tokoh-tokoh islam
DESCRIPTION
titaaTRANSCRIPT
TOKOH-TOKOH TAMADUN DUNIA SERTA PERANAN DAN SUMBANGAN
MEREKA TERHADAP PERKEMBANGAN ILMU PENGETAHUAN DI ZAMAN
MODEN.
TOKOH TAMADUN ISLAM
Islam mempunyai kaitan yang rapat terhadap perkembangan tamadun manusia
termasuklah di Malaysia. Perkataan Islam itu sendiri berasal daripada perkataan Arab
iaitu salima yang bererti selamat, sentosa atau mempunyai kedamaian. Dari perkataan
salima ini lahirnya perkataan aslama yang bermaksud terpelihara dalam keadaan
selamat dan sentosa. Ia juga bererti menyerah diri, tunduk patuh dan taat.
Sifat-sifat tamadun Islam ialah kesejagatan, keterbukaan, sepanjang zaman,
toleransi terhadap agama dan budaya yang lain, kesatuan dalam kepelbagaian serta
keseimbangan antara rohani dan jasmani. Oleh itu, tokoh tamadun Islam menunjukkan
sikap yang baik supaya dapat dicontohi oleh umat-umat Islam yang lain.
Sejarah tamadun dunia telah mencatatkan bagaimana dalam abad yang kelapan
hingga abad ke enam belas, selama hampir lapan ratus tahun telah lahir ramai tokoh-
tokoh cendikiawan islam dalam pelbagai bidang. Istimewanya tokoh-tokoh ini bukan
sahaja bijaksana dan terkenal dalam satu bidang tertentu sahaja seperti perubatan,
astronomi, matematik, falsafah, pendidikan dan sebagainya malah mereka juga
sebenarnya telah diiktiraf sebagai tokoh-tokoh terkemuka dalam pelbagai bidang sains,
fizik, astronomi, teknologi, perubatan serta agama.
1
IBN KHALDUN
Merupakan seorang tokoh falsafah, sejarah dan sosiologi yang amat terkenal dalam
sejarah dunia Islam. Pemikiran dan karya beliau amat penting bagi membantu kita
memahami tamadun sendiri. Oleh demikian, kami telah memilih seorang tokoh tamadun
Islam yang sangat terkenal iaitu Ibn Khaldun untuk diperkenalkan dalam tugasan kami.
Ibn Khaldun atau nama sebenarnya Abdurahman bin Muhammad bin
Muhammad bin Muhammad bin Al-Hassan bin Jabir bin Muhammad bin Ibrahim bin
Abdurahman bin Ibn Khaldun. Tokoh ini dilahirkan di Tunis, Tunisia pada 1 Ramadan
732H bersamaan dengan 1331M, dan meninggal dunia pada 808H, 1406M.
Keluarganya berasal daripada keturunan Arab Hadramaut yang pernah menetap di
Serville, Italy, dan Sepanyol. Akhirnya berpindah dan menetap di Afrika Utara semasa
pemerintahan Hafs Abu Zakariyya, pemerintah Tunis pada waktu itu. Seperti yang
dinyatakan, Ibn Khaldun mendapat pendidikan dalam pelbagai ilmu Islam seperti al-
Quran, al'Hadith, perundangan Islam, kesusasteraan, falsafah, bahasa, dan mantik.
Pendidikan awal beliau berbentuk tradisional yang merangkumi mata pelajaran
seperti Qur’an, Hadith, Tatabahasa, Retorik dan Puisi. Beliau meneruskan pelajaran
sehingga berusia 19 tahun apabila dunia di landa The Great Plaque bermula dari
Samarkand sehingga Maritania. Dilaporkan bahawa bencana alam tersebut merupakan
2
satu titik tolak yang amat penting dalam kehidupan Ibn Khaldun. Seterusnya, tokoh ini
menceburi diri dalam dunia politik.
Antara gurunya ialah Muhammad Ibrahim al-Abili, Abu Abd Allah al-Jayyani, Abd
Allah Muhammad bin Abd al-Salam. Ibn Khaldun pernah dilantik menjadi Ahli
Persuratan di Istana Fas, Hajib yang menyamai taraf Perdana Menteri di Bougie,
bertugas menjadi seorang kadi dan khatib. Sewaktu di Mesir, beliau telah dilantik
memegang jawatan penting dalam Istana, iaitu menjadi Hakim Mahkamah Raja.
Kebijaksanaan yang telah ditonjolkan oleh Ibn Khaldun telah mendorong Sultan Burquq
iaitu Sultan Mesir ketika itu memberi gelaran Waliyuddin kepada dirinya. Ibn Khaldun
merupakan seorang tokoh sarjana muda Islam yang terkenal dalam bidang sejarah dan
sosiologi, selain daripada menjadi tokoh agama dan politik yang terkenal pada kurun
ke-8 Hijrah iaitu bersamaan dengan kurun ke-14 Masihi.
Ibn Khaldun berfokus kepada ilmu mystic dan teologi. Sebenarnya, sumbangan
utama Ibn Khaldun adalah dalam bidang falsafah sejarah dan sosiologi (Umraniyat). Ibn
Khaldun berusaha menulis mengenai sejarah dunia dimana naskah pertama tokoh ini
mengandungi analisis peristiwa-peristiwa sejarah. Naskah tersebut yang dikenali
sebagai al-Muqaddimah atau Prolegomena mengenalpasti unsur-unsur psikologi,
ekonomi, persekitaran dan sosial yang menyumbang kepada tamadun dunia pada hari
ini. Disamping itu, Ibn Khaldun juga menganalisis tentang dinamika hubungan kelompok
serta menunjukkan kepentingan al-‘Asabiyya iaitu perasaan kekitaan bagi mewujudkan
tamadun baru serta meningkatkan kuasa politik dalam kalangan masyarakat. Antara
hasil karya Ibn Khaldun dalam bidang sejarah adalah Universal History dan Sejarah
Maghrib manakala hasil karyanya untuk agama pula ialah Lubab al-Mahsul (Summary
of the Result) dan Shifa’ as-Sail (Healing of the Inquirer).
