analisis penyata kewangan (2)

21
SURAT PERAKUAN Saya dengan ini mengaku bahawa semua tugasan saya dalam kerja kursus PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN ialah kerja ASAL yang saya sediakan sendiri dalam perkataan saya dan saya tidak menciplak mahupun memplagiat mana- mana bahagian dalam tugasan yang dihantar. Saya dengan ini mengaku yang: i. Telah mengaku bahawa setiap kerja dan idea di dalam tugasan saya diambil dari bahan bercetak dan sumber elektronik yang didaftarkan, ii. Tidak menyalin bulat- bulat dari mana- mana sumber ataupun mana- mana pelajar, iii. Tidak membenarkan mana- mana pelajar untuk menyalin laporan saya; dan iv. Dengan seikhlas hati mengungkap setiap kata yang diucapkan oleh penulis tertentu dalam kertas kerja saya. Jadi, dengan ini, saya, Ahmad Farid bin Mohamed faham sekiranya perkara di atas tidak dipatuhi ataupun didapati menipu mana- mana bahagian, Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Perlis mempunyai hak sepenuhnya untuk mengambil tindakan tatatertib seperti mana yang dinyatakan dalam Buku Panduan Pelajar terkini. ____________________ Nama : AHMAD FARID BIN MOHAMED No KP. : 890308-11-5283

Upload: payid

Post on 01-Jul-2015

1.041 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: analisis penyata kewangan (2)

SURAT PERAKUAN

Saya dengan ini mengaku bahawa semua tugasan saya dalam kerja kursus PERNIAGAAN

DAN KEUSAHAWANAN ialah kerja ASAL yang saya sediakan sendiri dalam perkataan

saya dan saya tidak menciplak mahupun memplagiat mana- mana bahagian dalam tugasan

yang dihantar.

Saya dengan ini mengaku yang:

i. Telah mengaku bahawa setiap kerja dan idea di dalam tugasan saya diambil dari

bahan bercetak dan sumber elektronik yang didaftarkan,

ii. Tidak menyalin bulat- bulat dari mana- mana sumber ataupun mana- mana pelajar,

iii. Tidak membenarkan mana- mana pelajar untuk menyalin laporan saya; dan

iv. Dengan seikhlas hati mengungkap setiap kata yang diucapkan oleh penulis tertentu

dalam kertas kerja saya.

Jadi, dengan ini, saya, Ahmad Farid bin Mohamed faham sekiranya perkara di atas tidak

dipatuhi ataupun didapati menipu mana- mana bahagian, Institut Pendidikan Guru Malaysia,

Kampus Perlis mempunyai hak sepenuhnya untuk mengambil tindakan tatatertib seperti mana

yang dinyatakan dalam “Buku Panduan Pelajar” terkini.

____________________

Nama : AHMAD FARID BIN MOHAMED

No KP. : 890308-11-5283

Page 2: analisis penyata kewangan (2)

SURAT PERAKUAN

Saya dengan ini mengaku bahawa semua tugasan saya dalam kerja kursus PERNIAGAAN

DAN KEUSAHAWANAN ialah kerja ASAL yang saya sediakan sendiri dalam perkataan

saya dan saya tidak menciplak mahupun memplagiat mana- mana bahagian dalam tugasan

yang dihantar.

Saya dengan ini mengaku yang:

i. Telah mengaku bahawa setiap kerja dan idea di dalam tugasan saya diambil dari

bahan bercetak dan sumber elektronik yang didaftarkan,

ii. Tidak menyalin bulat- bulat dari mana- mana sumber ataupun mana- mana pelajar,

iii. Tidak membenarkan mana- mana pelajar untuk menyalin laporan saya; dan

iv. Dengan seikhlas hati mengungkap setiap kata yang diucapkan oleh penulis tertentu

dalam kertas kerja saya.

