kerja kursus pqe 3112- ulum al-quran dan ulum hadis

29
IPG KAMPUS BAHASA MELAYU LEMBAH PANTAI, 59200 KUALA LUMPUR PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU AMBILAN JUN 2011- ____________________________________________________________________ _____________ PPG IPG SEMESTER 6 TAJUK: PERANAN NASAKH DAN MANSUKH ,PANDANGAN ULAMA’ SALAF DAN KHALAF TENTANG AYAT MUHKAM DAN MUTASYABIHAT ,JENIS-JENIS HADIS NABAWI DAN PETA MINDA PENGKELASAN HADITH-HADITH NABAWI. NAMA : NORSIAH BINTI DIN ANGKA GILIRAN : PPG 2011192360266 NO. I/C : 700102-11-6424

Upload: norsiah-din

Post on 22-Nov-2015

245 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

PQE 3102 ULUM AL-QURAN DAN ULUM HADITH

PQE 3102 ULUM AL-QURAN DAN ULUM HADITH IPG KAMPUS BAHASA MELAYU LEMBAH PANTAI, 59200 KUALA LUMPURPROGRAM PENSISWAZAHAN GURUAMBILAN JUN 2011-_________________________________________________________________________________PPG IPG SEMESTER 6TAJUK:PERANAN NASAKH DAN MANSUKH ,PANDANGAN ULAMA SALAF DAN KHALAF TENTANG AYAT MUHKAM DAN MUTASYABIHAT ,JENIS-JENIS HADIS NABAWI DAN PETA MINDA PENGKELASAN HADITH-HADITH NABAWI.

NAMA : NORSIAH BINTI DINANGKA GILIRAN : PPG 2011192360266NO. I/C : 700102-11-6424KELAS : PIS CKOD/NAMA KURSUS : PQE 3102 - ULUM AL-QURAN DAN ULUM HADITH. NAMA PENSYARAH : USTAZ NORAZI BIN RANI TARIKH HANTAR : 08 MAC 2014

SEKAPUR SIREH Assalamualaikum dan salam sejahteraSaya mengucapkan syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya dan diberi kekuatan dan kesihatan yang baik untuk menyiapkan tugasan yang diberikan.Jutaan terima kasih di ucapkan kepada pensyarah PQE 3102 Ulum Al-Quran Dan Ulum Hadith ,Ustaz Norazi b.Rani, kerana telah memberi tunjuk ajar dan nasihat kepada kami bagi saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.Disini juga saya ingin mengambil kesempatan untuk memohon jutaan kemaafan sekiranya terdapat kesilapan yang tidak disengajakan . Ini semua adalah kelemahan saya sendiri. Saya berharap semoga tugasan yang saya siapkan ini memenuhi kehendak soalan tugasan yang diberikan.Banyak faedah yang saya perolehi daripada tugasan ini.Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah atas ilmu yang dicurahkan kepada saya sehingga saya dapat menyiapkan tugasan yang diberikan ini.Sekian terima kasih

ISI KANDUNGANBIL TAJUK

HALAMAN

1.SEKAPUR SIREH

2

2.ISI KANDUNGAN

3

3.PENDAHULUAN

4

4MENGISBAT HUKUM DARI DALIL AL-QURAN

5

5.PANDANGAN ULAMA SALAF DAN KHALAF 8

6. PERBAHASAN AYAT MUHKAM DAN MUTASYABIHAT 9

7. CONTOH AYAT MUHKAM, DAN MUTASYABIHAT 12

8JENIS-JENIS HADIS NABAWI 15

9 PETA MINDA 20

10. REFLEKSI TUGASAN 22

11BIBLIOGRAFI

23

PENGENALAN An-Nasakh ialah membatalkan pengamalan dengan sesuatu hukum syara dengan dalil yang datang kemudian dari padanya.Tidak ada nasakh pada masa setelah Rasulullah saw wafat.Nasakh (dalil yang menghapus hukum yang telah ada)Mansukh (hukum yang dibatalkan, dihapuskan,atau dipindahkan)Hukum yang di nasakh harus pada hukum syara ( ketentuan Allah).Kitab yang mansukh hukumnya tidak terikat ( dibatasi) dengan waktu tertentu.nasikh dan mansukh mempunyai beberapa bahagian dan jenis-jenisnya,. Ilmu muhkam wal Mutasyabih di latar belakangi oleh adanya perbezaan pendapat ulama tentang adanya hubungan suatu ayat atau surat yang lain. Sementara yang lain mengatakan bahwa didalam Al-Quran ada ayat atau surat yang tidak berhubungan, di sebabkan pendapat ini, maka suatu ilmu yang mempelajari ayat atau surat Al-Quran cukup penting kedudukannya.Sebagaimana telah kita maklumi, bahwa al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab. Kerana itu, untuk memahami hukum-hukum yang di kandung nash-nash al-Quran diperlukan antara lain pemahaman dalam segi kebahasaan dalam hal ini adalah bahasa Arab.

