abstrakstudentsrepo.um.edu.my/5135/3/pendahuluan.pdfunauthentic text of hadith or known as...

13
I ABSTRAK Pemeliharaan hadith di internet adalah suatu usaha dalam memastikan ketulenan dan autoriti teks hadith sebagai sumber utama selepas al-Quran. Berdasarkan kewujudan laman web hadith yang begitu banyak di internet, maka penelitian terhadap aspek ketulenan dan autoriti teks matan dan sanad adalah sangat penting untuk dijalankan. Sehubungan itu, objektif kajian ini ialah menganalisis aspek pemeliharaan hadith di internet dengan memfokuskan terhadap dua laman web iaitu al-Durar al-Saniyyah dan Islamweb. Oleh yang demikian, metodologi kajian teks telah diaplikasikan dengan pemilihan sebanyak 200 teks hadith sebagai sampel kajian di dalam dua laman web tersebut. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat 199 teks hadith (99.5%) telah dinukilkan ke dalam bentuk digital secara tepat dan berautoriti sebagaimana yang terdapat di dalam kitab hadith bercetak. Manakala hanya sebuah hadith sahaja yang telah diklasifikasikan sebagai tidak berautoriti atau dikenali sebagai hadith al-Musahhaf. Justeru, kajian mendapati bahawa al-Durar al-Saniyyah dan Islamweb boleh dikategorikan sebagai laman web hadith berautoriti yang telah memelihara teks-teks hadith berautoriti walaupun hasil analisis telah menemui sebuah hadith yang kurang berautoriti.

Upload: phamdung

Post on 11-Jul-2019

213 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

I

ABSTRAK

Pemeliharaan hadith di internet adalah suatu usaha dalam

memastikan ketulenan dan autoriti teks hadith sebagai sumber

utama selepas al-Quran. Berdasarkan kewujudan laman web hadith

yang begitu banyak di internet, maka penelitian terhadap aspek

ketulenan dan autoriti teks matan dan sanad adalah sangat penting

untuk dijalankan. Sehubungan itu, objektif kajian ini ialah

menganalisis aspek pemeliharaan hadith di internet dengan

memfokuskan terhadap dua laman web iaitu al-Durar al-Saniyyah

dan Islamweb. Oleh yang demikian, metodologi kajian teks telah

diaplikasikan dengan pemilihan sebanyak 200 teks hadith sebagai

sampel kajian di dalam dua laman web tersebut. Hasil kajian

mendapati bahawa terdapat 199 teks hadith (99.5%) telah

dinukilkan ke dalam bentuk digital secara tepat dan berautoriti

sebagaimana yang terdapat di dalam kitab hadith bercetak.

Manakala hanya sebuah hadith sahaja yang telah diklasifikasikan

sebagai tidak berautoriti atau dikenali sebagai hadith al-Musahhaf.

Justeru, kajian mendapati bahawa al-Durar al-Saniyyah dan

Islamweb boleh dikategorikan sebagai laman web hadith berautoriti

yang telah memelihara teks-teks hadith berautoriti walaupun hasil

analisis telah menemui sebuah hadith yang kurang berautoriti.

II

ABSTRACT

Preservation of the hadith on the internet is an effort to ensure its

authenticity and validity as the primary source of Islam after the

Holy al-Quran. As a matter of facts, there are huge numbers of

websites pertaining the subject of hadith on the internet that needs

to be scrutinised in order to ensure its authority source of Islam

particularly in terms its authenticity and validity of textual and

chain transmitter of hadith (sanad). Therefore, this study aims to

examine the preservation of the hadith on the internet by focusing

on two Islamic websites i.e. al-Durar al-Saniyyah and Islamweb as

a sample of study. The study applied the methodology of textual

analyses on the text of hadith and its sanad that encompasses on the

both studied Islamic websites. Accordingly, the study reveals that

through the sample of 200 selected texts of Hadith, it was found that

out of 99.5% were authentic texts of the Hadith as found on the

original printed books, while there was only one found as a weak or

unauthentic text of hadith or known as al-Musahhaf. It is learned

that both Islamic websites i.e. al-Durar al-Saniyyah and Islamweb

can be classified as the best website in preserving the huge numbers

of authentic textual Hadith although it is found a small numbers of

unauthentic text of hadith.

