tasawwur islam tingkatan lima

36
0 KAMUS ISTILAH MATA PELAJARAN TASAWWUR ISLAM TING 4 & 5

Upload: ummu-nabilah

Post on 20-Mar-2016

351 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

KAMUS ISTILAH

TRANSCRIPT

Page 1: TASAWWUR ISLAM TINGKATAN LIMA

0

KAMUS ISTILAH

TASWWUR ISLAM

MATA PELAJARAN

TASAWWUR

Kamus istilah ini disusun untuk kegunaan pelajar yang mengambil matapelajaran Tasawwur Islam Tingkatan empat dan lima. Ianya disusun sesuai dengan apa yang diguna pakai dalam buku teks Tasawwur Islam tingkatan 4 dan 5

Page 2: TASAWWUR ISLAM TINGKATAN LIMA

Kontrak jual beli untuk membeli sesuatu barangan

dengan bayaran harga secara tertangguh termasuk

keuntungannya sekali. Pelanggan dibolehkan

membayar secara ansuran mengikut tempoh yang telah dipersetujui secara bersama.

Alam nyata yang boleh ditanggapi oleh pancaindera

manusia dan boleh digunakan pada bila-bila

masa mengikut keupayaan

Cetakan 2008

Bil Istilah Maksud

1. Adil Meletakkan sesuatu kena pada tempatnya

2. Agama BudayaAgama, kepercayaan atau ajaran yang diciptakan oleh manusia sendiri, hasil daripada pemikiran mereka tanpa bimbingan wahyu. Contohnya fahaman-fahaman seperti komunisma dan sebagainya.

3. Agama LangitAgama yang diturunkan oleh Allah s.w.t kepada manusia melalui perantaraan Rasul dan Nabi. Contohnya Agama Islam, Kristian, Yahudi dan Nasrani.

4. Ajaran SesatAjaran atau amalan yang dibawa oleh orang Islam atau bukan Islam yang menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenarnya yang berdasarkan al-Quran dan hadis contohnya ajaran Ayah Pin.

5. Ajnabi Orang lelaki atau perempuan yang sah dikahwinkan antara keduanya ( tiada perhubungan kekeluargaan )

6. Akal Keupayaan manusia berfikir.

7. Akhlak Tingkah laku, etika, moral atau sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang.

8. AkidahKeyakinan atau kepercayaan tentang kewujudan Allah s.w.t yang maha Esa, yang tiada bersekutu, mempunyai sifat-sifat kesempurnaan, kesucian dan kebesaran

9. Alam Segala mahkluk yang ada dilangit dan di bumi yang diciptakan oleh Allah s.w.t untuk kegunaan dan kemudahan manusia.

10. Alam GhaibAlam yang tidak dapat ditanggapi oleh pancaindera dan akal manusia. Kewujudan alam ini dapat difahami melalui keimanan dan keyakinan yang teguh kepada Allah s.w.t Contohnya seperti alam kubur, padang mashyar dan sebagainya

11. Alam kubur/alam barzakh

Tempat sementara manusia menunggu hari kiamat selepas mereka mati

Kamus Istilah Tasawwur Islam Ting 4 & 51

Disediakan oleh : Safaee b. Zakaria SMK Jelawat, Bachok, Kelantan

Page 3: TASAWWUR ISLAM TINGKATAN LIMA

Bil Istilah Maksud

12. Alam Musyahadah

Alam nyata yang boleh ditanggapi oleh pancaindera manusia dan boleh digunakan pada bila-bila masa mengikut keupayaan akal manusia. seperti haiwan, tumbuh-tumbuhan, bahan galian dan sebagainya.

13. ‘Alamiyyah Sarwajagat / global iaitu Islam ialah agama yang sesuai kepada semua manusia tanpa mengira tempat dan zaman.

14. Amar makruf nahi mungkar Menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran

15. Antihadis Fahaman yang menolak hadis sebagai sumber hukum dalam Islam.

16. Ar-Rahim Sifat Allah s.w.t yang Maha Penyayang

17. Ar-Rahman Sifat Allah s.w.t yang Maha Pemurah

18. Asma’ wa sifatAllah memiliki nama-nama yang indah dan sifat-sifat yang mulia, iaitu Allah s.w.t memiliki 99 nama yang indah bagi diri-Nya dan memiliki 41 sifat yang terdiri daripada 20 sifat yang wajib,20 sifat mustahil dan satu sifat yang harus baginya.

19. AstronomiIlmu falak, iaitu ilmu tentang bintang-bintang yang melibatkan kajian tentang kedudukan, pergerakan dan perkiraan serta tafsiran yang berkaitan dengan bintang.

20. Aza

Perkataan atau perbuatan yang dilakukan ke atas orang yang menerima bantuan dan pertolongan daripada seseorang. Perbuatan itu dilakukan oleh pemberi bantuan tersebut dengan mengungkit-ungkit pertolongan yang telah diberikannya, sehingga menimbulkan perasaan sakit hati orang yang mendapat pertolongan tersebut.

21. Azali Ilmu Allah s.w.t yang hakiki, qadim ,kekal dan mutlak.

22. Badan Eksekutif Badan pemerintahan – badan yang bertanggungjawab mengurus dan mentadbir negara

23. Badan Legislatif Badan perundangan – sebuah badan yang berkuasa membuat, mengubal, meminda atau memansuhkan undang-undang

24. Bai ‘ bithaman ajil

Kontrak jual beli untuk membeli sesuatu barangan dengan bayaran harga secara tertangguh termasuk keuntungannya sekali. Pelanggan dibolehkan membayar secara ansuran mengikut tempoh yang telah dipersetujui secara bersama.

25. Baitulmal Perbendaharaan negara Islam

26. Barzakh Alam tempat roh orang mati berada sementara menunggu dibangkitkan semula pada hari akhirat nanti ( alam kubur)

27. Bermukim Orang yang tinggal di sesuatu tempat buat sementara waktu sahaja

28. Bidaah Mereka-reka perkara baru dalam agama (beribadat) yang tidak Kamus Istilah Tasawwur Islam Ting 4 & 52

Page 4: TASAWWUR ISLAM TINGKATAN LIMA

Bil Istilah Maksudpernah diamalkan pada zaman Rasulullah dan para sahabat baginda.

