tugasan kumpulan krp 3013-1 sem3
TRANSCRIPT
1
SEMESTER 3 / 2013
KRP 3013: KURIKULUM DAN PENGAJARAN
TAJUK
KUMPULAN : D1
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. ID NO. TELEFON
TAN BEE BEE 810320-14-5378 012-2933527
TAN SOOK FUN 820806-14-508 016-2085377
TANG PHAIK HOON 650511-07-5608 012-2983459
TEOH CHING TEE
PPG/BC/01/00625/2012/2/KIC811029-08-5730 017-3075511
TEH SHIO WEI 810924-03-5786 012-5650013
THANABALAN SHANMUGAM 720508-08-5881 016-3634858
NAMA TUTOR E-LEARNING: EN.
PEMARKAHAN
ISI
BAHASA
KESELARASAN
FORMAT
JUMLAH
KSSR mengekalkan konsep kesepaduan dalam DokumenStandard Kandungan (DSK) dan Dokumen Standard Pembelajaran(DSP) seperti yang terdapat dalam kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah(KBSR). Bincangkan dokumen-dokumen KSSR berserta matlamat dan objektif yang perlu dicapai oleh murid.
2
TARIKH SERAH: 20.4.2013
ISI KANDUNGAN HALAMAN
1.0 Pengenalan
2.0 Tranformasi Kurikulum
2.1 Reka Bentuk Kurikulum Persekolahan
2.1.1 Tunjang Komunikasi
2.1.2 Tunjang Kerohanian, Sikap Dan Nilai
2.1.3 Tunjang Kemanusiaan
2.1.4 Tunjang Ketrampilan Diri
2.1.5 Tunjang Fizikal Dan Estetika
2.1.6 Tunjang Literasi Sains Dan Teknologi
3.0 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
3.1 Matlamat KSSR
3.2 Hasrat KSSR
3.3 Matlamat dan Objektif bagi mata pelajaran yang berikut:
3.3.1 Bahasa Melayu
3.3.2 Matematik
3.3.3 Dunia Sains dan Teknologi
3.3.4 Pendidikan Jasmani
3.3.5 Dunia Seni Visual
3.3.6 Pendidikan Moral
3.3.7 Dunia Muzik
3.4 Prinsip KSSR
3.4.1 Pendekatan Bersepadu
3.4.2 Perkembangan Individu Secara Menyeluruh
3.4.3 Pendidikan Saksama Untuk Semua Murid
3.4.4 Pendidikan Seumur Hidup
3.5 Fokus KSSR
3.6 Organisasi Kurikulum
3.6.1 Organisasi Tahap I
3.6.2 Organisasi Tahap II
3.7 Kurikulum Berasaskan Standard
3.7.1 Standard Kandungan
3
3.7.2 Standard Pembelajaran
3.8 Elemen Merentas Kurikulum (EMK)
3.9 Pendidikan Khas
4.0 KSSR Terap 1 Malaysia
5.0 Rumusan
6.0 Rujukan
4
1.0 Pengenalan
Sistem pendidikan perlu mempunyai satu konsep organisasi yang menjadi panduan
dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan juga mengikut arus
dunia. Oleh itu, kurikulum menjadi ilmu teras dalam pendidikan sebagai panduan bagi
memastikan sistem pendidikan mudah dilaksanakan. Pembentukan kurikulum perlu
dirancang dalam masa yang singkat sebaliknya kurikulum dirancang dengan teliti serta
berpandukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Akta Pendidikan dan Dasar
Pendidikan Kebangsaan.
"…Suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan
kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai,
unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan
sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan
mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan." 1
Pembentukan kurikulum pendidikan sesebuah negara perlu berasaskan keadaan
semasa sosial, ekonomi, politik, masyarakat, budaya dan bangsa. Dengan itu, bidang
kurikulum merangkumi banyak ilmu seperti pengurusan, ekonomi, sains, kejuruteraan,
psikologi dan sosiologi.Ini bertujuan untuk memenuhi keperluan dalam sistem
masyarakat supaya ilmu dapat dimanipulasikan secara berterusan bermula dari tahap
permulaan iaitu kanak-kanak di sekolah rendah.Pendidikan dalam kalangan kanak-
kanak sekolah rendah adalah untuk memberi kesedaran sendiri, perhubungan sesama
serta masyarakat sekeliling, kecekapan dalam urusan ekonomi dan semangat patriotik
yang tinggi.Masyarakat umum telah mengenali istilah kurikulum apabila Kementerian
Pendidikan memperkenalkan KBSR dan KBSM pada tahun 1982. Namun, ramai yang
beranggapan kurikulum itu adalah sukatan pelajaran.Ishak, (2005) menjelaskan bahawa
kandungan kurikulum terdapat pelbagai sukatan pelajaran bagi setiap mata pelajaran
yang akan diajar. Oleh itu, guru merupakan pemangkin perubahan untuk menyampaikan
kurikulum kepada para pelajar di sekolah.Ianya adalah penting bagi seseorang guru
tahu dengan lebih terperinci tentang segala aspek kurikulum yang digunapakai dalam
sistem pendidikan di negara kita.
