mentee pula dirujukan kepada individu yang menerima pertolongan. Dalam memberi khidmat menolong, mentor yang berpengetahuan dan berpengalaman bertindak sebagai pembimbing, rakan dan guru kepada mentee yang memerlukan bantuan untuk menambahbaikan lagi dirinya sama ada dalam konteks pembentukan kerjaya, pendidikan, kerohanian, kesihatan mental dan dalam apa jua aspek-aspek pembangunan diri. Ini merupakan kaedah bimbingan kelompok kecil . Melalui program ini , kaunselor akan menjadi mentor kepada murid yang dikenal pasti mengalami masalah . Kaunselor akan sentiasa menjadi tempat bagi murid membuat rujukkan terhadap masalah yang dihadapinya . Selain itu , dengan adanya program mentor mentee ini , kaunselor dapat memantau dengan lebih dekat murid yang dijaganya . Ini secara langsung mampu menbendung masalah disiplin atau masalah murid dari terus berlaku atautidak terkawal . Kesimpulannya boleh saya simpulkan bahawa dengan adanya program-program seperti aktiviti-aktiviti yang dicadangkan diatas , masalah disiplin murid akan dapat dibendung dan sekali gus dapat meningkatkan lagi prestasi perkhidmatan guru Bimbingan dan Kaunseling .

iv) OUTREACH PERKHIDMATAN Selain daripada cadangan-cadangan diatas , kaunselor juga boleh melaksanakan perkhidmatan kaunseling melalui media massa iaitu dengan menggunakan pelbagai medium yang sesuai dengan keperluan semasa dan minat murid seperti berikut , Pembinaan blog , Face book , Video korporat dan Program bertemu pelanggan . Outreach bermaksud penyampaian . Oleh yang demikian , boleh disimpulkan Outreach Perkhidmatan sabagai satu saluran penyampaian perkhidmatan berkesan yang boleh digunakan seorang kaunselor dalam memberikan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling( Sumber Kementerian Pelajaran Malaysia Perekayasaan Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Di Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia 2012) .

Ini menunjukkan bahawa tugas memberikan perkhidmatan Bimbingan dan kaunseling oleh kaunselor tidak terhad hanya di sekolah sahaja . Kaunselor boleh menggunakan pelbagai media sosial yang selari dengan perkembangan dunia teknologi zaman sekarang . Contohnya dengan penggunaan facebook . Melalui pengunaan facebook contohnya , kaunselor boleh mewujudkan satu ruang alam maya yang menghubungkan semua ibu bapa para pelajar di sekolah . Melalui ruang ini , kaunselor berkemungkinan besar mampu berkolaberasi dengan ibu bapa secara alam maya . Di sini segala persoalan dan juga jawapan kepada sesuatu masalah mengenai anak-anak mereka dapat dinyatakan . Selain itu , ibu bapa juga dapat mendengar pandangan daripada ibu bapa yang lain mengenai masalah yang berlaku . Ini secara langsung mewujudkan perhubungan dua hala antara kaunselor dan juga ibu bapa serta ibu bapa bersama ibu bapa murid yang lain tanpa memerlukan mereka berjumpa dan bersua muka . Pelling (2002) menyatakan bahawa penggunaan komputer (internet) dapat dipergunakan untuk membantu siswa dalam proses pilihan diri sampai pada tahap pengambilan keputusan pilihan diri. Hal ini sangat memungkinkan, karena dengan membuka internet, maka siswa akan dapat melihat banyak informasi atau data yang dibutuhkan untuk menentukan pilihan studi lanjut atau pilihan dirinya Dari kata-kata tokoh diatas , ini jelas menunjukkan bahawa penggunaan media massa yang berorentasikan penggunaan internet banyak manfaatnya jika kaunselor bijak menggunakannya demi kebaikan semua pihak.

4.0 KESIMPULAN Melalui perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling, murid akan dibantu untuk menghadapi pelbagai cabaran di alam persekolahan bagi melahirkan generasi yang seimbang dari segi jasmani, emosi, intelek dan rohani selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Murid juga akan memperolehi maklumat-maklumat yang berkualiti, membangkitkan motivasi dan berkeyakinan. Seterusnya memberi keyakinan yang tinggi dan kesediaan yang cemerlang dalam diri murid untuk menghadapi segala masalah di sekolah. Terdapat pelbagai cara atau langkah bijak yang boleh diambil oleh pihak kaunselor dalam merekayasa semula perkhidmatan Bimbingan dan kaunseling ini dalam membendung masalah disiplin yang semakin berleluasa kini . Oleh itu , kaunselor itu sendiri , harus bijak dan kreatif dalam merancang dan merekayasa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ini . Dasar kerajaan meletakkan Guru Bimbingan dan Kaunseling sebagai Guru Bimbingan Dan Kaunseling Sepenuh Masa membuktikan bahawa kerajaan menaruh harapan yang tinggi kepada institusi persekolahan amnya dan Unit Bimbingan Dan Kaunsleing di sekolah khususnya agar memainkan peranan yang besar terutama dalam menangani kegawatan sosial yang begitu ketara dewasa ini. Justeru itulah, guru Bimbingan dan Kaunseling berkewajipan untuk melaksanakan hasrat ini dengan penuh rasa bertanggungjawab.Dengan ini juga membuktikan bahawa peranan guru kaunseling sebagai struktur sokongan sekolah tidak boleh diabaikan.Antara peranan yang boleh dimainkan ialah Guru Bimbingan Dan Kaunseling atau Kaunselor ialah seseorang kaunselor perlu mengadakan sesi kaunseling dengan sebaik mungkin semata-mata untuk membantu pelajar menangani masalah yang dihadapi.Ini penting kerana dengan membantu pelajar mengurangkan masalahnya maka pelajar tersebut akan menjadi lebih stabil terutama dari segi emosinya.Apabila kestabilan emosi wujud maka tingkahlaku yang sepatutnya akan dapat dilihat. Sebagai seorang kaunselor sepenuh masa ,maka ia berperanan penting dalam mengadakan sesi bimbingan dan kaunseling dengan para pelajar yang menghadapai masalah.Di dalam sesi tersebut seseorang kaunselor itu akan membincangkan keperluan murid dari pelbagai segi seperti kemahiran social ,kemahiran menyelesaikan masalah,kemahiran membuat keputusan dan pelbagai kemahiran yang diperlukan oleh pelajar.(Nazmi Hj Mohd Noor,1998).

