teori pemerolehan bahasa
TRANSCRIPT
3.3 Kemahiran Menyoal
Penyoalan merupakan satu aspek penting yang boleh mebawa pelajar kepada
aktiviti kognitif aras tinggi. Oleh itu guru harus faham dan tahu tentang
kepentingan soalan dalam pengajaran dan pembelajaran seperti membantu
pelajar mengingat kembali fakta-fakta dan mencungkil fikiran pelajar. Soalan yang
dibentuk hendaklah dirancang dengan rapi dan mengikut kebolehan pelajar.
i. Panduan menyoal
• Pastikan soalan jelas
• Nyatakan soalan, tunggu 2-3 saat dan kemudian panggil nama pelajar yang
dikehendaki menjawab soalan berkenaan
• Tanya satu soalan pada satu masa
• Gunakan soalan aras rendah dahulu dan diikuti dengan soalan aras yang lebih
tinggi.
• gunakan teknik “probing” untuk membantu pelajar memberikan jawapan.
ii. Aras soalan
Berdasarkan taksonomi Bloom terdapat 6 aras soalan :
• Pengetahuan
• Kefahaman
• Aplikasi
• Analisis
• Sintesis
• Penilaian
TEORI PEMEROLEHAN BAHASA
2.5 Implikasi Terhadap P & P Bahasa
Sememangnya diakui teori pembelajaran banyak membantu para guru
melaksanakan aktiviti pengajaran dengan berkesan berpandukan ciri-ciri teori
yang dipilih dan diamalkan. Setiap teori membawa implikasi yang berbeza
mengikut kesesuaian waktu dan persekitaran bilik darjah. Namun, kajian ahli
linguistik telah menghimpunkan pelbagai bentuk implikasi yang dilihat seringkali
mempengaruhi aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P &P) bahasa.
2.5.1 Teori Behaviorisme
Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (2000:19) dalam bukunya “Pedagogi Bahasa
Melayu: Prinsip, Kaedah dan Teknik”, beliau menyatakan bahawa kumpulanB e h
a v io r is berpendapat bahasa sesuatu perlakuan itu dapat dibentuk dengan
menggunakan rangsangan yang sesuai. Perlakuan tersebut dapat dikekalkan
sekiranya ia dikukuhkan melalui ganjaran. Bagi Abdul Aziz (ibid:20), antara prinsip
daripada teori Behaviorisme ini yang dapat diterapkan dalam bilik darjah adalah
dengan guru memberi pujian apabila pelajar memberikan jawapan yang betul atau
menghasilkan kerja-kerja yang baik. Selain itu, ganjaran dalam bentuk markah
atau gred perlu digunakan. Guru atau pihak sekolah member hadiah seperti buku,
plak dan sebagainya bagi menarik minat murid. Tambah beliau, guru juga
mempamerkan hasil kerja pelajar yang baik, contohnya karangan dan karya-karya
ilmiah yang dapat memberi penghargaan kepada mereka. Di samping itu, guru
juga boleh mengadakan aktiviti bahasa seperti pertandingan pidato atau bahas,
acara berbalas pantun, membaca puisi dan sebagainya di sekolah dari semasa ke
semasa dan para pemenang akan diberikan hadiah sebagai ganjaran.
Dalam kalangan kumpulan Behavioris, E.L Thorndike merupakan ahli
linguistik yang terulung dan beliau telah mengemukakan beberapa hukum penting
yang berkaitan dengan aspek perlakuan dalam teori Behaviorisme . Hukum-hukum
ini boleh diterapkan dalam aktiviti P & P bahasa. Dalam buku Pedagogi Bahasa
tulisan Abdul Aziz Abdul Talib (2000:20), telah disenaraikan setiap hukum-hukum
tersebut besertakan contohnya.
Bagi hukum pertama iaitu hukum latihan, mengikut hukum ini, latihan amat
penting untuk membina dan mengukuhkan sesuatu perlakuan yang dikehendaki .
Dalam bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa, misalnya, latihan diperlukan
dalam bidang lisan (sebutan, intonasi, bacaan nyaring), dan seumpamaynya.
