utpsz 19:16 (pind.1/97) universiti teknologi malaysia · kepada pensyarah, en mohsin b. uzir,...
Post on 29-Oct-2019
10 Views
Preview:
TRANSCRIPT
UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI KEELEKTROMAGNETAN PADA PERINGKAT TINGKATAN EMPAT.
SESI PENGAJIAN: 2003/2004.
Saya RHOZAIMAH BINTI MD.NOOR
(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam
(AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).
TIDAK TERHAD Disahkan oleh
__________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS). (TANDATANGAN PENYELIA).
Alamat tetap: ENCIK SHAHRIN BIN HASHIM KG TELUK KANDIH, MUKIM DERGA, Nama Penyelia. 05400, ALOR SETAR KEDAH DARUL AMAN
Tarikh : Tarikh:
PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PEMBELAJARAN
KENDIRI KEELEKTROMAGNETAN PADA PERINGKAT TINGKATAN
EMPAT
RHOZAIMAH BINTI MD.NOOR
Laporan projek ini dikemukakan sebagai
memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
Februari, 2004
iii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : ……………………………………………. Nama Penulis : RHOZAIMAH BINTI MD.NOOR Tarikh : FEBRUARI 2004
iv
DEDIKASI
Pengabadian kasih dan sayang buat ayahanda bonda:
Md.Noor B. Sulaiman & Bashah Bt.Ali,
Terima kasih di atas pengorbanan ayahanda bonda selama ini, tanpamu tidak mungkin
kejayaan ini dapat dikecapi
Pembakar semangat, adik-adikku yang sangat disayangi:
Roslina
Nor Atiqah
Muhamad Irfan Hakim
Insan yang banyak memberi dorongan kejayaan ini, kaulah sumber ilhamku,
Mohamad Mahyudin B. Mohamad Ishak
Kepada semua teman seperjuangan yang menjadi tunjang keyakinan ini untuk
menggenggam segulung ijazah, semoga kejayaan dan kebahagiaan akan senantiasa
mengiringi perjalanan hidup kalian.
v
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah S.W.T kerana berkat izin dariNya maka
terhasillah Projek Sarjana Muda ini dengan jayanya.
Jutaan ucapan terima kasih kepada pensyarah pembimbing En.Shahrin B. Hashim
yang banyak memberi tunjuk ajar dan nasihat dalam menjalankan Projek Sarjana Muda
ini.Segala teguran dan dorongan yang telah diberikan amat berguna dan bermakna sekali
dalam usaha menyiapkan PSM ini. Kesabaran dan keikhlasan yang beliau berikan, tidak
akan dilupakan sampai bila-bila. Semoga Allah S.W.T sahaja yang dapat membalas
segala budi baik beliau.
Kepada Guru Panitia Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik Sekolah
Menengah Teknik Balik Pulau, Pulau Pinang, terima kasih yang tidak terhingga
diucapkan. Syukur kerana berpeluang menimba ilmu selama dua tahun di bumi Balik
Pulau. Kepada Cikgu Rahim B. Jailani di atas tunjuk ajarmu selama ini, terima kasih.
Kepada pensyarah, En Mohsin B. Uzir, rakan-rakan seperjuangan yang banyak
memberi sumbangan idea dan pertolongan dari segi semua aspek. Budi baik kalian semua
tidak mungkin dilupakan selamanya.
Ribuan penghargaan juga dihulurkan kepada semua pihak yang terlibat secara
langsung ataupun tidak, penulis sekali lagi memohon sepuluh jari memohon maaf atas
segala kekurangan dan ucapan terima kasih tidak terkira. Semoga keikhlasan yang
diberikan mendapat hidayah dariNya.
