asei tokoh

23
GFPA1013 Latar belakang Tun Dr Mahathir bin Mohamad. Mathatdir bin Mohamad dilahirkan pada 20 Disember 1925 di lorong Kilang Ais, Seberang Perak,Alor Setar, Kedah. Ibunya adalah Wan Tempawan binti Wan Hanafi dan ayahnya pulak adalah Mohamad bin Iskandar. Beliau meupakan anak bongsu dari sembilan adik beradik. Dr Mahathir memulakan persekolahannya di Sekolah Melayu Laki-laki Seberang Perak, Kedah dalam tempoh 2 tahun sebelum menyambung di sekolah kerajaan beraliran inggeris di Alor Setar iaitu di Kolej Sultan Abdul Hamid. Encik Mohamad bin Iskandar adalah guru besar sebuah sekolah inggeris pada tahun 1908 dan merupakan anak melayu pertama menjadi guru besar. Beliau adalah seorang yang tegas dan menitikberatkan 209159 1

Upload: mubarak-ahmad

Post on 06-Sep-2015

51 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

asei

TRANSCRIPT

Latar belakang Tun Dr Mahatdir bin Mohamad

GFPA1013

Latar belakang Tun Dr Mahathir bin Mohamad.

Mathatdir bin Mohamad dilahirkan pada 20 Disember 1925 di lorong Kilang Ais, Seberang Perak,Alor Setar, Kedah. Ibunya adalah Wan Tempawan binti Wan Hanafi dan ayahnya pulak adalah Mohamad bin Iskandar. Beliau meupakan anak bongsu dari sembilan adik beradik.

Dr Mahathir memulakan persekolahannya di Sekolah Melayu Laki-laki Seberang Perak, Kedah dalam tempoh 2 tahun sebelum menyambung di sekolah kerajaan beraliran inggeris di Alor Setar iaitu di Kolej Sultan Abdul Hamid. Encik Mohamad bin Iskandar adalah guru besar sebuah sekolah inggeris pada tahun 1908 dan merupakan anak melayu pertama menjadi guru besar. Beliau adalah seorang yang tegas dan menitikberatkan pendidikan anak-anaknya. Sejak kecil lagi Tun Dr Mahatdir dikatakan sebagai seorang yang mempunyai arah tuju dan cara mencapai matlamatnya. Secara Semulajadi beliau seorang yang rajin dan mempunyai dedikasi yang tinggi untuk berjaya dalam apa jua bidang yang diceburinya.

Sewaktu perang dunia ke-2, Dr. Mahatdir menghabiskan masanya dengan berniaga cendol, diikuti dengan mebuka kedai kopi dan kemudiannya gerai buah- buahan di Pekan Rabu, Alor Setar. Selepas itu, beliau meneruskan pengajiannya di Kolej Perubatan King Edward VII, Universiti Malaya, Singapura. Dan telah dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan pembedahan (MBBS) pada tahun 1953. Selepas mendapat ijazah, beliau ditugaskan sebagai doktor pelatih di Hospital Besar Pulau Pinang, Malaysia. Selepas itu, beliau membuka klinik sendiri kerana ingin membantu rakyat yang tidak mempunyai wang ketika itu.

Pengalaman berniaga yang dilalui menyedarkan beliau betapa perlunya kemahiran berniaga untuk meninggikan taraf hidup kaum melayu. Inilah yang mendorong beliau menceburi bidang politik dan keusahawanan.

Kerjaya dan politik.

Pada tahun 1954, Dr. Mahathir berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Alor Setar, Jitra, Langkawi dan Perlis sehingga tahun 1957. beliau kemudian melangsungkan perkahwinan dengan Dr siti Hasmah Mohamad Ali pada 5 ogos 1958 dan dikurniakan tujuh cahaya mata iaitu empat lelaki dan tiga perempuan. Pada tahun 1957 beliau berhenti dari perkhidmatan kerajaan untuk membuka kliniknya sendiri, klinik yg diberi nama MAHA yang terletak di Jalan Tunku Ibrahim. Ketika itu beliau merupakan anak melayu pertama yang membuka klinik persendirian di Alor Setar.

Ketika zaman persekolahan lagi Tun Dr Mahathir menentang Malayan Union dengan lantangnya selepas itu beliau menubuhkan Kesatuan Melayu Kedah serta Kesatuan Pemuda Melayu Kedah. Pada tahun 1946, Dr. Mahathir salah seorang ahli UMNO yang awal dengan kemasukan Kesatuan Melayu Kedah ke dalam UMNO. Dengan penggunaan nama pena CHE DET beliau banyak menulis tentang kisah-kisah dan permasalahan yang melanda masyarakat melayu didalam akhbar-akhbar tempatan.Bakat kepimpinan mula terserlah semasa beliau menuntut lagi apabila dilantik menjadi presiden pertubuhan Islam Kolej Kedoktoran. Dalam perbahasan dan perdebatan beliau tidak segan silu untuk menyatakan pendapatnya yang sebenar.

