ifolio.ukm.my · web viewapa yang dikatakan sebagai pencemaran ini merupakan satu topik yang hangat...

22
HHHC 9301 KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT Set 27 PENSYARAH: EN. MUHAMAD ASHRAF BIN AZMAN Semester 1 Sesi 2014/2015 PENCEMARAN ALAM SEKITAR Nama : NAJIHAH BINTI AHAMAD PEKRY No Matrik : A 145674 No Telefon : 017-5680609 Program Pengajian : GENETIK

Upload: others

Post on 24-Dec-2019

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ifolio.ukm.my · Web viewApa yang dikatakan sebagai pencemaran ini merupakan satu topik yang hangat dan tidak di ambil tindakan secara serius dari dahulu lagi. Buktinya, terdapat

HHHC 9301 KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN

PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYATSet 27

PENSYARAH: EN. MUHAMAD ASHRAF BIN AZMAN

Semester 1 Sesi 2014/2015

PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Nama : NAJIHAH BINTI AHAMAD PEKRY

No Matrik : A 145674

No Telefon : 017-5680609

Program Pengajian : GENETIK

Page 2: ifolio.ukm.my · Web viewApa yang dikatakan sebagai pencemaran ini merupakan satu topik yang hangat dan tidak di ambil tindakan secara serius dari dahulu lagi. Buktinya, terdapat

1.0 PENGENALAN

“Kita tidak mewarisi bumi kita ini daripada nenek moyang kita,tetapi

sebaliknya kita hanya mampu meminjamnya daripada anak cucu kita”. Begitulah

sebahagian daripada kata-kata Chief Seattle sebagai salah satu rujukan yang

digunakan oleh penceramah dan aktiviti alam sekitar di seluruh dunia tentang

pentingnya menjaga alam sekitar yang menjadi tanggungjawab setiap manusia,

masyarakat atau penduduk yang tinggal bumi ini.

Apa yang dikatakan sebagai pencemaran ini merupakan satu topik yang hangat

dan tidak di ambil tindakan secara serius dari dahulu lagi. Buktinya, terdapat pelbagai

kesan negatif yang terjadi kepada alam sekitar yang dahulunya bersih daripada segala

pencemaran atau sesuatu yang mengganggu ekosistem manusia dan hidupan yang

lain.

Pencemaran bermaksud sesuatu perubahan secara langsung atau tidak

langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba, kimia, biologi atau radioaktif mana-mana

bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan bahan-

bahan buangan hingga menjejaskan apa-apa kegunaan yang berfaedah yang

menyebabkan suatu keadaan yang berbahaya kepada kesihatan, keselamatan, atau

kebajikan awam atau kepada binatang, hidupan-hidupan liar, akuatik atau tumbuh-

tumbuhan.

Masalah pencemaran seperti pencemaran air, tanah, udara, bunyi dan cahaya

sentiasa menghantui pemikiran manusia. Tetapi segelintir masyarakat hanya

memejam sebelah mata. Manusia sebagai khalifah di bumi ini seharusnya mengambil

berat terhadap masalah ini dan bukannya menambahkan lagi beban hidup generasi

yang akan datang.

Page 3: ifolio.ukm.my · Web viewApa yang dikatakan sebagai pencemaran ini merupakan satu topik yang hangat dan tidak di ambil tindakan secara serius dari dahulu lagi. Buktinya, terdapat

2.0 ISI KANDUNGAN

2.1 PENCEMARAN UDARA

Apakah maksud pencemaran udara? Pencemaran udara merupakan satu

keadaan yang melibatkan pengenalan sebarang bahan kimia, jirim atau bahan biologi

yang boleh menyebabkan mudarat atau ketidakselesaan kepada manusia atau

organism hidup lain dan merosakkan alam sekitar. Pencemaran udara boleh

diklasifikasi kepada dua bahagian iaitu pencemaran udara primer dan pencemaran

udara sekunder. Pencemaran udara primer ialah penghasilan sulfur monoksida dan

karbon monoksida akibat daripada pembakaran yang tidak lengkap. Pencemaran

sekunder adalah berpunca hasil daripada tindak balas sulfur dioksida yang bergabung

dengan wap-wap di udara. Topik ini membincangkan tentang faktor-faktor

pencemaran udara, kesannya kepada alam sekitar dan kehidupan di bumi serta

langkah-langkah yang efektif untuk menangani pencemaran ini.

