tanggungjawab korporat:

24
PEKELILING AMALAN PERNIAGAAN TERBAIK 5/2013 Tanggungjawab Korporat: Panduan Penzahiran dan Pelaporan

Upload: vukhanh

Post on 30-Dec-2016

276 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tanggungjawab Korporat:

PEKELILING AMALAN PERNIAGAAN TERBAIK 5/2013

Tanggungjawab Korporat:Panduan Penzahiran dan Pelaporan

Page 2: Tanggungjawab Korporat:

Diterbitkan oleh:

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Companies Commission of Malaysia)Menara SSM@SentralNo. 7 Jalan Stesen Sentral 5Kuala Lumpur Sentral50623 Kuala LumpurMalaysiaTel: +603-2299 4400Faks: +603-2299 4411

www.ssm.com.my

ISBN: 978-967-12003-0-8© 2013 Suruhanjaya Syarikat Malaysia

Anda boleh menyalin, memuat turun atau mencetak penerbitan ini dan kandungannya untuk kegunaan anda dan memasukkan petikan daripada penerbitan ini ke dalam dokumen, pembentangan, blog, laman web atau bahan mengajar, dengan syarat perakuan yang sesuai daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia sebagai pemilik sumber dan hak cipta diberikan. Semua permohonan untuk kegunaan awam atau komersil hendaklah dihantar ke [email protected].

Penerbitan ini boleh dimuat turun secara percuma di http://www.ssm.com.my/en/CRAgenda/BBPC_en.

Penerbitan ini dicetak di atas kertas yang sesuai untuk dikitar semula dan dibuat daripada100% kertas kitar semula.

Dicetak oleh Kent Media House.

Dicetak di Malaysia

Page 3: Tanggungjawab Korporat:

KANDUNGAN

1. OBJEKTIF .......................................................................................................................... 4

2. PENGENALAN .................................................................................................................. 4

3. PENZAHIRAN TANGGUNGJAWAB KORPORAT .............................................................. 5

Penzahiran Tanggungjawab Korporat di Malaysia 5

4. RANGKA KERJA PENZAHIRAN DAN PELAPORAN SEMASA DI MALAYSIA .................. 6

Pelaporan oleh syarikat tersenarai 6

Pelaporan oleh Perusahaan Kecil dan Sederhana 6

5. AGENDA SETERUSNYA UNTUK MALAYSIA ................................................................... 7

Pengenalan peruntukan baharu dalam Akta Syarikat yang baharu 7

Standard Malaysia tentang Tanggungjawab Sosial 8

6. ASAS PENZAHIRAN TANGGUNGJAWAB KORPORAT .................................................... 9

Siapa? 9

Apa? 10

Bagaimana? 11

7. JUSTIFIKASI PERNIAGAAN BAGI PENZAHIRAN ............................................................. 13

8. TREND GLOBAL TENTANG PENZAHIRAN TANGGUNGJAWAB KORPORAT .................. 13

Global Reporting Initiative (GRI) 13

The United Nations Global Compact (UN Compact Global) 16

ISO 26000 17

9. KEMUNCULAN TREND ANTARABANGSA ...................................................................... 18

Pelaporan Bersepadu 18

Pelaporan rantaian bekalan 19

Kemunculan trend antarabangsa yang lain 19

10. MANFAAT PELAKSANAAN ............................................................................................. 20

11. RUJUKAN ......................................................................................................................... 22

Page 4: Tanggungjawab Korporat:

4 PEKELILING AMALAN PERNIAGAAN TERBAIK 5/2013

OBJEKTIF

1. Objektif-objektif Pekeliling Amalan Perniagaan Terbaik (BBPC) 5/2013 ini adalah: • Untuk menekankan kepentingan dan keberkaitan penzahiran tanggungjawab korporat di kalangan syarikat dan perniagaan di Malaysia dengan penegasan bahawa penzahiran minimum yang dibuat secara sukarela boleh menggalakkan inovasi dan meningkatkan nilai organisasi;

• Untuk meningkatkan kesedaran tentang penzahiran tanggungjawab korporat selaras dengan keperluan masyarakat yang semakin meningkat serta memberi pemahaman tentang rangka kerja baharu penzahiran tanggungjawab korporat di bawah Akta Syarikat yang baharu; dan • Untuk memberikan gambaran keseluruhan kepada syarikat dan perniagaan tentang pendekatan, wahana dan sumber yang ada, serta standard terkini bagi membantu penzahiran tanggungjawab korporat yang seimbang, tepat dan boleh dipercayai.

