ulum hadith

8
PENULISAN HADIS DI ZAMAN RASULULLAH SAW Sebenarnya penulisan hadis sudah bermula di zaman Rasulullah saw namun penulisan ini tidaklah seperti apa yang ada di zaman kita ini dan tidak juga penulisan ini menjadi rujukan kepada orang ramai akan tetapi ianya hanya menjadi simpanan para Sahabat r.a yang menulis hadis tersebut.Sepertimana Abu Hurairah r.a berkata: ب ت ك ولا أ ب ت ك ي ه كان ن ا رو ف م ع ن ب له د أل ب ع ن م لا أ ي من ه ن ع ا ب ي ر حد كث حد أ أ ي. ن لن أ حاب ص أ ن مماMaksudnya: tiada sahabat nabi yang lebih banyak menghafal hadis rasulullah saw daripada aku kecuali Abdullah b amru sesungguhnya da menulis aku pula tidak menulis(Riwayat Bukhari, kitab م عل ل أbab م عل ل أ ه ان ب كno 113) Juga apa yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Amru beliau berkata: “Aku menulis segala yang aku dengar daripada Rasulullah saw kerana aku ingin menghafalnya dengan tidak semena orang quraisy melarang aku mereka berkata: adakah engkau menulis sesuautu daripada Rasulullah saw seorang manusia kadang-kadang bercakap dalam keadaan marah dan kadang-kadang dalam keadaan redha?maka aku memberhentikan penulisan aku aka aku mengadu hal berikut kepada Rasulullah saw kemudian Rasulullah saw meletakkan tangannya di atas lembaran seraya bersabda:”tulislah demi nyawa aku di tangan-Nya tidak aku berkata kecuali datang dari aku perkara yang benar” (Riwayat abu Daud di dalam م عل ل أdan Musnad Imam Ahmad 2015/2) Maka di sini jelas bahawa penulisan hadis sudah muncul di zaman Rasulullah saw akan tetatpi bukanlah ia menjadi rujukan untuk orang ramai. Di antara penulisan atau sahifah yang muncul di peringkat ini: 1. As-sahifah as-sodiqoh yang ditulis oleh Abdullah bin Amru b al-as 2. Sahifah Ali bin Abi talib 3. Sahifah Saad b Ubadah 4. Lembaran yang mengandungi perintah dari Rasulullah saw tentang hokum hakam kepada mereka yang dihantar ke tempat lain

Upload: syazwanie-mohamed

Post on 17-Nov-2015

7 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Belajar Hadith

TRANSCRIPT

PENULISAN HADIS DI ZAMAN RASULULLAH SAW

Sebenarnya penulisan hadis sudah bermula di zaman Rasulullah saw namun penulisan ini tidaklah seperti apa yang ada di zaman kita ini dan tidak juga penulisan ini menjadi rujukan kepada orang ramai akan tetapi ianya hanya menjadi simpanan para Sahabat r.a yang menulis hadis tersebut.Sepertimana Abu Hurairah r.a berkata:

Maksudnya:tiada sahabat nabi yang lebih banyak menghafal hadis rasulullah saw daripada aku kecuali Abdullah b amru sesungguhnya da menulis aku pula tidak menulis(Riwayat Bukhari, kitabbab no 113)

Juga apa yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Amru beliau berkata:Aku menulis segala yang aku dengar daripada Rasulullah saw kerana aku ingin menghafalnya dengan tidak semena orang quraisy melarang aku mereka berkata: adakah engkau menulis sesuautu daripada Rasulullah saw seorang manusia kadang-kadang bercakap dalam keadaan marah dan kadang-kadang dalam keadaan redha?maka aku memberhentikan penulisan aku aka aku mengadu hal berikut kepada Rasulullah saw kemudian Rasulullah saw meletakkan tangannya di atas lembaran seraya bersabda:tulislah demi nyawa aku di tangan-Nya tidak aku berkata kecuali datang dari aku perkara yang benar(Riwayat abu Daud di dalamdan Musnad Imam Ahmad 2015/2)

Maka di sini jelas bahawa penulisan hadis sudah muncul di zaman Rasulullah saw akan tetatpi bukanlah ia menjadi rujukan untuk orang ramai. Di antara penulisan atau sahifah yang muncul di peringkat ini:1.As-sahifah as-sodiqohyang ditulis olehAbdullah bin Amru b al-as2.Sahifah Ali bin Abi talib3. Sahifah Saad b Ubadah4. Lembaran yang mengandungi perintah dari Rasulullah saw tentang hokum hakam kepada mereka yang dihantar ke tempat lain

Kesimpulannya, pada peringkat ini ilmu hadis tidak muncul dengan disiplin yang tersendiri akan tetapi muncul secara tidak langsung iaitu periwayatan hadis daripada Rasulullah saw kemudian disampaikan kepada sahabat yang lain.