Jadi, dengan ini, saya, Muhamad Ikhwan Bin Mat Jusoh faham sekiranya perkara di atas tidak

dipatuhi ataupun didapati menipu mana- mana bahagian, Institut Pendidikan Guru Malaysia,

Kampus Perlis mempunyai hak sepenuhnya untuk mengambil tindakan tatatertib seperti mana

yang dinyatakan dalam “Buku Panduan Pelajar” terkini.

____________________

Nama : MUHAMAD IKHWAN BIN MAT JUSOH

No KP . : 890823-03-5501

Page 3: analisis penyata kewangan (2)

ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

Page 4: analisis penyata kewangan (2)
Page 5: analisis penyata kewangan (2)

PENGHARGAAN

Melalui ruang ini, kami merasa bersyukur kerana dengan keizinan-Nya, tugasan ini

dapat disiapkan dengan sempurnanya.

Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada pensyarah, En. Amran Bin Pa yang banyak

memberi dorongan dan tunjuk ajar serta peransang sepanjang membuat tugasan ini.

Selain daripada itu, beliau juga banyak memberi nasihat, berkongsi pengalaman dan

ilmu pengalaman dengan kami dalam proses menyiapkan tugasan Perniagaan dan

Keusahawanan ini.

Jutaan terima kasih juga kepada rakan-rakan sekelas, PISMP Reka Bentuk dan

Teknologi (A) yang tidak henti-henti membuat kritikan serta membetulkan segala

kesilapan dan berkongsi pendapat. Walaupun tugasan ini merupakan tugasan secara

kumpulan, rakan-rakan tidak lokek untuk berkongsi dan membantu bersama.

Penghargaan ini juga kepada pensyarah-pensyarah lain yang sanggup meluangkan

masa untuk memberi maklumat dan berkongsi pengalaman mengenai pengetahuan

Perniagaan dan Keusahawanan.

Sekian, terima kasih

Page 6: analisis penyata kewangan (2)

PENGENALAN

Page 7: analisis penyata kewangan (2)

ANALISIS PENYATA KEWANGAN

Penyatan kewangan (atau laporan kewangan) ialah rekod formal kegiatan-

kegiatan kewangan sesebuah perniagaan, orang perseorangan, atau entiti-entiti yang

lain.

Penyata kewangan memberikan pandangan keseluruhan keadaan kewangan jangka

pendek serta jangka panjang bagi sesuatu perniagaan atau orang perseorangan.

Semua maklumat kewangan perusahaan perniagaan yang disampaikan dengan cara

berstruktur dan dalam bentuk yang mudah difahami dikenali sebagai penyata

kewangan. Terdapat empat penyata kewangan yang asas:

1. Kunci kira-kira : Juga dirujuk sebagai penyata kedudukan atau keadaan

kewangan, ia melaporkan aset, liabiliti, dan equiti pemilik syarikat pada sesuatu

titik masa.

2. Penyata pendapatan : Juga dirujuk sebagai penyata Untung Rugi (atau "P&L"), ia

melaporkan pendapatan, belanja, dan untung pada sesuatu tempoh. Ini

termasuk jualan dan pelbagai belanja yang dikenakan sewaktu pemprosesan.

3. Penyata untung tertahan : Menerangkan perubahan dalam untung tertahan

syarikat pada sepanjang tempoh pelaporan.

4. Penyata aliran tunai : Melaporkan kegiatan aliran tunai syarikat, khususnya

kegiatan operasi, pelaburan, dan kewangan.

Page 8: analisis penyata kewangan (2)

PENGENALAN

Penyata kewangan sesebuah firma berguna kepada kumpulan pengguna dan

pihak-pihak yang berkepentingan untuk menilai prestasi firma tersebut. Pengguna-

pengguna penyata kewangan biasanya terdiri daripada pihak dalaman dan luaran

syarikat.

Pengguna Dalaman

Pihak dalaman mewakili pihak pengurusan yang menggunakan penyata

kewangan untuk membuat analisis dan perbandingan prestasi setiap jabatan atau

perbandingan dengan tahun-tahun sebelumnya. Ini penting untuk tujuan perancangan

dan pengawalan.