1 Akta Pendidikan (1996), Peraturan-Peraturan (Kurikulum Kebangsaan)Pendidikan, 1997
5
2.0 Transformasi Kurikulum
Transformasi Kurikulum Kebangsaan bermula daripada keputusan Mesyuarat Susulan
Jemaah Menteri Bil.6/2008 yang dipengerusikan oleh Y.B. Menteri Pelajaran pada 23
Mei 2008. Satu usaha mempertingkatkan kualiti sistem pendidikan negara terutamanya
di peringkat sekolah rendah perlu dilaksanakan supaya kurikulum persekolahan
memenuhi keperluan semasa dan masa depan. Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) telah melaksanakan satu kajian dan mendapati wujudnya keperluan
untuk melakukan transformasi kurikulum sekolah rendah.
Transformasi kurikulum sekolah rendah merupakan penyusunan semula dan
penambahbaikan kurikulum persekolahan rendah sedia ada. Tujuan transformasi adalah
untuk memastikan murid dibekalkan dengan ‘multitask’ yang relevan dengan keperluan
semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Fokus transformasi kurikulum
persekolahan rendah adalah kepada kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M),
sebaliknya mengambil kira kemahiran penaakulan, kreativiti dan inovasi, Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK) serta elemen keusahawanan.
Dalam proses transformasi kurikulum persekolahan rendah, KPM telah
melakukan ‘benchmark’ dengan kurikulum persekolahan negara maju bagi memastikan
kurikulum persekolahan kebangsaan yang dibangunkan setanding dengan pendidikan
global. Di samping itu, KPM turut mendapatkan maklumat semasa daripada pelbagai
pihak seperti Pertubuhan Bukan Kerajaan, industri, akademik dan ibu bapa.
Berdasarkan kepada input-input tersebut maka konsep kurikulum persekolahan rendah
berasaskan standard dipertingkatkan .
Lanjutan daripada itu, konsep kurikulum persekolahan rendah mendapat
kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat Bil.3/2009 pada 2 Oktober 2009.
KPM membangunkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) berasaskan prinsip-
prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan berlandaskan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Kurikulum yang dibangunkan turut melibatkan kurikulum
Pendidikan Khas. Bagi memastikan kurikulum tersebut mantap, pelaksanaan ini telah
dilakukan di sekolah rendah terpilih di seluruh negara.
6
Bagi institusi sekolah, perubahan ini perlu dikaji dan berasaskan sistem
pendidikan dunia yang sentiasa berubah, memerlukan sekolah turut berubah untuk
mengikut arus global. Oleh yang demikian, untuk mengekalkan keberkesanan dan
prestasi yang lebih optimum, sekolah perlu berubah kerana struktur kurikulum sedia ada
(KBSR) agak ketinggalan zaman, untuk menghasilkan insan cemerlang yang
berpengetahuan luas, sesuai dengan warga negara masa depan, mengikut panduan
yang diterapkan oleh FPK. Transformasi pendidikan ini juga diharapkan akan berupaya
mewujudkan suasana perpaduan yang harmoni dalam kalangan masyarakat berbilang
kaum di negara ini.
Sehubungan dengan itu, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah
digubal berpandukan keperluan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 -
2010 yang dicetuskan oleh mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad
Badawi. Dasar membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan
kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni seperti yang digariskan dalam Teras 2
PIPP. Matlamat utama dasar ini ialah memastikan anak bangsa Malaysia dipupuk
semangat menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi serta menerapkan
nilai- nilai murni. Dasar ini akhirnya direalisasikan dalam Kurikulum Standard Sekolah
Rendah seperti yang diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri
Pelajaran.
Buat peringkat permulaan, sebanyak 500 buah sekolah telah menjalani uji rintis
mulai 31 Mac 2009 sehingga akhir Jun 2009. Sebanyak 50 buah sekolah akan menjalani
uji rintis semua mata pelajaran manakala sekolah selebihnya akan menjalani uji rintis
dalam mata pelajaran terpilih. Bermula tahun 2011, semua sekolah akan menggunakan
satu kurikulum baru yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
Kurikulum ini akan dijalankan secara berperingkat di seluruh Malaysia bermula tahun 1
2011.2 Kurikulum ini berobjektifkan dengan perkembangan dan permintaan semasa
yang menuntut modal insan yang lebih berkualiti sejajar dengan zaman yang serba maju
dan canggih kini.
2.1 Reka Bentuk Kurikulum Persekolahan
2 Pusat Perkembangan Kurikulum, (2010).
7
Reka bentuk kurikulum transformasi dapat dilihat dalam enam tunjang yang
membawa kepada perkembangan individu secara seimbang dengan pemikiran
kreatif dan kritis serta mempunyai pemikiran inovasi yang tinggi.3 Setiap tunjang ini
mempunyai penegasan dan fokus tersendiri iaitu kategori bidang ilmu yang relevan
dengan keperluan setiap tunjang.