Ibn Khaldun menjadi cendekiawan yang agung sehingga disanjung oleh negara
barat kerana buah fikirannya. Sebenarnya, sumbangan pemikiran Ibn Khaldun dalam
ekonomi banyak dimuatkan dalam hasil karya agungnya, iaitu al-Muqaddimah. Antara
teori ekonomi yang terdapat dalam karyanya masih lagi relevan dengan masalah
ekonomi semasa. Ibn Khaldun telah membincangkan beberapa prinsip dan falsafah
3
ekonomi seperti keadilan; al-adil, bekerja keras; hardworking, kerjasama; cooperation,
kesederhanaan; moderation, dan fairness. Berhubung dengan keadilan; justice, Ibn
Khaldun telah menekankan bahawa keadilan merupakan tulang belakang dan asas
kekuatan sesebuah ekonomi. Apabila keadilan tidak dapat dilaksanakan atau dijalankan
dengan betul dan bersistematik, maka sesebuah negara itu akan hancur dan musnah
dalam sekelip mata.
Menurut B. Lewis, Muqaddimah karya Ibn Khaldun merupakan sebuah
ensiklopedia sintesis metodologi sains kebudayaan yang sangat penting dan boleh
membantu ahli-ahli sejarah untuk menghasilkan kajian-kajian yang tepat dan ilmiah. Ibn
Khaldun membahagikan karyanya ini kepada enam bab iaitu bab pertama, mengenai
risalah umum tentang masyarakat manusia. Bab kedua, mengenai masyarakat Badwi
atau masyarakat yang dianggap primitif. Bab ketiga, mengenai pemerintahan khalifah-
khalifah dan raja-raja. Bab keempat, mengenai masyarakat bandar atau masyarakat
yang dianggap sudah maju. Bab kelima, mengenai pekerjaan dan kehidupan manusia
seharian serta hal-hal yang berkaitan dengan ekonomi secara umum. Dan bab keenam,
mengenai ilmu pengetahuan dan pendidikan. Setiap bab dalam karya ini didahului
dengan bahagian pendahuluan dan diikuti oleh tajuk-tajuk kecil yang dipanggil fasal.
Menurut Ibn Khaldun, ketidakadilan tidak sahaja difahami sebagai merampas
wang atau harta orang lain tanpa sebarang sebab yang diharuskan. Malah, mengambil
harta orang lain atau menggunakan tenaganya secara paksa atau membuat dakwaan
palsu terhadap orang lain. Begitu juga, kalau meminta seseorang melakukan sesuatu
yang berlawanan dengan Islam. Ibn Khaldun mengkategorikan perampas harta orang
lain secara tidak sah hingga memberi kesan kepada kehidupan isteri dan keluarga
sebagai paling tidak adil. Menurut Ibn Khaldun lagi, seseorang yang membeli harta
seseorang dengan harga yang paling murah termasuk dalam kategori memiliki harta
cara yang tidak betul. Ketidakadilan seumpamanya seperti di atas membawa kepada
kejatuhan sesebuah negara dan keruntuhan sesebuah tamadun dengan segera.
Menurut Ibn Khaldun, atas sebab-sebab tersebutlah semua bentuk ketidakadilan
dilarang oleh Islam.
4
Ibn Khaldun telah membahagikan teorinya kepada empat bahagian iaitu manusia
dan ekonomi, teori pengeluaran, teori nilai, wang dan harta, serta teori pengagihan.
Teorinya ini telah diguna pakai oleh sejarahwan yang lain dalam menjalankan kajian
mereka yang berhubung kait dengan kehidupan manusia.
Manusia dan Ekonomi
Berdasarkan analisis yang dibuat secara mendalam, didapati kesemua teori
ekonomi dan idea Ibn Khaldun tentang manusia berdasarkan kepada prinsip-prinsip
dan falsafah agama Islam. Ibn Khaldun tidak melihat fungsi utama manusia dalam
aktiviti perekonomiannya seumpama haiwan ekonomi; economic animal. Sebaliknya
tokoh ini menganggap manusia itu sebagai manusia Islam; Islamic man/homo Islamicus
yang memerlukan pengetahuan ekonomi untuk memenuhi misinya di atas muka bumi
ini. Dalam hal ini, Ibn Khaldun menekankan bahawa perlunya manusia itu menjauhi
perbuatan yang jahat dan tidak disukai oleh Allah. Sebaliknya manusia wajib mengikuti
ajaran Islam sebagai model untuk memperbaiki dirinya dan mesti memberikan
keutamaan kepada kehidupan di akhirat kelak.
Teori Pengeluaran
Ibn Khaldun mengemukakan satu teori baru bahawa kehidupan perekonomian
sentiasa menghala ke arah pelaksanaan keseimbangan antara penawaran dengan
permintaan. Menurut tokoh ini, pengeluaran yang berasaskan kepada faktor buruh dan
kerjasama masyarakat sekelilingnya. Bahkan, Ibn Khaldun menganggap buruh
merupakan faktor terpenting dalam proses pengeluaran walaupun faktor-faktor lain
seperti tanah tersedia, tenaga buruh perlu untuk menghasilkan matlamat akhir. Ini
kerana, tanpa tenaga buruh nescaya masyarakat yang lain tidak akan memperolehi
kemajuan dari segi pembangunan. Selain itu, tokoh ini berpendapat bahawa kenaikan
yang tetap pada paras harga amat perlu untuk mengekalkan tahap produktiviti. Dalam
hal ini, Ibn Khaldun menyarankan agar masyarakat melakukan perancangan supaya
setiap bidang pekerjaan dilakukan oleh orang yang mahir dan cekap.