2.0 PERANAN NASAKH DAN MANSUKH Peranan nasikh dan mansukh dalam memahami dan menafsirkan Al-Quran ini amatlah penting kerana ia merupakan sebahagian daripada kajian ilmu Al-Quran yang harus difahami bagi mufassir fuqaha, ahli usul fiqh agar pengetahuan tentang undang-undang tidak menjadi kabur atau salah. Nasikh dan mansukh juga memainkan peranan yang penting dalam proses penetapan syara , kerana ia merupakan bahagian dari kesempurnaan ijtihad.Para sahabat, tabiin dan generasi seterusnya cukup menaruh perhatian yang tinggi terhadapnya. Kajian terhadapnya seakan tidak pernah lapuk di makan zaman dan terus releven untuk dipelajari dari kesemasa. Seorang ilmuwan hadits yang mengetahui nasikh dan masukh mempunyai keunggulan, nasakh dan mansukh adalah ilmu yang rumit dan sulit sebagaimana ungkapan al Zuhri: yang paling memberatkan dan menguras tenaga bagi ahli fikih adalah membezakan hadits yang telah dimansukh dengan hadits yang manasihknya. Imam syafii seorang yang terkenal dengan gelar penolong sunnah mempunyai peranan yang besar dalam bidang ini.Pengetahuan tentang nasikh dan mansukh mempunyai fungsi dan peranan yang besar bagi para ahli ilmu agar pengetahuan tentang suatu hukum tidak kacau dan kabur. Karena itulah perhatian mereka kepada hadis sangat besar, Imam Syafii, imam Hambali dan para imam yang lain begitu menganggap penting ilmu ini, kerana dia termasuk ilmu yang dengannya pemahaman hadis akan menjadi benar dan tidak sempit. Kerana pentingnya ilmu ini, imam-imam juga menjelaskan hal ini kepada murid-murid mereka, menganjurkan mempelajarinya, menekuninya, menemukan hal-hal pelik berkenaan dengannya, mensistematisasikannya dan menyusun karya dalam bidang ini.

2.1 MENGISBAT SESUATU HUKUM DARI DALIL AL-QURAN Diantara contoh-contoh ayat-ayat yang masyhur yang di nasakh ialah;-Menurut Jalaluddin As-Suyuti terdapat sebanyak dua puluh dua ayat yang dimansukhdalam Al-Qur'an, sebagaimana dijelaskan oleh Syeik Muhammad Abdul Adzim Al-Zarqani di dalam kitabnyaManahil Al-'urfan fi Ulumi Al-Qur'an,diantaranya:1.Firman Allah SWT dalam Al-Qur'an Surah Al-Baqarah ayat 115 di bawah ini: ...

"Dan kepunyaan Allah-lah timur dan barat, maka ke mana pun kamu menghadap di situlah wajah Allah.Sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmat-Nya) lagi Maha Mengetahui. "(QS.Al-Baqarah: 115).ayat ini menurutnya (Jalaluddin As-Suyuti)mansukh,dinasakholeh firman Allah: ...

"...Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram.Dan di mana sahaja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya ... "surah.Al-Baqarah: ayat 144).Ayat pertama diatas menjelaskan kebolehan menghadap ke arah mana saja dalam solat, dengan alasan bahawa milik Allah lah semua alam ini dan tidak ada perintah menghadap ke arah tertentu.Dan ayat kedua turun menjelaskan larangan menghadap selain ke baitullah Masjidil Haram dalam solat di mana-mana kita berada, maka ayat yang pertamamansukholeh ayat yang kedua.Ada juga yang berpendapat bahawa ayat yang pertama tersebut tidak dinasakh, sebab ia berkenaan dengan solat sunnah saat dalam perjalanan yang dilakukan di atas kenderaan, juga dalam keadaan takut dan kecemasan.Dengan demikian hukum ini tetap berlaku, sedangkan ayat yang kedua berkenaan dengan solat fardhu lima waktu.Dan yang benar adalah ayat yang kedua inimenasakhperintah menghadap ke Baitul Maqdis yang ditetapkan di dalam Sunnah.

2.Firman Allah: ..."Diwajibkan atas kamu, apabila seorang di antara kamu kedatangan (tanda-tanda) maut, jika ia meninggalkan harta yang banyak, berwasiat untuk ibu-bapak dan karib kerabatnya secara ma'ruf. "(QS.Al-Baqarah: 180).Dikatakan bahawa ayat inimansukholeh ayat tentang kewarisan, dan oleh hadis berikut:"Sesungguhnya Allah telah memberikan kepada setiap orang yang mempunyai hak akan haknya, maka tidak ada wasiat bagi orang waris."(HR. Abu Daud).