PENGENALAN

2. Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) melalui Agenda Tanggungjawab Korporatnya (Agenda CR)1

mentakrifkan tanggungjawab korporat sebagai “komitmen oleh perbadanan dan perniagaan ke arah mencapai kemampanan yang mencakupi aspek sosial, ekonomi dan alam sekitar dalam meneruskan usaha ke arah keberuntungan”. Agenda CR menetapkan rangka kerja dan pendekatan strategik SSM berhubung tanggungjawab korporat dengan objektif utama untuk memupuk budaya di kalangan peserta korporat Malaysia tentang nilai tersebut, serta mengetahui bahawa semua aktiviti tanggungjawab korporat yang dijalankan dapat mewujudkan premium untuk syarikat dan perniagaan.

3. Agenda CR tidak meletakkan obligasi ke atas syarikat dan perniagaan untuk menjalankan aktiviti

tanggungjawab korporat yang tertentu. Sebaliknya, Agenda CR menyarankan supaya syarikat dan perniagaan menjalankan aktiviti tanpa menjejaskan fokus perniagaan dan meneruskannya seiring dengan usaha ke arah memperoleh keuntungan. Agenda CR juga menegaskan perlunya syarikat dan perniagaan bersikap lebih telus dalam usaha berkaitan dengan tanggungjawab korporat. Syarikat dan perniagaan juga perlu menghebahkan usaha mereka bagi memastikan mereka memperoleh manfaat yang optimum daripada aktiviti yang dijalankan.

4. Bagi memudahkan membuat rujukan, BBPC ini menggunakan istilah “tanggungjawab korporat”. Secara umumnya, tanggungjawab korporat (CR) ialah istilah yang sinonim dengan tanggungjawab sosial korporat, kemampanan dan kewarganegaraan korporat. Semua istilah tersebut difahami sebagai merujuk kepada konsep yang sama.

5. Di samping itu, BBPC ini menggunakan istilah “penzahiran” dan “pelaporan”, manakala “komunikasi” juga digunakan sebagai sinonim. Organisasi yang berbeza mungkin menggunakan istilah yang berbeza berdasarkan sejarah korporat, lokasi geografi, bentuk dan format khas bagi penzahirannya serta keperluan dan jangkaan kumpulan sasaran/pihak berkepentingan.

Page 5: Tanggungjawab Korporat:

5TANGGUNGJAWAB KORPORAT: PANDUAN PENZAHIRAN DAN PELAPORAN

PENZAHIRAN TANGGUNGJAWAB KORPORAT

Apakah penzahiran tanggungjawab korporat?

6. Terdapat pelbagai jenis penzahiran tanggungjawab korporat. Sesetengahnya membolehkan organisasi mengadakan dialog pihak berkepentingan dan merangsang pembaikan dalaman. Manakala penzahiran yang lain pula memberikan lebih banyak tumpuan kepada tujuan perakaunan dengan impak langsung yang terhad terhadap dialog pihak berkepentingan dalam dan luar.

7. Tidak dapat dinafikan bahawa ramai pihak-pihak berkepentingan yang terdiri daripada pekerja, pemegang saham sehinggalah masyarakat, memberi perhatian terhadap tatalaku dan pengawasan, menyebabkan syarikat dan perniagaan perlu memainkan peranan dan tanggungjawab yang lebih besar supaya dapat melibatkan diri dalam usaha yang baik selaras dengan usaha mengejar keuntungan. Pihak-pihak berkepentingan ini juga boleh memainkan peranan dalam memberikan impak yang besar ke atas nilai sebuah syarikat atau perniagaan.

8. Dengan mengambil kira kemungkinan yang dapat diwujudkan melalui penzahiran, syarikat dan perniagaan tidak seharusnya menganggap penzahiran hanya sebagai wahana komunikasi sahaja, malah ia juga boleh digunakan untuk pemantauan dalaman, pengukuran dan analisis jurang.