Demikian juga halnya dalam lain-lain aspek pengajaran bahasa seperti aspek
tatabahasa atau menulis dan mengarang.
Hukum keduanya ialah hukum kesan. Hukum ini menyatakan bahawa
perlakuan-perlakuan yang ingin dibina atau dibentuk itu akan berkekalan atau
terus berlaku sekiranya ia diberikan rangsangan dan ganjaran positif . Ganjaran
positif itu hendaklah deberikan secepat mungkin selepas perlakuan bahasa yang
dikehendaki itu disempurnakan pelajar. Misalnya, dalam latihan atau ujian bahasa
ganjaran dalam bentuk markah atau gred, atau pujian hendaklah diberikan serta-
merta kepada pelajar. Hukum Kesan menyatakan bahawa faktor yang paling
penting yang menentukan kesan ganjaran terhadap respons atau perlakuan yang
baik itu ialah faktor masa. Lebih singkat masa antara respons dan ganjaran, maka
lebih kuatlah pertalian antaranya. Dalam bidang pengajaran dan pembelajaran
bahasa, Politzer dan Rivers (1964) berpegang kuat pada Hukum Kesan ini dengan
mengatakan:
Languange is “behaviour”, and language behaviour can be learned by
“inducing”, the student to “behave” the way are want him to behave....”
Hukum ketiga yang diterangkan Abdul Aziz Abdul Talib (ibid:21) ialah
Hukum Tubi. Hukum ini menyatakan bahawa ganjaran memberikan
kepuasan kepada pihak yang melakukan sesuatu respons. Dalam hal ini, semakin
kerap ganjaran diberikan, maka semakin menjadilah perlakuan yang dikehendaki
itu berlaku. Dalam bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa, ganjaran perlu
kerap diberikan berikutan dengan sesuatu aktiviti atau perlakuan bahasa yang
baik. Ini termasuklah komen positif guru yang membina, misalnya terhadap
karangan yang dibuat oleh murid. Bagi guru bahasa yang ingin membentuk
perlakuan bahasa yang baik dalam kalangan para pelajarnya, ketiga-tiga hukum
tersebut perlu diterapkan dalam proses P & P di bilik darjah.
2.2 Teori Mentalis
Teori mentalis merupakan penentang kepada teori behaviorisme. Golongan
mentalis menentang hebat golongan behavoiorisme. Hal ini kerana Juriah Long,
Raminah Hj Sabran dan Sofiah Hamid (1990:32) memetik pendapat Chomsky
bahawa teori behaviorisme tidak menghuraikan proses pemerolehan aspek
bahasa secara menyeluruh. Beliau juga menyatakan bahawa setiap pemerolehan
bahasa adalah proses mental bukan proses mekanis. Kenyataan Chomsky yang
dipetik dalam buku Perkaedahan Pengajaran Bahasa Malaysia bahawa seseorang
kanak-kanak yang lahir secara semulajadinya dapat menguasai bahasa
ibundanya. Terdapat dua unsur penting dalam teori ini iaitu kompeten (struktur
dalaman) dan performance (struktur luaran). Struktur dalaman adalah berbentuk
makna manakala bagi struktur luaran adalah ujaran bahasa yang dipertuturkan
oleh kanak-kanak semasa mereka mempelajari bahasa.
Juriah Long, Raminah Hj Sabran dan Sofiah Hamid (ibid:32) memetik
kenyataan Chomsky dan terdapat tiga sebab bagi mempertahan hipotesisi sejadi.
Menurut Chomsky, bahasa mempunyai ciri-ciri tatabahasa sejagat iaitu
kesemestaan formal dan kesemestaan substantif. Kedua-dua perkara tersebut
mempunyai maksud dan cara tersendiri. Setiap bahasa di dunia ini mempunyai
rumus-rumus dasar dan rumus-rumus transformasi supaya dapat menggambarkan
situasi bahasa itu. Ciri-ciri kedua menerangkan bahawa setiap ujaran yang
terdedah pada pendengaran mungkin sukar untuk diperolehi sekiranya kanak-
kanak tidak mempunyai keupayaan sejadi. Ciri yang ketiga, Chomsky menyatakan
bahawa kanak-kanak memperolehi sistem bahasa melalui ibunya dengan masa
yang singkat. Proses ini berlaku di antara empat hingga lima tahun.
