assigment individu krp 3013 kurikulum & pengajaran sek. rendah
DESCRIPTION
kurikulum dan pengajaranTRANSCRIPT
KRP 3013 Kurikulum & pengajaran Sek. Rendah 2013
BAHAGIAN B
Berdasarkan pengalaman anda bagaimanakah Pusat Kegiatan Guru (PKG) dan komuniti
setempat anda dapat membantu sekolah dan anak-anak mereka meningkatkan kualiti pengajaran
dan pembelajaran kurikulum untuk menjayakan matlamat Kurikulum Kebangsaan
PENGENALAN
Sistem Pendidikan Malaysia berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi
tumpuan kepada perkembangan emosi diri pelajar secara menyeluruh untuk melahirkan individu
yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Falsafah ini digunakan bagi
melahirkan warganegara yang berketrampilan dan bertanggungjawab dalam segala bidang serta
mampu menghadapi cabaran dalam menuju wawasan Negara.
Walaubagaimanapun, kurikulum pendidikan masih berteraskan kepada Falsafah
Pendidikan Kebangsaan kerana falsafah memainkan peranan sebagai dasar yang menjadi arah
tuju, panduan dan bimbingan. Tanpa falsafah sesuatu kurikulum pendidikan itu adalah tanpa
asas. Kurikulum yang berteraskan falsafah ini umumnya untuk membentuk pelajar bagi
perkembangan menyeluruh meliputi dimensi insrtrumental / sosial dan dimensi intrinsik.
Menurut Akta Pendidikan 1996, Kurikulum ialah segala rancangan pendidikan (akademik
dan kokurikulum) yang dikendalikan oleh sesebuah institusi pendidikan untuk mencapai
matlamat pendidikan. Ia suatu rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan, kemahiran,
nilai dan norma, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan masyarakat untuk diwariskan kepada
ahli-ahlinya. Kurikulum kebangsaan yang ditetapkan hendaklah menentukan pengetahuan,
kemahiran dan nilai yang dijangka akan diperolehi oleh murid-murid pada akhir tempoh
persekolahan masing-masing.
Oleh itu, kurikulum amat penting dalam sistem Pendidikan di Malaysia. Kurikulum
pendidikan merupakan satu wadah penting dalam menjana anjakan paradigma dalam diri setiap
individu dan ia juga memainkan peranan penting untuk melahirkan insan deduktif yang dinamik
dalam semua aspek kehidupan (Mastura Badzis, 2008).
1
KRP 3013 Kurikulum & pengajaran Sek. Rendah 2013
DEFINISI KURIKULUM KEBANGSAAN
“... suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang
merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan
untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani,
mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan
untuk menyampaikan pengetahuan”
Akta Pendidikan 1996 [Peraturan-peraturan (Kurikulum Kebangsaan) Pendidikan 1997]
Kurikulum adalah ‘core; kepada ‘business’ pendidikan. Ia merupakan satu rancangan pendidikan
yang membendung segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan norma serta unsur-unsur
kebudayaan dan kepercayaan yang menjadi pilihan masyarakat untuk diwariskan kepada ahli-
ahli dari satu generasi kepada satu generasi lain. Rancangan pendidikan ini bertujuan untuk
memenuhi keperluan individu dan engara. Dalam Laporan Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar
Pelajaran (1979) kedua-dua keperluan dihuraikan seperti berikut :
Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah untuk membina perkembangan murid
yang lengkap dari segi jasmani, rohani, akal dan emosi (JERIS) serta menyemai, menanam
dan memupuk nilai-nilai akhlak yang diingini, di samping menyampaikan ilmu
pengetahuan. Dalam konteks negara Malaysia, kurikulum itu juga berperanan untuk
melahirkan rakyat yang mendokong cita-cita negara dalam meujudkan perpaduan yang
berpandukan Rukunegara di samping menghasilkan tenaga rakyat yang terlatih untuk keperluan
negara.
MATLAMAT KURIKULUM KEBANGSAAN
- Garis panduan dan penentu sempadan ilmu.
- Penyampaian maklumat ikut peringkat.
- Relevan dan sesuai dengan kehendak semasa.
- Membina modal insan abad ke 21.
- Melahirkan insan seimbang (J.E.R.I.S)
- Kurikulum yang sama – ideologi masyarakat yang sekata dan bersatu.