Terdapat punca-punca yang menyebabkan pencemaran udara. Punca pertama

ialah disebabkan oleh aktiviti perindustrian. Perkembangan dalam bidang ini

menyebabkan penambahan pada pelepasan pencemaran gas organik dan bukan

organik, bahan kimia dan juga habuk. Pelbagai jenis industri menghasilkan bahan

pencemar yang berbeza. Kilang-kilang seperti kilang nukleur melepaskan gas-gas

yang amat bahaya. Walaupun kilang nukleur mendatangkan banyak kebaikan, tetapi

juga mendatangkan keburukan. Seterusnya, antara punca lain ialah pelepasan gas-gas

daripada kenderaan motor. Masyarakat moden amat bergantung kepada pengangkutan

bermotor seperti kereta, lori dan bas. Setiap pergerakan kenderaan motor

menggunakan tenaga yang banyak. Kenderaan motor membakar bahan api fosil untuk

pergerakan yang menghasilkan asap-asap yang dapat mencemarkan udara. Kenderaan

Page 4: ifolio.ukm.my · Web viewApa yang dikatakan sebagai pencemaran ini merupakan satu topik yang hangat dan tidak di ambil tindakan secara serius dari dahulu lagi. Buktinya, terdapat

berdaftar digunakan dalam Malaysia semakin meningkat, ini juga bermaksud

pencemara udara semakin meningkat dari semasa ke semasa.

Selain daripada itu,punca lain juga ialah pembakaran terbuka. Tidak dinafikan

pembakaran terbuka juga mampu menjadi penyumbang kepada pencemaran udara

yang semakin kritikal pada masa kini. Sebagai contoh terdapat pihak tertentu

membakar hutan untuk dijadikan projek penanam semula. Ini sebagai zahirnya adalah

baik pada pandangan mata kasar manusia. Tetapi hakikatnya, ini adalah satu aktiviti

yang mampu menjadi punca pada pencemaran udara dengan membakar hutan dengan

tidak terkawal.

Pada pendapat saya, pembakaran terbuka bukan sahaja dimaksudkan sebagai

masyarakat membakar sesuatu secara berleluasa tetapi ia juga boleh dimaksudkan

sebagai pembakaran yang dilakukan tanpa melakukan perancangan terlebih dahulu.

Bagi saya, tidak salah untuk membakar hutan untuk membuat bangunan baharu di

tempat tersebut. Tetapi, kita seharusnya bijak merancang pembakaran itu secara

sistematik supaya dapat mengelakkan pencemaran udara berlaku.

Punca-punca pencemaran udara ini telah membawa kesan yang sangat buruk

kepada kehidupan di bumi terutamanya. Antara kesan negatif pencemaran udara pada

masa kini ialah memberi kesan yang sangat buruk terhadap tumbuh-tumbuhan di

dunia ini. Tumbuh-tumbuhan mengalami kerosakan dengan tiga cara iaitu Nekrosis

(Keguguran daun), Klorosis (Pertukaran warna) dan perubahan pertumbuhan. Barli,

kapas, gandum dan epal adalah antara tumbuhan yang mudah mengalami kerosakan

dengan bahan cemar sulfur dioksida. Selain itu, tomato, kekacang bayam dan kentang

juga mengalami kerosakan dengan adanya gas ozon di udara. Keadaan ini

menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian daripada

penduduk di bumi juga terganggu.