5
Walau bagaimanapun, pertumbuhan ekonomi; economic growth dan
pembahagian tenaga buruh bergantung rapat dengan pasaran. Di sini, dapatlah
dinyatakan bahawa teori pembahagian tenaga buruh, pengkhususan tenaga buruh, dan
pertukaran yang dikemukakan oleh Ibn Khaldun 100 tahun lebih awal daripada Adam
Smith.
Teori Nilai, Wang dan Harga
Ibn Khaldun tidak secara jelas membezakan antara teori nilai digunakan; use
value dengan nilai pertukaran; exchange value. Tetapi beliau dengan tegas berhujah
bahawa nilai sesuatu barangan bergantung kepada nilai buruh yang terlibat dalam
proses pengeluaran. Menurut Ibn Khaldun, "Semua usaha manusia dan semua tenaga
buruh perlu digunakan untuk mendapatkan modal dan keuntungan. Tidak ada jalan lain
bagi manusia untuk mendapatkan keuntungan melainkan melalui penggunaan buruh,”
Teori Pengagihan
Menurut Ibn Khaldun harga barangan terdiri daripada tiga elemen utama iaitu
gaji atau upah, keuntungan, dan cukai. Ketiga-tiga elemen ini merupakan pulangan
kepada masyarakat. Oleh sebab itu, beliau membahagikan ekonomi kepada tiga sektor
iaitu sektor pengeluaran, pertukaran, dan perkhidmatan awam.
Menurut Ibn Khaldun, nilai atau harga sesuatu barangan sama dengan kuantiti
buruh yang terlibat dalam pengeluaran barangan berkenaan. Harga buruh merupakan
asas kepada penentuan harga sesuatu barangan dan harga buruh itu sendiri ditentukan
oleh mekanisme permintaan dan penawaran dalam pasaran. Manakala keuntungan
terhasil daripada perbezaan yang diperoleh oleh peniaga antara harga jualan dengan
harga belian.
Ibn Khaldun merupakan seorang tokoh yang banyak meyumbang dalam
ketamadunan masyarakat Islam. Tokoh ini berusaha untuk meningkatkan tahap
pencapaian umat Islam melalui mengadakan beberapa teori yang saling berkaitan
dengan kehidupan masyarakat Islam.
6
Kesimpulannya, sumbangan yang diberikan oleh Ibn Khaldun kepada
masyarakat zaman sekarang adalah sangat bernilai kerana ianya membantu dalam
meningkatkan taraf hidup sesebuah masyarakat selain tokoh ini member kesedaran
kepada kita untuk lebih memahami tamadun sendiri dan berusaha untuk meningkatkan
taraf hidup tamadun masing-masing supaya tidak ditindas lagi.
7
AL – FARABI (870-950 Masihi)
Nama sebenarnya ialah Abu Nasia Muhamman bin Muhammad bin Barkan.
Beliau dilahirkan di Wasij iaitu di wilayah Transosiana di Negara Turkestan. Beliau
dikatakan lahir pada tahun 257 H bersamaan 870 Masihi pada zaman pemerintahan
kerajaan Samaniah. Al-Farabi dikatakan berketurunan Turki, bapanya berketurunan
Persia manakala ibunya pula berketurunan Turki. Pada zaman pemerintahan kerajaan
Samaniyah, bapa Al-Farabi bekerja sebagai seorang pegawai tentera kerajaan. Al-
Farabi dikatakan mendapat pendidikan awal dari guru-guru persendirian, sama ada
beliau pergi belajar di rumah guru berkenaan ataupun beliau belajar secara formal di
masjid-masjid yang terdapat di Wasij. Seterusnya beliau dikatakan dibesarkan semasa
pemerintahan Nasir Ibnu Ahmad. Al-Farabi tidak seperti beberapa tokoh atau sarjana
muslim yang lain, ini kerana beliau tidak menulis mengenai riwayat hidupnya sendiri
berbanding dengan tokoh yang lain yang membuat biografi tentang kehidupan mereka.
Keduanya Al-Farabi dikatakan memiliki atau mempunyai daya akal yang tinggi sejak
dari kecil lagi, ini kerana dalam usia muda lagi beliau telah belajar dan mampu belajar
berbagai-bagai ilmu. Al-Farabi juga dikatakan mahir menguasai beberapa bahasa
8
asing, antaranya ialah bahasa Syria, Arab, Greek dan beberapa bahasa lagi.
Sebagaimana yang telah kita ketahui bahawa Al-Farabi berasal dari wasij dan keluarga
berketurunan Turki, penguasaan ini tidak akan dicapai tanpa keinginan yang tinggi. Al-
Farabi juga menguasai pelbagai bidang dalam ilmu keagamaan, antaranya ialah ilmu
Nahu, Tafsir, Hadis, Fiqh, dan sebagainya. Selain itu beliau juga mahir dalam pelbagai
cabang-cabang falsafah, ilmu lingkungan, ilmu militer dan ilmu muzik.
Walaupun Al-Farabi mahir dalam pelbagai bidang tetapi beliau lebih tertarik
ataupun lebih memberikan perhatiannya pada bidang falsafah dan logik. Al-Farabi juga
lebih dikenali sebagai guru kedua, selepas Aristotle sebagai guru pertama. Ini berlaku
disebabkan beliau sentiasa mengkaji buku-buku yang dihasilkan oleh Aristotle di
samping kajian mengenai diri Aristotle. Al-Farabi dikatakan mempunyai ramai guru,
namun yang paling utama dan masyhur ialah Ibn Hailan dan Matta ibn Yunus. Kedua-
dua guru beliau ini mahir di dalam bidang logik dan falsafah.