REHLAH ILMI DI ZAMAN SAHABAT

Demi mencari riwayat maka para Sahabat r.a memperbanyakkan rehlah untuk memastikan riwayat sebuah hadis ini dibuktikan dengan perbuatan Abu Ayyub al-Ansari yang dikenali sebagai sahabat yang selalu melazimi Rasulullah saw bahawa beliau sanggup pergi ke Mesir untuk mendengar hadis daripada Uqbah Bin Amir apabila selesai beliau terus pulang ke Madinah Munawwarah.(marifah ulum hadis karangan al-Hakim Nisaburi)

KAEDAH-KAEDAH YANG DIGUNAKAN DI ZAMAN SAHABAT1. Mengurangkan riwayat2. memastikan periwayatan dengan perincian3.Bertanya tentang rijal(perawi) yang meriwayatkan hadis4.Kritikan terhadap riwayat

Kesimpulannya, di peringkat ini adalah sepertimana di zaman Rasulullah saw bahawa pada zaman ini ilmu hadis tidak mempunyai disiplin yang tersusun namun zaman ini terzahir beberapa kaedah dalam menerima riwayat hadis oleh para Sahabat dan sebahagian Tabien.

Metodologi Penulisan Kitab Hadis Sahih Imam BukhariImam Bukhari adalah ahli hadis yang termasyhur diantara para ahli hadis sejak dulu hingga kini bersama dengan Imam Ahmad, Imam Muslim, Abu Dawud, Tirmidzi, An-Nasai, dan Ibnu Majah. Dalam kitab-kitab fiqh dan hadis, hadis-hadis beliau memiliki darjat yang tinggi. Sebahagian menyebut dengan jolokan Amirul Mukminin fil Hadis iaitu pemimpin kaum mukmin dalam ilmu hadis. Dalam bidang ini, hampir semua ulama di dunia merujuk kepadanya.

Nama lengkap Imam Bukhari adalah Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn Mughirah al-Jafi ibn Bardizbah al-Bukhari, salah seorang dari perawi dan ahli hadis yang terkenal. Beliau lebih dikenal dengan nama al-Bukhari, hal ini disandarkan pada tempat kelahirannya iaitu Bukhari. Ada sumber mengatakan bahawa Imam Bukhari dilahirkan di Bukhara, Uzbekistan, Asia Tengah. Beliau lahir pada hari Jumaat,13 Syawal 194 H pada 21 Julai 810 M. Ayahnya yang bernama Ismail terkenal sebagai seorang ulama yang soleh. Tempat beliau lahir kini termasuk wilayah Rusia, yang waktu itu memang menjadi pusat kebudayaan ilmu pengetahuan Islam sesudah Madinah, Damaskus dan Baghdad. Daerah itu pula yang telah melahirkan ilmuan-ilmuan besar seperti al-Farabi dan Ibnu Sina. Bahkan ulama-ulama besar seperti Zamaksyari, al-Durdjani, al-Bairuni dan lain-lain, juga dilahirkan di Asia Tengah. Sekalipun daerah tersebut telah jatuh di bawah kekuasaan Soviet Union. Kedudukan Imam Bukhari bukan sahaja dikenali dikalangan umat Islam sahaja, namun seluruh umat manusia mengetahui kehebatan beliau. Kitab hadis Sahih Imam Bukhari merupakan kitab hadis pertama yang menjadi rujukan para ahli hadis hingga sekarang terutama dikalangan para ilmuwan muslim mahupun bukan Islam terutama tentang metod dan pola penyusunan kitab hadis tersebut.

Di antara kota yang pernah beliau kunjungi dalam rangka mencari ilmu hadis adalah ke Maru, Naisaburi, Ray, Baghdad, Basrah, Kuffah, Madinah, Mekkah, Mesir, Damaskus dan Asqalani. Guru-gurunya dalam bidang hadis lebih dari 1000 orang. Beliau sendiri pernah menyebutkan bahawa kitab al-Jami al-Sahih atau yang terkenal dengan nama Sahih al-Bukhari, disusun hasil dari menemui 1080 orang guru dalam bidang ilmu hadis. Dari perjalanan beliau tersebut, Imam Bukhari berhasil mengumpulkan hadis sebanyak 600 000 hadis, 300 000 hadis di antaranya beliau hafal, yang terdiri atas 200 000 hadis hasan, dan 100 000 hadis yang sahih.

