tatacara pengurusan majlis pengurusan komuniti … · 19 struktur organisasi 24 20 fungsi utama 25...
TRANSCRIPT
TATACARA PENGURUSAN
MAJLIS PENGURUSAN KOMUNITI KAMPUNG (MPKK)
2019
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
BAHAGIAN KOMUNITI DESA, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
SENARAI KANDUNGAN
PARA PERKARA HALAMAN
1 PENDAHULUAN 1
2 INFO PANTAS 1
3 TAFSIRAN 2
4 TARAF PERKHIDMATAN 4
5 TEMPOH PERKHIDMATAN 4
6 PIHAK BERKUASA MELANTIK 5
7 SYARAT-SYARAT PELANTIKAN 6
8 PROSEDUR PELANTIKAN 7
9 PROSEDUR PERTUKARAN 9
10 SYARAT-SYARAT PENAMATAN 10
11 PROSEDUR PENAMATAN 10
12 PEMANGKUAN JAWATAN 12
13 KADAR ELAUN 13
14 PROSEDUR PENYALURAN ELAUN 15
15 PROSEDUR PEMBAYARAN ELAUN 16
16 PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI) 19
17 MESYUARAT MPKK 21
18 PENUBUHAN BAHARU 22
19 STRUKTUR ORGANISASI 24
20 FUNGSI UTAMA 25
21 PENUTUP 38
BAHAGIAN KOMUNITI DESA, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
SENARAI JADUAL
JADUAL PERKARA HALAMAN
1 SENARAI PIHAK BERKUASA MELANTIK MENGIKUT NEGERI
5
2 JAWATANKUASA PEMILIHAN MPKK PERINGKAT DAERAH/ BAHAGIAN (SARAWAK)
7
3 JENIS, KADAR DAN KEKERAPAN PEMBAYARAN ELAUN MPKK
14
4 PEMBERAT PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI)
19
5 JAWATANKUASA PERTIMBANGAN PENUBUHAN BAHARU MPKK
23
BAHAGIAN KOMUNITI DESA, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN PERKARA HALAMAN
A BORANG PERMOHONAN JAWATAN PENGERUSI MPKK
40
B FORMAT SENARAI PENGERUSI/ SETIAUSAHA/ AHLI JAWATANKUASA MPKK YANG DILANTIK
46
C FORMAT SURAT PERAKUAN MUKTAMAD
47
D CARTA ALIR PROSES PELANTIKAN PENGERUSI MPKK
49
E CARTA ALIR PROSES PELANTIKAN SETIAUSAHA DAN AHLI JAWATANKUASA MPKK
50
F CARTA ALIR PROSES PENAMATAN ANGGOTA MPKK
51
G FORMAT LAPORAN PRESTASI KEWANGAN PERUNTUKAN ELAUN MPKK
52
H FORMAT BUKU PROFIL KAMPUNG (BPK)
57
I FORMAT PELAN TINDAKAN KEMAJUAN KAMPUNG (PTKK)
82
J FORMAT LAPORAN PRESTASI KPI MPKK
87
K CARTA ALIR PROSES PENUBUHAN BAHARU MPKK
88
[1]
BAHAGIAN KOMUNITI DESA, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
1. PENDAHULUAN
1.1 Tatacara Pengurusan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)
disediakan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar sebagai garis
panduan kepada Pihak Berkuasa Melantik, Agensi Pembayar dan lain-lain
pihak yang terlibat secara langsung dalam urusan pelantikan, penamatan
dan pertukaran Anggota MPKK agar segala pelaksanaan adalah cekap,
telus dan seragam.
1.2 Ketetapan yang terkandung di dalam Tatacara ini adalah merupakan
keputusan yang telah dibuat dalam beberapa siri Mesyuarat Jemaah
Menteri dan mesyuarat di Kementerian Pembangunan Luar Bandar
(KPLB). Walau bagaimanapun pematuhan terhadap Garis Panduan
adalah tertakluk kepada Pihak Berkuasa Melantik dari semasa ke semasa
dengan justifikasi selagi mana ketetapan yang dibuat tidak melanggar
dasar-dasar utama yang telah diputuskan di peringkat Jemaah Menteri.
2. INFO PANTAS
2.1 Selaras dengan Arahan No 3, Rancangan Pembangunan Negara dan
Luar Bandar, JKKK mula ditubuhkan pada tahun 1962 dan pada
peringkat awal ia dinamakan sebagai Jawatankuasa Kemajuan
Kampung (JKK). Pada Ogos 1975, Majlis Keselamatan Negara melalui
arahan Rukun Tetangga dan Rancangan Perhubungan Masyarakat
dengan mengambil kira unsur keselamatan dalam kampung, telah
mengemas kini nama JKK kepada Jawatankuasa Kemajuan
Keselamatan Kampung (JKKK).
2.2 Mesyuarat Jemaah Menteri pada 23 Mei 2018 telah bersetuju supaya
Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP)
dibubarkan dan hanya institusi JKKK dikekalkan.
[2]
BAHAGIAN KOMUNITI DESA, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
2.3 Mesyuarat Jemaah Menteri pada 27 Jun 2018 telah bersetuju JKKK
distrukturkan semula agar menjadi institusi yang lebih efektif dan efisien di
dalam pembangunan kampung. Antara penstrukturan semula yang
terlibat adalah seperti nama baharu JKKK kepada Majlis Pengurusan
Komuniti Kampung (MPKK), kuasa pelantikan oleh pihak Kerajaan Negeri,
kuasa penetapan dasar, tatacara pengurusan dan latihan kepimpinan
MPKK oleh KPLB, keanggotaan MPKK sekurang-kurangnya 30% adalah
wanita, penetapan kadar baharu elaun dan insentif baru iaitu Geran
MPKK.
2.4 Mesyuarat Penyelarasan antara YB Menteri Kemajuan Luar Bandar
dan Wilayah dan Exco-Exco Luar Bandar (MEXCLUB) pada 30 Julai
2018 telah bersetuju supaya pelantikan Anggota MPKK Penggal 1
berkuatkuasa bermula 1 Oktober 2018 sehingga 31 Disember 2020.
2.5 Mesyuarat Jemaah Menteri pada 10 Oktober 2018 telah bersetuju
mengenai pertambahan lima (5) Anggota MPKK yang dilantik oleh
KPLB dan pembayaran elaun MPKK secara Electronic Fund Transfer
(EFT) oleh KPLB bagi negeri-negeri yang tidak ditadbir oleh Kerajaan
Pakatan Harapan kecuali negeri Sarawak. Walau bagaimanapun, elaun
MPKK hanya akan disediakan oleh KPLB sekiranya Kerajaan Negeri
bersetuju dengan pertambahan lima (5) Anggota MPKK tersebut.
3. TAFSIRAN
3.1 Pihak Berkuasa Melantik (PBM) adalah bermaksud pihak Kerajaan
Negeri dan pentadbiran di bawahnya yang diberi kuasa untuk
menguruskan pelantikan, penamatan dan pertukaran Anggota MPKK.
3.2 Pihak Pemantau KPI adalah bermaksud pihak yang bertanggungjawab
atau pihak yang diturunkan kuasa untuk melaksanakan pemantauan dan
penilaian KPI.
[3]
BAHAGIAN KOMUNITI DESA, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
3.3 Agensi Pembayar bermaksud pihak yang dilantik dan bertanggungjawab
untuk melaksanakan pembayaran elaun MPKK dan melaporkan prestasi
kewangan.
3.4 Akaun Khas (Akaun Amanah) adalah bermaksud akaun yang
diwujudkan oleh Agensi Pembayar (Kerajaan Negeri) bagi tujuan
penerimaan peruntukan dan pembayaran elaun MPKK.
3.5 Akaun Bank MPKK adalah bermaksud akaun yang diwujudkan oleh
MPKK bagi tujuan penerimaan elaun, peruntukan geran dan penerimaan/
perbelanjaan hasil dan modal MPKK.
3.6 EPM adalah bermaksud Elaun Pengendalian Mesyuarat.
3.7 EKM adalah bermaksud Elaun Kehadiran Mesyuarat.
3.8 BPK adalah bermaksud Buku Profil Kampung.
3.9 PTKK adalah bermaksud Pelan Tindakan Kemajuan Kampung.
3.10 Jawatankuasa Pemilihan MPKK Peringkat Daerah/ Bahagian
(Sarawak) adalah bermaksud Jawatankuasa yang membuat pemilihan
calon Pengerusi MPKK yang berkelayakan melalui kaedah temuduga atau
saringan atau lain-lain kaedah yang sesuai.