3.Firman Allah

"Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (yaitu): memberi makan seorang miskin.Barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya.Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. "(QS.Al-Baqarah: 180).Ayat ini dinasakholeh ayat:

"Maka barang siapa yang menyaksikan bulan Ramadhan, hendaklah ia berpuasa ..."(Surah.Al-Baqarah:ayat 180).Hal ini berdasarkan keterangan dalamAs-Sahihaini, berasal dari Salamah bin Al-Akwa ', "ketika turun ayat ini, maka orang yang ingin tidak berpuasa ia membayar fidyah, sehingga turunlah ayat setelahnya yangmenasakhnya. "Ibnu Abbas berpendapat, ayat yang pertama adalahmuhkamtidakmansukh.Al-Bukhari meriwayatkan dari 'Atho', bahawa ia mendengar Ibnu Abbas membaca ayat;

"Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (yaitu): memberi makan seorang miskin. "Ibnu Abbas berkata, ayat ini tidak dimansukh(hukumnya, meski bacaannya dihapuskan), tetapi tetap berlaku bagi mereka yang telah lanjut usia yang tidak sanggup lagi berpuasa.Mereka boleh tidak berpuasa dengan memberikan makanan kepada seorang miskin pada setiap harinya.Dengan demikian, maka makna "yuthiqunahu"dalam ayat itu bukan bermakna sanggup menjalankan.Tetapi maknanya ialah "mereka sanggup berjalan namun dengan sangat susah payah dan memaksakan diri."4.Firman Allahpada surah Al-Baqarah ayat 183: "Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu ... "tasybih ini dilakukan oleh orang-orang sebelum Islam (ahli kitab), yang mana mereka diharamkan berhubungan suami isteri, dan makan pada malam puasa.Hukum ayat ini dinasakhdengan firman Allah SWT:

"Dihalalkan bagi kamu pada malam hari bulan puasa bercampur dengan isteri-isteri kamu "(QS. Al-Baqarah: 187).

5.Firman Allah: "Mereka bertanya kepadamu tentang berperang pada bulan Haram Katakanlah: Berperang dalam bulan itu adalah dosa besar ... "(QS. Al-Baqarah: 217).Ayat ini dinasakholeh ayat: "Dan perangilah orang musyrikin itu semuanya, sebagaimana mereka memerangi kamu semuanya."(QS. At-Taubah 36).Ada yang berpendapat, keumuman perintah berperang dalam ayat ini harus diertikan sebagai perintah berperang di luar bulan-bulan haram, kerana itu dikatakan tidak adanasakh.

3.0 PANDANGAN ULAMA SALAF DAN ULAMA; KHALAF DALAM PERBAHASAN AYAT MUHKAM DAN MUTASYABIHAT.

3.1 Pengertian Muhkam dan Mutasyabih

Muhkam secara bahasa berasal dari kata hakama. Kata hukm bererti memutuskan antara dua hal atau lebih perkara, maka hakim adalah orang yang mencegah yang zalim dan memisahkan dua pihak yang sedang bertikai. Sedangkan muhkam adalah sesuatu yang dikukuhkan, jelas, fasih dan membezakan antara yang hak dan batil.

Mutasyabih secara bahasa berasal dari kata syabaha, yakni bila salah satu dari dua hal serupa dengan yang lain. Syubhah ialah keadaan di mana satu dari dua hal itu tidak dapat dibedakan dari yang lain karena adanya kemiripan di antara keduanya secara konkrit atau abstrak.

Pada pengertian dari segi istilah pula,banyak sekali pendapat para ulama tentang pengertian muhkam dan mutasyabih, salah satunya al-Zarqani. Di antara definisi yang diberikan Zarqani adalah sebagai berikut:

1). Muhkam ialah ayat-ayat yang jelas maksudnya lagi nyata yang tidak mengandungi kemungkinan nasakh. Mutasyabih ialah ayat yang tersembunyi (maknanya), tidak diketahui maknanya baik secara aqli maupun naqli, dan inilah ayat-ayat yang hanya Allah mengetahuinya, seperti datangnya hari kiamat, huruf-huruf yang terputus-putus di awal surat (fawatih al-suwar). Pendapat ini ditujukan al-Lusi kepada pemimpin-pemimpin mazhab Hanafi. 2). Muhkam ialah ayat-ayat yang diketahui maksudnya, baik secara nyata maupun melalui takwil. Mutasyabih ialah ayat-ayat yang hanya Allah yang mengetahui maksudnya, seperti datang hari kiamat, keluarnya dajjal, huruf-huruf yang terputus-putus di awal-awal surat (fawatih al-suwar) pendapat ini dibangsakan kepada ahli sunah sebagai pendapat yang terpilih di kalangan mereka.

3). Muhkam ialah ayat-ayat yang tidak mengandungi kecuali satu kemungkinan makna takwil. Mutasyabih ialah ayat-ayat yang mengandungi banyak kemungkinan makna takwil. Pendapat ini ditujukankan kepada Ibnu Abbas dan kebanyakan ahli ushul fikih mengikutinya.