Page 5: ifolio.ukm.my · Web viewApa yang dikatakan sebagai pencemaran ini merupakan satu topik yang hangat dan tidak di ambil tindakan secara serius dari dahulu lagi. Buktinya, terdapat

Seterusnya, bahan cemar juga menyebabkan haiwan-haiwan terancam dan

terbunuh. Haiwan-haiwan akan kehilangan habitat kerana bahan tercemar telah

memusnahkan tempat tinggal mereka. Maka, haiwan-haiwan terbunuh dan spesis-

spesis yang terancam juga akan menghadapi kepupusan. Sebagai contoh, gajah,

harimau, kuda, singa dan sebagainya.

Pencemaran udara juga menyebabkan penyusutan lapisan ozon bumi yang

melindungi hidupan di bumi ini daripada sinaran terus matahari. Pembebasan gas

klorofluorokarbon (CFC) yang digunakan dalam alat-alat penyembur, alat penyaman

udara dan peti sejuk menipiskan lapisan ozon ini. Ini menyebabkan sinaran matahari

mudah memasuki lapisan bumi dengan mudah. Pendedahan secara terus kepada

cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit yang amat berbahaya kepada

manusia dan juga hidupan lain. Pancaran matahari yang terik juga menyebabkan

berlakunya pencairaan kepada ais-ais di bahagian kutub-kutub bumi dan

menyebabkan berlakunya ketidak seimbangan ekosistem di dunia pada masa kini.

Seterusnya, pencemaran udara juga menyebabkan terbentuknya Hujan asid

yang disebabkan oleh penggabungan gas-gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida

dengan air hujan. Hal ini berlaku apabila gas-gas sulfur oksida (SO2) dan oksida-

oksida nitrogen (NO2) dilepaskan ke udara dan bertindak balas dengan wap air yang

terdapat di atmosfera dan seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid nitrik. Asid ini

terkumpul di dalam awan dan awan pula bergerak ke tempat-tempat lain dan

membawa asid-asid tersebut. Asid itu akan turun bersama-sama dengan hujan dan

menimpa hidupan yang terdapat di dunia. Selain itu, asid tersebut juga meresap ke

dalam tanah dan menyebabkan kualiti tanah berkurang dan menjadikannya tidak

subur.

Page 6: ifolio.ukm.my · Web viewApa yang dikatakan sebagai pencemaran ini merupakan satu topik yang hangat dan tidak di ambil tindakan secara serius dari dahulu lagi. Buktinya, terdapat

Selain itu,kesan yang paling ketara dan sedang hangat diperkatakan oleh

seluruh warga dunia pada masa kini adalah kesan pemanasan global yang disebabkan

oleh kesan rumah hijau. Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi

punca kepada pemanasan global ini yang dapat dirasakan oleh seluruh penduduk

bumi. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida

yang terkumpul di dalam udara. Gas karbon dioksida yang terlalu banyak

menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat ,

persekitaranya menjadi panas. Penyusutan lapisan ozon juga adalah faktor utama

kejadian pemanasan global ini. Pemanasan global menyebabkan keadaan bumi

menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir berlaku secara kerap dan juga berlakunya

kejadian alam yang tidak normal. Sebagai contoh, kejadian tsunami yang berlaku di

Indonesia telah banyak mengorbankan nyawa manusia dan harta benda. Kebakaran

hutan yang berlaku juga sedikit sebanyak memberi kesan kepada suhu di bumi ini dan

juga menjejaskan kualiti udara.

Oleh yang demikian, langkah-langkah drastik harus dilakukan untuk

mengurangkan berlakunya pencemara udara ataupun untuk mengelakkan pencemaran

udara dari terus berlaku. Sebagai masyarakat perihatin, kita mestilah bekerjasama

untuk mengelakkan pencemaran udara menjadi lebih teruk daripada yang sekarang.