Menurut Joriah Long, Raminah Hj Sabran dan Sofia Ahmad (ibid:33) yang
memetik kata-kata McNeill yang merupakan seorang penyokong kuat aliran
mentalis. Pendapat beliau,setiap kanak-kanak yang dilahirkan ke dunia
dikurniakan dengan Alat Pemerolehan Bahasa atau Sistem pemerolehan bahasa
(Language Acquisition Device). Pendapat yang dikemukakan oleh beliau
menegaskan bahawa kanak-kanak yang baru dilahirkan mempunyai ciri-ciri
linguistik sejagat iaitu kesemestaan formal dan kesemestaan substantif. Oleh
kerana unsur sejagat ini wujud dalam diri kanak-kanak maka mereka akan
memperoleh bahasa ibundanya dengan mudah.
2.5.2 Teori Mentalis
Terdapat beberapa implikasi P & P bahasa bagi teori Mentalis. Dalam buku
Zulkifley Hamid (1994) yang bertajuk Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa,
beliau telah mengatakan pembelajaran bahasa berlaku melalui
pengalaman menggunakan bahasa. Maksudnya di sini ialah murid
mendapat pengajaran bahasa selepas melakukan komunikasi lisan sepanjang
kehidupan mereka. Selain itu, beliau juga mengatakan bahawat a ta b a h a s a
dipelajari secara tidak langsung. Hal ini membuktikan bahawa pengajaran
tersebut hendaklah menggunakan pendekatan deduktif. Misalnya serapan dan
peniruan model dalam aktiviti pengajaran bahasa yang dijalankan. Kanak-kanak
menyerap tatabahasa pertama melalui komunikasi lisan (secara intuisi), kemudian
menyesuaikan rumus-rumus yang terkandung dalam tatabahasa sejagat dengan
menggunakan nahu tatabahasa bahasa pertamanya.
Di samping itu, implikasi yang lain ialah asas tatabahasa dikuasai
dalam bentuk lisan tetapi murid tidak menghafal ayat-ayat seperti mana
yang terdapat pada Teori Behaviorisme. Selain itu, Zulkifley Hamid (1994)
juga berpendapat bahawa teori ini dapat menggalakkan pelajar
menghasilkan pertuturan baru secara kreatif berdasakan pengetahuan
rumus bahasa. Murid tidak dapat menerangkan rumus tatabahasa yang
diserapi tetapi masih boleh menggunakannya dengan cara yang betul hasil
bimbingan guru semasa aktiviti di dalam kelas. Teori ini juga menganggap
kesilapan bahasa sebagai ujian sebelum mencapai tahap kemahiran. Guru
hendaklah mengehadkan kesilapan mereka dan menggalakkan mereka
memperbaiki berdasakan pengetahuan rumus yang telah mereka pelajari.
Oleh itu dapat difahami bahawa latihan-latihan yang diberi seharusnya
membina kecekapan menggunakan rumus secara kreatif. Selain itu, teori ini juga
turut menekankan kemahiran membaca dan menulis dan tidak mengabaikan
kemahiran mendengar dan bertutur.
2.5.3 Teori Kognitif
Implikasi P & P teori pemerolehan bahasa yang ketiga iaitu teori Kognitif
dihuraikan secara ringkas berdasarkan kajian beberapa ahli linguistik. Teori ini
memang cukup sinonim dengan Jean Piaget ahli psikologi yang telah banyak
memberi sumbangan kepada bidang kajian perkembangan kognitif kanak-kanak.
Implikasi yang dapat dilihat semasa proses P & P bagi teori ini ialah pembelajaran
bahasa yang melibatkan proses mental. Pembelajaran bahasa ialah proses
berfikir. Oleh itu, kanak-kanak perlu mempunyai pengetahuan untuk memahami
bahasa (makna) bukan bergantung kepada latihan giat semata-mata. Selain itu,
teori ini memerlukan penglibatan aktif
pelajar dan sikap kebertanggungjawaban kendiri dalam aktiviti
pembelajaran bahasa. Ini bermaksud, aktiviti yang dijalankan perlulah
berpusatkan pelajar di mana guru cuma bertindak sebagai pembimbing
manakala muridlah yang melaksanakan aktiviti yang dirancang.