Pada Pilihan Raya Ketiga dalam tahun1964, Dr Mahathir dipilih sebagaiAhli ParlimenKota Setar selepas menewaskan calonParti Islam Se-Malaysia(PAS) dengan majoriti sebanyak 60.2%. Beliau menjadi ahliMajlis Tertinggi UMNOpada tahun1965. Dalam Pilihan Raya 1969, beliau ditewaskan oleh calon PAS, Haji Yusoff Rawa, dengan cuma 989 undi sahaja, selepas beliau mengumumkan bahawa beliau tidak memerlukan undi-undi orang Cina untuk mencapai kerusinya.

Berikutanperistiwa 13 Mei 1969, Dr Mahathir dipecat daripada keahliannya dalam Majlis Tertinggi UMNO pada12 Julai, selepas pengedaran umum suratnya kepada Tunku Abdul Rahman. Dalam suratnya, beliau telah mengkritik cara pentadbiran Tunku. Pada26 September1969, Dr Mahathir juga dipecat keahliannya dalam UMNO.

Semasa di luar parti, Tun Dr Mahathir mengarang buku "Dilema Melayu" (The Malay Dilemma). Buku kontroversi itu, yang mendedah dan menganalisis perwatakan orang Melayu telah diharamkan pada tahun1970dan pengharamannya hanya ditarik balik selepas Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri 18 tahun kemudiannya.

ApabilaTun Abdul Razakmenjadi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir masuk semula ke dalam UMNO pada7 Mac1972dan dilantik sebagaisenatorpada tahun1973. Beliau bertanding diKubang Pasupada pilihan raya umum1974, yang mana beliau menang tanpa bertanding. Selepas pilihan raya, Dr Mahathir dilantik sebagai Menteri Pelajaran dalam kabinet Tun Abdul Razak. Beliau memenangi salah satu daripada tiga kerusi naib presiden UMNO pada tahun1975. Pada1976, Perdana Menteri Tun Abdul Razak meninggal dunia secara mengejut dan penggantinya DatukHussein Onnmelantik Dr Mahathir sebagai timbalannya, sambil masih mengekalkanportfoliopendidikanyang disandangnya. Tidak lama selepas itu Tun Dr Mahathir menjadi Menteri Perdagangan dan Perindustrian.

Pada pertengahan1981, Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Hussein Onn mengumumkan persaraannya dan menamakan Dr Mahathir sebagai penggantinya. Pada10 Julai,1981Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat, dan lapan hari selepas itu sebagai Menteri Pertahanan. Pada31 Oktober,2003, Dr Mahathir bersara dan menamakan timbalannya,Datuk Seri Abdullah Badawisebagai penggantinya.

Dr Mahathir mengisytiharkan keluar daripadaUMNOpada 19 Mei 2008 dalam satu ceramah diAlor Setar,Kedahkerana hilang keyakinan terhadap kepimpinanAbdullah Ahmad Badawi. Bagaimanapun dalamPerhimpunan Agung UMNO 2008pada Mac 2009, Dr Mahathir menghadiri hari terakhir perhimpunan itu sebagai jemputan. Dr Mahathir kembali menyertai UMNO .Nombor ahli 0000001 dikekalkan.

Keistimewaan Tun Dr Mahathir Mohamad

Tun Dr Mahathir bin Mohamad adalah seorang pemikir ataupun lebih tepat lagi adalah seorang yang revolusiner. Beliau ingin perubahan berlaku dalam minda dan fizikal rakyat. Dr. Mahathir inginkan nama Malaysia dikenali dalam pentas dunia. Beliau mahukan rakyatnya menepati masa dan bekerja keras. Perkara ini diilhamkan dalam 'Dasar Pandang Ke Timur'. Beliau membawa Malaysia lebih rapat dan menjadi rakan karib bagi dua negara Korea Selatan dan Jepun. Kedua dua negara ini dilihat telah menjadi peneraju dalam pelbagai sektor industri.

Tun Dr Mahathir bin Mohamad memperkenalkan konsep Persyarikatan Malaysia di mana Malaysia diandaikan sebagai sebuah syarikat dan rakyat adalah pekerja dan pemegang saham. Hal ini diadaptasi daripada Jepun yang telah memberi peranan yang lebih besar kepada sektor swasta untuk turut memacu negara ke arah kemajuan. Konsep ini telah meningkatkan lagi prestasi pekerjaan, pendapatan serta imej negara. Di antara langkah-langkah ke arah mencapai sistem ekonomi perindustrian ini adalah pembangunan sektor industri berat. Salah satu kejayaan industri ini ialah pengeluaran kereta nasional yang kini merupakan kereta yang paling laris di Malaysia (Kereta import dikenakan cukai 100%).