III

PENGHARGAAN

إن الحمد هلل نحمده ونستعينو ونستغفروه ونعوذ باهلل من شرور أنفسنا ومن وسيئات أعمالنا، من يهده اهلل فال مضل لو ومن يضلل فال ىادي لو وأشهد أن ال إلو إال اهلل وأشهد أن محمد عبده ورسولو وعلى

.صحبو أجمعين وبعدآلو و

Segala puji-pujian yang tidak terhitung diperuntukkan kepada zat yang telah menurunkan

al-Quran sebagai petunjuk dan panduan bagi hamba-hambaNya yang berakal. Mendukung

penuh segala bentuk ilmu pengetahuan dan hikmah yang menakjubkan. Menjadikan al-

Quran sebagai kitab yang paling mulia, mengandungi kepelbagaian disiplin ilmu yang

mapan, sumber hukum dan peraturan kehidupan yang lurus. Selawat dan salam dengan

penuh kerinduan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, keluarga baginda, para

sahabat, tabi‘in, seterusnya para pengikut mereka dari satu generasi ke satu generasi di

kalangan mujahidin yang gugur mahupun yang masih berada di medan perjuangan bagi

memastikan kesucian Islam sentiasa tertegak di atas muka bumi sehingga ke hari kiamat.

Sekalung ucapan yang tidak terhingga ditujukan khas buat yang berbahagia Prof.

Madya Dr. Ishak b. Hj. Suliaman di atas penyeliaan berupa bimbingan, nasihat, tunjuk ajar,

dan motivasi kepada penulis dalam merangka dan menyiapkan kajian sehingga ia dapat

disempurnakan sebagaimana ada.

Seuntai penghargaan teristimewa dirakamkan buat seluruh ahli keluarga tercinta

khususnya kepada ibunda Roszilla binti Yusof @ Adnan dan ayahanda Zulkipli bin

Mohamad yang tidak pernah jemu mendidik, mencurahkan kasih sayang, memberikan doa,

IV

bimbingan, sokongan dan rangsangan untuk penulis terus menimba ilmu. Tidak dilupakan

juga buat saudara kembar Shahrul Hisyam di atas teguran, nasihat, dan galakan untuk terus

berdaya saing dalam menimba ilmu. Seterusnya yang diingati adik-adik kesayangan Mohd

Fitri dan Mohd Shahmi. Terima kasih di atas sokongan dan motivasi yang diberikan tatkala

penulis meniti liku-liku kehidupan dalam meneruskan perjuangan di alam akademik.

Pada kesempatan ini, penulis juga ingin merakamkan ribuan terima kasih buat para

murabbi, pensyarah di Jabatan al-Quran dan al-Hadith Prof. Dr. Mustaffa bin Abdullah,

Prof. Dr. Mohd. Yakub @ Zulkifli bin Mohd Yusoff, Prof. Madya Dr. Fauzi Deraman, Dr.

Faisal bin Ahmad Shah, Dr. Ahmad Kassar, Dr. Jilani Ben Touhami Meftah, ustaz Anwar

Ridwan, Dr. Monika @ Munirah Binti Abd Razzak, dan ustazah Thuraya Ahmad di atas

segala didikan dan tunjuk ajar yang diberikan secara formal mahupun non-formal.

Penghargaan seterusnya penulis coretkan buat rakan-rakan seperjuangan di Jabatan

al-Quran dan al-Hadith (AQSA) khususnya buat ustaz Khader, ustaz Murshidi, ustaz

Rusydi, ustaz Sedek, akhi Hasbullah, akhi Latiff, Aizul, Faidz, Hadi, Arif, Ali dan Selamat.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada warga ‘Halal Haram House’ terutama akhi

Syafie, akhi Azrin, Imran, Asyraf, Ihsan, Taufiq, Ameen, Hanafi, Faizuddin, Azzat, Hanif,

Amir, dan Razali. Semoga persahabatan yang terjalin berkekalan buat selama-lamanya.

Akhirnya, penulis ajukan penghargaan ini kepada semua pihak dan individu-

individu yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung yang telah

bermurah hati untuk memberikan segala bentuk bantuan dan kemudahan kepada penulis

V

dalam menyiapkan tesis ini dengan jayanya. Semoga segala kerjasama yang diberikan akan

mendapat ganjaran yang setimpal di sisi Allah s.w.t.

