wali songo

27
1.0 PENGENALAN Perkembangan agama Islam yang bermula di Semenanjung Tanah Arab turut mempengaruhi kehidupan beragama masyarakat di Alam Melayu. 1 Secara umumnya, terdapat pelbagai pendapat berbeza yang diberikan oleh para sarjana sama ada tokoh-tokoh orientalis mahupun sarjana Islam mengenai tarikh dan cara kedatangan agama Islam ke Alam Melayu. 2 Antara beberapa teori kedatangan Islam ke Kepulauan Melayu tersebut adalah pengaruh Islam itu datang dari lebih tiga kawasan iaitu Arab, India, Iraq dan China. 3 Walau bagaimanapun, pendapat mengenai kedatangan agama Islam yang berasal dari Semenanjung Tanah Arab adalah tidak dapat dinafikan. Hal ini demikian kerana kapal-kapal saudagar Arab telah tiba di Alam Melayu sebelum kehadiran Islam lagi dan seterusnya aktiviti perdagangan dua hala ini semakin bertambah kukuh setelah kedatangan Islam. Misalnya di Indonesia, sejak abad ke-7 lagi sudah wujud petempatan orang Arab di kawasan Sumatera dan kawasan Nusantara ini merupakan kawasan terpenting dalam kegiatan perdagangan maritim iaitu sebagai tempat persinggahan orang Arab-Parsi. 4 1 Alam Melayu atau Gugusan Kepulauan Melayu terdiri daripada beberapa buah negera iaitu Indonesia, Filipina, Brunei, Pattani dan Malaysia. Lihat Mahayudin Haji Yahaya, 2001. Islam di Alam Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hal. 3. 2 Antara para sarjana tersebut adalah seperti J.P Moquette, Thomas Arnold, D.G.E Hall, S.Q Fatimi, Hamka, dan Syed Muhammad Naquib al- Attas. 3 Ibid. hal. 6. 4 Abdul Rahman Abdullah, 2001. Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara: Sebelum dan Selepas Pengaruh Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors. hal. 219. Lihat juga Abdul Rahman Hj. Abdullah, 1990. Pemikiran Umat Islam Di Nusantara: Sejarah Dan Perkembangannya Hingga Abad Ke-19. Selangor: 1

Upload: eyzasakura86

Post on 11-Jun-2015

6.091 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Sumbangan wali songo dalam menyebarkan agama Islam di Tanah Jawa

TRANSCRIPT

Page 1: WALI SONGO

1.0 PENGENALAN

Perkembangan agama Islam yang bermula di Semenanjung Tanah Arab turut

mempengaruhi kehidupan beragama masyarakat di Alam Melayu.1 Secara umumnya,

terdapat pelbagai pendapat berbeza yang diberikan oleh para sarjana sama ada tokoh-

tokoh orientalis mahupun sarjana Islam mengenai tarikh dan cara kedatangan agama

Islam ke Alam Melayu.2 Antara beberapa teori kedatangan Islam ke Kepulauan

Melayu tersebut adalah pengaruh Islam itu datang dari lebih tiga kawasan iaitu Arab,

India, Iraq dan China.3 Walau bagaimanapun, pendapat mengenai kedatangan agama

Islam yang berasal dari Semenanjung Tanah Arab adalah tidak dapat dinafikan. Hal

ini demikian kerana kapal-kapal saudagar Arab telah tiba di Alam Melayu sebelum

kehadiran Islam lagi dan seterusnya aktiviti perdagangan dua hala ini semakin

bertambah kukuh setelah kedatangan Islam. Misalnya di Indonesia, sejak abad ke-7

lagi sudah wujud petempatan orang Arab di kawasan Sumatera dan kawasan

Nusantara ini merupakan kawasan terpenting dalam kegiatan perdagangan maritim

iaitu sebagai tempat persinggahan orang Arab-Parsi.4

Perkembangan agama Islam ini sememangnya secara tidak langsung telah

membantu perluasan agama Islam ke hampir segenap kawasan Alam Melayu

termasuklah Indonesia. Hasanu Simon berpendapat bahawa sememangnya masyarakat

Indonesia mempunyai sifat keagamaan yang amat tinggi. Kehidupan beragama

masyarakat Indonesia khususnya di Jawa sebelum kedatangan agama Hindu-Buddha

dan Islam adalah dengan menganuti animisme yang akhirnya turut mempengaruhi

pengetahuan dan kebudayaan mereka dalam menjalankan kehidupan beragama.5

Seterusnya, kemasukan agama Hindu yang dianggap lebih moden daripada animisme

telah diterima dengan baik oleh masyarakat Jawa. Agama Hindu ini dibawa masuk ke

1 Alam Melayu atau Gugusan Kepulauan Melayu terdiri daripada beberapa buah negera iaitu Indonesia, Filipina, Brunei, Pattani dan Malaysia. Lihat Mahayudin Haji Yahaya, 2001. Islam di Alam Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hal. 3.2 Antara para sarjana tersebut adalah seperti J.P Moquette, Thomas Arnold, D.G.E Hall, S.Q Fatimi, Hamka, dan Syed Muhammad Naquib al-Attas.3 Ibid. hal. 6.4 Abdul Rahman Abdullah, 2001. Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara: Sebelum dan Selepas Pengaruh Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors. hal. 219. Lihat juga Abdul Rahman Hj. Abdullah, 1990. Pemikiran Umat Islam Di Nusantara: Sejarah Dan Perkembangannya Hingga Abad Ke-19. Selangor: Dewan Bahasa Dan Pustaka. hal. 34.5 Hasanu Simon, 2004. Misteri Syekh Siti Jenar: Peran Wali Songo Dalam Mengislamkan Tanah Jawa. Yogyakarta: Pustaka Pelajar. hal. xx.

1

Page 2: WALI SONGO

Jawa oleh bangsa India yang datang pada abad ke-1 iaitu di bawah pimpinan Ajisaka.6

Manakala sekitar abad ke-4 pula, Tanah Jawa menerima kedatangan agama Buddha.

Selepas perkembangan ketiga-tiga agama ini, masyarakat di Jawa mula menerima

kehadiran agama Islam. Wali Sembilan ataupun lebih dikenali sebagai Wali Songo

merupakan perintis kepada penyebaran Islam secara meluas di Tanah Jawa.

2.0 WALI SONGO DAN ISLAMISASI DI TANAH JAWA

Proses islamisasi di Indonesia khususnya di Tanah Jawa merupakan hasil

dakwah dan perjuangan yang dilakukan oleh Wali Sembilan ataupun sebenarnya lebih

dikenali sebagai Wali Sanga atau Wali Songo.7 Menurut cerita rakyat dan pandangan

umum dalam sastera Jawa, sememangnya Islam telah tersebar di Jawa adalah hasil

kejayaan sembilan pendakwah yang bergabung dalam suatu dewan yang disebut Wali

Songo ini.8 Walau bagaimanapun, perlulah difahami bahawa agama Islam sebenarnya

telah masuk ke Jawa pada abad ke-8 Masihi lagi, tetapi disebabkan keutuhan

pegangan masyarakat Jawa terhadap tiga agama yang sedia ada, agama baru yang

dibawa oleh pendakwah dari Daulah Abbasiyah ini tidak berjaya menarik minat

masyarakat. Hal ini demikian kerana sehingga awal abad ke-15, agama Hindu,

Buddha dan animisme telah mampu memberi petunjuk dalam mengembangkan

masalah-masalah sosial, ekonomi, kebudayaan dan ilmu pengetahuan.