Masa dan aspek bahasa yang hendak diajarkan perlu bersesuaian
dengan tahap perkembangan umur dan mental pelajar. Seperti mana yang telah
dihuraikan dalam teori pemerolehan di bahagian sebelum ini, teori kognitif yang
diperkenalkan Piaget mengandungi empat peringkat iaitu deria motor, pra operasi,
operasi konkrit dan operasi formal. Oleh itu, murid perlu menyesuaikan
pengetahuan sedia ada atau skema mengikut pengalaman dan persekitaran yang
dilalui. Di samping itu, teori ini juga menggalakkan
guru menyediakan persekitaran pembelajaran yang kaya, pelbagai dan
merangsangkan untuk menimbulkan motivasi. Kesalahan yang dilakukan
bukan suatu kegagalan tetapi percubaan hipotesis (rumus) yang telah dibina.
Maksudnya, latihan yang diberikan bukan membentuk kebiasaan automatis tetapi
untuk membina kecekapan menggunakan rumus yang dibentuk.
2.5.4 Teori Interaksionalis
Bagi menjelaskan implikasi P & P bahasa dengan menggunakan teori
Interaksionalis ini, terdapat beberapa kajian yang dapat dilihat dan diambil kira.
Teori yang dipelopori oleh Halliday ini banyak dipengaruhi teori bahasa fungsional
yang melibatkan aktiviti komunikasi lisan murid. Implikasi yang pertama dapat
dilihat ialah pembelajaran bahasa untuk pelbagai tujuan interaksi. Maksudnya,
guru mengajar murid cara berkomunikasi untuk mereka mengaplikasikannya
dalam pelbagai urusan kehidupan seharian mereka. Ringkasnya, dapat difahami
aktiviti yang dijalankan di dalam kelas lebih becorakkan kontekstual. Sebagai ahli
masyarakat, mereka juga seharusnya mempunyai kemampuan menguasai
kemahiran menggambarkan pemikiran dalam bentuk bahasa yang sesuai dengan
situasi sosial.
Dalam aktiviti P & P, penyampaian makna yang tepat adalah penting untuk berinteraksi di samping struktur tatabahasa yang betul. Oleh itu, makna dan tatabahasa dapat diajar serentak. Selain itu, teori interaksionalis juga membolehkan pendedahan kepada situasi linguistik bagi melatih pelajar menggunakan bahasa yang berkesan dalam interaksi sosial mereka. Maksudnya, guru perlu mengajar aspek kecekapan komunikasi seperti linguistik, sosiolinguistik, wacana dan strategik. Bagi memperkaya aktiviti di dalam kelas, guru juga boleh merancang aktiviti tugasan bahasa iaitu task based. P & P bahasa seharusnya menarik dan dapat memberi makna kepada pelajar. Bagi aspek latihan pula, guru boleh menggunakan teknik latih tubi bermakna secara sedikit untuk mendedahkan struktur tetapi masih mengajarkan sistem bahasa dan penggunaannya secara spontan dan fleksibel. Guru tidak perlu membaiki kesilapan bahasa pelajar, cukup sekadar menyedarkan mereka sama ada bentuk atau struktur yang mereka gunakan itu betul atau salah, dan setelah mereka sedar akan kesilapan tersebut, guru digalakkan meminta murid membetulkannya sendiri. Dalam erti kata yang lain, guru boleh membenarkan kesilapan pada peringkat awal bagi membolehkan murid berkomunikasi secara spontan dan fleksibel
4.0 STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH, DAN TEKNIK
4.1 STRATEGI
Untuk mencapai objektif-objektif pengajaran, seseorang guru biasanya menggunakan
gabungan berapa pendekatan serta kaedah mengajar tertentu. Rancangan gabungan
pendekatan dan kaedah serta turutan pendekatan dan kaedah itu dilaksanakan
merupakan strategi pengajaran.