عبد في عون أخيو عن أبي ىري رة قال قال رسول اللو صلى اللو عليو وسلم اللو في عون العبد ما كان ال

Wa Allah A‘lam bi al-Sawab wa Ilayhi al-Marji’ wa al-Ma’ab. Wa al-Salam ‘Alaykum wa

Rahmah Allah wa Barakatuh wa Maghfiratuh wa Ridwanuh.

SHAHRIL NIZAM BIN ZULKIPLI

Jabatan al-Quran dan al-Hadith, 8912 Kg Tualang Sekah,

Akademi Pengajian Islam, 31700 Malim Nawar,

Universiti Malaya, Perak Darul Ridzuan.

Kuala Lumpur.

20011/2012

013-2968673

[email protected] [yahoo]

[email protected] [gmail]

25 September 2011M Bersamaan 27 Syawal 1432H

VI

DAFTAR ISI

KANDUNGAN HALAMAN

PENDAHULUAN

1.0 PENDAHULUAN 1

1.1 LATAR BELAKANG MASALAH 1

1.2 PERSOALAN KAJIAN 4

1.3 OBJEKTIF KAJIAN 5

1.4 KEPENTINGAN KAJIAN 5

1.5 DEFINISI TAJUK 6

1.6 BATASAN KAJIAN 9

1.7 SOROTAN KAJIAN LEPAS 10

1.8 METODOLOGI KAJIAN 16

BAB PERTAMA

PEMELIHARAAN HADITH

1.0 Pendahuluan 20

1.1 Usaha-Usaha Pemeliharaan Hadith 21

1.2 Tahammul Al-Hadith 30

1.2.1 Kaedah Tahammul al-Hadith 31

1.3 Al-Musahhaf Sebagai Piawaian Pemeliharaan Penulisan Hadith 45

1.3.1 Pengertian al-Musahhaf 45

1.3.2 Pembahagian al-Musahhaf 47

1.4 Kesimpulan 52

VII

BAB DUA

HADITH DI ERA TEKNOLOGI DAN PEMELIHARAANNYA

DI ERA ICT

2.0 Pendahuluan 53

2.1 Hadith Di Era ICT 54

2.1.1 Laman Web 54

2.1.1.1 Laman Web Takhrij Dan Material Hadith Yang

Diketengahkan 56

2.1.1.2 Laman Web Hadith Berbahasa Melayu 59

2.1.2 Perisian Komputer 66

2.1.3 Perisian Telefon Mudah Alih 71

2.1.3.1 Perisian Hadith Operasi Sistem Symbian dan Java 73

2.1.3.2 Perisian Hadith Operasi Sistem iOS 75

2.2 Pemeliharaan Hadith Di ICT 79

2.2.1 Ancaman Keselamatan ICT 80

2.2.2 Keselamatan Perisian Laman Web 83

2.2.2.1 Wordpress 84

2.2.2.2 Joomla 86

2.2.2.3 PhpMyAdmin 88

2.3 Dasar Keselamatan ICT 89

2.3.1 Keselamatan Material ICT 91

2.3.2 Langkah Pemeliharaan Aset ICT 93

2.4 Kesimpulan 100

VIII

BAB TIGA

AL-DURAR AL-SANIYYAH DAN ISLAMWEB

3.0 Pendahuluan 102

3.1 Pengenalan Laman Web al-Durar al-Saniyyah Dan Islamweb 102

3.2 Pemilihan Nama Laman Web 104

3.3 Pengenalan Musyrif Al-‘Am 106

3.4 Jumlah Kitab Dan Hadith 106

3.5 Pembahagian Laman Web 111

3.6 Perisian Telefon Bimbit Berkaitan Laman Web 116

3.7 Kaedah Pencarian Hadith Melalui Al-Durar Al-Saniyyah 118

3.6.1 Kaedah Asal ‘Default’ Pencarian Hadith 119

3.5.2 Fungsi Khiyarat al-Bahth 120

3.6.3 Bahth al-Mutabiq 121

3.8 Panduan Pencarian Hadith Menggunakan Al-Durar Al-Saniyyah 122

3.9 Kaedah Pencarian Hadith Melalui Islamweb 128

3.10 Panduan Pencarian Hadith Menggunakan Islamweb 129

3.10.1 Paparan Warna Teks Hadith 136

3.10.2 Pengertian Takhrij, Syawahid, Atraf dan al-Asanid Menurut

Istilah ‘Ulum al-Hadith 137