4). Muhkam ialah ayat yang berdiri sendiri dan tidak memerlukan keterangan. Mutasyabih ialah ayat yang tidak berdiri sendiri, tetapi memerlukan keterangan tertentu dan yang lain diterangkan dengan ayat atau keterangan yang lain pula karena terjadinya perbezaan dalam menakwilnya. Pendapat ini diceritakan dari Imam Ahmad. r.a.

5). Muhkam ialah ayat yang saksama susunan dan urutannya yang membawa kepada kebangkitan makna yang tepat tanpa pertentangan. Mutasyabih ialah ayat yang makna seharusnya tidak terjangkau dari segi bahasa kecuali bila ada bersamanya indikasi atau melalui konteksnya. Lafaz musytarak masuk ke dalam mutasyabih menurut pengertian ini. Pendapat ini adalah dari Imam Al-Haramain.

Subhi ash-Shalih merangkum pendapat ulama dan menyimpulkan bahwa muhkam adalah ayat-ayat yang bermakna jelas. Sedangkan mutasyabih adalah ayat yang maknanya tidak jelas, dan untuk memastikan pengertiannya tidak ditemukan dalil yang kuat.

3.2 PERBAHASAN AYAT MUHKAM DAN MUTASYABIHAT (ULAMA SALAF DAN ULAMA KHALAF)

Dalam Al-Quran sering kita temui ayat-ayat mutasyabihat yang menjelaskan tentang sifat-sifat Allah. Contohnya Surah ar-Rahman [55]: 27:

ertinya: Dan kekallah wajah Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dankemuliaan.

Atau dalam Q.S. Taha [20]: 5 Allah berfirman :

ertinya: (iaitu) Tuhan yang Maha Pemurah. yang bersemayam di atas 'Arsy. Dalam hal ini, Subhi al-Shalih membedakan pendapat ulama ke dalam dua mazhab.

a.) Mazhab Salaf, iaitu orang-orang yang mempercayai dan mengimani sifat-sifat mutasyabih itu dan menyerahkan hakikatnya kepada Allah sendiri. Mereka mensucikan Allah dari pengertian-pengertian lahir yang mustahil ini bagi Allah dan mengimaninya sebagaimana yang diterangkan Al-Quran serta menyerahkan urusan mengetahui hakikatnya kepada Allah sendiri. Karena mereka menyerahkan urusan mengetahui hakikat maksud ayat-ayat ini kepada Allah, mereka disebut pula mazhab Mufawwidah atau Tafwid. Ketika Imam Malik ditanya tentang makna istiwa`, dia berkatayang bermaksud:-

ertinya: Istiwa` itu maklum, caranya tidak diketahui (majhul),mempertanyakannya bidah (mengada-ada), saya duga engkau ini orang jahat. Keluarkan olehmu orang ini dari majlis saya.

Maksudnya, makna lahir dari kata istiwa jelas diketahui oleh setiap orang. akan tetapi, pengertian yang demikian secara pasti bukan dimaksudkan oleh ayat. sebab, pengertian yang demikian membawa kepada asyabih (penyerupaan Tuhan dengan sesuatu) yang mustahil bagi Allah. kerana itu, bagaimana cara istiwa di sini Allah tidak di ketahui. selanjutnya, mempertanyakannya untuk mengetahui maksud yang sebenarnya menurut syariat dipandang bidah (mengada-ada).

Kesahihan mazhab ini juga di kuatkan oleh riwayat tentang qiraat Ibnu Abbas.

ertinya: Dan tidak mengetahui takwilnya kecuali Allah dan berkata orang-orangyang mendalam ilmunya, kami mempercayai. (dikeluarkan oleh Abd. al-Razzaq dalam tafsirnya dari al-Hakim dalam mustadraknya).

b.) Mazhab Khalaf, iaitu ulama yang mentakkwilkan lafaz yang makna lahirnya mustahil kepada makna yang lain dengan zat Allah, kerana itu mereka disebut pula Muawwilah atau Mazhab Takwil. Mereka memaknai istiwa` dengan ketinggian yang abstrak, berupa pengendalian Allah terhadap alam ini tanpa merasa kepayahan. Kedatangan Allah diertikan dengan kedatangan perintahnya, Allah berada di atas hamba-Nya dengan Allah Maha Tinggi, bukan berada di suatu tempat, sisi Allah dengan hak Allah, wajah dengan zat mata dengan pengawasan, tangan dengan kekuasaan, dan diri dengan siksa. Demikian sistem penafsiran ayat-ayat mutasyabihat yang ditempuh oleh ulama Khalaf. Alasan mereka berani menafsirkan ayat-ayat mutasyabihat, menurut mereka, suatu hal yang harus dilakukan adalah memalingkan lafaz dari keadaan kehampaan yang mengakibatkan kebingungan manusia karena membiarkan lafaz terlantar tiada bermakna. Selama mungkin mentakwil kalam Allah dengan makna yang benar, maka mengharuskan untuk melakukannya.Kelompok ini, selain didukung oleh perbahasan aqli (akal), mereka juga mengemukakan dalil naqli berupa atas sahabat, salah satunya adalah hadis riwayat Ibnu al-Mundzir yang bermaksud:-

