100 tahun derita

26
BANG ALAM NIA BISSALAH , ALUNGAI NA BANGSA BANG ALAM NGA HAKA MAG KA LA’AT - LA’AT KITA ( Azeehad-1999 ) Semporna Profile ABDULLAH SANI HJ ABDUL SALLEH [ KG . AYER SEMPORNA ] [ Profile Kg. Ayer Semporna dan Peristiwa Kebakaran ] Aby Zeehad [15hb. Dec. 2009] Abdullah Sani Hj. Abdul Salleh [Dokumen ini menjelaskan permasalahan mesyarakat Persisir Pandai di Negeri Sabah dan masa Depannya bagi penyelesaian menyeluruh , walaubagaimanapun iainya bukanlah kajian ilmiah yang buat secara terperinci , tetapi boleh digunapakai sebagai bahan rujukan generasi akan datang, mengkaji Sejarah, Social, Ekonomi, Politik perkampungan ini yang telah diterokai oleh mesyarakatnya bagi mengekalkan budaya warisan bangsa. Penulis adalah salah seorang Peneroka dan Penduduk asal Kampung ini dan masih bermustautin di kampong ini sehingga tarikh peristiwa kebakaran besar 15hb.Dec 2009 yang mendorong beliau untuk mengabadikan sejarah dan profile Kg.Air sebagai tetapan Generasi akan datang]

Upload: sani-salleh

Post on 22-Mar-2016

275 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Mengesahkan permasalahan mesyarakat Kg.Air Semporna yang menjadi Taohigad untuk mendapatkan hak penempatan dan Laporan kebakaran kg.air 15.12.2009

TRANSCRIPT

BANG ALAM NIA BISSALAH , ALUNGAI NA BANGSA BANG ALAM NGA HAKA MAG KA LA’AT - LA’AT KITA

( Azeehad-1999 )

Semporna Profile

ABDULLAH SANI HJ ABDUL SALLEH

[ KG . AYER SEMPORNA ]

[ Profile Kg. Ayer Semporna dan Peristiwa Kebakaran ]

Aby Zeehad

[15hb. Dec. 2009]

Abdullah Sani Hj. Abdul Salleh

[Dokumen ini menjelaskan permasalahan mesyarakat Persisir Pandai di Negeri Sabah dan masa Depannya bagi penyelesaian menyeluruh , walaubagaimanapun iainya bukanlah kajian ilmiah yang buat secara terperinci , tetapi boleh digunapakai sebagai bahan rujukan generasi akan datang, mengkaji Sejarah, Social, Ekonomi,Politik perkampungan ini yang telah diterokai oleh mesyarakatnya bagi mengekalkan budaya warisan bangsa.Penulis adalah salah seorang Peneroka dan Penduduk asal Kampung ini dan masih bermustautin di kampong ini sehingga tarikh peristiwa kebakaran besar 15hb.Dec 2009 yang mendorong beliau untuk mengabadikan sejarah dan profile Kg.Air sebagai tetapan Generasi akan datang]

Profile Ringkas Kg.Air Pekan Semporna,SabahOleh : Abdullah Sani Hj. Abdul SallehPenduduk dan Peneroka Asal Kg.Air Semporna.

2 | P a g e

100 TAHUN DALAM DERITA

Pekan Semporna dan ‘Wharf ‘ yang dibena pertama di Daerah ini diserati dengan pembenaan gudang dan perkampungan Ayer atau Kg.Air diawal pembukaannya ( 1887 – 2009 ).

Oleh : Abdullah Sani Hj.Abdul Salleh Mantan Ahli Majlis Council Daerah Semporna.

Manusia dan rumah tidak dapat dipisahkan kerana rumah merupakan tempat manusia berlindung dan berteduh dari segala bahaya dan ancaman. Rumah merupakan keperluan asas yang amat penting kepada manusia selain dari makanan dan minuman untuk hidup. Maka tidak hairanlah terdapat pelbagai jenis dan bentuk tempat berlindung atau habitat dalam bentuk rumah untuk didiami manusia mengikut kesesuaian kawasan setempat dan juga taraf kehidupan seseorang itu. Rumah setinggan merupakan salah satu dari jenis rumah yang didiami manusia sebagai tempat berlindung, namun begitu setinggan merupakan perumahan haram yang didirikan tanpa kebenaran dari pihak berkuasa. Setinggan diumpamakan perumahan haram disebabkan segala-gala yang berkaitan dengan pendirian rumah setinggan itu tidak mendapat kelulusan dari pihak berkuasa termasuklah tanah tempat perumahansetinggan didirikan dan bentuk serta binaan rumah yang dibina tidak mengikut spesifikasi serta bahan dan binaan yang diluluskan

: (Utusan Malaysia, 25 Mac 2005).

Profile Ringkas Kg.Air Pekan Semporna,SabahOleh : Abdullah Sani Hj. Abdul SallehPenduduk dan Peneroka Asal Kg.Air Semporna.

3 | P a g e

Assallah-mualaikum.

Tertarik dengan laporan sumber berita dari saluran media kerajaan iaitu

BERITA HARIAN yang bertajuk : “Mayat ketiga rentung bawah runtuhan“ bertarikh 17hb.Disember 2009, elok kiranya saya membawa perhatian Warga Negara ini merenung seketika maksud dan isthilah SETINGGAN Kg.Air Semporna Sabah seperti yang dilaporkan oleh media berkenaan.

Laporan media ini adalah berdasarkan kepada peristiwa yang berlaku pada 15hb.Disember 2009 terhadap kampung berkenaan, dimana satu kebakaran besar telah berlaku di perkampungan ini yang membawa maut kepada 4 bersaudara dan meranapkan lebih kurang 60 buah rumah penduduk asal kampung ini yang terdiri dari beberapa buah rumah lama terdapat di kampung berkenaan.

Bagi membahaskan ISTILAH SETINGGAN dan SEJARAH kampung ini elok kiranya saya mengambil kesempatan untuk menulis dan memberi pandangan saya mengenai kisah , sejarah, kronologi serta kepentingan KAMPUNG AIR SEMPORNA kepada Daerah SEMPORNA dan ‘sentimentle Value‘ Kg.Air Semporna itu kepada mesyarakat Negeri ini.

HAK ADAT MESYARAKAT PERSISIRAN PANTAI TAOHIGAD SEMPORNA

Kisah penyewa-penyewa AMERICA Charles Lee Moses 1865 dan seterusnya Joseph William Torrey (Maharaja Sabah),Thomas Bradley ,Tat Cheong HONG KONG disambung pula oleh bangsa AUSTRIA-HUNGARY saudara Baron Overback 1878, Diteruskan lagi sewaan oleh Bangsa ITALY Sebagai pusat pengasingan Penjanayah serta pesalah-salah Eropah ‘Penal Colony’ dan seterusnya diambil-alih oleh dua orang bersaudara iaitu Alfred dan Edward Bangsa BRITISH 1881.

Pada tahun 1887 seorang saudagar Cina dari Pulau Jolo yang bernama To’onahbersama 2 orang isterinya dari keturunan Taosug dari keluarga diRaja sulu telah datang ke Sandakan Sabah kerana melarikan diri dari peperangan yang berlaku disana diantara mesyarakat Islam dan Spanyol.To’onah telah dipertanggungjawabkan oleh Gebenor British Sir William Pryer untuk membuka penempatan baru di Daerah Semporna bersama Mesyarakat Tawi Tawi dari keturunan Bajau Simunul dan membuka Daerah ini bagi menyanyingi dominan perniagaan sarang burung ( bird-nest ) yang dikuasai oleh Bajau Omadal di Daerah Magindora ( Nama lama Daerah Semporna ).

