utusanbiz • 08.01.2016 • 27.10 -...
TRANSCRIPT
UTUSAN MALAYSIA MUKA 16
JUMAAT • 08.01.2016 Unit Berita Ekonomi44, Jalan Utusan,
Melalui Jalan Chan Sow Lin, 55200, Kuala Lumpur.
E-mel: [email protected]: @utusanbiz
Laman web: www.utusan.com.myUTUSANBIZUnit Berita Ekonomi
44, Jalan Utusan, Melalui Jalan Chan Sow Lin,
55200, Kuala Lumpur.E-mel: [email protected]
Twitter: @utusanbizLaman web: www.utusan.com.my
JUMAAT • 27.10.2017
RIYAL (100)112.8576/9437
EURO4.9994/0047
POUND5.5916/5972
TUKARAN MATA WANG ASING26.10.17
DOLAR4.2335/2355
YEN3.728/7274
DOLAR3.1101/1130
RUPIAH (100)0.0312/0312
KUALA LUMPUR (Indeks Komposit)(-2.25) mata1,736.80
SINGAPURA (Straits Times)(+12.57) mata3,356.25
TOKYONikkei(+32.16) mata21,739.78
NEW YORKNikkei(-111.30) mata23,329.46
Sumber : Indeks Persaraan Global 2017 Melbourne Mercer
Indeks
2017
PersaraanGlobal
DENMARK
78.9BELANDA
78.8
AUSTRALIA 77.1
NORWAY 74.7
FINLAND 72.3
SWEDEN 72.0
SINGAPURA 69.4
1 2
3
7
5
6
4
MARKAHNEGARA
MALAYSIA
57.717
30 juta penumpang pilih AirAsia XGOLD COAST, AUSTRALIA 26 Okt. – Lebih 30 juta penumpang menggunakan perkhidmatan AirAsia X Bhd. sepanjang syarikat penerbangan itu beroperasi bermula 2007 hingga kini di lebih 30 destinasi di serata negara.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Malaysia, Benyamin Ismail berkata, untuk segmen Australia dan Asia sahaja, seramai 12 juta penumpang telah memilih menggunakan perkhidmatan AirAsia X.
“Sebanyak 22 peratus keuntungan AirAsia X disumbangkan oleh pasaran Australia dan kami bercadang untuk meningkatkan lagi pasaran di sini.
“Kami bercadang untuk menambah kekerapan penerbangan dengan memberi fokus kepada pengukuhan pasaran di laluan sedia ada di sini seperti Gold Coast, Sydney dan Melbourne,” katanya selepas menghadiri majlis sambutan operasi AirAsia X ke10 di sini hari ini.
Yang turut hadir, Pengerusi Eksekutif Pembangunan Perniagaan Lapangan Terbang Gold Coast,
Paul Donovan.Menurut Benyamin, penerba
ngan AirAsia X dari Kuala Lumpur ke Gold Coast dimulakan pada 2007 dengan hanya tiga penerbangan seminggu dan selepas 10 tahun beroperasi, jumlah kekerapan penerbangan meningkat menjadi 11 penerbangan seminggu.
Katanya, AirAsia X tidak menolak kemungkinan untuk membuka laluanlaluan baharu untuk penumpang di Australia.
AirAsia X ujarnya, menjangka jumlah penumpang yang menggunakan perkhidmatan syarikat berkenaan meningkat hingga 10 peratus pada tahun depan. – UTUSAN
BENYAMIN ISMAIL (tiga dari kiri) dan Paul Donovan diapit oleh pramugari AirAsia pada majlis sambutan operasi AirAsia X yang ke-10 tahun di Gold Coast, Australia, semalam.
SAFINA RAMLI
Melaporkan dari BRISBANE, AUSTRALIA
MASJID Sultan Mizan Zainal Abidin yang juga dikenali sebagai ‘Masjid Besi’ di Putrajaya. –GAMBAR IHSAN/ NOR IKHSAN ISMAIL
Oleh NUR HANANI [email protected]
� KUALA LUMPUR 26 OKT.
DALAM usaha mengurangkan hutang isi rumah yang tinggi, rakyat Ma
laysia disaran berbelanja secara berhemah dan menepis gaya hidup mewah yang dipromosikan menerusi media sosial.
Dekan Fakulti Perniagaan Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Prof Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata, ini kerana pengguna media sosial hari ini dilihat sering memaparkan gaya hidup dengan per belanjaan yang terlalu tinggi.
Katanya, gambar bercuti di luar negara dan pembelian beg tangan berjenama mewah di butik terkemuka sering dimuat
naik di laman Instagram dan Facebook menyebabkan mereka yang kurang berkemampuan juga terpengaruh.
Berdasarkan statistik ujarnya, hutang isi rumah Malaysia di antara yang tertinggi berikutan perbelanjaan orang ramai yang berlebihan daripada struktur gaji mereka.
“Trend berbelanja mewah ini malah dilihat telah menular kepada peringkat pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) sehinggakan para pelajar yang belum bekerja sudah memiliki kad kredit mahupun pinjamkan peribadi.
“Ini merupakan budaya negatif yang perlu kita tangani,” katanya mengulas mengenai kos sara hidup mahal yang dikaitkan dengan gaya hidup mewah kepada Utusan Malay-sia di sini hari ini.