3.10.3 Aplikasi Takhrij, Syawahid, Atraf dan al-Asanid di Dalam

Islamweb 138

3.11 Kaedah Pencarian Syarah Hadith 146

3.12 Kesimpulan 149

IX

BAB EMPAT

ANALISIS AL-DURAR AL-SANIYYAH DAN ISLAMWEB

4.0 Pendahuluan 150

4.1 Analisis 200 Hadith Terpilih Dalam al-Durar al-Saniyyah

Dan Islamweb 150

4.1.1 Kaedah Analisis 151

4.1.2 Analisis Hadith di Dalam al-Durar al-Saniyyah dan Islamweb 152

4.1.2.1 Perubahan Yang Berlaku Pada Matan 155

4.1.3 Analisis Hadith di Dalam Islamweb 163

4.1.3.1 Perubahan Yang Berlaku Pada Matan 167

4.1.3.2 Perubahan Yang Berlaku Pada Kitab dan Bab 170

4.1.4 Analisis Hadith di Dalam al-Durar al-Saniyyah 171

4.1.5 Kesimpulan Keseluruhan Analisis 174

4.2 Penilaian Hukum Hadith 177

4.2.1 Al-Durar al-Saniyyah 177

4.2.2 Islamweb 183

4.2.3 Kesimpulan Hukum 186

4.3 Kebaikan Dan Kekurangan al-Durar al-Saniyyah Dan Islamweb 188

4.3.1 Al-Durar al-Saniyyah 188

4.3.2 Islamweb 190

4.4 Kesimpulan 195

X

BAB LIMA

KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Kesimpulan 197

5.2 Cadangan 206

5.3 Penutup 215

BIBLIOGRAFI

XI

KAEDAH TRANSLITERASI

Huruf Arab Huruf Latin Contoh Asal Contoh Transliterasi Sa’ala سأل ‘ ء

badala بدل B ب

tamr ثمر T ت

thawrah ثورة Th ث

jamal جمال J ج

hadith حديث H ح

khalid خالد Kh خ

diwan ديوان D د

madhhab مذىب Dh ذ

rahman رحمن R ر

zamzam زمزم Z ز

sarab سراب S س

shams شمس Sh ش

sabr صبر S ص

damir ضمير D ض

tahir طاىر T ط

zuhr ظهر Z ظ

abd` عبد ` ع

ghayb غيب Gh غ

fiqh فقو F ف

qadi قاضي Q ق

ka’s كأس K ك

laban لبن L ل

mizmar مزمار M م

nawm نوم N ن

habata ىبط H ه

wasala وصل W و

yasar يسار Y ي

XII

VOKAL PENDEK

Huruf Arab Huruf Latin Contoh Asal Contoh Transliterasi

A ف عل Fa`ala

I حسب Hasiba

__ U كتب kutiba

VOKAL PANJANG

Huruf Arab Huruf Latin Contoh Asal Contoh Transliterasi

Katib, qada كاتب ، قضي a ا، ى

Karim كريم i ي

huruf حروف u و

DIFTONG

Huruf Arab Huruf Latin Contoh Asal Contoh Transliterasi

qawl قول aw و

sayf سيف ay ي

raj`iyy/raj`i رجعي iyy/i ي

aduww/`adu` عدو uww/u و

XIII

SENARAI KEPENDEKAN

Bil. Bilangan.

c. Cetakan.

Dr. Doktor.

ed. Editor.

H Hijrah.

h. Halaman.

Ibid. Ibidem: iaitu rujukan kepada tempat, kitab, fasal atau halaman yang sama.

ICT Information and Communications Technology.

j. Jilid.

LAN Local Area Network.

M Masihi.

No. Nombor.

Op.cit. Opera citato: iaitu rujukan yang telah diselangi oleh rujukan yang diselangi

sama dengan sebelumnya.

Prof. Profesor.

r.a. Radiya Allah ‘Anhu/ha.

s.w.t. Subhanahu wa Ta`ala.

s.a.w. Salla Allah `Alaihi wa Sallam.

t.t. Tanpa tahun/tarikh.

t.tp. Tanpa tempat terbit.

t.pt. Tanpa penerbitan.

terj. Terjemahan.

URL Uniform Resource Locator.

WAN Wide Area Network.