29. BorosMembelanjakan harta secara berlebih-lebihan daripada keperluan sebenar atau membelanjakan harta kepada perkara yang tidak perlu atau membelanjakan harta kearah maksiat.

30. BudayaKeseluruhan cara hidup yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan cara berfikir serta segala hasil kegiatan atau kerohanian masyarakat

31. Budaya Bukan Islam

Budaya yang bertentangan dengan Islam dan adat orang melayu yang lemah lembut contohnya budaya bersekedudukan tanpa nikah, budaya lepak, hippies dan sebagainya

32. Budaya Islam Cara hidup masyarakat Islam yang berteraskan ketakwaan kepada Allah

33. Darurat Keadaan yang memaksa

34. Dhabit Orang yang cukup kuat ingatan untuk mengingati sesuatu yang didengarinya

35. Dhob Sejenis binatang yang hidup di daratan dan menyerupai binatang biawak pasir.

36. DiatHarta benda atau bayaran tertentu yang wajib diberikan kepada waris orang yang dibunuh sebagai ganti hukuman qisas yang tidak dapat dilaksanakan.

37. Din Agama yang mengatur cara hidup yang lengkap dan sempurna.

38. Drastik Keterlaluan, terlalu keras (berkenaan sesuatu tindakan)

39. EkosistemSistem yang melibatkan interaksi antara sesuatu komuniti (haiwan, tumbuhan) dengan alam persekitaran yang tidak bernyawa.

40. Etika Nilai akhlak atau tingkah laku yang menjadi pegangan seseorang atau sesuatu kumpulan semasa menjalankan tugas

41. Fakir Orang yang tidak dapat memenuhi walaupun separuh daripada keperluan dan perbelanjaan hidup sehariannya

42. Falsafah Jenayah

Peraturan dan hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t terhadap kesalahan yang melibatkan pencerobohan terhadap nyawa, anggota tubuh badan serta harta benda manusia.

43. Fardhu AinKewajipan/perintah Allah yang dikenakan ke atas setiap orang Islam yang cukup syarat-syaratnya. Jika dilaksankan akan mendapat pahala manakala jika ditinggalkan akan berdosa. Seperti menuntut ilmu

44. Fardhu Kifayah Kewajipan / perintah Allah yang dikenakan ke atas setiap orang Islam yang cukup syarat-syaratnya. Jika sudah terdapat sebahagian daripada umat Islam dalam sesuatu kawasan telah melaksankan perintah tersebut, maka semua orang terlepas

Kamus Istilah Tasawwur Islam Ting 4 & 53

Page 5: TASAWWUR ISLAM TINGKATAN LIMA

Bil Istilah Maksuddaripada dosa, tetapi jika tiada sesiapa pun yang melaksanakannya maka semua orang akan berdosa. Seperti menguruskan jenazah

45. FasakhPembatalan ikatan perkahwinan atau perceraian yang berlaku melalui keputusan yang ditetapkan oleh pihak kadi / mahkamah, disebabkan syarat-syarat yang tidak dipenuhi oleh pasangan terbabit.

46. FatwaSebarang keputusan yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa yang telah diwartakan berhubung dengan suatu hukum syarak bagi menyelesaikan masalah semasa. Contohnya hukum harus menderma darah

47. Fikah (ilmu Fiqah)

Suatu ilmu yang membicarakan hukum atau perundangan Islam tentang perbuatan mukalaf, seperti hukum wajib, haram, harus, sah atau tidaknya sesuatu perbuatan. Orang yang mengetahui hukum itu disebut fakih.

48. Fikah (perundangan)

Kefahaman tentang hukum amali yang diijtihadkan oleh para mujtahid yang diambil daripada dalil-dalil syarak. ( al-Quran atau hadis)

49. Fisabilillah Berjuang untuk mempertahankan kesucian Islam samada melalui harta, pemikiran, tenaga dan sebagainya dijalan Allah

50. Fitrah Sifat semulajadi yang dijadikan oleh Allah s.w.t kepada manusia. Seperti sukakan harta, barang perhiasan dan sebagainya.

51. Fitrah beragama Naluri semulajadi manusia yang mengakui adanya Allah s.w.t sebagai pencipta alam ini.

52. Hadis / sunnah Sesuatu yang diterima daripada Rasulullah s.a.w sama ada berupa perkataan, perbuatan dan pengakuan baginda.

53. Hadis Dhaif Hadis yang tidak memenuhi syarat-syarat hadis Sahih dan hadis Hasan.

54. Hadis Sahih Hadis yang mempunyai periwayat yang bersambung terus dengan Rasulullah.

55. Hak MilikSesuatu harta yang dikurniakan oleh Allah s.w.t kepada hambaNya untuk dimiliki dan dimanfaatkan seperti, rumah, tanah, wang ringgit dan sebagainya.

56. Haram Larangan Allah s.w.t yang mesti ditinggalkan, jika ditinggalkan mendapat pahala dan jika dilakukan berdosa.

57. Hari kiamat Hari kehancuran dan kemusnahan alam ini selepas malaikat Izrail meniup sangkakala yang pertama.

58. Harta Anugerah Allah s.w.t kepada manusia, boleh diperolehi dan dimiliki oleh manusia melalui usaha dan ikhtiar mereka sendiri.

59. HarusPerkara yang diberikan kebebasan kepada seseorang untuk melakukan atau meninggalkannya, tanpa dikenakan sebarang pembalasan.

60. Hasad dengkiIri hati atau rasa benci dengan nikmat dan kebaikan yang diperoleh oleh orang lain dan berusaha agar nikmat tersebut hilang daripada orang itu atau berpindah kepadanya dengan cara

Kamus Istilah Tasawwur Islam Ting 4 & 54

Page 6: TASAWWUR ISLAM TINGKATAN LIMA

Bil Istilah Maksudyang salah.

