dato’ sri zainal rahim bin seman ketua pengarah …
Post on 29-Nov-2021
18 Views
Preview:
TRANSCRIPT
TEKS UCAPAN PERASMIAN
DATO’ SRI ZAINAL RAHIM BIN SEMAN
KETUA PENGARAH MAMPU
MERANGKAP
PENASIHAT PUSPANITA
CAWANGAN KECIL MAMPU
MAJLIS PERASMIAN
MESYUARAT AGUNG PUSPANITA
CAWANGAN KECIL MAMPU
YANG KE 33
26 JANUARI 2016 (SELASA)
2.30 PETANG HINGGA 3.00 PETANG
DEWAN SERBAGUNA, ARAS 3, BLOK
B1, KOMPLEKS JPM
1
Assalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh,
Salam Sehati Sejiwa dan Salam
1Malaysia: Rakyat Didahulukan
Pencapaian Diutamakan.
Yang Dihormati Saudari Pengacara
Majlis,
Yang Berbahagia Datin Sri Nik Hasmah
binti Nik Kadir
Pengerusi PUSPANITA Cawangan
Kecil MAMPU
Yang Berbahagia Prof. Arfah Salleh
Presiden Putra Business School
2
Ketua-Ketua Perunding ICT Sektor
Awam,
Pengarah-Pengarah Bahagian dan
Cawangan,
Perunding-Perunding ICT Sektor
Awam,
serta Yang Berbahagia Datin, Dr, Tuan-
Tuan dan Puan-Puan yang saya kasihi
sekalian.
2. Alhamdulillah, marilah kita
bersama-sama merafakkan setinggi-
tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT
3
kerana dengan limpah izin dan kurnia-
Nya jua, kita dapat bersama-sama
menghadiri Mesyuarat Agung
PUSPANITA Cawangan Kecil MAMPU
yang ke-33 dalam keadaan yang sihat,
sejahtera dan ceria. Masih belum
terlambat untuk saya mengucapkan
Selamat Tahun Baharu 2016 kepada
seluruh ahli PUSPANITA Cawangan
Kecil MAMPU dan diharap dengan
ketibaan tahun baharu ini, maka
bermulalah lembaran baharu dalam
kehidupan kita, termasuk tugas-tugas
yang perlu kita laksanakan dan
sasaran-sasaran yang mesti kita capai.
3. Saya mengambil kesempatan ini
4
untuk merakamkan ucapan
penghargaan dan terima kasih kepada
Yang Berbahagia Datin Sri Pengerusi,
ahli-ahli Jawatankuasa dan ahli-ahli
PUSPANITA Cawangan Kecil MAMPU
kerana sudi menjemput saya untuk
merasmikan Mesyuarat Agung
PUSPANITA Cawangan Kecil MAMPU
yang ke-33.
4. Saya juga amat menghargai
kesudian Yang Berbahagia Prof. Arfah
Salleh, Presiden Putra Business
School untuk meluangkan masa beliau
yang amat terhad dan bersama-sama
dengan kita untuk berkongsi
5
pengalaman beliau yang luas dalam
bidang tadbir urus manusia. Semoga
semua para hadirin memberi tumpuan
yang sebaiknya dan bersama-sama
membuka minda untuk terus memberi
perkhidmatan yang terbaik kepada
negara.
SUMBANGAN DAN PENCAPAIAN
PUSPANITA
Para hadirin yang dikasihi sekalian,
5. Kepentingan peranan dan
sumbangan PUSPANITA kepada
pembangunan negara telah lama
6
diiktiraf oleh Kerajaan. Ahli-ahli
PUSPANITA yang terdiri daripada
penjawat awam wanita serta isteri
penjawat awam, merupakan
pemangkin kejayaan agenda
transformasi nasional. Malah mereka
adalah rakan Perkhidmatan Awam
yang berupaya membantu Kerajaan
dalam usaha meningkatkan kesedaran
rakyat terhadap dasar-dasar, program
dan projek bantuan Kerajaan di
peringkat akar umbi.
