utusanbiz isnin -...
TRANSCRIPT
UTUSAN MALAYSIA MUKA 18
UTUSANBIZUnit Berita Ekonomi
44, Jalan Utusan, Melalui Jalan Chan Sow Lin,
55200, Kuala Lumpur.E-mel: [email protected]
Twitter: @utusanbizLaman web: www.utusan.com.my
ISNIN • 23.10.2017
RIYAL (100)115.4700/109.6100
EURO4.9885/9922
POUND5.5512/5555
TUKARAN MATA WANG ASING21.10.17
DOLAR4.2240/2260
YEN3.7252/7279
DOLAR3.1057/1085
RUPIAH (100)0.0328/0297
Oleh AKMYR SYAHAR [email protected]
� KUALA LUMPUR 22 OKT.
SEBARANG tawaran syarikat swasta untuk mengambil alih PLUS Malaysia Bhd.
(PLUS) perlu dikemukakan secara praktikal untuk dikaji de ngan teliti supaya tidak timbul isu penswastaan seperti yang terjadi kepada Perwaja Steel Sdn. Bhd. (Perwaja).
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, setiap cadangan juga perlu mengambil kira kemampuan sesuatu syarikat swasta itu untuk
menjana dana bagi membiayai kos pengambilalihan yang sangat tinggi.
“Kita mengalualukan semua cadangan namun ia harus praktikal supaya tidak wujud keadaan seperti sebelum ini iaitu Perwaja yang diberikan status penswastaan, tetapi akhirnya terpaksa ditutup dan tidak beroperasi lagi.
“Dari segi pembiayaan, kita mahu tahu dari mana datangnya sumber dana tersebut. Mereka perlu bentangkan perkara ini kepada UEM Group Bhd. (UEM Group) dan kerajaan supaya kita tahu,” katanya dalam sidang akhbar sempena Kempen Kesihatan Anjuran UEM Group di sini hari ini.
Yang turut hadir, Pengerusi
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim serta Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif UEM Group, Datuk Izzaddin Idris.
Johari mengulas laporan Maju Holdings Sdn. Bhd. (Maju Holdings) berhasrat untuk membeli PLUS dengan nilai lebih RM36 bilion dan sekiranya berjaya dalam bidaan, Pengerusi Eksekutif Kumpulannya, Tan Sri Abu Sahid Mohamed memberi jaminan tiada kenaikan tol dalam 20 tahun sehingga tamat tempoh konsesi.
Namun, UEM Group dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) selaku pemegang saham utama PLUS masingmasing dengan kepentingan 51 peratus dan 49 peratus tidak merancang untuk menjual pegangan mereka kepada Maju Holdings.
Mengulas lanjut, Johari berkata, cadangan pengambilalihan
juga tidak boleh hanya sekadar menjanjikan tiada kena ikan kadar tol serta kos penyelenggaraan yang lebih rendah kerana ia adalah aset strategik kerajaan.
“Saya tidak nampak lagi manamana syarikat konsesi yang tidak mahu kenaikan kadar tol. Saya pernah cadangkan dahulu supaya mereka tulis surat kepada kerajaan mengatakan tidak mahu kenaikan kadar tol. Setakat ini, semuanya masih menaikkan harga,” katanya.
Sementara itu, Izzadin turut menegaskan sekali lagi bahawa UEM Group tidak berhasrat untuk melepaskan kepentingannya dalam PLUS kepada manamana syarikat sehingga tamat tempoh konsesi pada 31 Disember 2038.
“Dakwaan yang mengatakan PLUS mengeluarkan kos penyelenggaraan yang lebih tinggi adalah tidak berasas kerana UEM Group memastikan kerjakerja itu menepati syarat dan piawaian pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM),” katanya.
Jelasnya lagi, PLUS bukan sengaja tidak memanfaatkan nilai hartanah di sekitar jajaran, sebaliknya perjanjian konsesi yang diberikan hanya membolehkan pengendali itu membangunkan tanah khusus untuk kemudahan pengguna lebuh raya.
“Ini sebenarnya bermaksud pihak PLUS tidak boleh membangunkan apaapa sahaja projek lain seperti membina kondominium dan sebagainya. Kami perlu mengikut apa yang telah di tetapkan oleh LLM,” kata beliau.
WALTDISNEY
97.43
Sumber : Statista & Forbes – Global 2,000 Rankings
NINTENDO
98.58 CARLSBERG
97.13
APPLE
96.95
FERRARI
96.84
HILTON
96.42
PANASONIC
96.38
ALPHABET
98.64
MICHELINGROUP
98.67
SIEMENS
100
12
34
56
78
910
Berdasarkan kedudukan 2,000 syarikat global
daripada 58 negara dalam Forbes 2017.
* Skala (0-100)
10SyarikatTerbaik
2017
Asiamoney pilih TNB jenama korporat terbaik MalaysiaKUALA LUMPUR 22 Okt. – Tenaga Nasional Bhd. (TNB) dipilih sebagai Jenama Korporat Terbaik Malaysia menerusi kajian kewangan jenama cemerlang oleh Asiamoney dalam kalangan peserta pasaran kewangan Asia Pasifik.
Menurut TNB, kaji selidik tersebut terbuka kepada semua pembaca Asiamoney yang bekerja dalam industri kewangan di Asia, telah dilancarkan pada 8 Februari 2017 dan ditutup pada 7 April lalu.
“Responden boleh mengundi syarikatsyarikat di negara tempat mereka tinggal atau negara mereka beroperasi.