Tun Dr Mahathir bin Mohamad juga meningkatkan penyertaan bumiputera dalam pemilikan saham sektor perusahaan dan perdagangan dengan penubuhan Permodalan Nasional Berhad(PNB) dan Amanah Saham Nasional serta Amanah Saham Bumiputera. Setelah meneliti jangka masa tempoh perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru, Kerajaan Malaysia kepimpinan Dr. Mahathir marasakan amat sukar untuk mencapai sasaran 30% pemilikan saham bumiputera dalam ekonomi. Hal tersebut telah mendorong kerajaan menubuhkan pelbagai amanah saham dan menubuhkan syarikat-syarikat kerajaan (GLC) untuk menambahkan jumlah angka penglibatan Bumiputera dalam perniagaan.

WAWASAN YANG JELAS

Nama Dr. Mahathir Mohammad akan tercatat dalam lipatan sejarah Negara sebagai pemimpin dan negarawan ulung yang paling banyak berjasa dan berbakti kepada Malaysia dan rakyatnya,malah kepada sebahagian penduduk dunia. Tokoh yang amat disayangi dan disanjungi ini menerajui Malaysia sebagai Perdana Menteri Keempat setelah Tun Hussein Onn mengundur diri atas sebab-sebab kesihatan pada tahun 1981.

Sungguhpun Dr Mahathir merupakan pemimpin yang paling lama memegang jawatan Perdana Menteri dan Presiden UMNO dalam sejarah kepimpinan Negara berbanding para pemimpin sebelum beliau, namun tidak ramai yang merungut mengenainya. Malah, jika diberi pilihan sebahagian besar berharap beliau akan terus menerus berkhidmat sebagai pemimpin mereka.Dr.Mahathir telah membawa banyak perubahan yang positif kepada pembangunan, terlalu besar kemajuan dan tanpa henti-henti memajukan ekonomi rakyat dan Negara.Cita-citanya mendaulat dan mermartabatkan bangsanya di arena antarabangsa telah Berjaya. Natijahnya, tercetus budaya kerja yang terpuji dan gigih dalam usaha meningkatkan negara dari segi kemajuan ekonomi dan pembangunan Negara.

Dr. Mahathir, sebagaimana tiga Perdana Menteri sebelum beliau, juga Berjaya memenuhi tuntutan eranya. Jika Tunku Abdul Rahman Berjaya mengisi tuntutan untuk memerdekaan, Tun Abdul Razak Berjaya mengisi tuntutan untuk membangunkan Negara dan mengisi kemerdekaan dan Tun Hussein Onn berhasil memenuhi tuntutan kemajuan dan perpaduan , kejayaan yang dicapai oleh Dr Mahathir pula mencakupi kesemuanya. Dr Mahathir telah melakukan lebih daripada apa yang telah dilakukan oleh pemimpin sebelum beliau demi memartamatkan lagi bangsanya. Ini adalah sejajar dengan saranan yang sering beliau laungkan kepada rakyat iaitu jangan semata-mata menuntut agar diri mereka dihormati tetapi berusahalah memajukan diri dan Negara kerana dengan cara itu penghormatan terhadap mereka akan datang tanpa dipinta.

Dr Mahathir meneruskan tuntutan pembangunan negar dengan membina bangunan pencakar langit iaitu KLCC, memperkenalkan lebuh raya maklumat( information super highway), Koridor Raya Multimedia, Putrajaya dan banyak lagi. Selain itu, beliau juga mengadakan pelbagai pameran bertaraf antarabangsa untuk memperkenalkan M alaysia kepada dunia. Kemudian, beliau meneruskan usahanya dengan memajukan ekonomi Negara menerusi program persyarikatan Malaysia, penswastaan dan pelbagai usaha lagi bagi melahirkan lebih ramai jutawan di Negara ini termasuk usahawan melayu yang sudah sejak sekian lama jauh tertinggal di belakang bangsa lain. Apa yang penting ialah Dr Mahathir telah Berjaya menjadikan mereka usahawan atau ahli perniagaan yang mampu bersaing dengan orang lain di peringkat antarabangsa.