2.1.1 Tunjang Komunikasi
Dalam tunjang yang pertama iaitu Tunjang Komunikasi memberi penekanan kepada
proses menggabungjalinkan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi. Interaksi yang
dimaksudkan sama ada berlaku dalam bentuk verbal dan juga non-verbal dalam bahasa
pengantara yang digunakan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di
bilik darjah. Melalui tunjang komunikasi, murid didedahkan dengan kemahiran
berbahasa seperti mendengar, bertutur, membaca dan menulis selain nilai tambah
kemahiran menaakul. Murid dituntut menguasai kemahiran-kemahiran di bawah bidang
pembelajaran dalam tunjang komunikasi kerana ia memberi kesan kepada proses
pemerolehan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam tunjang-tunjang yang lain.
2.1.2 Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai
Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai iaitu tunjang yang kedua pula menekankan aspek
kerohanian, sikap dan nilai perlu dibangunkan dengan berkesan supaya insan yang
dihasilkan melalui sistem pendidikan negara memahami, menghayati dan seterusnya
mengamal nilai dan norma kemasyarakatan yang mencerminkan keperibadian yang
menepati identiti Malaysia. Tunjang ini juga memberi penekanan kepada bidang
pembelajaran yang fokus kepada pengamalan ilmu agama dan kepercayaan, sikap dan
nilai. Maka, bidang ilmu yang relevan dengan perkara tersebut seperti Pendidikan Islam
dan Pendidikan Moral menjadi teras kepada ini.
2.1.3 Tunjang Kemanusiaan
Tunjang ketiga iaitu Tunjang Kemanusiaan yang dibina sejajar dengan keperluan
Pendidikan di Malaysia yang bertanggungjawab menyediakan individu yang bukan
hanya memahami, malah menghayati dan mengamalkan ilmu pengetahuan, kemahiran
dan nilai berkaitan kemasyarakatan & alam sekitar setempat, negara & global.
3 Sumber; Pusat Perkembangan Kurikulum, (2010)
8
Kesedaran tentang perkara ini akan mendorong kepada pengupayaan konsep
pembangunan berterusan(sustainable development ) dan pembangunan sumber tenaga
berterusan (sustainable and renewal energy). Selain itu, tunjang ini juga memberi
penekanan kepada penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan. Dalam
masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, budaya dan agama, agenda perpaduan
perlu dijadikan agenda utama yang menjadi teras kepada usaha pembangunan negara.
Di samping itu, semangat patriotisme perlu ditanam dalam diri individu bermula dari
peringkat awal persekolahan lagi. Oleh yang demikian,Tunjang Kemanusiaan memberi
ruang untuk perkembangan dan pembangunan ilmu, kemahiran dan nilai yang ada
perkaitannya dengan bidang ilmu Sains Sosial seperti Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan, Sejarah, Geografi dan unsur-unsur Pendidikan Alam Sekitar.
2.1.4 Tunjang Ketrampilan Diri
Seterusnya, Tunjang Ketrampilan Diri yang menjurus kepada salah satu agenda
pembangunan modal insan iaitu pembentukan individu yang mempunyai keperibadian
berketrampilan (Towering Personality). Individu tersebut mempamerkan ciri-ciri seperti
mempunyai jati diri yang kukuh, berdaya saing, berilmu pengetahuan, berintegriti,
patriotik, rasional dalam tindakan dan mengamalkan nilai murni dalam kehidupan
hariannya. Ciri-ciri ini tidak mampu dijelmakan dan dinilai melalui pentaksiran bertulis.
Namun, pengamalan dan penghayatan nilai dan ciri tersebut mampu ditonjolkan melalui
penglibatan dalam aktiviti (kurikulum) dan kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan di
peringkat sekolah, daerah mahupun kebangsaan. Tunjang Ketrampilan Diri memberi
tumpuan kepada pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kokurikulum.
Penglibatan dalam aktiviti sedemikian memberi ruang dan peluang kepada individu
murid untuk menyepadukan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik
darjah dan mengamalkannya dalam penglibatan kegiatan kokurikulum di luar sekolah.
Penglibatan dalam kegiatan kokurikulum memberi peluang kepada murid
memperkembangkan potensi diri sebagai pemimpin kepada diri, keluarga, masyarakat
dan negara.
2.1.5 Tunjang Fizikal dan Estetika
9
Tunjang Fizikal dan Estetika pula merupakan tunjang yang mendukung hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu untuk melahirkan insan seimbang dari segi jasmani,
rohani, emosi dan inteleknya. Kesihatan jasmani murid menjamin pembangunan potensi
murid dalam domain yang lain. Perkembangan jasmani dan kesihatan murid harus selari
dengan keperluan fizikal dan peringkat umur dan tahap kematangan murid. Bidang
pembelajaran yang berkaitan ilmu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan merupakan teras
ilmu dalam menterjemahkan hasrat tunjang ini. Selain aspek fizikal, potensi estetika
murid juga perlu diberi penekanan. Potensi estetika merujuk kepada pemupukan
kreativiti, bakat dan apresiasi yang dapat digunakan dalam melahirkan ekspresi diri.