Profile Ringkas Kg.Air Pekan Semporna,SabahOleh : Abdullah Sani Hj. Abdul SallehPenduduk dan Peneroka Asal Kg.Air Semporna.

4 | P a g e

Bagi maksud pembenaan penempatan ini,To’onah bersama kumpulan Tawi Tawi memulakan pembukaan Pekan Semporna dengan membena jambatan batu ‘Wharf’ ( hari ini dikenali Jalan Kastam Semporna ) di daerah ini dan sertai dengan pembenaan beberapa gudang bagi maksud pengumpulan barang barang dan hasil hasil laut mesyarakat tempatan, sementara mesyarakat tempatan pula memulakan pembenaan penempatan mereka disebelah ‘Wharf’ berkenaan yang dikenali sebagai perkampungan “ AYER “ atau kg.Air disebelah utara sementara disebelah selatan pula dikenali sebagai kampong SIMUNUL.

Perkampungan mesyarakat Bajausuluk telah wujud lebih awal di Nusantara dan persisran pantai Borneo di Daerah Marudu,Daerah Magindora dan Daerah Tirun di Pantai Timur Sabah mengikut tulisan James Francis Warren dalam bukunya The Sulu Zone 1768-1898 , mesyarakat ini dikenali sebagai ‘Tau HIGAD’ ( Mesyarakat Penduduk Asal Persisir Pantai North Borneo ).

Kisah North Borneo ( Sabah ) yang terus menjadi sewaan dan gadaian kepada bangsa Eropah dan bangsa asing ini telah menyebabkan Negeri ini ditadbir dan diperintah mengikut acuan sesuka hati bangsa mereka dan rakan-rakan, Mereka mengurus negeri ini berdasarkan kehendak dan kepentingan mereka.

Bagi maksud ini maka timbullah Perkataan apa yang di katakan ‘settlement’ (Penampatan sah) Oleh bangsa asing jesteru itu bagi mereka yang DISUKAI atau Pro-Penyewa dan berkerjasama dengan bangsa PENYEWA Maka semua penempatan mereka adalah sah dan teratur , sementara mereka yang TAK DISUKAI atau Kontra-Penyewa dan tidak berkerjasama dengan bangsa PENYEWA juga menganut AGAMA mereka maka orang ini pula dipanggil ‘squatters’ (Setinggan Haram) walhal bangsa ini adalah penduduk asal NEGERI SABAH atau NORTH BORNEO dipersisisran Pantai.

Atas sikap KESULTANAN BRUNEI dan KESULTANAN SULU inilah yang menyebabkan mesyarakat dan penduduk tempatan NORTH BORNEO atau SABAH menjadi mangsa kepada BANGSA PENYEWA, khasnya mereka penduduk asal yang beragama ISLAM di North Borneo.

Penduduk Bumiputera Beragama ISLAM mendapat Status ‘squatters’(Setinggan Haram) dimata bangsa Penyewa sementara penduduk Bumiputera Beragama KRISTIAN mendapat status ‘settlement’ ,bagi penduduk asal yang belum beragama atau Pagan STATUS mereka akan di tentukan oleh Pengetahuan mereka sendiri atau sikap perubahan yang mereka buat sendiri.

Profile Ringkas Kg.Air Pekan Semporna,SabahOleh : Abdullah Sani Hj. Abdul SallehPenduduk dan Peneroka Asal Kg.Air Semporna.

5 | P a g e

Begitulah status mesyarakat North Borneo semasa penguasaan dan pemerintahan bangsa asing di Sabah mengikut pandangan mereka khasnya Bangsa British terhadap bumiputera persisiran sejak sekian lama yang berterusan antara 1865 – 1963 dan sterusnya budaya ini berterusan selepas perang dunia ke 2 , sehinggalah kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1963, Tidak cukup dengan itu anak didik dan saki baki bangsa PENYEWA diteruskan pula dasar ini sehingga hari ini walaupun kita sudah mencapai kemerdekaan selama 46 tahun bersama persekutuan Malaysia.

KAMPUNG AYER KOTA KINABALU CONTOH DASAR BANGSA PENYEWA

Saya ingin membawa perhatian saudara saudara Satu contoh ‘settlement’terhadap Bangsa yang di sukai oleh BANGSA PENYEWA di KAMPUNG AIR KOTA KINABALU, walaupun penempatan ini juga diberi nama KAMPUNG AYER.

Plan penempatan Kg.Ayer Kota Kinabalu, langkap dengan ukuran Lot masing masing dengan mempunyai Geran Tanah masing masing yang menyebabkan mereka menjadi penduduk yang Terurus dan mempunyai pegangan Hak yang jelas

serta kukuh.

Profile Ringkas Kg.Air Pekan Semporna,SabahOleh : Abdullah Sani Hj. Abdul SallehPenduduk dan Peneroka Asal Kg.Air Semporna.

6 | P a g e

Mesyarakat Cina , Mesyarakat Islam Hisdustan ( Negara Negara Tan ) yang dibawah masuk ke Sabah dan mesyarakat bumiputera beragama Kristian sangat bernasib baik di Negeri Sabah dizaman penyewa kerana meraka amat disukai oleh bangsa Europah dan mendapat Status ‘settlement’ kita ambil contoh ‘settlement’mereka di JESELTON 1905 (Kota Kinabalu).

KAMPUNG Ayer di Kota Kinabalu mejoriti di huni oleh mesyarakat Cina mendapat ‘STATUS ‘settlement’ Kerana bangsa Eropah amat suka kepada mereka dan juga kebanyakanya seAgama dengan mereka dan memberikan mereka kawasan berkenaan secara SAH dan TERATUR mengikut pentadbiran dan acuan mereka sendiri.

Sementara Perkampungan AYER di Kg. Sembulan, Kg. Petagas , Kg. AIR TUARAN , Kg.Air KOTA BELUD , Kg.Air KUDAT, Kg. Air BELURAN , Kg.Air SANDAKAN, Kg.Air LAHAD DATU, Kg.Air KUNAK, Kg.Air SEMPORNA dan Kg.Air TAWAU yang rata rata Beragama ISLAM tidak mendapat STATUS ‘Settlement’ berbanding Kg.Ayer Kota Kinabalu tadi walaupun namanya juga KAMPUNG AYER ( Water Village ) , Mereka terus menerus menjadi penduduk BERSTATUS squatter atau SETINGGAN terpinggir tanpa Dignity yang berterusan ratusan tahun.

KAMPUNG AYER SEMPORNA dan LAGENDANYA.

Sejarah Sabah atau North Borneo banyak dipengaruhi oleh mesyarakat KAMPUNG AYER baik dari sudut Sosial , Ekonomi, Agama. Perniagaan dan Politik , Parti kemerdekaan Sabah sendiri wujud di KAMPUNG AYER KUDAT setelah perbincangan diadakan oleh mesyarakat KAMPUNG AYER dalam satu majlis kenduridisana bagi membentuk PERTUBUHAN KEBANGSAAN SABAH(U.S.N.O) yang di ketuai oleh bapa Kemerdekaan Sabah Allahyarham TUN DATUK HAJI MUSTAPHA.

