topik5 analisis penyata kewangan

19
5. KEWANGAN: ANALISIS PENYATA KEWANGAN PENGENALAN Penyata Kewangan merupakan satu struktur kewangan yang mengandungi Kunci Kira- kira, Penyata Pendapatan, Penyata Pergerakan di dalam Ekuiti, Penyata Aliran Tunai dan Polisi Perakaunan dan Nota Penjelasan yang berfungsi untuk mempersembahkan kedudukan kewangan sesebuah entiti perniagaan. Maklumat yang sering dilihat dalam penyata kewangan ialah Aset, Liabiliti, Ekuiti, Untung dan Rugi dan Aliran Tunai. Analisis nisbah yang boleh digunakan dalam mengukur prestasi ialah nisbah-nisbah keberuntungan (profitability ratios), nisbah-nisbah kecekapan (efficiency ratios), dan nisbah-nisbah kecairan (liquidity ratios). Analisis penyata kewangan digunakan sebagai kawalan kewangan iaitu dengan menggunakan penyata-penyata kewangan untuk memantau prestasi sesebuah syarikat. Instrumen bagi kawalan kewangan adalah adalah mengggunakan nisbah kewangan untuk menilai dan mengawal prestasi sesebuah syarikat. Bagi membincang nisbah-nisbah kewangan, contoh pengiraan dibuat berdasarkan Jadual 5.1 dan Jadual 5.2. Kepentingan analisis kewangan 1. menilai semula keputusan dan strategi perniagaan yang telah dibuat 2. memberi panduan kepada keputusan dan strategi tahun yang akan datang 3. memberi gambaran prestasi kewangan kepada pihak luar (pelabur/kreditor) 4. mengetahui sama ada syarikat menguntungkan atau tidak 5. menentukan kemampuan syarikat membayar balik pinjaman OBJEKTIF Di akhir pembelajaran pelajar dapat 1. membuat analisis dari aspek nisbah kecairan, pengurusan aset, laveraj, keberuntungan, nilai pasaran, analisis arah aliran dan membuat analisis Du Pont. 2. membincangkan batasan dan kelemahan analisis nisbah. ANALISIS PENYATA KEWANGAN Nisbah Laveraj Nisbah Keberuntungan Nisbah nilai pasaran Analisis Keratan Rentas Batasan dan Kelemahan Analisis Nisbah Nisbah Kecairan Analisis Du Pont Nisbah Pengurusan Aset Nisbah Keberuntungan Analisis Arah Aliran

Upload: pamela-gan

Post on 27-Oct-2015

1.375 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Topik5 Analisis Penyata Kewangan

5. KEWANGAN: ANALISIS PENYATA KEWANGAN

PENGENALAN

Penyata Kewangan merupakan satu struktur kewangan yang mengandungi Kunci Kira-

kira, Penyata Pendapatan, Penyata Pergerakan di dalam Ekuiti, Penyata Aliran Tunai

dan Polisi Perakaunan dan Nota Penjelasan yang berfungsi untuk mempersembahkan

kedudukan kewangan sesebuah entiti perniagaan. Maklumat yang sering dilihat dalam

penyata kewangan ialah Aset, Liabiliti, Ekuiti, Untung dan Rugi dan Aliran Tunai.

Analisis nisbah yang boleh digunakan dalam mengukur prestasi ialah nisbah-nisbah

keberuntungan (profitability ratios), nisbah-nisbah kecekapan (efficiency ratios), dan

nisbah-nisbah kecairan (liquidity ratios). Analisis penyata kewangan digunakan sebagai

kawalan kewangan iaitu dengan menggunakan penyata-penyata kewangan untuk

memantau prestasi sesebuah syarikat. Instrumen bagi kawalan kewangan adalah adalah

mengggunakan nisbah kewangan untuk menilai dan mengawal prestasi sesebuah

syarikat. Bagi membincang nisbah-nisbah kewangan, contoh pengiraan dibuat

berdasarkan Jadual 5.1 dan Jadual 5.2.

Kepentingan analisis kewangan

1. menilai semula keputusan dan strategi perniagaan yang telah dibuat

2. memberi panduan kepada keputusan dan strategi tahun yang akan datang

3. memberi gambaran prestasi kewangan kepada pihak luar (pelabur/kreditor)

4. mengetahui sama ada syarikat menguntungkan atau tidak

5. menentukan kemampuan syarikat membayar balik pinjaman

OBJEKTIF

Di akhir pembelajaran pelajar dapat

1. membuat analisis dari aspek nisbah kecairan, pengurusan aset, laveraj,

keberuntungan, nilai pasaran, analisis arah aliran dan membuat analisis Du Pont.

2. membincangkan batasan dan kelemahan analisis nisbah.

