ifolio.ukm.my · web viewapa yang pasti, perkaitan antara isu pendidikan dengan kemunduran pelajar...
TRANSCRIPT
1
LAPORAN AKHIR
PEMBANGUNAN DIRI II
SESI 2013/2014
SET 27
KUMPULAN 3
PROGRAM :
PROGRAM ADIK-ADIKKU CELIK ILMU
TARIKH: 2 MEI 2014
TEMPAT: SK SUNGAI KELAMBU, BANTING,
SELANGOR
2
Senarai Ahli Kumpulan
Amirul Ashraf bin Ngaidin (A145989)
Mohd Luthfi Bin Abd Rahim (A145988)
Muhammad Faidzi Bin Mohd Sobri (A146127)
Anis Afifi Binti Roslan (A146161)
Muliani Binti Mansor (A146150)
Nurul Asyikin Binti Md Lazim (A146159)
Nurul Asyikin Binti Razali (A146130)
Nurfarhana Alyssa Binti Affandi (A146141)
Shajaratul Hidayah Binti Ami Nordin (A146148)
Nurul Nadiah Binti Abd Hamid (A146149)
Nai’mah Binti Muda (A143442)
Munirah Binti Ishak (A146165)
3
PENGHARGAAN
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,
Bersyukur kehadrat ilahi kerana izin dan kurnianya dapat juga kami
menyempurnakan tugasan bagi subjek Pembangunan II ini. Sepanjang menjalankan
tugasan ini,kami telah mengalami pelbagai pengalaman sama ada pahit mahupun manis
yang amat berharga dan bermakna dalam hidup kami sebagai seorang pelajar.
Pengalaman yang kami perolehi sepanjang menjalankan tugasan ini mungkin hanya akan
datang sekali sahaja dalam hidup kami. Justeru itu, kami telah memperolehi pelbagi
maklumat dan pengetahuan dengan lebih terperinci lagi berkaitan tugasan ini iaitu macam
mana untuk mengendalikan program supaya program berjalan lancar. Di kesempatan ini,
kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang
menjayakan tugasan ini. Terutamanya kepada pensyarah kami iaitu, Prof. Madya Dr.
Latifah Amin kerana beliau telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada kami sepanjang
menjalankan tugasan ini. Tunjuk ajar beliau amat membantu kami dalam usaha
menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan ini.
Oleh itu, kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga
kami yang telah banyak memberi sokongan moral serta bantuan kewangan bagi
menyelesaikan tugasan ini. Selain itu, kami turut berterima kasih kepada rakan-rakan
seperjuangan kami kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi
merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.
Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam
menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan
yang telah anda hulurkan amatlah kami hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan anda
semua, tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.
Sekian, terima kasih.
4
ISI KANDUNGAN
Bil. Perkara Muka Surat
0. Senarai Ahli Kumpulan
1. Penghargaan
2. Isi kandungan
3. Pengenalan1.1 Latarbelakang kajian1.2 Objektif kajian
4. Kaedah kajian
5. Hasil kajian
6. Perbincangan,kesimpulan dan cadangan
7. Rujukan dan lampiran
5
PENGENALANBab ini membincang tentang maklumat dan penjelasan mengenai aspek-aspek
perancangan penyelidikan serta rasional kajian. Penghasilan kajian ini adalah
berpandukan kepada isu kajian, objektif kajian, serta andaian kajian. Sebelum
perbincangan dijelaskan selanjutnya, bab ini akan mengemukakan latar belakang kajian
iaitu mengenai jurang pendidikan luar bandar dengan bandar.