Bahkan rancangan menghidupkan Parti Kemerdekaan Sabah Semula di-mulakan juga dari KAMPUNG AYER SEMPORNA di Rumah Allahyarham HAJI ABDUL SALLEH KHATIB ALI @ KHATIB GUPURANI oleh Anak Allahyarham Tun Mustapha iaitu DATU HAJI BADARUDDIN BIN TUN DATU HAJI MUSTAPHA pada 26hb. Septempber 2007 yang hampir Terbakar baru baru ini dalam satu kebakaran besar yang mengorbankan 4 nyawa pada 15hb. Dec 2009.

Profile Ringkas Kg.Air Pekan Semporna,SabahOleh : Abdullah Sani Hj. Abdul SallehPenduduk dan Peneroka Asal Kg.Air Semporna.

7 | P a g e

Kebakaran Kg.Air Semporna 15hb.Dec 2009.

Berbalik kita kepada kisah kampung Air Semporna tadi, bedasarkan maklumatyang ada sejak 1963 dan menjadi salah satu MANIFESTO Perjuangan saya sebelum ini,dimana saya masih percaya rekod ini masih kekal sehingga ke hari ini bahawa :-

‘TIADA SATU PUN KAMPUNG atau PENEMPATAN di DAERAH SEMPORNA telah di WARTAKAN sebagai Perkampungan dan PENEMPATAN SAH’

Daripada lebih 100 perkampungan dan penempatan Awal atau Perkampungan yang mempunyai tuan yang bergelar KETUA KAMPUNG dan mempunyai P.JKKK tiada satu pun Berstatus SAH mengikut UNDANG UNDANG atau akta Tanah kerajaan Negeri Sabah,ini bererti semua kampung ini terus berstatus ‘STATUS SQUATTER’ atau SETINGGAN ( Penempatan Haram ) mengikut pandangan BANGSA PENYEWA dan pihak Kerajaan Negeri Sabah.

Bukan ke ini amat mengejutkan kita, bagi DAERAH SEMPORNA yang diwakili oleh Dua orang Menteri KABINET di Peringkat Negeri (Datuk Nasir Tun Sakaran) dan Peringkat Nasional (Datuk Seri Shafie Apdal) kedua-duanya juga berasal dari KAMPUNG AYER SEMPORNA , namun kawasan yang mereka wakili adalah kawasan SQUATTERS atau SETINGGAN sejak 46 tahun kita Mencapai KEMERDEKAAN.

Shafie dan Nasir perlu mengambil perhatian terhadap perkara ini supaya mesyarakat persisiran yang mereka wakili terus terbelah masa depannya , Pemberian bantuan beribu-ribu dan berjuta juta pun tidak memberi makna kepada bangsa dan mesyarakat ini jika ‘Dignity‘ mereka masih dianggap Haram dan Setinggan oleh pihak luar atau bangsa lain dan lebih sedih serta amat memalukan jika mereka dianggap P.T.I (Penempatan Tanpa Izin) di tanah air sendiri.

Profile Ringkas Kg.Air Pekan Semporna,SabahOleh : Abdullah Sani Hj. Abdul SallehPenduduk dan Peneroka Asal Kg.Air Semporna.

8 | P a g e

KAMPUNG AYER SEMPORNA PUSAT KELAHIRAN PEMIMPIN DAERAH SEMPORNA YANG BERSTATUS SULTAN DAN MENTERI AHLI AHLI YANG BERHORMAT TETAPI BERTARAP SETINGGAN.

Ibu pejabat Bahagian Parti Kemerdekaan Sabah USNO bagi Daerah Semporna pada tahun 1960an terletak di Kampung Air Semporna di Tapak Madrasah kampong ini yang telah melahirkan pemimpin pemimpin hebat dan ternama serta termasyur di Negeri ini dan juga Negara ini.

Tun Sakaran Bin Dandai Mantan TYT Negeri Sabah yang tinggal di Kg.Air Lorong 4 (USNO-UMNO) , Datuk Nasir Tun Sakaran Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah dari Kg.Air Lorong 4 (USNO-UMNO),Datuk Shafie Hj.Apdal Menteri Pembangunan Luar Bandar Malaysia dari Kg.Air Lorong 4 (UMNO), Mantan YB Bugaya Datuk Basalie Hj. Abdul Hamid Setiausaha Kerja Barisan Nasional Sabah dari Kg. Air Lorong 5 (UMNO) , Mantan Timbalan Menteri Luar Bandar YB.Abdillah Abdul Hamid Dari Kg. Air Lorong 2 atau Kg.Air Look Wanni (Parti BERJAYA dan PKR) dan beberapa Pemimpin lain yang pernah berkhidmat terhadap mesyarakat Daerah ini seperti Mantan YB. Marasal KK Lais dari Kg.Air Lorong 8 atau Kg.Air Rest House (PBS), YB Datuk Samsu Baharun Hj. Abdul Rahman mantan MP Lahad Datu dari Kg.Air Lorong 6 atau Kg.Air Sumil (UMNO) dan YB Hj. Salleh Kalbi Ahli Parlimen Lahad Datu dari Kg.Air Look 10 (UMNO) mereka semua berasal dari kampung ini dan pernah menjadi remaja serta belia kampung ini satu ketika dulu walaupun mereka telah berhijrah dari Kampong ini namun rumah asal mereka masih kekal di kampong ini bagi mengekalkan identiti asal mereka terhadapat satu perkampungan yang dianggap mempunyai ‘sentimental Value’.

Tidak kurang juga beberapa Ahli politik terkenal Daerah ini yang lahir dari Kampung ini seperti Tuan Haji Wahab Ibnu Said (Parti BERSIH) dari Kg. Air Lorong 4, Hj. Abdul Razak bin Hj. Palah (Parti PRS) dari Kg.Air Lorong 4 , Haji Mahmud Hj. Mansur (Parti BERJAYA) dari Kg. Air Lorong 1, Noraidah Hj. Abdul Salleh (BARISAN SABAH) dari Kg. Air Lorong 3 atau (Calun dari golongan Wanita Pertama Daerah Semporna bagi Parlimen Semporna 2004 ), Hj. Ispal hj. Addok (AMT Parti PBS)dari Kg. Air Lorong 2, Abdul Aziz Hj. Abdul hamid (Parti Keadilan) dari Kg.Air Lorong 2dan Abdullah Sani Hj Abdul Salleh dari Kg.Air Lorong 3, Semporna.

Profile Ringkas Kg.Air Pekan Semporna,SabahOleh : Abdullah Sani Hj. Abdul SallehPenduduk dan Peneroka Asal Kg.Air Semporna.

9 | P a g e

Pencapaian meraka ketahap yang amat tinggi sehingga ada yang menjadi TYT (Tuan Yang Terutama Negeri Sabah) atau Sultan Sabah, Menjadi Menteri Kabinet dan mencipta sejarah Negara , khasnya Negeri Sabah untuk menjadi orang N0.3 dalam Parti Pemerintah Negara malaysia UMNO dan sehingga ke tarikh tulisan ini 2 orang menteri penuh yang masih memegang jawatan serta berkuasa menentukan masa depan Kg.Air Semporna.

Namun kehebatan ini tidak bermakna jika kita masih tidak mempunyai ‘Dignity’dikampung kita sendiri atau ‘Dignity’ Kampung halaman mereka masih kabur.