- Melahirkan insan yang sayang dan cintakan tanah air.
2
KRP 3013 Kurikulum & pengajaran Sek. Rendah 2013
INSTITUSI SEKOLAH
Sekolah adalah merupakan institusi pendidikan yang ditubuhkan masyarakat. Sekolah
juga merupakan salah sebuah komuniti dalam masyarakat sekeliling. Selain daripada itu, sekolah
adalah merupakan satu organisasi yang dinamik, terbuka dan komplek dalam mewujudkan serta
mengekalkan hubungan saling bergantungan dengan semua pihak terutama komuniti setempat.
Perhubungan sekolah dengan komuniti setempat boleh diibaratkan seperti peribahasa melayu
yang mengatakan “bagai isi dengan kuku”, iaitu mereka saling berinteraksi , bekerjasama dan
saling mempengaruhi antara satu sama lain. Sekolah tidak akan dapat memainkan peranannya
yang cekap dalam mencapai visi dan misinya, tanpa kerjasama semua pihak terutama masyarakat
setempat. Keberkesanan sesuatu program yang dijalankan di peringkat sekolah adalah
merupakan kerjasama antara pihak sekolah dengan masyarakat sekeliling.
Menurut Ibrahim 2001, sekolah adalah satu sistem sosial yang tersendiri dan menjadi
agen perubahan masyarakat. Ini kerana masalah yang berlaku di sekolah adalah masalah
masyarakat juga. Perkara ini tidak dapat dielakkan dan masyarakat perlu bekerjasama dengan
pihak sekolah untuk mencapai cita-cita sekolah dan negara. Sekolah merupakan pengaruh utama
sebagai salah satu aspek yang mendatangkan kesan dalam pembentukkan sahsiah pelajar Guru
adalah orang yang mendidik pelajarnya dengan pembentukkan sahsiah yang terpuji disamping
mengasah bakat dan mengilap potensi murid menjadi seorang yang berjaya mengikut acuan
FPK. Pendidikan di sekolah tidak sekadar penyampaian pengetahuan dan cara hidup tradisi
sahaja malah ia perlu menyediakan ahli-ahli masyarakat untuk menghadapi dan menerima proses
pembaharuan. Sekolah juga memainkan peranan sebagai agen memodenisasikan masyarakat
dalam semua bidang perkembangan kemajuan selari dengan keperluan-keperluan yang telah
dinyatakan dalam Matlamat Pendidikan Negara dalam menjayakan matlamat Kurikulum
Kebangsaan.
Apa yang kita ketahui, sekolah merupakan tempat melahirkan generasi berilmu dan
berakhlak mulia yang akan dapat memberikan sumbangan yang bernilai untuk perkembangan
dan kemajuan masyarakat dan negara. Kerjasama di antara sekolah dengan masyarakat adalah
amat penting untuk menuju kejayaan dan kegemilangan kualiti dan kuantiti produk yang
dihasilkan oleh sekolah.Jika kedua-dua ini tidak saling berinteraksi maka sudah pastinya remaja
yang berilmu pengetahuan tidak akan terhasil. Dalam perlaksanaan “Satu Malaysia” remaja masa
3
KRP 3013 Kurikulum & pengajaran Sek. Rendah 2013
kini dijadikan aset negara utama yang akan menentukan masa depan negara. Oleh itu, seseorang
individu itu perlulah mempunyai daya saing, kreatif dan inovatif.
Sumbangan komuniti terhadap kemajuan sekolah tidaklah seharusnya terhad terhadap
kumpulan atau persatuan semata-mata. Komuniti di sekeliling sekolah itu perlu sedar dan tahu
peranan mereka, maka banyak sumbangan individu boleh diberikan. Tidak semestinya mereka
perlu ada anak disekolah berhampiran tetapi mereka juga boleh memberikan sumbangan kepada
pihak sekolah. Individu yang berpengaruh seperti pemimpin komuniti, pemimpin politik, ahli
peniagaan, penghulu, imam, dan orang yang berkerjaya professional dan lain-lain lagi boleh
memberikan teladan dan nasihat kepada pelajar-pelajar di luar sekolah. Ini secara tidak langsung
dapat meringankan beban sekolah dan menambahkan keberkesanan proses pendidikan.
