psv 3110-m6

Post on 09-Jul-2016

295 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

3110

TRANSCRIPT

PERKEMBANGAN SENI VISUAL SELEPAS MERDEKAALVIN LAU EK BEEN

SENI PLASTIK • Istilah plastik digunakan kepada semua imej-imej spatial. • Seniman mengenalpasti dari aspek perletakan imej di dalam ruang

plastik merujuk kepada keperluan permukaan dan perasaan seniman.

• Seni plastik juga adalah satu tema dalam seni visual yang memberi maksud unsur plastik dalam bahan-bahan yang boleh dibentuk dan dibina.

• Unsur plastik ini menjurus kepada aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan yang merangkumi objek tiga dimensi.

• Seni plastik di Malaysia melibatkan hasil karya catan, arca, senibina, tembikar, ukiran, tenunan senjata dan sebagainya.

• Membentuk ialah teknik menghasilkan karya dengan cara mengukir, menguli, menempa, mengurut, dan menggelek.

• Bahan yang digunakan ialah kayu, tanah liat, batu dan sebagainya.

• Membina pula ialah menghasilkan karya seni dalam bentuk tiga dimensi secara mengikat, melentur, menyambung, membentuk, menjalin, mencantum dan sebagainya. Bahan yang boleh digunakan untuk aktiviti ini ialah batu, kayu, logam, besi, keluli dan sebagainya.

SENI ARCA

• Arca dihayati sebagai satu cabang kesenian yang berkaitan dengan pengkajian bentuk-bentuk tiga dimensi yang melibatkan formalistik seni seperti ruang, jalinan, warna, struktur dan rupa.

• Seni arca moden mula berkembang di Malaysia pada sekitar tahun 1960-an. Menurut T.K.Sabapathy (1976), karya-karya arca Syed Ahmad Jamal, Latiff Mohidin, Cheong Laitong, Yeoh Jin Leng dan Tang Tuck Kan membangkitkan hal-hal yang menghubungkan catan dengan arca.

SENI BINA

• Binaan tempat kediaman iaitu rumah atau taman perumahan.

• Bangunan-bangunan awam seperti masjid, hospital, perpustakaan, muzium dan sebagainya.

• Bangunan-bangunan kerajaan. • Bangunan-bangunan perniagaan. • Aspek-aspek umum seperti pintu gerbang, menara, tugu

peringatan dan sebagainya. • Taman-taman dan kawasan rekreasi.

SENI MODEN

• Pada tahun 1957, Thursday Art Group telah ditubuhkan di Pulau Pinang dengan matlamat yang sama dengan Wednesday Art Group.

• Ahli-ahli terdiri daripada Abdullah Ariff, Tay hooi Keat, Kuo Ju Ping, Lee Joo For, Lim Tong Juan dan William K.K. Lau.

• Menjelang kemerdekaan seni telah menjadi salah satu simbol kepada perpaduan kaum di Malaysia.

• Persepsi masyarakat terhadap seni telah mula berubah. Seni daripada taraf rendah (kedaerahan) meningkat ke peringkat antarabangsa.

• Special Teachers Training Institute (STTI) ditubuhkan pada tahun 1960 yang kemudiannya ditukar kepada Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK).

• Guru-guru yang berminat di bidang seni diberi peluang melanjutkan pelajaran melalui kursus sepenuh masa selama satu tahun.

• Golongan pelukis-pelukis dan pendidik seni telah menjadi tenaga utama seni lukis pada lewat tahun 1960an.

• Kakitangan akademik Jabatan Seni di Maktab Perguruan Ilmu Khas seperti Syed Ahmad Jamal, Anthony Lau, Lee Joo For, Cheong Laitong, Jolly Koh dan lain-lain lagi memainkan peranan yang penting dalam seni lukis avant-garde di negara ini.

SENIMAN

• Balai Seni Lukis Negara di 109, Jalan Ampang telah dibuka dengan rasminya oleh YTM Tunku Abdul Rahman pada 27 Ogos 1958.

• Pameran pembukaan telah memaparkan karya-karya seniman terkenal seperti Chen Wen His, Cheong Lai Tong, Chuah Thean Teng, Mohd Hoessein Enas, Nik Zainal Abidin, Peter Harris, Patrick Ng, Syed Ahmad Jamal, Tay Hooi Keat dan Yong Mun Sen.

• Balai Seni Lukis Negara memperolehi koleksi tetapnya secara beransur-ansur.

• Dua koleksi yang menarik ialah gambar foto burung Dato‟ Loke Wan Tho dan Koleksi hasil-hasil kaligrafi dinasti Sung yang didermakan oleh Lee Kah Yeow bernilai 2 juta ringgit.

• Pelukis Malaysia pertama yang mengadakan pameran solo di seberang laut ialah Chuah Thean Teng yang diadakan di London pada tahun 1959 dan dipersembahkan oleh Majlis Kesenian Persekutuan. Kejayaan Chuan telah membawa seni Malaysia kepada seni antarabangsa.

• Seterusnya pelukis-pelukis batik yang lain seperti Khalil Ibrahim, Tay Mo Leong dan Toya turut menerima pengiktirafan antarabangsa.

KARYA-KARYA TERKENAL

Yong Mun Seng,《 Dawn》 37cm x 54.5cm Watercolour on parchment paper 1955

Yong Mun Seng, Rumah Atap Di Tepi Pantai, 1960, cat air

Abdullah Ariff, Coconut Plantation – Dawn, Cat Air, 1948

Abdullah Ariff, Bumi Bahagia Lombong Bijeh Malaya, Cat Air, 1960

Dato‟ Mohd Hoessein Enas, Potret Diri, Pastel Kapur, 1958

Dato‟ Mohd Hoessein Enas , Gadis Melayu, Cat Minyak, 1959

Datuk Syed Ahmad Jamal ,《 The Bait》 1959  Oil on board  122cm x 154cm Datuk Syed Ahmad Jamal,

Mandi Laut, Cat Minyak Atas Papan, 1957

Anthony Lau, Djin Api, Kayu, 1959

Anthony Lau, Rimba, Besi, 1968

Tay Hooi Keat ,《 Plantscape》 84cm x 62cm   Oil on canvas 

1959

Tay Hooi Keat, Lembu Berlaga, Cat Minyak, 1958

Ibrahim Husin, Pak Utih, Campuran, 1967

Ibrahim Husin, Are You Alone Out There ?, Arkrilik, 1969

Mazli Mat Som, Yati, pastel, 1964

Mazli Mat Som, Menanti Nelayan, Cat Minyak, 1965

Chua Thean Teng, Musim Buah, Lilin Dan Pewarna Batik, 1968

"Fishing Village"  Chuah Thean Teng  1956

"Rebab Player" Mad Annuar Ismail  1991  "Tomb Stone"  Hamzun Harun  1992

"My Father And The Astronaut"  Ibrahim Hussein  1969 "The Abuse Victim"  Bayu Utomo Radjikin  1994

top related