teknik dan latihan ansur maju lontar peluru
DESCRIPTION
kotTRANSCRIPT
teknik dan latihan ansur maju lontar peluru
TEKNIK MELONTAR PELURUTeknik atau gaya melontar peluru yang biasa diamalkan ialah:(A) Gaya berdiri dan melontar ( tanpa lungsuran )(B) Gaya melungsur selangkah(C) Gaya Parry O’Brien
Gaya berdiri dan melontar ( tanpa lungsuran )Pegangan peluruCara memegang peluru secara umumnya boleh dibahagikan kepada dua cara. Yang pertama ialah cara memegang dengan lima jari. Kelima-lima jari digunakan untuk memegang peluru. Ibu jari dan jari kelingking mengimbangi kedudukan peluru. Teknik ini disyorkan untuk para pelajar sekolah rendah. Selain itu, memegang dengan tiga jari juga merupakan salah satu cara untuk memegang peluru. Peluru disokong oleh tiga jari tangan tengah. Ibu jari dan jari kelingking menyangga peluru.Lakuan sediaPeserta berdiri di bahagian di hadapan bulatan dengan bahu kirinya menghadap ke arah lontaran. Letak peluru di bahagian yang sesuai iaitu di bawah telinga dan hampir dengan leher. Lengan tangan diangkat hampir mendatar dan siku ke luar. Setelah itu, peserta haruslah rendahkan badan dan bengkokkan kaki kanan yang terletak hampir dengan garis pusat bulatan. Berat badan peserta hendaklah dipindahkan ke kaki belakangKilasan badanPergerakan badan mengilas ke hadapan dan ke atas. Dengan ini, peluru dapat dilontar dengan lebih jauh. Jika pergerakan badan mengilas ke bawah, maka peluru yang dilontar tidak akan ke jauh. Bahu tangan bebas digerakkan ke hadapan. Kemudian diikuti dengan bahagian pinggul kanan bergerak ke hadapan dan ke atas. Serentak dengan kesemua pergerakan ini tangan harus mula menolak peluru.LontaranTolakan peluru perlu diteruskan dengan kaki belakang (kaki kanan) diluruskan sambil menekan ke atas tanah sehingga badan menjadi terangkat. Peluru dilontar keluar dari tangan menuju ke hadapan dan ke atas. Tangan kanan mengikut arah lontaran, siku sentiasa di luar dan jauh dari badan. Tangan pelontar mengakhiri pergerakan ini dalam keadaan lurus dan menunggu peluru itu mandarat. Pulihan Selepas lontaran, kedudukan kaki peserta berada dalam keadaan depan belakang seperti semasa lontaran.Keseluruhan Gaya Berdiri dan Melontar Lakuan sedia mengilas badan melontar
Gaya melungsur selangkahPegangan peluru
Cara memegang peluru secara umumnya boleh dibahagikan kepada dua cara. Yang pertama ialah cara memegang dengan lima jari. Kelima-lima jari digunakan untuk memegang peluru. Ibu jari dan jari kelingking mengimbangi kedudukan peluru. Teknik ini disyorkan untuk para pelajar sekolah rendah. Selain itu, memegang dengan tiga jari juga merupakan salah satu cara untuk memegang peluru. Peluru disokong oleh tiga jari tangan tengah. Ibu jari dan jari kelingking menyangga peluru.
Lakuan sediaPeserta berdiri di bahagian belakang bulatan dengan membelakangkan kawasan lontaran. Selepas itu, letakkan peluru di bawah telinga dan bongkokkan badan dengan membengkokkan kaki kanan. Kaki kiri dibiarkan selesa dengan membengkok dan mencecah bahagian tengah bulatan dengan hujung kaki. Tangan bebas berperanan untuk mengimbangi kedudukan badan dan ia diletakkan di hadapan badan pelontar dengan sikunya dibengkokkan sedikit. Lengan tangan diangkat hampir mendatar dan siku ke luar.LungsuranDaripada lakuan sedia menolak dengan kaki kiri supaya kaki kanan pelontar dapat membuat lungsuran ke bahagian tengah bulatan. Lungsuran mesti dilakukan secara pantas dan licin. Berat badan pelontar mestilah masih berada di atas kaki kanan, manakala bahagian badan pula terus dibiarkan membongkok. Yang penting, jangan tegakkan badan semasa melungsur. Hal ini kerana, peluru yang dilontar tidak akan ke jauh. Kaki kiri pelontar diletakkan di hadapan bulatan.