Beliau seorang intelektual yang berdisiplin tinggi. Imam Bukhari dikenali sebagai pengarang kitab yang produktif. Karya-karyanya tidak hanya dalam disiplin ilmu hadis, tetapi juga ilmu-ilmu lain, seperti tafsir, fiqh, dan sejarah. Fatwa-fatwanya selalu menjadi pegangan umat sehingga mencapai darjat sebagai mujtahid mustaqil iaitu ulama yang ijtihadnya terbuka, tidak terikat pada mazhab tertentu, sehingga mempunyai autoriti tersendiri dalam pendapat berkaitan hukum. Pendapat-pendapat beliau sealiran dengan Imam Abu Hanifah iaitu Imam Hanafi yang berpendirian mazhab hanafi, tetapi ada juga sedikit perbezaannya. Sehingga pola penyusunan dan pola pimikiran beliau tentang hadis tidak bergantung kepada satu mazhab saja, namun beliau mengambil dari berbagai pemikiran para ulama-ulama dalam penyusunan kitab hadis tersebut.

Imam Bukhari diakui memiliki daya hafalan yang tinggi, diakui oleh kakaknya Rasyid bin Ismail. Kakak beliau pernah menceritakan, pernah Bukhari semasa remaja dan beberapa murid lain mengikuti kuliah dan ceramah di Balkh. Tidak seperti murid lain, Bukhari tidak pernah membuat catatan semasa kuliah. Beliau sering dicemuh kerana membuang masa tidak mencatat, namun Bukhari diam tidak menjawab. Suatu hari, kerana sering dicemuh, Bukhari meminta kawan-kawannya membawa catatan mereka, kemudian beliau membacakan secara tepat apa yang pernah disampaikan dalam kuliah dan ceramah tersebut. Tercenganglah mereka semua. Ternyata Bukhari menghafal di luar kepala 15 000 hadis, lengkap dengan keterangan yang tidak sempat mereka catat.

Berpandukan pada pendapat tersebut, dapat dikatakan bahawa Imam Bukhari merupakan seorang yang pintar dan cerdas. Beliau pada usia muda telah menunjukan kecintaan kepada ilmu hadis. Dalam menghimpun hadis-hadis sahih dalam kitabnya tersebut, Imam Bukhari menggunakan kaedah-kaedah penelitian secara ilmiah dan terperinci yang menyebabkan kesahahihan hadis-hadisnya. Beliau berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk meneliti dan menyelidiki keadaan para perawi, serta berusaha mencari kesahihan hadis-hadis yang diriwayatkannya.

Keistemewaan Penulisan Kitab Hadis Sahih Imam Bukhari

Kedudukan hadis dalam Islam sebagai sumber hukum. Para ulama juga telah bersepakat bahawa dasar hukum Islam adalah al-Quran dan Sunnah iaitu al-Hadis. Kitab sahih Imam Bukhari telah memperoleh penghargaan tertinggi dari para ulama. Para ulama telah bersepakat bahawa Sahih al-Bukhari adalah satu-satunya kitab yang paling sahih sesudah al-Quran.

Kitab Sahih Imam Bukhari diterima oleh para ulama secara sepenuhnya di setiap masa dan keistimewaan kitab Imam Bukhari yang diungkapkan oleh para ulama, diantaranya:

1. Imam al-Tirmidzi berkata: Aku tidak melihat dalam ilmu IIlal iaitu cacat yang tersembunyi dalam hadis dan para tokoh hadis seorang yang lebih mengetahui dari Al-Bukhari. 2. Ibn Khuzaimah berkata: Aku tidak melihat sesorang yang lebih mengetahui hadis Rasulullah SAW dan yang lebih hafalan daripada Muhammad bin Ismail Al-Bukhari. 3. Al-Hafizh Adz-Dzahabi berkata: Dia adalah kitab Islam yang paling agung setelah kitab Allah.

Di antara kelebihan daya ingatan dan kecerdasan Imam Bukhari ialah mampu membawa 100 pasangan sanad hadis dan matan yang sengaja diajukan oleh 10 ulama Baghdad semasa menguji kekuatan daya ingatan dan intelektual Imam Bukhari dalam periwayatan hadis. Semua itu dapat dijawab oleh Imam Bukhari dengan baik. Para ulama yang mengambil hadis dari Imam Bukhari antaranya yang sangat popular adalah Al-Tirmidzi, Imam Muslim, An-Nasai, Ibrahim bin Ishaq al-Hurri, Muhammad bin Ahmad Ad-Daulabi, Manshur bin Muhammad al-Bazdawi. Imam Bukhari meninggal dunia 1 Syawal 256 H/31 Ogos 870 M pada hari jumat malam sabtu iaitu malam Hari Raya Idul Fitri dalam usia 62 tahun kurang 13 hari di Samarkand.

Disamping cerdas, Imam Bukhari termasuk para ahli hadis yang kuat dan banyak hafalannya, sehingga para ulama menempatkan kitabnya hadis Sahih Bukhari kitab yang paling sahih setelah al-Quran. Namun disisi lain, terutama dari kalangan orientalis tidak berhenti mengkritik Imam Bukhari terutama tentang metod dan pola penyusunan kitab hadisnya.