Menurut Hasanu Simon, pengaruh penyebaran agama Islam di Tanah Jawa ini

telah menjadi semakin meluas setelah Sultan Muhammad I dari Turki mengutuskan

satu pasukan dakwah Islam ketika rakyat dan penguasa Majapahit menghadapi

kemelut politik, ekonomi dan keamanan akibat daripada perang saudara iaitu Perang

Paregreg pada tahun 1401 hingga 1406. 9 Pasakan dakwah di bawah pimpinan

Maulana Malik Ibrahim yang dianggotai seramai sembilan orang telah berjaya

menghidupkan kebekuan penyebaran Islam yang telah berlangsung selama 7 abad

6 Ibid. Sistem kasta yang membezakan tahap atau darjat manusia berdasarkan kepada ukuran kebendaan yang terdapat dalam ajaran Hindu merupakan salah satu sebab ajaran tersebut diterima baik oleh masyarakat Jawa. Sistem ini berubah setelah kedatangan Islam.7 Widji Saksono, 1995. Mengislamkan Tanah Jawa: Telaah Atas Metode Dakwah Walisongo. Bandung: Penerbit Mizan. hal. 200.8 Ridin Sofwan, H. Wasit dan H. Mundiri, 2000. Islamisasi di Jawa: Walisongo Penyebar Islam di Jawa Menurut Pertuturan Babad. Yogyakarta: Pustaka Pelajar. hal. 1.9 Hasanu Simon, 2004. Misteri Syekh Siti Jenar: Peran Wali Songo Dalam Mengislamkan Tanah Jawa. Yogyakarta: Pustaka Pelajar. hal. xxii. Lihat juga Ahmad Muhammad Abdul Ghaffar, 2001. Himpunan Kisah Kekasih Allah: Ensiklopedia Para Wali. Kuala Lumpur: Darul Nu’man. hal. 189.

2

Page 3: WALI SONGO

sebelumnya.10 Alwi Shibab pula telah mengklasifikasikan peranan Wali Songo dalam

proses penyebaran Islam ini kepada dua tahap iaitu tahap pertama adalah kehadiran

Wali Songo yang berhasil memantapkan dan mempercepatkan proses islamisasi pada

abad pertama Hijriah tetapi kebanyakan dakwah pada tahap ini hanya terbatas pada

wilayah-wilayah tertentu sahaja. Hal ini demikian adalah kerana disebabkan

terbatasnya kemudahan-kemudahan untuk meluaskan dakwah ke wilayah lain.

Manakala tahap kedua pula adalah tahap islamisasi yang berlangsung pada abad ke-14

Masihi iaitu dengan kedatangan tokoh-tokoh asyraf dari keturunan Ali dan Fathimah

bint Rasulullah s.a.w.11 Dakwah Islam pada tahap kedua ini telah berkembang dengan

cepat dan sampai kepada kemuncak kegemilangannya sekitar abad ke-15 hingga ke-

17 Masihi hasil sumbangan para wali tersebut.

Secara terminologinya, perkataan Wali Songo ini merupakan kata majmuk

yang berasal daripada dua perkataan iaitu wali dan songo. Perkataan wali yang berasal

dari bahasa Arab merupakan singkatan dari Waliyullah yang membawa maksud

“orang yang mencintai dan dicintai Allah”. Manakala songo pula berasal dari bahasa

Jawa yang bermaksud sembilan.12 Selain itu, terdapat juga pendapat yang

dikemukakan oleh Prof. Kyai Haji Raden Mohamad Adnan iaitu perkataan songo

adalah perubahan dari perkataan sana, satu perkataan yang berasal dari tsana dalam

bahasa Arab dengan membawa maksud “yang terpuji”. Oleh itu, jika mengikut

pendapat ini istilah Wali Songo adalah bermaksud “wali-wali yang terpuji”. Walau

bagaimanapun, jika dilihat dari kedudukan angka sembilan yang dianggap sebagai

angka yang mempunyai nilai mistik dalam masyarakat Jawa, dapat membuktikan

bahawa yang dimaksudkan dengan songo adalah sembilan.13

Namun begitu, harus difahami bahawa wali yang menyebarkan agama Islam

di Jawa ini tidak hanya terdiri daripada sembilan orang. Hal ini demikian kerana Wali

Songo merupakan satu himpunan atau kesatuan para mubaligh yang menjalankan

aktiviti menyebarkan agama Islam kepada masyarakat.14 Hasanu Simon dalam

10 Ibid.11 Alwi Shibab, 2001. Islam Sufistik. Bandung: Penerbit Mizan. hal. 20-21.12 Ridin Sofwan, H. Wasit dan H. Mundiri, 2000. Islamisasi di Jawa: Walisongo Penyebar Islam di Jawa Menurut Pertuturan Babad. Yogyakarta: Pustaka Pelajar. hal. 7.13 Ibid.14 Baidlowi Syamsuri, 1995. Kisah Wali Songo: Penyebar Agama Islam di Tanah Jawa. Bandung: Penerbit APOLLO. hal. 10.

3

Page 4: WALI SONGO

penulisannya juga telah membahagikan Wali Songo ini kepada beberapa angkatan

iaitu dimulai dengan angkatan pertama sehingga kepada ketujuh. Selain itu,

keanggotaan bagi badan dakwah ini juga adalah tidak kekal iaitu apabila salah

seorang daripada anggota Wali Songo meninggal dunia, tempatnya akan digantikan

dengan wali yang lain agar jumlah dan namanya adalah tetap sembilan bersesuaian

dengan maksud Wali Songo. Misalnya, setelah Maulana Malik Ibrahim meninggal

dunia pada tahun 1419, maka pada tahun 1421, tempatnya digantikan oleh Ahmad Ali

Rahmatullah yang lebih dikenali sebagai Raden Rahmat.15

Organisasi dakwah Wali Songo merupakan suatu organisasi yang tersusun dan

mencerminkan suatu bentuk kerjasama yang baik di antara para pendakwah. Setiap

anggota dalam organisasi ini akan mempunyai tugas masing-masing demi menjamin

keutuhan kesatuan tersebut. Misalnya, Sunan Ampel bertindak sebagai guru ketua,

Sunan Giri sebagai jaksa kepala, Sunan Ngudung dan Sunan Kudus sebagai panglima,

Sunan Kalijaga sebagai diplomat.16 Organisasi dakwah yang sistematik dan tersusun

inilah yang telah membawa kepada pelbagai kemajuan dan sumbangan daripada para

wali ini di Indonesia khususnya di Jawa.