Sementara Dari Sudut geografi Politik Kg.Air Semporna adalah kampung yang mempunyai pengundi teramai di Daerah Semporna mengikut pecahan DAERAH MENGUNDI dalam kawasan Parlimen SEMPORNA dan DUN BUGAYA.

PENGWARTAAN KG.AIR SEMPORNA.

Perjuangan untuk mewartakan Kg.Air telah lama dimulakan , semasa saya menjadi Ahli Majlis Daerah Semporna pada tahun 1995 , pihak saya telah mengemukakan satu usul bagi rancangan PengWartaan Kg.Air sebagai perkampungan kekal atau Kampung Warisan dalam satu mesyuarat tindakan Daerah bertempat di Pejabat Daerah Semporna. Cadangan ini dibuat untuk mengekalkan status Kg.Air sebagai Kampung Warisan bagi Daerah Semporna.

Alhamdulillah usul ini telah diterima oleh pihak Majlis Daerah Semporna (Local Goverment) secara sebulat suara tanpa bantahan dan telah MELULUSKAN nyadalam satu Resolusi bagi pengwartaan KAMPUNG AIR SEMPORNA, Namun kelulusan tersebut ditangguhkan sementara, setelah pihak majlis mengemukakan keperingkat atasan (State Goverment ), Pengawai Daerah Semporna pada masa itu Salsidu Hj. Ibrahim memaklumkan saya dan semua Ahli Ahli Majlis Daerah bahawa rancangan ini terpaksa ditangguhkan di sebabkan pihak kerajaan belum siap untuk mengkaji dasar setinggan Negara (Federal Goverment).

Malangnya pada tahun 1996 perlantikan saya sebagai Ahli Council Daerah Semporna telah ditamatkan yang menyebabkan pihak saya gagal untuk menyuarahkan masalah Kg.Air bagi maksud Pengwartaan, rancangan itu tertanggu selamat 12 tahun.

Profile Ringkas Kg.Air Pekan Semporna,SabahOleh : Abdullah Sani Hj. Abdul SallehPenduduk dan Peneroka Asal Kg.Air Semporna.

10 | P a g e

Pada 2008 - 2009 rancangan MEWARTAKAN Kg.Air Semporna timbul semula dan saya difahamkan pihak pentadbiran daerah telah membuat keputusan bahawa Kg.Air harus di kekalkan sebagai kampong WARISAN.

Sehingga tulisan ini dibuat STATUS KAMPUNG AIR masih belum jelas, walaubagaimanapun berdasarkan lapuran KETUA KAMPUNG Kg. Air Saudara IBRAHIM HJ.SAKILAN dan SAUDARA TANGGILING KAMBING Sebanyak 8 mesyuarat diadakan dalam tempoh tersebut bagi melaksanakan impian dan cita cita yang kemukakan sejak 13 tahun dahulu (1995) untuk mewartakan Kg.Ayer sebagai Kampung Warisan.

PERTEMUAN KHAS SAYA DAN ADUN BUGAYA

Dalam satu pertemuan khas dan perbincangan diantara saya dan ADUN BUGAYA saudara Datuk Haji Ramli Marhaban ( Adun ini juga pernah tinggal di Kg.Air Lorong 6 ) bersama 2 orang Ketua kampong dari Kampung ayer (En. Ibrahim dan En. Tanggiling) bertempat di sebuah Hotel di Daerah semporna baru baru ini (17hb.Dec.2009). Wakil Rakyat Dun Bugaya ini memang bersetuju dan menyokong penuh rancangan Pengwartaan Kg.Ayer sebagai Kg.Warisan yang perlu penyusunan semula bagi menyediakan infrustruktul awam yang teratur serta penyusunan lot perumahan bagi menaik taraf perkampungan ini dan seterusnya menjadi contoh kepada kampong-kampong persisiran yang lain.

Persetujuan tidak rasmi beliau untuk memberikan bantuan penyedian pilih bomba yang teratur dan generator air ( Bomba Laut ) bagi keperluan penduduk kampong juga adalah amat dialu-alukan.

Dalam perbincangan itu juga pihak saya mendapat makluman dari Ahli Yang Berhormat ini bahawa pembenaan rumah semula akan dilaksanakan sedikit masa lagi oleh pihak kerajaan bagi maksud ini, melalui bantuan dari pihak berkuasa dalam bentuk yang lebih selesa dan ‘half concrete’ sebagai permulaan kearah pengekalan Kg.Air Sebagai KAMPUNG WARISAN.

Bagi pihak mesyarakat kampong Air kami mengucapkan setinggi-tinggi perhargaan kepada beliau kerana keperihatinannya terhadap kampong ini, walaupun beliau bukan penduduk asal kampong Air, semoga niat beliau menjadi kenyataan sepanjang masa beliau berkhidmat di ADUN BUGAYA dimana perkampungan ini termasuk dalam kawasannya.

Profile Ringkas Kg.Air Pekan Semporna,SabahOleh : Abdullah Sani Hj. Abdul SallehPenduduk dan Peneroka Asal Kg.Air Semporna.

11 | P a g e

PROFILE PENGHUNI DAN KEDUDUKAN LORONG KAMPUNG AYER DI PEKAN SEMPORNA BERDASARKAN SEJARAH PENEROKAANYA

Lokasi : Kg. Air Semporna dalam kawasan Majlis Daerah SempornaTarikh Penerokaan : 1887,(Penghijraan Besar-besaran 1960an, 1970an,1980an)Pembenaan Masjid : Tahun 1937 diperbesarkan sebanyak 3 kali.Bilangan Lorong : 9 Lorong ( Wharf ) atau Jambatan dan 1 Look.Jumlah Penduduk : Tiada Angka rasmi ( Jangkaan 1,500 – 2000 orang )Jumlah Rumah : 250 – 300 buah rumahLokasi Parlimen : P.Semporna ( YB. Datuk Shafie Afdal )Lokasi D.U.N : Dun Bugaya ( YB. Datuk Ramli Marhaban )Ketua Kampung : 3 orang Ketua kampong dan 1 orang PJKKKKeluasan : 25 ekar – 30 ekar.Mesyarakat : Bajau (Pulau Bum Bum),Simunul,Sibutu,Brunei & Cina

Peta Diatas menunjukan pembahagian peringkat penempatan mesyarakat persisran pantai pekan Semporna sejak kewujudan Kampung Ayer di Daerah ini.

Profile Ringkas Kg.Air Pekan Semporna,SabahOleh : Abdullah Sani Hj. Abdul SallehPenduduk dan Peneroka Asal Kg.Air Semporna.

12 | P a g e

Kg. Ayer yang telah menjadi Warisan mesyarakat persisir pantai sekian lama, menurut rekod pengujudan Kg.Air boleh dilihat melalui pengujudan Masjid lama Kg.Ayer iaitu MASJIDUL-AL RAHMAN bertarik 1937 menunjukan perkampungan ini lebih awal dari tarik berkenaan dan terbahagi kepada 10 lorong penempatan berpusat yang wujud secara berperingkat peringkat antara 1887 – 1980an.

9 lorong jambatan atau wharf dan 1 look atau teluk di Kg.Air Semporna telah wujud secara berperingkat mengikut peneroka masing masing yang mejoritinya dari Pulau Bum Bum Semporna dan mesyarakat Simunul / Sibutu dan Brunei.