9. Dari segi data, adalah lebih baik bagi sesuatu penzahiran menyampaikan data naratif berbanding data

indikatif dan penzahiran berikutnya hendaklah menunjukkan kemajuan projek atau inisiatif.

10. Syarikat dan perniagaan tidak hanya menyatakan isu yang ‘positif’, malah isu yang ‘negatif’ juga hendaklah didedahkan; “Apakah yang berlaku?” dan “Mengapa ia berlaku?”; serta langkah balas yang diambil untuk menangani isu; “Apakah langkah yang diambil oleh syarikat bagi memastikan ia tidak berulang?”

11. Secara praktisnya, sesetengah syarikat menyediakan penzahiran sekali setahun, sesetengahnya pula setiap 18 bulan, manakala yang lain pula dua kali setahun. Sesetengah syarikat mengambil keputusan untuk ‘berhenti sementara daripada membuat pelaporan’, iaitu tidak menyediakan laporan bagi tahun tertentu. Tindakan ini dibuat terutamanya apabila pada tahun itu, status quo bagi projek tertentu tidak berubah atau tiada kemajuan yang ketara yang ingin dilaporkan.

Penzahiran Tanggungjawab Korporat di Malaysia

12. Di Malaysia, penzahiran tanggungjawab korporat oleh syarikat telah berkembang sejak 1999. Pengiktirafan dan anugerah seperti Anugerah Laporan Kemampanan Malaysia ACCA (ACCA MaSRA”2) telah mendorong amalan penzahiran di kalangan syarikat.

13. Bagi penganugerahan ACCA MaSRA 2011, 43 penyertaan telah dipertimbangkan dan 20 syarikat telah disenarai pendek di samping diberi penarafan sebagai syarikat terbaik oleh pengadil ACCA MaSRA. Daripada syarikat yang disenarai pendek ini, 15 syarikat menerbitkan laporan kemampanan yang berasingan, manakala syarikat lain menerbitkan penzahirannya sebagai sebahagian daripada laporan tahunan.

14. Dalam laporan oleh ACCA3, diperhatikan bahawa dalam kalangan negara ASEAN, Malaysia mempunyai bilangan pelapor yang tertinggi dengan jumlah 49 syarikat telah menerbitkan 97 Laporan Kemampanan

Page 6: Tanggungjawab Korporat:

6 PEKELILING AMALAN PERNIAGAAN TERBAIK 5/2013

sejak 2002. Laporan4 tersebut mendapati kebanyakan syarikat yang menerbitkan laporan telah pun melakukannya secara konsisten sejak 3 hingga 4 tahun yang lepas. Bagi 20% daripada syarikat tersebut, pelaporan telah dimulakan dengan laporan tentang alam sekitar, kesihatan atau keselamatan, yang seterusnya dibangunkan dalam bentuk Laporan Kemampanan (Sustainability Report) yang lebih lengkap.

15. Selaras dengan trend global, Laporan5 tersebut juga mendapati industri yang mengeluarkan paling

banyak laporan ialah sektor elektronik, manakala industri minyak dan gas yang kedua terbanyak. Perlu dijelaskan bahawa jenis industri bagi setiap negara adalah penting. Perlombongan ialah sektor utama untuk pelaporan di Indonesia dan Filipina, manakala di Malaysia pula, syarikat konglomerat yang besar menerbitkan laporan menurut kepentingan mereka yang pelbagai.

RANGKA KERJA PENZAHIRAN DAN PELAPORAN SEMASA DI MALAYSIA

Pelaporan oleh syarikat tersenarai 16. Bagi syarikat tersenarai di Malaysia, Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities

Berhad yang dipinda pada September 2006, memandatorikan syarikat tersenarai supaya menyediakan huraian tentang aktiviti atau amalan tanggungjawab korporat yang dijalankan. Jika tiada aktiviti atau amalan yang dijalankan dalam tahun yang dilaporkan, syarikat mesti menyediakan pernyataan tentang perkara tersebut.

17. Bab 9, perenggan 9.25 (1) Keperluan Penyenaraian menyediakan keperluan mandatori yang menyatakan –

“(1) Penerbit tersenarai mesti menyatakan secara berasingan dalam laporan tahunannya, perkara yang dinyatakan dalam Bahagian A Lampiran 9C.”