BERANI MENGKRITIK KUASA BESAR

Dr Mahathir bukan sahaja menggunakan kepintaran beliau bagi membangunkan Negara tetapi turut menggunakan forum-forum antarabangsa bagi menyampaikan buah fikiran dan gesaan dalam membela Negara-negara yang ditindas. Jasa beliau dalam membantu Negara-negara mundur dengan menggunakan kepakaran yang dimiliki oleh Malaysia telah mendapat sanjungan pelbagai pihak dan menjadikan Negara dihormati dan disanjungi tinggi oleh masyarakat antarabangsa.

Tiada siapa yang dapat menafikan bahawa Dr.Mahathirlah yang telah menjadikan Negara kita terkenal dan dikenali dunia berbanding sebelum ini. Tentu kita masih ingat suatu masa dulu di mana rakyat Malaysia menghadapi masalah untuk menerangkan kepada luar tentang Malaysia. Mereka terpaksa menerangkan antara lain, bahawa Malaysia adalah sebuah Negara yang terletak di selatan Thailand dan di utara Singapura untuk menjelaskan kepada orang luar tentang kedudukan Negara kita. Ini adalah kerana kedua-dua Negara itu lebih dikenali orang luar berbanding Malaysia.

Bagaimanpun, pendekatan yang diamalkan oleh Dr Mahathir dalam ucapan-ucapan beliau yang sering mengkritik dan menegur apa saja yang dirasakan tidak kena dan tidak adil di peringkat antarabangsa,krususnya terhadap Negara barat yang mengagungkan dirinya sebagai The Perfect Nation, telah mengubah sindrom sepi masyarakat dunia terhadap Malaysia. Dr Mahathir juga turut mencanai minda penduduk dunia ketiga sepertimana yang beliau lakukan terhadap rakyat Malaysia. Beliau berani dan mampu berbuat demikian kerana apa yang dilakukannya di neraga sendiri sudah terbukti dan membuahkan hasil. Sebagai pemimpin bertaraf dunia, beliau mahu Negara-negara miskin dan kurang maju berusaha dengan lebih gigih untuk memajukan diri masing-masing bagi menjadikan dunia ini lebih aman dan makmur.

Berdasarkan hakikat inilah Dr Mahathir menggunakan segala kepakaran yang dimilki oleh Malaysia untuk membantu memajukan Negara lain yang masih mundur. Beliau juga menjadi jurucakap bagi Negara mengkritik secara terbuka segala kepincangan dunia akibat tindakan kuasa-kuasa besar menjadikan beliau di sanjung tinggi dan digeruni bukan sahaja oleh Negara kecil malah oleh Negara maju dari timur dan barat. Pekara ini jarang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin lain. Walaupun Malaysia sebuah Negara kecil tetapi ia amat berani . Dr Mahathir telah Berjaya menebus maruah bangsa dan negaranya kerana berani mengajar bangsa yang pernah menjajahnya. Bukan itu saja, Dr Mahathir juga mengecam Perdana Menteri Australia ketika itu, Paul Keating yang secara biadap menganggap beliau keras kepala apabila Dr Mahathir enggan menghadiri siding kemuncak APEC di Seattle, Amerika Syarikat. Ini telah merenggangkan hubungan Malaysia-Australia, namun begitu Keating telah mengalah dan melawat Malysia untuk memperbaiki hubungan antara neraganya dan Malaysia.bagaimanapun, Dr Mahathir bukanlah pemimpin yang bersikap keras dengan tidak menetu. Jika kena caranya, beliau akan berlembut juga. Sebagai seorang yang bersikap pemaaf, beliau telah memulihkan hubungan di antara negara-negara kembali pulih.

KEPRIHATINAN DAN KECINTAAN TERHADAP ISLAM.

Dalam perjuangan menegakkan Islam pula, nama Dr Mahathir memang tidak asing dan disanjung tinggi bukan sahaja dikalangan negara-negara Islam, malah dikalangan individu dan pertubuhan yang memperjuangkan Islam seluruh dunia. Beliau dikenali sebagai tokoh yang lantang menyuarakan ketidakadilan termasuk persepsi salah yang dilemparkan oleh barat terhadap Islam.Dr Mahathir juga kerap kali diminta oleh Presiden Palestin, Yasser Arafat supaya menyuarakan nasib buruk yang menimpa rakyat Palestin akibat keganasan dan kebiadaban rejim Yahudi.

Kesungguhan dan komitmen Dr Mahathir serta rakyat dan kerajaan Malaysia dalam membantu rakyat Palestin yang ditindas dan ditekan dengan pelbagai cara oleh Israel amat dihargai oleh rakyat Palestin.sebagai pemimpin Islam yang komited terhadap agamanya, Dr Mahathir banyak menyuarakan pandangan tentang ketidakadilan ini di pelbagai forum antarabangsa. Ini termasuklah melalui syarahan khas beliau bertajuk Islam Agama Yang Disalah Fahami , kepada kumpulan cendekiawan Islam dan barat di Oxfort, England atas jemputan Pusat Pengajian Islam Oxfort, sebuah institusi akademik yang bersekutu dengan Universiti Oxfort semasa beliau singgah di sana dalam perjalanan ke Bosnia Herzegovina.