Sumbangan Al-Farabi
Sumbangan dalam bidang muzik
Antara sumbangan Farabi pertama ialah dalam bidang muzik. Beliau telah
dianggap sebagai seorang ahli muzik yang handal. Sebagai bukti, kebanyakan muzik
yang dihasilkannya dapat memberikan kesan yang mendalam terhadap pendengarnya.
Selain itu, beliau turut mempunyai kemahiran dalam bermain dan membuat alat-alat
muzik, contohnya penciptaan Gambus (Umar, 1983). Mahayudin (2004), pula
menyatakan bahawa Al-Farabi adalah pencipta dan pengembang seni muzik daripada
alat rabah dan qanun. Malah, beliau turut menghasilkan sebuah buku yang
mengandungi pengajaran serta teori muzik Islam yang berjudul Al- Musiqa. (Haliza,
2006, Mahayudin, 2004, Abd Alim dan Syed Idrus, 1995) dan dianggap sebagai sebuah
buku yang terpenting dalam bidang tersebut.
Menurut Mahayudin (2004), beliau juga turut dikenali menerusi karyanya yang
telah diterjemahkan iaitu bertajuk Grand Book on Music, Styles in Music dan On The
Classification of Rhythm. Buku-buku ini sebenarnya diterjemahkan daripada karya
9
bahasa Arab dan menjadi rujukan penting di Eropah. Karangannya tentang muzik, Kitab
al-Musiqa amat terkenal. Selain itu, beliau juga memberi sumbangan yang besar dalam
penciptaan not-not muzik. Beliau mahir dalam muzik dan menyumbang karyanya serta
mencipta beberapa alat muzik. Al-Farabi adalah seorang tokoh falsafah yang serba
boleh dan banyak daripada hasil pemikirannya adalah masih relevan dengan
perkembangan serta kehidupan manusia hari ini.
Kesimpulannya, kemahiran dan kehandalan Al-farabi di dalam bidang muzik
begitu amat terserlah kerana setiap muzik yang dihasilkan beliau mampu untuk
meninggalkan kesan terhadap pendengar. Selain itu, beliau turut memiliki kemahiran di
dalam menghasilkan beberapa peralatan berkaitan dengan muzik. Misalnya, penciptaan
gambus, rabah dan qanun. Beliau turut menghasilkan sebuah buku yang mengandungi
pengajaran serta teori muzik Islam yang berjudul Al- Musiqa (Haliza, 2006, Mahayudin,
2004, Abd Alim dan Syed Idrus, 1995) dan dianggap sebagai sebuah buku yang
terpenting dalam bidang tersebut. Buku-buku lain ialah Grand Book on Music, Styles in
Music dan On The Classification of Rhythm. Buku-buku telah diterjemahkan daripada
karya bahasa Arab dan menjadi rujukan penting di Eropah. Akibat daripada penghasilan
buku-buku ini telah menyebabkan revolusi perkembangan di dalam bidang muzik
secara meluas pada waktu itu
Sumbangan dalam bidang falsafah
Kemampuan Al-Farabi bukan sahaja terhad terhadap bidang muzik malahan
juga di dalam bidang perubatan, sains, matematik dan sejarah. Walaubagaimanapun
ketrampilan beliau sebagai ahli ilmuan lebih menyerlah di dalam bidang falsafah.
Kemahiran beliau di dalam bidang ini, telah mengatasi ahli falsafah Islam yang lain
seperti Al-Kindi dan Ibnu Rusyd. Di dalam bidang politik, beliau mempunyai teori yang
tersendiri dalam menjelaskan sesuatu fenomena dan kemuskilan. Dalam
membicarakan teori politiknya, beliau berpendapat bahawa akal dan wahyu adalah satu
hakikat yang padu. Menurut beliau lagi, pemisahan kedua-dua elemen tersebut akan
melahirkan sebuah masyarakat yang pincang dan kacau-bilau. Oleh itu, akal dan wahyu
10
perlu dijadikan sebagai dasar terhadap pembinaan sebuah negara yang kuat, stabil dan
makmur.
Selain itu, beliau juga banyak mengkaji mengenai falsafah dan teori yang
dikemukakan Socrates, Plato dan Aristotle bersesuaian dengan kajian beliau mengenai
konsep kebahagian. Maka tidak hairanlah jika Al-Farabi dikatakan orang yang paling
memahami falsafah Aristotle. Beliau juga merupakan ilmuan terawal menulis mengenai
ilmu logik Yunani secara teratur di dalam bahasa Arab. Meskipun, pemikiran falsafah
beliau banyak dipengaruhi oleh falsafah Yunani tetapi beliau amat menentang pendapat
Plato yang menganjurkan konsep pemisahan di dalam kehidupan manusia.
Menurut Al-Farabi, seorang ahli falsafah tidak seharusnya memisahkan dirinya
daripada sains dan politik. Sebaliknya seseorang ahli falsafah perlu menguasai kedua-
duanya untuk menjadi seorang ahli falsafah yang sempurna. Tanpa sains , seorang ahli
falsafah tidak mempunyai ilmu pengetahuan yang cukup untuk dieksplotasi bagi
kepentingan individu lain. Justeru itu, seorang ahli falsafah yang tulen tidak akan
merasakan terdapat jurang perbezaan besar antara diri mereka dengan pemerintahan
tertinggi. Dalam hal ini, beliau mencadangkan agar diwujudkan sebuah negara
kebajikan yang diketuai oleh ahli falsafah. Oleh itu, pandangan falsafahnya yang
bersifat kritikal telah meletakannya sebaris dengan ahli falsafah Yunani yang lain.
Dalam kalangan ahli falsafah Islam, beliau juga dikenali sebagai Aristotle yang kedua.
Bagi Al-Farabi, ilmu adalah segalanya dan para ilmu harus diletakkan di peringkat
kedudukan tertinggi negara. Pandangan Al-Farabi ini hampir mempunyai persamaan
dengan falsafah dan ajaran Confucius yang meletakkan golongan ilmuan pada tingkat
hierarki tertinggi di dalam sistem sosial sesebuah negara.