Peneroka Peneroka Awal penempatan Kg.Ayer adalah penduduk asal Daerah Semporna yang datang dari Kg.Tangal Pulau Bum Bum mejoritinya adalah keturunan Legasi Magindora atau keturunan Khatib Sarahari bin Imam Salamat di Lorong3,4,5,6,7,9 berkongsi penempatan bersama mesyarakat Brunei lorong 1, China Lannang Lorong 6, Simunul dan Sibutu di lorong look 10 dan sebahagian kecilnya suku-suku keturunan Philippines.

Penghijraan besar-besaran Kumpulan ‘Islander’ mesyarakat pulau berhijrah ke ‘Mainland’ tanah besar adalah disebabkan Negara ini telah mencapai kemerdekaan pada tahun 1963 semata mata untuk menyahut pembangunan Negara.

Peneroka Peneroka Awal mengikut Lorong Kampung Ayer Semporna.

1. Lorong 1 - Kampung Look Air Masjid di terokai oleh Keluarga Pg.Haji Jakarullah Bin Baraluddin (Mantan ketua Bahagian USNO 1) yang dihuni oleh beberapa perumahan perkampungan mesyarakat dari Kampung Tangal, Walaubagaimanapun separuh Lorong ini telah lanyap oleh Peristiwa kebakaran Gudang Pekan Semporna 1980an kecuali Mesyarakat Brunei dari keluarga Tuan Haji Mahmud Hj Mansur (Mantan anak menantu ketua Menteri Sabah DatukHarris Salleh) dan En.Sukarno bin Haji Mansur , Encik Ibrahim Haji Sakilan(Ketua Kampung ), keluarga Encik Ideris Annah (Penyelia Mukim Dun Bugaya) dan Puan Sitti Hajar bin Jaji (PJKKK Kg.Air) dari suku Kumpulan kaum Simunul.Lorong ini masih kekal dihuni oleh keturunan penduduk asal penerokanya. Wujud antara tahun 1930an – 1960an.

Profile Ringkas Kg.Air Pekan Semporna,SabahOleh : Abdullah Sani Hj. Abdul SallehPenduduk dan Peneroka Asal Kg.Air Semporna.

13 | P a g e

2. Lorong 2 - Kampung Air Look Wanni atau juga dikenali Lorong Las Vegasditerokai oleh Keluarga Haji Ispal dan Lajim Addok (Ketua Bahagian PBS Sulabayan) serta Keluarga Haji Abdul Hamid Tunggal dari Pulau Denawan, ini Lorong ini telah banyak bertukar tangan. Wujud antara tahun 1930an-1960an.Penempatannya masih dimikili oleh Keluarga Abdul Aziz Haji Abdul Hamid dan Haji Abdillah Abdul Hamid mantan Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Persekutuan semasa kerajaan Parti Berjaya.

3. Lorong 3 - Kampung Air Look Eibah juga dikenali Lorong Abdullah Saniditerokai oleh Tuan Haji Abdul Salleh bin Khatib Gupurani dari Kg.Tangal Pulau Bum Bum . Lorong ini masih kekal dihuni oleh penduduk asalnya dari Keturunan Haji Abdul Salleh Khatib Gupurani. En.Salleh Hj.Abdul Salleh , Noraidah Hj.Abdul Salleh , Wujud antara tahun 1900–1960an. Kecuali beberapa rumah yang berpindah tangan dan terdapat beberapa penempatan sementara. Walaubagaimanapun Lorong ini adalah salah satu penempatan terawal mesyarakat Kampung Air dimana pada Asalnya terdapat rumah Rehat Kerajaan (Rest House) yang telah dijadikan Sekolah Tabika Kg. Air Semporna. Sementarakemudahan awan yang dibena dilorong ini adalah milik persendirian seperti pembenaan Jambatan , pembenaan tiang letrik dan Paip Air oleh keluarga En. Abdullah Sani Hj. Abdul Salleh ( Setiausaha Agung Ex-USNO Sabah ) dari yang boleh dimasuki oleh kenderaan dan kereta sehingga ke rumah masing masing sejauh 150 meter. Permohonan rasmi untuk Pengangan Geran C.L telah dikemukakan ke Jabatan Tanah Semporna oleh penduduk lorong ini.

4. Lorong 4 - Kg.Ayer logPond juga dikenali sebagai Kg.Air Pg.Hindi/Ab/RazakDiterokai Tuan Haji Penghulu Hindi bin Basarani dan Haji Abdul Razak bin Palah bersama Haji Abdul Wahab Ibnu Said kesemuanya dari Kg. Tangal dan Pulau Selakan Semporna. Lorong 4 juga pernah dihuni oleh Keluarga Haji Apdal bin Maulana dan Keluarga Datuk Haji Safari Hj. Amir. Wujud antara tahun 1930an –1960an. Lorong ini juga boleh dimasuki oleh kenderaan dan kereta kerumah masing masing sejauh 60 meter.Tun Sakaran Dandai juga adalah penghuni Lorong ini walaubagaimanapun kediaman asalnya telah musnah dalam kebakaran baru baru ini ( 15hb.12.2009 ).

5. Lorong 5 - Kg.Air Bangkau atau dikenali Kg.Air Haji Baddiri / Basalie diterokai oleh Keluarga Otoh Diki,Otoh Heyah dan saudara Turing dari keturunan Cina Sitangkai ( Bagi mesyarakat tempatan mereka dikenali keturunan ‘ Lannang ’ ) , Keluarga Haji Badiri bin Ibnu Salleh dan keluarga Mantan YB DUN Bugaya Datuk

Profile Ringkas Kg.Air Pekan Semporna,SabahOleh : Abdullah Sani Hj. Abdul SallehPenduduk dan Peneroka Asal Kg.Air Semporna.

14 | P a g e

Baslie Abdul Hamid dari Kg. Tangal Pulau Bum Bum Semporna, hampir semua kawasan lorong ini musnah dalam kebakaran ( 15hb.12.2009 ) kecuali kediaman lama Mantan YB.Basalie Haji Hamid.

6. Lorong 6 - Kg. Air Look Sumil dikenali Kg.Air Haji Abdul Salleh / Hjjd.Nujumditerokai oleh Tuan Haji Abdul Salleh Khatib Gupurani ( Dari Keturunan Legasi Magindora ) dan disertai oleh keluarganya Tuan Haji Jun Lahu, Haji Hasan Barani, Hj.Yunus kuddin, Puan Sugaila Imam Misuari , Haji Abdul Jalil , Hj. Purang , Hj. Bakoko dari Kg. Tangal Pulau Bum Bum antara tahun 1960an penampatan ini telah bertambah antara tahun 1970an hingga 1980an dengan kedatangan keluarga Haji Mutalib Omar ( suku iranun Tungku ) dan Haji Anuar @ Antonio ( Suku Sibutu ).

7. Lorong 7 - Kg.Air Look Pampang dikenali sebagai Kg.Air Hj. Lakani diterokai oleh Tuan Haji Lakani bin Pg. Ripah dari Kg.Tangal Pulau Bum Bum bersama keluarganya dan beberapa kumpulan dari Kg.Gusung Melanta Pulau Bum bum antara 1970an hingga 1980an juga Cikgu Amirul dan En. Bastani seterunya Kleuarga Cikgu Yakob Ulangutan suku simunul dan keluarga Tuan Haji Basri dari suku Sikubung/Ubian.