Kilasan badanSebaik sahaja kaki kanan bertapak semula dan proses lungsuran itu tamat, pinggul kanan dipusing ke kiri dan ke atas serentak dengan kilasan badan. Bahu dan tangan kanan (yang memegang peluru) masih menghala ke belakangLontaranSelapas habis mengilas badan, kaki yang melungsur (kaki kanan yang di belakang) menolak dengan kuat sehingga badan terangkat melentik. Pergerakan ini hendaklah disusuli dengan pergerakan menolak peluru yang bermula dengan bahu dan diikuti dengan tangan yang memegang peluru. Tangan mengikut peluru sejauh yang boleh dan kaki mestilah digunakan untuk menahan dengan kuat. Tangan kanan mengikut ke arah lontaran, siku sentiasa di luar dan jauh dari badan. Kedua-dua kaki mesti bersentuhan dengan tanah semasa peluru dilontar ke luar.PulihanPulihan ini bertujuan bagi mengelakkan pelontar hilang keimbangan dan terjatuh di kawasan hadapan selepas melepaskan peluru, pergerakan pulihan hendaklah dilakukan jika perlu. Pulihan ini dilakukan dengan membawa kaki kanan ke hadapan bulatan iaitu di belakang papan penahan dan pada masa yang sama kaki kiri digerakkan ke belakang secara tergantung untuk membantu imbangan badan.
Keseluruhan Gaya Melungsur SelangkahGaya Parry O’Brien
Gaya Parry O’Brien ini adalah satu gaya yang telah diperkenalkan oleh Parry O’Brien. Beliau ialah seorang ahli sukan Amerika yang terkemuka pada tahun 50-an. Pada tahun 1956, dengan gaya mulaan yang membelakangkan kawasan lontaran, beliau telah berjaya menjadi pelontar pertama yang mencipta rekod dunia dengan lontaran melebihi 18 meter jaraknya. Teknik lontaran ini masih popular hingga ke hari ini. Di samping sumbangannya dari segi teknik melontar, Parry O’Brien juga telah membuktikan kepada semua ahli sukan tentang betapa pentingnya latihan bebanan bagi acara melontar peluru.Pegangan peluru Cara memegang peluru secara umumnya boleh dibahagikan kepada dua cara. Yang pertama ialah cara memegang dengan lima jari. Kelima-lima jari digunakan untuk memegang peluru. Ibu jari dan jari kelingking mengimbangi kedudukan peluru. Teknik ini disyorkan untuk para pelajar sekolah rendah. Selain itu, memegang dengan tiga jari juga merupakan salah satu cara untuk memegang peluru. Peluru disokong oleh tiga jari tangan tengah. Ibu jari dan jari kelingking menyangga peluru.Lakuan sediaPeserta mengambil posisi mulaan dengan belakangnya menghadap ke arah lontaran dan berdiri di bahagian belakang bulatan. Sebagai persediaan, peserta haruslah membongkokkan badannya ke hadapan dan pada masa yang sama membengkokkan kaki kanannya yang berada di hadapan. Kaki bebas (kaki kiri) diletak di belakang untuk mengimbangkan badan. Kaki bebas di bawa ke hadapan sebagai persediaan untuk lungsuran.LungsuranUntuk memulakan lungsuran, kaki kiri ditendang ke belakang dan ke arah lontaran. Selapas itu, diikuti serta merta dengan meluruskan kaki kanan. Kaki kanan melungsur atas tapak kaki yang rata ke tengah bulatan. Kaki kiri diletakkan serta merta dekat papan penahan tanpa mengubah kedudukan bahagian atas badannya. Badan pelontar ketika ini masih di dalam keadaan condong.Kilasan badanSelepas kaki bebas ( kaki kiri ) telah bertapak di belakang papan penahan, badan pun mengilas ke atas dan ke hadapan. Kaki kanan menggerakkan pinggul ke atas dan ke hadapan. Bahu menghadap ke hadapan. Kaki diluruskan dengan cepat dan badan di angkat dan mengilas badan.LontaranSelapas habis mengilas badan, kaki yang melungsur menolak dengan kuat sehingga badan terangkat melentik. Pergerakan ini hendaklah disusuli dengan pergerakan menolak peluru yang bermula dengan bahu dan diikuti dengan tangan yang memegang peluru. Siku kanan diangkat tinggi untuk menghasilkan lontaran yang amat berkesan. Tangan mengikut peluru sejauh yang boleh dan kaki mestilah digunakan untuk menahan dengan kuat. Kedua-dua kaki mesti bersentuhan dengan tanah semasa peluru dilontar ke luar.PulihanUntuk mencegah diri dari terjatuh ke luar bulatan, pelontar akan melompat untuk memindahkan berat badannya daripada kaki kiri ke kanan. Pelontar juga boleh membawa kaki belakang ke hadapan bulatan dan pada masa yang sama kaki hadapan dibawa ke belakang bagi mengelakkan diri daripada tidak seimbang.