3.11 Jawatankuasa Pertimbangan Penubuhan Baharu (JPPB) adalah
bermaksud Jawatankuasa yang menilai dan melulus permohonan
penubuhan baharu MPKK.
3.12 Keanggotaan MPKK bermaksud struktur organisasi MPKK yang terdiri
daripada seorang Pengerusi, seorang Setiausaha dan 11 orang Ahli
Jawatankuasa.
[4]
BAHAGIAN KOMUNITI DESA, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
4. TARAF PERKHIDMATAN
4.1 Setiap Anggota MPKK adalah merupakan individu yang dilantik untuk
berkhidmat secara sukarela dalam suatu tempoh yang telah ditetapkan
sebagai pemudahcara dan penghubung antara Kerajaan dengan
masyarakat.
4.2 Anggota MPKK tidak berstatus sebagai Penjawat Awam. Namun
Penjawat Awam boleh dilantik sebagai Anggota MPKK tertakluk dengan
kebenaran Ketua Jabatan masing-masing. Surat kebenaran yang
berkenaan perlu dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Melantik sebagai
rekod bagi tujuan pelantikan.
4.3 Sebagai tanda penghargaan dan keprihatinan Kerajaan terhadap khidmat
bakti dan sumbangan Anggota MPKK, maka disediakan elaun kepada
Pengerusi dan Setiausaha secara bulanan dan Ahli Jawatankuasa secara
tuntutan.
5. TEMPOH PERKHIDMATAN
5.1 Tempoh perkhidmatan adalah selama dua (2) tahun atau bersamaan
satu (1) penggal.
5.2 Semua pelantikan Anggota MPKK bagi setiap penggal hendaklah bermula
01 Januari dan tamat pada 31 Disember tahun berikutnya.
5.3 Sekiranya berlaku pertukaran/ pengisian baharu, tempoh perkhidmatan
Anggota MPKK yang baharu dilantik tersebut akan tamat mengikut tarikh
akhir penggal yang sedang berkuatkuasa.
5.4 Pihak Berkuasa Melantik boleh melantik semula Anggota MPKK bagi
penggal baharu selagi mana Anggota MPKK tersebut tidak melanggar
mana-mana syarat-syarat pelantikan seperti di Para 7 dan dapat
mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang telah ditetapkan seperti di
Para 16.
[5]
BAHAGIAN KOMUNITI DESA, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
6. PIHAK BERKUASA MELANTIK (PBM)
6.1 Kuasa dan urusan pelantikan, penamatan dan pertukaran Anggota MPKK
adalah diberikan kepada pihak Kerajaan Negeri dan pentadbiran di
bawahnya atau dikenali sebagai Pihak Berkuasa Melantik (PBM).
6.3 Jadual 1 berikut menunjukkan senarai PBM mengikut negeri:
Jadual 1: Senarai Pihak Berkuasa Melantik (PBM) Mengikut Negeri.
NEGERI PIHAK BERKUASA MELANTIK
PENGERUSI SETIAUSAHA AHLI JAWATANKUASA
MELAKA YAB KETUA MENTERI
PULAU PINANG
YAB KETUA MENTERI
KELANTAN YAB MENTERI BESAR
NEGERI SEMBILAN
YAB MENTERI BESAR
JOHOR YAB MENTERI BESAR PEGAWAI DAERAH
SELANGOR YAB MENTERI BESAR PEGAWAI DAERAH
PAHANG YAB MENTERI BESAR PEGAWAI DAERAH
PERAK YAB MENTERI BESAR PEGAWAI DAERAH
TERENGGANU YAB MENTERI BESAR PEGAWAI DAERAH
KEDAH YAB MENTERI BESAR PEGAWAI DAERAH
PERLIS YAB MENTERI BESAR SUB BAHAGIAN
PENTADBIRAN DAERAH
SARAWAK RESIDEN BAHAGIAN PEGAWAI DAERAH
SABAH SETIAUSAHA TETAP KEMENTERIAN
PEMBANGUNAN LUAR BANDAR SABAH
WP LABUAN YB MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN
[6]
BAHAGIAN KOMUNITI DESA, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
7. SYARAT-SYARAT PELANTIKAN
7.1 Warganegara Malaysia.
7.2 Berumur 21 hingga 68 tahun semasa pelantikan.
7.3 Pemastautin kampung berkenaan.
7.4 Tahap pendidikan sekurang-kurangnya Penilaian Menengah Rendah
(PMR)/ Sijil Rendah Pelajaran (SRP)/ Lower Certificate Education (LCE)
atau setaraf.
7.5 Tidak muflis.
7.6 Tiada rekod jenayah.
7.7 Sihat mental dan fizikal.
7.8 Bebas daripada penyalahgunaan dadah.
7.9 Aliran pemikiran dan daya kepimpinan dapat diterima oleh masyarakat
setempat dan pemimpin tempatan.
7.10 Mengamalkan nilai integriti dan kepimpinan berwibawa.
7.11 30% keanggotaan terdiri daripada kalangan wanita.
7.12 Syarat tambahan lain selain di atas yang ditetapkan dari semasa ke
semasa oleh Pihak Berkuasa Melantik.
[7]
BAHAGIAN KOMUNITI DESA, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
8. PROSEDUR PELANTIKAN
8.1 PENGERUSI MAJLIS PENGURUSAN KOMUNITI KAMPUNG (MPKK)
8.1.1 PBM hendaklah mengumumkan kekosongan jawatan kepada
penduduk setempat. Selain menerima permohonan secara terus
daripada individu yang berminat, permohonan juga boleh diterima
daripada pemimpin tempatan.
8.1.2 Setiap calon hendaklah mengemukakan borang permohonan yang
lengkap seperti di LAMPIRAN A serta dokumen-dokumen
sokongan yang diperlukan oleh PBM.
8.1.3 Pemilihan calon yang berkelayakan boleh dilaksanakan melalui
kaedah temuduga atau saringan atau lain-lain kaedah yang sesuai
oleh Jawatankuasa Pemilihan MPKK Peringkat Daerah/ Bahagian
(Sarawak). Keanggotaan Jawatankuasa Pemilihan ini adalah
seperti di Jadual 2 berikut.
Jadual 2: Jawatankuasa Pemilihan MPKK Peringkat Daerah/
Bahagian (Sarawak).
Jawatan Keanggotaan
Pengerusi Pegawai Daerah / Pegawai Residen Bahagian (Sarawak)
Ahli
i. Ahli Parlimen/ Penyelaras Parlimen; ii. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)/ Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN); dan, sekiranya dirasakan sesuai atau perlu, iii. Pegawai Agama; dan/ atau iv. lain-lain pihak yang dirasakan perlu.
Urus setia Pejabat Daerah/ Pejabat Residen Bahagian (Sarawak)
[8]
BAHAGIAN KOMUNITI DESA, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
8.1.4 Selepas pelantikan Pengerusi diluluskan, PBM perlu menyedia dan
menyerahkan watikah pelantikan kepada Pengerusi yang
berkenaan.
8.1.5 Senarai lengkap Pengerusi MPKK yang telah diluluskan dan
dimuktamadkan oleh PBM perlu dikemukakan kepada KPLB
melalui Kerajaan Negeri/ Perbadanan Labuan (WP Labuan sahaja)/
Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah (Sabah sahaja)
mengikut format seperti di LAMPIRAN B berserta surat perakuan
muktamad seperti di LAMPIRAN C. Senarai Pengerusi berserta
maklumat lengkap perlu dikemukakan dua (2) kali setahun iaitu
pada atau sebelum 15 Disember (tahun sebelum) dan pada
atau sebelum 15 Jun (tahun semasa) bagi tujuan penyelarasan
penyaluran peruntukan Elaun MPKK.
8.1.6 Maklumat Pengerusi yang tidak lengkap atau tidak mengikut format
yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan untuk tindakan
selanjutnya oleh KPLB.
8.1.7 Carta alir proses pelantikan Pengerusi MPKK adalah seperti di
LAMPIRAN D.