8. Lorong 8 - Kg. Air Look Batu dikenali sebagai Kg.Air KK Lais diterokai oleh Keluarga KK Lais yang mempunyai keturunan suku cina ( Lannang ) dari Kg.Tabak Tabak Pulau Bum bum yang wujud antara tahun 1970an hingga 1980an beliau telah berhijrah ke Kg. Seri Melor , Bugaya walaubagaimanapun beberapa keluarganya masih bermustautin dikawasan ini.

9. Lorong 9 - Kg. Air Rest House di kenali sebagai Kg.Air Hj. Bakti diterokai oleh Haji Bakti bin Amuali ( Mantan Ketua Bahagian Parti Berjaya ) yang terletak berhampiran kediaman Pegawai Daerah Semporna dimana beliau adalah penduduk dan pemilik asal kawasan Tanah Kg. Bangau Bangau Semporna ( Tong Talon ) dan seterusnya berhijrah ke Kampung Bantayan Senallang.Keturunan tuan Haji Bakti bin Amuali adalah diantara keturunan penduduk asal Tong Talon ( Nama asal Pekan semporna bagi kawasan sebelah Utara pekan semporna )

10. Lorong 10 - Kg. Air Look juga dikenali Kg.Air Look Cikgu Jalil kawasan ini pada mulanya adalah penempatan pekerja pekerja kayu balak namun diterokai oleh Keluarga Haji Abdul Jalil bin Palah dan Tuan Mentek juga kumpulan Keluarga Utoh Angkie yang wujud antara tahun 1960an hingga 1980an dimana

Profile Ringkas Kg.Air Pekan Semporna,SabahOleh : Abdullah Sani Hj. Abdul SallehPenduduk dan Peneroka Asal Kg.Air Semporna.

15 | P a g e

terletaknya satu perumaham Nam Hing yang dihuni oleh pekerja pekerjanya bagi pangkalan kayu Balak.Penempatan kg.air Look adalah diantara penempatan pekampungan yang terakhir bagi kampong Air dengan penerokaan oleh beberapa mesyarakat pelarian perang philipines selatan 1970an. Kawasan ini juga dihuni oleh keluarga Isteri kepada YB.Haji Salleh Kalbi wakil Rakyat Palimen Silam , Lahad Datu.

11. Sementara itu terdapat beberapa penampatan diatas tanah yang dikenali sebagai Kg.Air Pg.Jaji termasuk dalam kawasan Kg.Air yang dimiliki oleh Keluarga Penghulu Jaji ( Penghulu Pertama Daerah Semporna sebelum diambil-alih oleh Penghulu Hindi Basarani dari Kampung Tangal ) dan keluarga Datuk Pg.Abdullah bin Uddang ( Mantan Ketua Daerah Semporna ) dan masih dihuni oleh keturunannya di Kg. Air.

Jika kita melihat lapuran dan penghijraan mesyarakat dari Pulau Bum ke pekan semporna yang telah berlaku sekian lama maka adalah tidak adil bahawa mereka dianggap sebagai mesyarakat SETINGGAN, kerana penghijraan itu telah berlaku sebelum Negara ini mencapai Kemerdekaan.

Kumpulan mesyarakat persisir ini membena penampatan masing-masingmengikut undang-undang dimana mejoritinya peneroka asal berdaftar dengan pihak pejabat Tanah dan Majlis Tempatan Semporna sebelum membangun pembenaan penempatan di pekan Semporna dengan memegang dokumen Penempatan atau dikenali sebagai T.O.L ( Temporary Ordinary Land ) dan ada diantara mereka yang telah memohon tanah berkenaan berstatus GERAN C.L atau P.L yang masih menunggu proses seterusnya dari pihak jabatan Tanah.

Oleh itu pihak media BERITA HARIAN tidak sepatutnya menggunakaan perkataan PERKAMPUNGAN SETINGGAN terhadap KG.AIR SEMPORNA dan seharusnya memeriksa terlebih dahulu kepada pihak berkuasa tempatan atau jabatan Tanah sebelum membuat laporan menggunakan nama dan Perkataan perkampungan SETINGGAN.

KAMPUNG WARISAN Kg.AIR atau Kg. AYER sebagai Tajuk BERITAnya.

Logikalnya mengapa saya bermaksud sedemikian, supaya mesyarakat luar tidak beranggapan secara berterusan mendakwa bahawa mesyarakat bumiputera tempatan dianggap PTI oleh pihak tertentu.

Profile Ringkas Kg.Air Pekan Semporna,SabahOleh : Abdullah Sani Hj. Abdul SallehPenduduk dan Peneroka Asal Kg.Air Semporna.

16 | P a g e

Dokumen Penempatan di Kg.Ayer Semporna 6hb. Sept. 1965, yang masih tersimpan oleh keluarga Haji Abdul Salleh Bin Khatib Gupurani @ Khatib Ali.Struktul Bangunan N0.15. Kg.Air.

Contoh dan bukti Dokumen ini mengesahkan bahawa mesyarakat tempatan kg.Air yang berhijrah dari Pulau Bum bum seawal kemerdekaan telah mendapatkan kelulusan pembenaan struktul bangunan

dan juga building plan dari pihak berkuasa kerajaan tempatan seawal 6hb. September 1965.

Jesteru itu pemintaan mesyarakat persisiran ini untuk mendapat hak pegangan masing masing harus diberi perhatian wajar.

Pihak berkuasa tempatan Semporna tidak boleh membuat kesilapan berterusan terhadap mesyarakt ini tanpa mengambil kira kepentingan mereka yang telah tinggal dikawasan ini sekian lama.

Jika pihak berkuasa boleh memberikan hak pegangan kepada DATUK GAN NAMLEE seluas 15 ekar ( Geran C.L ) di laut Kampung Air secara persendirian , Syarikat Dolton Sdn Bhd seluas 10 ekar di sebelah Kg.Air ( Kedua-duanya Bukan Bumiputera ) kenapa tidak boleh kepada Bumiputera Tempatan Semporna yang mengharapkan 25-30 ekar Penempatan yang mempunyai bilangan hampir 2000 orang ini.

Profile Ringkas Kg.Air Pekan Semporna,SabahOleh : Abdullah Sani Hj. Abdul SallehPenduduk dan Peneroka Asal Kg.Air Semporna.

17 | P a g e

KONSEP WATER-FRONT vs TAO HIGAD.

Sekian lama ‘Taohigad’ Bumiputera Persisir pantai di negeri Sabah ini terpinggir dan dimanipulasi oleh pihak luar sehingga menafikan hak dan budaya mesyarakat tempatan seharusnya dihentikan.

Peristiwa perobohan perkampungan persisir pantai antara 2002 dan 2003 oleh pihak kerajaan dibawah pimpinan Parti LDP semasa menjadi Ketua Menteri Sabah seperti Datuk Chong Kah Kiat cukup mengingatkan kita bahawa budaya dan sifat Prejudis beberapa pemimpin Sabah terhadap mesyarakat ‘Taohigad‘ masih berterusan tanpa mengambil kira hak mesyarakat dan budayanya yang telah dinafikan sekian lama oleh LEE MOSES atau Enche Mohammad Moses dan rakan rakannya kerana memberihak yang teratur dan terurus kepada pihak pendatang luar.

