tevt malaysia

29
1 SEJARAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN LATIHAN VOKASIONAL DI MALAYSIA Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TEVT) merupakan pendidikan yang berorientasikan kepada pendidikan dan latihan yang memberikan pengetahuan, kemahiran dan pembentukan sikap individu dan sesuai dengan keperluan masyarakat, termasuk membentuk sikap positif terhadap pekerjaan untuk meningkatkan kerjaya di tempat kerja (Hanafi, et al. 2008). Sejarah TEVT di Malaysia bermula sejak zaman sebelum merdeka lagi. Ia mengalami perkembangan dan telah melalui pelbagai proses penyelidikan dan pembangunan bagi memantapkan lagi sistem yang sedia ada. Pendidikan Vokasional Sebelum Kemerdekaan Di awal penjajahan Inggeris hanya terdapat orang perseorangan seperti Rev R.S. Hutchings mengajari kanak-kanak tentang pekerjaan berguna seperti tukang kayu, tukang besi, tukang kasut dan tukang jahit di Penang Free School pada 1816 (Widad, et al. 2002). Kelas perdagangan dimulakan di St. Xavier’s

Upload: razsyaini-cikli

Post on 31-Jul-2015

235 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: TEVT Malaysia

1

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN LATIHAN

VOKASIONAL DI MALAYSIA

Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TEVT) merupakan pendidikan yang

berorientasikan kepada pendidikan dan latihan yang memberikan pengetahuan, kemahiran dan

pembentukan sikap individu dan sesuai dengan keperluan masyarakat, termasuk membentuk

sikap positif terhadap pekerjaan untuk meningkatkan kerjaya di tempat kerja (Hanafi, et al.

2008). Sejarah TEVT di Malaysia bermula sejak zaman sebelum merdeka lagi. Ia mengalami

perkembangan dan telah melalui pelbagai proses penyelidikan dan pembangunan bagi

memantapkan lagi sistem yang sedia ada.

Pendidikan Vokasional Sebelum Kemerdekaan

Di awal penjajahan Inggeris hanya terdapat orang perseorangan seperti Rev R.S.

Hutchings mengajari kanak-kanak tentang pekerjaan berguna seperti tukang kayu, tukang besi,

tukang kasut dan tukang jahit di Penang Free School pada 1816 (Widad, et al. 2002). Kelas

perdagangan dimulakan di St. Xavier’s Institution (nama baru Penang Free School) pada 1906

berdasarkan saranan Laporan Kynnersly.

Pendidikan vokasional hanya mula diberi perhatian oleh kerajaan Inggeris apabila

terdapat keperluan melatih rakyat bagi mengisi kekosongan jawatan di jabatan-jabatan kerajaan.

Maka pada tahun 1906, Treacher Training School dibuka di Kuala Lumpur bagi melatih

juruteknik-juruteknik Jabatan Buruh dan Kereta Api Tanah Melayu.

Di sekolah, kemahiran simpan kira-kira, anyaman dan kerja kayu mula diajar di beberapa

sekolah rendah sekitar tahun 1920an. Pada tahun 1923, Pusat Latihan Pertanian ditubuhkan bagi

Page 2: TEVT Malaysia

2

memberi latihan kepada orang-orang Melayu mengenai cara-cara berladang dan berkebun.

Kemudian pada tahun 1925, Sekolah Teknik Jabatan Kerajaan dibuka di bawah kendalian

Jabatan Buruh dan pada tahun 1931, ia mula ditadbir urus oleh Jabatan Pelajaran. Terdapat

cadangan untuk menaik taraf sekolah ini kepada Kolej Teknik pada tahun 1942 namun ia hanya

direalisasikan pada tahun 1946 akibat Perang Dunia Kedua yang meletus.

Sekolah Pertukangan (Trade School) dibuka di Kuala Lumpur pada tahun 1926 khusus

untuk melatih para mekanik, juruelektrik dan tukang kayu bagi lepasan sekolah rendah.

Pembukaan sekolah ini diikuti di Pulau Pinang, Johor Baru dan Ipoh di antara tahun 1929 ke

1934. Sekolah Teknik Kuala Lumpur ini diubah status menjadi Institut Persekutuan pada 1935

(di bawah pentadbiran negeri Selangor) dan Maktab Teknik pada 1941. Pada tahun 1972, ia

dinaik taraf menjadi Universiti Teknologi Malaysia.

Laporan Elles 1927 membawa kepada penubuhan sebuah Sekolah Pertanian pada tahun

1931 di Serdang bagi memberi pendidikan yang lebih mendalam kepada pegawai-pegawai

pertanian. Ia kemudian diikitiraf sebagai Universiti Pertanian Malaysia pada tahun 1972 dan

ditukar nama menjadi Universiti Putra Malaysia pada 1997.

Mata pelajaran prinsip pertanian dan perladangan diperkenalkan di Sekolah Vernakular

Melayu mengikut cadangan Laporan Winstedt (R.O. Winstedt merupakan Penolong Pengarah

Pendidikan Melayu) pada 1917. Pada tahun 1918, Suruhanjaya Pendidikan Teknik dan Industri

telah dibentuk untuk mengkaji keperluan pelajaran vokasional dan teknik di Tanah Melayu.