8.1.8 Semua Pengerusi yang telah dilantik adalah diwajibkan untuk
menghadiri Kursus Induksi MPKK yang dilaksanakan oleh KPLB.
8.2 SETIAUSAHA DAN AHLI JAWATANKUASA MAJLIS PENGURUSAN
KOMUNITI KAMPUNG (MPKK)
8.2.1 Pejabat Daerah/ Pejabat Residen mengenalpasti dan
memperakukan calon yang berkelayakan.
8.2.2 Senarai calon tersebut kemudiannya diangkat kepada PBM untuk
persetujuan dan kelulusan.
[9]
BAHAGIAN KOMUNITI DESA, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
8.2.3 Selepas pelantikan Setiausaha dan Ahli Jawatankuasa diluluskan,
PBM perlu menyedia dan menyerahkan watikah pelantikan kepada
Setiausaha dan Ahli Jawatankuasa yang berkenaan.
8.2.4 Senarai lengkap Setiausaha dan Ahli Jawatankuasa MPKK yang
telah diluluskan dan dimuktamadkan oleh PBM perlu dikemukakan
kepada KPLB melalui Kerajaan Negeri/ Perbadanan Labuan
(WP Labuan sahaja)/ Kementerian Pembangunan Luar Bandar
Sabah (Sabah sahaja) mengikut format seperti di LAMPIRAN B
berserta surat perakuan muktamad seperti di LAMPIRAN C.
Senarai Setiausaha dan Ahli Jawatankuasa berserta maklumat
lengkap perlu dikemukakan dua (2) kali setahun iaitu pada atau
sebelum 15 Disember (tahun sebelum) dan pada atau sebelum
15 Jun (tahun semasa) bagi tujuan penyelarasan penyaluran
peruntukan Elaun MPKK.
8.2.5 Carta alir proses pelantikan Setiausaha dan Ahli Jawatankuasa
MPKK adalah seperti di LAMPIRAN E.
8.2.6 Semua Setiausaha yang telah dilantik adalah diwajibkan untuk
menghadiri Kursus Induksi MPKK yang dilaksanakan KPLB.
9. PROSEDUR PERTUKARAN
9.1 Sebarang pertukaran pelantikan atau pengisian Anggota MPKK yang
baharu hendaklah berkuatkuasa pada tarikh 01 haribulan.
9.2 Sebarang penamatan (selain atas sebab meninggal dunia) Anggota MPKK
hendaklah berkuatkuasa pada tarikh 28/ 29 haribulan (bagi bulan Februari
sahaja) atau 30/ 31 haribulan.
[10]
BAHAGIAN KOMUNITI DESA, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
10. SYARAT-SYARAT PENAMATAN
10.1 Perkhidmatan Anggota MPKK boleh ditamatkan oleh PBM atas satu (1)
atau lebih sebab-sebab berikut:
10.1.1 meninggal dunia;
10.1.2 tamat tempoh pelantikan;
10.1.3 melanggar mana-mana syarat pelantikan seperti di Para 7;
10.1.4 mengalami kecacatan kekal atau diperakukan oleh
pengamal perubatan Kerajaan bahawa Anggota MPKK
berkenaan tidak berupaya untuk menjalankan tugas;
10.1.5 tidak melaksanakan tugas atau tidak mencapai KPI yang
ditetapkan seperti di Para 16;
10.1.6 mencemar nama baik MPKK atau Kerajaan; atau/ dan
10.1.7 meletak jawatan.
11. PROSEDUR PENAMATAN
11.1 Senarai Anggota MPKK yang hendak ditamatkan perkhidmatan atas
sebab-sebab seperti di Para 10 (kecuali Para 10.1.1) perlulah diluluskan
oleh PBM.
11.2 Keputusan untuk penamatan perkhidmatan hendaklah dimaklumkan
secara rasmi kepada Anggota MPKK yang berkenaan. Jika terdapat
sebarang rayuan, hendaklah dikemukakan kepada PBM untuk
pertimbangan muktamad.
[11]
BAHAGIAN KOMUNITI DESA, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
11.3 Anggota MPKK yang ditamatkan perkhidmatan perlu menyerahkan
dokumen-dokumen rasmi MPKK kepada Anggota MPKK lain yang masih
berkhidmat/ baharu dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas tarikh
kuatkuasa penamatan. Dokumen-dokumen tersebut (yang berkaitan)
adalah sepertimana berikut:
11.3.1 buku/ penyata akaun bank MPKK;
11.3.2 penyata kewangan MPKK;
11.3.3 rekod inventori;
11.3.4 rekod aset (kekal/ mudah alih)
11.3.5 Buku Profil Kampung (BPK);
11.3.6 Pelan Tindakan Kemajuan Kampung (PTKK);
11.3.7 fail-fail pentadbiran, kewangan dan biro-biro;
11.3.8 senarai tugas dan status projek pembangunan yang
dikendalikan; dan
11.3.9 senarai lain-lain jawatan yang disandang semasa menjadi
Anggota MPKK.
11.4 Kegagalan mematuhi perkara di Para 11.3 di atas membolehkan PBM
membuat laporan kepada Pihak Berkuasa.
11.5 Sekiranya terdapat Anggota MPKK yang meninggal dunia, waris
hendaklah memaklumkan segera kepada PBM untuk tindakan lanjut yang
sewajarnya.
11.6 Carta alir proses penamatan Anggota MPKK adalah seperti di
LAMPIRAN F.
[12]
BAHAGIAN KOMUNITI DESA, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
12. PEMANGKUAN JAWATAN
12.1 Semasa tempoh kekosongan jawatan Pengerusi MPKK, Setiausaha
boleh memangku tugas-tugas Pengerusi tersebut sehingga jawatan
berkenaan diisi. Pemangkuan tugas ini membolehkan Setiausaha
melaksanakan tugas-tugas utama Pengerusi seperti berikut:
12.1.1 mempengerusikan mesyuarat MPKK;
12.1.2 mengesahkan minit mesyuarat MPKK secara manual / atas
talian;
12.1.3 menghadiri mesyuarat yang berkaitan di peringkat mukim,
daerah dan negeri;
12.1.4 membuat keputusan berkaitan pelaksanaan aktiviti-aktiviti di
kampung; dan
12.1.5 memantau aktiviti-aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan
oleh Ahli Jawatankuasa (Biro).
12.1.6 menjadi penasihat kepada pertubuhan sukarela, pertubuhan
bukan kerajaan (NGO) dan badan-badan sosial yang ada di
kampung;
12.1.7 melaporkan kepada Pejabat Tanah jika terdapat tanah-tanah
Kerajaan di dalam kampung yang telah diceroboh;
12.1.8 melaporkan isu-isu di kampung kepada pihak yang berkaitan
dan mendapatkan maklum balas daripada pihak berkenaan
serta memastikan tindakan diambil;
12.1.9 menyedia dan mengemukakan Pelan Tindakan Kemajuan
Kampung (PTKK) untuk tempoh 2 tahun (1 Penggal); dan
12.1.10 menyedia / mengemaskini Buku Profil Kampung (BPK).
[13]
BAHAGIAN KOMUNITI DESA, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
12.2 Walau bagaimanapun, sepanjang memangku tugas-tugas Pengerusi
tersebut, Setiausaha tidak dibenarkan untuk mengesahkan/
menandatangani sebarang dokumen perjanjian.
12.3 Semasa tempoh kekosongan jawatan Setiausaha MPKK, Ahli
Jawatankuasa yang dipilih oleh Anggota MPKK boleh memangku tugas-
tugas Setiausaha sehingga jawatan tersebut diisi. Pemangkuan tugas ini
membolehkan Ahli Jawatankuasa melaksanakan tugas-tugas utama
Setiausaha seperti berikut:
12.3.1 menjadi setiausaha mesyuarat MPKK;
12.3.2 menyediakan minit mesyuarat MPKK secara manual / atas
talian;
12.3.3 membantu menyedia PTKK;
12.3.4 membantu menyedia/ mengemaskini BPK; dan
12.3.5 membantu menyelaras penganjuran mesyuarat MPKK.
12.4 Tiada sebarang elaun memangku akan disediakan oleh KPLB kepada
pihak yang memangku jawatan Pengerusi/ Setiausaha MPKK.
13. KADAR ELAUN
13.1 Jenis, kadar dan kekerapan pembayaran elaun MPKK yang telah
diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri pada 27 Jun 2018 adalah
seperti di Jadual 3 berikut.