ANALISIS PENYATA KEWANGAN

Nisbah Laveraj

Nisbah Keberuntungan

Nisbah nilai pasaran

Analisis Keratan Rentas

Batasan dan Kelemahan

Analisis Nisbah

Nisbah Kecairan

Analisis Du Pont

Nisbah Pengurusan Aset

Nisbah Keberuntungan

Analisis Arah Aliran

Page 2: Topik5 Analisis Penyata Kewangan

Jadual 5.1 Contoh Penyata Kunci Kira-kira

Kunci Kira-kira Syarikat Nanimaju Bhd Pada 31 Disember 2005

2004 (RM)

2005 (RM)

ASET

Aset Semasa 22,000

26,000

Tunai 60,000

66,000 Sekuriti boleh pasar 295,000

240,000

Akaun belum terima 265,000

200,000 Inventori

Jumlah Aset Semasa 642,000

532,000

Aset Tetap

Bangunan dan Peralatan 1,050,000

980,000 Tolak: Susut Nilai 337,000

327,000

Jumlah Aset Tetap 713,000

653,000

JUMLAH ASET 1,355,000

1,185,000

LIABILITI SEMASA DAN EKUITI PEMILIK

Liabiliti Semasa

Nota Belum Bayar 150,000

120,000

Overdraft 50,000

50,000 Belanja Terakru 125,000

95,000

Jumlah Liabiliti Semasa 325,000

265,000

Hutang Jangka Panjang 380,000

330,000

Jumlah Liabiliti 705,000

595,000

Ekuiti Pemegang Saham

Saham Biasa RM2.00 par 50,000 setahun 100,000

100,000

Lebihan Dibayar 290,000

290,000 Pendapatan Tertahan 260,000

200,000

Jumlah Ekuiti Pemegang Saham 650,000

590,000

JUMLAH LIABILITI DAN EKUITI 1,355,000

1,185,000

Page 3: Topik5 Analisis Penyata Kewangan

Jadual 5.2 Contoh Penyata Untung Rugi

Penyata Untung Rugi Syarikat Nanimaju Bhd

Pada 31 Disember 2005

2004 (RM)

2005 (RM)

Jualan 1,506,000

1,434,000 Tolak: Kos Barang Dijual 1,020,000

1,000,000

Untung Kasar 486,000

434,000

Tolak: Belanja Operasi 140,000

140,000 Belanja Pemasaran 60,000

60,000

Susut Nilai 10,000

10,000

Jumlah Belanja Operasi 210,000

210,000

Pendapatan Sebelum Faedah dan Cukai 276,000

224,000

Tolak: Belanja Faedah 26,000

24,000

Pendapatan Sebelum Cukai 250,000

200,000

Tolak: Cukai 40% 100,000

80,000

Untung Bersih 150,000

120,000

Perolehan Per Saham (EPS)

(untung bersih/ jumlah saham) RM3.00

RM2.40

Page 4: Topik5 Analisis Penyata Kewangan

5.1. Nisbah Kecairan

Nisbah kecairan mengukur keupayaan syarikat iaitu menjelaskan ‘liabiliti

semasa’ apabila dituntut. Nisbah ini terdiri daripada nisbah semasa dan nisbah

cepat. Jika syarikat tidak mempunyai wang mudah tunai yang mencukupi,

syarikat mungkin tidak dapat membayar semua hutang mengikut masa yang

ditentukan.

5.1.1. Nisbah semasa mengukur sejauh mana syarikat mampu membayar hutang-

hutang jangka pendek sekiranya ‘aset-aset semasa’ ditunaikan.

Nisbah semasa menunjukkan hubungan antara aset semasa dengan liabilit

semasa.

Nisbah Semasa = Aset Semasa

Liabilit Semasa

Nisbah yang baik adalah lebih daripada 1.0 kali kerana ia menunjukkan

syarikat mempunyai kecairan aset yang mencukupi bagi menghadapi masalah

liabiliti jangka pendek.

Contoh:

Tahun 2004: Aset Semasa(RM642,000)/ Liabiliti Semasa (RM325,000) = 1.98:1

Tahun 2005: Aset Semasa (RM532,00)/ Liabiliti Semasa (RM265,000) = 2.00:1

Tahun 2004, syarikat mempunyai nilai jumlah aset semasa sebanyak RM1.98

bagi setiap RM1.00 liabiliti semasa. Terdapat sedikit penurunan tetapi

kedudukan kewangan syarikat masih kukuh.

Pada tahun 2005, syarikat mempunyai nilai jumlah aset semasa sebanyak

RM2.00 bagi setiap RM1.00 liabiliti semasa iaitu jumlah aset semasa dua kali

lebih besar daripada liabilit semasa.

Walau bagaimapun, kedudukan kewangan haruslah seimbang sekurang-

kurangnya 2:1 bagi memastikan syarikat melabur dengan cekap.