1.1 Latar belakang kajian
Sejak Rancangan Malaysia Kedua (1971 hingga 1975), Malaysia telah
melaksanakan dasar pembangunan ke arah pembasmian kemiskinan dan pengurangan
polarisasi sosio ekonomi khususnya dalam kalangan masyarakat luar bandar dan Bandar
(Malaysia, 1971). Berdasarkan prinsip ini pelbagai usaha dijalankan untuk terus
mendidik masyarakat bukan sahaja secara formal untuk generasi muda tetapi juga secara
tidak formal dalam kalangan generasi dewasa. Pendidikan membolehkan setiap individu
menguasai ilmu pengetahuan dan seterusnya mampu mengatasi ranjau dan rintangan-
rintangan kehidupan. Usaha kerajaan yang begitu gigih untuk membantu rakyat
meningkatkan taraf hidup dapat dilihat menerusi pembentukan pelbagai agensi di
peringkat persekutuan, wilayah dan negeri bagi melaksanakan pelbagai projek
pembangunan untuk faedah rakyat. Tidak dapat disangkal kebenaran bahawa sebarang
kejayaan dalam pembangunan di kalangan masyarakat adalah hasil daripada usaha-usaha
kerajaan yang telah mempertingkatkan taraf hidup rakyat melalui pencapaian dalam
bidang pendidikan, kesihatan, perindustrian, dan sebagainya. Buktinya, sepanjang
tempoh dua setengah dekad semenjak tahun 1970, Malaysia telah mencapai kemajuan
yang membanggakan dari segi pertumbuhan ekonomi sekaligus dapat memenuhi objektif
sosialnya (Malaysia, 1999:4-5).
Salah satu objektif utama Rancangan Malaysia Pertama (1966 hingga 1970)
adalah untuk menggiat dan memperluaskan pembangunan sumber manusia kepada rakyat
(Malaysia, 1965). Objektif program pendidikan adalah untuk membaiki kualiti
pendidikan dan peluang pendidikan yang mana merupakan agenda penting bagi setiap
strategi pembangunan di Malaysia. Isu mengenai jurang pendidikan diperseimbangkan di
6
antara masyarakat luar bandar dan bandar. Berdasarkan objektif ini aspek pendidikan
merupakan instrumen yang terpenting dalam mempertingkatkan kualiti hidup di
Malaysia. Dalam rangka Rancangan Jangka Panjang Malaysia Pertama 1971 – 1990
(RRJP1), akses pendidikan telah dikenalpasti sebagai salah satu langkah utama yang
berdaya tahan dan berkesan dalam usaha mengurangkan jurang pendidikan dan
kemisikinan antara kawasan bandar dan luar bandar (Malaysia, 2001:158).
Dalam membincangkan aspek pendidikan ini, persoalan mengenai kecemerlangan
akademik seringkali dikaitkan dengan prestasi dan enrolmen pelajar. Fenomena yang
berlaku di Malaysia pada masa kini lebih menjurus kepada perbezaan kecemerlangan
dalam kalangan pelajar luar bandar dan bandar di mana enrolmen dan prestasi
kecemerlangan pelajar luar bandar dilihat agak mundur jika dibandingkan dengan pelajar
di bandar (Murad Mohd Noor, 1971; Behrman dan Schnieder, 1994). Ini merupakan isu
penting yang perlu diberi perhatian dan tindakan sewajarnya. Apa yang pasti, perkaitan
antara isu pendidikan dengan kemunduran pelajar di luar bandar boleh memberi impak
yang negatif terhadap pembangunan di negara kita. Menurut Maimunah Ismail (1999),
kebanyakan penduduk luar bandar terlibat dalam pertanian bercorak sara diri dan berada
pada tahap miskin. Mereka kurang aktif dan kurang terlibat dalam program-program
pembangunan, mempunyai taraf pengeluaran pertanian yang rendah, mempunyai tahap
kemudahan asas yang kurang; aspek pendidikan dan kesihatan yang rendah, kurang
menerima faedah-faedah dan sumber-sumber pembangunan yang terdapat di bandar
(Maimunah Ismail, 1999:18-19). Hal ini sekaligus menyumbang kepada berlakunya
jurang ketaksamaan yang semakin ketara di antara masyarakat luar bandar dan bandar.
Oleh kerana itu, dasar telah dibentuk menjadikan penduduk luar bandar sebagai
kumpulan sasaran program-program pembangunan supaya keadaan kemiskinan dan
ketaksamaan dapat dikurangkan sepenuhnya.