6. Berpaksikan kepada Agenda
Transformasi Nasional dan usaha
Merakyatkan Perkhidmatan Awam,
7
PUSPANITA juga perlu bertindak
memperkasakan ahli-ahlinya. Untuk
berjaya, ahli-ahli PUSPANITA
digalakkan untuk menimba ilmu dan
memperluaskan pengetahuan,
menggilap potensi dan bakat serta
meningkatkan daya kepimpinan.
7. Saya berasa bangga dengan
pencapaian PUSPANITA Cawangan
kecil MAMPU daripada segi
pendekatan yang diambil untuk
memperkasakan ahli-ahli PUSPANITA.
Ini dapat dilihat semasa penganjuran
Wacana ICT PUSPANITA Tahun 2015
pada 8 Oktober 2015 yang bertemakan
8
“Memperkasa Gaya Hidup Wanita
melalui Inovasi ICT” yang telah
memberikan banyak ilmu dan faedah
kepada semua ahli PUSPANITA.
Selain itu, pelbagai program dan aktiviti
telah dilaksanakan. PUSPANITA juga
telah menyahut seruan kerajaan dan
mengambil pendekatan Strategi
Lautan Biru dengan mengadakan
aktiviti dengan kerjasama Kelab Sukan
dan Kebajikan MAMPU seperti Majlis
Bacaan Yasin dan Tazkirah Bulanan
MAMPU, Majlis Iftar MAMPU dan
Majlis Khatam Al-Quran.
FAKTOR PENENTU KEJAYAAN
9
Para hadirin yang dikasihi sekalian,
8. Tuntutan kepada anggota
Perkhidmatan Awam pada masa kini
bukanlah sesuatu yang boleh
dipandang secara remeh sahaja. Ini
adalah kerana desakan perkembangan
dunia amat mementing anggota
perkhidmatan awam yang berilmu. Ini
tidak terhad kepada kelulusan
akademik semata-mata, sebaliknya
pengetahuan dan kemahiran juga amat
diperlukan. Oleh itu, anggota
perkhidmatan awam perlu berusaha
untuk meningkatkan prestasi dengan
mengambil peluang yang ada untuk
10
memperluaskan lagi ilmu serta dapat
mengadaptasikan diri terhadap
perubahan yang berlaku di dalam
organisasi dan juga di persekitaran.
9. Saya ingin mengambil
kesempatan ini untuk berkongsi 5
perkara yang diperlukan untuk berjaya
dalam sesuatu usaha. Pertama, untuk
berjaya, kita perlukan minat atau
passion. Minat seseorang kepada
sesuatu perkara mampu membawa dia
ke tahap yang tidak terbayang
sebelumnya. Sekiranya kita
mempunyai passion untuk bekerja,
maka segala perkara dapat
11
dilaksanakan dengan mudah. Minat ini
boleh diterapkan dalam diri seseorang
dengan memikirkan manfaat yang
akan diberikan kepada diri sendiri dan
masyarakat dalam menjalankan tugas,
di samping ganjaran yang akan
diperoleh di akhira kelak, Insya Allah.
10. Kedua, sentiasa memperbaiki diri
dan tidak berputus asa. Kita perlu
sentiasa berusaha untuk memperbaiki
diri kita tidak kira walau apa pun
pangkat kita. Belajarlah selagi boleh.
Kita perlu ingat, tiada keajaiban dalam
mencapai kejayaan. Dalam membuat
apa juga perkara atau pekerjaan,
12
berhadapan dengan cabaran adalah
menjadi perkara yang biasa dan
lumrah. Sikap tidak cepat berputus asa,
cekal dan sanggup bersusah payah
adalah perlu dalam diri untuk mencapai
kejayaan. Bak kata cendekiawan,
“Tidak ada laut yang luas, lurah yang
dalam, bukit yang tinggi, dan jalan yang
susah bagi orang yang mahu. Hanya
orang yang malas dan putus asa juga
selalui keciciran”. Ingatlah, segalanya
memerlukan usaha, pengorbanan dan
ketekunan.
11. Ketiga, berani menghadapi
kegagalan. Berani tidak bererti tidak
berasa takut menghadapi bahaya atau
13
tidak gentar menghadapi sesuatu.
Seorang bayi tidak akan dapat berjalan
jika dia enggan menerima risiko
terjatuh ketika berlatih berjalan.