SEJARAH SEKOLAH SAYA ( SEKOLAH KEBANGSAAN LARKIN DUA)
Bangunan yang ditunjukkan diatas adalah merupakan bangunan Sekolah Kebangsaan
Larkin Dua, Johor Bahru.. Nama asal sekolah Kebangsaan Larkin Dua ialah “Larkin
Government English School” di mana pada peringkat permulaan ditubuhkan, ia menumpang di
bangunan Sekolah Rendah Kebangsaan Ngee Heng pada 16 September 1956. Kemudian pada
bulan Januari 1957, Sekolah Kebangsaan Larkin telah mempunyai bangunannya sendiri yang
beralamat di JKR 1951, Jalan Dato Onn Jaafar, 80350 Larkin, Johor Bahru. Ia telah dirasmikan
oleh Yang Teramat Mulia Ungku Tun Aminah, Permaisuri kepada Yang Teramat Mulia Tengku
Mahkota Johor. Sekolah Kebangsaan Larkin Dua mempunyai 1 blok 2 tingkat, 1 blok 3 tingkat,
4 buah bilik darjah blok lama (papan),surau, padang dan kantin sekolah yang dikongsi bersama
dengan Sekolah Kebangsaan Larkin Satu. Bilangan guru di Sekolah Kebangsaan Larkin Dua
4
KRP 3013 Kurikulum & pengajaran Sek. Rendah 2013
adalah seramai 26 orang dan bilangan staff sokongan seramai 7 orang. Enrolment muridnya pula
adalah seramai 255 orang sahaja dan ia mempunyai satu sesi persekolahan iaitu pada sesi pagi
sahaja. Bermula dari tahun 2007 hingga sekarang (2013), Pn. Hajah Rukini Bt Sukimi adalah
merupakan Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Larkin Dua. Sekolah Kebangsaan Larkin Dua
adalah terletak di dalam Zon Majidee.
PERANAN PKG & KOMUNITI SETEMPAT YANG BERHAMPIRAN DENGAN
INSTITUSI SEKOLAH.
i) PUSAT KEGIATAN GURU MAJIDEE (PKG MAJIDEE)
Pusat Kegiatan Guru Majidee terletak di alamat SK Angkatan Tentera, Jalan Balau, Kebun Teh,
80250 Johor Bahru, Johor. Bangunan ini bersebelahan dengan SK Angkatan Tentera. Jaraknya
dari pusat bandar Johor Bahru ialah 3 kilometer. Penyelaras pertama PKG Majidee ialah En. Lim
Whye Teck. Kini seramai 3 orang kaki tangan bertugas di PKGJQA 1006 ini. Ketua pegawai
Teknologi Pendidikan PKG ialah En Hisham Bin Mohd Salleh, Pn Suzana Bt Abdul Hasim dan
Pembantu tadbir ialah Pn. Sharizan Bt Abas.
FUNGSI PKG MAJIDEE, JOHOR BAHRU.
- Memantau, Menyelaras, Menilai dan Memberi Khidmat Bantu PSS dan Gerakan
Membaca.
- Menyelaras, Menilai, Membantu dan Memberi Khidmat Sokongan Pelaksanaan Inisiatif
ICT Sekolah.
5
KRP 3013 Kurikulum & pengajaran Sek. Rendah 2013
- Mengumpul Data Asas Teknologi Pendidikan Bagi Tujuan Penilaian dan Pelaksanaan
Dasar Teknologi Pendidikan.
- Menyediakan dan Menyebar Bahan Sumber Pendidikan Dalam Pelbagai Media.
- Melaksana, Mempromosi dan Menggalakkan Penggunaan Teknologi Pendidikan Dalam
P&P.
ii) BANK SIMPANAN NASIONAL
Bank Simpanan Nasional ini terletak di No 10 Jalan Cenderawasih , Larkin Jaya, 80350, Johor
Bahru, Johor.Bank ini telah menjalankan kerjasama yang erat dengan Sekolah Kebangsaan
Larkin Dua dengan menjadikan sekolah sebagai program anak angkat. Kakintangan Bank
Simpanan Nasional Cawangan Larkin ini pernah memberikan taklimat berkaitan kebaikan
menabung seawal usia muda dan juga menganjurkan kuiz yang menyediakan hadiah yang
menarik daripada BSN. Di akhir program pihak BSN telah membuka kaunter untuk ibu bapa
membuka akaun BSN anak-anak mereka. Pihak BSN telah bersetuju menjadikan SK Larkin Dua
sebagai anak angkat dan akan membantu pihak sekolah dalam menjayakan program-program
yang lain.