Program pembangunan luar Bandar adalah satu proses untuk meningkatkan taraf
hidup masyarakat luar bandar melalui pembaikan dalam seluruh aspek pembangunan
manusia (Malaysia, 1971). Ini termasuklah penyediaan keperluan asas yang mencukupi
seperti makanan, pakaian, perumahan, dan kesihatan serta keperluan psikososial yang lain
seperti pendidikan, pekerjaan, kerohanian dan keselamatan (Maimunah Ismail, 1999:19).
Bagi memastikan kemiskinan dan ketaksamaan dapat dikurangkan sepenuhnya, kerajaan
7
telah mempelbagaikan program yang berteraskan kepada pembangunan luar bandar.
Dalam aspek pendidikan misalnya, Malaysia telah menyediakan sejumlah peruntukan
yang besar untuk membangunkan tahap pendidikan pelajar di kawasan luar bandar
khususnya di negeri-negeri tertentu. Di Kelantan misalnya, Jabatan Pelajaran Negeri
(JPN) Kelantan menerima peruntukan kira-kira RM54.6 juta daripada Kerajaan Pusat
sepanjang tahun 2007 untuk diagihkan kepada lebih 170,000 murid dan pelajar miskin di
seluruh negeri. Daripada jumlah itu, sebanyak RM16.8 juta diagihkan bagi membantu
134,000 pelajar sekolah menengah yang dikategorikan miskin menerusi Kumpulan Wang
Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) sejak Januari lalu sehingga kini. Selain itu
peruntukan berkenaan turut diagihkan bagi membantu 71,785 murid miskin Tahun 4, 5
dan 6 bagi mengikuti kelas tambahan menerusi skim baucer tuisyen. JPN turut
menyenaraikan seramai 38,000 lagi murid miskin dari seluruh negeri yang diberi dua lagi
skim bantuan iaitu Rancangan Makanan Tambahan Sekolah Rendah (RMTSR) bernilai
RM7 juta serta Program Susu Sekolah bernilai RM3.8 juta (Utusan Malaysia, 11 Jun
2007). Diharap peruntukan yang disalurkan ini akan dapat mempertingkatkan lagi tahap
prestasi pelajar di luar bandar.
Di samping itu, Malaysia pada hakikatnya secara berterusan mengambil langkah
dalam memastikan kemajuan pendidikan di bandar seiring dengan pendidikan di kawasan
luar bandar. Justeru, Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi telah
mengambil inisiatif yang tersendiri dengan mengumumkan tujuh langkah “lonjakan
perdana pendidikan luar bandar” bertujuan bagi mengurangkan jurang prestasi antara
sekolah bandar dan luar bandar. Antara tujuh lonjakan tersebut ialah memantapkan
perkhidmatan prasekolah di luar bandar dengan membina lebih 2,400 kelas yang akan
memberi faedah kepada hampir 61,000 kanak-kanak di seluruh negara serta penyediaan
latihan guru prasekolah dan kemudahan komputer di kebanyakan sekolah luar bandar
(Utusan Malaysia, 6 Oktober 2006). Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) juga, telah
memberi fokus dalam usaha bagi merapatkan jurang pendidikan. Agenda merapatkan
jurang pendidikan bandar dan luar bandar adalah penting kerana melibatkan jumlah
sekolah yang besar iaitu sebanyak 5077 buah sekolah daripada 7513 buah sekolah rendah
dan 792 dari 2045 sekolah menengah di kawasan luar bandar. Memandangkan
pentingnya pembangunan pendidikan luar bandar, KPM telah bekerjasama dengan
8
National Implementation Task Force (NITF) untuk menambah baik serta mendapat
peruntukan tambahan di bawah Projek Berimpak Tinggi NITF. Tambahan sebanyak
RM2.6 bilion telah diperuntukkan di bawah Projek Berimpak Tinggi untuk merapatkan
jurang pendidikan di kawasan luar bandar dan pedalaman terutama di Sabah dan
Sarawak. Pembangunan infrastruktur ini dijangka akan memberi manfaat kepada 2.2 juta
pelajar dan 14,000 guru di kawasan pedalaman (Kementerian Pendidikan Malaysia ,
2007). Justeru, penekanan dalam aspek pendidikan sentiasa dititikberat memandangkan
pendidikan mampu mengubah taraf hidup sesebuah masyarakat itu. Pelbagai pendekatan
yang meliputi seawal peringkat pra sekolah sehingga ke peringkat tertinggi pendidikan
yang bertindak sebagai asas bagi mempercepatkan proses kemajuan dalam menyediakan
akses dan mempertingkatkan kualiti pendidikan dalam negara (Abdul Rahim Abdul
Rashid, 2002:13).