Dr Mahathir mempunyai keazaman yang tinggi untuk mempertingkatkan pencapaian Malaysia dalam aspek pembangunan , baik fizikal mahupun spiritual. Keazaman ini bukan digambarkan melalui teori yang penuh retorik semata-mata tetapu melalui tindakan yang sudah menampakan hasil buat Malaysia dan negara-negara Islam.Ketika Malaysia sudah memesatkan pembangunannya, Negara-negara Islam lain yang masih mundur akibat kepimpinan politik yang tidak stabil. Ini menyebabkan ekonomi mereka menjadi semakin tenat dan gawat. Beliau membantu negara-negara ini dengan mengingatkan mereka tentang pentingnya bagi mereka menjadikan pembangunan ekonomi sebagai salah satu asas penting untuk membina keutuhan dan kekuatan ekonomi. Keutuhan ekonomi mampu menjadi benteng bagi Negara Islam untuk mempertahankan diri daripada acaman luar baik yang bercorak ideologi, ekonomi mahupun politik.

KontroversiKrisis perlembagaanPada tahun 1983 dan 1991, Mahathir berdepan dengan pihak Raja dan Sultan dengan membuang kuasa veto Raja dan imuniti mereka dari dihukum. Sebelum pindaan ini, setiap Bil yang akan menjadi undang-undang dikehendaki mendapat persetujuan Agung. Dengan pindaan tersebut, bil yang diluluskan oleh Parlimen akan menjadi undang-undang selepas 30 hari tanpa mendapat persetujuan Agung. Bagaimanapun, perkara ini hanya untuk undang-undang sekular dan Sultan masih berkuasa dalam undang-undang Islam yang berada di bawah bidang kuasa mereka.

Pada tahun 1988, apabila UMNO diisytiharkan haram oleh Mahkamah Agung, Mahathir dipercayamerencanakan pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas dan tiga orang lagi hakim Mahkamah Agung yang cuba untuk menghalang kes tersebut. Siri insiden 1988 ini dilihat sebagai titik hitam sejarah perundangan negara Malaysia yang sepatutnya bebas dari campur tangan pihak eksekutif.Mahathir selaku ketua badan eksekutif telah mencampuri urusan badan kehakiman ketika itu.

Pemecatan Anwar IbrahimPada tahun 1998, kerajaan di bawah pimpinan Mahathir mendakwa Dato' Seri Anwar Ibrahim atas kesalahan salah laku seksual dan penyalahgunaan kuasa. Anwar pada masa itu adalahTimbalan Perdana MenteridanMenteri Kewangan. Anwar mendakwa bahawa beliau dizalimi kerana beliau membawa isu korupsi dan nepotisme dan Mahathir serta orang-orangnya adalah sasaran bagi tuduhan tersebut. Penyokong Mahathir pula percaya bahawa Anwar sebenarnya korupsi dan nepotisme dan cuba untuk menggantikan Mahathir sebagai Perdana Menteri selepas melihat kejatuhanPresiden SuhartodiIndonesiaatas isu yang sama.

Krisis Anwar membawa kepada protes besar-besaran yang dikenali sebagai "Gerakan Reformasi" dan tertubuhnyaParti Keadilan Nasional(PKR) dalamPilihan Raya Umum Malaysia 1999. Namun begitu, PKR hanya memenangi lima kerusi Parlimen pada pilihan raya tersebut dan hampir pupus padaPilihan Raya Umum Malaysia 2004apabila hanya memenangi satu kerusi Parlimen diPermatang Pauhyang dimenangi oleh isteri Anwar,Dr Wan Azizah. Parti tersebut walaubagaimanapun berjaya mendapat kemenangan besar dalamPilihan Raya Umum Malaysia 2008dengan memenangi 31 kerusi Parlimen, jumlah terbesar antara semua parti-parti pembangkang di Malaysia.

Keluar UMNOPada19 Mei2008, Dr Mahathir mengisytiharkan keluar dari parti UMNO. Beliau bertindak demikian kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan UMNO sekarang yang gagal membela nasib orang Melayu di negara ini. Dr Mahathir mendakwa UMNO kini hanyalah dijadikan parti untuk mengiktiraf Abdullah sebagai Presiden UMNO dan mengutamakan kepentingan keluarganya (menantunya Khairy adalah Naib Ketua Pemuda UMNO) sehingga membelakangkan negara. Pengumuman keluar UMNO ini dibuat ketika beliau berucap di hadapan 1,000 orang di Alor Star, Kedah.