2.1 Tokoh-tokoh Wali Songo

Tokoh-tokoh Wali Songo yang terkenal adalah seramai sembilan orang iaitu

terdiri daripada Maulana Malik Ibrahim, Sunan Ampel, Sunan Giri, Sunan Bonang,

Sunan Drajat, Sunan Kalijaga, Sunan Kudus, Sunan Muria dan Sunan Gunung Jati.17

Maulana Malik Ibrahim yang dianggap sebagai pelopor Wali Songo yang pertama

yang memperkenalkan Islam di Jawa. Beliau telah wafat pada 12 Rabiulawal tahun

882 Hijrah bersamaan 9 April 1419 Masihi dan dimakamkan di Gerisik, Surabaya.18

Manakala, Sunan Ampel yang dilahirkan kira-kira dalam tahun 1401 Masihi di

Champa yang juga digelar Raden Rahmat telah melahirkan ramai wali hasil

didikannya, antaranya adalah dua anak lelakinya iaitu Sunan Bonang dan Sunan

15 Hasanu Simon, 2004. Misteri Syekh Siti Jenar: Peran Wali Songo Dalam Mengislamkan Tanah Jawa. Yogyakarta: Pustaka Pelajar. hal. 56.16 Ridin Sofwan, H. Wasit dan H. Mundiri, 2000. Islamisasi di Jawa: Walisongo Penyebar Islam di Jawa Menurut Pertuturan Babad. Yogyakarta: Pustaka Pelajar. hal. 255.17 R. Soekmono, 1973. Pengantar Sejarah Kebudayaan Indonesia. Indonesia: Penerbitan Yayasan Kanisius. hal. 51.18 Abdul Halim Bashah, 1993. Walisongo dengan Perkembangan Islam di Nusantara. Selangor: Pustaka Al-Hijaz. hal. 74.

4

Page 5: WALI SONGO

Drajat, Sunan Giri, Sunan Kalijaga dan Raden Patah. Sunan Ampel telah wafat pada

tahun 1481 Masihi dan dimakamkan di Masjid Ampel, Surabaya.

Seterusnya, Sunan Giri yang dilahirkan di Balambangan juga terkenal dengan

pelbagai nama iaitu Jaka Samudra19 dan Prabu Satmata. Sunan Giri telah dihantar

untuk belajar di pesantren Sunan Ampel ketika berumur 12 tahun. Beliau juga

sebenarnya merupakan anak kepada Maulana Ishaq iaitu hasil perkahwinan dengan

puteri raja yang bernama Retna Dewi Kasiyan atau lebih dikenali sebagai Dewi Sekar

Dadu.20 Beliau telah meninggal dunia di Giri pada tahun 1506 Masihi. Tokoh Wali

Songo yang berikutnya adalah Raden Makhdum Ibrahim yang digelar Sunan

Bonang21 iaitu anak kepada Sunan Ampel merupakan anggota Wali Songo Angkatan

Keempat.22 Beliau juga telah mendapat gelaran Anyokrowati ketika menuntut di Pasai

bersama Sunan Giri. Sunan Bonang meninggal dunia pada tahun 1525 Masihi dan

dimakamkan di daerah Tuban.

Nama Sunan Drajat juga hanyalah nama gelaran seperti nama-nama sunan

yang sebelumnya seperti Sunan Ampel dan Sunan Giri. Sunan Drajat yang merupakan

anak bongsu kepada Sunan Ampel ini mempunyai pelbagai gelaran lain, antaranya

ialah Raden Qosim, Pangeran Syarifuddin, Syekh Masakeh dan Sunan Mayang Madu.

Walaupun beliau tidak terlalu terkenal seperti Sunan Giri dan Sunan Bonang, tetapi

jasa beliau di desa Drajat tetap harum dalam kalangan masyarakatnya. Sunan Kudus

pula merupakan anak kepada Sunan Ngudung atau dalam tradisi Cirebonan disebut

sebagai Sunan Undung, setelah berkahwin dengan anak Sunan Ampel yang bernama

Nyai Ageng Maloka.23 Nama sebenarnya ialah Raden Ja’far Shaadiq tetapi lebih

dikenali dengan nama Sunan Kudus setelah meninggal dunia.

Tokoh Wali Songo yang terkenal selain Sunan Giri adalah Sunan Kalijaga

yang semasa mudanya lebih dkenali sebagai Raden Mas Said atau Jaka Said.24 Beliau 19 Nama ini diberikan oleh ibu angkatnya iaitu Nyai Ageng Tandes yang merupakan seorang janda kaya, terdapat juga pendapat yang mengatakan bahawa nama ibu angkatnya adalah Nyai Gede Pinasih.20 Baidlowi Syamsuri, 1995. Kisah Wali Songo: Penyebar Agama Islam di Tanah Jawa. Bandung: Penerbit APOLLO. hal. 34.21 Nama Bonang itu merupakan sejenis alat muzik Jawa iaitu gending yang diperbuat daripada besi atau kuningan yang bahagian tengahnya ditonjolkan ke atas. Ibid. hal. 77.22 Hasanu Simon, 2004. Misteri Syekh Siti Jenar: Peran Wali Songo Dalam Mengislamkan Tanah Jawa. Yogyakarta: Pustaka Pelajar. hal. 224.23 Ridin Sofwan, H. Wasit dan H. Mundiri, 2000. Islamisasi di Jawa: Walisongo Penyebar Islam di Jawa Menurut Pertuturan Babad. Yogyakarta: Pustaka Pelajar. hal. 127-128.24 Ibid. hal. 83. Menurut beberapa sumber, nama Raden Mas Said ini diberikan oleh Sunan Ampel sedangkan nama sebelumnya adalah Raden Seco.

5

Page 6: WALI SONGO

dilahirkan kira-kira sekitar tahun 1440 Masihi dalam keluarga Adipati Tuban

Tumenggong Wilotikto iaitu seorang pembesar Majapahit. Beliau yang merupakan

anak didik kepada Sunan Bonang telah menjadi anggota Wali Songo Angkatan

Keempat pada tahun 1463 Masihi bersama-sama Sunan Bonang, Sunan Giri, dan

Sunan Drajat.25 Sunan Muria pula nama sebenarnya adalah Raden Umar Said. Beliau

merupakan anggota Wali Songo Angkatan Keenam melalui sidang yang

diselenggarakan pada tahun 1468 Masihi.26 Beliau merupakan seorang yang suka

bergaul dengna rakyat jelata dan dalam melaksanakan dakwah Islam menggunakan

cara yang sama dengan ayahnya iaitu melalui kesenian. Wali Songo yang terakhir

ialah Syarif Hidayatullah atau lebih dikenali sebagai Sunan Gunung Jati.27 Antara

gelaran lain yang diberikan kepada Sunan Gunung Jati ialah Syeikh Nuruddin

Ibrahim, Saiyid al-Kamil dan Ahmad Fatahillah. Beliau meninggal dunia pada tahun

1570 Masihi dan telah dimakamkan di Cirebon.

3.0 SUMBANGAN WALI SONGO

Sememangnya sumbangan Wali Songo dalam mengembangkan agama Islam

di Tanah Jawa tidak dapat dinafikan lagi. Mereka merupakan para wali yang banyak

berjasa memimpin pengembangan agama Islam di seluruh Pulau Jawa dan

menyebarkan ajaran tersebut ke kepulauan lain di Indonesia.28 Impak daripada jasa-

jasa mereka inilah masyarakat memberikan gelaran Islam yang mulia ini kepada

mereka. Hal ini turut diakui oleh Drs. R. Soekmono:

“…Walisongo atau sembilan waliyullah, diberi julukan sedemikian kerana mereka dianggap sebagai penyiar-penyiar terpenting dari agama Islam, mereka dengan sengaja giat sekali menyebarkan dan mengajarkan pokok-pokok agama Islam.”29