:( ) : )( (

ertinya: Dari Ibnu Abbas tentang firman Allah: : Dan tidak mengetahui takwilnya kecuali Allah dan orang-orang yang mendalam ilmunya. Berkata Ibnu Abbas:saya adalah di antara orang yang mengetahui takwilnya.(H.R. Ibnu al-Mundzir)

Pendapat mazhab khalaf lebih disenangiKerana pendapat mazhab khalaf lebih dapat memenuhi tuntutan keinginan intelektual yang semakin hari semakin berkembang, dengan syarat pentakwilan harus di lakukan oleh orang-orang yang benar-benar tahu isi Al-Quran, atau dalam bahasa Al-Quran adalah ar-rasikhuna fil ilmi dan dikuatkan oleh doa nabi kepada Ibnu Abbas. Dengan ini, para ulama menyebutkan bahwa mazhab salaf dikatakan lebih aman kerana tidak dikhawatirkan jatuh ke dalam penafsiran dan penakwilan yang menurut Tuhan salah. Mazhab khalaf dikatakan lebih selamat kerana dapat mempertahankan pendapatnya dengan pandangan aqli.

Untuk mengetengahkan kedua mazhab yang kontradiktif itu, Ibn ad-Daqiq al-Id mengatakan bahwa apabila pentakwilan yang dilakukan terhadap ayat-ayat mutasyabih dikenal oleh lisan Arab, pentakwilan itu tidak perlu diingkari. Jika tidak dikenal oleh lisan Arab, kita harus mengambil sikap tawaqquf (tidak membenarkan dan tidak pula menyalahkan) dan mengimani maknanya sesuai apa yang dimaksud ayat-ayat itu dalam rangka menyucikan Allah.

Al-Quran yang berisi ayat-ayat muhkamat dan ayat-ayat mutasyabihat, menjadi motivasi bagi umat.Islam untuk terus menerus menggali berbagai kandungannya sehingga mereka akan terhindar dari taklid, bersedia membaca Al-Quran dengan khusyu sambil merenung dan berfikir.

Menurut Yusuf Qardhawi, adanya muhkam dan mutasyabih sebenarnya merupakan ke-Maha bijaksanaan Allah, bahwa Al-Quran ditujukan kepada semua kalangan, kerana bagi orang yang mengetahui berbagai tabiat manusia, di antara mereka ada yang senang terhadap bentuk lahiriyah dan telah merasa cukup dengan bentuk literal suatu nash. Ada yang memberikan perhatian kepada spritualitas suatu nash, dan tidak merasa cukup dengan bentuk lahiriyahnya saja, sehingga ada orang yang menyerahkan diri kepada Allah dan ada orang yang melakukan pentakwilan, ada manusia intelek dan manusia spiritual.Kalau hikmah ini kita kaitkan dengan dunia pendidikan, setidaknya Allah telah mengajarkan ajaran muhkam dan mutasyabih kepada manusia agar kita mengakui adanya perbezaan karakter pada setiap individu, sehingga kita harus menghargainya. Kalau kita sebagai guru, sudah sepatutnya meneladani-Nya untuk kita aplikasikan dalam menyampaikan pelajaran yang dapat diterima oleh peserta didik yang berbeza-beza dalam kecerdasan dan tingkahlaku.

c). Contoh Ayat Ayat Muhkam dan Mutasyabihat

Sebagaimana telah dijelaskan dalam pengertian di atas, bahawa ayat-ayat Muhkam berisi tentang halal, haram, hudud, kewajiban janji dan ancaman. Sedangkan ayat-ayat Mutasyabih berisi tentang asma Allah dan sifat-sifatNya. Berikut terdapat beberapa contoh ayat al-Quran yang termasuk ayat muhkam dan mutasyabih.

Ahmad Syadali dan Ahmad Rofii meringkas ada 3 sebab terjadinya tasyabuh dalam Al-Quran.

a). Disebabkan oleh ketersembunyian pada lafaz Contoh: surahAbasa ayat 31:

ertinya: Dan buah-buahan serta rumput-rumput. Lafaz di sini mutasyabih karena ganjilnya dan jarangnya digunakan. kata diertikan rumput-rumputan berdasarkan pemahaman dari ayat berikutnya :

surah. Abasa ayat 32 :-

ertinya: Untuk kesenanganmu dan untuk binatang-binatang ternakmu.

Ar-Raghib al-Asfhani membagi mutasyabihat dari segi lafaz menjadi dua, iaitu mufrad dan murakkab. Mutasyabih lafaz mufrad adalah tinjauan dari segi kegaribannya, seperti kata yaziffun, al-abu; Isytirak, seperti kata al-yadu, al-yamin.

b.) Disebabkan oleh ketersembunyian pada makna

Terdapat pada ayat-ayat mutasyabihat tentang sifat-sifat Allah swt. dan berita gaib.Contoh: Q.S. al-Fath} [48]: 10.