Habana (1993) menegaskan bahawa dasar pendidikan nasional Malaysia iaitu
selain daripada matlamat universal untuk perkembangan individu dalam aspek
intelektual, budaya, sosio ekonomi, dan rohani, dasar ini juga bertujuan untuk
membentuk identiti dan perpaduan nasional dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Ini
dilakukan melalui pemupukan idea, nilai, aspirasi, dan ketaatan yang dapat
menyumbangkan kepada pembangunan negara di kalangan rakyat Malaysia (Habana,
1993:10). Walaupun pelbagai program telah disediakan, namun jurang kemiskinan
Antara bandar dan luar bandar masih lagi wujud. Oleh yang demikian, kajian untuk
meneroka tentang cabaran yang dilalui oleh masyarakat khususnya golongan masyarakat
luar bandar timbul disebabkan masih wujud jurang ketaksamaan, taraf hidup yang
sepatutnya dibasmi sepenuhnya memandangkan Malaysia sudah mencapai kemajuan
selaras dengan sambutan 50 tahun kemerdekaan Malaysia. Dalam hubungan ini adalah
diperhatikan bahawa jarak atau lokasi sesuatu tempat mampu menyumbang kepada
berlakunya ketaksamaan agihan sumber yang mana kawasan bandar mendapat
peruntukan pembangunan yang lebih besar berbanding dengan penduduk luar bandar
yang tinggal jauh di pedalaman (Yuji Tamura, 2003). Jadi, salah satu faktor yang
menghalang penduduk menikmati taraf hidup yang sama dengan penduduk bandar adalah
disebabkan faktor jarak.
9
Oleh itu kajian ini cuba untuk mengkaji cabaran serta peluang dalam bidang
pendidikan khususnya, yang mampu dicapai oleh pelajar di kawasan luar bandar untuk
menjadikan mereka berada pada tahap yang sama dengan kemajuan pelajar di bandar.
Justeru, kajian ini akan mengambil kira persepsi dan kesedaran responden tentang
kepentingan pendidikan serta masalah dan cabaran yang menghalang mereka untuk
mendapat faedah yang sama rata khususnya dalam aspek pendidikan golongan anak-anak
mereka.
Pendekatan untuk membendung masalah kemiskinan Dasar Kementerian Pelajaran Malaysia adalah untuk merapatkan jurang pendidikan
antara lokasi, tahap sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar. Matlamat Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) adalah untuk memastikan semua sekolah dan pelajar
mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk cemerlang termasuklah daripada
Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan. KPM telah mengenal pasti jurang
pendidikan yang perlu dirapatkan supaya akses, ekuiti dan kualiti dapat ditingkatkan.
Pihak kerajaan amat mementingkan masalah keciciran dalam kalangan
masyarakat. Kerajaan akan memperluaskan sekolah komprehensif di kawasan
pendalaman terutamanya Sarawak khususnya di kawasan Baram bagi menangani masalah
keciciran terutamanya di kalangan kaum Penan. Langkah ini sejajar dengan usaha
kerajaan untuk merapatkan jurang pendidikan dalam kalangan kaum Penan yang masih
jauh ketinggalan. Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata lebih
125,000 kanak kanak yang mencapai umur persekolahan tercicir daripada alam
persekolahan di luar bandar dan pedalaman. Menurutnya banyak usaha perlu dilakukan
bagi memastikan semua rakyat telah mengambil tindakan yang relaven untuk mengatasi
masalah tersebut dengan memperkenalkan pelbagai program pemulihan atau
penambahbaikan. Dengan menunaikan tanggungjawab ini, Jabatan Pendidikan Khas
memutuskan untuk ‘turun padang’ dengan melancarkan ‘Program Outreach’. Program ini
merupakan satu perkhidmatan bergerak untuk mengenal pasti kanak-kanak berkeperluan
khas di bawah lingkungan umur persekolah. Melalau program ini, maklumat berkaitan
10
program pendidikan khas, kebajikan murid serta hal berkenaan masalah pendengaran,
pertuturan, penglihatan serta masalah pembelanjaran dapat disebarkan.