Bagi membantu mengurangkan bebanan rakyat terhadap impak kenaikan kos sara hidup, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai langkah termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Klinik 1Malaysia dan Kedai Rakyat 1Malaysia.
Dr. Aimi berkata, walau bagaimanapun, bajet seseorang tidak akan pernah cukup sekiranya individu itu berbelanja lebih daripada apa yang mereka mampu seterusnya menyebabkan mereka berhutang keliling pinggang.
Menurutnya, pihak bank tidak boleh disalahkan dalam hal ini kerana mereka mempunyai sasaran kelulusan pinjaman masingmasing yang perlu dicapai.
Oleh itu, tambah beliau, kempen kesedaran secara ber terusan perlu diadakan de ngan kerjasama di antara Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Bank Negara Malaysia (BNM) dan agensi berkaitan.
“Bajet 2018 perlu menekankan perancangan konkrit jangka panjang dan tidak hanya tertumpu kepada pelan jangka pendek sematamata.
“Bajet 2018 disaran memperkenal strategi dan program untuk mewujudkan persekitaran yang membolehkan rakyat mengamalkan dan mengekalkan perbelanjaan yang berhemat,” jelas beliau.
TNB peruntuk capex RM12.06 bilion untuk dua projek jana kuasaOleh ZUNAIDAH [email protected]
KUALA LUMPUR 26 Okt. – Tenaga Nasional Bhd. (TNB) memperuntukkan perbelanjaan mo dal (capex) berjumlah RM12.06 bilion tahun ini berbanding RM11.39 bilion bagi tahun sebelumnya manakala RM10.77 bilion pada 2015.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Ir. Azman Mohd. berkata, seba nyak RM5.4 bilion daripada capex tersebut adalah untuk dua projek jana kuasa berjumlah 3,000 megawatt (MW) dan satu daripadanya, Janamanjung 5 dengan kapasiti 1,000MW beroperasi pada 28 September lalu.
Katanya, pelaburan capex itu dibuat bagi memastikan margin simpanan yang mencukupi sejajar dengan matlamat negara menjadi negara berpendapatan
tinggi selepas 2020 dan secara tidak langsung memperkukuhkan imbangan tunai kumpulan dengan aset asas kumpulan meningkat kepada RM142.01 bilion setakat 31 Ogos 2017.
“TNB secara berterusan akan mengeluarkan sejumlah perbelanjaan modal bagi menjamin bekalan elektrik yang cekap, berdaya harap dan selamat.
“Sehubungan itu, Index Gang
guan 64.2 minit bagi setiap pelanggan pada 2013 telah menurun kepada 50.2 tahun ini, sekali gus menunjukkan peningkatan yang ketara dari segi daya harap bekalan dan setanding dengan negaranegara maju yang lain,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2017, TNB mencatat penurunan keuntungan selepas cukai (PAT) seba nyak 5.6 peratus kepada RM6.91 bilion berban ding RM7.32 bilion bagi tempoh sama tahun se belumnya terutama kepada peningkatan kos kewangan dan cukai.
Kos kewangan pula meningkat 40.1 peratus berbanding tahun lalu disebabkan faedah yang
dibayar kepada kerajaan mengikut Dana Simpanan Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) bernilai RM130 juta dan faedah program
sukuk yang terakru berjumlah RM100 juta.
Peningkatan cukai terutama berpunca daripada ke naikan perbelanjaan cukai tertunda turut memberi impak kepada PAT manakala dari segi permintaan unit elektrik bagi tahun kewa ngan 2017 hanya mencatat kenaikan satu peratus.
Menurut Azman, pelaksanaan meka nisme Kawal Selia Ber asaskan Insentif (IBR) oleh kerajaan pada Januari 2014 memberi lebih kepastian ke atas pendapatan TNB dalam perniagaan yang dikawal selia.
Katanya, PAT daripada per
niagaan dikawal selia di bawah rangka kerja IBR yang melibatkan Penghantaran dan Pembahagian berjumlah RM4.5 bilion bagi tahun ini dan ia membolehkan syarikat berada dalam kedudukan yang lebih kukuh dan dapat berkongsi faedah dengan para pelanggan dan pemegang saham melalui rebat ICPT dan dividen.
“Bagi tempoh kawal selia pertama, kami telah memberi RM4.3 bilion kepada sembilan juta pelanggan kami dalam bentuk rebat sejak Mac 2015, hasil penjimatan kos penjanaan melalui mekanisme IBR,” katanya.
Beliau berkata, TNB menjangkakan pertumbuhan unit permintaan elektrik lebih stabil dan dari segi pelaksanaan IBR pula, ia membolehkan jangkaan pendapatan lebih baik untuk TNB berikutan pengurangan risiko bahan api.
Tepis gaya hidup mewah
HarapanBAJET 2018
Bajet seseorang tidak akan pernah cukup sekiranya individu itu berbelanja lebih daripada apa yang mereka mampu seterusnya menyebabkan mereka berhutang keliling pinggang.”
DR. AIMI ZULHAZMI ABDUL RASHIDDekan Fakulti Perniagaan UniKL
AZMAN MOHD.
STESEN Janakuasa Sultan Azlan Shah di Manjung, Perak.