[14]
BAHAGIAN KOMUNITI DESA, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
Jadual 3: Jenis, Kadar Dan Kekerapan Pembayaran Elaun MPKK
Bil. Jenis Kadar Kekerapan
1. Elaun Pengerusi RM500 Setiap bulan
(12 kali setahun)
2. Elaun Setiausaha RM300 Setiap bulan
(12 kali setahun)
3. *Elaun Pengendalian Mesyuarat (EPM) (Institusi MPKK)
RM100 Setiap mesyuarat
(terhad kepada 6 kali tuntutan setahun)
4. *Elaun Kehadiran Mesyuarat (EKM) (Ahli Jawatankuasa sahaja)
RM50 Setiap mesyuarat
(terhad kepada 6 kali tuntutan setahun)
*Nota : Mesyuarat yang diadakan melebihi 6 kali tidak akan dibayar EPM dan EKM
oleh KPLB
13.2 Bagi Pengerusi dan Setiausaha yang meninggal dunia semasa
perkhidmatan, kadar elaun pada bulan terakhir berkhidmat adalah dibayar
secara pro-rata berdasarkan bilangan hari yang layak. Contoh pengiraan
adalah seperti penerangan berikut.
Contoh : Tempoh perkhidmatan Tuan Haji Zami bin Azmi sebagai
Pengerusi MPKK adalah 01 Januari 2019 hingga 31 Disember 2020.
Tetapi beliau meninggal dunia pada 12 Jun 2019. Cara pengiraan
elaun beliau pada bulan Jun tersebut adalah seperti berikut:
= RM500 x 12 (hari berkhidmat) 30 (jumlah hari penuh pada bulan Jun) = RM200 (jumlah elaun dibayar pada bulan Jun)
13.3 PBM boleh menambah kadar elaun yang telah ditetapkan oleh Jemaah
Menteri dengan menggunakan peruntukan kewangan negeri masing-
masing.
13.4 Pengurangan kadar elaun atau bilangan tuntutan untuk EPM dan
EKM seperti yang telah ditetapkan di Jadual 3 adalah tidak dibenarkan.
[15]
BAHAGIAN KOMUNITI DESA, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
14. PROSEDUR PENYALURAN ELAUN
14.1 Adalah menjadi tanggungjawab pihak Agensi Pembayar untuk
menubuhkan satu Akaun Khas (Akaun Amanah) di bawah Seksyen 9
Akta Acara Kewangan 1957 bagi tujuan:
14.1.1 penerimaan peruntukan elaun MPKK daripada Kementerian
Pembangunan Luar Bandar; dan
14.1.2 pembayaran Elaun MPKK kepada Anggota yang dilantik.
14.2 Agensi Pembayar perlu menyediakan Surat Ikatan Amanah bagi akaun
tersebut. Antara perkara yang perlu dinyatakan dalam surat tersebut
adalah Agensi Pembayar hanya diberikan kuasa untuk
membelanjakan peruntukan Elaun MPKK yang disalurkan bagi tujuan
pembayaran elaun kepada MPKK yang dilantik sahaja dan lain-lain
tujuan hendaklah mendapatkan kebenaran daripada Kementerian
Pembangunan Luar Bandar.
14.3 Pengurusan akaun khas tersebut hendaklah mematuhi tatacara kewangan
semasa yang berkuatkuasa.
14.4 Penyaluran peruntukan elaun akan dibuat dua (2) kali setahun iaitu Fasa 1
pada bulan Januari (bagi bayaran elaun Pengerusi dan Setiausaha bulan
Januari-Jun) dan Fasa 2 pada bulan Julai (bagi bayaran elaun Pengerusi
dan Setiausaha bulan Julai-Disember) setiap tahun. Manakala peruntukan
bagi Elaun Pengendalian Mesyuarat dan Kehadiran Mesyuarat akan
disalurkan penuh bersekali dengan penyaluran peruntukan yang dibuat
pada Fasa 1.
14.5 Sekiranya terdapat keperluan peruntukan tambahan, KPLB hanya akan
meluluskan tambahan peruntukan sekali setahun. Permohonan secara
rasmi berserta justifikasi keperluan peruntukan tambahan serta senarai
Anggota MPKK yang terlibat dengan keperluan tersebut perlu
[16]
BAHAGIAN KOMUNITI DESA, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
dikemukakan kepada KPLB sebelum pada 30 September tahun
semasa. Permohonan peruntukan tambahan selepas tarikh ini tidak akan
dipertimbangkan.
14.6 Bagi tujuan penyaluran peruntukan, PBM perlu mengemukakan dokumen-
dokumen berikut:
14.6.1 senarai Anggota MPKK sepertimana format di LAMPIRAN B;
14.6.2 surat perakuan muktamad Anggota MPKK sepertimana format
di LAMPIRAN C;
14.6.3 salinan penyata akaun bank Agensi pembayar;
14.6.4 laporan prestasi kewangan sepertimana format di LAMPIRAN G
bagi bulan Januari hingga Disember tahun sebelum) untuk
penyaluran Fasa 1 dan Januari hingga Jun tahun semasa bagi
penyaluran Fasa 2.
14.7 Dokumen seperti dinyatakan di Para 14.6 perlu dikemukakan dua (2) kali
setahun iaitu pada atau sebelum 15 Disember (tahun sebelum) dan
pada atau sebelum 15 Jun (tahun semasa) setiap tahun.
14.8 Permohonan penyaluran peruntukan secara kebelakang (backdated)
melebihi dua (2) bulan atas sebab-sebab yang tidak munasabah tidak
akan dipertimbangkan.
15. PROSEDUR PEMBAYARAN ELAUN
15.1 Pembayaran yang terlibat adalah terdiri daripada empat (4) jenis elaun
MPKK iaitu:
[17]
BAHAGIAN KOMUNITI DESA, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
15.1.1 Elaun Pengerusi;
15.1.2 Elaun Setiausaha;
15.1.3 Elaun Pengendalian Mesyuarat (EPM); dan
15.1.4 Elaun Kehadiran Mesyuarat (EKM).
15.2 Agensi Pembayar adalah di bawah Kerajaan Negeri masing-masing.
15.3 Pembayaran elaun Pengerusi dan Setiausaha MPKK hendaklah dibayar
pada setiap 24 haribulan secara Electronic Fund Transfer (EFT).
Sekiranya, tarikh tersebut jatuh pada hari pelepasan am/ perayaan,
pembayaran elaun hendaklah diawalkan kepada hari bekerja yang
terdekat.
15.4 Elaun Pengerusi dibayar pada setiap bulan terus ke akaun Pengerusi.
Dokumen wajib yang diperlukan bagi tujuan ini adalah salinan watikah
pelantikan/ surat kuatkuasa pelantikan, salinan kad pengenalan dan
salinan buku/ penyata akaun bank.
15.5 Elaun Setiausaha dibayar pada setiap bulan terus ke akaun Setiausaha.
Dokumen wajib yang diperlukan bagi tujuan ini adalah salinan watikah
pelantikan/ surat kuatkuasa pelantikan, salinan kad pengenalan dan
salinan buku/ penyata akaun bank.
15.6 EPM dibayar terus ke akaun MPKK berdasarkan tuntutan yang
dikemukakan oleh MPKK. Maksima pembayaran adalah enam (6) kali
setahun. Dokumen wajib yang diperlukan bagi tujuan ini adalah minit
mesyuarat yang telah disahkan oleh Pejabat Daerah/ Residen, dokumen
sokongan seperti gambar mesyuarat dan salinan buku/ penyata akaun
bank MPKK.
15.7 EKM dibayar terus ke akaun MPKK berdasarkan tuntutan yang
dikemukakan oleh MPKK. Elaun ini hanya layak dibayar kepada Ahli
[18]
BAHAGIAN KOMUNITI DESA, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
Jawatankuasa (AJK) yang menghadiri mesyuarat sahaja. Maksima
pembayaran adalah enam (6) kali setahun. Biro Pengurusan Kewangan
bertanggungjawab untuk mengagihkan EKM kepada Ahli Jawatankuasa
yang hadir. Dokumen wajib yang diperlukan bagi tujuan ini adalah salinan
watikah pelantikan/ surat kuatkuasa pelantikan AJK, minit mesyuarat
berserta senarai kehadiran yang telah disahkan oleh Pejabat Daerah/
Residen, dokumen sokongan seperti gambar mesyuarat dan salinan buku/
penyata akaun bank MPKK.
