wan zuraini binti wan yusof timbalan pengarah bahagian ... · supaya koperasi tidak aktif dan...
TRANSCRIPT
WAN ZURAINI BINTI WAN YUSOF
Timbalan Pengarah
Bahagian Penyisatan dan Penguatkuasaan
SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA
ms 1
Bahagian Penyiasatan dan Penguatkuasaan
PEMBUBARAN KOPERASI DI BAWAH SEKSYEN 71 AKTA KOPERASI 1993
DAN
PEMBATALAN PENDAFTARAN KOPERASI DI BAWAH
SEKSYEN 72(1) AKTA KOPERASI 1993
Bahagian Penyiasatan dan Penguatkuasaan
71. PEMBUBARAN
(1) Suruhanjaya boleh, jika Suruhanjaya berpendapat bahawa
sesuatu koperasi itu patut dibubarkan, membubarkan
koperasi itu dengan membuat suatu perintah pembatalan
pendaftaran koperasi itu —
(a) apabila Suruhanjaya menjalankan kuasanya di bawah
subseksyen 69D(3);
(b) apabila menerima suatu permohonan yang dibuat oleh tiga
per empat daripada anggota sesuatu koperasi itu; atau
(c) selepas suatu pemeriksaan telah dibuat di
bawah seksyen 64 atau 68 atau selepas suatu
siasatan telah dijalankan di bawah seksyen 66.
(4) Jika suatu rayuan dikemukakan kepada Menteri terhadap
perintah di bawah subseksyen (1) dalam masa dua bulan dari
tarikh perintah itu, perintah itu tidak boleh berkuatkuasa
melainkan jika dan sehingga ia disahkan oleh Menteri.
Bahagian Penyiasatan dan Penguatkuasaan
72. PEMBATALAN PENDAFTARAN SESUATU
KOPERASI KERANA KURANG ANGGOTA
(1) Suruhanjaya boleh, dengan perintah secara
bertulis, membatalkan pendaftaran mana-mana
koperasi, selain daripada sesuatu koperasi yang di
antara anggota-anggotanya ialah satu atau lebih
koperasi, jika pada bila-bila masa dibuktikan
sehingga Suruhanjaya berpuas hati bahawa
bilangan anggota koperasi yang mula-mula disebut
itu telah berkurangan sehingga menjadi kurang
daripada lima belas orang.
(2) Tiap-tiap perintah yang dibuat di bawah
subseksyen (1) hendaklah mula berkuat kuasa dari
tarikh perintah itu.
Bahagian Penyiasatan dan Penguatkuasaan
PEMATUHAN UNDANG-UNDANG
• S 13 Akta Koperasi 1993 Dokumen terbuka untuk diperiksa:
a) Salinan Akta Koperasi 1993 dan peraturan-peraturan atau perintah,
arahan atau garis panduan
b) Suatu salinan undang-undang kecil dan akaun teraudit yang terakhir
c) Suatu senarai angggotanya
d) Suatu senarai anggota Lembaga
e) Nama ketua pegawai eksekutif, jika ada; dan
f) Suatu senarai pegawai koperasiyang berkenanan dengan
pengurusan koperasi
• S 15 Akta Koperasi 1993 Daftar anggota yang disimpan oleh koperasi
Nama, alamat, nombor kad pengenalan dan pekerjaan anggota dan tarikh
dia menjadi anggota dan terhenti menjadi anggota.
Bahagian Penyiasatan dan Penguatkuasaan
• S 43(2) Akta Koperasi 1993
Koperasi hendaklah, sebelum pelantikan atau pelantikan semula
seseorang sebagai ALK, meminta penentusahan daripada SKM sama
ada orang itu memenuhi kriteria layak dan sesuai sebagaimana
ditentukan oleh SKM.
Hanya yang berintegriti dan kredibiliti sahaja dipilih sebagai ALK;
• S 44(1) Akta Koperasi 1993
ALK hendaklah menguruskan dan mengawasi urusan, aktiviti dan
harta koperasi dengan sepenuhnya-
Melaksanakan tanggungjawab mengikut UUK
Mematuhi keputusan/arahan mesyuarat agung.
Bahagian Penyiasatan dan Penguatkuasaan
• S 44(B) Akta Koperasi 1993
ALK/CEO hendaklah mendedahkan kepentingan diri dalam
aktiviti/perniagaan koperasi, jika ada
• S 45(1) Akta Koperasi 1993
ALK hendaklah berhemat dan bertekun seperti ahli perniagaan
yang biasa dalam menguruskan perjalanan/perniagaan koperasi.
Pelaksanaan projek, pelaburan/pembelian aset hendaklah dibuat
kajian daya maju (calculated-risk);
Pembayaran hendaklah mendapat kelulusan mesyuarat Lembaga.
Keputusan Mesyuarat Lembaga hendaklah secara “kolektif”
(Elakkan “one-man show”)
Bahagian Penyiasatan dan Penguatkuasaan
• S 58 Akta Koperasi 1993
Koperasi hendaklah menyenggara rekod-rekod perakaunan setiap
transaksi kewangan koperasi/ subsidiarinya
• S 60(1) Akta Koperasi 1993
Koperasi hendaklah mengaudit akaunnya pada tiap-tiap tahun
kewangan
• S 39(1) Akta Koperasi 1993
Koperasi hendaklah mengadakan mesyuarat agung tidak lewat 6
bulan selepas berakhirnya tahun kewangan);
Bahagian Penyiasatan dan Penguatkuasaan
PENJALANAN KUASA (KAWAL SELIA)
PENGERUSI EKSEKUTIF SURUHANJAYA
KOPERASI MALAYSIA
Arahan Pengerusi Eksekutif (Kawal Selia) bil.1
tahun 2016 bertajuk Penjalanan Kuasa (Kawal
Selia) Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi
Malaysia bertarikh 25 Februari 2016 di m/s 12/14
bil. 26 melalui perincian menjalankan pemeriksaan
ke atas Koperasi
bagi tujuan pembubaran koperasi dengan
kelulusan Pengarah Negeri dan Penandatangan
Makluman Kelulusan / Penjalanan Kuasa oleh
Pegawai Penyelia.