Antara fungsi Bank Simpanan Nasional ini kepada sekolah ialah;
- Memberi perkembangan ilmu pendidikan kewangan dan perkara-perkara yang berkaitan
dengan etika kewangan, nilai moral / nilai murni kepada para pelajar.
- Memberi pengetahuan, kefahaman dan kepekaan kepada pelajar sekolah mengenai sektor
kewangan dan ekonomi Negara.
6
KRP 3013 Kurikulum & pengajaran Sek. Rendah 2013
- Memberi peluang kepada pelajar untuk mempraktikkan pengetahuan dalam bidang
kewangan yang diperolehi melalui pembelajaran di dalam dan diluar bilik darjah
- Membantu pelajar dalam pengurusan kewangan dan bukan kewangan seperti penggunaan
sumber dan peralatan sekolah.
iii) YAYASAN PELAJARAN JOHOR
Bangunan diatas adalah merupakan Bangunan Yayasan Pelajaran Johor yang terletak di No 15,
Jalan Nuri, Larkin Jaya, Kg. Dato Onn Jaafar, Karung Berkunci 711, 80990 Johor Bahru.
Sekolah Kebangsaan Larkin Dua telah menjalinkan kerjasama yang erat bersama dengan
Yayasan Pelajaran Johor.Yayasan Pelajaran Johor telah memberikan program tuisyen hikmah
kepada pelajar-pelajar yang mengambil UPSR. Guru –guru yang mengajar tuisyen hikmah akan
dibayar oleh Yayasan Pelajaran Johor.
7
KRP 3013 Kurikulum & pengajaran Sek. Rendah 2013
iv) KLINIK KESIHATAN LARKIN
Klinik Kesihatan Larkin ini terletak Jalan Sentosa, Taman Dato Onn Jaffar, 80350 Johor Bahru,
Johor. Antara skop perkhidmatannya adalah meliputi perkhidmatan rawatan ringan, susulan kes
penyakit kronik dan melakukan prosedur rawatan ringan. Klinik Kesihatan Larkin menjalinkan
kerjasama yang erat dengan memberikan perkhidmatannya disekolah-sekolah berhampiran
termasuk di Sekolah Kebangsaan Larkin Dua. Antara perkhidmatan yang diberikan ialah
memberikan ceramah dan taklimat mengenai aspek pergigian kepada pelajar-pelajar, merawat
dan memeriksa kesihatan gigi murid, memberikan suntikan kepada pelajar tahun 1 dan tahun 6,
dan lain-lain lagi. Pelajar-pelajar ini akan lebih mengetahui keadaan kesihatan gigi dan
kebersihan mulut selain mengetahui cara memberus gigi dengan betul. Selain itu ia mendidik
pelajar pelajar disekolah agar mengamalkan cara yang betul dalam menjaga kesihatan diri
sendiri.
8
KRP 3013 Kurikulum & pengajaran Sek. Rendah 2013
v) BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT LARKIN
Balai Bomba dan Penyelamat Larkin ini terletak di Jalan Larkin, 80648 Johor Bahru. Lokasinya
juga berhampiran dengan kedai makan, Masjid Larkin dan Sekolah Kebangsaan Larkin Satu.
Apa yang kita ketahui, skop fungsi dan tugas Balai Bomba dan Penyelamat adalah seperti
berikut:
- Membuat persediaan tugas –tugas operasi pemadaman dan penyelamatan dibalai
- Menjalankan operasi pemadaman kebakaran dan penyelamatan.
- Membuat penyiasatan kebakaran bagi setiap kebakaran
- Membuat kajian kawasan pili bomba dan kawasan jagaan balai.
- Membantu membuat pemeriksaan premis.
- Membuat pemeriksaan dan merekod setiap jentera serta peralatan kebombaan
- Menjalankan latihan kemahiran dalam balai dan dibangunan di kawasan jagaan.
- Membantu menyediakan kontingensi pra kebakaran.
