teks ucapan hari temu bincang dan sarana 2014

Upload: reginald-bennett

Post on 12-Oct-2015

37 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Mulia anak sempena akhlak,Mulia tua sempena agama,Mulia bangsa berbudi bahasa,Mulia majlis terbit atur cara.

Hadirin-hadirat sekalian, bagi memulakan majlis kita pada pagi yang indah ini, marilah bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku, lagu Negeri Perak dan Lagu Gemilang Sk Pos Dipang. Hadirin-hadirat sekalian diminta berdiri.( Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Perak dan Lagu Gemilang Sk Pos Dipang)

Melayang serindit di atas permatang,Merbah berkicau di hujung muara,Pemanis kata selamat datang,Salam sejahtera pembuka bicara.Selamat pagi, salam sejahtera, salam 1 Malaysia dan salam Perak aman Jaya.

Yang berusaha En. Zul Safaruddin Bin Mat, guru besar SK Pos Dipang, Cik Roziawaty binti Mohd Sayuty, guru kanan pentadbiran SK Pos Dipang, Encik Khairul Anuar bin Khalid, guru kanan Hal Ehwal murid Sk Pos Dipang,En. Francis a/l Vedamuthu, guru kanan Kokurikulum, Encik Apa a/l Bengal, Yang Dipertua PIBG SK Pos Dipang,Pn. Salmi a/p Kupan, NYDP Persatuan Ibu Bapa dan guru-guru SK Pos Dipang Penghulu kampung Pos Dipang dan ibu bapa yang disayangi sekalian.

Terlebih dahulu saya ingin melafazkan kesyukuran kerana kita dapat berkumpul bersama-sama pada pagi yang mulia ini untuk menjayakan taklimat sarana ibu bapa dan hari Temu bincang bagi peperiksaan penggal 1 yang telah diadakan pada bulan Mei yang lalu.

Tuan-tuan dan puan-puan sekali, kehadiran tuan-tuan dan puan-puan sekalian pada pagi yang mulia ini amat dialu-alukan oleh pihak sekolah kerana pihak sekolah terlebih dahulu akan memberikan serba sedikit taklimat mengenai sarana ibu bapa sebelum melaksanakan hari temu bincang bagi peperiksaan penggal 1 2014.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, sarana ibu bapa merupakan salah suatu inisiatif kebangsaan bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak sama ada di dalam dan di luar sekolah demi kecemerlangan masa hadapan negara Malaysia yang tercinta.

Tanpa melengahkan masa dengan ini majlis mempersilakan tuan guru besar SK Pos Dipang bagi memulakan ucapan dan memberi taklimat ringkas mengenai sarana ibu bapa 2014, dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada tuan guru besar. Seterusnya, majlis dengan sukacitanya menjemput Cikgu Azizul Yaacob selaku ___________________bagi sarana ibu bapa untuk menyampaikan taklimat beliau. Dipersilakan.Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, selesailah sudah taklimat sarana ibu bapa pada pagi ini. Semoga taklimat ini dapat memberi ilmu dan manfaat kepada kita semua dalam mendidik anak-anak kita menjadi insan yang sempurna dan cemerlang demi negara yang gemilang. Majlis akan berhenti untuk kudapan sebelum kita meneruskan majlis yang seterusnya iaitu Hari Temu Bincang.

Dengan ini, majlis menjemput hadirin sekalian untuk menikmati kudapan yang disediakan. Dipersilakan.

Salam sejahtera dan terima kasih diucapkan kepada ibu bapa yang masih setia meneruskan majlis yang seterusnya. Sebelum kita mulakan sesi temu bincang, terlebih dahulu majlis akan diteruskan dengan memberi penganugerahan Kecemerlangan Akademik bagi peperiksaan PKSR 1/ 2014. Anugerah ini diadakan bagi menyuntik semangat ketekunan yang ditunjukkan dalam peperiksaan PKSR 1/ 2014. Diharap semoga dengan adanya anugerah seperti ini maka murid-murid akan menunjukkan kesungguhan dan ketekunan untuk menghadapi peperiksaan UPSR bagi murid-murid tahun 6 dan PKSR 2 iaitu peperiksaan akhir tahun bagi murid-murid yang lain.

Majlis dengan hormatnya majlis menjemput tuan YDP PIBG, Encik Apa a/l Bengal bagi menyempurnakan penganugerahan Kecemerlangan Akademik kepada murid-murid. Majlis dimulakan dengan penganugerahan kedudukan terbaik dalam kelas kepada murid-murid tahap 1.

Bagi kedudukan terbaik dalam kelas tahun 1, tempat ketiga dianugerahkan kepada ___________________, tempat kedua ___________________ dan tempat pertama_______________________.

Bagi kedudukan terbaik dalam kelas tahun 2, tempat ketiga dianugerahkan kepada ___________________, tempat kedua ___________________ dan tempat pertama_______________________.

Bagi kedudukan terbaik dalam kelas tahun 3, tempat ketiga dianugerahkan kepada ___________________, tempat kedua ___________________ dan tempat pertama_______________________.

Anugerah seterusnya diberikan kepada murid-murid yang memperolehi pencapaian terbaik dalam kelas pemulihan. Bagi murid tahap 1, dijemput ______________________________ dari kelas tahun 2 Satria dan _______________________dari kelas tahun 3 wira. Seterusnya murid tahap 2, dipersilakan ______________________ dari kelas tahun 4 wira dan _______________________juga dari kelas 4 Wira.

Terima kasih atas penyampaian hadiah sebentar tadi. Majlis seterusnya menjemput Tuan guru besar SK Pos Dipang, Encik Zul Safaruddin Bin Mat untuk menyampaikan anugerah kecemerlangan akademik bagi murid-murid tahap 2. Dipersilakan.

Bagi kedudukan terbaik dalam kelas tahun 4, tempat ketiga dianugerahkan kepada ___________________, tempat kedua ___________________ dan tempat pertama_______________________.

Bagi kedudukan terbaik dalam kelas tahun 5, tempat ketiga dianugerahkan kepada ___________________, tempat kedua ___________________ dan tempat pertama_______________________.

Bagi kedudukan terbaik dalam kelas tahun 6, tempat ketiga dianugerahkan kepada ___________________, tempat kedua ___________________ dan tempat pertama_______________________.

Maka berakhirlah majlis penyampaian hadiah kita pada pagi ini. Dengan ini, majlis akan bersurai dan menjemput tuan-tuan dan puan-puan untuk menjayakan hari temu bincang bersama guru kelas anak-anak tuan-tuan dan puan-puan sekalian di meja yang sediakan mengikut kelas masing-masing. Dipersilakan. Sekian, terima kasih.