Banyak cara yang dapat mengatasi pencemaran udara. Langkah pertama ialah

kita perlu mengubahkan cara berfikir dan sikap kita sendiri. Kebanyakan pencemaran

udara berlaku adalah daripada sikap manusia yang mengutamakan kepentingan

sendiri. Pemilik kilang membebaskan gas-gas beracun ke udara kerana ingin

mendapatkan keuntungan yang lebih dan tidak mahu membazirkan duit untuk

menapiskan gas-gas tersebut. Oleh itu, kita perlu mengubahkan cara berfikir dan sikap

Page 7: ifolio.ukm.my · Web viewApa yang dikatakan sebagai pencemaran ini merupakan satu topik yang hangat dan tidak di ambil tindakan secara serius dari dahulu lagi. Buktinya, terdapat

kita sendiri dengan menyedari pencemaran udara akan mendatangkan banyak kesan-

kesan negatif yang merosakkan alam.

Langkah kedua ialah pihak kerajaan perlu mengadakan kempen-kempen

tentang pencemaran udara. Tujuan kempen diadakan ialah menyedarikan masyarakt

tentang kepentingan memeliharan dan menjaga alam sekitar. Di samping itu,

masyarakat akan didedahkan tentang kesan-kesan, punca-punca dan langkah-langkah

mengatasi alam sekitar. Kempen ini harus diadakan sepanjang tahun supayakan

masyarakat tidak akan lupa menjaga alam sekitar. Kempen ini boleh diakan di

sekolah, dewan perumahan atau perpustakaan awam. Poster juga boleh ditampal di

tempat-tempat yng dapat dilihat oleh orang ramai.

Langkah ketiga ialah kuatkuasakan undang-undang dan peraturan yang

berkenaan. Maksud kuatkuasakan undang-undang dan peraturan yang berkenaan ialah

pihak yang melakukan pencemaran udara akan dikenakan tindakan dari segi undang-

undang. Kilang-kilang yang melepaskan asap-sap yang mencemarkan udara akan

disaman. Jika kilang tersebut terus melakukan kegiatan tersebut. Lesen perniagaan

akan diantung. Orang ramai juga tidak boleh melakukan aktiviti pembakaran dengan

sesuka hati. Tujuan adalah meminimumkan pencemaran udara ke tahap yang lebih

rendah.

Berikut merupakan undang-undang di bawah akta Kualiti Alam Sekeliling,

1974 ( Pindaan 1996 ), Peraturan-peraturan untuk mengawal pencemaran air telah pun

dikuatkuasakan iaitu pertamanya peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling ( Premis

Yang Ditetapkan) (Minyak Kelapa Sawit Mentah)1977- P.U(A)342/77 adalah untuk

mengawal pelepasan effluen dari kilang kelapa sawit. Kedua, peraturan-peraturan

Kualiti Alam Sekeliling (Premis Yang Ditetapkan) (Getah Asli Mentah) 1978-P.U

(A)338 / 78 adalah untuk mengawal pelepasan effluen dari kilang getah. Ketiga,

Page 8: ifolio.ukm.my · Web viewApa yang dikatakan sebagai pencemaran ini merupakan satu topik yang hangat dan tidak di ambil tindakan secara serius dari dahulu lagi. Buktinya, terdapat

peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekitar (Kumbahan dan Effluen-effluen

Perindustrian) 1979 - P.U (A) 12 / 79 - untuk mengawal pelepasan kumbahan dan

effluen dari industri-industri (selain dari kilang getah dan kelapa sawit).

2.2 PENCEMARAN AIR

Air merupakan sumber penting dalam kehidupan manusia dan menyokong

kepada sistem kehidupan global. Manusia memerlukan air untuk menjalankan aktiviti

harian seperti pertanian, perikanan, perindustrian, pengangkuatan dan sebagainya.

Namun, air semakin hari semakian tercemar lantaran sikap tidak bertanggungjawab

sesetengah pihak. Menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, pencemaran air

didefinisikan sebagai apa-apa perubahan langsung atau tidak langsung kepada sifat-

sifat fizikal, haba, biologi, atau radioaktif iaitu mana-mana bahagian alam sekitar yang

melepaskan, mengeluarkan, atau meletakkan buangan ini sehingga menjejaskan

kegunaannya dan menyebabkan suatu keadaan berbahaya dan memudaratkan

kesihatan, keselamatan dan kebajikan pihak awam, atau kehidupan lain seperti

burung, hidupan liar, ikan dan hidupan akuatik serta tumbuh-tumbuhan air.