Mungkin Datuk Chong Kah Kiat ini adalah saki baki keturunan dan golongan LEE MOSSES yang terus memerintah Negara ini berdasarkan corak Pajakan atau Leasekerana mendapat hak dari Sultan Sulu SELAGI ADA BULAN DAN BINTANG,tetapi saya berpandapat Ideologi ini harus dihentikan serta merta jika tidak ingin mendapat tentangan berterusan.

Kumpulan Pendatang yang dianggap boleh menjadi KRISTIAN atau boleh di KRISTIANkan dengan senang mendapat tempat yang selesa di Negeri ini dan mendapat hak pegaggangan GERAN berstatus PENEMPATAN sementara Mesyarakat Persisiranyang menjadi ISLAM dan sukar untuk di KRISTIANkan oleh Golongan LEE MOSES atau Mubalig Kristian dan rakan rakannya terus dipinggirkan.

Jesteru itu saya berpandangan pihak kerajaan tidak boleh dengan sewenang-wenangnya menggunakan perkaatan dan alasan konsep WATER-FRONT tadi sebagai alasan pembangunan bagi menidakkan Hak mesyarakat pantai atau hak mesyarakat Taohigad untuk terus berada dipersisiran dan merobohkan semua kawasan penempatan persisiran kerana dianggap setinggan.

Profile Ringkas Kg.Air Pekan Semporna,SabahOleh : Abdullah Sani Hj. Abdul SallehPenduduk dan Peneroka Asal Kg.Air Semporna.

18 | P a g e

ISU P.T.I MENJADI SENJATA IMPERIAL TALIBARUT BRITISH MENIDAKAN HAK TAOHIGAD DIKALANGAN BEBERAPA PEMIMPIN NEGERI INI.

Saya teringat satu Isu yang pernah saya kemukan kepada kerajaan mengenai Kerosakan Koral di Pulau Mabul tempoh hari namun jawapan yang dibuat oleh pihak kerajaan menyelahkan penempatan PTI sebagai punca kerosakan walhal para Penyewa penyewa di Pulau Mabul yang melakukan kerosakan berkenaan.

Sifat Prejudis pihak tertentu terhadap mesyarakat Taohigad telah lama tertanam dalam diri mereka dan terus mencari jalan untuk menghilangkan atau merobohkan kesemua kawasan kawasan penempatan persisir dengan alasan penempatan setinggan.

Oleh yang demikian sudah sampai masanya pihak kerajaan mengambil satu langka BESAR dan tepat bagi mengekalkan penempatan mesyarakat Taohigad dipersisiran pantai bagi Negeri Sabah supaya hak mereka tidak terhakis oleh perluasan pembangunan berkonsepkan WATER-FRONT dengan alasan mencantikan prasarana perbandaran dan menafikan hak mereka untuk tinggal di tepi pantai sejak beratus ratus tahun dahulu, sepatutnya Ideologi LEE MOSES tidak wujud lagi pada hari ini.

AKTA TANAH dan AKTA LAUT.

Memandangkan Kemerdekaan Negara ini adalah berdasarkan penerimaan PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU sebagai perlembagaan Persekutuan MALAYSIA maka ciptaan Perlembagaan itu tidak membicarakan Hak ‘TAOHIGAD‘ terhadap Persisir pantai ,Koral dan Reef.

Mesyarakat ini juga mempunyai budaya dan hak adatnya mengenai Lautan , Coral dan reef, dimana gagal difahami dan dibicarakan melalui beberapa perkataan yang menjadi peraturan hidup hariannya.

Kegagalan kita membicarakan mengenai hak mereka selalunya membawa komplik dan bercanggahan yang berterusan diantara pihak luar dan mesyarakat mereka mengenai perkara perkara tertentu yang tidak disebutkan dalam perlembagaan dan peraturan peraturan pihak berkuasa.

Profile Ringkas Kg.Air Pekan Semporna,SabahOleh : Abdullah Sani Hj. Abdul SallehPenduduk dan Peneroka Asal Kg.Air Semporna.

19 | P a g e

Kita ambil contoh mengenai perkataan perkataan ini dibawah :-

Hak Taohigad terhadap Lautan

Takot , Angan, Tib-Tib ,Halo , Sallang, Tabbah, Tabbah Bakkatan,Batu Manunggul, Unas, tumbukan.

Terdapat beberapa kawasan di Daerah Semporna dan pulau pulau di daerah ini yang menjadi milik mesyarakat.

Tib-Tib Si Gupurani, Tumbukan Si Gupurani, Halo Halo Si Bangkas, Sallang Si Kutlah, Sallang Celebes, Sallang Si Bangkat, Takot aral, Takot Sibuun, Tabbah kia Kia, Tabbah Bakkatan , Batu sanga , Unas kulamperah dan lain-lain.

Hak Taohigad terhadap sumber rezeki

Bungsud,bubuh, panggal,kagang,togong,linggi,parasmag,pissi,lawai, sabit,bira-bira,ullang, tondah,litag, tabbahan. Anabbah, Pag Paian, Pag Humaan.- Pag paian Si Sarahari

Hak Taohigad terhadap sumber Modal

pum-pum, uak- uak, tamban, payow.

Hak Taohigad terhadap Penampatan

Pondohan,lumah Matahik,luma saliraf,pantan,jambatan, taitaian,Biranda,Paghatian, pag hayang-hayangan. Rokh,atu dohk dan Tong, labayan, Pu’, Bud.- Pondohan Si Salleh, Pondohan a suk, Pondohan Palauh, Pondohan Si

Wira, Pantan Si Pua, Taitaian Malakalmaut, Labaian a Tangal, Tong Si Sarahari, Pu’ Si Amil, Bud Si Rongol,

Profile Ringkas Kg.Air Pekan Semporna,SabahOleh : Abdullah Sani Hj. Abdul SallehPenduduk dan Peneroka Asal Kg.Air Semporna.

20 | P a g e

Akta tanah hanya menceritakan mengenai hak mesyarakat tempatan terhadap tanah tanpa mengambil kira hak ‘Taohigad ’ terhadap Lautan, Reef , Coral ,lautan serta sumber rezeki mereka yang telah menjadi tempat mereka sejak turun tamurun dahulu.

Reef, Lautan dan Koral ini mempunyai nama masing masing yang telah dijelajah oleh mesyarakat Touhigad sekian lama.

Jesteru itu sudah sampai masanya pihak kerajaan Negeri mengubal satu rang UNDANG-UNDANG yang dipanggil Rang UNDANG-UNDANG Hak BUMIPUTERA dan penduduk Taohigad terhadap Lautan , pantai dan reef di Negeri ini.

Seperti mana kerajaan Philippines telah memperkenalkan satu rang undang undang terhadap mesyarakat laut di Palawan melalui satu rang undang undang mengekalkan hak mesyarakat laut terhadap Reef,koral,Pantai dan lautan terhadap mesyarakat Tagbuana atau suku Batak bagi menjamin hak mereka terhadap lautan, coral , reef dan pantai akan terus kekal melalui satu undang

TAOHIGAD

Dalam institusi Kemesyarakan di North Borneo , mesyarakat bajausuluk terbahagi kepada 4 golongan yang dikenali sebagai Mesyarakat Daratan atau TAO’GIMBAH , Mesyarakat Lautan atau SAMA DILAUT, Mesyarakat Pulau atau TAO PU’ Mesyarakat Persisir Pantai atau TAO’HIGAD.

