tanggungjawab sosial industri automobil tempatan amat membimbangkan

Upload: nurul-syafiqah

Post on 18-Oct-2015

23 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

xsxdsa

TRANSCRIPT

TANGGUNGJAWAB SOSIAL INDUSTRI AUTOMOBIL TEMPATAN AMAT MEMBIMBANGKANBanyak aduan diterima tentang pengeluar dan penjual kereta tempatan yang memberikan gagal memberikan khidmat selepas jualan yang baik kepada pelanggan mereka. Apabila masalah pelanggan itu diajukan kepada bahagian khidmat pelanggan, mereka gagal memberikan maklum balas pada masa yang ditetapkan. Jika tindakan diambil berdasarkan aduan tersebut, kerja-kerja pembaikan tidak memuaskan.Pelanggan memberikan maklum balas yang negatif terhadap perkhidmatan syarikat pengeluar dan pengedar kereta ini.Kualiti perkhidmatan yang tidak memuaskan dan masalah kereta baru yang mengalami kerosakan perlu diberikan perhatian serius oleh syarikat pengeluar dan pengedar kereta. Banyak wang dibelanjakan oleh pengguna untuk membeli kereta, tetapi mereka tidak mendapat nilai barang yang setimpal. Hak pengguna dalam urusan jual beli kereta seolah-olah langsung tidak terjamin dan kepentingan hak pembeli atau pengguna juga tidak diberi penekanan serius daripada pihak syarikat syarikat tempatan.

Dalam urusan jual beli produk yang melibatkan nilai yang kecil, pengguna berhak dan juga mempunyai peluang yang baik untuk mendapatkan pulangan wang ataupun penukaran barang sekiranya rosak. Namun apabila ia melibatkan urusan jual beli yang mahal, pengguna tidak mempunyai perlindungan yang sewajarnya.

Pengguna dibiarkan begitu saja dengan kereta yang sering kali rosak dan bermasalah tanpa penukaran ataupun pulangan wang. Adakah industri tempatan masih tidak pasti dengan kualiti mereka sendiri ataupun tidak bersedia memberi jaminan kepada kualiti mereka?

Pengguna mempunyai hak untuk mendapatkan produk atau perkhidmatan seperti yang dijanjikan dan juga dalam kualiti yang munasabah atau sesuatu produk yang berada dalam kualiti dagang.

Berikut adalah peruntukan undang-undang berkaitan dengan kualiti produk.

Seksyen 16. Syarat tersirat mengenai kualiti dan kelayakan. (AKTA JUALAN BARANG 1957)

(1) Tertakluk kepada Akta ini dan bagi mana-mana undang-undang lain semasa dikuatkuasakan, tidak ada waranti atau syarat tersirat mengenai kualiti atau kelayakan bagi apa-apa maksud tertentu bagi barang-barang yang dibekalkan di bawah suatu kontrak jualan kecuali sebagai berikut -

(a) Jika pembeli secara nyata atau tersirat memberitahu penjual maksud tertentu bagi barang-barang yang diperlukan, untuk menunjukkan bahawa pembeli bergantung kepada kepakaran atau penghakiman penjual, dan barang-barang adalah daripada perihalannya dalam penjalanan urusan penjual untuk membekalkan (sama ada dia adalah pengilang atau pengeluar atau tidak) terdapat suatu syarat tersirat bahawa barang-barang hendaklah secara munasabahnya layak untuk maksud itu:

Dengan syarat, dalam kes suatu kontrak bagi penjualan suatu barang khusus di bawah hak cipta atau nama dagangan lain tidak terdapat syarat tersirat lain mengenai kelayakan bagi apa-apa maksud tertentu.

(b) Jika barang-barang dibeli melalui perihalan daripada seseorang penjual yang menjual barang-barang daripada perihalan itu (sama ada dia adalah pengilang pengilang atau pengaluar atau tidak) terdapat suatu syarat tersirat bahawa barang-barang itu hendaklah daripada kualiti boleh dagang:

(2) Suatu waranti atau syarat tersirat mengenai kualiti atau kelayakan bagi suatu maksud tertentu boleh ditambah dengan penggunaan tred.