. Sebenarnya, komuniti setempat seperti Balai Bomba dan Penyelamat Larkin menjalinkan
kerjasama yang erat dengan pihak sekolah yang berhampiran termasuk Sekolah Kebangsaan
Larkin Dua dengan mengadakan demonstrasi cara memadamkan kebakaran di sekolah serta
memberikan penerangan kepada semua guru-guru mengenai alat / bahan yang digunakan dalam
memadamkan kebakaran. Pelajar-pelajar akan memperolehi berguna yang boleh digunakan
sekiranya berlakunya kebakaran dan jenis-jenis alat pemadam api yang boleh digunakan dengan
lebih selamat.
9
KRP 3013 Kurikulum & pengajaran Sek. Rendah 2013
vi) BALAI POLIS LARKIN JAYA
Balai Polis Larkin ini Terletak di JKR No 4506, Jalan Garuda 80350 Larkin Johor Bahru.
Lokasinya terletak bersebelahan dengan Sekolah agama Larkin dan Sekolah Kebangsaan
Tanjung Puteri dan juga Stadium Larkin. Fungsi Balai Polis Larkin dan peranannya kepada pihak
sekolah ialah memberikan kerjasama dan bergabung tenaga membantu pihak sekolah
menghadapi masalah pelajar. Selain itu ia memudahkan guru-guru untuk lebih senang membuat
aduan atau berbincang dengan pihak polis mengenai masalah disiplin mahupun jenayah yang
melibatkan pelajar sekolah.
Selain itu, apa yang saya dapati ada juga pegawai perhubungan polis yang berhampiran datang
kesekolah memberikan ceramah kepada pelajar –pelajar mengenai masalah disiplin dan masalah
jenayah yang berlaku. Secara tidak langsung ini dapat mendidik pelajar dan pelajar akan
mengetahui kesan dan akibatnya sekiranya terlibat dengan jenayah dan lain-lain. Pelajar-pelajar
akan lebih berdisplin di sekolah dan ia juga dapat mendidik sikap dan tingkahlaku pelajar yang
lebih baik.
10
KRP 3013 Kurikulum & pengajaran Sek. Rendah 2013
KESIMPULAN
Sekolah adalah merupakan sebuah organisasi pembelajaran manakala guru –guru adalah
merupakan tenaga pengajar yang mendidik dan berusaha untuk merealisasikan matlamat
kurikulum kebangsaan seperti yang tersirat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Persoalan
yang mungkin timbul mampukah para pendidik menjalankan misi negara dengan hanya
berbekalkan ilmu di dada dan semangat berkobar-kobar dengan kemudahan infrastuktur dan
prasarana seadanya di sekolah. Apa yang saya pasti sudah tentu tidak, kerana guru –guru perlu
mengembleng tenaga bersama dengan komuniti setempat agar dapat mencapai objektif yang
diharapkan . Badan –badan sosial komuniti setempat seperti Balai Polis, Bank, Balai Bomba,
Klinik Kesihatan dan lain-lain lagi adalah pemangkin kepada pengukuhan proses pengajaran
dan pembelajaran di luar persekolahan. Dengan adanya aktiviti-aktiviti sokongan ini, ia secara
tidak langsung dapat meningkatkan prestasi pencapaian sekolah dalam pelbagai bidang.
Kehendak-kehendak kurikulum sekolah perlu dilaksanakan di semua sekolah.
Jawatankuasa kurikulum sekolah adalah sebuah jawatankuasa professional yang penting bagi
melaksanakan pencapaian matlamat kurikulum di sekolah supaya selaras dengan falsafah dan
matlamat pendidikan negara iaitu melahirkan insan yang seimbang dan kehendak-kehendak
kurikulum kebangsaan tidak dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya dan menyeluruh kerana
terdapat beberapa kekangan yang masih menjadi penghalang utama kepada perlaksanaan ini.
Peranan ibu bapa dan anggota komuniti juga faktor yang boleh menjadikan pendidikan
berkualiti. Ibu bapa sebagai anggota masyarakat mesti memainkan peranan yang serius terhadap
pendidikan anak-anak mereka. Pendidikan formal di sekolah hanyalah lebih kurang 6 jam sehari
sahaja dan selebihnya selama 18 jam pelajar berada di tangan keluarga dan masyarakat. Anggota
masyarakat harus memberi maklumat dan maklum balas kepada sekolah serta memberi
kerjasama di dalam pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh guru dan sekolah.