Kreativiti, bakat dan apresiasi dapat dipupuk melalui amalan dan latihan dalam bidang
ilmu kesenian terutamanya pendidikan seni visual dan muzik.
2.1.6 Tunjang Literasi Sains dan Teknologi
Sejajar dengan perkembangan komunikasi teknologi maklumat, Tunjang terakhir ialah
reka bentuk Tunjang Literasi Sains dan Teknologi adalah bertujuan untuk memenuhi
keperluan menghadapi impak cabaran abad ke-21 menuntut supaya modal insan yang
dibangunkan perlu dilengkapi dengan ilmu, kemahiran dan nilai berteraskan sains dan
teknologi. Di peringkat asas, murid perlu menguasai pengetahuan, kemahiran dan sikap
saintifik berkaitan numerasi, proses sains, kemahiran menganalisis di samping
kemahiran ICT. Murid perlu memahami konsep nombor dan kemahiran asas mengira.
Penguasaan kedua-dua aspek ini dapat membantu murid mengendalikan urusan harian
secara berkesan dan penuh tanggungjawab. Pengetahuan dan kemahiran asas sains
menjadikan murid celik sains dan menyediakan mereka dengan peluang untuk
menguasai kemahiran proses sains melalui kegiatan penyiasatan saintifik yang boleh
diaplikasikan dalam pelbagai situasi dan pengalaman seharian murid. Ledakan
maklumat, globalisasi dan konsep dunia tanpa sempadan menuntut murid disediakan
dengan literasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi supaya kekal relevan dengan
keperluan semasa dan masa akan datang. Capaian maklumat melalui kemudahan jalur
lebar atau infrastuktur internet tanpa wayar semakin menjadi kebiasaan dalam
kehidupan seharian. Kemudahan ini perlu digunakan secara berkesan dan optimum
supaya manfaat kemudahan transaksi maklumat (transfer of information) ini dapat
dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua.
3.0Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
10
KURIKULUM Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan sebagai usaha
menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid
dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai relevan untuk memenuhi
keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke-21. Pelaksanaan KSSR
menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) bermula sesi persekolahan
Januari lalu bertujuan meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran bahasa
Inggeris.
3.1 Matlamat KSSR
Matlamat pendidikan sekolah adalah untuk memastikan perkembangan potensi murid
secara menyuruh, seimbang, dan bersepadu sebagai mana yang ternyata dalam
FPK.Perkembangan potensi ini meliputi aspek-aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek
bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis, dan berakhlak mulia. Untuk mencapai
matlamat ini, satu bentuk pendidikan yang bersifat holistik perlu diperkasa untuk
memenuhi tuntutan pendidikan serta menangani cabaran kehidupan masa kini dan
masa depan. KBSR terus mengalami perubahan dan mulai tahun 2011 Kurikulum
Standard Sekolah Rendah(KSSR) dilaksanakan ke atas murid tahun 1.
3.2 Hasrat KSSR
Kurikulum Standard Sekolah Rendah berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang,
berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi, sains dan
teknologi, perkembangan fizikal dan estetika, keterampilan diri, kemanusiaan dan
kerohanian, sikap dan nilai
Kurikulum Standard Sekolah Rendah berteraskan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. KSSR mengambil kira cabaran abad
ke-21, Model Baru Ekonomi (MBE) dan teori pembelajaran terkini. KSSR juga
mengguna pakai empat tonggak pendidikan UNESCO, iaitu belajar untuk mengetahui
(learning to know), belajar untuk bertindak (learning to do), belajar untuk hidup bersama
(learning to live together) dan belajar untuk membentuk peribadi (learning to be).
11
Murid yang mengikuti KSSR akan mempunyai asas-asas berikut:
- Insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial
- Warganegara yang bertanggungjawab
- Warganegara yang boleh berperanan di arena global (Global Player)
- Pekerja berilmu
3.3 Matlamat dan Objektif bagi mata pelajaran yang berikut:
3.3.1 Bahasa Melayu
MATLAMAT
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah digubal untuk membolehkan
murid berketerampilan dalam berbahasa dan boleh berkomunikasi untuk memenuhi
keperluan diri, memperoleh pengetahuan, ilmu, kemahiran, maklumat, nilai dan idea
serta hubungan sosial dalam kehidupan harian.