Page 5: Topik5 Analisis Penyata Kewangan

5.1.2. Nisbah cepat mengukur kemampuan syarikat membayar hutang jangka

pendek dengan cepat.

Nisbah ini menunjukkan hubungan antara tunai, sekuriti boleh pasar

(saham) dan boleh terima (penghutang) bersih dengan liabiliti semasa.

Nisbah Cepat = Aset semasa – Inventori

Labiliti Semasa

Atau = Tunai + Sekuriti Boleh Pasar + Belum Terima (Bersih)

Liabiliti Semasa

Contoh: Nisbah cepat 1.37: 1 lebih baik daripada 1.00: 1

Contoh pengiraan:

Tahun 2005: Aset Semasa (RM532,000) – Inventori (RM200,000) = 1.25:1

Liabiliti Semasa (RM265,000)

Tahun 2004: Aset Semasa (RM642,000) – Inventori (RM265,000) = 1.16:1

Liabiliti Semasa (RM325,000)

Dalam mengira nisbah cepat, inventori perlu ditolak sebab inventori tidak

mudah ditunai. Oleh itu, selepas ditolak jumlah inventori didapati pada tahun

2005, nisbah cepat adalah sebanyak 1.25. Ini bermaksud, syarikat masih lagi

mempunyai aset semasa yang cukup untuk membayar setiap RM1.00

liabilitinya.

Pada tahun 2004, nisbah cepat adalah 1.16 dan menunjukkan bahawa modal

kerja syarikat masih lagi kukuh.

Jika nisbah kurang daripada 1:1, syarikat perlulah bergantung kepada nilai

inventori dan jualan untuk membayar hutang bagi jangka pendek.

Jika nisbah cepat lebih besar daripada 1:1, tahap kedudukan kewangan

dianggap kukuh.

5.2. Nisbah Pengurusan Aset

Nisbah pengurusan aset adalah terdiri daripada pusing ganti aset tetap, pusing

ganti jumlah aset, pusing ganti inventori dan mengira tempoh pungutan purata.

5.2.1. Pusing ganti aset tetap mengukur kecekapan syarikat dalam menggunakan

aset tetap syarikat untuk menjanakan jualan.

Pusing Ganti Aset Tetap = Jualan

Aset tetap bersih

Contoh pengiraan:

Tahun 2004: RM1,506,000/RM713,000 = 2.11kali

Tahun 2005: RM1,434,000/RM653,000 = 2.20 kali

Page 6: Topik5 Analisis Penyata Kewangan

Oleh kerana pusing ganti aset tetap pada tahun 2005 lebih tinggi daripada

tahun 2004, ini menunjukkan syarikat berjaya membuat jualan yang tinggi

berbanding aset tetap yang ada dalam tahun 2005. Jika nisbah pusing ganti

aset tetap adalah rendah, ini menunjukkan bahawa syarikat telah membuat

banyak pelaburan untuk aset tetap berbanding jumlah jualan.

5.2.2. Pusing ganti jumlah aset adalah untuk mengukur kecekapan syarikat atau

perniagaan menggunakan aset untuk menjana jualan. Syarikta biasanya akan

menggunakan aset dengan cekap dan berkesan untuk meningkatkan hasil

jualan. Jika nisbah pusing ganti jumlah aset adalah tinggi, bermakna syarikat

telah dapat meningkatkan jualan berbanding pelaburan. Jika nisbah pusing

ganti aset rendah, ini menujukkan syarikat ada membuat banyak pelaburan

aset berbanding jumlah jualan syarikat. Oleh itu jualan hendaklah

ditingkatkan dan mengurangkan aset yang dirasakan tidak produktif.

Pusing ganti aset = Jualan bersih atau Jualan

Aset purata Jumlah Aset

Contoh pengiraan:

Tahun 2004: RM1,506,000/RM1,355,000 =1.11:1 atau 1.11 kali

Tahun 2005: 1,434,000/ RM 1,185,000 = 1.21:1 atau 1.21 kali

Pada tahun 2004, pusing ganti aset adalah 1.11 kali bagi setiap ringgit yang

dilaburkan dalam aset perniagaan, manakala pada tahun 2005 pusing ganti

aset telah meningkat kepada 1.21 kali. Ini menunjukkan syarikat berjaya

menghasilkan sebanyak RM1.21 pada tahun 2005.

5.2.3. Pusing ganti inventori mengukur kecairan inventori sesebuah syarikat. Ia

membayangkan kadar pergerakan inventori syarikat. Jika tinggi inventori

diganti semula dengan cepat dan menunjukkan jualan yang baik.