Peranan strategi pengajaran adalah amat penting lagi jika kita mengajar pelajar-
pelajar yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat
yang berbeza-beza. Guru perlu rancangkan pendekatan dan kaedah yang digunakan
untuk mengajar kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza itu. Contohnya, dalam bilik
darjah biasanya terdiri daripada kumpulan lemah, kumpulan serdahana serta kumpulan
cergas. Guru terpaksa memikirkan strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai
kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan semua kumpulan. Di samping itu, setiap
bilik darjah mempunyai halangan serta rintangan-rintangan yang tersendiri seperti
keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta latar belakang sekolah dan
murid. Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasi berbagai-bagai
kaedah mengajar tetapi yang lebih penting lagi ialah bagaimana mengintegrasikan serta
menyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran yang paling
berkesan dalam pengajarannya.
Oleh yang demikian, adalah amat penting bagi setiap guru mengaplikasikan
strategi pengajaran supaya pelajar dapat menimba segala isi pelajaran yang hendak
disampaikan. Terdapat tiga strategi pengajaran bahasa iaitu;
i. Berpusatkan guru
ii. Berpusatkan pelajar
iii. Berpusatkan bahan
(Pedagogi untuk Asas Pendidikan, 2003: 115)
4.1.1 Berpusatkan Guru
Strategi di mana guru mengawal keadaan dan berperanan sebagai ketua. Fokus
pengajaran atau aktiviti dimonopoli oleh guru. Mengikut Brophy (1978), pendekatan ini
merupakan suatu pendekatan yang mudah dirancang dan diurus. Contoh strategi atau
teknik pengajaran yang berpusatkan guru ialah syarahan, demonstrasi dan bercerita
(guru sebagai pencerita). Antara ciri-ciri strategi pengajaran pemusatan guru adalah
seperti:
i.Guru berperanan utama dalam prose pengajaran dan pembelajaran
ii.Komunikasi sehala
iii.Murid pasif dan mendengar sahaja
iv.Guru mengarah dan mengawal pembelajaran
v.Guru berkuliah
vi.Kepimpinan bercorak autokratik
vii.Murid kurang berminat terhadap penerangan guru
viii.Kepimpinan
ix.Bercorak autokratik
x. Mementingkan pencapaian objektif pendidikan guru
xi. Menekankan ujian sumatif untuk penggredan
xii. Sifat-sifat sosial kurang dipupuk
4.1.2 Berpusatkan Pelajar
Strategi pemusatan pelajar bermaksud pelajar mengambil alih sedikit tanggungjawab
untuk apa yang diajar dan bagaimana la dapat dipelajari. Ada sedikit kecenderungan
terhadap pembelajaran eksperiential dan membuat pemuan untuk mereka. pengajaran
yang berpusatkan murid adalah pembelajaran secara aktif berpusatkan pelajar dan
meningkatkan penglibatan pelajar (Orlich et al., 2007). Dalam strategi ini, tumpuan
diberikan kepada pelajar dalam melaksanakan aktiviti pengajaran. Pelajar memiliki
kebebasan untuk melakukan aktiviti bersama guru dan proses pembelajaran berbentuk
penerokaan idea-idea dan konsep-konsep baru.
Strategi berpusatkan pelajar dapat menggalakkan pelajar bertanggungjawab dan
melibatkan diri bagi membantu mereka memahami bagaimana untuk belajar .Kaedah ini
boleh dilakukan dengan mewujudkan iklim bilik darjah yang dapat memperkembangkan
kreativiti pelajar. Melalui strategi ini, pelajar dapat menyertai aktiviti pengajaran dan
pembelajaran secara aktif. Komunikasi berbentuk dua hala serta berlakunya soal jawab
antara guru dengan pelajar. Pendekatan ini sesuai digunakan apabila maklumat tidak
disampaikan secara berkesan berbanding dengan strategi berpusatkan guru dan
matlamatnya adalah untuk mengembangkan kemahiran pemikiran kreatif serta kritis.