Kesimpulannya pengetahuan Al-farabi bukan sahaja terhad di dalam bidang
muzik malahan juga merangkumi bidang falsafah. Walaupun pemikiran falsafah beliau
banyak dipengaruhi oleh falsafah Yunani. Namun, beliau amatlah menentang pendapat
Plato yang menganjurkan konsep pemisahan di dalam kehidupan manusia secara
khususnya. Beliau turut berpendapat bahawa seseorang ahli falsafah tidak seharusnya
memisahkan diri dari kedua-dua konsep tersebut. Pengetahuan dalam aspek ilmu sains
11
adalah amat diperlukan dalam memahami peristiwa atau fenomena yang berlaku. Fakta
dan bukti merupakan elemen utama yang harus dicapai oleh ahli falsafah tulen di
samping mengelakkan unsur-unsur peribadi dalam kajiannya. Keadaan ini penting
dalam mengelakkan penghasilan kajian yang tidak bermutu. Aliran falsafah yang dimiliki
beliau juga hampir memiliki kesamaan yang sebagaimana yang telah diterapkan dalam
oleh aliran Confuciusme. Golongan ini berpendapat bahawa golongan ilmuan
seharusnya berada pada peringkat hierarki tertinggi di dalam sistem pemerintahan
sesebuah negara secara keseluruhannya.
Sumbangan dalam bidang perubatan
Sebagai seorang ilmuan yang tulen, Al-Farabi turut memperlihatkan
kecenderungan beliau dalam menghasilkan kajian dalam bidang perubatan. Walaupun
kajiannya dalam bidang ini tidak menjadikan sebagai seorang yang masyhur tetapi
pandangannya telah memberikan sumbangan besar terhadap perkembangan ilmu
perubatan di zamannya. Salah satu pandangannya yang menarik ialah mengenai
kepentingan jantung berbanding dengan otak dalam kehidupan manusia. Ini
disebabkan jantung berfungsi sebagai sistem yang mengalirkan darah ke seluruh tubuh
manusia serta menghangatkannya. Manakala otak pula hanya berfungsi dalam
menyelaraskan aliran darah itu mengikut keperluan anggota tubuh manusia
Kesimpulannya, bukan itu sahaja segala pengetahuan yang dimilliki oleh Al-
Farabi tidak terhad kepada bidang muzik, falsafah, sains, matematik dan sejarah
malahan juga di dalam aspek perubatan. Walaupun penglibatan beliau di dalam bidang
perubatan dilihat sebagai tidaklah sebegitu menyerlah. Namun, beliau masih mampu
memberikan sumbangan yang besar dalam bidang perubatan Islam. Misalnya, kajian
beliau mengenai kepentingan jantung berbanding dengan otak dalam kehidupan
manusia. Beliau menganggap bahawa jantung memainkan peranan penting berbanding
dengan peranan otak sebagai pusat integrasi sistem saraf manusia. Jantung adalah
penting terutamanya dalam mengepam darah keseluruhan tubuh badan manusia
mengikut keperluan kadar kerja atau aktiviti yang dilakukan manusia. Justeru itu,
kebolehan beliau di dalam bidang ini tidak harus di pandang ringan selaras dengan
12
kebolehan beliau sebagai tokoh keilmuan yang unggul bangun bersama-sama dengan
tokoh Islam dan setanding dengan dunia Eropah.
Sumbangan dalam bidang politik
Dalam falsafah politik yang diajukan oleh al-Farabi ini, didapati beliau meletakkan tugas
yang berat kepada pemimpin, iaitu mentadbir dan menguruskan hal-ehwal negara dan
hal-hal yang berkaitan dengan kemasyarakatan. Selain itu, nasib negara dan kehidupan
rakyat turut diletakkan di bahu seseorang pemimpin. Di samping itu, ketua negara atau
pemimpin merupakan pusat kuasa yang bertugas dalam menentukan segala-galanya di
dalam organisasi negara. Ini disebabkan bagi al-Farabi beliau kurang memberi
perhatian terhadap kuasa rakyat dalam membentuk perubahan. Ini bermaksud beliau
cenderung mengajukan sistem monarki, iaitu di mana, seorang ketua negara yang
memerintah, sama ada bergelar raja, sultan, khalifah, atau yang seumpama
dengannya. Ilham ini diperolehi oleh beliau dalam satu situasi politik pada zaman
beliau, dimana pusat kuasa berada dalam tangan seorang khalifah.
Melalui sistem ini, persefahaman antara pemerintah dan rakyat dapat diwujudkan
kerana masyarakat, politik, dan kuasa yang stabil terletak di tangan seorang pemerintah
melalui sokongan rakyat sendiri. Walaubagaimanapun, menurut sistem ini kadang kala
terdapatnya juga pemerintah yang zalim dan tidak berlaku adil terhadap rakyatnya.
Memandangkan al-Farabi amat memandang serius terhadap institusi kepimpinan,
maka, atas sebab tersebutlah beliau meletakkan semua kuasa kepada seorang
pemimpin. Oleh kerana beliau sangat yakin terhadap kuasa, pengarah dan
keberkesanan pemimpin maka, berlakunya satu perbahasan yang agak serius dalam
kalangan tokoh-tokoh falsafah. Menurut al-Farabi sebagai ketua negara atau ketua
kerajaan, mestilah memiliki kesempurnaan dalam aspek-aspek fizikal, mental dan
spiritual atau akhlak, melebihi rakyat atau orang ramai.