Sumbangan Wali Songo terhadap masyarakat di Tanah Jawa adalah meliputi

pelbagai aspek, antaranya adalah seperti politik dan ketenteraan, ekonomi, pendidikan

dan kesenian. Hal ini demikian kerana kesan daripada kepiawaian yang ditetapkan

oleh Sultan Muhammad I dalam membuat pemilihan terhadap keanggotaan pasukan

pertama yang membawa misi menyuburkan perkembangan Islam di Jawa. Anggota

25 Hasanu Simon, 2004. Misteri Syekh Siti Jenar: Peran Wali Songo Dalam Mengislamkan Tanah Jawa. Yogyakarta: Pustaka Pelajar. hal. 307.26 Ibid. hal. 257.27 Ibid. hal. 246. Lihat juga Abdul Halim Bashah, 1993. Walisongo dengan Perkembangan Islam di Nusantara. Selangor: Pustaka Al-Hijaz. hal. 98.28 Ridin Sofwan, H. Wasit dan H. Mundiri, 2000. Islamisasi di Jawa: Walisongo Penyebar Islam di Jawa Menurut Pertuturan Babad. Yogyakarta: Pustaka Pelajar. hal. 230.29 Ibid. hal. 231.

6

Page 7: WALI SONGO

Wali Songo dipilih bukan hanya semata-mata ditumpukan kepada bidang agama

sahaja tetapi turut meliputi bidang pembangunan pertanian, ekonomi, ketenteraan,

pemerintahan dan ketenteraman masyarakat. Oleh itu, bukanlah suatu perkara yang

menghairankan apabila sumbangan mereka bukan sahaja dalam menyebarkan agama

Islam tetapi turut merangkumi sumbangan dalam bidang-bidang lain.

Sumbangan utama kebanyakan Wali Songo terhadap perkembangan agama

Islam di Jawa adalah dengan mendirikan banyak masjid dan surau di kawasan dakwah

masing-masing. Misalnya, ketika dalam perjalanan ke Ampel Denta, Sunan Ampel

telah singgah di Kuning dan membina masjid di kawasan tersebut yang dikenali

sebagai Masjid Rahmat.30 Manakala, Sunan Kudus pula telah mendirikan Masjid

Kudus yang dibina pada tahun 956 Hijrah bersamaan 1549 Masihi. Masjid lain yang

telah dibina oleh Wali Songo ialah Masjid Agung Demak seiring dengan penubuhan

Demak Bintara sebagai sebuah kerajaan Islam. Pembinaan masjid-masjid oleh Wali

Songo ini adalah sangat penting memandangkan masjid ini bukan sahaja menjadi

pusat penyebaran Islam oleh para wali tetapi turut berfungsi sebagai tempat untuk

membahaskan hal-hal mengenai politik, sosial dan keagamaan.31 Fungsi seperti inilah

yang secara tidak langsung membawa kepada sumbangan-sumbangan para wali dalam

bidang selain daripada hal keagamaan.

3.1 Politik dan ketenteraan

Bidang politik merupakan salah satu aspek terpenting dalam menjamin

keutuhan sesebuah pemerintahan dan sememangnya gerakan dalam mengembangkan

ajaran Islam di Indonesia ini secara jelas tidak dapat lari dari perkaitan dalam bidang

politik. Hal ini dapat dibuktikan daripada tindakan Sultan Muhammad I menghantar

pasukan dakwahnya ke Jawa ketika kerajaan Majapahit dilanda kemelut politik

sehingga berjaya menjadikan agama Islam sebagai agama dominan. Para wali ini juga

sememangnya mempunyai kecekapan politik yang tinggi dan memiliki pengetahuan

tentang hal-hal kenegaraan yang jelas kerana pada tahun 1518 Masihi, keseluruhan

30 Arman Arroisi, 1993. Sunan Ampel: Pengawal Ketuhanan Yang Maha Tunggal. Bandung: Penerbit PT Remaja Rosdakarya. hal. 6.31 Ridin Sofwan, H. Wasit dan H. Mundiri, 2000. Islamisasi di Jawa: Walisongo Penyebar Islam di Jawa Menurut Pertuturan Babad. Yogyakarta: Pustaka Pelajar. hal. 295.

7

Page 8: WALI SONGO

kerajaan Majapahit dapat dilumpuhkan tanpa mengorbankan banyak nyawa dan

memusnahkan sistem masyarakat.32

Selain itu, sumbangan Walisongo dalam bidang politik juga dapat dibuktikan

melalui penubuhan kerajaan Demak Bintara yang merupakan kerajaan Islam pertama

di Jawa.33 Kemunculan kerajaan Demak ini juga nantinya telah melahirkan

Kesultanan Pajang dan Mataram II.34 Kemunculan Demak sebagai sebuah kerajaan ini

direncanakan oleh Sunan Ampel dengan mendapat bantuan daripada wali-wali yang

lain iaitu Sunan Giri, Sunan Kalijaga dan Sunan Bonang, manakala Raden Fatah telah

dlantik menjadi Sultan Demak yang pertama. Kerajaan Demak Bintara ini menjadi

penting kerana melalui Demak, Wali Songo menyusun kekuatan dakwah dan

ketenteraannya sehingga dapat menakluki kerajaan-kerajaan Hindu di Jawa.35 Antara

kejayaan terpenting yang berjaya dicapai ialah menewaskan kerajaan Majapahit dan

seterusnya dijadikan sebagai sebuah daerah dalam kerajaan Islam Demak. Seterusnya,

setelah berjaya menakluki beberapa daerah lain, kerajaan Demak telah muncul

sebagai kuasa besar di Jawa.

Kejayaan kerajaan Demak Bintara mengalahkan kerajaan Majapahit ini pula

merupakan antara kejayaan yang disumbangkan oleh Sunan Kudus. Sunan Kudus

yang menjadi panglima perang menggantikan Sunan Ngudung telah berjaya

melaksanakan tugas tersebut dengan sebaiknya melalui strategi serangan yang

dilakukan dari tiga arah iaitu dari Surabaya, Tuban dan Madiun.36 Sumbangan dalam

bidang politik ini juga boleh dilihat melalui sumbangan daripada Sunan Giri. Hal ini

demikian kerana Sunan Giri merupakan antara pelopor terpenting kepada penubuhan

kerajaan Islam Demak. Selain itu, ketokohan beliau dalam bidang politik ini dapat

dibuktikan apabila beliau mendapat gelaran Sultan Fakih walaupun beliau bukanlah

seorang sultan atau raja.37 Beliau merupakan wali yang banyak memberikan bantuan

dalam urusan politik di Demak. Sumbangan terpenting beliau ialah setiap perlantikan

32 Hasanu Simon, 2004. Misteri Syekh Siti Jenar: Peran Wali Songo Dalam Mengislamkan Tanah Jawa. Yogyakarta: Pustaka Pelajar. hal. 140.33 Abdullah Ishak. 1992. Islam di Tanah Melayu dan Brunei. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise. hal. 167.34 Ahmad Mansur Suryanegara, 1995. Menemukan Sejarah: Pergerakan Islamisasi Nusantara. Bandung: Penerbit Mizan. hal. 106.35 Ibid.36 Hasanu Simon, 2004. Misteri Syekh Siti Jenar: Peran Wali Songo Dalam Mengislamkan Tanah Jawa. Yogyakarta: Pustaka Pelajar. hal. 244.37 Arman Arroisi, 1992. Sunan Giri. Bandung: Penerbit PT Remaja Rosdakarya. hal. 14.