OBJEKTIF
Murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Standard Kurikulum Bahasa
Malaysia Sekolah Rendah berkeupayaan untuk:
, frasa dan ayat dengan betul;
i. menulis imlak dengan tepat. mendengar, mengecam, mengajuk dan menentukan
arah bunyi persekitaran dengan teliti dan betul;
ii. mendengar, memahami, dan menyebut bunyi bahasa iaitu abjad, perkataan,
frasa dan ayat dengan betul;
iii. mendengar, memahami dan memberikan respons berdasarkan arahan, pesanan
dan pertanyaan dengan betul;
iv. bertutur dan berbual serta menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara
dalam situasi formal dan tidak formal dengan betul secara bertatasusila;
12
v. bercerita sesuatu perkara dan menceritakan semula perkara yang didengar
menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul;
vi. berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara daripada
pelbagai sumber dengan tepat secara bertatasusila;
vii. berbincang dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu perkara daripada
pelbagai sumber secara bertatasusila;
viii. membaca pelbagai perkataan, frasa dan ayat secara mekanis dengan sebutan
dan intonasi yang betul;
ix. membaca, memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber
dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul;
x. membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada
pelbagai bahan untuk memberi respons dengan betul;
xi. membaca dan menaakul untuk memindahkan maklumat yang terdapat dalam
pelbagai bahan.
xii. membaca pelbagai bahan bacaan bagi memperkaya kosa kata dan maklumat
untuk memupuk minat membaca;
xiii. melakukan aktiviti pramenulis dengan betul;
xiv. menulis secara mekanis dengan betul dan kemas;
xv. membina dan menulis perkataan
3.3.2 Matematik
MATLAMAT
Matlamat Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi mata pelajaran Matematik adalah
untuk membina pemahaman murid tentang konsep nombor, kemahiran asas dalam
pengiraan, memahami idea matematik yang mudah dan berketrampilan
mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik secara berkesan dan
bertanggungjawab dalam kehidupan seharian.
13
OBJEKTIF
Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi mata pelajaran Matematik membolehkan
murid:
Memahami dan mengaplikasi konsep dan kemahiran matematik dalam pelbagai
konteks.
Memperluaskan penggunaan kemahiran operasi asas tambah, tolak, darab dan
bahagi yang berkaitan dengan Nombor dan Operasi, Sukatan dan Geometri,
Perkaitan dan Statistik.
Mengenal pasti dan menggunakan perkaitan dalam idea matematik, di antara
bidang matematik dengan bidang lain dan kehidupan harian.
Berkomunikasi menggunakan idea matematik dengan jelas serta penggunaan
simbol dan istilah yang betul.
Menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik untuk diaplikasi dan
membuat penyesuaian kepada pelbagai strategi bagi menyelesaikan masalah.
Berfikir, menaakul dan membuat penerokaan secara matematik dalam kehidupan
seharian.
Menggunakan pelbagai perwakilan untuk menyampaikan idea matematik dan
perkaitannya.
Menghargai dan menghayati keindahan matematik.
Menggunakan pelbagai peralatan matematik secara efektif termasuk TMK untuk
membina kefahaman konsep dan mengaplikasi ilmu matematik.
3.3.3 Dunia Sains Dan Teknologi
MATLAMAT
Untuk menanam minat dan mengembangkan kreativiti murid melalui pengalaman dan
penyiasatan bagi menguasai ilmu sains,kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir serta
sikap saintifik dan nilai murni.
OBJEKTIF
14
Merangsang sifat ingin tahu murid dan mengembangkan minat tentang dunia di
sekeliling mereka
Menyediakan peluang untuk murid menguasai kemahiran saintifik dan kemahiran
berfikir secara kritis dan kreatif
Meningkatkan daya kreativiti murid
Memberi kefahaman tentang fakta dan konsep sains
Membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran secara krtitis,
kreatif dan analitis bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah
Menyemai sikap saintifik dan nilai murni dan seterusnya membolehkan murid
mengamalkannya.
Menyedari keperluan menjaga alam sekitar.
3.3.4 PENDIDIKAN JASMANI
MATLAMAT
Pendidikan Jasmani bertujuan membantu murid menjadi cergas malalui pembelajaran
aktiviti fizikal dan amalan kecergasan.
OBJEKTIF
Murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Kurikulum Standard Sekolah
Rendah Pendidikan Jasmani berkebolehan untuk;-
1. melakukan kemahiran asas dengan lakuan yang betul mengikut
konsep pergerakan;
2. mengembangkan kebolehan dalam pergerakan dan kemahiran
motor;
3. mengenal pasti kedudukan anggota badan yang betul semasa
melakukan pergerakan;
4. mengenal pasti aktiviti meningkatkan tahap kecergasan;
5. mengetahui kepentingan melakukan aktiviti fizikal secara berkala;
6. mempamerkan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti
fizikal;
7. melaksanakan aktiviti fizikal dalam suasana yang seronok dan
persekitaran yang selamat;
15
8. mematuhi peraturan dan mengamalkan langkah keselamatan
semasa melakukan aktiviti fizikal; dan
9. mengamalkan gaya hidup sihat untuk kesejahteraan
3.3.5 Dunia Seni Visual
MATLAMAT
Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk
melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas
seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa
kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni
dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga,
masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
OBJEKTIF
Setelah mengikuti Kurikulum Seni Visual sekolah rendah murid dapat:
1. menghargai keindahan alam cipaan Tuhan
2. melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan
menyeronokkan
3. menajamkan daya imaginasi melalui pancaindera
4. mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya
5. mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual
6. membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat, dan selamat
7. memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri, dan bertanggungjawab
8. mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air
9. melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan yang
berfaedah.