Pusing ganti Inventori = Kos Barang Dijual atau Kos Jualan

Inventori Inventori

Contoh pengiraan:

Tahun 2004: RM1,020,000/RM265,000 = 3.85 kali setahun

Tahun 2005: RM1,000,000/200,000 = 5.00 kali setahun

Pada tahun 2004, nisbah pusing ganti inventori lebih lewat iaitu 3.85 kali

dalam setahun. Maknanya barang dalam stor akan diganti setiap 3.1 bulan

(3.85 kali /12 bulan = 3.1 bulan)

Pada tahun 2005, nisbah pusing ganti inventori adalah dijalankan sebanyak 5

kali. Ini bermakna syarikat menggantikan stoknya setiap 2.4 bulan (5 kali/12

bulan = 2.4 bulan).

Oleh itu, jika syarikat mempunyai barangan yang cepat terjual, stok

hendaklah kecil supaya syarikat tidak menanggung kos inventori yang tinggi.

Page 7: Topik5 Analisis Penyata Kewangan

Namun begitu, nisbah ini tidak dapat memberi gambaran bagi jualan yang baik

terhadap barangan yang bermusim.

5.2.4. Tempoh pungutan purata (Nisbah Purata Masa Kutipan)

Nisbah ini adalah bertujuan memaklumkan kepada peniaga bilangan hari

bagi syarikat mengutip semua akaun belum terima ataupun penghutangnya.

Lebih cepat kutipan dijalankan adalah lebih baik. Jika peniaga lewat

mengutip hutangnya akan memyebabkan modal syarikat terikat dalam

bentuk hutang yang belum dkutip. Oleh itu prestasi kutipan hutang boleh

dilihat dengan menggunakan nisbah ourata masa kutipan ini.

Tempoh pungutan purata = Akaun Penghutang

Jualan Kredit Sehari

Atau

Nisbah Purata Masa Kutipan = Akaun Belum Terima

Jualan Sehari

Contoh pengiraan:

Tahun 2004: RM295,000 = 70.5 hari

RM1,506,000/360 hari

Tahun 2005: RM240,000 = 60.25 hari

RM1.434,000/360 hari

Pada tahun 2004, syarikat menerima bayaran tunai dalam masa lebih kurang

70 hari. Pada tahun 2005 pula, syarikat menerima bayaran tunai dalam masa

lebih kurang 60 hari. Ini menunjukkan pada tahun 2004, terdapat kelewatan

mengutip hutang berbanding pada tahun 2005.Berdasarkan nisbah ini syarikat

perlu sentiasa memastikan bayaran hutang diterima lebih cepat untuk

mengelakkan risiko kekurangan modal pusingan dalam syarikat.

5.3. Nisbah Laveraj

Nisbah leveraj adalah menggambarkan jumlah pembiayaan yang dibuat oleh

pemilik syarikat dan jumlah pembiayaan oleh kreditor. Dengan kata lain, ia

menunjukkan penggunaan pinjaman yang digunakan bagi membiayai perniagaan

dan kemampuan syarikat melunaskan hutangnya. Terdiri daripada nisbah hutang,

nisbah hutang kepada ekuiti dan nisbah perlindungan faedah.

5.3.1. Nisbah hutang mengukur kemampuan syarikat membayar hutang kepada

kreditor. Nisbah ini adalah pecahan daripada jumlah aset yang dibiayai oleh

kreditor untuk menjana keuntungan.

Nisbah Hutang = Jumlah Hutang

Jumlah Aset

Page 8: Topik5 Analisis Penyata Kewangan

Contoh pengiraan:

Tahun 2005: Jumlah Hutang (RM595,000)/ Jumlah Aset (1,185,000) = 0.502:1

= 50%

Tahun 2004: Jumlah Hutang (RM705,000)/ Jumlah Aset (1,355,000) = 0.52:1

= 52%

5.3.2. Nisbah hutang-ekuiti

Nisbah hutang-ekuiti atau nisbah leveraj menunjukkan perkaitan di antara modal

yang dipinjam dengan modal yang dimiliki. Nisbah ini dikira dengan menggunakan

persamaan berikut:

Nisbah hutang-ekuiti = Jumlah Liabiliti/Nilai bersih

Semakin kecil nilai nisbah hutang-ekuiti berserti semakin kukuh kedudukan

kewangan syarikat, kerana semakin besar jumlah ekuiti berbanding dengan jumlah

liabiliti. Sekiranya nisbah hutang-ekuiti bersamaan satu, bererti pemilik perniagaan

menyumbangkan 50% daripada modal perniagaan, manakala 50% lagi dipinjam.

Nisbah Hutang kepada ekuiti = Jumlah Hutang

Jumlah Ekuiti Pemilik

Contoh pengiraan:

Tahun 2004: Jumlah Hutang (RM705,000)

Jumlah Ekuiti Pemilik(RM650.000) = 1.08:1

Tahun 2005: Jumlah Hutang (RM595,000)

Jumlah Ekuiti Pemilik (RM590,000) = 1.01:1

5.3.3. Nisbah perlindungan faedah

Nisbah ini juga dipanggil nisbah masa pulangan faedah yang digunakan

untuk mengukur keupayaan syarikat membayar faedah daripada

pendapatan. Nisbah dapat memberi gambaran dalam menentukan

pendapatan daripada perniagaan untuk digunakan dalam membayar faedah

hutang syarikat.