61. Hisab / timbangan amal

Kiraan amalan baik dan buruk manusia ketika mereka berada di dunia yang akan berlaku di Padang Masyhar, untuk menentukan ke arah mana mereka akan di tempatkan, sama ada ke syurga atau ke neraka.

62. Homoseks Orang lelaki yang tertarik nafsu syahwatnya kepada orang yang sejenis dengannya

63. HududKesalahan dan hukuman yang ditetapkan oleh syarak serta wajib dilaksanakan sebagai menunaikan hak Allah s.w.t. Kesalahan hudud adalah seperti mencuri, merompak, berzina, murtad, qazaf, dan meminum arak

64. I’tiqad Kepercayaan atau keyakinan di dalam hati manusia mengenai sesuatu perkara.

65. IbadatPengabadian dan kepatuhan kepada perintah Allah s.w.t melalui perbuatan, perkataan dan pengakuan hati yang berlandaskan syariat.

66. Ibadat khususAmalan khusus yang disyariatkan oleh Allah s.w.t sama ada fardhu atau sunat seperti solat, zakat dan sebagainya, bagi membuktiksn ketaatan manusia kepada Allah s.w.t

67. Ibadat umumSemua amalan kebaikan yang disyariatkan oleh Allah s.w.t bagi menghubungkan manusia dalam sebuah masyarakat demi kebaikan bersama seperti tolong menolong.

68. Ideologi Fahaman atau aliran pemikiran manusia seperti komunisme, sekularisme dan sebagainya.

69. IjabSatu daripada istilah ilmu fikah, yang bermaksud satu pihak memberi tawaran kepada pihak lain untuk menerima sesuatu transaksi / urusan.

70. IjarahSatu perjanjian yang membolehkan seseorang itu mengambil faedah atau manfaat daripada milik orang lain dengan membayar bayaran yang tertentu ( Sewaan ).

71. IjmakPersetujuan atau persepakatan antara ulama mujtahidin daripada umat Nabi Muhammad mengenai sesuatu hukum syarak pada masa-masa tertentu

72. IjtihadSuatu usaha yang dilakukan secara bersungguh-sungguh untuk menghasilkan penetapan sesuatu hukum syarak yang berdasarkan al-Quran dan al-Hadis.

73. Ilmu Balaghah Suatu ilmu Bahasa Arab yang membicarakan tentang penyusunan kata-kata yang indah dan tepat dan mempunyai pengertian yang mendalam, mudah difahami, menarik perhatian pendengar atau pembaca

74. Ilmu Fardhu AinIlmu yang berkaitan dengan amalan yang wajib diketahui dan diamalkan oleh semua umat Islam yang mukallaf. Contohnya ilmu syariah, akidah dan ilmu akhlak.

75. Ilmu Fardhu Kifayah

Ilmu yang berkaitan dengan kehidupan di dunia yang membawa faedah kepada manusia dan alam ini seperti ilmu kedoktoran,

Kamus Istilah Tasawwur Islam Ting 4 & 55

Page 7: TASAWWUR ISLAM TINGKATAN LIMA

Bil Istilah Maksudkejuruteraan, pertanian dan sebagainya.

76. Ilmu mantik Ilmu lojik tentang sesuatu benda

77. Imigran Orang asing yang menetap di sesebuah negara. ( pendatang )

78. Imperialis Bangsa atau negara yang menjalankan politik untuk menjajah negara lain

79. InflasiKeadaan harga barangan bertambah tinggi disebabkan bertambahnya daya membeli / permintaan terhadap sesuatu barangan yang terhad bilangannya oleh pengguna.

80. Inovatif Sifat sesuatu yang baru diperkenalkan seperti kaedah, sistem, adat dan sebagainya yang baru. (Menghasilkan atau membawa pembaharuan ke arah yang lebih baik.)

81. InsanManusia atau mahkluk Allah s.w.t yang paling istimewa kerana mereka boleh berfikir, berkehendak dan boleh menerima ilmu pengetahuan

82. IrhasPerkara luar biasa yang berlaku kepada orang yang bakal dilantik oleh Allah s.w.t sebagai rasul. Contohnya Nabi Isa boleh bercakap semasa masih bayi.

83. Islam Agama Allah yang mengatur cara hidup yang lengkap dan sempurna.

84. Islam (Bahasa) Selamat, Sejahtera, Patuh dan menyerahdiri.

85. Islam (Istilah Syarak)

Tunduk dan patuh serta menyerah diri dengan sepenuhnya kepada Allah s.w.t dengan mengakui kebesaran dan keagunganNya.

86. Istidraj Perkara luar biasa yang berlaku kepada orang yang tidak taat atau derhaka kepada Allah s.w.t untuk menyesatkannya lagi.

87. Jaminan Keselamatan

Kesediaan melindungi keselamatan terhadap agama, nyawa akal, harta, maruah dan negara.

88. Jati diri Memiliki daya kreativiti, inovatif dan produktif dalam melaksanakan pekerjaan

89. JihadMencurahkan segala daya upaya yang ada (bersungguh-sungguh) untuk memerangi musuh Allah, musuh negara serta mempertahankan agama dan kebenaran

90. Kabul Menerima tawaran atau persetujuan yang diberikan dalam sesuatu transaksi.

91. Kahwin (Perkahwinan)

Ikatan yang teguh antara lelaki dengan perempuan melalui akad nikah yang sah untuk hidup sebagai suami isteri secara halal.

92. Karamah Perkara luar biasa yang berlaku kepada manusia biasa yang tinggi darjatnya disisi Allah s.w.t

93. Kedekut Sangat berkira untuk membelanjakan wang kepada perkara kebaikan.

94. Kemaslahatan Sesuatu yang berguna atau berfaedah kepada manusia.95. Kesaksamaan Keharmonian hubungan sesama manusia untuk menjauhi perkara-

Kamus Istilah Tasawwur Islam Ting 4 & 56

Page 8: TASAWWUR ISLAM TINGKATAN LIMA

Bil Istilah Maksud

sosial perkara yang menyebabkan perpecahan, perbalahan, kekacauan dan sebagainya.