LATIHAN ANSUR MAJU GAYA MELUNGSUR SELANGKAHLatihan IBerdiri menghadap ke kawasan lontaran dan melontar peluru dengan tolak yang kencang ( melontar dari kedudukan berdiri ). Latihan ini dapat membantu pelajar menolak peluru dengan baik.Latihan IIBerdiri dengan bahu kiri menghadap ke kawasan lontaran. Kaki direnggangkan dan putarkan bahu kiri ke kanan sambil merendahkan badan. Berat badan dipusatkan di kaki kanan yang diletakkan di belakang. Kilaskan badan ke hadapan dan tolak peluru. Latihan ini bertujuan untuk membolehkan para pelajar menguasai semua pergerakan penting sebelum mereka mula melontar peluru.Latihan IIIBerdiri merusuk ke arah lontaran di bahagian belakang bulatan. Kaki kiri diletakkan di garis pusat bulatan dan kaki kanan diletakkan berhampiran dengan lingkaran bulatan. Condongkan badan sedikit seperti dalam Latihan II di atas. Keetingting ke hadapan bulatan dengan menggunakan kaki kanan dan kaki kiri mestilah bertapak di bahagian belakang papan penahan atau di garis bulatan. Kilaskan badan dan buatlah lontaran. Latihan ini merupakan latihan membuat lungsuran dan mengilas badan.Latihan IVPelontar berdiri membelakangkan kawasan lontaran. Badan dicondongkan ke hadapan hingga betul-betul berada di atas kaki kanan. Kemudian pelontarmelungsur selangkah ke belakang (tanpa mengilas badan atau melontar peluru). Latihan ini dibuat secara berulang-ulang. Latihan ini merupakan latihan pergerakan kaki pelontar semasa membuat lungsuran.
Latihan VPelajar digalakkan untuk mencuba pergerakan keseluruhan gaya melungsur selangkah. Latihan ini dapat menyatukan semua fasa lontaran. Oleh itu, para pelajar dapat menyediakan diri mereka untuk membuat lontaran dengan cara yang lebih sistematik.
PENGENALAN
Sebagai acara padang dalam sukan olahraga, lontar peluru terus menjadi salah satu acara yang dipertandingkan dalam kebanyakan perjumpaan olahraga. Oleh sebab acara ini disertai oleh lelaki dan wanita, bermakna penyertaan agak meluas. Teknik lontaran juga diperbaiki dan disesuaikan dari semasa ke semasa bagi menjamin kelicinan dan peningkatan dalam lontarannya. Begitu juga dengan kaedah latihan yang diadakan bagi mereka yang mengambil bahagian dalam acara ini, turut ditingkatkan termasuk penekanan terhadap jenis, latihan,
tempoh latihan aktiviti-aktiviti sampingan, serta pemakanan.
Lontar peluru merupakan acara lontar yang paling mudah dilakukan berbandingkan dengan tiga acara lontaran yang lain. Walaupun sebilangan besar daripada peserta dan pemenang acara ini pada peringkat antarabangsa, terdiri daripada peserta yang berbadan besar, tegap, berat dan kuat, tetapi ini bukanlah sesuatu yang menjadi syarat utama yang menentukan penyertaan atau kejayaan seseorang dalam acara ini. Pelontar peluru harus mampu mengenal pasti dan mengaplikasi teknik dan gaya lontaran yang baik yang diperolehi melalui latihan bersistem di bawah pengawasan jurulatih khusus untuk acara ini.
PERALATAN
Lontar peluru yang merupakan satu lagi acara lontaran
dalam sukan olahraga diadakan dengan menggunakan
peralatan tertentu dan di dalam kawasan khas yang
disediakan di kawasan yang bebas daripada sebarang
halangan atau gangguan. Dalam melaksanakan acara ini,
peserta serta pegawai pertandingan harus juga
memberikan perhatian pada keselamatan sama ada
kepada peserta itu sendiri, atau peserta lain ataupun
orang ramai.
PELURUBerat Peluru
1. DEWASA 7. 265 kg
2. WANITA 4. 005 kg
3. REMAJA 4. 000 kg
110 - 130 mm
Peralatan yang diperlukan untuk acara ini tidaklah banyak. Begitu juga kawasan untuk mengadakan acara ini tidaklah luas, malah dari segi saiz kawasan, lotar peluru memerlukan kawasan paling kecil dibandingkan dengan acara lontaran yang lain. Berikut adalah peralatan yang diperlukan untuk lontar peluru.
Bulatan peluru mestilah diperbuat dari gelung besi, keluli atau bahan-bahan yang sesuai dan bahagian atasnya mestilah sama rata dengan tanah di luar. Bahagian dalam bulatan dibuat dengan simen atau lain bahan yang kukuh dan tidak licin. Permukaan bulatan ini mestilah rata dan 14mm – 26mm ke bawah pada bahagian ke atas gelong besi bulatan. Bulatan yang boleh dialeh dengan sfesipikasi di atas boleh digunakan.