15.8 Tuntutan EPM dan EKM hendaklah dikemukakan oleh MPKK kepada
Agensi Pembayar dalam tempoh tujuh (7) hari daripada tarikh mesyuarat.
15.9 Agensi Pembayar hendaklah memproses bayaran EPM dan EKM dalam
tempoh 14 hari selepas menerima dokumen tuntutan yang lengkap
daripada MPKK.
15.10 Tarikh terakhir tuntutan EPM dan EKM perlu dikemukakan kepada Agensi
Pembayar adalah pada 15 November setiap tahun bagi memastikan
pembayaran boleh dilaksanakan pada tahun semasa.
15.11 Pembayaran terakhir EPM dan EKM hendaklah dibuat oleh Agensi
Pembayar sebelum 31 Disember tahun semasa (atau tarikh akhir lain
yang ditetapkan oleh Bendahari Negeri selagi mana tidak melepasi tahun
semasa).
15.12 Naziran terhadap proses pembayaran elaun MPKK akan dilaksanakan oleh
KPLB ini dari semasa ke semasa untuk memastikan:
15.13.1 pematuhan terhadap tatacara kewangan semasa yang
berkuatkuasa;
15.13.2 elaun dibayar kepada Anggota MPKK yang telah dilantik
sahaja; dan
15.13.3 pematuhan terhadap ketetapan pembayaran yang ditetapkan
oleh KPLB.
[19]
BAHAGIAN KOMUNITI DESA, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
15.13 Laporan prestasi kewangan elaun MPKK bulanan hendaklah dikemukakan
kepada KPLB pada atau sebelum lima (5) haribulan setiap bulan
berikutnya. Format laporan adalah seperti di LAMPIRAN G.
15.15 Pembayaran elaun kepada Anggota MPKK yang layak perlu dibuat pada
masa dan mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh KPLB.
16. PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI)
16.1 KPLB telah menetapkan lima (5) KPI kepada MPKK selaras dengan dasar
baharu Kerajaan. Tujuan penetapan KPI ini adalah untuk memastikan
bahawa MPKK yang dilantik untuk menjalankan urus tadbir kampung
benar-benar menjalankan fungsi mereka dalam menggerakkan komuniti
setempat untuk memajukan pembangunan dan kesejahteraan kampung.
16.2 PBM atau Pihak Pemantau KPI (iaitu pihak yang diturunkan kuasa oleh
PBM untuk menilai KPI) perlu melaksanakan pemantauan terhadap KPI
yang ditetapkan mengikut kaedah masing-masing.
16.3 Hanya MPKK yang melepasi KPI yang ditetapkan akan dipertimbangkan
untuk disambung perkhidmatan pada penggal yang akan datang.
Pemberat bagi setiap KPI adalah ditetapkan seperti di Jadual 4 berikut:
Jadual 4: Pemberat Petunjuk Prestasi Utama (KPI)
KPI PEMBERAT
Mesyuarat MPKK enam (6) kali setahun 20%
Aktiviti anjuran MPKK 11 kali setahun 20%
Pengisian anggota MPKK sekurang-kurangnya 30% wanita 20%
Penyediaan/ pengemaskinian BPK bagi setiap penggal 20%
Penyediaan PTKK bagi setiap penggal 20%
[20]
BAHAGIAN KOMUNITI DESA, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
16.4 Pelantikan semula Anggota MPKK adalah disyorkan kepada MPKK yang
mencapai markah KPI sekurang-kurangnya 80% atau lebih.
16.5 Lima (5) KPI yang telah ditetapkan tersebut adalah seperti berikut:
16.5.1 melaksanakan mesyuarat MPKK enam (6) kali setahun;
MPKK perlu mengadakan mesyuarat MPKK sekurang-
kurangnya enam (6) kali setahun dan minit mesyuarat perlu
dikemukakan sebagai dokumen pembuktian kepada PBM
atau Pihak Pemantau KPI.
16.5.2 melaksanakan aktiviti anjuran MPKK 11 kali setahun
(1 aktiviti bagi setiap biro);
Setiap Biro yang diketuai oleh seorang Ahli Jawatankuasa
perlu menganjurkan satu (1) aktiviti yang disertai oleh
komuniti setempat. Aktiviti yang dilaksanakan boleh
diselaras oleh satu biro atau gabungan beberapa biro.
Aktiviti yang dilaksanakan ini perlu dilaporkan semasa
meyuarat MPKK disamping mengemukakan gambar aktiviti
sebagai dokumen pembuktian.
16.5.3 pengisian anggota MPKK sekurang-kurangnya 30%
wanita;
Struktur MPKK perlulah diisi dengan golongan wanita
sekurang-kurangnya 30% daripada jumlah keseluruhan
keanggotaan MPKK.
[21]
BAHAGIAN KOMUNITI DESA, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
16.5.4 penyediaan/ pengemaskinian BPK bagi setiap penggal;
dan
MPKK perlu menyediakan/ mengemaskini BPK yang lengkap
mengikut format Sistem Profil Kampung Peringkat Nasional
(SPKPN) bagi setiap penggal seperti di LAMPIRAN H.
Nota : BPK perlu disediakan sebelum 30 April tahun
pertama bagi setiap penggal untuk dikemaskini di dalam
SPKPN.
16.5.5 penyediaan PTKK bagi setiap penggal.
MPKK perlu menyediakan PTKK yang meliputi perancangan
aktiviti atau projek yang akan dilaksanakan oleh MPKK
dalam tempoh dua (2) tahun dengan penglibatan masyarakat
kampung tersebut dalam usaha untuk memajukan kampung.
Format penyediaan PTKK adalah seperti di LAMPIRAN I.
Nota : PTKK perlu disediakan sebelum 30 April tahun
pertama bagi setiap penggal.
16.6 PBM atau Pihak Pemantau KPI perlu membuat pemantauan secara
berkala dan mengemukakan laporan prestasi KPI MPKK kepada KPLB
dua (2) kali setahun iaitu pada atau sebelum 15 Jun dan pada atau
sebelum 15 Disember setiap tahun seperti format laporan di LAMPIRAN J
atau berdasarkan keperluan KPLB dari semasa ke semasa.
17. MESYUARAT MAJLIS PENGURUSAN KOMUNITI KAMPUNG (MPKK)
17.1 Mesyuarat MPKK hanya boleh diadakan dengan dipengerusikan oleh
Pengerusi MPKK atau Setiausaha MPKK sahaja. Manakala setiausaha
mesyuarat adalah Setiausaha MPKK atau mana-mana Ahli Jawatankuasa
yang dipilih oleh Anggota MPKK.
[22]
BAHAGIAN KOMUNITI DESA, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
17.2 Agenda tetap yang perlu dibincangkan dan dilaporkan dalam setiap
mesyuarat adalah seperti berikut:
17.2.1 kewangan MPKK;
17.2.2 isu berkaitan infrastruktur/ kemudahan di kampung;
17.2.3 aktiviti biro; dan
17.2.4 isu / masalah di kampung (sekiranya ada).
17.3 Korum mesyuarat mestilah 2/3 daripada jumlah keseluruhan keanggotaan
MPKK bagi melayakkan EPM dan EKM dibayar.
17.4 MPKK digalakkan menjemput pegawai-pegawai Jabatan / Agensi
Kerajaan atau individu-individu tertentu sekiranya perlu. Status mereka
adalah sebagai turut hadir.
17.5 MPKK perlu mendapatkan pengesahan minit mesyuarat daripada Pejabat
Daerah/ Pejabat Residen (negeri Sarawak) sebelum pembayaran EPM
dan EKM boleh dibuat oleh Agensi Pembayar.
17.6 Kekerapan mesyuarat adalah bergantung kepada keperluan MPKK.
Walau bagaimanapun, MPKK hendaklah melaksanakan mesyuarat
sekurang-kurangnya enam (6) kali setahun.