Oleh itu, inilah faktor yang menyebabkan beliau menyusun kriteria
kepimpinannya merangkumi semua aspek. Selain itu, al-Farabi turut menekankan
persoalan kesempurnaan anggota tubuh badan, menyintai ilmu dan para ilmuan, serta
memiliki fikiran yang tajam, berhemah tinggi dan bercita-cita tinggi, bencikan sifat-sifat
13
negatif, pembela keadilan serta kebenaran dan tentunya seorang yang berani. Sifat-
sifat yang beliau sebutkan ini adalah selaras dengan konteks situasi politik orang
Melayu. Dengan itu, konteks tersebut merupakan satu kebenaran malah turut diterima
di mana-mana pun, dan maksud al-Farabi di sini ialah sebagai seorang ketua atau
pemimpin politik bukanlah manusia yang sembarangan. Oleh itu, pemilihan tersebut
mestilah berdasarkan kriteria kelayakan yang cemerlang.
Walaupun begitu, sekiranya semua sifat kelayakan tersebut tidak dipunyai oleh
seorang insan, maka al-Farabi memberikan alternatif lain, yang juga tertakluk kepada
beberapa kriteria kelayakan, antaranya seorang yang alim dalam agama, hingga
melayakannya berijtihad, mempunyai anggota tubuh badan yang sempurna, berakal
cerdik dan sihat serta berani berjihad. Dalam bagaimana situasi sekalipun, al-Farabi
masih menekankan soal ilmu dan kebijaksanaan, prihatin terhadap penderitaan rakyat
dan teguh dalam soal keselamatan rakyat dan negara, dan semestinya seorang
pemimpin yang bertanggungjawab dalam membentuk kerajaan. Dilihat dari segi mana
sekalipun, didapati al-Farabi cuba untuk memperpadukan tiga kriteria kemanusiaan iaitu
ilmu dan kebijaksanaan, sempurna fizikal, akhlak mulia dan keberanian.
Teori-teori al-Farabi mendapat sokongan daripada tokoh-tokoh falsafah seperti
Plato, Aristotle, Ibn Sina, Ibnu Khaldun, al-Ghazali dan sebagainya. Sekiranya diteliti
betul-betul teori al-Farabi dan membandingkan dengan konsep temokrasi, demokrasi
dan tiranni semua ini mengaitkan dengan pemikiran Plato. Walau bagaimanapun,
perkara ini tidaklah berlaku secara sepenuhnya, di mana al-Farabi telah melakukan
kelainan dengan menambahkan idea-idea daripada Plato. Di tempat lain mengakui
bahawa teori al-Farabi sama dengan konsep Plato namun, al-Farabi telah membuat
perbezaan dan perbezaan tersebut merupakan atas pengaruh Islam. Perbezaan
tesebut membuktikan bahawa al-Farabi juga mempunyai idea yang tersendiri dalam
perancangan teori politiknya.
Berdasarkan teori-teori al-Farabi tersebut dapatlah kita mengetahui kaedah
untuk memilih seseorang untuk menjadi pemimpin dalam dunia politik. Oleh itu,
sumbangan beliau dalam bidang politik merupakan satu sumbangan yang agak
14
cemerlang. Dengan itu, kepada individu terutama sekali kepada mereka yang
melibatkan diri dalam politik secara sepenuh masa dalam gelanggang politik, bolehlah
melihat persoalan kriteria-kriteria kepimpinan yang menjadi satu isu yang serius dalam
kalangan pembicara-pembicara sosial pada zaman dahulu. Atas sebab inilah, pemilihan
secara saintifik diadakan bagi sesiapa yang ingin menjadi pemimpin dalam dunia politik
oleh pihak-pihak yang tertentu dalam era moden sekarang ini.
Kedua, mereka juga boleh belajar daripada pemikiran tersebut. Umpamanya
betapa perlunya seorang pemimpin memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi, berfikiran
positif, serta mempunyai akhlak yang terpuji. Pendek kata, aspek kedua yang
ditekankan oleh al-Farabi ini merupakan aspek dalaman individu seseorang pemimpin.
Maka, sesuailah al-Farabi mengabungkan kecenderungan tiga dimensi iaitu mental,
fizikal, dan spiritual sebagai aset yang cukup penting dalam mewujudkan sebuah
pentadbiran yang cermerlang dan sistematik. Dalam hal ini pendukung dan pengerak
jentera politik negara serta juga rakyat perlu menyedari betapa pentingnya ketiga-tiga
faktor itu dilihat serentak dalam proses penyediaan atau perlantikan kepimpinan
pemimpin negara.
Walaupun kriteria-kriteria ini amat ideal namun, ia bukanlah sesuatu yang
mustahil. Di samping itu, dengan pemimpin yang berkriteria seperti ini perjalanan
pembangunan negara akan berlaku dengan cepat oleh idea-idea pemimpin yang cukup
cemerlang. Sebaliknya, perjalanan pembangunan negara akan berlaku dengan lambat
jika para pemimpin ketandusan idea-idea yang bernas terhadap bagaimana hendak
membangunkan negara. Sebenarnya perkara ini sudah pernah berlaku khususnya
terhadap negara dan bangsa manusia. Rakyat khasnya yang kebanyakannya
mempunyai kelemahan dalam pelbagai dimensi kehidupan amat mengharapkan
kecemerlangan daripada pemimpin untuk membela nasib dan masa depan mereka.
Dengan ini telah berlakunya kesilapan yang merugikan kemajuan negara sendiri yang
sebenarnya rakyat pun boleh menentukan bagaimana sebuah negara dikendalikan oleh
seorang pemimpin yang telah dipilih daripada sistem demokrasi negara.