FASA – FASA LATIHAN
Terdapat Empat Fasa Lontaran dalam acara Lontar Peluru iaitu :
1. Fasa Persediaan
2. Fasa Gelungsuran
3. Fasa Lontaran
4. Fasa Pemulihan
Fasa Persediaan ( Preparation )
1. Peserta bersedia dalam bulatan lontaran
2. Peluru dipegang dengan cara yang betul
3. Tenang keadaan mental dan emosi serta berada
dalam keadaan selesa
KAEDAH LATIHAN YANG DICADANGKAN
1. Latihan Bebanan
Latihan bebanan adalah sejenis kaedah latihan untuk membina, kekuatan, kuasa dan daya tahan otot. Latihan ini memerlukan pengkhususan, penambahan beban, ansur maju rintangan dan urutan aktiviti. Diantara jenis latihan bebenan ialah isometrik, konsentrik, isentrik dan isokinetik.
Faktor-faktor yang perlu diambil kira adalah seperti intensiti latihan, jangka masa latihan dan pemulihan, bilangan ulangan dan jumlah set yang ditetapkan dalam setiap aktiviti dan kekerapan latihan dalam seminggu. Selain itu prinsip-prinsip yang perlu ada seperti beratan yang sesuai dengan atlit, cara atau prosedur yang betul, penambahan beban secara progresif dan juga aktiviti yang dipilih hendaklah bersesuaian. Panduan membina dan meningkatkan :
I. Daya tahan otot – lebih kurang 50% berat maksima (ulangan 10 hingga 15 kali)
II. Kekuatan otot – lebih kurang 80% hingga 90% berat maksima (ulangan 3 hingga 6kali).
III. Kuasa otot – lebih kurang 80% hingga 90% berat maksima (ulangan 3 hingga 6kali, tetapi pantas).
IV. Kelenturan otot – lebih kurang 20% hingga 30% berat maksima (ulangan sederhana iaitu 6 hingga 8 kali).
Objektif
I. Membina kekuatan konponen otot secara umum dan khusus di bahagian bahu, tangan, pinggang dan kaki.
II. Membina kuasa eksplosif otot bahu, pinggang dan akki.
III. Membina daya tahan otot umum dan spesifik.
IV. Membina kelajuan.
V. Meningkatkan fleksibiliti.
VI. Meningkatkan keupayaan sisitem kardiorepiratori.
Sistem Tenaga
I. Melibatkan sistem tenaga ATP – PC dan ATP – LA secara dominan.
II. Sistem tenaga aerobik secara sekunder.
Kekerapan
I. 2kali seminggu setiap latihan diselang sekurang-kurangnya dua har
Lontar PeluruPengenalan
Acara lontar peluru adalah satu acara olahraga iaitu acara padang yang melibatkan dari segi melontar
dalam pergerakan menolak satu bola logam besi berat sejauh yang boleh. . Aktiviti melontar peluru dijadikan sebagai
pertandingan bermula pada abad ke-19. Orang Scotland dan Ireland merupakan golongan pertama yang mencipta
lontar peluru berdasarkan pertandingan melontar batu yang mereka lakukan ketika itu. Walau bagaimanapun lontar
peluru tidak dapat diterima sebagai sukan di kedua-dua negara itu.
Setelah diperkenalkan di Amerika Syarikat, acara lontar peluru telah mendapat sambutan di beberapa
kejohanan sukan olahraga. Sebagai sebuah negara yang mengambil berat tentang kegiatan sukan, Amerika Syarikat
telah menganggap kegiatan sukan sebagai sangat menarik, dan akhirnya menjadi acara olahraga yang
dipertandingkan.
Lontar peluru merupakan acara yang memerlukan kekuatan dan kemahiran tertentu bagi menghasilkan
jarak yang baik. Ramai beranggapan lontar peluru boleh dilakukan oleh mereka yang mempunyai tubuh badan yang
besar. Ini satu tanggapan yang salah. Acara lontar peluru memerlukan peserta yang mempunyai struktur fizikal yang
tegap di samping kecekapan mengimbang badan dengan baik untuk memastikan jarak yang maksimum.
Sebagai acara padang dalam sukan olahraga, lontar peluru terus menjadi salah satu acara yang
dipertandingkan dalam kebanyakan perjumpaan olahraga. Oleh sebab acara ini disertai oleh lelaki dan wanita,
bermakna penyertaan agak meluas. Teknik lontaran juga diperbaiki dan disesuaikan dari semasa ke semasa bagi
menjamin kelicinan dan peningkatan dalam lontarannya. Begitu juga dengan kaedah latihan yang diadakan bagi
mereka yang mengambil bahagian dalam acara ini, turut ditingkatkan termasuk penekanan terhadap jenis, latihan,
tempoh latihan aktiviti-aktiviti sampingan, serta pemakanan.