Antara punca pencemaran air berlaku adalah sikap segelintir pengusaha kilang

yang tidak bertanggungjawab membuang sisa toksik ke dalam sungai atau laut juga

mendorong kepada pencemaran air. Pembuangan ini dianggap mudah kerana tidak

memerlukan kos pelupusan. Masalah timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke

dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan toksik yang mencemarkan air

sungai. Kajian menunjukkan terdapat beberapa buah negara maju memasukkan sisa

radioaktif ke dalam tong dram sebelum membuangnya kedalam laut.

Pertumpahan minyak yang berlaku disebabkan oleh pelanggaran kapal turut

mendorong kepada pencemaran air. Minyak yang mengalir ke laut akibat kebocoran

Page 9: ifolio.ukm.my · Web viewApa yang dikatakan sebagai pencemaran ini merupakan satu topik yang hangat dan tidak di ambil tindakan secara serius dari dahulu lagi. Buktinya, terdapat

tangki minyak akan menutupi lapisan air dan menyebabkan belakunya pencemaran

laut. Sebagai contoh, pelanggaran kapal MV Waily dengan kapal tangki MT Bunga 3

yang membawa 61, 858 tan metrik minyak mentah telah menyebabkan berlakunya

pertumpahan minyak berhampiran Tanjung Ayam.

Punca pencemaran air yang lain juga ialah bahan buangan domestik. Bahan-

bahan buangan domestik yang terdiri daripada sampah sarap dan bahan kumbahan

dibuang sewenang-wenangnya ke dalam sungai. Pihak-pihak yang tidak bertanggung

jawab mengambil jalan mudah dengan menyalirkan bahan kumbahan ke dalam parit

dan sungai. Apabila sampah organik domestik ini mereput dan diuraikan oleh bakteria

dengan oksigen yang terlarut di dalam air maka, wujud keadaan kekurangan oksigen

dalam air yang menggugat kehidupan akuatik.

Pembangunan industri perkilangan juga menjadi punca pencemaran air yang

utama. Kebanyakan kilang dibina di tebingan sungai untuk memudahkan bahan-bahan

buangan disalirkan ke dalam sungai-sungai berkenaan. Masalah timbul apabila cecair

kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat terlebih dahulu dan

mengandungi bahan toksik yang mencemarkan air sungai.

Sektor pertanian juga dikenal pasti sebagai punca pencemaran air. Pengilangan

hasil-hasil pertanian menghasilkan banyak bahan kimia cecair yang disalirkan ke

dalam sungai-sungai. Hampas-hampas organik yang menjadi bahan buangan

pemprosesan dibuang ke dalam sungai lalu menyebabkan air sungai teremar. Selain

itu, penggunaan baja, pestisid dan insektisid untuk membunuh haiwan perosak juga

mencemarkan sumber air sebab bahan-bahan tersebut menghalang penembusan

Page 10: ifolio.ukm.my · Web viewApa yang dikatakan sebagai pencemaran ini merupakan satu topik yang hangat dan tidak di ambil tindakan secara serius dari dahulu lagi. Buktinya, terdapat

cahaya ke bawah permukaan air dan mengakibatkan kematian tumbuh-tumbuhan air

dan hidupan akuatik.

Selain itu, industri perlombongan juga antara punca pencemaran air. Cari gali

petroleum di dasar laut dan pertumpahan minyak adalah antara bukti nyata.

Penggerudian perigi-perigi minyak dan letupan tangki minyak menambah lagi

masalah pencemaran ini.

Bahan-bahan buangan radioaktif dan ujian-ujian bom dan nuklear di laut-laut

juga menyumbang kepada pencemaran air. Banyak bahan buangan radioaktif yang

terhasil dari makmal-makmal dan buangan hospital yang mengandungi sisa-sisa toksik

larut dalam air serta mencemarkan air sungai dan laut. Stesen-stesen nuklear juga

menyalirkan bahan buangan ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar.