Jurang sosioekonomi merujuk kepada perbezaan dari segi tahap kesihatan, disiplin,
kebajikan pelajar dan kemiskinan termasuklah kemiskinan dalam Bandar, bagi
memantapkan sistem pengagihan bantuan, berbagai-bagai program perlu diwujudkan
supaya kebajikan pelajar-pelajar miskin terpelihara. Antara yang boleh dilakukan ialah
memantau pelaksaan program secara berterusan, mengukuhkan kerjasama antara sekolah,
sektor awam dan swasta. Yayasan Basmi Kemiskinan(YBK) ditubuhkan pada 16 Mac
1990 yang berdaftar di bawah Akta Amanah Ordinan, 1952. YBK ini dilancarkan secara
rasmi pada April 1990 oleh Tan Sri Haji Muhammad Haji Muhd. Taib untuk memastikan
kemiskinan dan ketaksamaan dapat dikurangkan, kerajaan telah mempelbagaikan
program terus pembangunan di luar bandar.
Selain itu, bantuan dari segi kewangan juga dapat mengatasi masalah keciciran
pelajar disebabkan kemiskinan. Contohnya sebanyak 179,227 pelajar miskin menerima
peruntukan tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin(KWAPM) berjumlah
RM21.4 juta. Menurut Datuk Seri Hishammudi Tun Hussein, KWAPM akan mendahului
Kelantan, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan kuala Lumpur serta Perlis. Setiap
seorang pelajar miskin akan menerima RM120 bagi pembelian tersebut yang sebelum
ini peruntukan itu disediakan dibawa Belanja Mengurus yang dikenali ‘One-Off’.
Selain memberi bantuan, menyediakan kemudahan dan perbekalan di semua sekolah
terutamanya sekolah pedalaman. Kemudahan dan perbekalan pelajaran yang disediakan
adalah banyak serta beraneka jenis masing-masing mempunyai hubung-kait yang
tersendiri dengan kegiatan pengajaran dan pembelanjaran yang dijalankan di sekolah-
sekolah. Antara kemudahan ialah kemudahan fizikal, asrama, buku teks, perpustakaan,
bantuan makanan tambahan dan sekolah redah pusat. Bantuan tersebut ada memberi
kemudahan kepada para pelajar dan membendung jurang pendidikan. Contohnya, asrama
dibina dengan tujuan untuk member ikemudahan tempat tinggal yang berdekatan dengan
sekolah kepada murid-murid datang dari jauh, terutamanya mereka yang miskin.
11
1.2 OBJEKTIF KAJIANTerdapat beberapa objektif kajian:
1) Mengenal pasti jurang pendidikan luar bandar dan bandar 2) Mengenal pasti tahap motivasi murid-murid 3)Mengenal pasti kelemahan dan kelebihan murid-murid luar bandar
12
KAEDAH KAJIANi) Persampelan
Kajian ini menggunakan persampelan bukan probabiliti iaitu persampelan
bertujuan untuk menjawab objektif yang diutarakan oleh pengkaji. Seramai 48 orang
responden telah dipilih untuk menjawab borang soal selidik, iaitu terdiri daripada murid-
murid SK Sungai Kelambu.
Antara ciri yang diambil kira semasa proses pemilihan responden adalah, mereka
seharusnya adalah murid-murid SK Sungai Kelambu dan pengkaji telah memilih murid-
murid Tahun 6 SK Sungai Kelambu. Hal ini kerana, mereka merupakan pelajar luar
bandar dan bakal menghadapi peperiksaan penting iaitu UPSR. Oleh itu, hanya murid-
murid Tahun 6 SK Sungai Kelambu yang mengetahui sejauh mana tahap pelajaran
mereka yang dikategorikan sebagai pelajar luar bandar. Responden tidak dikira melalui
jantina.
ii) Pengumpulan data
Pengumpulan datayang digunakan dalam kajian ini adalah menggunakan soal
selidik dan pemerhatian. Soalan soal selidik telah dibentuk untuk mendapatkan data
tentang jurang penndidikan luar bandar dan bandar yang telah dikhususkan hanya kepada
murid-murid Tahun 6 SK Sungai Kelambu.