4.0 REFLEKSI

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaanNya dapat saya menyiapkan tugasan ini pada masa yang telah ditetapkan . Pada semester ketujuh ini, saya telah ditugaskan untuk menyiapkan tugasan Kerja Kursus Pendek yang melibatkan mata pelajaran Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak (EDU 3073). Tugasan ini mengenai cadangan cadangan perubahan merekayasa semula perkhidmatan bimbingan dan kaunseling bagi mengatasi masalah disiplin sekolah . Tugasan ini memerlukan saya menyediakan satu penulisan kritis mengenai cadangan-cadangan dalam merekayasa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Tugasan ini telah saya laksanakan sepanjang menjalani praktikum fasa III di Sekolah kebangsaan Ayer Hitam Batu Pahat Johor . Semasa proses melaksanakan tugasan ini, saya banyak berkolaborasi dengan guru bimbingan dan kaunseling SK Ayer Hitam iaitu Cikgu Kamaruhizam bin Jahari . Syukur alhadulillah kerana saya berjumpa dengan guru kaunseling seperti Cikgu Kamaruhizam. Hal ini kerana , beliau tidak pernah lokek dan jemu untuk berkongsi ilmu dengan saya. Cikgu Kamaruhizam banyak membantu saya dalam pelaksanaan tugasan ini. Cikgu Kamaruhizam sentiasa membimbing saya dan juga rakan sepraktikum agar sentiasa berada dalam landasan yang betul semasa melaksanakan tugasan ini . Saya kagum dengan apa yang ditunjukkan oleh Cikgu Kamaruhizam kepada saya kerana , segala sifat-sifat dan juga kemahiran-kemahiran asas yang saya pelajari secara teori dalam kaunseling ini banyak ditonjolkan secara praktikalnya oleh Cikgu Kamaruhizam . Sepanjang menyiapkan tugasan ini , saya dapati ada perubahan pada diri saya sendiri terutamanya pada sikap iaitu dapat membina sikap positif dalam keperluan untuk menjadi guru yang beretika, beradab, berilmu dan berakhlak. Ini kerana , dari hari ke hari saya cuba untuk mengikut sikap dan tingkah laku yang ditunjukkan oleh Cikgu Kamaruhizam . Saya amat bersyukur kerana diberikan tugasan seperti ini yang memerlukan saya berkolaborasi dengan guru lain . Jika bukan kerana tugasan seperti ini , berkemungkinan saya masih dengan sikap yang lama dan tiada perubahan dalam diri saya . Selain itu , Saya juga dapat meningkatkan pengetahuan dalam topik kemahiran-kemahiran asas kaunseling dan kaunseling kanak-kanak terutamanya. Seterusya, saya juga dapat menjalinkan hubungan yang baik antara pensyarah, guru kaunseling, guru-guru, rakan-rakan dan murid-murid Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam . Bercakap mengenai perasaan terhadap pelaksanaan tugasan ini, saya ingin berkongsi bersama yang mana saya, berasa sangat bangga kerana berjaya menyiapkan tugasan ini mengikut kriteria-kriteria yang telah ditetapkan. Selain itu saya turut berasa gembira kerana berpeluang melihat secara terus tentang pengurusan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling itu sendiri . Pengalaman ini banyak membantu saya untuk menjadi guru yang lebih baik contohnya dari aspek pengurusan dan juga pengaplikasian kemahiran-kemahiran asas dalam kaunseling terhadap murid-murid di sekolah . Disinilah saya memahami bahawa tugas guru kaunseling ini adalah bukannya mudah seperti yang saya sangka . Melalui ini jugalah saya dapat lihat dengan mata saya sendiri akan masalah-masalah disiplin yang sering berlaku dalam kalangan murid-murid sekolah . Selain itu , saya juga kini lebih jelas akan kepentingan menguasai kemahiran-kemahiran asas kaunseling dalam membentuk kemenjadian murid . Walaupun begitu , terdapat juga beberapa kelemahan yang telah saya kenal pasti semasa melaksanakan tugasan ini. Antaranya, saya kurang mencari maklumat dan info-info yang berkaitan daripada buku-buku rujukan. Saya banyak merujuk nota-nota internet dan pendapat serta panduan daripada guru-guru di sekolah. Saya akui wujudnya masalah ini disebabkan kekangan masa menjalani praktikum. Seterusnya saya akan memperbaiki kelemahan ini dan berusaha untuk tidak mengulanginya lagi. Hasil keseluruhan daripada tugasan ini saya dapat menguasai beberapa sikap sebagai seorang guru yang reflektif antaranya seperti berfikiran terbuka. Ini dapat dilihat apabila saya mendapat komen dan kritikan terhadap soalan yang dihasilkan. Saya telah beranggapan bahawa komen ini adalah nasihat yang berguna daripada orang yang lebih berpengalaman. Selain itu, saya dapat meningkatkan kesungguhan semasa pelaksanaan ini. Saya berusaha mencari jalan penyelesaian bagi setiap masalah yang terjadi seperti mendapatkan nasihat daripada guru dan pensyarah pembimbing dan membuat rujukan daripada buku-buku dan hasil pembelajaran dalam kelas. Akhirnya, saya akui bersedia untuk melihat sesuatu masalah daripada pelbagai perspektif dengan penuh kesungguhan dan tanggungjawab. Setelah berusaha menyiapkan tugasan yang diberikan ini, dapat saya rumuskan bahawa seseorang guru yang bertindak sebagai kaunselor yang ingin memberikan perkhidmatan kaunseling yang baik perlu menguasai serta menggaplikasikan beberapa kemahiran-kemahiran asas kaunseling. Kecekapan menguasai kemahiran-kemahiran ini sangat berguna ketika berhadapan dengan klien yang berada dalam ketidakseimbangan emosi dan psikologi. Secara umumnya, untuk menjadi seorang kaunselor yang berjaya adalah tidak mudah kerana ia memerlukan kemahiran-kemahiran yang tertentu. Kaunselor harus memahami segala kemahiran yang dipelajari dan tahu mengaplikasikan ke atas klien pada tempat, masa dan keadaan yang sesuai. Kesimpulannya , kerja kursus pendek ini dapat membantu saya dalam memperolehi pelbagai input atau informasi tentang proses pembelajaran seseorang kanak-kanak dan kemahiran-kemahiran yang berkesan dalam menguasai kemahiran bimbingan dan kaunseling. Hal ini penting kepada saya kerana saya akan ditempatkan di sekolah pada suatu hari nanti. Maka, dengan input-input ini saya akan mengaplikasikannya ke dalam suasana pembelajaran yang saya wujudkan kelak. Melalui kerja kursus ini juga, saya dapat meningkatkan tingkah laku dan nilai-nilai etika keguruan yang positif kelak. Insyaallah .