vi
ABSTRAK
Modul Pengajaran Kendiri (MPK) adalah salah satu alat yang boleh membantu
guru dalam memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. MPK boleh digunakan di
mana-mana tempat dan tidak semestinya di sekolah sahaja asalkan ada keinginan untuk
belajar di dalam setiap diri pelajar. Pembinaan MPK adalah berdasarkan tajuk-tajuk kecil
dari sesuatu mata pelajaran. Model Teras-Cabang Shaharom (1994) dijadikan panduan
pembinaan MPK Keelektromagnetan yang bermutu. Kajian yang dijalankan adalah untuk
menilai status kesesuaian MPK Keeletromagnetan pada peringkat Tingkatan Empat di
Sekolah Menengah Teknik berdasarkan kepada Huraian Sukatan Pelajaran Pengajian
Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. Persoalan kajian adalah berkaitan dengan
perbezaan status kesesuaian MPK Keelektromagnetan merentas tempoh mengajar,
merentas kelulusan akademik dan merentas jantina Kajian bermula dengan melakukan
kajian rintis terhadap lapan orang guru. Penilaian Formatif Satu Dengan Satu (PFSS) pula
melibatkan empat orang guru dan Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK) seramai
sepuluh orang guru. Ia adalah untuk menilai kesesuaian MPK Keelektromagnetan yang
telah dibina. Penilaian kesesuaian MPK Keelektromagnetan dibuat oleh 14 orang guru
Kejuruteraan Elektrik yang sedang menyambung pengajian di Universiti Teknologi
Malaysia (UTM). Alat kajian yang digunakan bagi menentukan status kesesuaian MPK
ialah Skala Pemeringkatan Untuk Soal Selidik Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri
(Guru) (Shaharom 1994) dan dianalisis secara statistik deskriptif dalam bentuk min dan
sisihan min. Kesimpulan kajian ini mendapati bahawa modul ini mempunyai potensi bagi
meningkatkan prestasi pelajar dalam proses P & P. Di akhir kajian penyelidik telah
mengemukakan beberapa cadangan yang boleh diteliti oleh pihak tertentu.
vii
ABSTRACT
Self Instructional Modules (SIMs) are materials used in teaching and learning
process. Students can use SIMs at their own conveniences either in the classroom or at
home. SIMs are constructed based on sub topics of a particular subject. This study was
carried out to evaluate the suitability level of Electromagnetism SIMs for the subject of
for Form Four Electrical & Electronics Engineering in Technical Schools. The design of
the SIMs was based on the 1989 Form Four syllabus for the subject of Electrical &
Electronics Engineering. The Electromagnetism SIMs were developed based on
Shaharom’s Core-Branch Model (1994).The Suitability of the SIMs was evaluated using
two stages of formative evaluation : One-to-One Formative Evaluation (OOFE) (four
teachers) and Small Group Formative Evaluation (SGFE)(ten teachers). Eight is involve
in pilot. The research questions involved the differences of the level of suitability,
irrespective of teaching time, academic levels and gender. 14 teachers studying in
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) evaluated the suitability of the Electromagnetism
SIMs. The research instrument used was the rating scale for Soal Selidik Kesesuaian
Modul Pengajaran Kendiri (Guru) (Shaharom, 1994). Statistical descriptive method was
used to analyze the data for mean and mean deviation. As a conclusion, the study found
that the module showed the effort to increase the good result to the pupils. A few
implication for the achievement of Elctrical & Electronics subject were suggested, the
study limitations were stated and a few recommendations for further study were also
given in this research.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL i PENGAKUAN ii DEDIKASI iv PENGHARGAAN v ABSTRAK vi KANDUNGAN viii SENARAI JADUAL xii SENARAI RAJAH xiii SENARAI SINGKATAN xiiv SENARAI LAMPIRAN xv
ix
BAHAGIAN SATU
BAB 1
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Kajian 3
1.2.1 Kekurangan Bahan Rujukan Bagi 4
Matapelajaran PKEE
1.2.2 Pemudahcara Guru 4
1.2.3 Rujukan Pelajar 4
1.2.4 Isi Kandungan Bahan Rujukan 5
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.6.1 Guru 7
1.6.2 Pelajar 8
1.6.3 Kementerian Pendidikan Malaysia 8
1.7 Skop Kajian 9
1.8 Takrifan Istilah 9
1.9 Ringkasan 11
x
BAHAGIAN DUA
BAB II
BAB II SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 12
2.2 Takrifan Modul Pengajaran Kendiri 13
2.3 Modul Pembelajaran Kendiri 14
2.3.1 Model Burns 15
2.3.2 Model Klingstedt 15
2.3.3 Model Eijl 16
2.3.4 Model Cece-Djadja 16
2.3.5 Model Teras-Cabang 17
2.4 Ciri-Ciri MPK 20
2.5 Rasional Penggunaan Model Teras-Cabang 21
Shahrom (1994) 21