4.3.6 Pendidikan Moral
Matlamat
16
Membentuk insan berakhlak mulia,bertangungjawab dan boleh menyumbang ke arah
keharmonian dan kestabilan Negara serta masyarakat global.
Objektif
• memahami dan menghayati nilai-nilai murni masyarakat Malaysia
• meningkatkan amalan budi pekerti mulia
• menyedari dan menerima kepentingan tanggungjawab moral dan sosial bagi
mengekalkan kesejahteraan hidup dalam perhubungan diri dengan keluarga,
masyarakat, negara serta alam sekitar
Mengembangkan dan mengaplikasikan pemikiran moral, perasaan moral dan perlakuan
moral dalam membuat sesuatu pertimbangan dan keputusan yang selaras dengan nilai-
nilai murni masyarakat Malaysia
3.3.7 Dunia Muzik
MATLAMAT
Muzik sekolah rendah bermatlamat untuk membina potensi diri murid ke arah
melahirkan insan kreatif yang menghayati dan menikmati muzik secara intelektual
menerusi aktiviti muzikal.
OBJEKTIF
Kurikulum Dunia Muzik sekolah rendah bertujuan untuk membolehkan murid mencapai
standard pembelajaran berikut:
1. Mengaplikasi kemahiran muzik menerusi aktiviti nyanyian, gerakan dan
permainan alat muzik.
2. Mengaplikasi pengetahuan membaca notasi muzik dalam aktiviti muzikal.
3. Menghasilkan idea muzikal kreatif menerusi aktiviti nyanyian, gerakan dan
bermain alat muzik
4. Membaca dan menulis notasi muzik.
5. Menghargai pelbagai jenis muzik dengan menyatakan secara lisan dari aspek
17
muzikal karya muzik yang didengar.
6. Mengamalkan nilai murni menerusi aktiviti muzikal
3.4 Prinsip KSSR
Kurikulum Standard Sekolah Rendah mengekalkan kesemua prinsip KBSR. Prinsip ini
dikekalkan kerana masih sesuai dan relevan untuk melahirkan insan yang seimbang dan
holistik. Prinsip-prinsip tersebut adalah seperti berikut:
3.4.1 Pendekatan Bersepadu
Tumpuan utama diberikan kepada pendekatan bersepadu. Unsur-unsur pengetahuan,
kemahiran dan nilai digabungkan supaya wujud kesepaduan dari segi intelek, rohani,
emosi, jasmani dan sosial.
3.4.2 Perkembangan Individu Secara Menyeluruh
KSSR digubal untuk memastikan semua mata pelajaran berperanan untuk memenuhi
keperluan intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial.Setiap potensi murid dikembangkan
secara bersepadu.
3.4.3 Pendidikan Saksama Untuk Semua Murid
KSSR memberi peluang yang luas dan saksama kepada semua murid untuk
mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang menyeluruh dan seimbang.
3.4.4 Pendidikan Seumur Hidup
KSSR menyediakan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh semua murid
sebagai asas untuk menghadapi cabaran kehidupan seharian dan pendidikan sepanjang
hayat.
3.5 Fokus KSSR
18
KSSR memastikan selepas enam (6) tahun persekolahan murid mencapai standard
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang ditetapkan bagi setiap tahap. KSSR memberi
penekanan kepada 4M iaitu kemahiran membaca, menulis, mengira dan menaakul.
Kemahiran menaakul adalah keupayaan membuat pertimbangan dan penilaian dengan
menggunakan akal atau logik.
Pada Tahap I,pengajaran dan pembelajaran menekankan penguasaan asas 4M.
Penekanan diberikan untuk literasi dan numerasi bagi membolehkan murid menguasai
kemahiran tersebut. Penekanan juga diberikan kepada kemahiran nilai tambah iaitu
kreativiti dan inovasi, keusahawanan dan TMK.
Pada Tahap II, penekanan diberikan kepada pengukuhan dan aplikasi kemahiran 4M di
samping menguasai kemahiran TMK, penguasaan kemahiran yang lebih kompleks,
pemerolehan pengetahuan, dan perkembangan sahsiah.