. Artinya: ...tangan Allah di atas tangan mereka....

Disebabkan oleh ketersembunyian pada makna dan lafal.

Dalam Al-Quran, memang disebutkan kata-kata muhkam dan mutasyabih.Pertama, lafaz muhkam , terdapat dalam Q.S. Hud [11]: 1

ertinya: Sebuah Kitab yang disempurnakan (dijelaskan) ayat-ayatnya....

Kedua, lafaz mutasyabih terdapat dalam Q.S. Zumar [39]: 23

.. ..... ....ertinya : (iaitu) Al-Quran yang serupa (mutasyabih) lagi berulang-ulang....

Ketiga, lafaz muhkam dan mutasyabih sama-sama disebutkan dalam Al-Quran. Hal ini terdapat pada Q.S. Ali Imran [3]: 7: Ertinya:-Dialah yang telah menurunkan Al-Quran kepadamu, diantaranya ada ayat-ayat muhkamat yang merupakan induk dan lainnya mutasyabihat. Adapun orang-orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan, maka mereka mengikuti ayat-ayat yang mutasyabihat untuk menimbulkan fitnah dan mencari-cari tawilnya padahal tidak ada yang mengetahui takwilnya kecuali Allah. Dan orang yang mendalam ilmunya berkata,Kami beriman kepada ayat-ayat yang mutasyabihat semuanya itu dari sisi Tuhan kami...

Berdasarkan tiga ayat tersebut, Ibn Habib al-Naisaburi menceritakan adanya tiga pendapat tentang masalah ini. Pertama berpendapat bahwa Al-Quran seluruhnya muhkam berdasarkan ayat pertama. Kedua berpendapat bahwa Al-Quran seluruhnya mutasyabih berdasarkan ayat kedua. Ketiga berpendapat bahwa sebagian ayat Al-Quran muhkam dan lainnya mutasyabih berdasarkan ayat ketiga. Inilah pendapat yang sahih. Ayat pertama, dimaksudkan dengan muhkam-nya Al-Quran adalah kesempurnaan dan tidak adanya pertentangan antara ayat-ayatnya. Maksud mutasybih dalam ayat kedua adalah menjelaskan segi kesamaan ayat-ayat Al-Quran dalam kebenaran, kebaikan dan kemukjizatannya .

c). Ayat-ayat mutasyabihat yang maksudnya dapat diketahui oleh para ulama tertentu dan bukan semua ulama.Inilah yang diisyaratkan Nabi dengan doanya bagi Ibnu Abbas:

ertinya: Ya Tuhanku, jadikanlah dia seorang yang faham dalam Agama, dan ajarkanlah kepadanya takwil.

Kesimpulan Ayat-ayat muhkam dan mutasyabih adalah dua hal yang saling melengkapi dalam Al-Quran. Muhkam sebagai ayat yang tersurat merupakan bukti bahwa Al-Quran berfungsi sebagai bayan (penjelas) dan hudan (petunjuk). Mutasyabih sebagai ayat yang tersirat merupakan bukti bahwa Al-Quran berfungsi sebagai mukjizat dan kitab sastra terbesar sepanjang sejarah manusia yang tidak akan habis-habisnya untuk dikaji dan di teliti. Muhkam berisi tentang halal, haram, hudud, kewajiban janji dan ancaman. Sedangkan ayat-ayat Mutasyabih berisi tentang asma Allah dan sifat-sifatNya. Hikmah disebalik ayat-ayat yang terdapat yang terdapat dalam al-Quran jika kita kaitkan dengan dunia pendidikan, setidaknya Allah telah mengajarkan ajaran muhkam dan mutasyabih kepada manusia agar kita mengakui adanya perbezaan tingkahlaku pada setiap individu, sehingga kita harus menghargainya. Kalau kita sebagai guru, sudah sepatutnya meneladani-Nya untuk kita aplikasikan dalam menyampaikan pelajaran yang dapat diterima oleh murid-murid kita yang berbeza-beza dalam kecerdasan dan tingkahlaku.

3) JENIS-JENIS HADITH NABAWI Biasa juga dikenali sebagai al-Sunnah. Merupakan sebagai ucapan, perbuatan , pengakuan, akhlak dan sifat-sifat kejadian Rasulullah saw. yang diriwayatkan. Sumber yang terpenting selepas Al-Quran dalam pegangan dan kepercayaan Islam.Telah diterima sejak lebih seribu tahun yang lalu secara menyeluruh iaitu semenjak kewujudan Islam itu lagi.Pada awal perkembangan Islam Al-Hadis telah diriwayatkan secara lisan/ingatan, dan selepas kira-kira 100 tahun kemudian ianya dikumpulkan dan dibukukan oleh para penyelidik Al-Hadis. Hasil daripada pengumpulan tersebut Al-Hadis terbahagi pula beberapa bahagian mengikut riwayat/periwayatnya:

(1.) Al-Hadis MutawatirAl-Hadis yang diketahui/diriwayatkan oleh beberapa bilangan orang yang sampai menyampai perkhabaran (Al-Hadis) itu, dan telah pasti dan yakin bahawa mereka yang sampai menyampai tersebut tidak bermuafakat berdusta tentangnya.