“Penilaian termasuk faktor kewangan dan strategik seperti strategi korporat, kepercayaan dan integriti, hubungan bersama pelabur, ketepatan atau kualiti pasukan kewangan serta kekuatan penarafan kredit,” jelas TNB dalam kenyataan di sini hari ini.
Pengurus Besar Kanan Strategi dan Prestasi Kewangan TNB, Jamel Ibrahim mewakili syarikat tersebut untuk menerima pengiktirafan itu dalam majlis yang
diadakan di Beijing, China barubaru ini.
TNB menewaskan syarikat tersenarai lain di Malaysia seperti
AirAsia Bhd., British American Tobacco Malaysia Bhd. dan Nestle Malaysia Bhd. bagi menerima anugerah berkenaan.
Pelantikan Kapten Izham teraju Malaysia Airlines disambut baikKUALA LUMPUR 22 Okt. – Malaysia Airlines Bhd. sekali lagi memperoleh peneraju baharu yang akan membantu mengemudi syarikat penerbangan itu meraih keuntungan dengan pelantikan Kapten Izham Ismail sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) baharunya.
Kapten Izham yang ketika ini merupakan Ketua Pegawai Operasi (COO), akan mengambil alih jawatan GCEO pada 1 Disember depan daripada Peter Bellew, yang kini dalam cuti pentadbiran sebelum beliau kembali berkhidmat dengan syarikat penerbangan tambang rendah Ireland, Ryanair.
Shukor Yusof, Pengasas firma perundingan penerbangan, Endau Analytics berkata kepada Bernama bahawa masa depan Malaysia Airlines akan sekali lagi menjadi tidak menentu selepas pengunduran Bellew dan satu
satunya perkara yang benarbenar pasti bagi syarikat penerbangan itu adalah serahan lapan pesawat Boeing Dreamliners, enam pesawat Airbus A350s dan enam pesawat A330200s.
Apabila ditanya apakah tugas pertama yang perlu ditumpukan oleh CEO baharu itu, beliau berkata: “Masih terlalu awal untuk menyatakan apakah yang perlu dilakukan oleh CEO seterusnya kerana CEO berbeza akan mempunyai gaya yang berbeza.”
Semasa perkhidmatannya, Bellew menumpukan kebanyakannya kepada mengawal kos, tambang penerbangan yang kompetitif dan memaksimumkan faktor muatan, bagaimanapun, Shukor berpenda
pat faktor muatan tidak bermakna sekiranya tidak membawa hasil positif.
Bellew dilantik mene rajui syarikat penerbangan nasional itu pada 1 Julai 2016, mengambil alih jawatan daripada Christoph Mueller, yang melepaskan jawatan dua tahun sebelum kontraknya berakhir selepas memberhentikan
6,000 pekerja Malaysia Airlines dalam usahanya untuk menyusun semula kewangan syarikat penerbangan itu.
Pelantikan Izham itu akan menjadi pelantikan GCEO ketiga syarikat penerbangan tersebut dalam masa tiga tahun.
Shukor berkata, tindakan tegas perlu diambil terhadap mereka yang tidak cekap dalam syarikat
penerbangan itu sekiranya pengurusan baharu mahu memulihkan semula syarikat.
Beliau juga berkata, syarikat penerbangan itu perlu diuruskan sebagai sebuah perniagaan dan perlu dilepaskan daripada Khazanah Nasional Bhd.
Sementara itu, seorang pekerja syarikat penerbangan itu yang hanya mahu dikenali sebagai Azhar, menyambut baik pelantikan tersebut dan memuji keputusan yang diambil oleh Lembaga pengarah Malaysia Aviation Group (MAG) dan Malaysia Airlines,
“Ia adalah keputusan yang betul. Izham sememangnya benarbenar seorang pemimpin,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata, Izham yang memiliki pengalaman selama 38 tahun dalam industri penerbangan mempunyai masa depan cerah untuk memulihkan MAG
dan MAB, seterusnya membawa syarikat itu meraih semula keuntungan.
“Saya percaya beliau mengetahui banyak selokbelok dalam Malaysia Airlines sejak dulu lagi. Kapten Izham seorang yang sangat merendah diri bila bercakap, lemah lembut serta senang didekati.
“Saya masih baharu dalam syarikat penerbangan ini tetapi selepas bertemu beliau, beliau bertanyakan kepada saya apa yang kami boleh lakukan bagi masa depan yang lebih baik. Dari situ kita boleh lihat beliau benarbenar mahu sesuatu yang lebih baik bagi masa depan,” katanya. – BERNAMA
MUKA 17
JAMEL IBRAHIM (tengah) bersama Ketua Biro Asia Asiamoney, Matthew Thomas (kiri) dan Ketua Editornya, Clive Horwood ketika menerima anugerah jenama korporat terbaik di Beijing, China, baru-baru ini.
IZHAM ISMAIL
KERATAN Utusan Malaysia 21 Oktober 2017.
Saiz NSS 300 bukan ukuran
Kita mengalu-alukan semua cadangan namun ia harus praktikal supaya tidak wujud kea daan seperti sebelum ini iaitu Perwaja yang diberikan status penswastaan, tetapi akhirnya terpaksa ditutup dan tidak ber operasi lagi.”
JOHARI ABDUL GHANI Menteri Kewangan II
Kerajaan tidak mahu PLUS jadi Perwaja
PLUS mempercepatkan perjalanan dari Utara dan Selatan tanah air. – GAMBAR HIASAN