3.6 Organisasi Kurikulum
KSSR diorganisasikan dalam bentuk modular dengan mengelompokkan mata pelajaran
dalam kumpulan tertentu yang dikenali sebagai modul. Mata pelajaran juga
diorganisasikan secara modular iaitu kandungan mata pelajaran disediakan dalam
bentuk modul yang kendiri-lengkap (self-contained). Setiap modul mengandungi
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti untuk dikuasai oleh murid.
3.6.1 Organisasi Tahap I
Pada Tahap I kurikulum diorganisasikan dalam Modul Teras Asas, Modul Teras Tema
dan Modul Elektif. Komposisi KSSR Tahap I adalah seperti jadual di bawah.
Modul Teras Asas
Modul Teras Asas merangkumi bidang pembelajaran asas yang terdiri daripada Modul
Bahasa, Modul Matematik, Modul Pendidikan Jasmani, dan Modul Pendidikan
Kesihatan. Modul-modul ini mesti dipelajari oleh semua murid.
Modul Pendidikan Islam mesti dipelajari oleh murid beragama Islam, manakala Modul
Pendidikan Moral dipelajari oleh murid bukan beragama Islam.
19
Modul Teras Tema
Modul Teras Tema menggabungkan beberapa disiplin ilmu dalam satu modul. Terdapat
dua modul Teras Tema iaitu Dunia Kesenian dan Dunia Sains dan Teknologi (DST).
Dunia Kesenian terdiri daripada Dunia Seni Visual dan Dunia Muzik. DST pula
menggabungkan disiplin Sains, Reka Bentuk Teknologi (RBT) dan Teknologi Maklumat
& Komunikasi (TMK). Modul Teras Tema mesti dipelajari oleh semua murid.
Modul Elektif
Modul elektif merupakan pilihan disiplin bahasa yang ditawarkan kepada murid seperti
Bahasa Arab, Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan, Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan,
Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun. Modul ini ditawarkan untuk membolehkan
murid berkemahiran dalam pelbagai bahasa.
Pihak sekolah perlu memilih untuk melaksanakan sekurang-kurangnya satu bahasa
dalam Modul Elektif mengikut kesediaan sekolah dalam aspek penyediaan guru,
permintaan daripada murid serta prasarana sekolah.
3.6.2 Organisasi Tahap II
Pada Tahap II, kurikulum diorganisasikan secara modular dalam Mata Pelajaran Teras
dan Mata Pelajaran Elektif. Semua kandungan mata pelajaran disediakan dalam bentuk
modul.
Modul Komunikasi
Modul Komunikasi merangkumi bidang pembelajaran asas yang terdiri daripada Modul
Bahasa Malaysia, Modul Bahasa Inggeris, Modul Bahasa Cina, dan Modul Bahasa
Tamil.
20
Modul Komunikasi Elektif
Modul Komunikasi Elektif merupakan pilihan disiplin bahasa yang ditawarkan kepada
murid seperti Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan, Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan,
Bahasa Iban, Bahasa Semai dan Bahasa Kadazandusun. Modul ini ditawarkan untuk
membolehkan murid berkemahiran dalam pelbagai bahasa.
Modul Kerohanian, Sikap Dan Nilai
Modul Kerohanian, Sikap Dan Nilai terdiri daripada Pendidikan Islam dan Pendidikan
Moral. Modul Pendidikan Islam mesti dipelajari oleh murid beragama Islam, manakala
Modul Pendidikan Moral dipelajari oleh murid bukan beragama Islam.
Modul Fizikal Dan Estetika
Modul Fizikal Dan Estetika merangkumi Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan,
Pendidikan Muzik dan Dunia Seni Visual. Modul tersebut mesti dipelajari oleh semua
murid.
Modul Sains Dan Teknologi
Modul Sains Dan Teknologi menggabungkan disiplin Matematik, Sains, Reka Bentuk
Teknologi (RBT) dan Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK). Modul Sains Dan
Teknologi mesti dipelajari oleh semua murid.
Modul Kemanusiaan
Modul Kemanusiaan Merangkumi Sejarah atau Malaysia Negaraku.
3.7 Kurikulum Berasaskan Standard
21
KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard. Pertanyaan standard terdiri daripada
standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai murid dalam satu
tahap persekolahan.
3.7.1 Standard Kandungan
Standard Kandungan ialah penyataan spesifik mengenai perkara murid patut ketahui
dan boleh lakukan dalam tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan,
kemahiran dan nilai.
3.7.2 Standard Pembelajaran
Standard Pembelajaran ialah penetapan kriteria atau petunjuk (indicator) kualiti
pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.
3.8 Elemen Merentas Kurikulum Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran selain yang ditetapkan dalam standard kandungan.
Elemen-elemen ini diterapkan bertujuan mengukuhkan kemahiran dan keterampilan
modal insan yang dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa dan masa
hadapan. Elemen merentas kurikulum yang sedia ada adalah seperti Bahasa, Sains dan
Teknologi,Pendidikan Alam Sekitar,Nilai Murni dan Patriotisme.