Pengajaran di dalam bilik darjah yang berpusatkan pelajar selalunya kurang eksplisit
atau kurang tepat dan jelas. Walaupun strategi berpusatkan pelajar kurang eksplisit,
guru tidak membiarkan pelajar untuk melakukan aktiviti tanpa pemantauan. Guru
bertindak sebagai fasilitator dan bertanggungjawab terhadap pelajar. Guru juga
bertindak secara autoritatif dengan mengagihkan sedikit kuasanya kepada pelajar.
Kajian menunjukkan bahawa strategi berpusatkan pelajar mempunyai kelebihan
untuk memperkembangkan kebolehan pelajar dalam mengaplikasikan konsep sikap
yang positif, mewujudkan motivasi serta memperkembang peribadi dalam
menggalakkan kemahiran sosial kumpulan termasuklah memupuk nilai kerjasama
antara pelajar. Bilik darjah yang berpusatkan pelajar juga menunjukkan perkembangan
kognitif di peringkat yang tinggi dalam kalangan pelajar dimana aktiviti yang dijalankan
memerlukan pelajar untuk menggunakan minda bagi menjawab soalan guru.
Pembelajaran menekankan kepada pembelajaran kendiri, arahan kendiri dan inkuiri
penemuan. Contoh strategi pemusatan pelajar ialah induktif, lakonan, permainan, main
peranan, sumbang saran dan sebagainya. Antara ciri pengajaran berpusatkan murid
ialah :
i. Murid aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
ii. Pemindahan pembelajaran
iii. Komunikasi dua hala berlaku
iv. Naluri ingin tahu dikembangkan
v. Kepimpinan bercorak demokratik
vi. Mementingkan perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek
vii. Murid minat dalam pelajaran
viii. Disiplin tidak terkawal
ix. Menekankan pencapaian objektif pembelajaran murid
x. Pembelajaran bercorak pengarahan kendiri
xi. Murid lebih kreatif
xii. Sifat-sifat sosial yang positif seperti bekerjasama, tolongmenolong
xiii. Murid aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
4.1.3 Strategi Berasaskan Sumber/Bahan
Strategi berpusatkan bahan bermaksud guru menggunakan banyak bahan seperti buku,
blok-blok binaan, bahan lukisan, peralatan saintifik, komputer, pusat sumber, pusat
akses kendiri dan lain-lain untuk menjalankan pengajarannya. Strategi berpusatkan
bahan meliputi cara yang luas bagi pelajar yang dibimbing oleh guru hingga yang
belajar secara individu dapat belajar.
Penekanan diberikan kepada penggunaan bahan-bahan untuk meningkatkan
pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan bahan-bahan harus berasaskan kepada
beberapa faktor seperti objektif pengajaran, keperluan pelajar, strategi pengajaran clan
kebolehan pelajar. Kepelbagaian media akan meningkatkan proses pengajaran dan
pembelajaran serta meningkatkan pemikiran kritikal dan kemahiran mental. Bentuk
penyampaian juga akan dipelbagaikan. Antara sumber pengajaran dan pembelajaran
ialah:
(a) Slaid dan jalur filem.
(b) Projektor lutsinar dan lutsinar.
(c) Pita rakaman dan televisyen.
(d) Model-model tiga dimensi seperti glob dan rangka manusia.
(e) Modul terancang.
(f) Pakej pembelajaran dengan penggunaan komputer.
Komputer di bilik darjah boleh digunakan untuk latihan, latih tubi dan permainan
pendidikan. Contohnya dalam pengajaran Matematik, Bahasa dan pengajaran interaktif
melalui CD-ROM (Compact Disk). Di samping itu, penggunaan internet juga
membolehkan pelajar memfokus kepada isu-isu global. Penggunaan slaid dan
transparensi turut membantu pelajar memahami sesuatu dengan lebih mudah, cepat
serta tepat penanggapan. Hal ini membolehkan pembelajaran lebih bermakna dan
menyeronokkan.
Gambar, peta dan carta juga dapat membantu pelajar memahami dengan lebih
jelas. Gambar yang besar dan berwarna-warni dapat menarik minat serta dapat
meningkatkan penumpuan pelajar dalam pelajaran. Carta pula memudahkan
pemahaman pelajar dari segi mudah diingati seperti carta pai, histogram dan graf.