Lontar peluru merupakan acara lontar yang paling mudah dilakukan berbandingkan dengan tiga acara
lontaran yang lain. Walaupun sebilangan besar daripada peserta dan pemenang acara ini pada peringkat
antarabangsa, terdiri daripada peserta yang berbadan besar, tegap, berat dan kuat, tetapi ini bukanlah sesuatu yang
menjadi syarat utama yang menentukan penyertaan atau kejayaan seseorang dalam acara ini. Pelontar peluru harus
mampu mengenal pasti dan mengaplikasi teknik dan gaya lontaran yang baik yang diperolehi melalui latihan
bersistem di bawah pengawasan jurulatih khusus untuk acara ini.
Asal usul
Acara lontar peluru tidak mempunyai sejarah yang lama jika dibandingkan dengan acara merejam
lembing dan melempar cakera. Mengikut sejarah, aktiviti melontar batu telah dijadikan pertandingan bermula pada
abab ke-19. Orang Scotland dan Ireland telah dianggap sebagai golongan pertama yang mencipta acara lontar
peluru, berdasarkan pertandingan melontar batu yang mereka lakukan ketika itu. Bagaimanapun, acara lontar peluru
tidak dapat diterima sebagai acara sukan di kedua-dua buah negara ini.
Setelah diperkenalkan di Amerika Syarikat, acara lontar peluru telah mendapat sambutan di beberapa
kejohanan sukan olahraga. Sebagai sebuah negara yang mengambil berat tentang kegiatan sukan, Amerika Syarikat
telah menganggap kegiatan sukan sebagai sangat menarik, dan akhirnya menjadi acara olahraga yang
dipertandingkan.
Dari sini, bermulalah sejarah baru bagi acara lontar peluru. Pada ketika ini, peluru diperbuat daripada besi
seberat 16 paun. Beberapa peraturan yang berkaitan dengan kawasan lontaran telah dicipta. Pada mulanya
kawasan lontaran berbentuk segi empat sama dengan ukuran 7 kaki x 7 kaki. Dengan ini, acara lontar peluru telah
diperkenalkan ke negara-negara lain seperti Greek. Acara ini telah diterima untuk dipertandingkan di Sukan
Olimpik moden tahun 1896.
Malah bentuk kawasan lontaran ini terus digunakan untuk Sukan Olimpik pada tahun1900 dan 1904. Pada tahun
1909, bentuk kawasan telah ditukar kepada bentuk bulatan yang berdiameter 7 kaki, dengan bahagian hadapan
tempat melakukan lontaran diletakkan papan yang seakan-akan penanda, yang terdapat pada kawasan lontaran
seperti yang diguna pakai sekarang. Namun begitu, tiada peraturan yang tetap berhubung teknik melontar
peluru. Akhirnya, pada tahun 1950-an, seorang atlet lontar peluru telah menonjol dalam acara ini. Beliau ialah Perry
O`Brien dari Amerika Syarikat. Beliau telah mencipta teknik lontaran baru, yang akhirnya dijadikan teknik lontaran
yang diterima dan kekal sehingga hari ini. Atlet lontar peluru haruslah mampu mengenal pasti dan mengaplikasi
teknik dan gaya lontaran yang baik, melalui latihan ansur maju dan kaedah yang bersistematik bagi menempa
sesuatu jarak lontaran yang cemerlang dan terbaik.
Namun begitu, acara lontar peluru ini dapat menyebabkan bahaya jika kita tidak berhati-hati sebelum,semasa, dan
selepas melakukan aktiviti.Persediaan atlet,kekuatan tubuh badan, dan anggota lain terutamanya tangan,pinggang,
dan kaki memainkan peranan utama.Ini bermakna persediaan fizikal dan mental adalah menjadi agenda utama untuk
menjamin keselamatan diri atlet itu sendiri.Kedua, perlakuan yang sempurna semasa melakukan aktiviti melontar,
iaitu sebelum, semasa, dan selepas.Fasa perlakuan berkait rapat dengan koordinasi pelontar, yang mana perlakuan
yang licin dan sempurna akan banyak membantu atau mencipta sesuatu kejayaan.Yanina Korolcik dari Belarus
memenangi pingat emas selepas melakukan lontaran 20.56 meter dalam acara lontar peluru wanita di Sukan Olimpik
Sydney tahun 2000.
Berat Peluru dan diameter peluru
UMUR LELAKI PEREMPUAN
BAWAH 15 4 kg 3.25 kg
BAWAH 17 5 kg 4 kg
Ukuran diameter peluru untuk peserta lelaki ialah 110 hingga 130 mm, manakala untuk peserta perempuan ialah 95
hingga 110 mm
Kawasan lontaran
Pada tahun1909, bentuk kawasan telah ditukar kepada bentuk bulatan yang berdiameter 7 kaki, dengan
bahagian hadapan tempat melakukan lontaran diletakkan papan yang seakan-akan penanda, yang terdapat pada
kawasan lontaran seperti yang diguna pakai sekarang. Namun begitu, tiada peraturan yang tetap berhubung teknik
melontar peluru.