8

Page 9: WALI SONGO

sultan perlulah mendapatkan persetujuan daripada Sunan Giri terlebih dahulu.38

Manakala, Sunan Gunung Jati turut memberikan sumbangan dalam bidang politik ini

apabila beliau telah memberikan petunjuk dan nasihat kepada Maulana Hasanudin

dalam usaha mendirikan kota Surosowan sebagai ibu kota kerajaan Banten.39

Manakala, antara sumbangan terpenting Wali Songo dalam bidang ketenteraan

ialah kejayaan Sunan Gunung Jati menentang penjajahan Portugis.40 Sunan Gunung

Jati telah berjaya membebaskan Jakarta dan daerah-daerah sekitarnya daripada

cengkaman kuasa Portugis pada tahun 1527 Masihi. Cita-cita Portugis untuk

menjadikan Jawa Barat (Sunda Kelapa) sebagai pengkalan tidak kesampaian apabila

Sunan Gunung Jati terlebih dahulu telah menakluki kawasan tersebut dan pelabuhan

di wilayah Pajajaran seperti Cirebon dan Banten. Kedua-dua kawasan ini merupakan

antara pelabuhan-pelabuhan Sunda yang mempunyai potensi besar dalam aspek

ekonomi terutamanya lada kerana terletak di kawasan yang strategik. Oleh itu,

penawanan kawasan ini secara tidak langsung membantu perkembangan ekonomi

Jawa.41 Jawa Barat yang telah berjaya ditawan ini kemudiannya ditukarkan nama

menjadi Jayakarta (Jakarta) yang bererti “Kota Kemenangan” bersesuaian dengan

gelaran Fatahillah42 yang diberikan kepada Sunan Gunung Jati oleh para alim ulama

di atas kejayaannya menumpaskan Portugis.43

3.2 Ekonomi

Sumbangan Wali Songo juga meliputi bidang ekonomi yang merupakan antara

bidang terpenting dalam pembangunan masyarakat. Sumbangan dalam bidang

ekonomi ini dapat dibuktikan melalui tindakan yang dilaksanakan oleh Maulana

Malik Ibrahim dalam usaha untuk menarik minat masyarakat Jawa terhadap ajaran

Islam. Beliau telah berusaha menyempurnakan kehidupan di Leran dengan sebaik-

38 Marwati Djoened Poesponegora dan Nugroho Notosusanto, 1992. Sejarah Nasional Indonesia III. Jakarta: Balai Pustaka. hal. 246.39 Ibid. hal. 216.40 Abdul Rahman Abdullah, 2006. Islam Dalam Sejarah Asia Tenggara Tradisonal. Kuala Lumpur: Pustaka Haji Abdul Majid. hal. 97.41 Marwati Djoened Poesponegora dan Nugroho Notosusanto, 1992. Sejarah Nasional Indonesia III. Jakarta: Balai Pustaka. hal. 20-21.42 Gelaran ini membawa maksud “Kemenangan Allah”. Terdapat juga pendapat lain yang mengatakan bahawa Fatahillah bukan Sunan Gunung Jati. Untuk keterangan lanjut, lihat Hasanu Simon, 2004. Misteri Syekh Siti Jenar: Peran Wali Songo Dalam Mengislamkan Tanah Jawa. Yogyakarta: Pustaka Pelajar. hal. 254-257.43 Abdul Halim Bashah, 1993. Walisongo dengan Perkembangan Islam di Nusantara. Selangor: Pustaka Al-Hijaz. hal. 98.

9

Page 10: WALI SONGO

baiknya iaitu dengan memelihara sawah dan kebun di kawasan tersebut secara cermat

dan baik dengan tujuan untuk meningkatkan minat pendudukan Leran terhadap

pendidikan Islam.44 Tindakan Maulana Malik Ibrahim ini boleh diklasifikasi sebagai

satu tindakan serampang dua mata yang bijak. Hal ini demikian kerana tindakan

tersebut dapat membantu meningkatkan taraf ekonomi penduduk setempat dan

kemajuan ekonomi ini pula akan memudahkan beliau untuk menerapkan nilai-nilai

Islam dalam kehidupan seperti memberikan sedekah kepada fakir miskin.

Maulana Malik Ibrahim juga merupakan wali yang bertanggungjawab

memajukan kota Gresik kerana memperkenalkan sistem pengairan untuk pertanian.45

Hal ini demikian kerana pada ketika itu ekonomi masyarakat di Gresik telah musnah

akibat Perang Paregreg, tetapi hasil daripada jasa beliau ini telah berjaya memajukan

pertanian sawah di kawasan tersebut. Sunan Drajat melalui pemikiran beliau pula

telah memberikan sumbangan dalam membangunkan kesempurnaan alat

pengangkutan dan pembangunan perumahan. Manakala, Sunan Gunung Jati telah

memberikan idea mengenai pemindahan penduduk (migrasi), iaitu melalui

pembukaan hutan-hutan sebagai tempat kediaman dan pemanfaatan hasil bumi.46

Sunan Kalijaga turut tidak ketinggalan dalam memberi sumbangan dalam bidang

ekonomi iaitu melalui karya-karyanya berkenaan pertanian seperti filsafat bajak dan

cangkul.47

Selain itu, penubuhan kerajaan Islam Demak juga telah membawa kepada

perkembangan ekonomi di Jawa. Raden Fatah dan pentadbirannya telah memberikan

sumbangan besar terhadap kemajuan pesat pelabuhan di Demak. Hal ini dapat

dibuktikan melalui terjemahan daripada gambaran Tomé Pires mengenai Demak:

“…Demak memiliki empat puluh jung (quoremta Jumcos) dan telah memperluas kewibawaan sampai ke Palembang, Jambi, “pulau-pulau Menamby, dan sejumlah besar pulau lain di depan Tanjung Pura”, iaitu Bangka dan Belitung. Waktu itu di Demak terdapat tidak kurang daripada “delapan sampai sepuluh ribu rumah” (de oito

44 Arman Arroisi, 1994. Sunan Maulana Malik Ibrahim. Bandung: Penerbit PT Remaja Rosdakarya. hal. 8.45 Hasanu Simon, 2004. Misteri Syekh Siti Jenar: Peran Wali Songo Dalam Mengislamkan Tanah Jawa. Yogyakarta: Pustaka Pelajar. hal. 167.46 Ridin Sofwan, H. Wasit dan H. Mundiri, 2000. Islamisasi di Jawa: Walisongo Penyebar Islam di Jawa Menurut Pertuturan Babad. Yogyakarta: Pustaka Pelajar. hal. 280.47 Ibid. hal. 279.

10

Page 11: WALI SONGO

atee dez mjll casâs) dan tanah sekelilingnya menghasilkan beras berlimpah-limpah, yang sebagian diekspor ke Malaka.”48

Perkembangan pesat kerajaan Islam Demak ini telah berjaya menjana ekonomi di

Jawa memandangkan antara pelabuhan penting yang berada di bawah kekuasaan dan

pengaruhnya adalah Tuban, Separa, Sedayu, Kota Kembar, Jaratan dan Gresik.49

Aktiviti perdagangan yang maju sebelum dominasi Islam di Nusantara menjadi

bertambah maju dengan kewujudan Demak sebagai kuasa besar.