Ujian-ujian bom di laut juga antara faktor penyebab pencemaran air laut.

Pencemaran air akan memberi kesan kepada kesihatan menusia. Air yang

tercemar mengandungi bahan kimia seperti sodium, nitrat, merkuri dan sebagainya

yang boleh memudaratkan kesihatan manusia. Contohnya, sodium memberi implikasi

kepada jantung, manakala merkuri dan plumbum pula boleh menyebabkan masalah

saraf. Terdapat pelbagai penyakit yang berjangkit melalui air minuman dan air

mandian seperti disentri, salmonela, cryptosporidium dan hepatitis.

Tumpahan minyak yang berlaku di kawasan perairan akan membentuk lapisan

minyak yang boleh mengancam organisma laut. Tumpahan tersebut akan menjejaskan

tumbesaran dan kesuburan plankton. Hidupan laut seperti ikan, siput, udang dan

ketam akan mati disebabkan oleh pembuangan sampah dan sisa toksik yang telah

Page 11: ifolio.ukm.my · Web viewApa yang dikatakan sebagai pencemaran ini merupakan satu topik yang hangat dan tidak di ambil tindakan secara serius dari dahulu lagi. Buktinya, terdapat

mengakibat pencamaran air yang merupakan habitat hidupan laut. Hal ini akan

mendorong kepada kepupusan hidupan laut.

Pencemaran air juga memberi kesan kepada tanah basah. Tanah basah

menyediakan habitat kepada banyak organisma hidup dan spesies tumbuhan. Apabila

fosforus daripada pencemaran bahan kimia ditambah dalam sistem air, rumpai air

akan tumbuh dengan banyak.. Dengan peningkatan fosforus, ianya akan menyebabkan

menyebabkan ekosistem menjadi tidak seimbang.

Media masa dan media elektronik memainkan peranan yang penting untuk

meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan sungai Kempen

kesedaran perlu diadakan melalui televisyen, akhbar dan sebagainya untuk memberi

kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan air dalam kehidupan seharian.

Dengan penganjuran kempen-kempen ini diharap dapat memupuk sikap cintakanalam

sekitar.

Selain itu, pihak kerajaan juga bertanggungjawab menguatkuasakan undang-

undang. Manakala, Undang-undang sedia ada perlu diperketatkan lagi supaya pesalah

mendapat hukuman yang setimpal dengan kesalahannya. Contonya, pihak-pihak yang

melakukan kesalahan mencemarkan sungai, sekiranya disabit kesalahan, boleh

dikenakan hukuman di bawah Seksyen 25 (3) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974,

iaitu denda tidak lebih daripada RM 100,000.00 atau penjara untuk tempoh tidak lebih

daripada 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

Untuk memastikan supaya sampah sarap tidak menyebabkan sistem perparitan

tersumbat maka penyelenggaraan berkala seharusnya dijalankan sekitar satu atau dua

kali sebulan. Dengan cara ini, maka sampah sarap tidak akan menyebabkan sekatan air

sekali gus sampah tidak terlepas ke sistem saliran utama di sungai.

Page 12: ifolio.ukm.my · Web viewApa yang dikatakan sebagai pencemaran ini merupakan satu topik yang hangat dan tidak di ambil tindakan secara serius dari dahulu lagi. Buktinya, terdapat

3.0 PENUTUP

Oleh itu, semua pihak haruslah bersinergi agar alam sekitar dapat dikekalkan

keindahannya. Janganlah kita menjadikan modenisasi sebagai alasan yang konkrit

untuk tegar menjadi evasif. Seharusnya, kita hendaklah mengetahui bahawa jika alam

sekitar terus dicemari, generasi akan datang akan kehausan signifikan alam sekitar

terhadap masyarakat di dunia.

Langkah untuk mengatasi pencemaran alam seterusnya ialah pihak kerajaan

perlu melaksanakan kempen dengan lebih berkesan. Kempen merupakan kaedah yang

paling berkesan untuk menyampaikan sesuatu maklumat tentang pelbagai perkara.