Seorang penunggang basikal akan
cepat bangun apabila terjatuh jika
sebelum itu dia sudah biasa terjatuh,
berbanding dengan seseorang yang
sebelum itu tidak pernah jatuh. Orang
yang takut menerima teguran atau
pembetulan tidak akan mencapai
kejayaan yang sebenar. Gagal sekali
tidak bermakna terus menerus gagal.
Kadang-kadang, kegagalan
merupakan guru yang paling berguna
bagi seseorang untuk terus
14
memperbaiki diri dan mencapai
kecemerlangan.
12. Keempat, berpandangan jauh.
Apabila seseorang itu berpandangan
jauh, mereka akan berusaha dengan
lebih gigih lagi dan akan tersisiplah
pula matlamat dalam dirinya.
Kewujudan matlamat ini akan
menyebabkan kita lebih tahu arah
tujuan dan ruang lingkup sebenar
hidup. Seterusnya, kita akan
menggunakan ilmu ke arah kebaikan
diri sendiri, keluarga dan negara.
13. Kelima, berdisplin. Secara
15
umumnya, displin boleh didefinasikan
sebagai satu sistem hidup yang
ditetapkan oleh sesuatu kumpulan atau
badan untuk wujudkan suasana yang
teratur dan tenteram supaya
perkhidmatan yang memuaskan
diperolehi daripada anggota-anggota
kumpulan itu. Displin yang tinggi dalam
diri akan memberikan atau
membuahkan hasil yang baik di mana
kita dapat mengatur hidup dengan baik
sekaligus mencapai apa yang
diimpikan oleh kita.
HARAPAN TERHADAP
PENGLIBATAN SEMUA WARGA
WANITA DAN ISTERI WARGA
16
LELAKI
Para hadirin yang dikasihi sekalian,
14. PUSPANITA memberi sokongan
dan sumbangan positif terhadap
usaha-usaha Kerajaan
membangunkan Negara, melalui kerja-
kerja amal bakti. Justeri itu, saya
menyarankan agar PUSPANITA
Cawangan Kecil MAMPU dapat
disertai oleh lebih ramai isteri atau suri
kepada anggota lelaki di MAMPU.
Penyertaan mereka ini merupakan satu
langkah yang amat penting bagi
menjamin kesinambungan aktiviti yang
17
dirancang oleh PUSPANITA.
15. Bagi tahun 2016 ini, saya
meletakkan harapan yang tinggi
kepada semua yang hadir pada hari ini
terutamanya kepada Pengarah di
setiap Bahagian sama ada dalam
sektor TPP mahupun TMK agar dapat
menggalakkan penglibatan aktiviti
PUSPANITA di Bahagian masing-
masing.
16. Saya faham, dalam kekangan
waktu dan tugas hakiki pegawai dan
kakitangan agak membataskan
penglibatan mereka dalam aktiviti yang
18
dijalankan. Walau bagaimanapun, saya
berharap agar ahli-ahli dapat
meluangkan sedikit masa untuk
menyertai aktiviti yang telah dirancang
kerana ia merupakan satu langkah
yang amat penting bagi menjamin
kesinambungan aktiviti-aktiviti yang
dirancang oleh PUSPANITA.
17. Besarlah harapan saya agar
selepas ini, PUSPANITA dapat
bergerak dengan lebih aktif dan dapat
memenuhi permintaan ahli-ahli dalam
menyediakan aktiviti dan program yang
lebih menyeluruh. Meskipun wanita
masa kini sangat sibuk, baik yang
19
bekerja di pejabat mahupun di rumah,
harap dapatlah masing-masing cuba
mencari sedikit masa untuk membantu
menjayakan segala akitiviti
PUSPANITA.
18. Akhir kata, saya dengan lafaz
kalimah suci
"Bismillahhirrahmannirrahim", saya
dengan penuh sukacitanya
merasmikan Mesyuarat Agung
PUSPANITA Cawangan Kecil MAMPU
yang ke-33.
Sekian.
20
Wabillahitaufik walhidayah wasalam
mualaikum warahmatullahi
wabarakatuh.
Terima kasih.
top related