Industri kereta tempatan hendaklah memberi perhatian yang lebih serius kepada kualiti dan pengguna. Sekiranya sesebuah kereta baru yang mengalami masalah dalam tempoh yang singkat, maka ia harus melayakkan pengguna untuk mendapatkan penukaran kereta baru sebagai jaminan kualiti dan bukannya membaikinya berulang kali.

Kerajaan juga disarankan supaya menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk membuat kajian dan mendengarkan kes-kes yang melibatkan industri automotif agar masalah pengguna mendapat pertimbangan dan keputusan yang sewajarnya dalam kes-kes sedemikian. Ini disebabkan pengguna tidak dapat membawa kepada Tribunal (melebihi jumlah bidang kuasa RM 25, 000) dan juga tidak mampu membawa kes tersebut ke Mahkamah.UNDANG-UNDANG SIBERTahun1998Akta 588COMMUNICATION AND MULTIMEDIA ACT 1998

Akta 589MALAYSIAN COMMUNICATIONS AND MULTIMEDIA COMMISION ACT 1998

Tahun1997Akta 564AKTA TELEPERUBATAN 1997

TELEMEDICINE ACT 1997

Akta 563AKTA JENAYAH KOMPUTER 1997

COMPUTER CRIMES ACT 1997

Akta 562AKTA TANDATANGAN DIGITAL 1997

DIGITAL SIGNATURE ACT 1997

Tahun1987Akta 332COPYRIGHT ACT 1987

Undang-undang SiberRingkasanMalaysia telah melangkah masuk ke dunia siber melalui dua pendekatan iaitu melalui hard-infrastructure dan soft infrastructure. Hard infrastructure bermaksud membina infrastructure mewujudkan kawasan fizikal untuk pembangunan berkaitan dengan ICT termasuk membina backbone komunikasi yang berkelajuan tinggi. Soft infrastructure bermaksud mewujudkan undang-undang yang berkaitan berkaitan dengan pembangunan ICT itu.Secara fizikalnya kawasan yang diperuntukkan dikenali sebagai Koridor Raya Multimedia (MSC). Di sinilah tumpuan pembangunan berkaitan dengan ICT dilakukan. Sehingga 19 Jun 2009, sebanyak 87 buah syarikat antarabangsa yang mendapat status International World Class MSC Malaysia Status Companies. Manakala sehingga 24 Mei 2005, sebanyak 67 incubators pula mendapat taraf international world Class MSC Malaysia Status Companies. Selain itu, sebahagian besar institusi pengajian tinggi awam dan swasta turut turut tersenarai sebagai institusi yang mempunyai program ICT. (www.mscmalaysia.com.mydirujuk pada 4 Okt. 2009).