Pelbagai media massa dapat digunakan untuk menjadi wadah penyampaian maklumat

melalui kempen. Contohnya, televisyen merupakan media yang paling dekat dengan

masyarakat. Pada umumnya setiap rumah di negara kita mempunyai set televisyen.

Oleh itu, televisyen wajar digunakan sebaik-baiknya untuk menyalurkan maklumat

tentang langkah-langkah mengatasi pencemaran alam. Media-media lain seperti surat

khabar dan radio juga wajar digunakan sepenuhnya untuk menjadi wadah kempen

penjagaan alam sekitar. Selama ini kempen yang dilaksanakan tidak begitu berkesan.

Pihak yang terbabit hanya melaksanakan kempen tidak ubah seperti pahat dengan

penukul. Adakalanya kempen yang dilaksanakan bersifat aktiviti bermusim. Oleh

yang demikian, kempen yang lebih berkesan dan dijalankan dengan bersungguh-

sungguh dapat mengatasi masalah pencemaran alam sekitar.

Negara sudah mempunyai banyak peruntukkan undang-undang berkenaan

alam sekitar yang jika dikuatkuasakan sepenuhnya mampu menangani masalah-

masalah alam sekitar yang timbul kini. Namun penguatkuasaan sepenuhnya masih

tidak dapat dijalankan kerana pelbagai kelemahan dan kekangan yang ada. Dalam hal

Page 13: ifolio.ukm.my · Web viewApa yang dikatakan sebagai pencemaran ini merupakan satu topik yang hangat dan tidak di ambil tindakan secara serius dari dahulu lagi. Buktinya, terdapat

ini, kerajaan perlu mengambil kira faktor ini dan bukannya menggubal dan

meluluskan undang-undang alam sekitar yang baru.

Selain itu, pihak swasta dan orang ramai juga perlu memainkan lebih peranan dalam

meringankan beban kerajaan dan tidak mengharapkan kerajaan semata-mata

menangani isu-isu alam sekitar yang timbul. Penyelesaian masalah alam sekitar secara

bukan perundangan seperti melalui pendidikan formal dan tidak formal perlu

dipergiatkan lagi dan melibatkan pelbagai lapisan masyarakat agar pembangunan

terancang dapat dicapai dengan berkesan.

Pelan pembangunan negara dan pengekalan alam sekitar negara sebenarnya

menuju ke arah yang betul seperti yang dinyatakan dalam Rancangan Malaysia ketiga

hingga Rancangan Malaysia Kesembilan. Namun masih banyak lagi tindakan yang

perlu dilakukan untuk mencapai tahap yang diingini disebabkan pelbagai kelemahan

dan kekangan yang timbul. Kuncinya adalah kerjasama daripada semua pihak dan

bukan kerajaan semata-mata. Mengejar kekayaan materialistik sekarang merupakan

trend kehidupan orang ramai tanpa mengambil kira pembangunan alam sekitar, tetapi

apakah nilai harta benda itu kelak jika kita terpaksa membayar harga yang tinggi

untuk menikmati alam sekitar itu sendiri yang sepatutnya percuma sahaja.

Adalah diharapkan mereka yang berpendidikan tinggi juga sedar akan kepentingan

alam sekitar dan menjadi penunjuk arah ke arah pengekalan alam sekitar dan

pembangunan terancang untuk semua.

Page 14: ifolio.ukm.my · Web viewApa yang dikatakan sebagai pencemaran ini merupakan satu topik yang hangat dan tidak di ambil tindakan secara serius dari dahulu lagi. Buktinya, terdapat

4.0 RUJUKAN

1. Pencemaran udara dan air:

http://epkhas.ses.usm.my/lesson-plan/alam-sekitar-pencemaran-darat-air-dan-udara

2. Pencemaran air:

http://pencemaran-pencemaran.blogspot.com/2010/08/pencemaran-air.html

3. Pencemaran udara:

http://bmpengurusankumpulan15.blogspot.com/2010/08/pemcemaran-udara.html