Di antara kalangan dan tokoh orientalis yang mengkritik Imam Bukhari adalah, Ignaz Goldziher, seorang orientalis berasal dari Hungaria dari keluarga Yahudi yang menjadi pelopor pengkritik Imam Bukhari dalam periwayatan hadis. Prof. Dr. MM Azami dalam bukunya Dirasat fil Hadis an-Nabawi wa Tarikh Tadwinih menyatakan bahawa Ignaz Goldziher menuduh rujukan hadis yang dilakukan oleh ulama terdahulu terutama Imam Bukhari tidak dapat disahihkan secara ilmiah kerana kelemahan metodnya. Menurut Goldziher kerana para ulama lebih banyak menggunakan metod kritik sanad, dan kurang menggunakan metod kritik matan. Goldziher kemudian mencadangkan metod kritik baru iaitu kritik matan saja. Apabila diteliti cadangan Ignaz Goldziher, sebenarnya para ulama terdahulu sudah menggunakan metod kritik matan. Apa yang dimaksud kritik matan oleh Ignaz Goldziher itu berbeza dengan metod kritik matan yang digunakan oleh para ulama. Menurutnya, kritik matan hadis itu mencakupi berbagai aspek seperti politik, sains, sosial dan lain-lain. Beliau mengatakan bahawa dalam kitab Sahih Bukhari, Imam Bukhari hanya melakukan kritik sanad dan tidak melakukan kritik matan. Sehingga setelah dilakukan kritik matan oleh Ignaz Goldziher, hadis itu ternyata palsu.

Diantara para penulis moden atau intelektual Islam yang berfikikiran orientalis ini adalah Profesor Ahmad Amin. Dalam bukunya Fajr al-Islam, beliau juga merendahkan ulama hadis secara umum. Kemudian secara khusus, Imam Bukhari dikritiknya. Katanya, Kita melihat sendiri, meskipun tinggi reputasi ilmiahnya dan cermat penelitiannya, Imam Bukhari ternyata menetapkan hadis-hadis yang tidak sahih dilihat dari segi perkembangan zaman dan penemuan ilmiah, kerana penelitian beliau hanya terbatas pada kritik sanad saja. Menurut Ahmad Amin, banyak hadis-hadis Bukhari yang yang tidak sahih, atau secara tepatnya palsu. Diantaranya adalah sebuah hadis di mana Rasulullah SAW bersabda, Seratus tahun lagi tidak ada orang yang masih hidup diatas bumi ini. Hadis ini oleh Ahmad Amin dinilai palsu, kerana ternyata setelah seratus tahun sejak Rasulullah SAW mengatakan hal itu masih banyak orang yang hidup diatas bumi ini.

Seorang pakar hadis berasal dari Indonesia, Prof. Dr. Ali Musthafa Yaqub dalam bukunya kritik hadis menyatakan, adalah suatu tindakan yang sangat tidak ilmiah apabila ada orang yang terburu-buru menilai bahawa suatu hadis itu palsu menurut penilaiannya, kerana bertentangan dengan al-Quran dan bertentangan dengan hadis yang lain yang sedarjat kualitinya sebelum melihat karya tulisan para ulama terdahulu yang membahas masalah tersebut. Kejahilan seseorang dalam memahami maksud suatu hadis tidak dapat dijadikan alasan untuk menilai bahawa hadis tersebut palsu.[12]

Dengan demikian, bahawa para orientalis tidak ilmiah dalam menilai bahawa dalam hadis-hadis Imam Bukhari terdapat riwayat-riwayat yang palsu dan bertentangan dengan al-Quran, kerana kritikan mereka tidak ilmiah. Namun dalam berdasarkan kritikan yang dilakukan oleh tokoh-tokoh orientalis kepada Imam Bukhari, hanya perkara kecil iaitu dalam pola penyusunan hadis yang dilakukan oleh Imam Bukhari hanya menggunakan pendekatan sanad saja, beliau mengabaikan pengkajian hadis yang disandarkan kepada matan.

Disinilah yang menjadi perbezaan antara pola penyusunan kitab hadis antara Imam Bukhari dan Imam Muslim iaitu terletak pada sanad dan matan. Berdasarkan pada kitab hadis Imam Bukhari dan Imam Muslim, bahawa metod atau pola penyusunan kitab hadis yang dilakukan Imam Bukhari adalah menggunakan pendekatan kepada sanad, sedangkan Imam Muslim adalah menggunakan pendekatan sanad dan matan. Akan tetapi bahawa Imam Muslim lebih mengutamakan kepada pendekatan matan dibandingakan dengan gurunya Imam Bukhari.