Data primer
Kaedah soal selidik dilakukan dengan murid-murid Tahun 6 SK Sungai Kelambu
dimana mereka adalah pelajar luar Bandar. Kaedah pemerhatian turut digunakan untuk
menilai kelemahan dan kelebihan murid-murid.
a) Borang Soal Selidik.
Soal selidik adalah kaedah utama dalam pengumpulan data kerana ianya
berhubung terus dengan murid-murid Tahun 6 SK Sungai Kelambu. Cara kajian
dijalankan melalui kaedah soal selidik. Penggunaan borang soal selidik perlu melalui
13
strategi mereka bentuk soal selidik yang bersesuaian supaya tidak berlaku bias. Kaedah
ini adalah kaedah yang popular yang digunakan para pengkaji untuk mendapatkan data
primer. Borang soal selidik ini perlulah bersesuaian dan mengikut objektif yang telah
ditetapkan. Hal ini agar soalan tersebut tidak menyimpang jauh daripada sasaran. Bahasa
yang digunakan haruslah yang mudah dan senang difahami oleh responden. Hal ini
supaya responden faham semasa menjawab soalan dan tidak memberikan jawapan yang
tidak benar.
Borang soal selidik ini berbentuk soalan terbuka. Rasional menggunakan soal
selidik terbuka adalah untuk mendapatkan min purata serta peratus bagi setiap jawapan.
Borang soal selidik ini menggunakan kaedah skala 5 peringkat. Soal selidik adalah
berdasarkan tiga objektif kajian iaitu mengenal pasti jurang pendidikan luar bandar dan
bandar, mengenal pasti tahap motivasi murid-murid dan mengenal pasti kelemahan dan
kelebihan murid-murid luar bandar. Bagi objektif kajian pertama persoalannya adalah
mengenai sama ada pelajar luar bandar ketinggalan dari segi pendidikan. Seterusnya, bagi
objektif kajian kedua pula persoalannya adalah mengenai tahap motivasi murid-murid
untuk menghadapi peperiksaan UPSR dan bagi objektif ketiga pula persoalannya adalah
setiap murid ada kelemahan dan kelebihan masing-masing.
b) Pemerhatian
Kaedah pemerhatian adalah kaedah alternatif yang ada dalam pengumpulan
maklumat atau pengumpulan data selain soal selidik. Pemerhatian memerlukan pemerhati
memerhati sendiri keadaan di kawasan kajian. Kaedah kajian ini membolehkan pemerhati
lebih memahami situasi yang sebenar yang hendak digambarkan oleh responden.
Pemerhatian dilakukan dalam persekitaran semula jadi tanpa manipulasi atau campur
tangan dari pemerhati.
14
HASIL KAJIAN
Maklumat untuk penilaian telah diperolehi melalui soal selidik yang telah
diedarkan semasa Program Adik-Adikku Celik Ilmu. Dua jenis soal selidik telah
disediakan;satu untuk mengukur tahap keberkesanan program yang kami jalankan dan
satu lagi untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh adik-adik dalam pelajaran.
Untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh adik-adik, kami telah
mengedarkan kertas soal selidik yang mengandungi 6 soalan yang merangkumi 3 soalan
kekurangan dan 3 kelebihan adik-adik sewaktu belajar. Tiga aspek utama yang kami
kesan melalui soal selidik tersebut adalah
1. Tidak pandai membahagi masa.
2. Tidak pandai menghafal sifir.
3. Kurang menguasai salah satu subjek.
Program yang telah kami jalankan telah mengatasi 80% permasalahan ini. Antara aktiviti-
aktiviti yang telah kami jalankan ialah
1. Slot Motivasi "Pengurusan Masa".
2. Modul penghafalan sifir.
3. Team Building.
Aktiviti pertama yang dijalankan adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran
kepada adik-adik bahawa pentingnya teknik belajar secara berkesan. Selain itu,slot
motivasi ini juga telah menerangkan kepada adik-adik tentang pegurusan masa yang betul
semasa belajar. Wakil barisan fasilitator kami,Kak Syikin juga berkongsi pengalaman
beliau bersama adik-adik tentang pentingnya kesungguhan dalam menuntut ilmu.