18. PENUBUHAN BAHARU
18.1 PBM yang bercadang untuk menubuhkan MPKK baharu perlu
mengemukakan perkara-perkara berikut untuk pertimbangan KPLB, iaitu:
18.1.1 surat permohonan yang disertakan dengan kertas cadangan
penubuhan dan justifikasi penubuhan baharu;
18.1.2 BPK mengikut format SPKPN;
[23]
BAHAGIAN KOMUNITI DESA, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
18.1.3 Pelan Persempadanan Kampung (daripada sumber rasmi/
sah);
18.1.4 PTKK (untuk tempoh 2 tahun); dan
18.1.5 senarai cadangan keanggotaan MPKK.
18.2 PBM perlu memastikan cadangan penubuhan MPKK tersebut memenuhi
kriteria bilangan penduduk seperti ketetapan berikut:
18.2.1 Semenanjung Malaysia - 1,000 orang penduduk / 200 buah
rumah;
18.2.2 Sabah/ WP Labuan – 150 orang penduduk / 30 buah rumah;
dan
18.2.3 Sarawak – 100 orang / 20 buah rumah.
18.3 Permohonan yang lengkap akan dibawa kepada Jawatankuasa
Pertimbangan Penubuhan Baharu (JPPB) MPKK untuk dinilai.
Keanggotaan Jawatankuasa ini adalah seperti di Jadual 5.
Jadual 5 : Jawatankuasa Pertimbangan Penubuhan Baharu
(JPPB).
Jawatan Keanggotaan
Pengerusi Ketua Setiausaha, KPLB
Timbalan Pengerusi
Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), KPLB
Ahli Tetap
Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) PLANMalaysia, KPKT Pihak Berkuasa Melantik Bahagian Kewangan, KPLB Pejabat Daerah / Residen
Ahli Tidak Tetap
Institut Kemajuan Desa (INFRA) Bahagian Prasarana, KPLB Bahagian Kemajuan Tanah Dan Wilayah, KPLB Jabatan Kerajaan Tempatan, KPKT Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
Urus setia Bahagian Komuniti Desa, KPLB
[24]
BAHAGIAN KOMUNITI DESA, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
18.4 KPLB hanya akan mempertimbangkan permohonan yang lengkap
berdasarkan justifikasi, kriteria yang ditetapkan dan kelulusan
peruntukan tambahan oleh Kementerian Kewangan.
18.5 Wakil daripada Kerajaan Negeri / Pejabat Daerah / Residen yang
berkaitan akan membentangkan permohonan penubuhan yang telah
dikemukakan.
18.6 Keputusan permohonan yang diputuskan dalam JPPB akan diangkat
kepada YB Menteri KPLB untuk pertimbangan dan kelulusan akhir.
18.7 Keputusan permohonan akan dimaklumkan secara rasmi kepada PBM.
Keputusan adalah muktamad.
18.8 Carta alir proses penubuhan baharu MPKK adalah seperti di
LAMPIRAN K.
19. STRUKTUR ORGANISASI
19.1 Jumlah keanggotaan MPKK adalah seramai 13 orang yang terdiri
daripada seorang (1) Pengerusi, seorang (1) Setiausaha dan 11 Ahli
Jawatankuasa (AJK).
19.2 Setiap AJK MPKK hendaklah dilantik sebagai:
i) Pengerusi Biro Pembangunan Prasarana;
ii) Pengerusi Biro Ekonomi dan Keusahawanan
iii) Pengerusi Biro Kesejahteraan dan Keceriaan
iv) Pengerusi Biro Belia, Sukan dan NGO;
v) Pengerusi Biro Keselamatan dan Kesihatan;
vi) Pengerusi Biro Pengurusan Kewangan;
vii) Pengerusi Biro Pendidikan dan Inovasi;
viii) Pengerusi Biro Pemantapan Spiritual;
[25]
BAHAGIAN KOMUNITI DESA, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
ix) Pengerusi Biro Kebajikan dan Kesukarelawan;
x) Pengerusi Biro Infostruktur dan Komunikasi; dan
xi) Pengerusi Biro Hal Ehwal Wanita dan Keluarga.
19.3 30% daripada keanggotaan setiap MPKK hendaklah terdiri daripada
golongan wanita.
20. FUNGSI UTAMA
20.1 MPKK berfungsi untuk merancang dan melaksanakan pelan
pembangunan kampung dengan penglibatan komuniti setempat
menggunakan pendekatan bottom-up approach ke arah mewujudkan
kampung yang maju dan sejahtera.
20.2 Setiap MPKK perlu mewujudkan satu (1) Akaun Bank atas nama MPKK
bagi tujuan seperti berikut:
20.2.1 penerimaan EPM dan EKM;
Agensi Pembayar akan membuat pembayaran EPM dan
EKM berdasarkan tuntutan dan dokumen lengkap yang
dikemukakan oleh MPKK.
20.2.2 penerimaan peruntukan Geran MPKK;
Agensi Pembayar akan membuat penyaluran peruntukan
Geran MPKK kepada MPKK berdasarkan kelulusan
permohonan.
20.2.3 penerimaan modal dan hasil MPKK;
Penerimaan modal adalah wang yang diterima bukan
daripada aktiviti biasa MPKK seperti jualan aset bukan
semasa, derma khas yang bertujuan untuk membiayai
sesuatu projek dan peruntukan dari Kerajaan. Penerimaan
hasil adalah wang yang diterima daripada aktiviti biasa
[26]
BAHAGIAN KOMUNITI DESA, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
MPKK seperti hasil sewa, kutipan jualan aktiviti MPKK, yuran
pertandingan dan derma yang bukan bertujuan untuk
membiayai projek.
20.2.4 perbelanjaan modal dan hasil MPKK.
Perbelanjaan modal adalah wang yang digunakan untuk
membina atau membeli aset bukan semasa atau yang
menambah nilai aset bukan semasa seperti pembinaan
tapak pasar malam/ letak kereta/ gelanggang permainan dan
ubahsuai bangunan. Perbelanjaan hasil adalah wang yang
digunakan untuk membeli aset semasa seperti pembelian
alat tulis untuk kegunaan MPKK dan belanja pengurusan
dan pentadbiran MPKK.
20.3 Segala aktiviti kewangan termasuk penerimaan dan perbelanjaan serta
lain-lain berkaitan akaun ini hendaklah mempunyai catatan dan direkodkan
oleh Biro Pengurusan Kewangan dengan dikawal selia oleh Pengerusi dan
Setiausaha MPKK. Laporan prestasi kewangan Akaun MPKK perlu
dilaporkan dalam setiap mesyuarat MPKK yang dilaksanakan.
20.4 Fungsi utama Pengerusi, Setiausaha dan Ahli Jawatankuasa adalah
sepertimana berikut :
20.4.1 Pengerusi
Sebagai ketua dan pemimpin di peringkat kampung yang
bertanggungjawab dalam merancang, memastikan pelaksanaan
pembangunan kampung, menyatupadukan penduduk serta
membina kehidupan masyarakat kampung yang sejahtera. Secara
khusus tugasnya adalah seperti berikut:
(i) bertanggungjawab kepada Pejabat Daerah / Residen;
[27]
BAHAGIAN KOMUNITI DESA, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
(ii) mempengerusikan mesyuarat MPKK sekurang-kurangnya
enam (6) kali setahun;
(iii) membentuk Ahli Jawatankuasa mengikut Biro dan
menentukan pengagihan tugas mengikut Biro;
(iv) memantau perkembangan aktiviti Biro dan memastikan
kesempurnaan pelaksanaannya;
(v) menghadiri mesyuarat yang berkaitan di peringkat
mukim, daerah dan negeri;
(vi) menjadi penasihat kepada pertubuhan sukarela,
pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan badan-badan
sosial yang ada di kampung;
(vii) mendukung hasrat dan dasar-dasar Kerajaan serta
menyampaikannya kepada penduduk;
(viii) menyampaikan maklumat, memberi penjelasan dan
mengambil tindakan mengenai arahan-arahan Kerajaan;
(ix) menjadi penghubung antara penduduk kampung dengan
Kerajaan dan badan-badan bukan Kerajaan;
(x) membantu penduduk kampung menyelesaikan masalah
yang berkaitan dengan tanah dan melaporkan kepada
Pejabat Tanah jika terdapat tanah-tanah Kerajaan di dalam
kampung yang telah diceroboh;
(xi) melaporkan isu-isu di kampung kepada pihak yang berkaitan
dan mendapatkan maklum balas daripada pihak berkenaan
serta memastikan tindakan diambil;
[28]
BAHAGIAN KOMUNITI DESA, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
(xii) menyedia / mengemaskini BPK seperti format di Lampiran
H dan mengemukakan kepada Penggerak (Agensi di bawah
KPLB) / Pejabat Daerah sebelum 30 April tahun pertama
bagi setiap penggal untuk dikemaskini di dalam SPKPN;
(xiii) menyedia dan mengemukakan PTKK untuk tempoh 2 tahun
berdasarkan format di Lampiran I kepada Pejabat Daerah/
Residen sebelum 30 April tahun pertama bagi setiap
penggal;
(xiv) mengesahkan minit mesyuarat secara manual/ atas talian;
(xv) mengawal selia aktiviti dan rekod kewangan MPKK
termasuk penerimaan dan perbelanjaan serta lain-lain
berkaitan akaun MPKK;
(xvi) mengawal selia pengurusan penggunaan kemudahan-
kemudahan di kampung untuk kegunaan komuniti setempat;
(xvii) menerima dan melaksanakan tugas yang diserahkan dari
semasa ke semasa.