Malaysia telah telah meletakkan pada asas yang kukuh pembangunan ICT dengan menyediakan undang-undang. Sebagai permulaan sebanyak lima undang-undang telah digubal dan diluluskan, seperti berikut:1. Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.2. Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia1998.3. Akta Tandatangan Digital 1997.4. Akta Jenayah Komupter 1997.5. Akta Teleperubatan 1997.Secara kolektifnya, undang-undang ini dikenali sebagai undang-undang siber.1. Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.Akta ini merupakan sendi kepada semua undang-undang siber di Malaysia. Ia menghuraikan mengenai dasar pembangunan ICT bagi negara ini. Dalam akta ini disenaraikan 10 objektif dasar nasional bagi industry komunikasi dan multimedia (Sila rujuk Akta untuk perinciannya, atau buku Mengenali Undang-undang Media dan Siber).Akta ini juga meletakkan janji Kerajaan mengenai tiada tapisan dalam Internet di bawah Seksyen 3(3).Berikutan dengan kelulusan Akta ini, sebuah kementerian khas diwujudkan yang memasukkan elemen komunikasi dan multimedia di dalamnya. Kementerian ini pada mulanya dikenali sebagai Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi. (Kini komponen komunikasi di keluarkan dan digabungkan dengan Kementerian Penerangan, bersama dengan komponen Kebudayaan).1. Akta Suruhanjaya Komunikasi dan MultimediaAkta ini membolehkan ditubuh sebuah suruhanjaya untuk mengendalikan urusan berkaitan dengan jaringan seperti internet. Ia juga mengambilalih kuasa pelesenan terhadap spectrum penyiaran dan telekomunikasi. Urusan pos juga kini diletakkan di bawah suruhanjaya ini.Apabila ditubuhkan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia diletakkan di bawah Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi. Kini ia diletakkan di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Beberapa pihak pernah menyarankan supaya komponen komunikasi diletakkan di bawah Kementerian Penerangan. Saya sendiri ada menulis dalam Berita Harian mengenai perkara ini (Jika ia dapat disalin, saya akan pindahkan artikel itu dalam blog ini).1. Akta Tandatangan Digital 1997.Akta ini digubal untuk membolehkan diterima secara sah segala urusan melalui online termasuk penggunaan tandatangan secara digital. Tujuan utamanya ialah untuk melicinkan dagangan secara elektronik, sebagai usaha meningkatkan e-commerce atau e-dagang. Kelulusan undang-undang ini perlu kerana pengesahan dari segi undang-undang adalah sukar untuk melaksanakan dokumentasi secara online.1. Akta Jenayah Komputer 1997.Tujuan utama akta ini ialah untuk melengkapkan undang-undang jenayah khususnya berkaitan dengan jenayah yang dilakukan melalui jaringan komputer. Akta ini memperuntukkan jenis-jenis jenayah dan hukumannya.1. Akta Teleperubatan 1997Akta ini membolehkan para doktor dan pengamal perubatan lain menggunakan jaringan internet untuk menjalankan operasi perubatan dari jarak jauh. Ia memperuntukkan apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan oleh pengamal perubatan. Akta ini membawa bidang perubatan ke satu tahap yang lebih tinggi lagi.1. Akta Hak Cipta (Pindaan).Akta ini memasukkan unsur-unsur yang berkaitan dengan hakcipta dalam Akta induk. Ini bermakna apa-apa hasil karya yang dilakukan di dalam dan melalui internet adalah terlindung di bawah Akta Hakcipta.Rujukan1. Mohd Safar Hasim. 2002. Mengenali Undang-undang Media dan Siber.2. www.mscmalaysia.com.my(ditujuk 4 Okt. 2009).3. UNDANG-UNDANG4. MALAYSIA5. Akta A5636. 7. AKTA JENAYAH KOMPUTER 19978. 9. Jenayah Siber Terhadap Harta Benda

Jenayah Siber Terhadap ManusiaCURI

1) MaklumatSenarai, rekod, email peribadi

2) HartaMemindahkan wang dari satu akaun ke akaun yang lain

3) PerkhidmatanCapaian tanpa kuasa di laman web berbayar

PENIPUAN

Multilevel marketing/sistem piramid, peluang perniagaan, lelongan, jualan barangan, tawaran kad kredit, pinjaman pendahuluan, tawaran pekerjaan

PEMALSUAN

Meminda dokumen bagi memperdaya orang lain melalui laman web

KHIANAT

-Vandalisma siber: meminda laman web umum

-Pencerobohan siber : ceroboh laman web persendirian yang perlu guna kata laluan.

-Menyebarkan virus-Pornografi dan pengedaran bahan-bahan lucah-Gangguan Siber (cyber-harrasment)-Pencerobohan Siber- Memecah masuk ke laman web- Memecah masuk ke komputer persendirian

Keganasan siber

Serangan terancang terhadap maklumat yang terkandung di dalam komputer, program komputer dan data yang menyebabkan keganasan berlaku terhadap rakyat yang tidak berdaya oleh sekumpulan orang atau agen tertentu.Diluluskan di Parlimen pada Mac 1997Dikuatkuasa pada 1 Jun 2000Tujuan:- Bagi mengawal perlakuan jenayah yang dilakukan menggunakan komputer secara terus atau melalui talian.

Ringkasan Diskripsi Kesalahan

Membuat capaian mana-mana komputer tanpa diberi kuasa.

DendaTidak melebihi RM 50,000.00 ataupenjara 5 tahun ataukedua-duanya sekali

Ringkasan Diskripsi KesalahanMelibatkan fraud atau kecurangan atau yangmenyebabkan kecederaan

DendaTidak melebihi RM 150,000.00 ataupenjara 10 tahun ataukedua-duanya sekali

Ringkasan Diskripsi KesalahanPengubahsuaian tanpa kuas kandungan mana-mana komputer.