Jawatankuasa Lemon telah memutuskan supaya Sekolah Teknik diwujudkan di Kuala Lumpur

bagi mengajar mata pelajaran Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan

Awam dan Ilmu Ukur. Namun begitu syornya tidak diambil tindakan oleh kerajaan Inggeris.

Sehingga 1930, hanya terdapat lima buah sekolah pertukangan. Cadangan laporan oleh Messrs

Page 3: TEVT Malaysia

3

Coales, Watson dan Worley supaya sekolah teknik ditubuhkan bagi melatih juruteknik bagi

keperluan sektor awam dan juga swasta telah membawa kepada pembukaan Sekolah Teknik

pada tahun 1930. Ia diletakkan di bawah pentadbiran Jabatan Pendidikan pada tahun 1931 dan

pada tahun 1933, pengambilan pelatih dari sektor swasta dimulakan.

Laporan Chesseman 1938 yang lebih menyeluruh dengan mengambil kira Laporan

Winstedt (1917) dan Laporan Elles (1927) mengesyorkan lebih banyak sekolah vokasional

dibina. Saranan Laporan Cheesemen dilancarkan sepenuhnya selepas Perang Dunia Kedua.

Walau bagaimanapun semasa pendudukan Jepun (1941-1945), sekolah teknik dan maktab teknik

untuk pengajian telekomunikasi, meritim, perikanan, pertanian dan pertanian telah ditubuhkan

(Sejarah Perkembangan Pendidikan n.d.).

Kesedaran untuk mengkaji semula dasar pendidikan timbul menjelang penubuhan

Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 1948. L.J. Barnes ditugaskan untuk mempengerusi

jawatankuasa mengkaji masalah pendidikan orang Melayu. Maka pada 1951 Laporan Barnes

dibentuk dan menekankan supaya pelajaran sains dan ketukangan diberi kepada pelajar lelaki

serta ekonomi rumahtangga kepada pelajar perempuan.

Laporan Fenn-Wu 1951 menolak cadangan Laporan Barnes supaya semua sekolah

dijadikan sekolah kebangsaan dengan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu sebagai bahasa

pengantar. Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu lalu membentuk sebuah Jawatankuasa Penasihat

Pusat untuk mengkaji kedua-dua laporan tersebut dan mencari satu penyelesaian. Ordinan

Pelajaran 1952 dicadangkan dan salah satu ciri penting ordinan ini ialah mengembangkan

sekolah-sekolah vokasional. Sebuah Jawatankuasa Penasihat Pusat Bagi Pendidikan Teknikal

dan Vokasional dan Latihan dibentuk pada tahun 1953 seperti yang termaktub di bawah Seksyen

II Ordinan Pelajaran (Chief Secretary 1953).

Page 4: TEVT Malaysia

4

Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Laporan Razak 1956) telah menyemak dasar

pendidikan Persekutuan Tanah Melayu dan membina satu sistem pendidikan kebangsaan.

Laporan Razak mencadangkan supaya penyusunan semula pendidikan teknikal dibuat bagi

melahirkan pakar-pakar teknik, tenaga mahir dan separuh mahir melalui satu sistem pendidikan

formal di bawah pengurusan Kementerian Pendidikan. Pendidikan teknikal ini dikelolakan dalam

tiga peringkat iaitu Maktab Teknik (menyediakan kursus teknikal peringkat diploma kepada

lepasan sekolah menengah), sekolah teknik (memberi peluang lepasan sekolah menengah rendah

mengikut kursus 3 tahun untuk menjadi juruteknik) dan sekolah tukang (menyediakan kursus

kemahiran selama dua tahun untuk lepasan sekolah rendah). Sekolah teknik ( Technical Institute)

merupakan Treacher Training School yang dinaik taraf pada 1956.

Pendidikan Vokasional Selepas Kemerdekaan

Sebagai sebuah negara yang baharu mencapai kemerdekaan, cabaran utama negara

sepanjang 1960an dan 1970an ialah menyediakan tenaga kerja dalam sektor kerajaan dan swasta

dari kalangan anak tempatan bagi menggantikan tenaga kerja yang berbangsa Inggeris dan

Eropah. Latihan kemahiran dalam pelbagai bidang penting bagi meningkatkan produktiviti selain

penggunaan sumber manusia, bahan, kewangan dan kaedah pemasaran yang cekap. Ini kerana

negara telah mengalami lebihan tenaga tidak mahir dalam industri (Advisory Council 1963).

Penambahbaikan dalam perancangan, pengurusan dan kawalan adalah perlu dalam

mengendalikan program-program latihan merentas pelbagai bidang .

Perkembangan penting dalam pendidikan vokasional bermula dengan usul Laporan

Abdul Rahman Talib 1960 yang mengkaji pelaksanaan dasar pendidikan kebangsaan (Laporan

Razak). Laporan ini diterima oleh Parlimen dan digubal menjadi Akta Pendidikan 1961. Antara

Page 5: TEVT Malaysia

5

perakuan utama ialah untuk memajukan pendidikan teknik dan vokasional dengan membina

lebih banyak sekolah lanjutan kampung, sekolah menengah ketukangan (bagi lepasan sekolah

lanjutan kampung) dan pembinaan Sekolah Menengah Teknik (SMT) di kawasan bandar. Justeru

Technical Institute telah diubah menjadi SMT pada tahun 1962 bertujuan untuk memberi

pengetahuan asas kepada pelajar yang cenderung kepada aliran teknikal dalam tiga bidang kursus

iaitu Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Mekanikal dan Pertanian.