15
Seterusnya.aktiviti kedua kami dijalankan di dalam kumpulan kecil yang diwakili
oleh 2 orang fasilitator bagi setiap kumpulan.Setiap wakil fasilitator kami diberikan
modul penghafalan sifir matematik yang kemudiannya dikongsikan kepada adik-adik
sewaktu aktiviti dijalankan. Melalui aktiviti ini kami dapat melihat keterujaan adik-adik
kerana didedahkan dengan formula yang begitu mudah untuk menghafal setiap sifir yang
sebelum ini sangat sukar bagi mereka.Slot ini berlangsung selama 45 minit.
Dan akhir sekali,kami telah mengadakan aktiviti yang mana memerlukan
kreativiti adik-adik untuk membina binaan yang paling tinggi dalam masa 30 minit
dengan hanya menggunakan straw yang dibekalkan oleh barisan fasilitator kami. Melalui
slot ini,kami dapat melihat pelbagai idea yang inovatif telah ditonjolkan oleh adik-adik.
16
Data yang diperolehi daripada jawapan soal selidik dianalisis dan dikemukakan
dalam bab ini. Keputusan yang diambil semuanya berdasarkan pentafsiran ke atas hasil
pemprosesan data yang diperolehi daripada jawapan soal selidik. Seramai 48 orang
responden yang telah memberikan maklum balas daripada sejumlah 48 soal selidik yang
diedarkan. Ini bermakna 100% responden memberikan kerjasama menjawab dan
memulangkan soal selidik tersebut. Berikut akan dibentangkan hasil kajian dan
perbincangan mengenainya.
4.2. Latar belakang responden
Seramai 48 orang responden telah memberi maklumbalas terhadap soal selidik
yang telah diedarkan. Pemilihan responden menepati sasaran kajian. Sasaran kajian
dalam pemilihan responden adalah 55 orang. Tetapi seramai 48 orang yang hadir kerana
7 orang lagi ada latihan bola sepak dan bola tampar di luar sekolah.
4.2.1. Jantina dan Umur
Histogram 4.2. menunjukkan 50 peratus atau seramai 24 daripada responden dalam kajian
ini adalah lelaki, manakala seramai 24 orang responden atau 50 peratus adalah
perempuan. menunjukkan bahawa kebanyakan responden dalam kajian ini berumur
antara 11 hingga 12 tahun.
17
Histogram 4.2
4.2.2. Bangsa dan agama
Kesemua responden dalam kajian ini adalah terdiri daripada bangsa Melayu iaitu seramai 48 orang (100%) dan beragama islam. Kesemua responden memberi komen yang positif dan memberangsangkan.
18
4.2.3 Taburan responden mengikut cita-cita.
Carta pie diatas menunjukkan bahawa adik-adik mempunyai cita-cita yang tinggi.
Kerjaya sebagai doktor lebih menarik minat adik-adik untuk diceburi iaitu 19 orang.
Manakala mereka yang minat untuk menjadi guru seramai 10 orang. Polis pula seramai 8
orang,peguam pula ialah 6 orang. Akhir sekali pensyarah seramai 3 orang dan yang paling
sedikit ialah jurutera 2 orang.
4.2.4 Taburan responden dalam pengurusan kursus.
19
Hasil kajian menunjukkan tahap kepuasan responden terhadap program ini
memuaskan. Kami sangat gembira apabila mendapat adik-adik yang sangat ramah, dan yang
paling penting memberi komitmen yang sangat baik kepada fasilitator. Kami tidak mendapat
sebarang masalah semasa kami menjalankan program bersama-sama murid tahun enam di
sekolah Kebangsaan Sg.Kelambu. Mereka membuat aktiviti yang kami sediakan dengan
bersungguh-sungguh.