Pembelajaran berpusatkan bahan juga penting bagi membantu guru memenuhi
keperluan pelajar yang pelbagai. Pembelajaran ini dapat menunjukkan cara untuk
belajar mengikut kadar sendiri, pada bila-bila lokasi yang tidak menyulitkan mereka.
Selain itu, la juga dapat membantu pelajar yang tidak hadir.
4.1.4 Banding Beza Strategi
Berpusatkan Guru Berpusatkan Murid Berpusatkan Sumber
1) Guru mengawal
keadaan dan
berperanan sebagai
ketua.
2) Guru mengarah
dan mengawal
pembelajaran.
3) Mementingkan
pencapaian
objektif pendidikan
guru.
1) Pelajar mengambil
alih sedikit
tanggungjawab
untuk apa yang
diajar dan
bagaimana ia dapat
dipelajari.
2) Dapat
menggalakkan
pelajar
bertanggungjawab
dan melibatkan diri
bagi membantu
mereka memahami
bagaimana untuk
belajar.
1) Menggunakan
banyak bahan
seperti buku, blok-
blok binaan, bahan-
bahan lukisan,
peralatan saintifik,
komputer, pusat
sumber, pusat akses
kendiri dan lain-lain
untuk menjalankan
pengajarannya.
2) Penekanan diberikan
kepada penggunaan
bahan-bahan untuk
meningkatkan
pengajaran dan
pembelajaran.
(Pedagogi untuk Asas Pendidikan, 2003: 115)
4.2 Konsep Pendekatan
Di dalam konteks pendidikan, konsep pendekatan bermakna cara mendekati sesuatu,
misalnya objektif pelajaran yang ditentukan untuk pengajaran sesuatu mata pelajaran.
Dengan perkataan lain, pendekatan merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata
pelajaran diajarkan berdasarkan objektifnya.
Menurut Edward M. Anthony (1963), pendekatan ialah satu set andaian yang
saling berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsure
aksiomatik.
Berdasarkan kepada huraian Edward M. Anthony, kita boleh merumuskan
bahawa :
1. Pendekatan harus berlandaskan kepada model, prinsip atau teori pembelajaran
misalnya :
a) Daripada konkrit kepada abstrak
b) Daripada mudah kepada kompleks
c) Daripada keseluruhan kepada bahagian
d) Daripada umum kepada spesifik (deduktif)
e) Daripada spesifik kepada umum (induktif)
f) Daripada dekat kepada jauh
g) Daripada diketahui kepada belum diketahui
2. Pendekatan adalah aksiomatik, iaitu kenyataan dianggap benar tanpa
memerlukan sebarang bukti atau alasan.
Jika kita menggunakan cara-cara melaksanakan model, prinsip atau teori
pembelajaran terhadap sesuatu pelajaran, maka model, prinsip atau teori
pembelajaran boleh dijadikan sebagai suatu pendekatan dalam pelajaran yang
berkenaan.
Pendek kata, pendekatan di dalam bidang pendidikan merujuk kepada
satu set teori pembelajaran yang beraksiomatik dan diamalkan dalam
pengajaran sesuatu mata pelajaran berdasarkan kepada objektifnya.
(Pedagogi 2, Mok Soon Sang, 1991, Kumpulan Budiman SDN.BHD)
4.3 Konsep Kaedah
Berlainan dengan pendekatan, kaedah merujuk kepada satu siri tindakan guru
yang sistematik dengan tujuan mencapai objektif pelajaran spesifik dalam jangka
pendek. Dengan perkataan lain, kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu
objektif pelajaran dengan langkah-langkah penyampaian yang tersusun.
Mengikut Edward M. Anthony (1963), kaedah merujuk kepada satu ikhtiar
keseluruhan dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun, berlandaskan
kepada sesuatu pendekatan yang dipilih. Huraian ini bermakna kaedah-kaedah
yang dipilih untuk proses pengajaran dan pembelajaran harus berdasarkan kepada
suatu pendekatan yang berkaitan dengan model, prinsip atau teori pembelajaran.