Sehingga tahun 1961, negara telah menerima bantuan kepakaran dan peruntukan

kewangan sebanyak 5 juta diberi bagi memajukan bidang teknikal menerusi Rancangan

Colombo. Pada 1961, bantuan kewangan dan teknik terus diterima dalam bidang pertanian dan

perusahaan (Persidangan Menteri-Menteri Colombo 1961).

Pada tahun 1964, kebanyakan sekolah lanjutan kampung dan sekolah tukang ditutup

kerana kurang mendapat sambutan memandangkan lulusannya sukar mendapat pekerjaan selain

masalah kelengkapan bengkel yang tidak mencukupi. Bahagian Teknikal dan Vokasional di

bawah Kementerian Pelajaran telah dibentuk pada tahun yang sama (Sejarah Perkembangan

Pendidikan n.d.) (Technical Education Division 1969) untuk mengurus Sistem Pelajaran Teknik

dan Vokasional di Semenanjung Malaysia. Hasilnya sebuah Jawatankuasa Penasihat ditubuhkan

terdiri daripada pakar-pakar dari sektor awam dan swasta bagi mengkaji permasalahan tersebut.

Satu sistem pelajaran komprehensif diperkenalkan pada tahun 1965 di menengah rendah dan

1968 di menengah atas (Technical Education Division 1969) bagi memansuhkan Sekolah

Pertukangan Kampung dan menggantikan Sistem Pelajaran Lanjutan (Widad, et al. 2002). Ia

dikenali sebagai Sistem Pelajaran Aneka Jurusan atau Pendidikan Komprehensif.

Menerusi sistem ini, empat mata pelajaran vokasional iaitu Seni Perusahaan, Ilmu

Perdagangan, Sains Rumah Tangga dan Sains Pertanian ditawarkan sebagai subjek elektif

Page 6: TEVT Malaysia

6

kepada pelajar menengah rendah. Pelajar seterusnya boleh mengikuti pengajian di Sekolah

Menengah Vokasional (SMV) pada peringkat menengah atas dan menduduki peperiksaan Sijil

Pelajaran Vokasional Malaysia (SPVM) yang dimulai pada tahun 1969. Kecenderungan sektor

swasta mengambil pekerja dari kalangan lulusan SPVM mendorong kepada pengenalan Skim

Perantis (Technical Education Division 1969) di samping pembinaan lebih banyak SMV secara

beransur-ansur (1969 – 1974) di seluruh negara, selaras dengan Rancangan Lima Tahun Dasar

Ekonomi Baru. Menjelang akhir 1974, terdapat 18 buah sekolah vokasional dengan 13 buah

daripadanya menawarkan kursus pertukangan. Kursus perdagangan kemudian diperkenalkan di

sekolah menengah teknik bagi menarik kemasukan pelajar perempuan seperti yang termaktub

dalam Rancangan Malaysia Kedua (1971 – 1975).

Bilangan guru turut ditambah dan latihan diperluas (Widad, et al. 2002) ke Maktab

Perguruan Teknik (dibina pada 1962) (Technical Education Division 1969), Maktab Perguruan

Ilmu Khas, Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim dan SMV pada tahun 1968 dan Trade

Teachers Training College di Kuantan pada 1969. Ini berikutan saranan dalam Laporan Khir

Johari 1967 dengan Jawatankuasa Pelajaran Tinggi supaya tumpuan diberi kepada pembangunan

pendidikan tinggi merangkumi pendidikan vokasional di maktab, politeknik dan universiti

dengan pembinaan Institut Teknologi MARA (1967), Politeknik Ungku Omar (1969) (Technical

Education Division 1969), Kolej Tunku Abdul Rahman (1969), Universiti Sains Malaysia

(1969), Universiti Pertanian Malaysia (1972) dan Universiti Teknologi Malaysia (1972).

Pada tahun 1970, Institut Latihan Perindustrian (ILP) dibina di Kuala Lumpur dan

Seberang Prai bagi memenuhi keperluan tenaga mahir dalam industri. Pembangunan ekonomi

yang berterusan membawa kepada permintaan pekerja mahir dalam pelbagai bidang pekerjaan.

Oleh itu program-program latihan kemahiran diperluas menerusi Kementerian Buruh dan Tenaga

Page 7: TEVT Malaysia

7

Rakyat, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan (KBS), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan

agensi lain.

Laporan Kabinet 1970 mengkaji semua matlamat dan implikasi sistem pendidikan sedia

ada dan membuat cadangan bagi pendidikan rendah, menengah, latihan perguruan, politeknik,

perkhidmatan bimbingan dan kerjaya, pendidikan khas dan pendidikan moral dan etika. Lanjutan

daripada ini, Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 yang mengkaji pelaksanaan Laporan Kabinet

tersebut mencadangkan agar murid di sekolah menengah perlu diberi pendidikan umum dan

Sistem Pelajaran Aneka Jurusan perlu dimansuhkan. Turut dicadangkan ialah pembinaan lebih

banyak SMV dan kurikulum pendidikan dikaji semula. Hasilnya pada tahun 1983, Kurikulum

Baru Sekolah Rendah (KBSR) dilancarkan dan mata pelajaran Kemahiran Manipulatif

diperkenalkan. Pada tahun 1989, pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

(KBSM) dimulai dan mata pelajaran Kemahiran Hidup Program Peralihan (KHPP) ditawarkan

mengikut Pilihan A, B, C dan D. SPVM juga ditukar kepada Sijil Pelajaran Malaysia

(Vokasional) SPM(V), menjadikan lepasan SMV setaraf dengan lulusan SPM.