3.3 Sosial

Sumbangan dalam bidang sosial ini boleh diperlihatkan melalui kejayaan

penyebaran agama Islam di Jawa yang secara tidak langsung telah membawa

perubahan dalam sistem kemasyarakatan di Jawa. Hal ini demikian kerana sebelum

kedatangan Islam, sebahagian masyarakat di Jawa yang mengamalkan agama Hindu

telah mempunyai sistem kasta. Walau bagaimanapun, kedatangan Islam telah

membawa perubahan terhadap sistem sosial ini. Buktinya, ajaran Islam yang tidak

membezakan pangkat, keturunan, kekayaan mahupun kebangsaan seseorang telah

menjadikan Ampel Denta sebagai sebuah pusat pendidikan di Jawa yang boleh diikuti

oleh semua kalangan masyarakat.50 Sunan Ampel juga telah memberi sumbangan

dalam bidang sosial dengan berusaha memperbaiki moral masyarakat Jawa dengan

memperkenalkan larangan mo-limo atau emoh-limo yang masih terkenal sehingga

sekarang. Larangan ini adalah larangan daripada melakukan main (berjudi), minum

(minuman keras), maling (mencuri), madat (menghisap candu), dan madon

(berzina).51

Sunan Kalijaga merupakan antara wali yang telah memberikan sumbangan

dalam kemajuan sosial masyarakat di Jawa. Hal ini demikian kerana beliau telah

membantu mewujudkan satu hubungan dua hala yang baik di antara pemerintah dan

rakyat. Sumbangan ini adalah melalui istilah Sabdo Pandito Ratu yang diperkenalkan

48 Denys Lombard, 2005. Nusa Jawa: Silang Budaya (Bahagian 2: Jaringan Asia). Jakarta: Gramedia Pustaka Utama. hal. 44.49 Marwati Djoened Poesponegora dan Nugroho Notosusanto, 1992. Sejarah Nasional Indonesia III. Jakarta: Balai Pustaka. hal. 35.50 Ridin Sofwan, H. Wasit dan H. Mundiri, 2000. Islamisasi di Jawa: Walisongo Penyebar Islam di Jawa Menurut Pertuturan Babad. Yogyakarta: Pustaka Pelajar. hal. 239.51 Hasanu Simon, 2004. Misteri Syekh Siti Jenar: Peran Wali Songo Dalam Mengislamkan Tanah Jawa. Yogyakarta: Pustaka Pelajar. hal. 197.

11

Page 12: WALI SONGO

oleh beliau.52 Istilah ini membawa maksud kebijaksanaan penguasa harus sejalan

dengan nasihat para ulama. Tindakan Sunan Kalijaga ini berjaya mewujudkan suatu

hubungan yang serasi antara pemerintah, ulama dan rakyat di Jawa. Tambahan pula,

hubungan antara ketiga-tiga pihak ini diperkukuhkan lagi apabila di seluruh Tanah

Jawa, berdekatan dengan istana atau kabupaten akan dibina masjid dan halaman yang

luas untuk memudahkan rakyat berkumpul bersama pemerintah dan ulama.53

Selain itu, sumbangan dalam merapatkan jurang antara pihak pemerintah dan

rakyat ini juga boleh dibuktikan apabila terdapatnya wali-wali yang berasal daripada

darah bangsawan atau raja. Contoh wali yang berdarah bangsawan adalah Sunan Giri,

Sunan Bonang, Sunan Kalijaga dan Sunan Gunung Jati.54 Wali-wali ini telah berjaya

menarik minat bangsawan-bangsawan Jawa yang lain untuk memeluk Islam, dan

seterusnya para bangsawan Muslim ini telah berusaha menyebarkan Islam bukan

sahaja di kota-kota pelabuhan tetapi turut meliputi kawasan pedalaman yang terdiri

daripada para petani dan pedagang.55 Misalnya, hasil dakwah Sunan Giri telah

melahirkan ramai ulama dan mubaligh dalam kalangan petani, nelayan dan pedagang.

Hal ini secara tidak langsung telah membantu meningkatkan taraf sosial masyarakat.

3.4 Pendidikan dan Ilmu Pengetahuan

Sumbangan Wali Songo turut meliputi perkembangan bidang pendidikan dan

ilmu pengetahuan di Jawa. Sumbangan dalam bidang pendidikan ini dapat dibuktikan

melalui pembinaan pesantren yang banyak di pelbagai kawasan. Pesantren ini

merupakan sebuah lembaga pendidikan Islam yang unik di Indonesia. Perkembangan

lembaga pendidikan ini khususnya di Jawa mengalami masa selama berabad-abad.

Maulana Malik Ibrahim atau digelar Spiritual Father, dalam masyarakat santri Jawa

dipandang sebagai guru tradisi yang memperkenalkan pesantren di Tanah Jawa.56

Beliau telah mendirikan pesantren pertama di Gresik yang melahirkan mubaligh

Islam untuk menyebarkan agama Islam ke seluruh Tanah Jawa. Sekiranya Maulana

Malik Ibrahim dianggap sebagai perintis kepada sistem pondok pesantren, Sunan

52 Arman Arroisi, 1994. Sunan Kalijaga: Berdakwah Dengan Seni. Bandung: Penerbit PT Remaja Rosdakarya. hal. 23. 53 Ibid. 54 Ridin Sofwan, H. Wasit dan H. Mundiri, 2000. Islamisasi di Jawa: Walisongo Penyebar Islam di Jawa Menurut Pertuturan Babad. Yogyakarta: Pustaka Pelajar. hal. 46.55 Ibid. hal. 45.56 K.H Saifuddin Zuhri, 1979. Sejarah Kebangkitan Islam dan Perkembangannya di Indonesia. Bandung: al-Maarif Bandung. hal. 263.

12

Page 13: WALI SONGO

Ampel pula merupakan wali yang dianggap paling berjaya dalam mendidik ulama dan

mengembangkan pesantren iaitu melalui pembinaan Ampel Denta.57

Selain itu, terdapat juga Wali Songo yang terlibat dalam memperkembangkan

ajaran ilmu tasawuf58 seperti Sunan Bonang dan Syekh Siti Jenar. Pemikiran Sunan

Bonang ini dapat dibuktikan melalui karyanya di dalam Suluk Sunan Bonang yang

dapat ditentukan kegiatan pemikiran tersebut adalah antara tahun 1475 hingga 1525.59