Pemerhati politik berpendapat tindakan keluar UMNO berkait rapat dengan cubaan gagal Dr Mahathir untuk mendesak Abdullah turun dari jawatan sebagai presiden UMNO. Dr Mahathir dilaporkan mengadakan perjumpaan denganDato' Seri Najib Tun Razak, Timbalan Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri pada 18 Mei 2008. Perjumpaan itu berkemungkinan tidak berhasil memujuk Najib menentang Abdullah menyebabkan Mahathir tidak mempunyai pilihan lain selain keluar dari UMNO.

Mengulas pengumuman Mahathir keluar dari UMNO, bekas timbalan perdana menteri,Tun Musa Hitamberkata 'duri dalam daging sudahpun terkeluar' dan pucuk pimpinan UMNO pula harus menerima realiti bahawa UMNO tidak sekuat dahulu dan konsep 'Mahathirisme' sudah berlalu.

Sehari selepas perlantikan secara rasmi Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam, Dr. Mahathir bersama-sama isterinya,Dr. Siti Hasmah dan anak mereka, Datuk Mokhzani telah menyerahkan borang untuk menjadi ahli UMNO semula. Upacara tersebut berlangsung di kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya. Bertitik tolak kemasukan inilah UMNO menjadi kuat semula dan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan negara yang diterajui UMNO semakin dipulihkan.

Untuk rekod, bekas presiden-presiden UMNO terdahulu meninggal dunia selepas melepaskan jawatan presiden di dalam parti UMNO kecualiTun Abdul Razak, yang meninggal ketika masih menjawat jawatan tersebut..Dato' Onn Jaafarkeluar dari UMNO apabila cadangan beliau untuk menjadikan UMNO parti berbilang bangsa tidak dipersetujui.Tunku Abdul RahmandanTun Hussein Onnpula meninggal dunia selepas melepaskan jawatan di dalam parti UMNO kerana berselisih pendapat dengan Dr Mahathir yang menjadi Perdana Menteri selama lebih 22 tahun.

SUMBANGANNYA DIIKTIRAF DUNIA.

Antara faktor yang menjadikan Dr Mahathir seorang tokoh yang popular di peringkat antarabangsa ialah kepetahan beliau berpidato di forum antarabangsa, kelantangannya mengkritik ketidakadilan yang menjadi amalan Negara maju dalam bidang politik dan ekonomi serta kebernasan buah fikiran yang beliau kemukakan dalam mencari penyelesaian terhadap sesuatu isu antarabangsa.beliau dikenali sebagai pejuang dunia Islam kerana kesungguhannya membela nasib rakyat Islam Bosnia. Kesungguhan kerajaan dan rakyat Negara membantu meringankan penderitaan rakyat Islam Bosnia menjadikan Malaysia disanjung tinggi oleh masyarakat Islam seluruh dunia. Beliau telah dianugerah sebagai The Dragon of Bosnia kerana jasanya membantu rakyat dan Negara Bosnia. Selepas itu, beliau dianugerah oleh kerajaan Arab Saudi sebagai anugerah Antarabangsa King Faisal bagi mengenangkan jasa beliau dalam menegakkan kedaulatan Islam. Kerajaan juga telah menganugerahkan Dr Mahathir dengan Anugerah Jawaharlal Nehru bagi Kefahaman Antarabangsa pada 1996.Pelbagai lagi anugerah yang perolehi olehnya semasa beliau berjuang bagi menjadikan Malaysia satu nama besar di mata dunia

Walaupun pelbagai Negara mengiktiraf perjuangan dan sumbangan beliau, namun beliau tetap merendah diri dan mengangap semua anugerah yang diberikan kepadanya lebih merupakan penghormatan kepada Negara dan seluruh rakyat Malaysia. Anugerah dan pujian yang diberikan kepada beliau tidak menjadikannya seorang yang sombong dan membesarkan diri. Sebaliknya ianya membuat beliau terus bersemangat untuk memikirkan cara demi kebaikan bersama.PENCAPAIAN TUN DR MAHATHIR DALAM ARENA POLITIK DAN ANTARABANGSA

1945: Mengambil bahagian dalam penentanganMalayan Union.

1946: Menjadi ahli UMNO semasa ia ditubuhkan.

1953: Mendapat ijazah perubatan dariKolej Perubatan King Edward(yang kemudiannya dikenali sebagai Universiti Malaya) di Singapura;

1954: Berkhidmat sebagai pegawai perubatan diHospital Alor Star, Hospital Langkawi, Hospital Jitra dan Hospital Perlis.