Melalui RMK4 (1981-1985), tumpuan kepada bidang pelajaran dan latihan telah

dipergiat dengan memfokuskan kepada kemajuan kemahiran, pengetahuan teknikal dan

keusahawanan. Dalam tempoh ini, lebih banyak ILP, institut dan SMV, pusat latihan belia serta

universiti dan kolej telah ditambah bilangannya. Ini dipacu lagi dengan pelancaran Dasar

Pandang ke Timur 1982 bagi mewujudkan kerjasama antara Malaysia, Jepun dan Republik

Korea dalam bidang latihan-latihan teknikal dan akademik, ekonomi, perindustrian, program

kemajuan eksekutif, penyelidikan dan pengurusan. Turut dilancarkan ialah Dasar Belia Negara

pada tahun 1985, namun Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di bawah Kementerian Belia

dan Sukan (KBS) hanya mula ditubuhkan pada tahun 1991. Program pembangunan kemahiran

Page 8: TEVT Malaysia

8

belia terus diberi perhatian dalam RMK7 (1996 – 2000) di mana keutamaan diberi dalam

pembangunan tenaga melalui peningkatan sistem penyampaian pendidikan dan kemahiran, serta

orientasi semula kecenderungan masyarakat dan individu kepada pekerjaan teknikal.

Dasar Penswastaan Negara pada pertengahan 1980an telah membawa kepada

penswastaan institut teknikal dan sekolah teknikal kepada industri. Dalam tahun 1992, KPM

telah memperkenalkan konsep “Time-Sector Privatisation”. Melalui konsep ini, kemudahan-

kemudahan di Politeknik dan juga SMT dihubungkaitkan dengan institusi swasta. Ini disambut

baik oleh Persatuan Institusi Pengajian Swasta Malaysia (NAIPEI) dan menggalakkan lebih

banyak NGO di bidang perindustrian mengembangkan latihan-latihan kemahiran industri melalui

Latihan Berasaskan Kerja, berdasarkan keperluan industri. Pada tahun 1993, kerajaan bersama

Pertubuhan Pengilang-Pengilang Malaysia telah bekerjasama menubuhkan Majlis Penasihat

Gunatenaga Manusia Kebangsaan yang bertanggungjawab terhadap perancangan, latihan dan

kawalan program-program di bawah Kementerian Sumber Manusia (MOHR), KPM, KBS,

Kementerian Buruh, Kementerian Seni dan Budaya, dan MARA (Widad, et al. 2002). Selain itu

HRDF (Dana Pembangunan Sumber Manusia) ditubuhkan bagi mengadakan sesi latihan

dalaman.

Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) ditubuhkan pada 1989 bagi

menggantikan Lembaga Latihan Perindustrian dan Pensijilan Ketukangan Kebangsaan

(LLPPKK) untuk menyelia dan meningkatkan mutu latihan kemahiran di samping bertindak

sebagai badan yang bertanggungjawab dalam pentauliahan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).

Apabila Jawatankuasa Kabinet Mengenai Latihan (JKML) ditubuhkan pada 1991, MLVK telah

memperkenalkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) bagi menggantikan

Piawaian Ketukangan Kebangsaan (PKK). NOSS merupakan hasil penggubalan program latihan

Page 9: TEVT Malaysia

9

sedia ada dan melibatkan JKML dan pakar-pakar dari industri. Pewujudan Perbadanan Sumber

Manusia Berhad (PSMB) pada 1992 telah menggalakkan penglibatan pihak swasta dalam

melatih dan memberi latihan kepada pekerja sektor industri. Sejajar dengan perkembangan

ekonomi, Malaysia telah menubuhkan institusi latihan kemahiran lanjutan dan tinggi dengan

kerjasama Jerman (German-Malaysia Institute; GMI), Perancis (Malaysia-France Institue; MFI)

dan Jepun (Japan-Malaysia Technical Institute; JMTI) pada tahun 1995. GMI dan FMI

dikendalikan oleh MARA manakala JMTI dikendalikan oleh MOHR.

Di peringkat Kementerian Pelajaran, mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB)

ditawarkan dan menggantikan KHPP pada tahun 1991. Di peringkat sekolah rendah, mata

pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR) diajar kepada pelajar tahun empat bagi

menggantikan mata pelajaran Kemahiran Manipulatif secara berperingkat. Rang Undang-

Undang Pendidikan 1995 digubal, Pelan Tindakan Bagi Pendidikan Teknikal dibentuk dan

selaras dengan Dasar Perindustrian Negara, SMV dinaiktaraf menjadi SMT pada 1996 dengan

menawarkan tiga aliran iaitu teknikal, vokasional dan kemahiran. Kursus-kursus teknikal dan

vokasional di politeknik diperluas dengan mengadakan kerjasama latihan termasuk pertukaran

program dengan institusi latihan, perbadanan atau organisasi perindustrian.