DendaTidak melebihi RM 100,000.00 ataupenjara 7 tahun ataukedua-duanya sekali

Ringkasan Diskripsi KesalahanMenyimpan maklumat tanpa kuasa dalamkomputer di bawah kawalan disifatkan telahmemperolehi capaian tanpa kuasa

Denda(sama seperti denda memperolehi capaian komputer tanpa kuasa)

Akta ini digunakan terhadap sesiapa tanpa mengira kewargenaraan seseorang. Kesalahan di bawah akta ini boleh berlaku di mana-mana sahaja tidak kira samaada di dalam atau di luar Malaysia asalkan ia melibatkan komputer yang berada di Malaysia.Klasifikasi Jenayah siber[sunting|sunting sumber]Kesemua peringkat penggunaan komputer adalah sentiasa berhadapan dengan aktivitijenayah. Sama ada sebagai mangsa kepada jenayah atau peralatan bagi jenayah atau kedua-duanya.Operasi input,pemprosesan data,operasi outputdankomunikasi datatelah digunakan dengan teliti untuk tujuan yang tidak sihat. Jenis jenayah siber yang biasa kita dengar1. Penipuan2. Kerosakan atau pengubahsuaian keatas program atau data komputer.3. Kecurian maklumat.4. Capaian secara tidak sah keatas sistem5. Menyalin perisian secara tidah sah.6. Pengintipan7. Judi siber8. Skim cepat kaya9. Pornografi10. Penggodamatau "Hacker"11. Penyebaran virusdan banyak lagi dan mungkin juga kita akan berhadapan dengan bentuk jenayah baru selaras dengan kepesatan pembangunan komputer .Isu yang ingin di bincangkan di sini bukanlah berkenaan bagaimana jenayah dilakukan tetapi mengapakah jenayah ini sukar dibendung. Antara beberapa faktor yang dikenal pasti ialah1. Sukar dikenalpasti siapakah penjenayahnya2. Kepentinganekonomi3. Berbeza takrifanjenayah4. Kepentingan ketenteraan5. Sikap manusia "Human attitude"6. Era moden ini merupakan pengarak teknologi, perdagangan dan perindustrian yang ultramoden, komplikated dan canggih. Era ini merupakan era revolusi maklumat. Falsafah abad ke 19 telah diambilalih oleh teknologi abad ke 20. Abad ke 20 menyaksikan perubahan sosial dan ekonomi yang hebat. Daripada sebuah masyarakat agraria, negara moden telah berubah menjadi rata-ratanya masyarakat bandar, di mana kehendak dan keperluan yang mudah telah diambilalih oleh pemasaran dan penggunaan besar-besaran. Dalam alam jualan barang pengguna, antara pengguna dan peniaga, wujud ketidakseimbangan kuasa yang fundamental dalam aspek kuasa berunding, pengetahuan mengenai sifat dan komponen teknikal barangan, serta sumber. Di pasaran pengguna memerlukan lebih perlindungan. Undang-undang usang mengenai perlindungan pengguna yang terkandung dalam Akta lualan Barang-barang 1957 tidak berupaya menangani permasaiahan yang dialami oleh masyarakat moden dan canggih abad ke 21. Akta lualan Barang-barang 1957 adalah lapuk dan memerlukan nafas baru. Kepincangan dalam undang-undang sedia ada berhubungkait jualan barang wujud berasaskan tiga landasan; (i) doktrin asas pembentukan kontrak, doktrin kebebasan berkontrak dan priviti kontrak; (ii) peruntukan substantif, berhubungkait terma tersirat dalam kontrak jualan barang dan peruntukan remedial; serta (iii) aspek akses kepada keadilan. Kebebasan berkontrak tidak lagi sesuai dijadikan doktrin landasan pembentukan undang-undang berkaitan jualan barang pengguna, sementara doktrin priviti kontrak pula telah lama dilihat sebagai halangan utama tuntutan pengguna. Peruntukan substantif yang terkandung dalam Akta lualan Barang-barang 1957 mengandaikan kesamarataan kuasa ekonomi pihak-pihak yang berkontrak; ini tidak lagi membayangkan realiti pasaran kini. Tuntutan pengguna rata-ratanya merupakan tuntutan kecil. Masalah sebegini jarang sekali sampai ke mahkamah disebabkan pelbagai formaliti dan kekompleksan, kelengahan, kos litigasi seseorang pengguna perlu harungi. Penyelesaian pertikaian alternatif komplimen litigasi dengan menyediakan proses yang boleh berdiri sendiri atau digunakan sebagai tambahan kepada adjudikasi. Proses penyelesaian pertikaian alternatif ini menawarkan harapan kepada konflik j ualan pengguna. Perlindungan pengguna secara beransur-ansur menjadi ciri undang-undang moden yang diiktiraf. Sudah tiba masanya undang-undang jualan barang bergerak seiring dengan perkembangan dunia perdagangan, khususnya yang melibatkan pengguna. Penyelidikan ini merupakan satu kajian menyeluruh berorientasikan pengguna mengenai undang-undang jualan barang di Malaysia, memfokus khususnya pada kepincangan Akta Jualan Barang-barang 1957. Pada tahun 1999, Akta Pelindungan Pengguna 1999 telah diluluskan, memperkenalkan beberapa pembaharuan radikal dalam arena pembekalan barang yang melibatkan pengguna. Ciri-ciri penting Akta ini yang menyentuh tentang pembekalan barang adalah dibincangkan. Cadangan pindaan kemudiannya dikemukakan bagi kedua-dua perundangan, Akta lualan Barang-barang 1957 dan Akta Pelindungan Pengguna 1957, khususnya pembahagian yang lebih jelas tentang bidangkuasa perundanganperundangan ini, dengan matlamat akhir menyediakan perlindungan pengguna yang lebih mantap dalam kontrak jualan barang yang melibatkan pengguna.Item Type:Thesis (PhD)