Kawasan lontaran peluru disediakan khas bagi membolehkan setiap peserta acara ini melakukan lontaran.
Kawasan ini berbentuk bulat dan dipagari oleh garisan sekelilingnya setebal lima sentimeter. Saiz bulatan ini ialah
2.135 meter pada diameternya yang diukur dari sebelah luar garisan. Pada bahagian hadapan bulatan lontaran ini
dipasangkan papan penahan untuk menentukan sama ada kaki peserta menyentuh ataupun melepasi papan
penahan yang mengakibatkan lontarannya akan dibatalkan.
Pada bahagian tengah bulatan lontaran disediakan satu garisan lurus yang merentangi dan membahagikan
bultan ini kepada dua bahagian selari dengan kawasan pendaratan peluru dihadapannya. Peserta hendaklah
membuat lontaran dari dalam bulatan ini tanpa memijak garisan yang mengelilingi bulatan ini.
Satu kawasan khas hendaklah disediakan bagi membolehkan peluru yang dilontar mendarat atau
dijatuhkan. Kawasan ini hendaklah bebas daripada sebarang gangguan. Kawasan ini dirintangi oleh dua garisan
lurus yang ditandakan pada sudut 40° pada tengah bulatan lontaran. Panjang kedua-dua garisan ini tetap iaitu
bergantung kepada peringkat pertandingan yang diadakan serta peserta yang mengambil bahagian.
Setiap lontaran yang dibuat oleh peserta hendaklah mendarat atau terjatuh di dalam kawasan tersebut.
Sekiranya, peluru terjatuh di luar kawasan atau di atas garisan yang memagarinya, maka lontaran itu dianggap batal.
Oleh itu peserta hendaklah memastikan supaya setiap lontaran yang dibuat akan mendarat di dalam kawasan yang
dikhaskan.
Bendera atau penanda mungkin disediakan untuk meneada lontaran terbaik bagi peserta an ini akan
diletakkan disepanjang dan diluar garisan sektor. Bendera atau piring penanda istimewa digunakan untuk menenda
jarak rekod.
Untuk menentukan jarak lontaran dibuat peserta, jarak perlu diukur sebaik selepas sesuatu lontaran dibuat,
iaitu daripada tempat peluru mendarat hingga kebahagian tengah bulatan lontaran. Bagaimanapu, bacaan jarak
hanya dikira setakat bahagian papan penanda pada bulatan tersebut. Peserta yang mencapai jarak paling jauh
menerusi lontaran yang sah dikira pemenang.
Undang-undang sukan olahraga yang merangkumi acara lontar peluru menetapkan iaitu setiap atlit yang
mengambil bahagian dalam sesuatu pertandingan hendaklah berpakaian sesuai dan tidak menjolok mata bagi
peserta wanita. Begitu juga dengan kasut yang sesuai mengikut keselesaan peserta dan tidak pula mengganggunya
ketika melakukan lontaran.
Ukuran garispusat sebelah dalam bulatan ialah 2.13 m (± 5mm). Gelong besi bulatan mestilah sekurang-
kurangnya 6 mm tebal dan dicat putih.
Satu garisan lurus selebar 50 mm hendaklah dicat dengan warna putih melalui di 0.75 m di luar bulatan.
Garisan lurus ini boleh dicatkan dengan warna putih atau diperbuat katu atau pun dari sebarang bahan yang sesuai.
Secara teori, pinggir belakang garisan putih ini betul-betul nelintasi bahagian tengah bulatan bersudut tepat dengan
garisan tengah kawasan lontaran.
Pembentukan papan penahan yang bercat putih diperbuat daripada kayu atau bahan-bahan yang sesuai,
dibentuk melengkung supaya bahagian tepi dalamnya sesuai dengan bahagian dalam tepi bulatan dan dibuat
kukuh. Papan penahan ini diletakkan ditengah-tengah diantara dua garisan lontaran.
Ukuran papan penahan ini adalah diantara 112 mm dan 300 mm lebar, 1.21 m sehingga 1.23 m panjang
disebelah dalamnya dan 98 mm sehingga 102 mm tinggi berdasarkan kepada paras bahagian dalam bulatan.
Peluru mestilah diperbuat daripada besi, tembaga atau sebarang logam yang tidak lembut dari tembaga atau kulit
dari bahan yang sama dan diisi dengan timah hitam atau bahan-bahan sejenisnya. Bentiknya mestilah bulat dan
licin.
Ansur maju
Pegangan peluru
Peluru harus terletak atas tapak jari-jari yang dikembangkan dengan ibu jari dan jari kelingking member sokongan
sisian.Pergelangan tangan haruslah membengkoklurus (flexed).