1957: Berhenti dari perkhidmatan kerajaan untuk membuka kliniknya sendiri, MAHA Klinik di Alor Setar.

1964: Dipilih sebagai Ahli Parlimen Kota Setar atas tiketParti Perikatanselepas beliau menewaskan calon PAS, Mohd Shaari Haji Abdul Shukur, dengan majoriti 4,210 undi; Dr Mahathir mendapat 12,406 undi, sementara Mohd Shaari mendapat 8196 undi.

1965: Menjadi ahliMajlis Tertinggi UMNO.

1968: Dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pelajaran Tinggi.

1969: Ditewaskan oleh calon Pas, HajiYusoff Rawadalam Pilihanraya pada 10 Mei, dengan 989 undi di kawasan Kotar Setar; beliau dikatakan kalah kerana kehilangan "undi Cina" apabila beliau mengumumkan bahawa beliau tidak perlu undi Cina untuk memenangi dalam pilihanraya;

Dipecat jawatan daripada Majlis Tertinggi UMNO pada12 Julai, berikutan pengedaran suratnya kepadaTunku Abdul Rahman;

Diberhentikan keahliannya dalam UMNO pada26 September.

1970: Mengeluarkan buku dalambahasa Inggerisyang bertajuk "Dilema Melayu" (The Malay Dilemma); buku ini diharamkan dengan serentak.

1972: Diterima kembali menjadi ahli UMNO pada7 Mac;

Dilantik menjadi PengerusiLembaga Perindustrian Makanan Malaysia(FIMA).

1973: Dilantik sebagai senator.

1974: Dilantik sebagai Pengerusi Majlis Universiti Nasional;

Melepaskan jawatan sebagai senator untuk bertanding di Pilihanraya 1974, yang mana beliau menang tanpa bertanding;

Dilantik sebagai Menteri Pelajaran pada5 September.

1975: Menjadi salah satu daripada tiga naib presidenUMNO, selepas memenangi dengan majoriti sebanyak 47 undi.

1976: Menjadi Timbalan Presiden UMNO pada 5 Mac.

1978: Dilantik sebagaiTimbalan Perdana Menteri Malaysiaoleh TunHussein Onnpada15 September;

Melepaskan jawatan sebagai Menteri Pelajaran untuk menjadiMenteri Perdagangan dan Perindustrian Malaysia(1 Jun1978 - Julai 1981);

1981: MenjadiPresiden UMNOpada26 Jun, danPerdana Menteri Malaysiake-empat pada10 Julai, berikutan perletakan jawatan Tun Hussein Onn atas sebab-sebab kesihatan;

Menjadi Menteri Pertahanan (18 Julai, 1981 -6 Mei, 1986) disamping memegang jawatan Perdana Menteri;

Melancarkan slogan-slogan "Bersih, Cekap dan Amanah", "Kepimpinan Melalui Teladan", the "Dasar Pandang ke Timur", "Pemupukan Nilai-nilai Islam", dan polisipemulauanbarangUK("Buy British Last");

Mencepatkan masa sebanyak setengah jam diSemenanjung Malaysiauntuk menyeleraskannya denganMalaysia Timur;

Meminta maaf daripada Tunku Abdul Rahman secara umum;

Menarik balik pengharaman bukuDilema Melayu(The Malay Dilemma)

Merancangkan serangan subuh dengan pengambilan kembaliGuthrie CorporationolehPerbadanan Nasional Berhad(PNB) diBursa Saham Londonpada7 September, supaya memulangkan hakmilik lebih kurang 200,000ekartanahpertaniankepada rakyat Malaysia.

1983: Mengemaskinikan kuasaYang di-Pertuan AgongdanSultan-sultan, supayarang undang-undangyang diputuskan oleh Parlimen atauDewan Undangan Negeridapat menjadiakta, selepas penerimaan pendapat Yang Di-Pertuan Agung ataupun Sultan-sultan negeri masing-masing;

MenubuhkanPROTON, sebuah projek kereta nasional.

1986: DatukMusa Hitammeletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri pada27 Februari;

Ghafar Babadilantik sebagaiTimbalan Perdana Menteri Malaysia;

Menjadi Menteri Dalam Negeri pada7 Meidi samping memegang jawatan Perdana Menteri;

Suatu pertikaian tertimbul dengan negeriSingapuratentang lawatan rasmiChaim Herzog, Presiden negaraIsrael.

1987: Menewaskan cabaranTengku Razaleigh Hamzahuntuk jawatan Presiden UMNO dengan majoriti yang nipis sekali pada24 April;

Menjadi Menteri Kehakiman di samping memegang jawatan Menteri Dalam Negeri dan Perdana Menteri Malaysia.