20
PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
Hasil kajian menunjukkan hampir kesemua responden mengakui menghadapi
masalah dalam beberapa mata pelajaran untuk menjawab soalan peperiksaan. Kajian juga
mendapati penguasaan sifir juga merupakan masalah utama responden kerana majoriti
mereka menghadapi masalah tersebut. Selain itu, mereka tidak pandai membahagikan masa
untuk belajar. Ini merupakan antara faktor mereka tidak mendapat keputusan yang cemerlang
untuk peperiksaan bulanan. Selain itu, oleh kerana kesemua tinggal dan bersekolah di
kawasan luar bandar, mereka tidak mendapat kemudahan asas yang mencukupi dan tahap
kemiskinan sesebuah keluarga membataskan kejayaan mereka dalam pelajaran.
Keseluruhannya, system pendidikan negara kita mengalami perubahan
kepadapendekatan yang lebih bertepatan dengan keperluan setempat. Perubahan ini memberi
kesan langsung terhadap perkembangan pendidikan yang selaras dengan era globalisasi yang
melibatkan semua peringkat sekolah seperti sekolah rendah, menengah dan juga institusi
tinggi. Apa yang pasti, jurang pendidikan masih berlaku dan akan dapat dikurangkan dengan
penyediaan asas secara berterusan dan pada masa yang sama, kementerian perlu merancang
untuk melonjak sistem pendidikan ke tahap yang lebih tinggi supaya masalah ini dapat
diatasi. Hal ini demikan kerana kemajuan sesebuah negara sama ada dari segi teknologi
ataupun ekonomi amat bergantung kepada generasi muda yang mempunyai keseimbangan
dari aspek intelek, jasmani, rohani dan emosi . Oleh itu, halangan-halangan melahirkan modal
insan yang berdaya maju perlu dikenalpastikan supaya pendekatan yang betul dapat
dilaksanakan. Oleh itu, bantuan Persekolahan yang disediakan oleh Kementerian Pelajar
Malaysia mampu memenuhi matlamat dalam memastikan semua sekolah dan murid
mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang
kurikulum dan aktiviti kokurikulum. Di samping itu, kejayaan dalam merapatkan jurang
pendidikan boleh dicapai melalui usaha dan komitmen berterusan daripada semua pihak,
terutamanya pegawai pelaksana, ibu bapa, badan bukan kerajaan , kumpulan masyarakat, dan
penderma. Tambahan pula, semua pihak pelaksana haruslah mengambil perhatian dan
komitmen yang tinggi bukan sahaja dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) murid,
tetapi juga dalam aspek kebajikan dan keperluan sosial murid terutamanya di kawasan luar
bandar.
21
Akhir sekali, kami amatlah berpuas hati dengan program ini kerana segala tujuan dan
objektif program telah dapat dilaksanakan.Murid-murid dan fasilitator begitu minat dan
bersemangat semasa program berlangsung. Terdapat cadangan kami kepada sekolah dan
cadangan sekolah kepada kami.
22
SENARAI RUJUKAN DAN LAMPIRAN1) Laporan jawatankuasa mengkaji taraf pelajaran di sekolah-sekolah,Murad Mohd
Noor, 1971;Behrman dan Schnieder, 19942) Pengembangan:Implikasi ke atas pembangunan masyarakat,Maimunah Ismail,
1999:18-193) Utusan Malaysia, 11 Jun 20074) Utusan Malaysia, 6 Oktober 20065) Abdul Rahim Abdul Rashid, 2002:136) Habana, 1993:107) Yuji Tamura, 20038) Azlina Hilma Hillaluddin (2006) Isu – isu & Pendidikan Kerja Sosial.
Jabatan Penerbitan dan Teknologi Media UUM Izham Yusoff (10/10/06) Menggempur Kemiskinan Menerusi Pendidikan Utusan Melayu
9) Norizan Abdul Razak, Rozainee Khairudin, Ravichandran Vengadasamy Isu - Isu Pendidikan Bahasa Sastera dan Psikologi di Malaysia. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 (RMK-9) Pencapaian Dalam Mengatasi Jurang (18/01/2007) Utusan Malaysia pendidikanhttp://www.utusan.com.my/utusan/infor.asp?y 2007&dt=0118&pub=Utusan Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_04. Diperoleh pada 19 Januari 2010.
23
24