Manakala, Sunan Giri pula telah memperkenalkan pelbagai permainan yang bertujuan

untuk digunakan dalam mendidik kanak-kanak. Permainan yang berteraskan kepada

pelajaran ini adalah seperti Jelungan, Jamuran, Ilir-ilir, Gendi Gerit dan Gula

Ganti.60 Misalnya, Ilir-ilir merupakan lagu yang mengajarkan seseorang agar optimis

dalam melakukan amal kebaikan agar amal tersebut dapat diterima dan kesempatan

hidup haruslah dimanfaatkan dengan melakukan amal tersebut. Sunan Giri juga

merupakan wali telah mengarang ilmu Falak yang telah disesuaikan dengan prinsip-

prinsip ilmu Falak Islam dan pemikiran orang Jawa serta memperkenalkan

penggunaan kertas sebagai bahan tulis-menulis yang akhirnya membawa kepada

perkembangan ilmu dan budaya.61

3.5 Kesenian dan kebudayaan

Sumbangan dalam bidang kesenian dan kebudayaan oleh Wali Songo dapat

dibuktikan melalui strategi dan pendekatan dakwah yang digunakan oleh para wali

terutamanya para wali kumpulan abangan.62 Wali-wali yang dikelompokkan dalam

abangan adalah seperti Sunan Kalijaga, Sunan Bonang, Sunan Kudus dan Sunan

57 Ridin Sofwan, H. Wasit dan H. Mundiri, 2000. Islamisasi di Jawa: Walisongo Penyebar Islam di Jawa Menurut Pertuturan Babad. Yogyakarta: Pustaka Pelajar. hal. 238-239.58 Ilmu lanjutan daripada ilmu dasar dengan tujuan mengelakkan kekeliruan, salah pengertian dan salah penggunaan. Orang yang salah mempelajari ilmu ini dapat berubah ingatan menjadi seperti gila. Hasanu Simon, 2004. Misteri Syekh Siti Jenar: Peran Wali Songo Dalam Mengislamkan Tanah Jawa. Yogyakarta: Pustaka Pelajar. hal. 496.59 Marwati Djoened Poesponegora dan Nugroho Notosusanto, 1992. Sejarah Nasional Indonesia III. Jakarta: Balai Pustaka. hal. 208.60 Purwadi dan M.Hum, 2004. Dakwah Sunan Kalijaga: Penyebaran Agama Islam di Jawa Berbasis Kultural. Yogyakarta: Pustaka Pelajar. hal. 23. Lihat juga Solichin Salam, 1960. Sekitar Wali Sanga. Jogjakarta: Menara Kudus. hal. 37-39.61 Ridin Sofwan, H. Wasit dan H. Mundiri, 2000. Islamisasi di Jawa: Walisongo Penyebar Islam di Jawa Menurut Pertuturan Babad. Yogyakarta: Pustaka Pelajar. hal. 275-276.62 Wali yang termasuk dalam kelompok abangan merupakan wali yang ingin memasukkan ajaran Islam ke dalam tradisi dan kesenian orang Jawa. Manakala satu lagi kelompok dikenali sebagai kelompok putihan iaitu merupakan kelompok wali yang amat menekankan ajaran Islam mengikut yang sebenarnya tanpa mahu berkompromi dengan kesenian dan kebudayaan Jawa. Hasanu Simon, 2004. Misteri Syekh Siti Jenar: Peran Wali Songo Dalam Mengislamkan Tanah Jawa. Yogyakarta: Pustaka Pelajar. hal. 135.

13

Page 14: WALI SONGO

Muria. Sunan Kalijaga merupakan seorang wali yang menggunakan seni terutamanya

wayang sebagai salah satu strategi dakwahnya. Wayang merupakan salah satu warisan

bangsa Indonesia yang telah berkembang selama berabad-abad dan pada zaman

kerajaan Majapahit, seni wayang ini lebih dikenali dengan nama pementasan wayang

beber iaitu wayang yang bentuknya dibentangkan (dibeber).63 Walau bagaimanapun,

selepas kedatangan Islam berlaku perubahan terhadap bentuk asal seni wayang ini

bermula pada peristiwa perasmian Masjid Agung Demak.

Sunan Kalijaga telah mencadangkan agar wayang beber dipersembahkan

ketika majlis perasmian tersebut agar dapat bukan sahaja dapat menarik minat orang

Islam tetapi agar dapat mempengaruhi masyarakat yang beragama Hindu untuk

mengenali Islam. Walau bagaimanapun, Sunan Giri yang bertindak sebagai ketua

Wali Songo pada ketika itu telah membantah cadangan tersebut memandangkan

beliau berpendapat bahawa wayang yang bergambar manusia merupakan sesuatu

yang haram dalam syariat Islam. Bantahan daripada Sunan Giri inilah yang telah

menyebabkan Sunan Kalijaga membuat perubahan terhadap seni wayang ini agar

tidak melanggari hukum Islam tetapi dalam masa yang sama turut mengekalkan ciri-

ciri kesenian Jawa. Perubahan kepada bentuk yang mirip karikatur seperti yang ada

pada hari ini merupakan salah satu sumbangan terbesar Sunan Kalijaga dalam bidang

ini. Malahan, perubahan ini sebaliknya meningkatkan cita rasa dan nilai seni wayang

tersebut.

Manakala, Sunan Bonang pula merupakan wali yang telah menggunakan alat

muzik iaitu bonang. Hal ini demikian kerana kebanyakan masyarakat di Tuban amat

menggemari lagu-lagu gending gamelan, maka Sunan Bonang berdakwah

menggunakan kesenian rakyat tersebut. Kebijaksanaan beliau membunyikan alat

muzik tersebut dengan diiringi tembang-tembang yang berupa pantun-pantun

keagamaan telah berjaya mempengaruhi masyarakat Tuban untuk mempelajari lagu

tembang tersebut dan akhirnya mempelajari agama Islam.64 Salah satu tembang Sunan

Bonang yang terkenal sehingga sekarang adalah tembang yang selalu dilagukan oleh

63 Purwadi dan M.Hum, 2004. Dakwah Sunan Kalijaga: Penyebaran Agama Islam di Jawa Berbasis Kultural. Yogyakarta: Pustaka Pelajar. hal. 176.64 Baidlowi Syamsuri, 1995. Kisah Wali Songo: Penyebar Agama Islam di Tanah Jawa. Bandung: Penerbit APOLLO. hal. 76.

14

Page 15: WALI SONGO

Kyai Langgeng bertajuk Tombo Ati.65 Manakala, Sunan Drajat pula telah mencipta

tembang Pangkur dan mijil merupakan wali yang termasuk dalam kelompok putihan

walaupun berdakwah menggunakan Jawa seni. Oleh itu, penggunaan kesenian sebagai

salah satu cabang untuk berdakwah ini secara tidak langsung telah memberi

sumbangan dalam mengekalkan kesenian tradisi masyarakat Jawa.

Selain itu, kebudayaan Jawa juga kekal hasil sumbangan daripada beberapa

wali yang tidak menghapuskan kebudayaan Jawa yang mempunyai unsur Hindu. Hal

ini demikian kerana adat dan budaya yang menggunakan mantera-mantera tidak

dihapuskan tetapi sebaliknya digantikan dengan prinsip-prinsip Islam seperti

membaca al-Quran, tahlil dan doa-doa.66 Misalnya, dalam upacara berkabung, Sunan

Bonang menggantikan adat menyajikan makanan untuk arwah mendiang dengan

amalan bersedekah iaitu memberikan makanan kepada fakir miskin. Sunan Kalijaga

pula telah memberi sumbangan dalam bidang busana iaitu beliau telah merancang

model baju takwa yang akhirnya menjadi pakaian kebesaran suku Jawa dalam

pelbagai upacara rasmi.67

3.6 Kesusasteraan dan Bahasa

Sumbangan Wali Songo juga meliputi bidang kesusasteraan dan bahasa. Bukti

sumbangan dalam bidang bahasa ini adalah daripada Sunan Ampel yang telah

memperkenalkan huruf Pegon iaitu sejenis tulisan Arab berbahasa Jawa. Selain itu,

