tekanan emosi di kalangan guru

12
TEKANAN EMOSI DI KALANGAN GURU LANGKAH-LANGKAH PENGURUSAN TEKANAN EMOSI

Upload: farizelle06

Post on 05-Feb-2016

34 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

hfg

TRANSCRIPT

Page 1: Tekanan Emosi Di Kalangan Guru

TEKANAN EMOSI DI KALANGAN GURULANGKAH-LANGKAH PENGURUSAN TEKANAN EMOSI

Page 2: Tekanan Emosi Di Kalangan Guru

URUSKAN MASA DENGAN EFEKTIF

Urusan atau rutin harian memerlukan jadual atau rancangan.

Pastikan mempunyai masa untuk diri sendiri dan masa untuk melakukan aktiviti yang dapat mengurangkan tekanan.

Lakukan aktiviti yang paling penting terlebih dahulu.

Page 3: Tekanan Emosi Di Kalangan Guru

ELAKKAN MENGAMBIL DADAH ATAU ALKOHOL

Dadah atau alkohol hanya sekadar menghilangkan simptom tekanan dan apabila berhenti mengambilnya, stres pasti akan kembali.

Page 4: Tekanan Emosi Di Kalangan Guru

REHAT SEKETIKA

Ketika melakukan sesuatu kerja pastikan kita berhenti rehat seketika untuk meminimumkan tekanan.

Lakukan regangan, berjalan atau buat panggilan kepada rakan.

Apabila kembali untuk menyambung kerja, pastikan anda dapat lakukan kerja itu dengan lebih efektif.

Page 5: Tekanan Emosi Di Kalangan Guru

KURANGKAN GANGGUAN

Ketika melakukan kerja yang penting, pastikan anda tidak diganggu.

Contohnya matikan bunyi telefon, tutup pintu bilik atau pergi ke suatu tempat yang orang lain tidak dapat mencari anda.

Page 6: Tekanan Emosi Di Kalangan Guru

MAKAN MAKANAN YANG SIHAT

Elakkan mengambil makanan yang tinggi lemak, gula dan sodium. Sekiranya bercadang untuk keluar sepanjang hari, pastikan anda mengambil dan makan makanan yang menyihatkan.

Jika tidak, ia akan menyebabkan tahap tenaga menjadi rendah.

Page 7: Tekanan Emosi Di Kalangan Guru

LAKUKAN MEDITASI

Meditasi adalah senaman yang bagus dan menyihatkan.

Ini termasuklah bernafas dalam-dalam yang dapat meningkatkan kerehatan pada otot-otot tubuh.

Jangan lupa juga untuk mengimaginasikan suasana yang menenangkan fikiran.

Page 8: Tekanan Emosi Di Kalangan Guru

BERFIKIRAN POSITIF DAN MENGAWAL KETAKUTAN

Elakkan daripada menumpukan kepada perkara atau fikiran negatif.

Sebaliknya fokus dan katakan kepada sesuatu yang positif mengenai diri sendiri setiap hari.

Jangan buang masa dengan berasa bimbang mengenai sesuatu perkara yang tidak dapat diubah atau dicapai.

Page 9: Tekanan Emosi Di Kalangan Guru

DAPATKAN NASIHAT

Meminta pertolongan, nasihat dan pandangan tidak bermakna anda lemah.

Terdapat banyak sumber yang dapat membantu anda menyelesaikan stres. Jadi ambil peluang untuk menemui atau mendengar nasihat oleh pakar motivasi atau kaunselor.

Page 10: Tekanan Emosi Di Kalangan Guru

BELAJAR KATAKAN ‘TIDAK’

Jangan sesekali rasa bersalah untuk mengatakan tidak.

Melakukan dan menambah projek atau kerja lain ketika sibuk akan menyebabkan anda bertambah tertekan.

Berbincanglah dengan penyelia anda jika menghadapimasalah berkaitan kerja.

Page 11: Tekanan Emosi Di Kalangan Guru

DAPATKAN TIDUR YANG CUKUP

Tidurlah sekurang-kurangnya 6 - 8 jam sehari. Walau bagaimanapun seseorang akan

mengalami masalah tidur apabila mereka terlalu stres memikirkan dan menyiapkan kerja yang bertimbun.

Page 12: Tekanan Emosi Di Kalangan Guru

LAKUKAN SENAMAN

Aktiviti fizikal adalah cara terbaik untuk menangani tekanan.

Cara ini akan merembeskan endorphin dan memberikan kesegaran secara semulajadi.

Teknik pengurusan tekanan paling mudah dan boleh dilakukan di mana-mana.

Bernafas dengan cepat akan meningkatkan tindak balas tekanan. Bernafaslah dalam-dalam dan perlahan.