Pada tahun 2000, usul mengenai penubuhan dan pelaksanaan Kolej Komuniti di setiap

kawasan parlimen dibuat bagi menyediakan keperluan latihan dan kemahiran pada semua

peringkat di samping memberi peluang pendidikan kepada lepasan menengah sebelum ke

pasaran tenaga kerja atau melanjutkan pendidikan ke peringkat lebih tinggi. Dua belas buah

Kolej Komuniti mula beroperasi pada tahun 2001 dan pembinaannya diteruskan secara berfasa

dalam RMK 9. Pada tahun 2007, perjanjian Persefahaman (MoU) ditandatangani antara Kolej

Komuniti dengan syarikat-syarikat bagi menggalakkan usaha sama menjalankan program

Page 10: TEVT Malaysia

10

berkonsepkan Pembelajaran Berasaskan Kerja (Work-Based Learning). Lepasan Kolej Komuniti

berpeluang meneruskan pengajian peringkat diploma di Kolej Komuniti, Politeknik atau di

Institut Pengajian Tinggi yang lain.

Lebih banyak institusi kemahiran seliaan KBS iaitu sebanyak 15 institut latihan, termasuk

dua institut latihan kemahiran peringkat tinggi, telah beroperasi di bawah RMK8 (2001 – 2005).

Bahagian Pembangunan Kemahiran, KBS ditubuhkan pada tahun 2001 bagi merancang dan

engawal selia program latihan kemahiran di IKBN, IKTBN, Kursus Kemahiran Jangka Pendek

dan Customised kepada belia serta Kursus Kemahiran di institusi swasta (program tajaan

pelatih). Galakan turut diberi dengan penyaluran pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Negara

(TPTN) di institut latihan kemahiran. Insentif turut diberikan kepada industri untuk terlibat

dalam program perantisan kemahiran pelajar.

Pada tahun 2002, peluasan akses kepada aliran vokasional dibuat dengan menawarkan

mata pelajaran vokasional (MPV) di sekolah menengah harian. Pada tahun 2006, mata pelajaran

aliran vokasional (MPAV) mula ditawarkan di SMT. MPAV adalah bercirikan TechPrep di

mana pelajar mengambil mata pelajaran akademik sebagai teras dan mata pelajaran vokasional

sebagai elektif. Sehingga Jun 2008, terdapat 822 buah sekolah menawarkan MPV.

Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 (Akta 652) telah dikuatkuasakan pada

2006 dengan tujuan untuk membangunkan sumber manusia yang berpengetahuan (k-pekerja) dan

MLVK telah ditukar nama menjadi Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) (Ghalip, et al.

2012). Sebuah Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) ditubuhkan pada 2007

bagi memperkukuh penyampaian latihan dan meningkatkan pengambilan tenaga pengajar.

MOHR kemudiannya menggubal Pelan Induk Latihan dan Pembangunan Kemahiran Pekerjaan

Malaysia 2008 – 2020 dengan memfokuskan kepada pembangunan tenaga kerja berpengetahuan

Page 11: TEVT Malaysia

11

dan berkemahiran tinggi, yang lengkap dengan nilai dan sikap positif, membentuk k-pekerja

yang dapat memenuhi keperluan masa kini dan masa depan industri yang mampu memacu daya

saing negara di peringkat antarabangsa. Pentauliahan JPK dilaksanakan melalui SKM,

Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu , PPT (sejak 1996) , Pentauliahan Melalui Institusi Yang

Diluluskan, Pentauliahan Berorientasikan Industri Melalui Sistem Latihan Dual Nasional (SLN)

dan Skills Malaysia (bermula 2011).

STRUKTURPERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA

KELAYAKANAKADEMIK

KELAYAKANKEMAHIRAN

IJAZAH DLKM (Tahap 5)

DKM (Tahap 4)

SKM TAHAP 3

SKM TAHAP 2

SKM TAHAP 1

DIPLOMA& SIJIL

POLITEKNIK

KEMAHIRANPENYELIAAN DAN KEMAHIRAN TERAS (CORE ABILITIES) PENGETAHUAN

KATEGORI

PEKERJAAN

PERINGKATPENGURUSAN

PERINGKATPENYELIAAN

PERINGKATOPERASI &

PENGELUARAN

Sumber : Taklimat Peluang-Peluang Latihan-Latihan Kemahiran Dalam Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia Ke Arah Pembangunan Kerjaya, Jabatan Pembangunan Kemahiran, MOHR,. Power Point Slide 16

Page 12: TEVT Malaysia

12

Selaras dengan sasaran mencapai status negara maju menjelang 2020, Pelan Strategik

Transformasi Pendidikan Vokasional dilancarkan oleh Kementerian Pelajaran pada 2011.

Pelajaran Pendidikan Asas Vokasional diperkenalkan dari Tingkatan Satu. Pelajar akan memilih

pengkhususan semasa di Tingkatan Dua. Selepas PMR, pelajar boleh mengikut pengajian di

institut latihan kemahiran awam atau swasta. SMV dinaiktaraf menjadi Kolej Vokasional (KV)

dan tempoh pengajian dipanjangkan menjadi empat tahun. Graduan KV akan memperoleh SKM

Tahap 4 (setaraf diploma) di akhir pengajian (Mesyuarat Jawtankuasa Teknikal 2011).