Mesyarakat Taohigad terdiri dari kumpulan Nelayan sejak ratusan tahun dahulu yang tinggal di pulau pulau dan pesisiran pantai Borneo dimana kawasan Pulau dan Coral serta Reefnya adalah sebagai kawasan sumber rezeki mereka.

Namun ideologi dan konsep WATER-FRONT, SEA-FRONT, TOURISM,CONCERVERTION, WATER WOLRD, BIODIVERSITI dan macam macam lagi yang diperkenalkan oleh pihak luar telah mengamcam hak dan kedudukan mesyarakat tempatan di negeri ini , dengan senang mengatakan bahawa mesyarakat tempatan tidak berhak terhdap lautan dan reef reef disekililnganya serta persisiran yang mereka diami sekian lama.

Sementara golongan Penyewa dan mesyarakat Pedalaman pula terikut-ikut untuk menyokong konsep demikian kerana amat BERSELERA untuk memiliki persisiran dan pantai dan reef reef pulau yang indah sebagai sumber rezeki yang baru bagi meraka.

Profile Ringkas Kg.Air Pekan Semporna,SabahOleh : Abdullah Sani Hj. Abdul SallehPenduduk dan Peneroka Asal Kg.Air Semporna.

21 | P a g e

Akhirnya mesyarakat ‘Taohigad‘ yang ingin mempertahankan Hak warisan mereka dianggap sebagai mesyarakat yang tidak patuh dan engkar kepada undang-undang kerana menentang ideologi berkenaan disebabkan ketiadaan undang undang yang jelas mengenai hak mereka. Walhal Kerajaan negeri sendiri tidak mempunyai Undang Undang laut terhadap perkara ini selain daripada menggunakan peraturan peraturan biasa yang banyak bercanggah dengan budaya dan aspirasi mesyarakat pantai

Oleh yang demikian bagi maksud mengekalkan hak warisan sudah sampai masanya pihak kerajaan memperkenalkan Undang Undang Lautan, Coral dan reef bagi memastikan tidak timbul salah faham terhadap isu ini.

Kes kes yang berlaku kebelakangan ini harus menjadi ikhtibar kepada pihak kerajaan untuk mengambil langka drastik bagi mengelakan hak mesyarakat dan bumiputera persisir pantai dinafikan di negeri sendiri.

Bagi maksud ‘up-grading’ kedudukan pantai dan persisiran supaya terjamin dan selamat maka satu peraturan undang bagi perkampungan Persisir Pantai harus dirangka oleh pihak kerajaan bagi menjamin pengekalan Budaya dan Hak adat akan tetap terpelihara tanpa syak-wasangka serta pandangan prejudis berterusan terhadap mesyarakat ini.

Berdasarkan maklumat sejak akhir akhir ini, terdapat golongan kapitalis yang menggunakan pemimpin tempatan untuk mendapatkan hak terhadap koral,reef,pantai dan lautan yang telah dihuni oleh mesyarakat taohigad sejak sekian lama, mereka berselindung disebalik ketiadaan undang undang dan akta lautan bagi mendapatkan hak pegangan terhadap milik mesyarakat tempatan.

Di Daerah semporna sendiri, kawasan pulau yang pernah dihuni oleh penduduk tempatan dan menjadi sumber rezeki mereka telah berikan kepada golongan kapitalis untuk mengorek keuntungan bahkan menyumbat pemilik adat kedalam lokap untuk menghalang mereka dari mendapatkan haknya.

Pada kesimpulannya kisah kampong Ayer Semporna ini biar menjadi titik tolak kepada penyelesaian menyeluruh hak mesyarakat pantai dinegeri ini untuk terus hidup aman didalam negeri mereka sendiri tanpa perasaan prejudis kepada semua golongan ini dinegeri Sabah.

Profile Ringkas Kg.Air Pekan Semporna,SabahOleh : Abdullah Sani Hj. Abdul SallehPenduduk dan Peneroka Asal Kg.Air Semporna.

22 | P a g e

KEBAKARAN KG.AIR SEMPORNA DAN LOKASINYA 15.12.2009

Lokasi Kebakaran : Kg. Air SempornaTarikh : 15.12.2009Masa : 3.00ptg – 5.30ptg.Kawasan terlibat : Lorong 4,5,6.Jumlah Mangsa : 219 orang ( Angka belum rasmi )Jumlah Rumah : 30 – 60 Jumlah Keluarga : 57 keluargaKematian : 4 orang kanak kanak ( Seorang tak ditemui )Lokasi Parlimen : P.Semporna ( YB. Datuk Shafie Afdal )Lokasi D.U.N : Dun Bugaya ( YB. Datuk Ramli Marhaban )

Bantuan : Belia Perdana Kg.Air adalah badan NGO Pertama menghantar bantuan kepada mangsa Kebakaran berbentuk Pakaian terpakai Di kelolakan oleh Pengerusinya Seorang Pelajar Universiti sedang Bercuti Saudara : Aby Zeehad Bin Abdullah Sani.

Kawasan Bertanda adalah lokasi kejadian kebakaran 3.00ptg. 15.12.2009 Di Lorong 4 ,Lorong 5,Lorong 6

Profile Ringkas Kg.Air Pekan Semporna,SabahOleh : Abdullah Sani Hj. Abdul SallehPenduduk dan Peneroka Asal Kg.Air Semporna.

23 | P a g e

LAPORAN BERGAMBAR PERISTIWA KEBAKARAN KG.AIR SEMPORNA

Belia PERDANA KG.AIR adalah Badan N.G.O Pertama menghantar Bantuan kpd mangsaAby Zeehad Gambar diatas

Photo 1, Lorong 6 Kediaman Hj.Abdul Salleh terselamat dari kebakaran.

Photo 2, Penulis sedang melawat lokasi selepas kebakaran.

Profile Ringkas Kg.Air Pekan Semporna,SabahOleh : Abdullah Sani Hj. Abdul SallehPenduduk dan Peneroka Asal Kg.Air Semporna.

24 | P a g e

LAPORAN BERGAMBAR PERISTIWA KEBAKARAN KG.AIR SEMPORNA

Photo 3, Berkerjasama membantu memadamkan kebakaran. L.6

Photo 4, Kediaman lama Tun Sakaran Dandai sedang terbakar di L.4

Photo 5, keadaan asap tebal di L.5 dan L.6.

Profile Ringkas Kg.Air Pekan Semporna,SabahOleh : Abdullah Sani Hj. Abdul SallehPenduduk dan Peneroka Asal Kg.Air Semporna.

25 | P a g e

LAPORAN BERGAMBAR PERISTIWA KEBAKARAN KG.AIR SEMPORNA

Photo 6, Api sedang menyalah di L.5 dan L.6.

Photo 7, Asap dapat dilihat dari jarak berkilometer

Photo 8, Keadaan lokasi selepas kebakaran

Profile Ringkas Kg.Air Pekan Semporna,SabahOleh : Abdullah Sani Hj. Abdul SallehPenduduk dan Peneroka Asal Kg.Air Semporna.

26 | P a g e

LAPORAN BERGAMBAR PERISTIWA KEBAKARAN KG.AIR SEMPORNA

Semasa dan selepas api meranapkan kg.Air di Pekan Semporna.

Kebakaran mula dapat dikawal 5.00 petang selepas selepas rumah terakhir

Asap tebal kelihatan dan panas terik yang melampau

Sekian.