2.6 Penilaian Formatif 21
2.7 Ciri-Ciri Asas Modul Pembelajaran Kendiri 23
2.8 Garis Panduan Penulisan Modul 23
2.9 Prinsip Pedagogi Yang Menjadi Asas 24
Pembentukan Modul Pembelajaran Kendiri
2.10 Objektif Penggunaan Modul 25
2.11 Pengetahuan Dan Konsep Asas Yang 25
Berkaitan Dengan Pembelajaran
2.12 Corak Pengajaran Dan Pembelajaran 26
Terkini Modul Pengajaran Kendiri
2.13 Proses Pembelajaran Modul 29
2.14 Dapatan Tentang “Keberkesanan ” 30
Modul Pengajaran Kendiri Terhadap
Pencapaian Akademik
2.15 Dapatan Tentang “Penggunaan” Modul 30
xi
Pengajaran Kendiri Sebagai Bahan
Pengajaran Dan Pembelajaran
2.16 Kesimpulan 31
BAHAGIAN TIGA BAB III
BAB III METODOLOGI 3.1 Rekabentuk Kajian 32
3.2 Subjek Kajian 33
3.3 Alat Kajian 34
3.4 Tatacara Kajian 35
3.4.1 Kajian Tahap Satu: Pembinaan MPK 37
3.4.2 Kajian Tahap Dua 38
3.4.2.1 Kajian Rintis 38
3.4.2.2 Penilaian Formatif 39
3.4.2.3 Kajian Tahap Tiga: Analisis Data Dan 40
Maklumat
3.5 Andaian 42
3.6 Ringkasan 42
xii
BAHAGIAN EMPAT BAB IV
BAB IV ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN KAJIAN
4.1 Kajian Rintis 43
4.2 Penilaian Formatif Terhadap MPK 43
4.2.1 Persoalan Kajian 1 44
4.2.2 Persoalan Kajian 2 45
4.2.3 Persoalan Kajian 3 46
4.2.4 Persoalan Kajian 4 47
4.2.5 Persoalan Kajian 5 48
4.2.6 Persoalan Kajian 6 49
4.2.7 Persoalan Kajian 7 50
4.2.8 Persoalan Kajian 8 51
4.3 Kesimpulan 52
BAHAGIAN LIMA
BAB V
BAB V RUMUSAN , PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pendahuluan 53
5.2 Rumusan 54
5.2.1 Penilaian Formatif Satu Dengan Satu (PFSS) 54
5.2.2 Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK) 54
5.3 Perbincangan 55
5.4 Cadangan 58
5.5 Cadangan Penyelidikan Masa Hadapan 59
5.6 Penutup 60
xiii
SENARAI JADUAL
NO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT
4.1 Penilaian Formatif Satu Dengan Satu (PFSS) oleh guru 43
terhadap kesesuaian MPK
4.2 Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK) oleh guru 44
terhadap kesesuaian MPK.
4.3 Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK) oleh guru 45
terhadap kesesuaian MPK.
4.4 Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK) oleh guru 46
merentas jantina.
4.5 Penilaian Formatif Satu Dengan Satu(PFSS) oleh guru 47
merentas kelulusan akademik.
4.6 Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK) oleh guru 58
merentas kelulusan akademik.
4.7 Penilaian Formatif Satu Dengan Satu (PFSS) oleh guru 59
merentas tempoh mengajar.
4.8 Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK) oleh guru 50
merentas tempoh mengajar.
xiv
SENARAI RAJAH
NO.RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1 Model Teras-Cabang Shaharom 20
2.2 Proses Pembelajaran Modul 29
3.2 Rangka Kerja Kajian Keseluruhan 36
3.3 Rangka Kerja Pembinaan MPK 37
3.4 Rangka Kerja Kajian Rintis 38
3.5 Rangka Kerja:Penilaian Formatif 39
xv
SENARAI SINGKATAN
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia
MPK - Modul Pengajaran Kendiri
P&P - Pengajaran dan Pembelajaran
PFKK - Penilaian Formatif Kelompok Kecil
PFPL - Penilaian Formatif Percubaan Luar
PFSS - Penilaian Formatif Satu Dengan Satu
PKEE - Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
PKG - Pusat Kegiatan Guru
PKPG - Program Khas Pensiswazahan Guru
PSD - Pusat Sumber Daerah
PSPN - Pusat Sumber Pendidikan Negeri
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
S - Sisihan min
X - Nilai min
Xi - Setiap Markat
% - Peratus
n - Jumlah Bilangan Markat
Σ - Perjumlahan / Hasil Tambahan
< - Lebih Kecil
> - Lebih Besar
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
LAMPIRAN A Bibliografi 61 LAMPIRAN B Borang Soal Selidik 66 LAMPIRAN C Borang Pengesahan Bahan Kajian 71 LAMPIRAN D Borang Pengesahan Pakar Bidang 73 LAMPIRAN E Jadual Pemeringkatan Kesesuaian 74
MPK Untuk Guru
LAMPIRAN F Surat Kebenaran Bahagian Perancangan 75
Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Perkembangan pendidikan sesebuah negara sewajarnya berlaku seiring dengan
pembangunan yang seimbang. Menjelang tahun 1999, pendidikan di Malaysia terus
berkembang dengan tertubuhnya Sekolah Bestari yang dilengkapi dengan pelbagai
kemudahan pengajaran dan pembelajaran berteknologi moden. ( Mohd Salleh, 1998)
Melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), pelbagai sistem dan kaedah baru
diperkenalkan bagi memperkemaskan keseluruhan sistem yang sedia ada. Pelbagai teknik
pengajaran selaras dengan Matlamat Pendidikan (MP) dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK) yang ditetapkan dan dibentuk untuk melahirkan tenaga kerja yang mencukupi dan
sempurna.