Bahagian Penyiasatan dan Penguatkuasaan
ARAHAN MENGEMUKAKAN LAPORAN
MINIT MESYUARAT PENGARAH2 SKM BIL. 1/2018
Tarikh : 8 hingga 9 Mac 2018
Masa : 2.30 petang
Tempat : Dewan Perdana, Ibu Pejabat SKM
6.4 Pembatalan Koperasi
Mesyuarat mengambil maklum bahawa berikutan keputusan
Mesyuarat Lembaga Pengarah SKM Bil.1/2018 yang memutuskan
supaya koperasi tidak aktif dan dorman dibatalkan pendaftarannya.
Sehubungan itu, SKM Negeri hendaklah menjalankan pemeriksaan
di bawah seksyen 64 Akta 502 bagi menentukan status koperasi.
Hasil daripada pemeriksaan tersebut, mana-mana koperasi yang
diperakukan pembatalannya di bawah seksyen 72(1) Akta 502
hendaklah dikemukakan terus kepada Bahagian Statutori dan
Pendaftaran (BSP) dengan melampirkan nama pelikuidasi. Bagi
perakuan pembatalan di bawah seksyen 71(1)(b) Akta 502, SKM
Negeri juga hendaklah dikemukakan terus kepada BSP dengan
melampirkan nama pemegang harta untuk tindakan selanjutnya
Bahagian Penyiasatan dan Penguatkuasaan
PERATURAN-PERATURAN KOPERASI (FI) 2010
2. Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika
konteksnya menghendaki makna yang lain—
“koperasi dorman” ertinya koperasi yang tidak
menjalankan sebarang aktiviti dan tidak mengadakan
mesyuarat agung tahunan dan akaunnya tidak diaudit
bagi tempoh yang lebih daripada tiga tahun;
“koperasi tidak aktif” ertinya koperasi yang tidak
menjalankan sebarang aktiviti dalam tempoh tiga
tahun berturut-turut tetapi masih mengadakan
mesyuarat agung tahunan atau akaunnya diaudit
dalam tempoh tersebut.
Bahagian Penyiasatan dan Penguatkuasaan
PENJALANAN PEMERIKSAAN
DI BAWAH SEKSYEN 64AKTA KOPERASI 1993
64. Kuasa Suruhanjaya untuk memeriksa buku-buku, dll.,
koperasi-koperasi Suruhanjaya, atau mana-mana
pegawai awam yang diberikuasa olehnya secara am atau
khas dengan bertulis boleh memeriksa....
65. Kuasa untuk menyita & menahan buku & dokumen
(1) Jika, dalam perjalanan, atau berikutan dengan
suatu pemeriksaan di bawah seksyen 64, ternyata
bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini, peraturan-
peraturan atau perintah telah dilakukan, Suruhanjaya atau
pegawai yang diberikuasa oleh Suruhanjaya secara
bertulis untuk membuat pemeriksaan itu boleh...
memasuki mana-mana premis
menyita dan menahan buku, akaun, dokumen sekuriti...
Bahagian Penyiasatan dan Penguatkuasaan
INISIATIF PIHAK-PIHAK BERKEPENTINGAN
Bahagian Penyiasatan dan Penguatkuasaan
ALIRAN PROSES PEMBATALAN PENDAFTARAN
1. Terima cadangan pemeriksaan
2. Pengarah lantik Pegawai Pemeriksa
3. Pemeriksa dapatkan dokumen bukti
4. Pemeriksa lengkapkan laporan dan sediakan
cadangan untuk batal atau pulih
5. Pengarah teliti laporan dan cadangan
6. Pengarah perakukan untuk batal sek.71 atau 72
7. Kemukakan laporan dan perakuan kepada
a. BSP untuk batal sek.72(1); atau
b. BSK untuk batal sek.71(1)(c)
Bahagian Penyiasatan dan Penguatkuasaan
PEMERIKSAAN OLEH BSK
SUMBER ADUAN DARIPADA PIHAK LUAR
(a) Orang awam (bukan anggota koperasi);
(b) Anggota Koperasi, Anggota Lembaga Koperasi,
Jawatankuasa Audit Dalaman, pekerja
koperasi, bekas anggota dan waris/penama
anggota;
(c) Jabatan/Agensi Kerajaan, badan berkanun,
swasta, persatuan dan badan bukan kerajaan
(NGO);
(d) Maklumat media cetak/elektronik; dan
(e) Perkara-perkara yang dibangkitkan di
Parlimen/Dewan Negeri.
Bahagian Penyiasatan dan Penguatkuasaan
PEMERIKSAAN OLEH BSK
SUMBER ADUAN DARIPADA PIHAK DALAMAN
2. Pemantauan Melalui Rekod Pematuhan
Rekod-rekod yang diselenggara oleh Bahagian-
bahagian di Ibu Pejabat dan SKM Cawangan
Negeri.
3. Lawatan Penyeliaan/Pemeriksaan Am
Lawatan penyeliaan atau pemeriksaan am yang
dijalankan oleh pegawai-pegawai SKM di lapangan
(premis koperasi dan yang berkaitan perniagaan
koperasi)
Bahagian Penyiasatan dan Penguatkuasaan
SEKIAN
TERIMA KASIH