20.4.2 Setiausaha
(i) Membantu Pengerusi dalam melaksanakan tugas dan
tanggungjawab kesetiausahaan;
(ii) Membantu menyelaras penganjuran mesyuarat MPKK;
(iii) Menyediakan minit mesyuarat secara manual/ atas talian;
(iv) Mengurus dan menyelaras pengurusan rekod dan fail
berkaitan MPKK;
[29]
BAHAGIAN KOMUNITI DESA, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
(v) Membantu Pengerusi untuk mengawal selia aktiviti dan
rekod kewangan MPKK termasuk penerimaan dan
perbelanjaan serta lain-lain berkaitan akaun MPKK;
(vi) Membantu mengawal selia pengurusan penggunaan
kemudahan-kemudahan di kampung untuk kegunaan
komuniti setempat; dan
(vi) Menerima dan melaksanakan tugas yang diserahkan dari
semasa ke semasa.
20.4.3 Biro Pembangunan Prasarana
(i) Menyelaras dan bertanggungjawab bagi memastikan PTKK
berkaitan pembangunan prasana dilaksanakan mengikut
perancangan dan jadual serta mengikut keutamaan;
(ii) Merancang peruntukan tahunan projek pembangunan
kampung dan menyediakan anggaran belanjawan
pembangunan;
(iii) Memantau program / aktiviti pembangunan / pembaikan dan
pemuliharaan yang dirancang oleh Kerajaan dan MPKK
supaya berjalan lancar;
(iv) Memberi maklumbalas kepada agensi terlibat mengenai
projek-projek yang dikenalpasti bermasalah untuk tujuan
penambahbaikan;
(v) Memberi maklumbalas kepada pihak Kerajaan berkaitan
kesan (impak) projek ke atas kumpulan sasar;
(vi) Mewujudkan jaringan kerjasama dengan pelbagai Agensi
Kerajaan/ Swasta/ NGO/ pelbagai pihak bagi tujuan
pembangunan berterusan;
[30]
BAHAGIAN KOMUNITI DESA, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
(vii) Menyediakan laporan prestasi projek / aktiviti pembangunan
dan kewangan projek secara berkala;
(viii) Membantu pengurusan MPKK dalam merancang, melaksana
dan memantau pelaksanaan projek-projek infrastruktur,
kemudahan awam dan sosio ekonomi;
(ix) Membantu menyelaras dan mengurus penggunaan
kemudahan-kemudahan di kampung untuk kegunaan
komuniti setempat; dan
(x) Menerima dan melaksanakan tugas yang diserahkan dari
semasa ke semasa.
20.4.4 Biro Ekonomi dan Keusahawanan
(i) Menggerakkan program / aktiviti ekonomi melalui kerjasama
/ bantuan Kerajaan / swasta kepada penduduk kampung;
(ii) Menyelaras dan memantau aktiviti / program ekonomi yang
dilaksana secara kerjasama;
(iii) Mengenalpasti sumber-sumber sedia ada yang berpotensi
untuk menjana pendapatan kepada kampung mengikut
keutamaan dan menyediakan kertas cadangan serta laporan
pelaksanaan;
(iv) Menyediakan laporan program / aktiviti ekonomi yang telah
dilaksanakan;
(v) Menyediakan laporan kejayaan program / aktiviti ekonomi;
(vi) Menggerakkan masyarakat untuk melaksanakan aktiviti
ekonomi berdasarkan potensi dan sumber yang dikenalpasti;
[31]
BAHAGIAN KOMUNITI DESA, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
(vii) Mengadakan aktiviti ekonomi seperti ekspo, pameran,
karnival dan sebagainya;
(viii) Merancang dan melaksanakan kegiatan ekonomi dengan
kaedah yang lebih tersusun dan terancang;
(ix) Membentuk golongan usahawan, menganjurkan seminar
usahawan dan sebagainya;
(x) Mengadakan hubungan kerjasama atau perjanjian
persefahaman (ekonomi) dengan pelbagai agensi Kerajaan
atau swasta sama ada dalam atau luar negara; dan
(xi) Menerima dan melaksanakan tugas yang diserahkan dari
semasa ke semasa.
20.4.5 Biro Kesejahteraan dan Keceriaan
(i) Menggalakkan penduduk kampung menjaga kebersihan
persekitaran dan kemudahan awam;
(ii) Menganjur aktiviti gotong-royong secara berkala melibatkan
semua lapisan masyarakat;
(iii) Mengadakan kerjasama dengan agensi Kerajaan / bukan
Kerajaan berkaitan pemuliharaan alam sekitar;
(iv) Memastikan persekitaran kampung di dalam keadaan ceria
dan menarik;
(v) Mengadakan aktiviti yang dapat memupuk, menggalak
serta meningkatkan semangat bekerja, bermuafakat dan
tolong-menolong di kalangan masyarakat;
(vi) Meningkatkan kerjasama penduduk kampung dengan
mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan masyarakat;
[32]
BAHAGIAN KOMUNITI DESA, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
(vii) Menyelaras program berbentuk kesenian dan kebudayaan
yang disertai penduduk kampung; dan
(viii) Menerima dan melaksanakan tugas yang diserahkan dari
semasa ke semasa.
20.4.6 Biro Belia, Sukan dan NGO
(i) Merancang dan melaksanakan program-program
kemasyarakatan dengan penglibatan tenaga belia;
(ii) Memberi galakan kepada semua lapisan masyarakat
terutama golongan belia untuk bergiat dalam sukan bagi
melahirkan generasi yang sihat;
(iii) Menyediakan peralatan dan kemudahan sukan untuk
keperluan masyarakat kampung;
(iv) Mengenalpasti penduduk kampung yang berpotensi untuk
diketengahkan sebagai ahli sukan;
(v) Mengatur / menerima kunjungan / lawatan berbentuk
kesukanan dengan pelbagai pihak;
(vi) Mengatur dan melaksanakan aktiviti bersama pertubuhan
NGO; dan
(vii) Menerima dan melaksanakan tugas yang diserahkan dari
semasa ke semasa.
20.4.7 Biro Keselamatan dan Kesihatan
(i) Berperanan dalam mengambil langkah persediaan untuk
memastikan keselamatan penduduk kampong;
[33]
BAHAGIAN KOMUNITI DESA, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
(ii) Menyediakan pelan keselamatan seperti pelantikan petugas,
jadual bertugas, nombor talian kecemasan, tapak tempat
berkumpul ketika kecemasan dan sebagainya;
(iii) Menyediakan dan menyelenggara infrastruktur / kemudahan
/ peralatan keselamatan (saluran air bomba, pemadam api
dan sebagainya);
(iv) Mengawal selia harta awam di kampung supaya sentiasa
dalam keadaan baik dan boleh digunakan;
(v) Memberi kesedaran kepada penduduk kampung untuk
menjaga dan menghargai semua harta atau kemudahan
awam;
(vi) Menggalakkan amalan gaya hidup sihat di kalangan
penduduk kampung;
(vii) Membantu agensi Kerajaan yang berkaitan untuk
menjalankan kegiatan khidmat nasihat dan penguatkuasaan
undang-undang mencegah wabak penyakit berjangkit;
(viii) Mewujudkan jaringan kerjasama dengan pihak klinik
kesihatan untuk memudahkan pelaksanaan program
kesihatan seperti kempen kebersihan dan kesihatan, derma
darah dan lain-lain aktiviti yang bersesuaian;
(ix) Mewujudkan pasukan banteras dadah;
(x) Memantau tahap kesihatan penduduk kampung dengan
mengenal pasti penduduk yang mempunyai penyakit
berjangkit atau merbahaya agar bantuan yang sesuai dapat
diberikan; dan
(xi) Menerima dan melaksanakan tugas yang diserahkan dari
semasa ke semasa.