Kesatuan sekerja juga merupakan pengguna penyata kewangan firma. Prestasi

syarikat akan memberi petunjuk kepada persatuan sekerja tentang kadar pembayaran

gaji dan imbuhan adakah selari dengan pencapaian syarikat bagi sesuatu tempoh

masa. Maklumat ini akan digunakan dalam proses perundingan atau tuntutan bayaran

gaji.

Pengguna Luaran

Pihak luaran juga berminat untuk mendapatkan maklumat kewangan sesebuah

firma. Pihak-pihak seperti pemegang syer, pemegang debentur, bakal pelabur, syarikat

kewangan ,pemiutang mahupun pesaing berminat untuk meneliti prestasi kewangan

syarikat.

Page 9: analisis penyata kewangan (2)

Pemegang syer pastinya memerlukan maklumat kewangan syarikat untuk

mengetahui keberuntungn syarikat dan peratus pembayaran dividen atau

perkembangan perniagaan.

Bagi pemegang-pemegang debentur pula ingin memastikan kebolehan syarikat

untuk membayar faedah dan kemampuan syarikat membayar balik debentur.

Maklumat kewangan juga berguna kepada bakal-bakal pelabur yang ingin

membuat pelaburan baru untuk memilih syarikat yang boleh memberi pulangan

pelaburan yang tinggi.

Syarikat-syarikat kewangan dan syarikat kredit juga sentiasa mengikuti

perkembangan prestasi kewangan syarikat untuk menilai kedudukan syarikat

tersebut sama ada mampu membayar balik pinjaman atau untuk meluluskan

pinjaman baru.

Pemiutang-pemiutang juga berminat untuk melihat kecairan modal kerja

syarikat , adakah syarikat mampu bayar liabilitinya dalam tempoh yang telah

ditetapkan.

Begitu juga dengan pesaing-pesaing dalam industri yang sama akan sentiasa

menggunakan maklumat kewangan syarikat untuk membuat perbandingan

dengan prestasi mereka.

Matlamat penyata kewangan adalah untuk memberi gambaran sebenar mengenai

kedudukan kewangan sesebuah syarikat termasuklah kedudukan kewangan semasa,

prestasi masa lampau dan prospek masa hadapan. Oleh kerana itulah, laporan penyata

kewangan hendaklah menuruti konvensyen pendedahan penuh (full disclosure) yang

telah ditetapkan dalam Financial Reporting Standards (FRS) oleh Malaysian

Accounting Standards Board (MASB). FRS telah menetapkan maklumat-maklumat

minimum yang perlu dilaporkan dalam Penyata Tahunan sesebuah syarikat.

Sumber utama maklumat yang digunakan untuk membuat analisis termasuklah :

1. penyata pendapatan

Page 10: analisis penyata kewangan (2)

2. kunci kira-kira

3. penyata aliran tunai

4. nota kepada penyata kewangan

5. kaedah perakaunan yang digunakan

6. keputusan-keputusan kewangan yang telah dibuat

7. laporan juruaudit

8. data kewangan untuk tahun sebelumnya untuk perbandingan

KAEDAH ANALISIS PENYATA KEWANGAN

Dua kaedah yang biasa digunakan untuk menganalisis penyata kewangan ialah

Analisis Perbandingan dan Analisis Nisbah.

ANALISIS PERBANDINGAN

Analisis perbandingan dibuat berdasarkan kepada 3 asas iaitu :

1. Asas Intera Syarikat - data-data dalam syarikat itu sendiri dibandingkan dengan

item-item yang serupa tetapi dalam tahun yang berlainan.

2. Asas Antara Syarikat - item-item dibandingkan antara satu syarikat dengan

syarikat yang lain dalam tahun yang sama sama ada syarikat itu merupakan

syarikat subsidari dalam satu syarikat induk atau syarikat yang sama industrinya

tetapi secara individu.