Misalnya di dalam pendekatan daripada spesifik kepada umum, guru boleh
menggunakan kaedah inkuiri-penemuan yang mengandungi lima prosedur yang
disusun seperti berikut :
1) Prosedur pertama : Mengenal pasti masalah
2) Prosedur kedua : Merancang penyelesaian
3) Prosedur ketiga : Mengumpul maklumat
4) Prosedur keempat : Membuat tafsiran
5) Prosedur kelima : Membuat kesimpulan
Di dalam sesuatu pendekatan, terdapat banyak kaedah mengajar yang
boleh digunakan. Oleh itu, selain kaedah inkuiri-penemuan, guru juga boleh
menggunakan kaedah Socrates, kaedah induktif, kaedah penyiasatan, kaedah
kerja praktis, kaedah dapatan dan sebagainya dalam pendekatan ‘daripada
spesifik kepada umum’.
(Pedagogi 2, Mok Soon Sang, 1991, Kumpulan Budiman SDN.BHD)
4.4 Konsep Teknik
Di bawah konteks pendidikan, teknik mengajar boleh ditakrifkan sebagai
kemahiran guru dalam pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam
sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Mengikut pandangan Edward M. Anthony (1963), teknik mengajar merujuk
kepada satu muslihat atau strategi atau satu teknik yang digunakan oleh guru
dengan tujuan untuk mencapai objektif pelajaran secara optimum.
Di antara teknik-teknik mengajar yang biasanya digunakan oleh guru ialah
teknik bercerita, bersyarah, penyoalan, sosiodrama, main peranan, simulasi,
penyelesaian masalah, sumbangsaran dan permainan.
Kaedah mengajar boleh membentuk teknik mengajar apabila kaedah itu
dilaksanakan dengan suatu teknik yang sesuai. Misalnya, prosedur kaedah
bercerita boleh digunakan sebagai teknik menyampaikan cerita yang berkenaan.
Demikian juga bagi prosedur-prosedur kaedah penyoalan, kaedah syarahan dan
sebagainya.
Tujuan menggunakan berbagai-bagai teknik mengajar dalam situasi
pengajaran ialah untuk menarik minat murid, mengekalkan perhatian serta
membangkitkan rasa ingin tahu murid supaya mencapai objektif pengajaran guru.
Oleh itu, teknik mengajar yang dipilih haruslah berdasarkan kepada umur,
kecerdasan, kebolehan dan minat murid. Dalam hal ini, pemilihan bahan pelajaran
yang sesuai hendaklah berkait rapat dengan teknik mengajar. Misalnya, mengikut
kajian Piaget, dalam perkembangan kognitif kanak-kanak yang berumur 6-11
tahun, teknik mengajar yang sesuai digunakan untuk menyampaikan sesuatu
konsep ialah bercerita dan permainan dengan menggunakan pelbagai bahan
konkrit.
Pemilihan teknik yang sesuai juga berhubung rapat dengan aras kemahiran
objektif pelajaran. Jadual 4.41 menunjukkan penggunaan teknik mengajar
mengikut aras kemahiran objektif pelajaran.
Aras Kemahiran Teknik Mengajar
Pengetahuan Latih tubi dan hafazan
Kefahaman Syarahan
Aplikasi Tunjukcara (Demonstrasi)
Analisis Penyoalan
Sintesis Perbincangan
Penilaian Sumbangsaran
Jadual 4.4.1: Perhubungan aras kemahiran objektif pengajaran dengan teknik
mengajar.
Teknik mengajar boleh diklasifikasikan kepada kategori-kategori yang
menegaskan isi kandungan atau proses. Setengah-setengah teknik mengajar pula
dikendalikan oleh guru dan setengah-setengah pula dikendalikan oleh murid-murid
sendiri.
Rajah 4.4.2 Perhubungan konsep pendekatan, kaedah, teknik, aktiviti dengan strategi
pengajaran.
Pendekatan
Kaedah-Kaedah
Teknik-teknik
mengajar
Aktiviti
Model prinsip dan teori pembelajaran
Strategi Pengajaran