15
Pencapaian yang dicapai oleh tokoh-tokoh ilmuan Islam khususnya Al-Farabi
tidak terhad terhadap ilmu berbentuk keagamaan semata-mata malahan juga
merangkumi dalam aspek sains dan teknologi. Antaranya ialah dalam bidang politik Al-
farabi telah memberikan sumbangan yang besar di dalam bidang ini. Contohnya,
pengamalan sistem monarki dalam sesebuah negara, beliau beranggapan seorang
pemimpin yang baik seharusnya memiliki sifat-sifat seperti sifat kemanusiaan iaitu ilmu
dan kebijaksanaan, sempurna fizikal, akhlak mulia dan keberanian. Teori-teori al-Farabi
mendapat sokongan daripada tokoh-tokoh falsafah seperti Plato, Aristotle, Ibn Sina,
Ibnu Khaldun, al-Ghazali dan sebagainya. Beliau juga beranggapan bahawa rakyat
harus memainkan peranan dalam menentukan pemimpin mereka melalui kaedah
demokrasi. Ini amat penting untuk mengekalkan kestabilan dan keamanan negara yang
diperintah.
Sumbangan lain
Antara sumbangan lain al-Farabi adalah menghasilkan beberapa buah buku
yang tidak dapat disiapkan ketika itu. Buku-buku tersebut ialah Kunci Ilmu yang telah
disiapkan oleh anak muridnya iaitu Muhammad Al-Khawarismi pada tahun 976 masihi
dan Fihrist Al-Ulum telah diselesaikan oleh Ibnu Al-Nadim sekitar tahun 988 Masihi.
Perbicaraan mengenai ilmu falsafah zaman Yunani dan falsafah Plato serta Aristotle
telah disentuhnya dalam karya " Ihsa al-Ulum" dan"Kitab al-Jam". Karangannya, Kitab
al-Ihsa al-'Ulum mengemukakan prinsip-prinsip dasar dan klasifikasi sains daripada
perspektif yang baru. Al-Farabi juga turut menghasilkan sebuah buku yang
mengandungi pengajaran dan teori muzik Islam yang diberikan judul Al-Musiqa serta
telah dianggap sebagai sebuah buku terpenting dalam bidang berkenaan.
Sumbangan Al-Farabi adalah dalam bidang mantik, falsafah dan sosiologi.
Tambahan lagi, beliau memberi sumbangan yang amat besar dalam bidang ilmu hisab,
sains, perubatan dan muzik. Beliau juga turut mengarang ensiklopedia. Dalam bidang
mantik, beliau membuat pengajian sistematik dengan membahagikan subjek kepada 2
kategori; iaitu Takhayyul (pendapat/idea) dan Thubut (bukti/dalil). Beliau
menggabungkan teori Platonik dan Aristotle dengan teologi dan menulis komentar
16
tentang fizik, mantik dan meteorologi. Al-Farabi mengemukan banyak pandangan yang
mendahului zamannya. Antaranya beliau menyatakan bahawa keadilan itu merupakan
sifat semula jadi manusia, manakala pertarungan yang berlaku antara manusia
merupakan gejala sifat semula jadi tersebut. Pemikiran, idea, dan pandangan Al-Farabi
mengenai falsafah politik terkandung dalam karyanya yang berjudul "Madinah al-
Fadhilah". Al-Farabi menulis beberapa buah buku dalam bidang sosiologi, Ara Ahl al-
Madina al-Fadila (Bandar Contoh) adalah yang terkenal. Ia adalah sumbangan terbesar
dalam bidang sosiologi dan sains politik. Beliau juga mengarang buku untuk bidang
metafizik dan psikologi termasuk hasil kerja aslinya. Al-Farabi menyatakan bahawa
seorang individu itu tidak akan meraih kejayaan dan kesempurnaan tanpa menerima
bantuan daripada individu-individu yang lain. Adalah fitrah manusia untuk bergaul dan
berganding bahu bersama manusia lain untuk melakukan sesuatu perkerjaan, justeru
mencapai kesempurnaan.
Kepesatan manusia di dalam mengejar ilmu dan pengetahuan mereka mengenai
idea-idea baru telah mendorong mereka untuk menghasilkan buku. Usaha untuk
menghasilkan buku didorong kepesatan perkembangan ilmu yang di pelajari manusia di
samping mengekalkan kewujudan ilmu bidang yang diterokai serta disebabkan usia
manusia yang begitu singkat. Justeru itu, usaha untuk membuku ini telah memberikan
kesan yang besar dalam aspek perkembangan ilmu pengetahuan manusia secara
umumnya. Antara buku yang terkenal ialah Kunci Ilmu , Fihrist Al-Ulum, Ihsa al-Ulum,
Kitab al-Jam, Al-Musiqa,Madinah al-Fadhilah dan sebagainya.
Kesimpulannya, Al-Farabi merupakan model cendekiawan Islam yang pakar
segenap bidang. Beliau menguasai banyak bahasa. Selain bahasa Arab, Turki, dan
Parsi, dikatakan bahawa beliau mengetahui loghat-loghat Asia Tenggara dan bahasa
tempatan termasuk bahasa Syria dan Greek.
Penulisan Al-Farabi mencakupi setiap bidang ilmu. Idea beliau juga
mempengaruhi daripada segi keintelektualan ke atas dunia Islam di Timur dan juga
dunia Latin di Barat. Beliau pernah menghuraikan secara terperinci pandangan tokoh
17
falsafah Aristotle dalam bidang Fizik Meteorologi dan Logik. Berdasarkan pemikiran
intelektual itu, beliau diberi gelaran utama al-Mu’allim al-Thani (guru yang kedua).
Beliau digambarkan dengan seadil-adilnya sebagai tokoh yang kuat pegangan
agamanya. Beliau seorang Muslim sejati yang hidup dan berfikir dalam sinaran ajaran
Islam yang terkandung di dalam al-Quran dan Sunnah. Al-Farabi membentuk gagasan
idea sebagai tindak balas intelektual kepada pemikiran Greek. Pengislaman sains dan
falsafah Greek yang diusahakannya perlu mendapat perhatian yang wajar daripada
kalangan sarjana Muslim hari ini.