96. Khalifah Pengganti. Iaitu pengganti nabi dalam urusan menegakkan agama dan mentadbir urusan dunia. ( pemerintah )

97. Khulu' Perceraian yang berlaku atas kemahuan isteri dengan membayar ganti rugi kepada suami

98. Khurafat Kepercayaan atau perbuatan karut yang bercanggah dengan ajaran Islam

99. Komunisme

Komunisme merujuk kepada fahaman politik di mana rakyat mempunyai kuasa mutlak untuk mentadbir negara dan segala produk keluaran negara menjadi milik bersama rakyat..Sebagai teori sistem sosial, komunisme menjurus kepada sistem sosial egalitarian iaitu tanpa kerajaan, harta dan kelas. Menurut ideologi ini, semua harta dimiliki oleh rakyat, dan setiap rakyat mempunyai status sosial dan ekonomi yang sama.Menurut komunisme, agama adalah racun yang boleh mengongkong pemikiran rakyat.

100. Konteks Keseluruhan keadaan atau latar belakang sesuatu yang ada hubungan atau dapat dikaitkan dengan sesuatu.

101. Kreatif Mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli

102. Kufur Ingkar dan tidak percaya kepada tuhan

103. Lapisan ozonLapisan atmosfera yang tinggi kandungan ozonnya bertindak sebagai perisai terhadap sinar ultra lembayung matahari yang memudaratkan kehidupan.

104. Lesbian Perempuan yang mengadakan hubungan seks sesama perempuan

105. Liberalisme

Liberalisme adalah satu fahaman / falsafah yang meletakkan kebebasan individu sebagai nilai politik yang tertinggi. Secara amnya, liberalisme mengutamakan hak-hak peribadi serta kesamarataan terhadap peluang untuk semua. Fahaman ini mahukan kebebasan yang menyeluruh dalam kegiatan ekonomi, politik dan sosial.

106. Liwat Melakukan hubungan seks melalui dubur.

107. Mahmudah Sifat-sifat terpuji dan mulia seperti tolong menolong dan sebagainya.

108. Makruh Perkara yang digalakkan untuk ditinggalkan, jika ditinggalkan mendapat pahala dan jika dilakukan tidak mendatangkan dosa.

109. MaksumPara nabi dan rasul terpelihara daripada melakukan sebarang dosa kecil atau dosa besar serta perkara-perkara yang boleh mencacatkan kemuliaan baginda sebagai utusan pilihan Allah

110. Manipulasi Menggunakan kemahiran dan kepakaran untuk memperolehi Kamus Istilah Tasawwur Islam Ting 4 & 57

Page 9: TASAWWUR ISLAM TINGKATAN LIMA

Bil Istilah Maksudkeuntungan peribadi dengan cara yang salah.

111. Masalih al-Mursalah

Memelihara tujuan syarak serta membawa kebaikan umum dengan menolak segala yang merosakkan dan memudaratkan mahkluk

112. Matan Teks hadis

113. Materialisme Fahaman yang mempercayai bahawa hanya bendalah yang menyebabkan terjadinya segala sesuatu di dunia ini

114. Ma'unahPerkara luar biasa yang berlaku kepada Umat Islam tanpa diusahakan untuk dipelajarinya. Contohnya terlibat dalam suatu kemalangan yang dahsyat, namun dia terselamat.

115. Mazmumah Sifat-sifat keji yang di benci oleh Allah s.w.t seperti mencuri berbohong dan sebagainya

116. Memelihara Menjaga, melindungi dan membela sesuatu dengan baik.

117. Memelihara alam Menjaga dan melindungi alam ini supaya tidak di rosakkan

118. Memulihara Memulihkan sesuatu supaya sentiasa berada dalam keadaan yang baik

119. Memulihara alam Mengembalikan alam kepada habitat asalnya seperti menanam semula tumbuh-tumbuhan yang telah di tebang atau di musnahkan supaya habitat alam akan kekal dan baik.

120. Menceroboh harta

Mengambil harta orang lain tanpa kebenaran yang sah disisi syarak seperti mencuri.

121. Merosakkan harta

Membelanjakan harta kepada perkara-perkara yang tidak memberikan manfaat kepada pemiliknya atau orang lain seperti membazir.

122. Miskin Orang yang tidak dapat memenuhi keseluruhan (seratus peratus ) daripada keperluan dan perbelanjaan hidup sehariannya

123. Mizan Timbangan amalan manusia semasa mereka berada di dunia

124. MonopoliPenguasaan sepenuhnya terhadap sesuatu barangan, perdagangan, perkhidmatan dan sebagainya dalam pasaran tertentu oleh seseorang, sebuah fitma atau sekumpulan orang atau firma.

125. Mualaf Orang yang baru memeluk agama Islam

126. MuamalahSatu daripada hukum fikah yang berhubung dengan tatacara perhubungan sesama manusia dalam memenuhi keperluan mereka yang berhubung dengan harta.

127. Mudharabah

Pelabur memberi modal kepada orang tertentu untuk diperniagakan dan keuntungannya di bahagi dua atau sebahagiannya menurut perjanjian yang telah dipersetujui bersama semasa akad, manakala kerugiannya jika ada hanya akan ditanggung oleh pihak pelabur sahaja.

Kamus Istilah Tasawwur Islam Ting 4 & 58

Page 10: TASAWWUR ISLAM TINGKATAN LIMA

Bil Istilah Maksud

128. Muhasabah Perbuatan menilai diri sendiri

129. MujtahidAhli hukum Islam yang memutuskan sesuatu hukum fikah berasaskan bimbingan al-Quran, al-Hadis dan menurut pendapatnya sendiri

130. Mukallaf Orang Islam yang telah akil baligh atau cukup umur dan diwajibkan mematuhi segala hukum Islam.

131. MukjizatPerkara luar biasa yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t kepada para nabi dan rasul untuk membuktikan kebenaran, kenabian dan kerasulan serta melemahkan musuh-musuh mereka

132. Munafik Seseorang yang berpura-pura menganut dan patuh kepada ajaran Islam sedangkan hatinya tidak tidak mempercayai ajaran Islam.