[34]
BAHAGIAN KOMUNITI DESA, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
20.4.8 Biro Pengurusan Kewangan
(i) Menjalankan tugas sebagai Bendahari untuk merancang,
mengurus, melaksana, mengawal dan memantau aktiviti
pengurusan sumber kewangan (hasil dan perbelanjaan);
(ii) Menyediakan rekod kewangan (kira-kira) bagi segala urusan
kewangan (hasil dan perbelanjaan) termasuk penyediaan
dan penyimpanan resit, baucar, wang keluar masuk dan hal-
hal lain yang berkaitan dengan pengurusan dana MPKK;
(iii) Menguruskan pembelian peralatan keperluan kampung dan
bayaran bil-bil utiliti MPKK;
(iv) Menyediakan penyata kewangan bulanan dan laporan
kewangan MPKK yang telah disemak dan disahkan oleh
Pengerusi dan Setiausaha MPKK;
(v) Membentangkan penyata kewangan dalam mesyuarat
bulanan MPKK;
(vi) Menyimpan selamat akaun kewangan MPKK;
(vii) Mengagihkan EKM yang disalurkan ke akaun MPKK kepada
Ahli Jawatankuasa yang menghadiri mesyuarat;
(viii) Menguruskan peruntukan MPKK mengikut amalan yang
dibenarkan / peraturan / prosedur kewangan / buku panduan
kewangan;
(ix) Membantu memberikan khidmat nasihat berkaitan urusan
kewangan terutamanya berkaitan urusan penambahan dana
kewangan sama ada melalui hasil atau sumbangan;
(x) Mengenalpasti dan menyediakan prosedur pengurusan
kewangan (kemasukan/ pengeluaran) wang melalui akaun
MPKK; dan
[35]
BAHAGIAN KOMUNITI DESA, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
(xi) Menerima dan melaksanakan tugas yang diserahkan dari
semasa ke semasa.
20.4.9 Biro Pendidikan dan Inovasi
(i) Memupuk budaya ilmu dan menguruskan latihan di kalangan
penduduk kampung berasaskan keperluan penduduk;
(ii) Meningkatkan kerjasama dengan institusi pendidikan
Kerajaan dan badan bukan Kerajaan dalam usaha untuk
mempertingkatkan kecemerlangan pendidikan;
(iii) Mendapatkan maklumat daripada jabatan Kerajaan, badan
bukan Kerajaan dan swasta mengenai peluang-peluang
latihan kemahiran dan kemajuan kerjaya untuk disebarkan
kepada penduduk kampong;
(iv) Menguruskan bantuan pendidikan kepada pelajar kampung
yang cemerlang;
(v) Menubuhkan kelas-kelas pembelajaran berdasarkan
pelbagai peringkat umur, jantina atau kategori (contoh kelas
bahasa, kelas motivasi, kelas fardhu ain, kelas tambahan
dan sebagainya);
(vi) Menganjurkan karnival pendidikan dan kerjaya di peringkat
kampung yang melibatkan komuniti setempat dan sekitar;
dan
(vii) Menerima dan melaksanakan tugas yang diserahkan dari
semasa ke semasa.
20.4.10 Biro Pemantapan Spiritual
(i) Memelihara kesucian agama Islam sebagai agama rasmi
Negara;
[36]
BAHAGIAN KOMUNITI DESA, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
(ii) Memelihara keharmonian beragama dalam masyarakat
berbilang kaum;
(iii) Merancang penganjuran majlis / kelas agama;
(iv) Menjaga kebersihan tanah perkuburan;
(v) Mengadakan program atau majlis-majlis ilmu secara berkala
mengikut kesesuaian kepelbagaian agama dan budaya yang
wujud di kampung; dan
(vi) Menerima dan melaksanakan tugas yang diserahkan dari
semasa ke semasa.
20.4.11 Biro Kebajikan dan Kesukarelawan
(i) Mengenal pasti jenis bantuan daripada mana-mana agensi
untuk membantu penduduk kampung yang daif membuat
permohonan;
(ii) Merancang program-program berbentuk kebajikan seperti
tabung khairat kematian, pungutan derma, lawatan ke rumah
penduduk kampung yang ditimpa kemalangan atau bencana;
(iii) Mengenalpasti dan membantu penduduk yang daif, Orang
Kelainan Upaya (OKU) dan uzur;
(iv) Membantu aktiviti kenduri kampung;
(v) Menganjurkan aktiviti kesukarelawan dalam membantu
masyarakat kampung yang di dalam kesusahan dan
memerlukan bantuan dalam bentuk tenaga; dan
(vi) Menerima dan melaksanakan tugas yang diserahkan dari
semasa ke semasa.
[37]
BAHAGIAN KOMUNITI DESA, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
20.4.12 Biro Infostruktur dan Komunikasi
(i) Menggalakkan penggunaan teknologi maklumat kepada
masyarakat kampung terutama golongan belia;
(ii) Membantu menyelaras penyediaan minit mesyuarat secara
atas talian;
(iii) Mempromosi kampung melalui laman sesawang/ media
sosial;
(iv) Membantu masyarakat kampung dalam aktiviti atas talian
e-Kerajaan seperti pendaftaran pemilih dan sebagainya;
(v) Menyebarluaskan maklumat program dan aktiviti yang
dijalankan oleh biro-biro jawatankuasa;
(vi) Menyediakan emel MPKK bagi tujuan penyaluran maklumat
daripada Kerajaan dan sebagainya;
(vii) Menghebahkan maklumat mengenai dasar-dasar, inisiatif,
serta bantuan Kerajaan dan berita semasa yang diperolehi
dari atas talian;
(viii) Menyediakan perkhidmatan seperti cetakan, penyediaan
maklumat, penghantaran dan penerimaan emel untuk
masyarakat kampung;
(ix) Menganjurkan kelas kemahiran komputer dan lain-lain kelas
yang berkaitan dengan teknologi maklumat; dan
(x) Menerima dan melaksanakan tugas yang diserahkan dari
semasa ke semasa.
[38]
BAHAGIAN KOMUNITI DESA, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
20.4.13 Biro Hal Ehwal Wanita dan Keluarga
(i) Mengadakan aktiviti yang dapat menggalakkan
permuafakatan di kalangan wanita di kampung;
(ii) Memastikan kepentingan golongan wanita di kampung
terjaga terutama golongan ibu tunggal;
(iii) Menyenaraikan senarai bantuan yang disediakan oleh
Kerajaan dan badan bukan Kerajaan seterusnya membantu
menyelaras permohonan bagi golongan wanita dan keluarga
yang memerlukan; dan
(iv) Menerima dan melaksanakan tugas yang diserahkan dari
semasa ke semasa.
20.4.14 Biro Perpaduan
(i) Melaksanakan semak dan imbang dan melibatkan diri
dalam mesyuarat MPKK untuk bersama-sama memberi
pandangan agar keputusan yang dibuat telah mengambil
kira akan kepentingan semua golongan masyarakat;
(ii) Membantu memastikan objektif dan matlamat dasar-dasar
baharu Kerajaan dapat disampaikan dengan tepat dan jelas
hingga ke peringkat MPKK seterusnya mewujudkan suasana
yang harmoni dan bersatu padu di peringkat kampung; dan
(iii) Menerima dan melaksanakan tugas yang diserahkan dari
semasa ke semasa.
21. PENUTUP
Tatacara pengurusan MPKK ini hendaklah digunapakai di semua negeri bagi
mewujudkan keseragaman pelaksanaannya di semua peringkat dan ianya
adalah selaras dengan hasrat Kerajaan untuk melaksanakan penstrukturan
semula MPKK seterusnya mencapai matlamat KPLB - Luar Bandar Sejahtera.
[39]
BAHAGIAN KOMUNITI DESA, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
LAMPIRAN