(2.) Al-Hadis MashyurAl-Hadis utama yang diriwayatkan dari berbilang periwayat Al-Hadis.iaitu sekurang-kurangnya tiga sanad (jalan kepunca Al-Hadis) atau dari tiga periwayat Al-Hadis yang berbeza.

(3.) Al-Hadis SahihAl-Hadis yang berhubung/bersambungan sanad dari permulaan hingga akhir dan periwayat-periwayat tersebut bersifat berikut:i. Adilii. Kuat Ingatannya.iii. Sejahtera dari keganjilan daniv. Sejahtera dari Kecederaan yang memburukkan.

(4.) Al-Hadis HasanAl-Hadis yang berhubung/bersambungan sanad dari permulaan hingga akhir dan periwayat-periwayat tersebut bersifat seperti Al-Hadis Sahih, tetapi mereka tidak mempunyai ingatan yang kuat.

(5.) Al-Hadis Dho'ifAl-Hadis yang tidak diketahui periwayat atau pun periwayatnya tidak bersifat seperti periwayat Hadis Sahih atau Hasan.[6.] Al-Hadis Marfuk'Al-Hadis yang diriwayatkan bersandarkan kepada keinginan Nabi saw sendiri, sama ada ucapan,perbuatan atau pun takrirnya.

(7.) Al-Hadis MauqufMerupakan kepatuhan atau perkataan sahabat sendiri yang diriwayatkan kepada kita.

(8.) Al-Hadis MursalMerupakan perkataan yang diucapkan oleh tabi'ie (mereka yang tidak pernah bertemu Nabi saw) secara lansung atau terus kepada Nabi saw dengan tidak melalui perantaraan sahabat.

(9). Al-Hadis MuttasilAl-Hadis yang berhubung/bersambung sanadnya dan setiap mereka yang meriwayatkannya mendengar terus dari orang yang meriwayatkan kepadanya sehingga sampai kepada Nabi saw atau kepada para sahabat.

(10.) Al-Hadis MahfuzAl-Hadis yang terpelihara, iaitu mereka yang meriwayatkan Al-Hadis tersebut, adalah mereka mempunyai kepercayaan yang tidak bertentangan kepercayaan dengan kepercayaan terhadap gulungan lainnya (tidak ada kepentingan peribadi).

(11). Al-Hadis JaiyidAl-Hadis yang dikatakan baik dan Sahih oleh ahli atau para penyelidik Al-Hadis.

(12.] Al-Hadis Mujawwad dan TsabitMerupakan nama lain bagi Al-Hadis Sahih dan Hasan.

(13.) Al-Hadis Maudhuk'Al-Hadis yang diriwayatkan oleh mereka dengan mendustakannya dari Nabi saw pada halnya nyata tidak. Juga dikenali sebagai Al-Hadis Palsu.(Diriwayatkan berdasar kepentingan tertentu).

Dari segi sampai tidaknya kepada Nabi, Hadis dibagi menjadi tiga:1. Hadis Marfu: iaitu hadis yang periwayatannya sampai kepada nabi2. Hadis Mauquf: iaitu hadis yang periwayatannya hanya sampai pada sahabat3. Hadis Maqtu: iaitu hadis yang periwayatannya hanya sampai pada Tabiin.

1 .0 Pembahagian dari segi sifat periwayat hadis @ dari segi diterima atau tidak diterimapakai sesuatu hadis:

1. Hadis yang diterima:

a) Hadis Sohih Hadis Sohih Lizaatih Hadis Sohih Lighairih

b). Hadis Hasan Hadis Hasan Lizaatih Hadis Hasan Lighairih

.2 . Hadis yang tidak diterimapakai-Dengan sebab berlaku keguguran pada isnad:

a) . Gugur yang jelas dan nyata: # Mu'allaq # Mursal # Mu'dhal # Munqati'

b) . Gugur yang tersembunyi # Mudallas # Mursal Khafi # Mu'an'an # Mu-annan

.3. Hadis yang tidak diterimapakai-Dengan sebab yang berpunca daripada diri periwayat

a). Maudhu'

b). Matruk

c) Munkar

d). Dhaif

e) Mu'allal

f) Munkar

g) Dhaif

4) . Hadis yang bercanggah dengan periwayat yang thiqah: # Hadis Mudrij # Hadis Maqlub # Hadis Al-Mazid Fi Muttasilil Isnad # Hadis Mudhtorib # Hadis Musohhaf dan Hadis Muharraf # Hadis Syaz

2.0 Pembahagian dari segi bilangan periwayat hadis:

2.1. Hadis Mutawaatir # Mutawaatir Lafzi # Mutawaatir Maknawi

2.2. Hadis Ahad # Masyhur # Aziz # Gharib

3.0 Pembahagian hadis dari segi kepada siapa hadis tersebut disandarkan:

3.1.Hadis Marfu': * Hadis yang terus sampai kepada Rasulullah.