3. Asas Purata Industri - perbandingan dibuat dengan purata industri di mana

syarikat itu beroperasi. Contoh Syarikat A (syarikat barangan elektrik) dibanding

dengan angka industri dari pelbagai syarikat pengeluar barangan elektrik.

Page 11: analisis penyata kewangan (2)

Dua jenis analisis perbandingan adalah secara menegak dan secara melintang.

Analisis menegak menganalisis komponen atau item dalam penyata pendapatan

dan kunci kira-kira menggunakan peratusan yang relatif. Bermaksud , setiap item

dibandingkan dengan satu item asas dalam penyata pendapatan contohnya jualan

bersih dan dalam kunci kira-kira item dibandingkan dengan jumlah aset bersih.

Analisis melintang (analisis arah aliran) pula membuat perbandingan data-data

laporan kewangan dengan menggunakan satu tahun tertentu sebagai tahun asas

perbandingan. Contohnya, peratus pulangan atas jualan tahun 2002 dan tahun 2003

dibandingkan dengan peratus tahun 2001 yang dijadikan tahun asas perbandingan.

ANALISIS NISBAH

Analisis nisbah digunakan untuk menunjukkan hubungan antara satu kuantiti dengan

kuantiti yang lain. Hubungan ditunjukkan dalam bentuk peratus, kadar atau nisbah.

Analisis nisbah boleh dibahagikan kepada :

1. Nisbah Kecairan

2. Nisbah Keberuntungan

3. Nisbah Mampu Bayar

Nisbah Kecairan

Nisbah kecairan mengukur kemampuan jangka pendek sesebuah syarikat untuk

membayar hutang atau obligasi-obligasi mereka yang sudah cukup tempoh dan untuk

memenuhi keperluan tunai yang tidak dijangka. 5 jenis nisbah yang digunakan dalam

analisi nisbah kecairan adalah :

Page 12: analisis penyata kewangan (2)

1. Nisbah Cepat

nisbah cepat menunjukkan hubungan antara tunai, sekuriti boleh pasar

dan penghutang bersih dengan liabiliti semasa.

ia menunjukkan kemampuan syarikat untuk membayar hutang jangka

pendeknya dengan cepat atau serta merta.

Formula :

2. Nisbah Semasa

nisbah semasa menunjukkan hubungan antara aset semasa dengan

liabiliti semasa.

juga disebut nisbah modal kerja.

ia digunakan untuk menilai kecairan syarikat atau kemampuan syarikat

untuk membayar hutang jangka pendek.

Nisbah semasa yang tinggi menunjukkan kemampuan syarikat membayar

hutang jangka pendeknya dalam tempoh kurang daripada 12 bulan.

Formula :

Nisbah Cepat = Tunai + Sekuriti Boleh Pasar + Penghutang Bersih

-------------------------------------------------------------------

Liabiliti Semasa

Nisbah Semasa = Aset Semasa

------------------------

Liabiliti Semasa

Page 13: analisis penyata kewangan (2)

3. Pusing Ganti Inventori

Nisbah ini mengukur secara puratanya berapa kali inventori dijual dalam

satu tempoh tertentu (biasanya 12 bulan – satu tempoh perakaunan)

Nisbah pusing ganti yang tinggi menunjukkan kekerapan syarikat

membeli inventori baru dan ini bermakna jualan adalah baik.

Ini juga menunjukkan kecukupan inventori dan kecekapan

pengurusannya. Jika jumlah inventori yang disimpan adalah kecil,

pengurusan dianggap baik.

Formula :

4. Pusing Ganti Akaun Belum Terima

Nisbah ini mengukur berapa kali secara puratanya penghutang boleh

dikutip dalam satu-satu tempoh.