1988: Memecat empathakimMahkamah Tertinggi, termasuk TunSalleh Abaskerana menghalangperbicaraantentangsalah laku tata tertibsemasa kehadapan UMNO akan diputuskan oleh Mahkamah Tertinggi (pada masa itu, UMNO telah diharamkan oleh Makhamah Tinggi);

1990: Menjadi Menteri Hal-Ehwal Dalam Negeri (Oktober 1990 - Januari 1999) di samping memegang jawatan Perdana Menteri.

1993: Melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri;

Mengehadkan pengecualian Sultan-sultan daripadapendakwaan, selepas peristiwaDouglas Gomez;

Perhubungan di antara Dr. Mahathir dan pemimpin-pemimpinAustraliamerosot apabilaPaul Keatingmewajahkan Dr. Mahathir sebagai seorang yang degil ("recalcitrant") kerana enggan menghadiriPersidangan APEC.

1997: Menetapkan nilaimata wangMalaysia pada1 Septembersupaya mengatasiKrisis Kewangan Asia 1997.

1998: Memecat Datuk SeriAnwar Ibrahimdari semua jawatan dalam kerajaan dan dalam UMNO pada2 September;

Mendakwa Anwar Ibrahim atas kesalahanliwatdan penyalahgunaan kuasanya; Anwar dihadapkan kemahkamahpada2 November;

Pergaulan denganAmerika Syarikatmenjadi buruk apabilaAl Gore, Naib Presiden Amerika Syarikat, merendahkan nama baik negara Malaysia di PersidanganAPECyang pada masa itu dianjurkan oleh Malaysia.

MelantikDatuk Seri Abdullah Ahmad Badawisebagai Timbalan Perdana Menteri;

Pembukaan rasmiLapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA) diSepang, yang menelan kos sebanyak RM13bilion;

Penghabisan pembinaanMenara Berkembar Petronasyang mempunyai 88 tingkat, iaitumenara berkembaryang tertinggi di dunia;

Dipilih sebagai "Asia's Newsmaker of 1998" olehMajalah TIME.

1999: Menjadi Menteri Kewangan Pertama pada8 Januari, di samping memegang jawatan Perdana Menteri ketika Malaysia masih mengalami Krisis Ekonomi 1997;

Pembukaan rasmiCyberjaya, sebuah bandar yang baru yang memainkan peranan yang penting dalamKoridor Raya MultimediaMalaysia.

2001: Menjadi Menteri Kewangan dan Menteri Tugas-tugas Khas (5 Jun 2001) disamping memegang jawatan Perdana Menteri.

2002: Mengumumkan penggunaan bahasa Inggeris untuk mengajarkan mata pelajaranMatematikdanSains, mulai tahun 2003;

Mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri dalamPerhimpunan Agung UMNO, tetapi telah dirayu untuk membuat penangguhan selama 18 bulan.

2003: Bersara sebagai Perdana Menteri Malaysia pada31 Oktober,2003dan menamakan timbalannya,Datuk Seri Abdullah Badawi, sebagai pengganti; beliau memegang jawatan Perdana Menteri selama 22 tahun, dan terjadi salah satu daripada pemimpin-pemimpin negaraAsiayang paling lama perkhidmatannya;

Dianugerahkan sebagaiTun, pangkat kehormatan yang tertinggi di Malaysia.

2008: Dianugerahkan Seri Utama Mahkota Wilayah (S.U.M.W.) membawa gelaran "Datuk Seri Utama".

RujukanMahathir dan Abdullah akan hadir perasmian Perhimpunan Agung UmnoDr. Mahathir masuk semula ke ICU, Utusan Online.

Tun Dr Mahathir Umum Keluar Umno Berkuatkuasa Serta Merta, Bernama. Dicapai 19 Mei 2007

[1], Malaysian Insider, 19 Mei 2008

Musa: 'Duri dalam daging sudahpun terkeluar', Malaysiakini, 19 Mei 2008

Nur Jazlan,The Umno curse strikes, again, Malaysian Insider, 19 Mei 2008

http://dr-chedet.blogspot.com/, Blog lama.

[http://thestar.com.my/news/list.asp?file=/2003/1/20/nation/honourlist&sec=nation" Sultan of Kedah's Honours ListHonours List for the Year 2003", The Star Online. 20 Januari 2003.]

Mahathir pencetus tamadun insaniah,juz art, 2003.

(Melayu)Blog Mahathir - Che Det(Melayu)Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir(Melayu)http://www.tunmahathir.com

(Melayu)Ensiklopedia Malaysia: Mahathir bin Mohamad2091591