Elemen merentas kurikulum yang baharu, iaitu Kreativiti dan
Inovasi, Keusahawanan, serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi dikenal pasti
sebagai pelengkap kepada usaha memantapkan kualiti pelaksanaan KSSR.
Guru hendaklah memastikan kesemua elemen merentas kurikulum diterapkan
secara efektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran demi melahirkan insan yang
dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Hubungan elemen merentas kurikulum yang sedia ada dan baharu dalam
pembangunan insan yang seimbang digambarkan melalui rajah di bawah.
22
3.9 Pendidikan Khas
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas dibina selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan, berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan bersepadu,
perkembangan individu secara menyeluruh, peluang dan kualiti pendidikan yang sama
untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup. KSSR Pendidikan Khas merangkumi
kurikulum bagi murid bermasalah pendengaran, bermasalah penglihatan dan
bermasalah pembelajaran.
Murid Pendidikan Khas (Masalah Pendengaran) dan murid Pendidikan Khas (Masalah
Penglihatan) secara umumnya menggunakan kurikulum aliran perdana. Sungguh pun
begitu, terdapat beberapa pengubahsuaian dilakukan terhadap beberapa mata pelajaran
aliran berkenaan (khususnya dari segi pendekatan pengajaran dan pembelajaran)
selaras dengan keperluan khas pembelajaran. Murid Pendidikan Khas (Masalah
Pendengaran) dan murid Pendidikan Khas (Masalah Penglihatan) masing-masing turut
diwajibkan mempelajari mata pelajaran tambahan iaitu Bahasa Isyarat Komunikasi (BIK)
dan Kemahiran Asas Individu Masalah Penglihatan (KAIMAL).
Kurikulum Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) dibina berdasarkan tahap
keupayaan dan keperluan murid. Kurikulum bagi kumpulan murid ini lebih berfokus
kepada penguasaan kemahiran bagi memenuhi keperluan individu, dan tidak terlalu
menekankan akademik. Di Tahap I, murid Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran)
disediakan mata pelajaran Asas 3M, Pengurusan Kehidupan, Seni Kreatif, Pendidikan
Islam, Pendidikan Moral dan Pendidikan Jasmani. Sementara itu di Tahap II, disediakan
mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Pendidikan Islam,
Pendidikan Moral, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Pendidikan Sains, Sosial dan
Alam Sekitar, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik, Kemahiran Hidup Asas,
Teknologi Maklumat dan Komunikasi, dan Pengurusan Kehidupan.
Program pengajaran dan pembelajaran bagi ketiga-tiga kategori ini juga dibentuk secara
fleksibel selaras dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997.
23
4.0 KSSR terap 1 Malaysia
KURIKULUM baru sekolah rendah yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR) akan diperkenalkan pada 2011 dengan subjek yang lebih sedikit tetapi
menggunakan pendekatan yang lebih interaktif. Kurikulum tersebut bakal
menggabungkan beberapa subjek menjadi satu selain turut akan memperkenalkan satu
subjek baru yang bertema semangat kenegaraan dan patriotik.
KSSR akan mula diperkenalkan dan diterapkan kepada murid tahun satu kerana
kesesuaian murid tersebut yang baru menduduki alam persekolahan atau peringkat
awal pendidikan mereka. Penerapan dari peringkat awal akan membantu memudahkan
perjalanan serta pembelajaran murid-murid tersebut yang akan melangkah ke tahun-
tahun seterusnya sejajar dengan perubahan umur.
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata,
KSSR tidak akan menggantikan tetapi beriringan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah (KBSR).
Melalui KSSR katanya, pengajaran dan pembelajaran akan menggunakan modul
yang akan menggantikan buku teks, oleh itu guru-guru sedang disedia dan dilatih untuk
KSSR. Ia diharap dapat meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah
khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Pendekatan teknik pengajaran
dan pembelajaran (P&P) akan menjadi lebih menarik dan interaktif di mana ia
melibatkan penggunaan dua bahasa tersebut serta meningkatkan penguasaannya bagi
guru-guru untuk mengajar dalam subjek Matematik dan Sains sejajar dengan matlamat
kerajaan.
5.0 RUMUSAN
Perubahan dalam arus globalisasi memerlukan perubahan yang seimbang dengan
kurikulum pendidikan di negara ini. Bertujuan agar murid-murid yang menjadi pelapis
generasi akan datang tidak ketinggalan dalam arus pemodenan dunia. Sehubungan
dengan itu, penambahbaikan dalam KBSR telah dilakukan dalam sistem pendidikan
negara dengan mewujudkan KSSR secara berperingkat-peringkat dengan harapan
dapat memenuhi aspirasi negara ke arah negara maju.
24
6.0 RUJUKAN
Akta Pendidikan (1996), Peraturan-Peraturan (Kurikulum Kebangsaan)Pendidikan, 1997
Pusat Perkembangan Kurikulum, (2010).
Sumber; Pusat Perkembangan Kurikulum, (2010)