Kesimpulan

Kerajaan British memulakan TEVT pada awal 1900 semata-mata untuk menyediakan

tenaga kerja peringkat bawahan di Jabatan Buruh dan Kereta Api bagi memenuhi kehendak

ekonomi untuk memindah hasil perlombongan dan perladangan. Sehingga tahun 1941, peluang

pendidikan masih terhad di bawah penjajahan Inggeris. Hanya mata pelajaran pertanian dan

pertukangan diberi di peringkat menengah. Ekoran desakan masyarakat Melayu selepas

penubuhan Persekutuan Tanah Melayu, dasar pelajaran baru dibuat. Pendidikan menengah

dibuka kepada pelajar perempuan dalam subjek ekonomi rumah tangga dan pelajar lelaki subjek

sains di samping pertukangan. Apabila negara mencapai kemerdekaan, usaha meningkatkan

bilangan tenaga mahir membawa kepada pembukaan lebih banyak institusi latihan vokasional,

penubuhan bahagian, jabatan dan kementerian untuk merancang, mengawal selia latihan dan

perjalanan institusi disesuaikan dengan dasar kerajaan dan keperluan semasa. Sehingga kini

kerajaan bertanggungjawab merancang, melaksana dan mengawal program-program latihan

teknikal, vokasional dan kemahiran. Bagi melahirkan tenaga mahir yang berketerampilan,

berdaya saing dengan nilai-nilai positif, industri seharusnya memainkan peranan yang aktif.

Page 13: TEVT Malaysia

13

PERBANDINGAN DI ANTARA TEVT DI MALAYSIA DAN DI JERMAN

Pertumbuhan ekonomi yang pesat telah membawa kepada perkembangan TEVT yang

rancak selepas negara mencapai kemerdekaan. Persekitaran perindustrian dan persaingan di

peringkat global memerlukan tenaga kerja yang bukan sahaja mahir, bahkan berupaya

melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya dengan berkesan dan produktif. Justeru, Pelan Induk

Perindustrian Kedua (1996-2005) telah memberi tumpuan kepada pembangunan sumber manusia

(Zuraidah 2008). Malaysia telah melantik sekumpulan pakar dari Jerman untuk mengkaji dan

menilai sistem latihan vokasional di samping menerokai kemungkinan mengaplikasi Sistem Dual

Jerman dalam konteks Malaysia .

Hasil kajian dua tahun (1997 - 1999) tersebut, sistem TEVT digambarkan sebagai :

1. Subsistem 1: TEVT diintegrasi dalam sistem pendidikan umum di bawah KPM.

2. Subsistem 2: TEVT dikendalikan oleh Kementerian Persekutuan

3. Subsistem 3: Penilaian dan pensijilan kemahiran kerja yang dilakukan berdasarkan

kepada NOSS dan Sistem Pensijilan. Sistem ini bermula dengan memperkenalkan

tiga tahap sistem pensijilan iaitu asas, pertengahan dan berkemahiran. Namun yang

demikian, pada tahun 1992, sebuah sistem baru telah diperkenalkan iaitu sistem

yang menggunakan 5 tahap kemahiran. Ini diikuti pula dengan pengenalan

pendekatan akreditasi pada tahun 1993 yang dijalankan oleh MLVK.

Kajian tersebut mengesyorkan kaedah pembentukan Sistem Dual Latihan Nasional (SLDN)

di Malaysia. SLDN merupakan suatu pendekatan yang telah terbukti berkesan di Jerman di mana

institusi latihan dan industri bekerjasama menghasilkan pekerja mahir. Terdapat tiga aliran

Page 14: TEVT Malaysia

14

pendidikan menengah di Jerman iaitu Hauptschule, Relschule dan Gymnasia. Hauptschule ialah

peringkat terendah yang dikhususkan kepada pelajar yang akan mengikuti program perantis.

Realschule seperti Hauptschule tetapi dengan pemberatan teori yang lebih banyak manakala

Gymnasia adalah persediaan pelajar yang akan mengikuti pelajaran ke universiti. Sistem

perantisan di aliran Hauptschule dan Realschule dikenali sebagai sistem dual. Empat ciri dan

sifat Sistem Dual Jerman dinyatakan di bawah (Hanafi, et al. 2008).

1. Terdapat dua tempat pembelajaran, i) di industri untuk latihan bekerja yang diuruskan

kerajaan pusat atas nasihat daripada institut latihan vokasional dan ii) di sekolah untuk

mempelajari teori umum dan menjadi tanggungjawab negeri

2. Perundangan pendidikan di 16 negeri memastikan bahawa belia lepasan sekolah yang

memasuki latihan adalah tanggungjawab kerajaan. Setiap pelajar di bawah 18 tahun perlu

mengikuti pendidikan di sekolah vokasional bawah pengawalan negeri.

3. Pelaksanaan latihan bekerja ditangani oleh pelbagai syarikat dan kerajaan sepanjang masa

dua ke tiga tahun. Penilaian akhir dilakukan oleh Dewan Perdagangan dan Industri

Jerman (DIH) dan para profesional, bukannya kerajaan, bagi memastikan kelayakan

vokasional mempunyai ukuran yang sama di seluruh negara berdasarkan prinsip

pengelolaan sendiri.

4. Industri bertanggungjawab terhadap pelaksanaan latihan kerja dan menyokong dari segi

kewangan, di mana sistem sangat bergantung kepada pasaran latihan di sektor swasta.