Pendapatan Sebelum Cukai + Belanja Faedah

Belanja faedah

Oleh keranan nisbah perlindungan faedah dapat mengukur keupayaan

sesebuah syarikat dalam pembayaran faedah ke atas hutang jadi, lebih tinggi

nisbah perlindungan faedah, maka lebih tinggi perlindungannya.

Page 9: Topik5 Analisis Penyata Kewangan

Contoh pengiraan:

Tahun 2004: RM276,000/RM26,000 = 10.6:1 (10.6 kali)

Tahun 2005: RM224,000/ RM24,000 = 9.3:1 (9.3 kali)

Pada tahun 2004, syarikat mempunyai nisbah 9.3:1 iaitu keuntungan syarikat

melebihi sebanyak RM9.30 bagi setiap RM1.00 belanja faedah. Ini bermakna

nisbah perlindungan faedah syarikat adalah bertambah sebanyak 9.3 kali.

Pada tahun2005, syarikat mempunyai nisbah 10.6:1 iaitu keuntungan syarikat

melebihi sebanyak RM10.6 bagi setiap RM1.00 belanja faedah. Ini bermakna

nisbah perlindungan faedah syarikat adalah bertambah sebanyak 10.6 kali.

Jika nisbah adalah negatif, bermakna syarikat tidak berupaya membayar

faedah ke atas hutangnya.

Jika nisbah kurang daripada 1.0 kali, bermakna syarikat hanya mampu

membayar sebahagian daripada faedah ke atas hutangnya.

Jika nisbah adalah 1.0 kali, menunjukkan syarikat mampu membayar kesemua

faedah ke atas pinjamannya. Tetapi dalam situasi ini syarikat tidak

mempunyai rizab untk membuat pelaburan yang akan datang atau diagihkan

kepada pelaburnya.

5.4. Nisbah Keberuntungan

Adalah untuk mengukur hasil atau keupayaan operasi sebuah perniagaan bagi suatu

tempoh tertentu.

5.4.1. Nisbah margin untung bersih mengukur peratusan setiap ringgit hasil

bersih daripada jualan bersih bagi suatu tempoh tertentu.

Margin untung bersih= Unting bersih x 100%

Jualan bersih

Contoh: margin untung 13% = bagi setiap RM1.00 jualan, syarikat berjaya

memperoleh untung bersih sebanyak 13 sen pada tempoh berkenaan.

Contoh pengiraan:

Tahun 2004: RM 150,000/ RM1,506,000 x 100% = 3.32%

Tahun 2005: RM 120,000/ RM1,434,000 x 100% = 8.37%

Pada tahun 2004, syarikat telah membuat keuntungan bersih sebanyak 3.32%.

Ini bermakna, syarikat telah membuat keuntungan bersih sebanyak 3.32% bagi

setiap RM1.00 jualannya. Pada tahun 2005, syarikat telah meningkatkan

keuntungan bersih kepada 8.37%, bermakna bagi setiap RM1.00 jualan syarikat

telah dapat meningkatkan keuntungan bersih sebanyak 8.37% lebih baik

daripada tahun 2004.

Walau bagaimanapun, margin keuntungan tidak menggambarkan keuntungan

syarikat secara keseluruhan kerana syarikat masih perlu mengambil kira nilai

aset syarikat, nisbah inventori dan akaun belum terima.

Page 10: Topik5 Analisis Penyata Kewangan

5.4.2. Nisbah pulangan atas aset (ROA) mengukur pulangan yang diperolehi oleh

syarikat bagi setiap ringgit aset yang dimiliki oleh syarikat. Jika aset

bertambah, saiz syarikat juga bertambah tetapi untung tidak semestinya

bertambah. Jika untung bertambah, tetapi saiz syarikat tidak bertambah,

menggambarkan pulangan ats jumlah aset adalah berkurang.

Nisbah pulangan atas aset = Untung Bersih – Dividen Saham Terutama

Jumlah Aset

Atau

Nisbah pulangan atas aset = Untung Bersih

Jumlah Aset

Contoh: untung bersih RM3,500, Jumlah aset RM27,100.

Pulangan atas aset = 3500/27100

= 0.13

Bermakna, bagi setiap RM1.00 aset, syarikat berupaya mendapat pulangan

sebanyak 13 sen.

Contoh pengiraan:

Tahun 2004: RM150,000/ RM1,355,000 = 11.1%

Tahun 2005: RM 120,000/ RM1,185,000 = 10.1%

Pada tahun 2004, kadar pulangan adalah 11.1%. Ini menunjukkan syarikat

mendapat pulangan 11.1 sen bagi setiap ringgit pelaburan atas asetnya.