133. MurabahahAkad jual beli bagi barangan tertentu. (Penjual menyatakan kos yang dikeluarkan dan jumlah keuntungan yang dikehendaki. Pembayaran dilakukan semasa penyerahan barang atau atau pada masa lain yang dipersetujui bersama).

134. Murtad Keluar daripada agama Islam

135. MurunahLuwes atau anjal iaitu agama Islam boleh berubah mengikut kesesuaian masa dan keadaan, namun masih tetap atas prinsip asasnya.

136. Musafir Orang yang dalam perjalanan dari satu tempat ke satu tempat yang lain

137. Mushaf Naskah al-Quran yang bertulis tangan atau bercetak

138. MusyarakahSuatu akad antara dua orang atau lebih untuk berkongsi modal dalam sesuatu kegiatan ekonomi dan berkongsi dalam keuntungan. ( Syarikat )

139. Mutawatir (Hadis)

Satu daripada jenis hadis, iaitu hadis yang diriwayatkan oleh ramai orang sejak daripada zaman Rasulullah sampai sekarang. Oleh kerana terlalu ramai orang yang meriwayatkan hadis ini dan berlainan pula tempat tinggalnya, maka mustahil bagi mereka itu berpakat untuk berdusta tentang hadis tersebut.

140. Mutlak Bersifat tetap dan tidak boleh dipertikaikan kebenarannya.

141. Nabi Manusia lelaki pilihan Allah s.w.t yang diberikan wahyu untuk dirinya dan tidak wajib disampaikan kepada orang lain.

142. Nas Dalil daripada al-Quran atau al-Hadis Rasulullah s.a.w

143. Nasab Pertalian keluarga, terutamanya di sebelah bapa

144. Negara IslamNegara yang mengarahkan segala urusan pemerintahan dan pentadbirannya tunduk kepada hukum Islam yang bersumberkan al-Quran dan hadis serta Ijtihad yang benar

Kamus Istilah Tasawwur Islam Ting 4 & 59

Page 11: TASAWWUR ISLAM TINGKATAN LIMA

Bil Istilah Maksud

145. Neraka Tempat balasan azab yang dikhaskan untuk orang yang mengingkari perintah Allah semasa hidup didunia.

146. Pecah amanah Perbuatan yang mensia-siakan atau melanggar amanah yang telah diberikan

147. PekerjaanPekerjaan menurut Islam ialah satu usaha yang dilakukan untuk mendapatkan wang atau harta dengan cara yang halal dan tidak bertentangan dengan hukum syarak.

148. Pengaruh AsingPengaruh luar yang bertentangan dengan ajaran Islam yang disebarkan melalui media massa dan penjajahan pemikiran, seperti Rock, Punk, Black Metal dan sebagainya

149. Penyelesaian Masalah

Menyelesaikan masalah manusia berasaskan syariat Islam yang merangkumi semua aspek kehidupan seperti ekonomi, politik, sosial dan perundangan

150. Perawi Orang yang meriwayatkan / menceritakan sesuatu hadis

151. Perpaduan ummah

Sebuah masyarakat yang hidup sayang menyayangi dan hormat menghormati antara satu sama lain.

152. Perundangan Islam

Hukum yang ditetapkan oleh Allah s.w.t kepada manusia yang merangkumi aspek akidah, syariat, akhlak dan sebagainya.

153. Piagam Madinah Perlembagaan Madinah / Sahifah Madinah

154. Produktif Mempunyai daya pengeluaran yang aktif.

155. Putik Buah yang baru jadi atau buah yang masih muda dan kecil.

156. QadhaPenghakiman atau keputusan yang telah diputuskan oleh pihak mahkamah dalam sesuatu perbicaraan berdasarkan hujah dan bukti yang nyata.

157. Qias Menghubungkan hukum yang tidak ada (cabang) kepada hukum yang ada (asal) kerana bersamaan illat (sebab)

158. QisasHukuman dan kesalahan yang telah ditetapkan oleh syarak melalui al-Quran dan al-Hadis kerana kesalahan yang melibatkan kecederaan anggota tubuh badan dan nyawa manusia

159. Qur'an Kalam Allah s.w.t yang bermukjizat serta diturunkan kepada nabi Muhammad s.a.w. melalui malaikat Jibril dalam bahasa Arab.

160. RabbaniyyahKetuhanan iaitu segala hukum,konsep,prinsip,nilai dan peraturan yang terkandung dalam Islam ajaran adalah bersumberkan wahyu Allah s.w.t dan hadis.

161. RahnPajak gadai atau menjadikan sesuatu barang yang berharga sebagai cagaran bagi sesuatu hutang dan barangan tersebut akan menjadi bayaran sekiranya dia tidak berdaya membayar hutang dalam jangka waktu yang telah ditetapkan

162. Rasuah Memberi atau menerima sesuatu barangan yang berharga untuk mendapatkan sesuatu atau untuk melepaskan sesuatu tindakan

Kamus Istilah Tasawwur Islam Ting 4 & 510

Page 12: TASAWWUR ISLAM TINGKATAN LIMA

Bil Istilah Maksuddengan cara yang salah

163. Rasul Manusia lelaki pilihan Allah s.w.t dari kalangan para nabi yang diberikan wahyu untuk dirinya dan dikehendaki menyampaikannya kepada orang lain.

164. Rasul Ulul AzmiPara rasul yang memiliki tahap kesabaran yang amat tinggi dalam menghadapi rintangan dan tentangan daripada umatnya ketika menyampaikan ajaran dan seruan kepada umatnya.

165. Relatif Tidak mutlak / bersifat nisbi

166. RiakMenunjuk-nunjuk amalan baik yang telah dilakukannya kepada orang lain dengan tujuan mendapat pujian dan sanjungan daripada masyarakat

167. RibaBunga atau pertambahan dalam urusan pinjaman hutang piutang atau pertukaran barangan sejenis atau pertambahan bayaran balik hutang akibat penangguhan bayaran

168. Riddah Keluar daripada agama Islam ( Murtad )

169. RububiyyahKeyakinan (iktikad) dalam hati secara mutlak bahawa Allah s.w.t yang mentadbirkan semua benda dan perkara di dunia ini dan tiada pentadbir lain, melainkan Allah s.w.t yang Maha Berkuasa dan Esa.