Menunjukkan cepatnya aset semasa ditukarkan kepada tunai. Ini juga

menunjukkan kecekapan syarikat dalam aktiviti pemberian kredit dan

pengutipan hutang.

Semakin tinggi nisbah pusing ganti Akaun Belum Terima maka semakin

cekap syarikat dalam mengendalikan penghutangnya.

Formula :

Pusing Ganti Inventori (Stok) = Kos Jualan

---------------------

Stok Purata

** Stok purata = stok awal + stok akhir

Pusing Ganti Akaun Jualan Bersih – Jualan tunai

Belum Terima = ----------------------------------------------------------

Purata Baki Penghutang Bersih

Page 14: analisis penyata kewangan (2)

5. Purata Tempoh Kutipan

menunjukkan purata bilangan hari untuk mengutip hutang. Tujuannya

untuk menilai keberkesanan polisi kredit dan polisi pengutipan yang

diamalkan oleh syarikat.

Formula :

Polisi pengutipan dianggap berkesan jika purata tempoh kutipan sama

atau hampir sama panjang masanya yang dibenarkan dalam syarat jualan

kredit.

Purata Tempoh Kutipan = 365 hari

----------------------------------------------

Pusing Ganti Akaun Belum Terima

Page 15: analisis penyata kewangan (2)

Nisbah Keberuntungan

Nisbah keberuntungan digunakan untuk mengukur hasil atau keupayaan operasi

sesebuah perniagaan bagi suatu tempoh tertentu. Nisbah yang berkaitan dengan

keberuntungan adalah :

1. Margin Untung

digunakan untuk mengukur peratusan setiap ringgit hasil bersih daripada

jualan bersih bagi suatu tempoh.

Formula :

2. Pusing Ganti Aset

digunakan untuk mengukur keberkesanan / keefisienan perniagaan

menggunakan asetnya untuk menjana jualan.

Formula :

Margin Untung = Pendapatan Bersih

------------------------------ x 100

Jualan Bersih

Pusing Ganti Aset = Jualan Bersih

-------------------------

Aset Purata

Page 16: analisis penyata kewangan (2)

3. Pulangan Atas Aset

mengukur keberuntungan syarikat secara keseluruhan.

Formula :

4. Pulangan Atas Ekuiti Pemegang Saham

mengukur keberuntungan pemegang saham biasa.

ia menunjukkan amaun pulangan yang diperoleh bagi setiap ringgit yang

dilaburkan oleh pemilik atau pemegang saham biasa

Formula :

5. Perolehan Sesaham

mengukur amaun pendapatan bersih yang diperoleh oleh syarikat bagi

setiap saham biasa yang diterbitkan.

Formula :

Pulangan Atas Aset = Pendapatan Bersih

---------------------------- x 100

Aset Purata

Pulangan atas Ekuiti = Pendapatan Bersih

Pemegang Saham Biasa ------------------------------ x 100

Purata Ekuiti Pemegang Saham Biasa

Perolehan Sesaham = Pendapatan Bersih

-------------------------------------

Jumlah saham biasa diterbitkan (unit)

Page 17: analisis penyata kewangan (2)

6. Nisbah Harga Perolehan

mengukur harga pasaran setiap saham biasa berbanding dengan

perolehan sesaham syarikat.

ini menggambarkan penilaian pelabur terhadap perolehan syarikat pada

masa akan datang.

Formula :

7. Nisbah Bayar Keluar (Kadar Hasil Dividen)

mengukur peratusan perolehan syarikat yang diagihkan dalam bentuk

dividen tunai.

syarikat yang mempunyai kadar pertumbuhan yang tinggi akan

mencatatkan nisbah bayar keluar yang rendah kerana sebahagian besar

daripada pendapatan bersih syarikat akan dilaburkan semula.