Para peserta tidak boleh memegang peluru di tapak tangan. Ini merupakan satu kesalahan biasa yang dibuat oleh
kebanyakkan peserta yang baru belajar melontar peluru.
Teknik asas memegang peluru secara umumnya boleh dibahagikan kepada dua iaitu:
i. Teknik memegang peluru dengan tiga jari .
Peluru disokong di pangkal ketiga-tiga jari tengah dan ibu jari. Jari kelingking dibengkokkan di sisi peluru.
ii. Teknik memegang peluru dengan lima jari
Kelima-lima jari digunakan. Ibu jari dan jari kelinking mengimbangi kedudukan peluru. Teknik disyorkan untuk para pelajar sekolah rendah.
Menyokong peluru
Letakkan peluru dengan selesa di rongga tulang selangka berhampiran leher dengan pangkal tangan menghadapke
luar dan siku berada jauh sedikit daripada badan.
Ansur maju untuk gaya berdiri
Bahagian terakhir lontaran akan diajar dahulu kerana ia adalah posisi asas untuk melontar peluru.
1. Berdiri dengan kaki terbuka,lutut dibengkokkan,punggung ke dalam dan tangan berada di pinggul.Berat badan
dipindahkan ke atas kaki belakang (kaki kanan).Kaki kiri diletakkan dengan ringan di atas tanah.(rajah a).
(a)
2. Semasa menolak dari kaki belakangberat badab harus dinaikkan (semasa kaki belakang diluruskan) memutar dan
bergarak ka hadapan di atas kaki depan (kaki kiri).Tolakan diakhiri dengan kedua-dua kaki berdiri di atas jari-jari kaki
yang masih menyentuh tanah.(rajah b)
3. Dengan atau tidak memegang peluru,ambil posisi berdiri seperti digambarkan di sebelah.(rajah c)
4. Menolak lengan (dengan atau tanpa peluru) ke hadapan dan ke atas.(rajah d).
(d)
5. Berdiri dengan lebih lebar dan membongkokkan tubuh ke belakang.Lengan kiri dibengkokkan dengan siku berada
tinggi.(rajah e).
6. Putarkan batang tubuh ke hadapan untuk menolak peluru dengan kuat.Selapas tolakan kaki dan tarikan badan
diperolehi,di mana pergerakan untuk mendapatkan semula imbangan adalah diperlukan untuk mencengah
faul,langkah pemulihan patut dipelajari.(rajah f)
7. Pemulihan:kedua-dua kaki bertukar posisi,iaitu kaki depan bergerak ke belakang sebelum kaki belakang sampai ke
papan penahan.(rajah g)
Lungsuran (The Glide)
1. Ambil posisi seperti yang digambarkan di sebelah,dengan beratan yang mencukupi di atas kaki kiri.Cuba imbangan
badan.Kaki kanan dibengkokkan sedikit.(rajah h)
2. Menolak kaki belakang (kaki kanan) tetapi masih tidak meninggalkan tanah.Kaki kiri diangkat lebih kurang satu kaki di
atas tanah.(rajah i)
3. Pembaling mendarat di bahagian depan bulatan dengan kaki diletakkan seperti dalam gambar.(rajah j)
Rangkaian sempurna
Peringkat akhir ini mengandungi rangkaian lungsuran kepada pergerakan-pergerakan lontaran berdiri dan
pemulihan.
1. Berdiri di bahagian belakang bulatan dengan membelakangkan arah lontaran bulatan dan kaki kiri di belakang kaki
kanan.
2. Bongkok ke depan dari pinggul,naikkan kaki kiri dan membawa paha kiri ke kaki kanan.(rajah b)
3. Tolak kaki kiri ke atas dank e belakang kea rah papan penahan,dengan menggerakkan badan melintasi pertengahan
bulatan.(rajah c)
4. Tiba ke tengah bulatan dengan lutut kanan bengkoko dan kaki kanan rata di atas tanah,(rajah d)
5. Menolak ke atas dengan kaki kanan untuk menaikkan keseluruhan bahagian kanan badan dan dada ke atas sambil
memindahkan tenaga melalui pinggul ke bahu,lengan ,tangan dan melakukan tolakan akhir daripada pergelangan
tangan semasa peluru dilepaskan.(rajah e dan f)
(f)
6. Selapas peluru dilepaskan,pindahkan berat badan dengan cepat daripada kaki kiri ke kaki kanan.Pergerakan ini
bertindak sebagai satu pemulihan , menolong menahan momentum ke hadapan dan mencegah faul.(rajah g)
Aktiviti latihan kemahiran beransur maju
1. Cara memegang peluru dengan menggunakan bola lisut tanpa memperkenalkan peluru dahulu.
2. Memperkenalkan peluru.
3. Dirian tanpa menggunakan peluru dan gelonsor ke belakang di atas trek yang lurus.
4. Ulang aktiviti di atas tetapi kali ini seorang rakan akan berdiri di hadapan dan memegang tangan bebas pelaku.
5. Geongsoran dengan menggunakan peluru.
6. Gelongsor dengan menggunakan peluru kekedudukan dagu, lutut dan ibu jari kaki – ‘Power Position’ (tapak kàki
bersudut).