170. Rukhsah Kelonggaran yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada umat Islam untuk melakukan ibadat dalam keadaan-keadaan tertentu

171. Sabar Teguh dan tahan uji dalam menghadapi dugaan hidup dengan reda, ikhlas dan tawakal kepada Alalh s.w.t

172. Sabda Ucapan atau perkataan Rasulullah s.a.w.

173. SabotajPerbuatan khianat yang dilakukan oleh sesuatu pihak atau orang perseorangan untuk menggagalkan atau merosakkan kegiatan pihak lain.

174. Sanad Perawi yang menyampaikan hadis

175. Sedekah

Memberi sesuatu yang berharga kepada orang miskin dan yang memerlukan dengan tujuan untuk mendapatkan pahala. Sedekah hendaklah diberikan dengan ikhlas, tidak kerana inginkan pujian atau memberi malu kepada orang yang menerimanya.

176. Sekularisme

Sekularisme ialah ideologi / fahaman bahawa urusan dunia seperti politik, pentadbiran dan undang-undang harus dipisahkan dari urusan agama. Mereka yang berpegang kepada fahaman ini adalah dipanggil golongan sekular. Fahaman yang memisahkan nilai-nilai agama dengan kehidupan seharian.

177. Sihir Perkara luar biasa yang berlaku kepada seseorang dengan bantuan daripada syaitan dan boleh dipelajari.

Kamus Istilah Tasawwur Islam Ting 4 & 511

Page 13: TASAWWUR ISLAM TINGKATAN LIMA

Bil Istilah Maksud

178. Sistem sosial Islam

Pergaulan dan hubungan sesama manusia dalam menjalani kehidupan masing-masing berlandaskan ajaran Islam

179. Solat JamakMenghimpunkan dua waktu solat dan didirikan dalam satu waktu. Solat Jamak terbahagi kepada dua iaitu Solat Jamak Takdim dan Solat Jamak Takhir

180. Solat Qasar Memendekkan solat yang empat rakaat menjadi dua rakaat

181. Sosial Segala perkara yang berkaitan dengan masyarakat

182. SosialismeSosialisme merupakan teori atau sistem organisasi sosial dan ekonomi di mana salah satu ciri utamanya adalah sumber kekayaan negara dinikmati bersama oleh seluruh rakyat secara sama rata.

183. SuhufCatatan wahyu yang sedikit bilangannya yang diturunkan kepada Nabi Syis sebanyak 50, Nabi Idris 30, Nabi Ibrahim 10 dan Nabi Musa 10 suhuf.

184. Sum'ahMenceritakan amalan baik yang dilakukan kepada orang lain dengan tujuan untuk mendapatkan pujian dan sanjungan daripada orang lain

185. SunatPerkara yang digalakkan oleh agama untuk dilakukan dan diberikan pahala serta balasan syurga, jika ditinggalkan tidak berdosa.

186. Sunnah / hadis Sesuatu yang disandarkan kepada Rasulullah samada perbuatan, perkataan, pengakuan atau sifat-sifat Rasulullah s.a.w

187. Syariat Segala hukum dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T kepada manusia

188. Syirik Menyekutukan Allah dengan sesuatu dari segi sifat zat atau perbuatan seperti beribadat selain kepada Allah

189. Syumul Lengkap dan menyeluruh.

190. Syumulliyyah Lengkap iaitu agama Islam yang di bawa oleh Nabi Muhammad s.a.w lengkap dan sempurna serta meliputi kehidupan di dunia dan di akhirat.

191. SyurgaTempat yang indah dan penuh keseronokan untuk orang-orang taat dan patuh kepada perintah Allah s.w.t semasa mereka di dunia

192. Ta'awun Tolong menolong dan bekerjasama dalam memenuhi keperluan dalam kehidupan seharian

193. TaghutPerkara-perkara yang boleh menyesatkan umat Islam daripada agamanya seperti Syaitan,berhala dan apa-apa sahaja yang menyesatkan

194. TakafulGabungan anggota masyarakat untuk saling jamin menjamin dan tolong-menolong bagi meringankan beban orang perseorangan serta menjauhi kerosakan yang menyusahkan (insuran secara Islam)

Kamus Istilah Tasawwur Islam Ting 4 & 512

Page 14: TASAWWUR ISLAM TINGKATAN LIMA

Bil Istilah Maksud

195. TakburSikap membesarkan diri seperti sombong dan angkuh dengan perkara kebaikan yang telah dilakukan dan segala nikmat kesenangan yang telah dikurniakan oleh Allah S.W.T kepadanya

196. Taklif Tanggungjawab yang diberikan kepada seseorang yang telah baligh dan berakal

197. TakzirBahasa : mencegah. Istilah syarak : kesalahan dan hukuman yang tidak ditetapkan oleh syarak dan diserahkan kepada budi bicara hakim atau kadi untuk memutuskannya.

198. Talak Pembubaran ikatan perkahwinan yang sah dengan lafaz talak (cerai) atau yang seumpama dengannya

199. TamadunKeadaan masyarakat manusia yang dicirikan atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan dan perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik) yang tinggi dan maju.

200. Tawakal Berserah diri kepada ketentuan Allah s.w.t setelah berusaha bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu

201. Thabat Tetap, teguh dan tidak berubah.

202. Thiqah Boleh dipercayai

203. ToleransiTolak ansur dan saling memahami serta menghormati pendapat dan pandangan orang lain walaupun bertentangan dengan pendapat sendiri.

204. Transaksi Persetujuan jual beli, urusan jual beli, urusniaga

205. UjubKagum dengan amalan sendiri serta sombong dalam melakukan sesuatu ibadat serta memandang rendah dan melekeh-lekehkan amalan kebaikan yang dilakukan oleh orang lain

206. Uluhiyyah Mengakui hanya Allah yang Esa yang layak disembah, ditaati dan dipatuhi secara mutlak.

207.Ungkit (mengungkit-ungkit)

Mengungkit-ungkit kembali bantuan dan perbuatan baik yang telah diberikan kepada seseorang dengan tujuan supaya orang tersebut sentiasa mengenang jasa dan pertolongan yang telah diberikannya.