Pada tahun 2005, kadar pulangan adalah 10.1%. Ini menunjukkan syarikat

mendapat pulangan 10.1% bagi setiap ringgit pelaburan iaitu menurun

berbanding pada tahun 2004. Peratusan ini menggambarkan kecekapan

syarikat dalam penggunaan aset pada tahun 2005 adalah rendah dan

pelaburan yang dibuat terhadap aset semakin kurang cekap. Oleh itu ,

syarikat perlu meningkatkan keuntungan pada masa akan datang bagi

mendapat pulangan yang tinggi.

5.4.3. Nisbah pulangan ekuiti mengukur pulangan yang diperolehi oleh pemilik

atau pemegang saham bagi setiap ringit yang dimilikinya dalam syarikat.

Dengan kata lain, nisbah ini mengukur kecekapan syarikat dalam

menggunakan wang pelaburan yang dibuat oleh pemegang sahamnya.

Nisbah pulangan ekuiti = Untung Bersih – Dividen Saham Terutama

Jumlah Ekuiti

Atau

Nisbah pulangan ekuiti = Untung bersih

Ekuiti Biasa

Page 11: Topik5 Analisis Penyata Kewangan

Contoh: untung bersih RM3500, jumlah ekuiti = RM13000

Pulangan ekuiti : 3500/1300 = 0.27

Bermakna, bagi setiap Rm1.00 ekuiti, syarikat berupaya memperolehi

pulangan sebanyak 27 sen.

Conto h pengiraan:

Tahun 2004: RM150,000/ RM650,000 = 23.1%

Tahun 2005: RM120,000/ RM590,000 = 20.3%

Pada tahun 2004, pulangan adalah sebanyak 23.1% bagi setiap RM1.00

pelaburan. Pada tahun 2005, syarikat mendapat pulangan sebanyak 20.3%

bagi setiap RM1.00 pelaburan. Dalam keadaan ini pihak pelabur mungkin

tidak akan berpuas hati terhadap pulangan atas ekuiti yang menurun

berbanding pada tahun 2004. Berdasarkan prestasi ini pihak pelabur akan

menilai kembali pulangan atas ekuiti dan akan membuat keputusan sama

ada untuk membuat pelaburan lagi atau sebaliknya.

5.5. Nisbah Nilai Pasaran

5.5.1. Nisbah harga perolehan menunjukkan amaun ringgit yang sanggup dibayar

oleh pelabur untuk setiap ringgit keuntungan yang dijanakan oleh syarikat.

Lebih tinggi nisbah ini, lebih menarik saham biasa pada pandangan pelabur.

Sebelum mengira nisbah harga perolehan, syarikat perlu mengira perolehan

bagi setiap unit sahamnya. Perolehan sesaham adalah untuk mengukur amaun

pendapatan bersih yang diperoleh syarikat bagi setiap saham biasa yang

diterbitkan iaitu:

Perolehan sesaham = Untung bersih

Jumlah saham biasa diterbitkan

Contoh pengiraan:

Tahun 2004: RM150,000

50,000 unit = RM3.00 seunit

Tahun 2005: RM120,000

50,000 seunit = RM2.40 seunit

Setelah mengira perolehan sesaham, syarikat akan dapat mengira nisbah

harga perolehan iaitu:

Nisbah harga perolehan = Harga Pasaran Saham Biasa

Perolehan Sesaham

Page 12: Topik5 Analisis Penyata Kewangan

Contoh pengiraan:

Andaikan harga pasaran saham biasa bagi tahun 2004 dan tahun 2005 masing-

masing adalah RM14.00 dan RM8.00

Oleh itu nisbah harga perolehan adalah:

Tahun 2004: RM14.00/ RM3.00 = 4.67 kali

Tahun 2005: RM8.00/ RM2.40 = 3.33 kali

Pada tahun 2004, setiap saham biasa syarikat telah dijual dengan harga 4.67

kali daripada jumlah perolehan bagi setiap saham biasa. Manakala pada tahun

2005, setiap saham biasa telah dijual dengan harga 3.33 kali daripada jumah

perolehan bagi setiap saham biasa. Didapati bahawa, nisbah harga perolehan

pada tahun 2005 kurang daripada tahun 2004.

Oleh kerana nisbah harga perolehan mengukur harga pasaran setiap saham

biasa berbanding dengan perolehan sesaham syarikat, maka ini dapat

membantu pelabur membuat penilaian terhadap perolehan syarikat pada

tahun-tahun akan datang.