Penglibatan anggota –anggota masyarakat dalam proses pendidikan juga tidak kurang
pentingnya, khususnya institusi-institusi komuniti –komuniti berhampiran harus sentiasa
berdamping dengan sekolah-sekolah dan guru-guru serta mengambil tahu proses pendidikan di
sekolah-sekolah di kawasan masing-masing secara tidak langsung Mereka perlu dilibatkan
bersama untuk memainkan peranan dalam menentukan persekitaran selamat kepada pelajar dan
penduduk setempat. Konsep “School-Home-Community Partnership” perlu diterapkan dengan
11
KRP 3013 Kurikulum & pengajaran Sek. Rendah 2013
mengadakan program-program permuafakatan dan perkongsian yanag melibatkan pihak
sekolah,ibu bapa dan masyarakat setempat.
Memandangkan bukan sahaja penglibatan guru, pihak NGO, atau pihak komuniti
setempat malah penglibatan ibu bapa dianggap memang signifikan dalam proses pendidikan
kanak-kanak, maka Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai pihak yang bertanggungjawab perlu
memasukkan elemen sesuai yang boleh memberi skop yang lebih meluas untuk keberkesanan
proses pembelajaran kanak-kanak.
Secara keseluruhan dapat kita lihat bahawa pihak sekolah dan komuniti luar perlu wujud
permuafakatan dan kerjasama yang baik dan erat. Segala usaha yang dijalankan dengan
hubungan yang erat ini memberikan kesan dan implikasi yang positif bagi meningkatkan kualiti
dan kuantiti pendidikan pelajar disekolah. Usaha ini tidak boleh dipandang mudah dan
memerlukan komitmen yang tinggi dari semua pihak agar apa yang dihajati tercapai. Semua ini
dilakukan untuk merealisasikan pembangunan modal insan yang cemerlang, gemilang dan
terbilang yang berupaya memacu arus kemajuan negara dan pada masa akan datang. Banyak
usaha yang dilakukan telah mencapai kejayaan. Banyak lagi usaha perlu dijalin antara pihak
sekolah dengan komuniti setempat diperlukan untuk mempertingkatkan kejayaan pelajar. Setiap
hubungan telah membawa sekolah selangkah lebih dekat dengan sasaran, misi dan visi dan
matlamat kurikulum Kebangsaan.
Oleh itu, kerjasama pelbagai pihak amat diperlukan bagi mengatasi kekangan-kekangan yang
timbul. harmonis dari segi intelek, rohani, jasmani, dan emosi. Perkara ini perlu diberi perhatian
yang sewajarnya memandangkan trend yang wujud dan banyak isu yang sentiasa menjadi bualan
dalam sistem pendidikan di Malaysia.
12
KRP 3013 Kurikulum & pengajaran Sek. Rendah 2013
RUJUKAN
http://blogsksp.blogspot.com/2011/02/konsep-permuafakatan-pelaksanaannya-di.html diakses pada 4 April 2013
http://notagurupelatih.blogspot.com/2011/09/permuafakatan-komuniti-dan-sekolah.html diakses pada 4 April 2013.
http://u-wartawan.blogspot.com/2010/01/perkongsian-dalam-pendidikan-komuniti_13.html diakses pada 4 April 2013
http://www.scribd.com/doc/4853638/Definisi-Kurikulum diakses pada 5 April 2013
http://cwanrzzwt.blogspot.com/2011/08/definisi-dan-konsep-kurikulum.html diakses pada 5 April 2013
http://www.pkgjb.com/index.php?option=com_content&view=article&id=12&Itemid=15 diakses pada 5April 2013
http://my.wowcity.com/pontian/?what=bank+simpanan+nasional+larkin+ diakses pada 8 April 2013
http://my.solidlocation.com/map/johor/poliklinik-kesihatan-larkin/464157/ diakses pada 8 April 2013
http://www.jpa.gov.my/pekeliling/pp05/bil37/LampD8.pdf diakses pada 10 April 2013
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=0619&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dal
am_Negeri&pg=hn_01.htm#ixzz2QmBCx8hT diakses pada 10 April 2013
13