Sistem ini membolehkan bekalan tenaga mahir yang berterusan bagi memenuhi permintaan

industri pembuatan dan perkhidmatan seperti yang berlaku di Jerman, Austria dan Switzerland.

Berasaskan keberkesanan sistem ini, Amerika Syarikat dan rakan ASEAN lain seperti Thailand

Page 15: TEVT Malaysia

15

dan Filipina telah menerapkan kaedah latihan ini dalam usaha mengukuhkan lagi sistem

pencapaian mereka (Rahman, et al. 2007).

SLDN berbeza dengan program latihan kemahiran yang lain kerana pengajar perlu

menyisipkan kemahiran sosial dan nilai sosial secara eksplisit dalam proses pengajaran dan

pembelajaran kandungan teknikal. Kemahiran sosial dan nilai sosial amat dititikberatkan dalam

pekerjaan sebenar. Oleh itu SLDN boleh dianggap sebagai satu sistem yang menggabungkan

kompetensi berasaskan teknikal dengan kompetensi berasaskan kemanusiaan. Ia menggunakan

Kurikulum Teras Pekerjaan Kebangsaan (NOCC) yang dibentuk pakar dalam sesuatu bidang

latihan pekerjaan. Ia dibentuk berdasarkan analisis kehendak industri, bersesuaian dengan polisi

kerajaan dalam program pembangunan nasional, Pelan Induk Industri (IMP) dan kehendak serta

analisis pasaran masa kini dan akan datang (Rahman, et al. 2007). Melalui SLDN, Malaysia

mensasarkan bekalan pekerja mahir yang cukup dan modal insan bermotivasi tinggi.

Pelaksanaan SLDN diluluskan pada tahun 2004 dan dilaksana pada 2005 melibatkan

perancangan satu perkongsian bijak di antara institut latiahn dengan (industri), pendekatan

sistem perantis dan persekitaran tempat belajar serta kaedah penyampaian latihan yang

menyeluruh dari institut-institut latihan dan industri.

Sehingga 2011, jumlah keseluruhan pelatih SLDN ialah 26,107 orang melibatkan sekitar

1177 syarikat perindustrian (Ghalip, et al. 2012) yang berbeza. Sasaran awal melahirkan 31,500

orang pekerja mahir melalui SLDN pada 2010 (Akmal, Rohana and Aminudin 2011) tidak dapat

dicapai. Justeru didapati bahawa SLDN yang dijalankan di Malaysia tidak begitu berjaya

seperti Sistem Dual Jerman. Ini didorong oleh kegagalan mereplika sepenuhnya Sistem Dual

Jerman. Antara perbezaan yang paling ketara di antara SLDN yang dijalankan di Malaysia dan

Jerman ialah (Akmal, Rohana and Aminudin 2011):

Page 16: TEVT Malaysia

16

1. Polisi pendidikan teknik dan vokasional negara Jerman adalah lebih meluas dan holistik.

2. Fungsi dominan SLDN di Malaysia adalah semata-mata untuk kepentingan ekonomi

berbanding kepentingan individu (pelatih) dan masyarakat.

Perbezaan-perbezaan lain yang menyumbang kepada ketidaksempurnaan SLDN di

Malaysia dinyatakan dalam jadual di bawah (Akmal, Rohana and Aminudin 2011).

Perkara Sistem Dual Jerman Sistem Latihan Dual Nasional

Sejarah Sejarah yang panjang - telah diterapkan seawal abad ke20 dan latihan perantis telah bermula sejak abad ke 17

Sangat terkini – bermula apabila perjanjian usaha sama di antara Jerman dan Malaysia termeteraipada pertengahan tahun 1990-an.

Matlamat Utama

Luas dan universal - Pendidikan dan latihan vokasional menyediakan semua kaum muda dengan kelayakan yang diperakui.

Tujuan khusus untuk pekerjaan - Keperluan tenaga kerja berkemahiran untuk kepentingan ekonomi semata-mata.

Perangkaan Undang-Undang

Akta undang-undang yang mantap - Vocational Training Act 1969 untuk latihan di tempat kerja dan State (Lander) Education Acts untuk latihan di sekolah-sekolah

Tiada perangkaan undang-undang yang spesifik.

Perkongsian Kos

Perkongsian Kos antara kerajaan dan industri dengan industri menyumbang hingga dua pertiga dari jumlah keseluruhan.

Perkongsian kos – Kerajaan mengeluarkan modal yang lebih besar dibandingkan dengan industri.

Koordinasi Dan Kawalan Kualiti

Prinsip dan Peraturan – Dipantau oleh sesebuah syarikat itu sendiri.

Kawalan Pusat – Dikawal oleh pihak kerajaan iaitu sebahagian besarnya melalui Economic Planning Unit. Majikan & organisasi pekerja tidak memainkan peranan.

Sistem Penilaian Dan Pensijilan

Pentadbiran Sendiri – Dilakukan oleh sesebuah syarikat yang terlibat.

Kawalan Pusat – Dikawal oleh pihak kerajaan melalui Jabatan Pembangunan Kemahiran, MHR yang akan menganugerahkan Sijil Latihan Kemahiran tahap 3.