RUJUKAN

Azizi Yahaya, Jaafar Sidek Latif, Shahrin Hashim, Yusof Boon (2006), Psikologi Sosial Alam Remaja, Pts Professional Publishing Sdn.Bhd, Percetakan Zafar Sdn.Bhd, Kuala Lumpur.Majlis Guru Bimbingan dan Kaunseling dengan Kerjasama Jabatan Pelajaran NegeriJohor, (2010), 10 Minit Bersama Guru Bimbingan dan Kaunseling, KementerianPelajaran Malaysia. Toh Kim Hock, Eow Boon Hin, Eau Yong Chew Youn, Dr. Mohd. Nazmi (2010), Guru Model Pelajar, EDU System Solution, Ipoh Perak, Ching Wah Printing Press Sdn.Bhd, Ipoh Perak.Unit Disiplin Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia (1994), PanduanBagi Mengatasi Masalah Ponteng di Sekolah, Percetakan Watan Sdn. Bhd.Lee Keok Cheong, Ee Ah Meng, Suppiah Nachiappan, Taquddin Abd Mukti (2014).Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak Edisi Kemas Kini, Oxford FajarSdn.Bhd, UG Press Sdn.Bhd. Selangor Darul Ehsan. Malek Muhamat Said (2007), Mengurus Khidmat Bimbingan & Kaunseling Sekolah, PTS Professional Sdn.Bhd, Percetakan Zafar Sdn.Bhd.Prof. Dr. Mohamed Hatta Shaharom, (2003), Psikologi & Kaunseling Remaja (PanduanRemaja Membimbing Diri Sendiri), Pts Publications & Distributors Sdn Bhd Pahang, Percetakan Zafar Sdn Bhd, Kuala Lumpur. Yew Kam Keong (1998), Anda Kreatif (Bebaskan Kreativiti Anda), Creative Dynamics, Selangor, Colorcom Grafik Sistem Sdn Bhd.Zuraidah Abdul Rahman (1999), Pengenalan Kaunseling Kelompok, IBS Buku Sdn Bhd, Selangor, Cetakrapi Sdn Bhd.

21 | Page