5.5.2. Nisbah pasaran kepada buku menggambarkan persepsi pelabur terhadap

saham syarikat. Nisbah yang tinggi menunjukkan pelabur sanggup membayar

lebih bagi setiap ringgit nilai buku saham tersebut. Nilai buku merupakan

jumlah ekuiti pemilik yang tercatat dalam kunci kira-kira. Nilai buku sesaham

dikira dengan membahagikan jumlah ekuiti pemilik dengan bilangan saham.

Nilai buku sesaham = Jumlah ekuiti pemilik

Bilangan saham (unit)

Nisbah pasaran kepada buku = Harga Saham

Nilai Buku Sesaham

Contoh pengiraan berdasarkan jadual 5.1 dan 5.2 :

Nilai buku sesaham

Tahun 2004: RM650,000/ 50,000 unit = RM13.00

Tahun 2005: RM 590,000/50,000 unit = RM11.80

Nisbah pasaran kepada buku

Jika harga pasaran saham seunit adalah RM2.00 pada tahun 2004 dan 2005:

Tahun 2004: RM2.00/ RM13.00 = 0.15 atau 15%

Tahun 2005: RM2.00/ RM11.80 = 0.17atau 17%

Page 13: Topik5 Analisis Penyata Kewangan

5.6. Analisis Arah Aliran

Usahawan boleh mengenal pasti prestasi syarikat naik atau turun dengan membuat

rekod kewangan untuk beberapa tahun. Analisis ini apabila digabungkan akan dapat

digunakan untuk membuat perbandingan dengan syarikat dalam industri yang sama.

5.7. Analisis Keratan Rentas

Analisis ke atas nisbah kewangan sesebuah syarikat dengan nisbah yang sama dengan

syarikat lain dalam industri yang sama. contohnya: atas nisbah hutang beberpa

syarikat dalam telekomunikasi. Iaitu dengan mengambil nisbah hutang beberapa

syarikat dan membuat perbandingan. Ini dilakukan oleh penalisis untuk mencari

status kewangan syarikat yang sihat di mana dapat membantu pelabur membuat

keputusan dalam membuat pelaburan dalam syarikat.

Penggunaan rangka kerja DuPont: aplikasi

Model ini boleh digunakan oleh jabatan pembelian atau jualan untuk

menilai atau memperlihatkan sebab jumlah pulangan atas aset diperolehi.

Bandingkan dengan syarikat lain atau pesaing.

Menganalisis perubahan atas masa.

Mengajar usahawan kefahaman mudah bagaimana mereka boleh mendapat

impak hasil.

Menunjukkan impak profesional fungsi pembelian.

Langkah-langkah kaedah DuPont :Proses

1. Kira urusniaga berdasarkan maklumat di jabatan kewangan.

2. Kira guna spreadsheet/ excel

3. Buat kesimpulan.

4. Jika kesimpulan tidak munasabah/ tidak realisitik, semak

urusniaga/pengiraan

Kekuatan model Du Pont Model: kebaikan

Mudah: alat yang baik untuk mengajar usahawan secara pemahaman yang

asas tentang bagaimana mereka boleh mendapat impak atas keputusan.

Mudah dihungkaitkan dengan skim pampasan.

Boleh digunakan untuk menyakinkan pengurusan bahawa langkah-langkah

tertentu perlu diambil untuk membuat pembelian atau jualan secara profesional.

Ia merujuk kepada organisasi sendiri dan bukan semata-mata melihat

organisasi lain dari segi mencapai keuntungan dengan cara meningkatkan

pulangan dan kekuatan pengurusan

5.8. Batasan dan kelemahan analisis nisbah

Berasaskan nombor perakaunan dan secara asasnya tidak boleh dipercayai.

Tidak termasuk kos modal.

Garbage in, garbage out.

Page 14: Topik5 Analisis Penyata Kewangan

Kaedah Du Pont adalah mudah digunakan iaitu sebagai alat yang baik untuk mengajar

usahawan secara pemahaman yang asas tentang cara mereka boleh mendapat impak

atas keputusan. Kaedah ini juga mudah dihubungkaitkan dengan skim pampasan dan

boleh digunakan untuk menyakinkan pengurusan. Dengan cara ini langkah-langkah

tertentu boleh diambil untuk membuat pembelian atau jualan secara profesional.

Analisis nisbah dapat merujuk kepada organisasi sendiri dan bukan semata-mata melihat

organisasi lain dari segi mencapai keuntungan dengan cara meningkatkan pulangan dan

kekuatan pengurusan. Batasan penggunaan analisis nisbah ini adalah ia dianalisis

berasaskan nombor perakaunan dan secara asasnya tidak boleh dipercayai. Analisis

tidak termasuk kos modal (garbage in, garbage out). Sekiranya kaedah DuPont

digunakan untuk membuat analisis nisbah syarat yanga perlu dipatuhi adalah nombor

perakaunan mestilah boleh dipercayai.