Sistem pendidikan di negara ini mengalami proses perkembangan yang pesat dan
mencabar selaras dengan hasrat dan cita-cita Falsafah Pendidikan Kebangsaan . Ini dapat
dilihat dengan jelas dalam intisari Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan
yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
2
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
Negara.”
Bagi melaksanakan hasrat dan cita-cita Falsafah Pendidikan Kebangsaan , guru
merupakan pejuang barisan hadapan untuk mendidik anak bangsa (KPM, 1998).Sebagai
golongan pendidik yang terlatih dan berwibawa, guru seharusnya lebih peka kepada
perubahan zaman dan kehendak semasa. Dengan berlakunya ledakan pengetahuan atau
“knowledge explosion”, sewajarnyalah amalan kaedah dan teknik tradisional “ chalk and
talk” diberi nafas baru dan dipelbagaikan pula teknik-teknik lain untuk menarik minat dan
merangsang minda pelajar (Azizah, 1999).
Berdasarkan kenyataan-kenyataan di atas maka, guru seharusnya mencari inisiatif
bagi memastikan Matlamat Pendidikan Kebangsaan tercapai sepenuhnya. Alat bantu
mengajar dan bahan bantu mengajar adalah elemen penting yang perlu semasa proses
pengajaran dan pembelajaran. Selain dari dapat menjadi bahan bahan bagi memudahkan guru
dan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran, bahan-bahan bercetak seumpamanya
dapat menjadi daya penarik kepada pelajar untuk menumpukan perhatian kepada isi pelajaran
yang disampaiakan oleh guru. Bahan ini terdiri dari pelbagai bentuk sama ada secara bercetak
ataupun media elektronik seperti buku-buku, nota, perakam kaset, pita audio video, slaid dan
komputer .
Keperluan menyediakan bahan pembelajaran yang bersesuaian, cekap dan berkesan
yang lebih memusatkan kepada para pelajar perlu diberi perhatian yang sewajarnya demi
mengembangkan potensi individu mereka ( Shaharom, 2002).
Oleh itu, bahan untuk proses pengajaran dan pembelajaran amatlah perlu dititikberatkan oleh
guru semasa proses pemilihannya supaya objektif pembelajaran dapat dicapai.
3
1.2 Latar Belakang Masalah
Penggunaan buku teks sebagai bahan P & P ada kaitannya dengan kaedah pengajaran
tradisional iaitu guru menerang dan menulis di papan hitam (chalk and talk). Proses P & P
melalui kaedah ini tidak lagi bersesuaian dengan adanya pelbagai kemudahan terutamanya
dalam bidang percetakan dan penyiaran. Sebagaimana yang diketahui, bahan pembelajaran
boleh didapati dalam bentuk bercetak mahupun media elektronik; namun tidak semua sekolah
mampu menyediakan peralatan canggih seperti Liquid Crystal Display (LCD) projector di
setiap bilik darjah untuk aktiviti P & P guru dan para pelajarnya. Bertitik tolak dari
permasalahan ini, MPK dilihat lebih bersesuaian untuk mengambil peranannya di sini.
Kebanyakan buku teks yang ada sekarang ini hanya ditulis untuk memberi maklumat
kepada para pembacanya, bukannya untuk memberikan program pembelajaran yang tersusun
kepada mereka. Jarang juga terdapat buku teks yang memperincikan setiap tajuk bagi
meningkatkan kefahaman para pelajarnya. Penghasilan buku teks biasanya dilakukan dalam
urutan dan meliputi bidang yang luas, tidak diuji terlebih dahulu pada peringkat awal
penghasilannya bagi menilai tahap keberkesanannya dari segi pembelajaran para pelajar.