Page 17: TEVT Malaysia

17

Perkara Sistem Dual Jerman Sistem Latihan Dual Nasional

Kurikulum Dan Reka Bentuk Pengajaran

Dokumen yang tidak terperinci - Hanya rangka kurikulum yang singkat diberikan, satu konsep baru dalam pembelajaran sesuatu bidang dan setiap satunya adalah berbeza mengikut syarikat dan sekolah vokasional.

Dokumen yang terlalu mendalam dan terperinci - Kurikulum yang sangat terperinci serta standard untuk semua syarikat dan pusat latihan.

Jangka Masa Pengajian

Panjang – 3 tahun hingga tiga tahun setengah.

Pendek – 2 tahun

Pendekatan Pendekatan pengajaran berasaskan aktiviti

Pendekatan pengajaran berasaskan proses kerja

Kesimpulannya perbezaan utama di antara SLDN di Malaysia dengan Jerman adalah

di Malaysia, kerajaan memainkan peranan utama, peranan negeri pula tidak jelas manakala

pihak industri menjadi penyokong kepada perlaksanaan sistem ini sahaja. Senario di Jerman

berbeza dengan pihak industri memainkan peranan utama. Pihak industri di Malaysia belum

bersedia dari pelbagai aspek untuk mengambil alih tugas dan tanggungjawab yang

dijalankan oleh kementerian pusat dalam melaksanakan SLDN.

Bibliography

Page 18: TEVT Malaysia

18

Advisory Council, National Productivity Centre. "Introduction To Management Course." National Productivity Centre : Productivity Bulletion, Dec 1963.

Ahmad, Othman, Abdullah Nor Hazana, Sulaiman Mohamad, and Shamsudin Alina. "The Emerging Roles of Coaches In The Malaysian Dual Training System." International Education Studies, 2011: 154-160.

Akmal, Hanas Hasmori, Hamzah Rohana, and Udin Aminudin. "Sistem Latihan Kemahiran Dua Hala Di Malaysia : Satu Perbandingan Dengan Negara Jerman." Journal of Edupress, 2011: 214-222.

"Arrangement For Opening Trade School In Kuala Lumpur." Arkib Negara Malaysia, Rujukan N.S.709-1926, Kuala Lumpur.

Chief Secretary. "Central Advisory Committee On Technical and Vocational Education and Training." Kuala Lumpur: Office of The Director of Education, April 4, 1953.

DEVELOPMENT PROJECT . PROPOSAL, TECHNICAL AND VOCATIONAL DIVISION, 1978.

Ghalip, Sapahat, et al. Sijil Kemahiran Malaysia : Gerbang Kerjaya Anda. Putrajaya: Jabatan Pembangunan Kemahiran, 2012.

Hammond, H F. Memorandum of The Administration of Vocational Training. Kuala Lumpur: Jabatan Tenaga Ra'ayat, Kementerian Buroh, 1969.

Hanafi, Ivan, Bakar Ab Rahim, Hamzah Ramlah, and Abu Rosini. "Model Sistem Pendidikan dan Latihan Teknikal-Vokasional." In Pendidikan Teknikal dan Vokasional: Suatu Perspektif Umum, by Mat Rashid Abdullah, Nazri Mohd Ibrahim and Hamzah Ramlah, 3-22. Serdang: Penerbit UPM, 2008.

Inspector of Schools in Selangor. Report On Malay Vernacular Education In The Sabak Bernam and Tanjong Karang Areas. Inspection, Jabatab Pendidikan, 1947.

Mesyuarat Jawtankuasa Teknikal, Bersama KPM dan KPT BIl. 2/2011. Transformasi Pendidikan Vokasional Kementerian Pelajaran Malaysia. Putrajaya, Julai 11, 2011.

Persidangan Menteri-Menteri Colombo. November 13, 1961. http://www2.arkib.gov.my/hids/print.php?type=A&item_id=940 (accessed March 20, 2012).

Rahman, M. Sail, Md Aroff Abdul Rahman, Abu Samah Asnarulkhadi, Hamzah Azimi, Mohd Noah Sidek, and Kasa Zakaria. Sistem LAtihan Dual Nasional : Buku Panduan Kemahiran Sosial dan Nilai Sosial dalam Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional. Serdang: Kementerian Sumber Manusia, 2007.

"Sejarah Perkembangan Pendidikan." In Pendidikan di Malaysia. Sumber Arkib Negara Malaysia (Rujukan 2008/0006395).

TECHNICAL AND VOCATIONAL EDUCATION. REF KP (pt) SULIT 008/6( ), MINISTRY OF EDUCATION.

"TECHNICAL AND VOCATIONAL EDUCATION IN FEDERATION OF MALAYA." SUMMARY OF ARRANGEMENT, 1965.

Page 19: TEVT Malaysia

19

Technical Education Division. Technical and Vocational Education in West Malaysia. Kuala Lumpur: Ministry of Education, 1969.

Widad, Othman, Habib Abd Razak, Mustapha Ramlee, and Ahmad Mohd Nor. Perancangan Kurikulum Pendidikan Teknik Dan Vokasional. Kuala Lumpur: Universiti Terbuka Malaysia, 2002.

Zaini, Ujang. Menghayati Budaya Ilmu : Faham Ilmu, Amalan Dan Panduan. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia, 2009.

Zuraidah, Mohd Zain. "TVET in Malaysia." Universiti Malaysia Perlis. 2008. dspace.unimap.edu.my (accessed April 11, 2011).