7. Ulang aktiviti 4 dengan bantuan kawan memegang tangan bebas.
8. Dengan bantuan kawan memegang tangan bebas, dan kedudukan ‘Power Position’ (chin-knee-toe) – dagu, lutut
dan ibu jani, lakukan pergerakan pinggang menghala ke arah lontaran.
9 Gabungkan keempat-empat pergerakan iaitu persediaan, gelungsuran, power position dan putaran pinggang.
10. Dan kedudukan dinan buat gelongsoran dalam bulatan lontaran.
11. Dalam bulatan lontaran, ulang aktiviti 8 tetapi tambah pergerakkan pinggang menhala ke arah lontaran.
12. Dalam bulatan lontaran, gabungkan kesemua kemahiran yang telah dipelajari dan Iontar peluru melepasi tali
yang direntangkan (tab direntangkan lebih kurang 7 kaki tinggi dan jarak 4 kaki dan bulatan lontaran).
13. Membuat lontaran berdiri atau ‘Standing throw’.
14. Membuat lontaran sisi.
15. Membuat lontaran membelakangkan kawasan lontaran.
16. Lakukan lontaran dengan cara Perry O’Brien iaitu gabungan semua kemahiran yang telah dipelajari dan jurulatih
membetulkan kesalahan.
Aspek penting dalam lontar peluru
I. Cara memegang dan menempatkan peluru pada bahu harus dilakukan dengan betul sebelum gerakan ke belakang
dimulakan.
II. Gerakan berjingkit(shift) ke belakang jangan dilakukan terlalu tinggi - iaitu
lakukan seberapa rendah yang boleh.
III. Semasa gerakan meluncur ke belakang dilakukan peluru hendaklah berada di bahu dan siku tangan sentiasa di
belakang peluru. Sebelum peluru lepas daripada bahu pandangan hendaklah ditumpukan ke arah sudut lontaran.
Prinsip umum lontar peluru
Beberapa prinsip asas acara ini yang harus terdapat pada setiap peserta iaitu peserta mestilah seorang
yang sanggup mengikut latihan yang dianjurkan dengan penuh semangat serta ingin mencapai kejayaan. Selain
itu,peserta hendaklah mempunyai matlamat tertentu dengan melibatkan diri dalam acara ini sama ada matlamat
dirinya atau pasukannya. Malahan peserta hendaklah mempunyai bentuk serta ciri-ciri pelontar peluru supaya
penglibatannya memberikan keberkesanan. Tambahan pula,peserta hendaklah seorang yang mengambil bahagian
dengan mematuhi setiap peraturan yang berkaitan dengannya, serta mempunyai semangat kesukanan tulen. Di
samping itu,peserta hendaklah bersedia ketika mengambil bahagian dalam sesuatu pertandingan sama ada daripada
segi fizikal, kemahiran dan mentalnya.
Kesimpulan
Acara lontar peluru ini memerlukan kemahiran yang khusus jika seseorang individu itu ingin melibatkan diri
dalam bidang sukan ini. Sebagai acara pertandingan, lontar peluru lebih sesuai bagi para pelajar sekolah menengah.
Walau bagimanapun, asas melontar peluru seperti acara-acara olahraga yang lain, boleh juga diperkenalkan kepada
para pelajar sekolah rendah. Cara pengajaran dan latihan hendaklah disesuaikan dengan kemampuan kumpulan
pelajar yang diajar.
Rujukan
Bibiografi
http://www.google.com/images?q=kawasan%20lontar%20peluru&hl=en&client=firefox-a&rls=org.mozilla:en-
US:official&channel=s&source=lnms&tbs=isch:1&ei=9hJVTZTKDsnlrAft1O2eBw&sa=X&oi=mode_link&ct=m
ode&cd=2&ved=0CAoQ_AUoAQ&biw=1350&bih=559 dimuatturun pada 11 Februari 2011
http://ms.wikipedia.org/wiki/Lontar_peluru dimuatturun pada 11 Februari 2011
http://olahraga2u.wordpress.com/2010/03/15/lontar-peluru-siri-2/ dimuatturun pada 11 Februari 2011
http://olahraga2u.wordpress.com/2010/03/15/lontar-peluru-siri-3/ dimuatturun pada 11 Februari 2011
http://franknis.blogspot.com/2009/07/lontar-peluru-1.html dimuatturun pada 11 Februari 2011