Subject:Consumer protection - Law and legislation - Malaysia

Subject:Law and economics

Chairman Supervisor:Professor Dr. Shaik Mohd Noor Alam Bin S.M. Hussain

Call Number:FEP 2002 8

Faculty or Institute:Faculty of Economics and Management

ID Code:8311

Deposited By:Nurul Hayatie Hashim

Deposited On:10 Nov 2010 08:27

Last Modified:09 Sep 2011 03:23

Matlumat BarangPengenalanPengguna menggunakan barang atau perkhidmatan untuk memenuhi keperluan dan kehendaknya. Pengguna mempunyai hak untuk memilih dan mendapatkan barang atau perkhidmatan yang baik dan berkualiti

Mendapatkan maklumat barangPengguna perlu mendapatkan maklumat barang sebelum membeli sesuatu barang. Makumat tersebut perlu untuk membolehkan pengguna mengenal pasti cirri barang yang masih baik.

Mengenal pasti ciri-ciri barang yang masih baikApabila membeli barang, kamu mestilah memastikan barang yang hendak dibeli mempunyai cirri barang yang masih baik seperti yang berikut:i.Teksturii.Rupaiii.Warnaiv.Bau

Membanding beza barang yang masih baik dan barang yang rosakApabila membeli barang, kamu mestilah mengetahui cara membezakan barang yangmasih baik dengan barang yang rosak. Caranya adalah melalui pemerhatian tentang cirri fizikal barang seperti rupa, warna, baud an tekstur.

Mendapatkan maklumat daripada label barangKamu perlu mendapatkan maklumat tentang sesuatu barang sebelum membelinya. Maklumat penting kepada pengguna sebagai salah satu cara untuk memilih barang yang baik. Maklumat yang diperolehi mestilah tepat serta boleh dipecayai. Maklumat boleh didapati daripada pelbagai sumber. Salah satu sumer maklumat yang mudah diperolehi adalah label barang.

Label barang member kamu maklumat tentang kedudukan barang. Mengikut undang-undang, makanan yang siap dibungkus mestilah mempunyai label yang menunjukan perkara seperti yang berikut:

i.Kandunganii. Jenamaiii. Berat kandunganiv. Tarikh luputv.Pengeluarvi. Tanda halalvii. Kod bar