18
REFLEKSI
Sepanjang proses menyempurnakan Kerja Kursus Pendek (KKP) ini saya telah
memperoleh banyak pengalaman. Melalui ini, saya dapat meluaskan ilmu pengetahuan
saya tentang tokoh-tokoh tamadun Islam dan sumbangan mereka terhadap
perkembangan ilmu pengetahuan di zaman moden.
Bagi saya tugasan ini merupakan tugasan yang menarik untuk saya terokai dan
selesaikan, sepertimana yang diarahkan saya dikehendaki memilih seorang tokoh untuk
dikaji dan saya memilih Tokoh Islam iaitu Al Farabi. Saya pasti tidak ramai yang
mengetahui kehebatan beliau selaku tokoh terulung, ini kerana pada mulanya saya juga
tidak mengenali beliau. Pada mulanya saya ingin memilih tokoh-tokoh tersohor dalam
tamadun Islam. Namun, sewaktu pencarian bahan saya terbaca satu buku yang
menulis Al Farabi Aristotle kedua, lantas menarik perhatian saya untuk mengenali
beliau dengan lebih mendalam.
Hasil dari kajian saya beliau bukan Aristotle kedua malah lebih hebat dari itu,
sifatnya yang baik dan merendah diri membuatkan saya semakin mengkaguminya. Al-
Farabi merupakan model cendekiawan Islam yang pakar segenap bidang. Beliau
menguasai banyak bahasa. Selain bahasa Arab, Turki, dan Parsi, dikatakan bahawa
beliau mengetahui loghat-loghat Asia Tenggara dan bahasa tempatan termasuk bahasa
Syria dan Greek. Bagi saya sebagai pelajar pada masa kini kita patut mencontohi dan
mengkagumi beliau diatas kemampuannya menguasai pelbagai bahasa.
Banyak sifat dan kecemerlangannya yang boleh dicontohi oleh kita semua,
tugasan ini membuatkan saya semakin tertarik untuk mengkaji tokoh-tokoh lain dalam
Tamadun Islam kerana saya yakin bahawa tokoh-tokoh Islam lebih hebat dibandingkan
dengan tokoh Barat.
Akhir kata, sepanjang proses pelaksanaan tugas ini saya dapat pengalaman
yang baik dan pengajaran yang dapat saya manfaatkan dalam kehidupan seharian
saya.
19
SHAMALA A/P MANIAM920210105110
REFLEKSI
Syukur kepada Tuhan kerana dengan izin-Nya, saya berjaya juga akhirnya
menyiapkan tugasan ini dalam tempoh masa yang diberikan. Tanpa bantuan dari-Nya,
mungkin saya tidak dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna.
Berdasarkan kepada tajuk tugasan yang diberikan, saya telah mempelajari
banyak perkara yang saling berkaitan dalam kehidupan kita misalnya. Ini kerana, tokoh-
tokoh yang dipilih merupakan tokoh-tokoh yang terkenal kerana kebijaksanaan yang
dimiliki oleh mereka serta mementingkan prinsip dalam hidup untuk berjaya. Dalam
kehidupan, kita boleh mengambil contoh yang sikap baik yang telah ditunjukkan oleh
tokoh-tokoh ini supaya kehidupan kita dapat ditingkatkan. Kehidupan manusia adalah
sangat berharga dan sebaiknya jangan dipersiakan tetapi pergunakan ianya untuk satu
kebaikan yang kekal dan abadi.
Melalui tugasan ini, apa yang saya dapati ialah kebanyakkan tokoh-tokoh ini
banyak menyumbang dalam ilmu pengetahuan yang mereka miliki serta mengkaji
sejarah-sejarah yang berkaitan dengan kehidupan manusia. Contohnya, Ibn Khaldun
memberi sumbangan dalam bidang ilmu falsafah, sejarah dan sosiologi. Ilmu
pengetahuan tokoh-tokoh ini membantu dalam memahami tamadun yang dimiliki oleh
kita sendiri. Jika bukan kita yang memahami tamadun sendiri, siapa lagi yang
diharapkan untuk memberi perhatian kepada ketamadunan yang dimiliki melainkan kita
sendiri kerana tamadun kita adalah milik kita.
Oleh itu, sifat-sifat baik yang ditonjolkan oleh golongan sejarahwan ini haruslah
diambil untuk dijadikan sebagai panduan dalam kehidupan serta dijadikan iktibar bagi
menghadapi cabaran masa depan. Kita haruslah berjuang dalam mempertahankan
tamadun sendiri tanpa mengharapkan bantuan dari orang lain kerana tanpa nilai
tamaduan, sesebuah masyarakat itu hilang ketamadunnya. Dengan itu, marilah kita
bersama-sama memperjuangkan tamadun masing-masing supaya tidak ditindas oleh
tamadun lain, dimana ianya boleh merugikan serta menjatuhkan negara kita.
20
JINA ULAU JOK920914136492
Bibliografi
Amroeni Drajat (2005). Suhrawardi. Yogjakarta: LKiS Yogjakarta.
Choong Lean Keow. (2008). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia: Program Perguruan
Pendidikan Rendah Pengajian 4 Tahun. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Mardzelah Makhsin. (2006). Pemikiran Dan Etika. Kuala Lumpur: PTS Professional
Publications Sdn. Bhd.
Mohd Nor Jusoh. (2011). Tamandin Islam & Tamadun Asia. Wangsa Maju, Kuala
Lumpur: Sarjana Media Sdn. Bhd.
Mohd. Rosdi Mahmud. (2011). Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS). Kedah:
Pustaka Darussalam.
Mustafa Daud. (1999). Tamadun Islam. Cheras: Utusan Publications & Distributors Sdn
Bhd.
Sivachandralingam Sundara Raja & Ayadurai. (1999). Tamadun Dunia. Shah Alam:
Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.
21