208. Universal Sarwajagat atau meliputu seluruh alam

209. Utopia Sesuatu yang mungkin tidak dapat dilaksanakan

210. Wadiah Mewakilkan sesuatu barang atau harta yang berharga kepada orang lain untuk disimpan dan diurus.

211. WahyuBahasa: Nasihat dan bimbingan daripada Allah s.w.tIstilah: Ilham atau perintah daripada Allah s.w.t yang disampaikan kepada para nabi dan rasul melalui perantaraan Malaikat Jibril atau terus daripada Allah s.w.t

Kamus Istilah Tasawwur Islam Ting 4 & 513

Page 15: TASAWWUR ISLAM TINGKATAN LIMA

Bil Istilah Maksud

212. Wajib Perintah Allah s.w.t. yang mesti dilaksanakan, jika dilaksanakan mendapat pahala dan jika ditinggalkan berdosa

213. Wakaf Harta yang diserahkan oleh seseorang atau sesuatu pihak untuk faedah orang ramai yang berkaitan dengan agama Islam

214. Waqi’yyahDari segi bahasa bermaksud realiti. Apabila di hubungkan dengan Islam bermaksud praktikal, mampu di amalkan oleh semua golongan manusia.

215. Wibawa Mempunyai keupayaan yang membolehkan seseorang itu menguasai orang lain

216. Zakat Mengeluarkan sebahagian daripada harta tententu untuk diberikan kepada golongan tertentu dengan syarat-syarat tertentu.

FOKUS TASAWWUR ISLAM TING 4 DAN TING 5

TINGKATAN 4BAB ISU-ISU PENTING

1. ASAS PEMIKIRAN ISLAM

TUHAN

1- Maksud Fitrah 2- Bukti beragama fitrah manusia3- Jenis-jenis Tauhid4- Tauhid Rububiyyah – prinsip5- Tauhid Uluhiyyah – prinsip6- Tauhid Asma Wa Sifat – nama/ sifat 7- Agama budaya dan agama samawi

INSAN 1- MaksudKamus Istilah Tasawwur Islam Ting 4 & 514

Page 16: TASAWWUR ISLAM TINGKATAN LIMA

BAB ISU-ISU PENTING2- Proses kejadian manusia3- Bukti manusia sebaik-baik kejadian4- Tanggungjawab – Allah – manusia- alam

ALAM

1- Maksud alam2- Jenis alam – contoh – hikmah

kerahsiaan- cara mengetahui 3- Peringkat alam 4- Maksud : memelihara alam –

memulihara alam5- Sumbangan alam 6- Cara memelihara alam – memulihara

alam7- Pencemaran : Faktor – kesan – cara

atasi

RASUL

1- Maksud rasul – nabi – perbezaan nabi dan rasul

2- Sifat – wajib – mustahil- harus3- Peranan rasul4- Rasul Ulul Azmi – maksud-sebab –MIN 5- Perkara luar biasa : MMMKIIS

WAHYU

1- Maksud wahyu 2- Ciri-ciri wahyu3- Peringkat penurunan wahyu4- Cara penurunan wahyu5- Peranan wahyu6- Cara wahyu membimbing akal7- Cara wahyu membina tamadun8- Isi Kandungan al Quran 9- Keistimewaan al Quran 10- Maksud al Hadis11- Jenis hadis12- Peranan hadis13- Fahaman anti hadis : Maksud –

Kesan

Kamus Istilah Tasawwur Islam Ting 4 & 515

Page 17: TASAWWUR ISLAM TINGKATAN LIMA

BAB ISU-ISU PENTING

PENGARUH LUAR YANG

MEROSAKKAN PEMIKIRAN

MUSLIM

1- Maksud Pengaruh Lar/ Penjajahan pemikiran

2- Bentuk ancaman / pengaruh yang merosakkan

3- Kesan pengaruh luar 4- Cara mengatasi5- Fahaman mulhid : Maksud – prinsip-

contoh -kesan –cara atasi 6- Ajaran sesat : maksud – ciri- kesan –

cara atasi

2- CIRI PANDANGAN HIDUP ISLAM

ISLAM 1- Maksud Islam2- Ciri keunggulan Islam

RABBANIYYAH 1- Maksud2- Prinsip3- Cara mencapai sifat Rabbaniyyah

SYUMULIYYAH

1- Maksud2- Prinsip3- Bukti dalam Kehidupan

a) Ilmu : Fardhu Ain – Fardhu Kifayah b) Sosialc) Perundangan

ALAMIYYAH

1- Maksud2- Prinsip – Hak asasi manusia3- Bukti dalam Kehidupan

a) Perundanganb) Sosialc) Ibadat

WAQI’IYYAH1- Maksud2- Prinsip – Wasatiyyah 3- Bukti dalam Kehidupan

MURUNAH 1- Maksud2- Prinsip 3- Kelebihan sifat Murunah

Kamus Istilah Tasawwur Islam Ting 4 & 516

Page 18: TASAWWUR ISLAM TINGKATAN LIMA

BAB ISU-ISU PENTING

THABAT1- Maksud2- Perkara yang Thabat

3- INSTITUSI NEGARA ISLAM

SISTEM PEMERINTAHAN

1- Maksud Negara Islam2- Prinsip - MMAH 3- Ciri –ciri4- Elemen Pembentukan Negara Islam 5- Syura – majlis syura- hikmah – contoh –

ahli Majlis syura6- Khalifah : maksud – sifat- kelayakan –

t/jawab – kesan pemngabaian 7- Rakyat : hak – t/jawab rakyat – kesan

pengabaian 8- Piagam madinah : Aspek – Kesan P

SISTEM KEHAKIMAN

1- Maksud 2- Dasar/ prinsip3- Ciri-ciri 4- Kepentingan Institusi Kehakiman 5- Sumber kehakiman : AHIQI6- Prosedur kehakiman

i)Hakim : Kelayakan – t/jawab / Etika kehakiman – kesanii) Peraturan keterangan : BSP