Gambarajah Model DuPont (sumber: http://www.12manage.com)

Page 15: Topik5 Analisis Penyata Kewangan

Gambarajah Model Analisis Kewangan DuPont – Pengiraan Berasaskan Pasaran (sumber: http://www.centrec.com/resources/DuPont/DuPontB.JPG)

Page 16: Topik5 Analisis Penyata Kewangan

Ujian 1

Kunci Kira-kira Syarikat Juwara Bhd

Pada 31 Disember 2012

2011 (RM)

20012 (RM)

ASET

Aset Semasa

Tunai 44,000

56,000 Sekuriti boleh pasar 60,000

66,000

Akaun belum terima 215,000

270,000 Inventori 165,000

180,000

Jumlah Aset Semasa 484,000

572,000

Aset Tetap

Bangunan dan Peralatan 1,050,000

980,000 Tolak: Susut Nilai 337,000

327,000

Jumlah Aset Tetap 713,000

653,000

JUMLAH ASET 1,197,000

1,225,000

LIABILITI SEMASA DAN EKUITI PEMILIK

Liabiliti Semasa

Nota Belum Bayar 175,000

140,000

Overdraft 50,000

50,000 Belanja Terakru 127,000

105,000

Jumlah Liabiliti Semasa 352,000

295,000

Hutang Jangka Panjang 350,000

310,000

Jumlah Liabiliti 702,000

605,000

Ekuiti Pemegang Saham

Saham Biasa RM3.00 par 50,000 setahun 150,000

150,000

Lebihan Dibayar 290,000

290,000 Pendapatan Tertahan 260,000

200,000

Jumlah Ekuiti Pemegang Saham 700,000

640,000

JUMLAH LIABILITI DAN EKUITI 1,402,000

1,245,000

Page 17: Topik5 Analisis Penyata Kewangan

Penyata Untung Rugi Syarikat Juwara Bhd

Pada 31 Disember 2012

2011 (RM)

2012 (RM)

Jualan 1,565,000

1,730,000 Tolak: Kos Barang Dijual 1,050,000

1,020,000

Untung Kasar 515,000

710,000

Tolak: Belanja Operasi 140,000

140,000 Belanja Pemasaran 60,000

60,,000

Susut Nilai 10,000

10000

Jumlah Belanja Operasi 210,000

210,000

Pendapatan Sebelum Faedah dan Cukai 305,000

500,000

Tolak: Belanja Faedah 28,000

25,000

Pendapatan Sebelum Cukai 277,000

475,000

Tolak: Cukai 30% 83,100

142,500

Untung Bersih 193,900

332,500

Perolehan Per Saham (EPS)

(untung bersih/ jumlah saham) RM3.88

RM6.65

Dikehendaki:

Kira nisbah berikut bagi tahun 2012.

a.Nisbah semasa

b. Nisbah cepat

c. Pusing ganti inventori

d. Nisbah margin untung bersih

e. Nisbah Pusing ganti aset tetap

Page 18: Topik5 Analisis Penyata Kewangan

f. Nisbah hutang atas aset

g. Nisbah harga perolehan

Ujian 2

Berikut adalah hasil analisis terhadap data kewangan Syarikat Majujaya Bhd. bagi tahun

kewangan berakhir 31 Disember 2012.

2011 2012

Nisbah semasa 3.4:1 2.4:1

Nisbah cepat 0.9:1 1.6:1

Pusing ganti inventori 2.5 kali 2.0 kali

Pendapatan bersih Naik 35% Turun 5%

Perolehan sesaham RM4.20 RM3.10

Dikehendaki:

1. a. Sediakan satu senarai yang mengandungi ulasan atau komen ringkas

tentang bagaimana setiap nisbah tersebut dapat membuktikan keupayaan

syarikat untuk menjelaskan hutang dan menjalankan perniagaan secara

berterusan.

b. Anda juga perlu menyatakan kesan dan batasan setiap item nisbah

tersebut secara berasingan.

c. Buat rumusan atau kesimpilan mengenai keupayaan keseluruhan

syarikat untuk menjelaskan hutang dan menjalankan perniagaan secara

berterusan.

2. Nyatakan batasan-batasan analisis nisbah yang telah dibuat terhadap

penyata kewangan Syarikat Majujaya Bhd.

Page 19: Topik5 Analisis Penyata Kewangan

Rujukan

Abu Bakar Hamid. 2006. Keusahawanan dan pengurusan perniagaan kecil, Penerbit

Universiti Utara Malaysia, Sintok.

Aini Hayati et al. 2009. Teks Pra-U STPM Matrikulasi Pengajian Perniagaan 1, Pearson-

Longman Malaysia Sdn. Bhd., Petaling Jaya.

Wan Madznah Wan Ibrahim. 2007. Prinsip perakaunan, Oxford Fajar Sdn Bhd, Shah Alam.