Sunan Ampel juga merupakan wali yang bertanggungjawab memperkenalkan

beberapa perkataan baru yang disesuaikan dengan masyarakat Jawa. Hal ini demikian

kerana beliau mempunyai kepekaan sosial yang tinggi dan untuk mempercepat

pemahaman masyarakat terhadap Islam, beberapa istilah yang bersesuaian telah

diperkenalkan. Antaranya ialah istilah sholat yang digantikan dengan sembahyang

iaitu merupakan istilah yang diambil dari kata sembah hyang agar lebih mudah

difahami oleh masyarakat yang sebelum menganut agama Hindu.68 Orang yang

65 Hasanu Simon, 2004. Misteri Syekh Siti Jenar: Peran Wali Songo Dalam Mengislamkan Tanah Jawa. Yogyakarta: Pustaka Pelajar. hal. 231.66 Untuk keterangan lanjut lihat Koentjaraningrat, 1971. Manusia dan Kebudayaan di Indonesia. Jakarta Penerbit Djambatan. hal. 346-350.67 Arman Arroisi, 1994. Sunan Kalijaga: Berdakwah Dengan Seni. Bandung: Penerbit PT Remaja Rosdakarya. hal. 18.68 Hasanu Simon, 2004. Misteri Syekh Siti Jenar: Peran Wali Songo Dalam Mengislamkan Tanah Jawa. Yogyakarta: Pustaka Pelajar. hal. 197.

15

Page 16: WALI SONGO

mengikuti pendidikan di pesantren pula disebut sebagai santri yang berasal dari kata

shastri iaitu perkataan yang bermaksud orang yang tahu buku suci agama Hindu.

Wali Songo turut memberikan sumbangan dalam bidang penulisan, misalnya

dalam naskhah Walisana terdapat beberapa penulisan hasil karya para wali ini.

Antaranya ialah Sejarah Negeri Pajajaran yang ditulis oleh Sunan Gunung Jati, hasil

karya Sunan Drajat iaitu kisah Joko Partoko dari Desa Nggadhingan iaitu ketika

zaman kerajaan Majapahit dan kisah Baru Klinthang dari Mbahrawa oleh Sunan

Kudus.69 Manakala sumbangan dalam bidang kesusasteraan pula adalah melalui hasil-

hasil karya sastera seperti dongeng dan kisah-kisah ulama, syair dan prosa-prosa

puisi. Misalnya, Sunan Bonang dalam usaha untuk menyebarkan Islam di kawasan

jawa Timur iaitu antara Lasem dan Rembang, telah mencipta dongeng dan kisah

ulama memandangkan masyarakat di kawasan tersebut menyukai cerita-cerita yang

berunsurkan kesaktian dan mistik.70

4.0 PENUTUP

Kesimpulannya, Wali Songo sememangnya bukan sahaja berjaya dalam

menyebarkan agama Islam di Tanah Jawa tetapi turut memberikan sumbangan dalam

bidang-bidang selain daripada keagamaan. Sumbangan Wali Songo dalam

kepelbagaian bidang ini sebenarnya mempunyai perkaitan dengan kepelbagaian

strategi dan pendekatan dakwah yang digunakan oleh mereka dalam

mengislamisasikan masyarakat Jawa. Kejayaan menyebarkan Islam di Jawa ini adalah

bergantung kepada pendekatan seperti al-hikmah yang digunakan oleh para wali

dalam berdakwah ini merupakan satu langkah bijaksana dalam usaha untuk mendekati

masyarakat Jawa.

5.0 BIBLIOGRAFI

Abdullah Ishak. 1992. Islam di Tanah Melayu dan Brunei. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

Abdul Halim Bashah. 1993. Walisongo dengan Perkembangan Islam di Nusantara. Selangor: Pustaka Al-Hijaz.

69 Ibid. hal. 69-70.70 Arman Arroisi, 1993. Sunan Bonang: Pendekar Bersenjata Tembang. Bandung: Penerbit PT Remaja Rosdakarya. hal. 10.

16

Page 17: WALI SONGO

Abdul Rahman Hj. Abdullah. 1990. Pemikiran Umat Islam Di Nusantara: Sejarah Dan Perkembangannya Hingga Abad Ke-19. Selangor: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

_______________________. 2001. Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara: Sebelum dan Selepas Pengaruh Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.

_______________________. 2006. Islam Dalam Sejarah Asia Tenggara Tradisonal. Kuala Lumpur: Pustaka Haji Abdul Majid.

Ahmad Mansur Suryanegara. 1995. Menemukan Sejarah: Pergerakan Islamisasi Nusantara. Bandung: Penerbit Mizan.

Ahmad Muhammad Abdul Ghaffar. 2001. Himpunan Kisah Kekasih Allah: Ensiklopedia Para Wali. Kuala Lumpur: Darul Nu’man.

Alwi Shibab. 2001. Islam Sufistik. Bandung: Penerbit Mizan.

Arman Arroisi. 1992. Sunan Giri. Bandung: Penerbit PT Remaja Rosdakarya.

____________. 1993. Sunan Ampel: Pengawal Ketuhanan Yang Maha Tunggal. Bandung: Penerbit PT Remaja Rosdakarya.

____________. 1993. Sunan Bonang: Pendekar Bersenjata Tembang. Bandung: Penerbit PT Remaja Rosdakarya.

____________. 1994. Sunan Maulana Malik Ibrahim. Bandung: Penerbit PT Remaja Rosdakarya.

Baidlowi Syamsuri. 1995. Kisah Wali Songo: Penyebar Agama Islam di Tanah Jawa. Bandung: Penerbit APOLLO.

Denys Lombard. 2005. Nusa Jawa: Silang Budaya (Bahagian 2: Jaringan Asia). Jakarta: Gramedia Pustaka Utama.

Hasanu Simon. 2004. Misteri Syekh Siti Jenar: Peran Wali Songo Dalam Mengislamkan Tanah Jawa. Yogyakarta: Pustaka Pelajar.

K.H Saifuddin Zuhri. 1979. Sejarah Kebangkitan Islam dan Perkembangannya di Indonesia. Bandung: al-Maarif Bandung.

Koentjaraningrat. 1971. Manusia dan Kebudayaan di Indonesia. Jakarta Penerbit Djambatan.

Mahayudin Haji Yahaya. 2001. Islam di Alam Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Marwati Djoened Poesponegora dan Nugroho Notosusanto. 1992. Sejarah Nasional Indonesia III. Jakarta: Balai Pustaka.

17

Page 18: WALI SONGO

Purwadi dan M.Hum. 2004. Dakwah Sunan Kalijaga: Penyebaran Agama Islam di Jawa Berbasis Kultural. Yogyakarta: Pustaka Pelajar.

R. Soekmono. 1973. Pengantar Sejarah Kebudayaan Indonesia. Indonesia: Penerbitan Yayasan Kanisius.

Ridin Sofwan. H. Wasit dan H. Mundiri, 2000. Islamisasi di Jawa: Walisongo Penyebar Islam di Jawa Menurut Pertuturan Babad. Yogyakarta: Pustaka Pelajar.

Solichin Salam. 1960. Sekitar Wali Sanga. Jogjakarta: Menara Kudus.

Widji Saksono. 1995. Mengislamkan Tanah Jawa: Telaah Atas Metode Dakwah Walisongo. Bandung: Penerbit Mizan.

18