SISTEM SOSIAL

1- Maksud 2- Nilai luhur3- Tawakal – maksud- kepentingan 4- Tanggungjawab – kesan

Kamus Istilah Tasawwur Islam Ting 4 & 517

Allah

Alam Manusia

Page 19: TASAWWUR ISLAM TINGKATAN LIMA

TINGKATAN 5BAB ISU-ISU PENTING

1-EKONOMI ISLAM

ISLAM DAN HARTA

1- Maksud harta2- Jenis harta3- Konsep Harta – MUNAH BZ4- Harta Amanah : Sebab harta amanah

Allah5- Harta Ujian Allah : Bentuk Ujian harta6- Syarat harta sebagai ibadat 7- Harta halal dan haram: cara dan

kelebihan 8- Cara pengurusan harta

ISLAM DAN HAK MILIK

1- Maksud hak milik 2- Perturan pemilikan harta3- Kepentingan pemilikan harta4- Golongan yang dilarang : Gol – Cara

pengurusan harta 5- Larangan dalam pemilikan Harta :

MMES RR6- MMESRR : maksud- faktor berlaku- cara

atasi

ISLAM DAN PEKERJAAN

1- Maksud bekerja / bekerja kerana Allah 2- Matlamat bekerja3- Syarat pekerjaan menjadi ibadat4- Jenis pekerjaan : perbezaan 5- Etika pekerjaan

Kamus Istilah Tasawwur Islam Ting 4 & 518

Page 20: TASAWWUR ISLAM TINGKATAN LIMA

BAB ISU-ISU PENTING6- Budaya kerja 7- Cara meniingkatkan kualiti kerja

FALSAFAH MUAMALAH

ISLAM

1- Maksud muamalah 2- Ciri-ciri muamalah – TRAMT3- Kebaikan / kelebihan / kepentingan 4- Syarat sah muamalah 5- Muamalah yang tidak sah 6- Perbezaan Muamalah Islam dan

konvensional 7- Taawun : Konsep/ maksud – bukti

taawun dalam muamalah 8- Jenis- jenis muamalah : WD-MD-MS/ B-

MR/R-I-T , Hikmah 9- Cara menggalakkan muamalah Islam

2-FALSAFAH PERUNDANGAN ISLAM

PERUNDANGAN ISLAM

1- Maksud perundangan / syariat 2- Matlamat perundangan Islam : ANKH23- Cara mencapai matlamat perundangan

Islam 4- Ciri-ciri perundangan Islam5- Sumber perundangan Islam : AHIQI6- Kepentingan perundangan Islam 7- Cara menghayati perundangan Islam

ISTILAH PERUNDANGA

N ISLAM

1- Fikah – maksud-matlamat – kebaikan 2- Fatwa - maksud-matlamat – kebaikan –

contoh 3- Qadha - maksud-matlamat – kebaikan4- Ijtihad - maksud-matlamat – kebaikan5- Hukum – WSHMH : Maksud – contoh –

hikmah FALSAFAH

IBADAT 1- Maksud ibadat 2- Jenis ibadat – contoh- ciri / perbezaan 3- Perkaitan ibadat dengan perundangan 4- Tujuan ibadat5- Ciri kesempurnaan ibadat 6- Cara meningkatkan kuliti ibadat7- Perkara yang merosakkan ibadat :

SSKRRAHNUT8- Ibadat tanpa syariat – maksud -kesan –

Kamus Istilah Tasawwur Islam Ting 4 & 519

Page 21: TASAWWUR ISLAM TINGKATAN LIMA

BAB ISU-ISU PENTINGcontoh

9- Syariat tanpa ibadat- maksud -kesan – contoh

FALSAFAH MUNAKAHAT

1- Maksud munakahat 2- Hikmah perkahwinan3- Hikmah pemiihan pasangan 4- Tanggungjawab : SIB – kesan

pengabaian 5- Cara mencapai keharmonian

rumahtangga6- Penyelesaian masalah perkahwinan :

TKF- hikmah 7- Cara mengatasi perceraian 8- Hak penjagaan anak – hikmah

FALSAFAH JENAYAH

1- Maksud Jenayah – contoh perbuatan jenayah

2- Matlamat3- Sumber Falsafah Jenayah : AHIQI 4- Hukuman Jenayah : HQTD – maksud –

jenis kesalahan – bentuk hukuman – hikmah - perbezaan

5- Perbezaan Hukuman Islam dan konvensional

3-PENYELESAIAN MASALAH ISLAM

ASAS PENYELESAIAN MASALAH

1- Maksud penyelesaian masalah 2- Matlamat 3- Ciri- ciri PMDI 4- Sumber PMDI : AHIQI5- Kelebihan / kebaikan 6- Sebab penyelesaian masalah secara

Islam

CARA 1- Langkah penyelesaian Masalah : MPKUN2- Perlakuan penyelesaian masalah :

NKTTM3- Maksud muhasabah 4- Tawakal – Maksud – hikmah 5- Amalah dalam memnyelesaiakan

Kamus Istilah Tasawwur Islam Ting 4 & 520

Page 22: TASAWWUR ISLAM TINGKATAN LIMA

BAB ISU-ISU PENTINGmasalah

6- Doa : Maksud – adab berdoa- hikmah 7- Dakwah : Maksud – ciri pendakwah –

cara berdakwah yang berkesan – peranan dakwah

ISU DAN CARA PENYELESAIA

N

Isu- isu : a) Perpaduan Ummah b) Kecemerlangan pendidikan c) Kekuatan Ekonomid) Keadilan sosial e) Jati Diri f) Jaminan Keselamatan 1- Maksud isu 2- Cara mewujudkan / mencapai

Kamus Istilah Tasawwur Islam Ting 4 & 521

Cara mengatasi Akidah Ibadah

Akhlak

Isu semasa

Page 23: TASAWWUR ISLAM TINGKATAN LIMA

catatan

Kamus Istilah Tasawwur Islam Ting 4 & 522

Page 24: TASAWWUR ISLAM TINGKATAN LIMA

catatan

Kamus Istilah Tasawwur Islam Ting 4 & 523