(Shaharom, 1991)
Walaupun buku teks adalah teras rujukan utama namun, Kementerian Pendidikan
tidak pula menghadkan rujukan dari bahan ilmiah lain yang berkaitan serta penggunaan
buku-buku kerja yang mempunyai isi kandungan yang sesuai di mana ia boleh digunakan
oleh guru dan pelajar untuk meluaskan skop P & P dalam bilik darjah. Oleh itu, penggunaan
MPK sebagai buku rujukan tambahan amat sesuai bagi menjadikan proses P & P lebih
menarik dan berkesan.
Buku teks merupakan bahan bercetak sekolah-sekolah khususnya bagi matapelajaran
teknikal yang menjadikan buku teks sebagai rujukan utama kerana tiada buku rujukan lain
yang diterbitkan khas untuk pelajar aliran teknikal yang mengambil matapelajaran Pengajian
Kejuruteraan Awam, Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik dan Pengajian
Kejuruteraan Mekanikal.
4
Antara permasalahan yang menyebabkan penyelidik ingin membina MPK dan
melakukan kajian seumpama ini ialah:
1.2.1 Kekurangan Bahan Rujukan Bagi Matapelajaran PKEE
Seperti yang kita sedia maklum, pelajar aliran teknik yang mengambil kursus
Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik hanya menggunakan buku teks PKEE sebagai
bahan rujukan untuk belajar, mengulangkaji, membuat latihan dan sebagainya. Situasi ini
bukan sahaja dihadapi bagi pelajar yang mengambil matapelajaran PKEE, malah pelajar yang
mengambil mata pelajaran PKA dan PKM. Ini adalah kerana tiada penerbit yang sanggup
menerbitkan buku-buku rujukan bagi pelajar aliran teknikal yang mana bilangan pelajarnya
yang terlalu sedikit memandangkan bilangan Sekolah Menengah Teknik di Malaysia adalah
kurang dari seratus buah jumlahnya. Penerbit tidak mahu mengambil risiko kerugian dengan
menerbitkan buku rujukan ataupun buku latihan yang belum tentu memberi pulangan yang
menguntungkan pihak mereka. Dengan pembinaan MPK ini, ia diharapkan dapat
menambahkan lagi bilangan bahan rujukan pelajar dan guru.
1.2.2 Pemudahcara Guru
Pembinaan MPK adalah penting bagi memudahkan guru bagi menjalankan aktiviti di
dalam bilik darjah dan ini secara tidak langsung dapat menambahkan bahan rujukan guru.
Apabila ketiadaan guru sekalipun, pelajar masih dapat belajar menggunakan modul tersebut.
1.2.3 Rujukan Pelajar
Sejak dilahirkan pelajar telah mewarisi asas-asas kecerdasan yang membolehkan
mereka belajar dan menyesuaikan diri dengan alam sekeliling mereka. Namun begitu, mereka
mempunyai perbezaan individu yang berpunca daripada latarbelakang sosial dan kedudukan
geografi. Walaupun mereka berada dalam bidang yang sama, mereka tetap mempunyai
perbezaan individu seperti teknik dan gaya belajar, cara menyelesaikan masalah, tingkahlaku,
5
motivasi, kesediaan dan kebolehan menguasai sesuatu kemahiran dan nilai terhadap satu-satu
pelajaran. (Burn, 1971)
Kebolehan pelajar yang berbagai-bagai menjadi alasan kukuh di mana pembinaan
MPK sangat digalakkan. Dengan adanya MPKyang bersesuaian, para pelajar juga akan lebih
mudah untuk membuat aktiviti dan perbincangan sesama mereka menggunakan MPK
tersebut sebagai buku kerja tambahan kerana dalam MPK itu sendiri terdapat pelbagai soalan
menguji minda yang menguji pelbagai aras pengetahuan pelajar. Pelajar juga akan lebih
tertarik dengan topik tersebut.
1.2.4 Isi Kandungan Bahan Rujukan
Pembinaan MPK yang mempunyai isi kandungan yang telah dimantapkan,
disusunatur dan dipadatkan dengan berbagai bahan yang menarik secara tidak langsung dapat
memberi suntikan kepada pelajar untuk mengulangkaji. Sudah menjadi lumrah manusia akan
tertarik pada sesuatu yang cantik dan menarik.
1.3 Pernyataan Masalah
Melalui pembinaan MPK Konsep Keelektromagnetan ini, penyelidik akan
mengenalpasti tahap kesesuaian MPK yang dibina iaitu adakah penilaian formatif guru ke
atas ketiga-tiga MPK Keelektromagnetan yang dibina bagi matapelajaran Pengajian
Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (PKEE) menunjukkan kesesuaiannya bagi proses P & P
untuk pelajar Tingkatan 4?
top related