3.2. Hadis Mauquf: * Hadis yang terhenti setakat para Sahabat.

3.3. Hadis Maqtu': * Hadis yang terhenti setakat para Tabi'en.

Ringkasnya,Para ulama telah bersepakat bahawa kedudukan hadis mutawatir adalah sumber hukum kedua sesudah Al-Quran. Tentang kedudukan hadis ahad, menurut Abu Hanifah (Imam Hanafi), kalau rawinya orang-orang adil, dapat dijadikan hujah hanya pada bidang amaliah, bukan pada bidang akidah dan ilmiah. Menurut Imam Malik, hadis ahad dapat digunakan untuk menetapkan hukum-hukum yang tidak dijumpai dalam Al-Quran dan harus didahulukan dari kias (tidak pasti). Sedangkan menurut Imam Syafii, hadis ahad berfungsi sebagai hujah apabila rawinya memiliki empat syarat, yakni berakal, dabit (memiliki ingatan dan hafalan yang sempurna serta mampu menyampaikan hafalan itu bila saja dikehendaki), mendengar langsung dari Nabi shallallahu alaihi wasallam, dan tidak menyalahi pendapat para ulama hadis.

REFLEKSISebaik sahaja menerima tugasan daripada pensyarah . saya ditugaskan secara individu. Kami diberi beberapa soalan iaitu berkenaan peranan nasikh dan mansukh,dalil al-qran yang berkaitan, ayat muhkam dan mutasyabihat, contoh ayat muhkam dan mutasyabihat, pandangan dan perbahasan ulama salaf dan khalaf tentang ayat muhkam dan mutasyabihat dan jenis-jenis hadith dan kami juga diminta membuat peta minda tentang pembahagian hadith-hadith nabawi.Tajuk projek ini terasa begitu mencabar dan memerlukan penelitian yang rapi.Setelah meneroka dan melayari internet terasa saya begitu kerdil dan terlalu sedikit ilmu yang saya ada.Sepanjang pencarian maklumat tentang tajuk projek , telah menyedarkan saya betapa perlunya saya untuk mempelajari ulum Al-Quran dan ulum Hadith kerana ilmu itu sangat penting untuk kehidupan sehari-hari terutama tugas sayta sebagai seorang guru. Saya mula tersedar betapa murid-murid sekarang memerlukan seorang guru yang mahir dalam pengajaran dan dapat membawa murid untuk lebih memahami pembelajaran yang di ajar.Saya sebagai seorang guru sememang wajar dan perlu memahami adanya perbezaan tingkahlaku pada setiap murid yang saya ajar. Bila kita memahami perangai dan tingkahlaku murid, kita akan mudah untuk menyampaikan ilmu dan murid juga akan mudah memahaminya. Melihat semua yang berlaku sekarang,semestinya guru perlu merubah sikap yang lebih baik untuk kebaikan murid-muridnya.InsyaAllah saya akan berusaha dan mencuba untuk merubah sikap kepada yang lebih baik dan akan cuba untuk memahami setiap kehendak dan tingkahlaku murid yang pelbagai. Ini juga memerlukan banyak kesabaran dan pengorbanan dari pihak guru. Akhirnya, dengan pertolongan dan kerjasama dari kawan-kawan seperjuangan dan guru-guru serta dari pensyarah PQE 3102 Ulum Al-Quran dan Ulum Hadith., di bawah pensyarah ustaz Norazi bin Rani dan berbekalkan maklumat yang diperolehi saya dapat menyiapkan tugasan yang diberikan. Insya Allah saya akan berusaha untuk memainkan peranan sebaik mungkin sebagai seorang guru untuk melahirkan murid-murid yang cemerlang dari segi akhlak dan akidah.

Bibliografi1. Abdul Ghani Azmi Idris,(1999), Mengenal Al-Quran dan Asas-Asas Ulumul Quran , Kuala Lumpur: Al Hidayah Publishers.2. Abdul Hamid Muhammad Tahir, Fauziah Sani, (1987)Al Hadith dan Mustolah Al-Hadith, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.3. Joni Tamkin Borhan, Che Zarina Shaari, (1994)Ulum Al-Hadith, Kuala Lumpur, Cahaya Pantai Sdn Bhd.

Sumber internet1.http://aam-ezaam.blogspot.com/2012/02/nasikh-mansukh.html2. http://linkfileex.blogspot.com/2013/07/definisi-ayat-muhkamat-dan-mutasyabihat.html 3. http://www.slideshare.net/atiekahpauzi/pengertian-hadis-dan-pembahagiannya4. http://riezkypradana.blogspot.com/2012/03/macam-macam-pembagian-hadits- nabawi-1.html5.http://pasca-pba.blogspot.com/2013/01/nasikh-dan-mansukh-dalam-studi.html

21