Formula :

Nisbah Harga Perolehan = Harga Pasaran Saham biasa

-----------------------------------------

Perolehan Sesaham

Nisbah bayar keluar = Dividen tunai

-------------------------

Pendapatan Bersih

Page 18: analisis penyata kewangan (2)

Nisbah Mampu Bayar

Nisbah mampu bayar mengukur kemampuan dan keupayaan sesebuah perniagaan

untuk meneruskan operasinya dalam jangka masa panjang. Nisbah yang berkaitan

dengan keberuntungan adalah :

1. Nisbah Hutang Atas Jumlah Aset

digunakan untuk mengukur peratusan jumlah aset yang diperoleh melalui

pembiayaan pemiutang.

Formula :

2. Bilangan Perolehan Faedah (Nisbah Liputan Faedah)

mengukur kemampuan syarikat untuk memenuhi keperluan pembayaran

faedah apabila pembiayaan seperti pinjaman mencapai tempoh matang.

semakin tinggi bilangan perolehan faedah, semakin kukuh kedudukan

syarikat.

Formula :

Nisbah Hutang Atas Jumlah Aset = Jumlah Liabiliti

---------------------- x 100

Jumlah Aset

Bilangan perolehan faedah = Pendapatan Sebelum Cukai dan Belanja Faedah

----------------------------------------------------------------

Liabiliti Semasa

Page 19: analisis penyata kewangan (2)

3. Nisbah Hutang Atas Ekuiti

mengukur peratusan jumlah ekuiti yang dibiayai oleh hutang.

semakin rendah nisbah hutang atas ekuiti , semakin tinggi kemampuan

syarikat membayar semula kepada pemegang saham.

Formula :

LIMITASI ANALISIS PENYATA KEWANGAN

Walaupun analisis penyata kewangan banyak memberi menfaat kepada pihak-pihak

berkepentingan sama ada luaran atau dalaman, analisis ini juga mempunyai beberapa

kekangan atau kelemahan. Antaranya :

1. Apabila perbandingan dibuat antara satu firma dengan satu firma yang lain,

pastinya setiap firma mempunyai perbezaan dari segi penggunaan pelbagai

kaedah untuk menilai serta mempersembahkan item-item dalam penyata

kewangan. Misalnya untuk penilaian inventori, ada syarikat menggunakan

kaedah MDKD dan ada yang menggunakan kaedah MKKD menyebabkan nilai

inventori akhir tidak dapat dbandingkan dengan tepat.

2. Data penyata kewangan yang digunakan sebagai asas pengiraan dinyatakan

pada nilai kos sejarah dan bukannya pada nilai semasa. Ini bermakna keputusan

yang akan dibuat untuk tindakan pada masa akan datang adalah berdasarkan

kepada prestasi lepas.

Nisbah Hutang Atas Ekuiti = Jumlah Liabiliti ---------------------- x 100

Jumlah Ekuiti

Page 20: analisis penyata kewangan (2)

3. Penyata kewangan mengandungi banyak data yang diperoleh melalui anggaran

contohnya peruntukan hutang ragu dan susutnilai. Ini mengakibatkan pengiraan

menjadi tidak tepat.

4. Bagi syarikat yang mempunyai pelbagai subsidiari pastinya setiap subsidiari

menjalankan perniagaan yang berbeza dengan syarikat lain. Oleh itu nisbah

seperti pusing ganti inventori adalah tidak selaras.

5. Masalah kemanusiaan juga membataskan pemilihan nilai-nilai untuk dianalisis

dan penilaian dalam membuat keputusan pastinya tidak sama.

6. Kesan perubahan harga juga memberi kesan ke atas penilaian analisis.

7. Firma yang berlainan akan mempunyai pola pemilikan aset yang berbeza

walaupun dalam industri yang sama, contohnya syarikat yang menyewa

bangunan dan memiliki bangunan sendiri. Nilai aset juga mungkin tidak dapat

dibandingkan sekiranya sebuah syarikat itu telah membuat penilaian semula aset

pada tahun tersebut tetapi syarikat yang dibandingkan belum membuat penilaian

semula asetnya pada tahun yang sama.