18. Bahagian A Lampiran 9C (perenggan 29) dalam Keperluan Penyenaraian menyatakan –

“(29) Huraian tentang aktiviti atau amalan tanggungjawab sosial korporat yang dijalankan oleh penerbit tersenarai dan subsidiarinya, atau jika tiada, pernyataan tentang perkara tersebut.”

19. Bab 16 perenggan 16.19(1)(a)(iv) dalam Keperluan Penyenaraian mengenakan denda monetari bagi apa-apa ketakpatuhan di bawah Keperluan Penyenaraian. Ia menyatakan –

“Tanpa menjejaskan apa-apa kuasa yang diberikan kepada Bursa di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkaitan dengan penguatkuasaan Keperluan ini, jenis tindakan atau penalti yang akan di ambil atau yang akan dikenakan oleh Bursa bagi pelanggaran Keperluan ini termasuk mana-mana satu yang berikut atau lebih:

... (iv) dikenakan denda tidak melebihi RM1 juta.”

Pelaporan oleh Perusahaan Kecil dan Sederhana

20. Selain Keperluan Penyenaraian yang mengenakan pelaporan secara mandatori bagi aktiviti CR untuk syarikat tersenarai, tiada keperluan pelaporan untuk syarikat lain termasuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Page 7: Tanggungjawab Korporat:

7TANGGUNGJAWAB KORPORAT: PANDUAN PENZAHIRAN DAN PELAPORAN

21. Menurut SME Corporation Malaysia, PKS membentuk kira-kira 99.2% daripada seluruh pertubuhan perniagaan di Malaysia dengan sumbangan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) berjumlah 32% (2010), 59% pekerjaan (2010) dan 19% eksport (2010) dan secara umumnya ditakrifkan seperti yang berikut:

a) Bagi sektor pengeluaran: pusing ganti jualan kurang daripada RM25 juta atau pekerja sepenuh masa kurang daripada 150 orang.

b) Bagi sektor perkhidmatan dan sektor lain: pusing ganti jualan kurang daripada RM5 juta atau pekerja sepenuh masa kurang daripada 50 orang.

Di kebanyakan negara maju dan membangun, PKS memainkan peranan yang besar dalam aktiviti ekonomi. Dalam hal ini, apa-apa bilangan inisiatif sosial atau alam sekitar yang dijalankan sangat bermakna dan menjadi sumbangan penting kepada masyarakat.

22. Dalam rantaian bekalan kepada syarikat multinasional atau syarikat besar, PKS juga mungkin akan diwajibkan untuk mematuhi standard rantaian bekalan tertentu berhubung dengan dasar CR yang digunakan oleh syarikat tersebut. Syarikat besar dengan rantaian bekalan global terus mencari jalan untuk meringankan dan mengurangkan risiko yang mungkin timbul ekoran perkembangan negatif dalam rantaian bekalannya.

23. Tidak seperti syarikat besar, PKS tidak diminta menyediakan penzahiran tanggungjawab korporat yang menyeluruh dan lengkap berdasarkan fakta bahawa PKS tidak mempunyai sumber yang cukup untuk berbuat demikian.

24. Melalui pelbagai cara, pendekatan PKS untuk mencapai perniagaan yang mampan biasanya jelas dan mudah, kerana kewujudan hubungan yang erat PKS dengan pelanggan, pekerja dan pembekal mereka, sekali gus memberikan pemahaman yang lebih jelas tentang keperluan komuniti dan alam sekitar di sekeliling mereka.

25. Dalam laporan ACCA6, daripada 500 PKS yang dikaji, hanya 16 yang menerbitkan laporan tentang perspektif alam sekitar dan 7 menerbitkan tentang perspektif sosial. Medium yang dipilih bagi pelaporan untuk semua PKS adalah melalui laman web korporatnya.

26. Dengan mengambil kira faktor masa, pakar dan dana yang terhad, PKS hendaklah memberikan tumpuan

kepada cara penzahiran yang paling ringkas dan berkesan.

AGENDA SETERUSNYA UNTUK MALAYSIA

Pengenalan peruntukan baharu dalam Akta Syarikat yang baharu

27. Cadangan sedang dibuat untuk memperkenalkan satu peruntukan yang akan dimasukkan ke dalam Akta Syarikat bagi menggalakkan pelaporan bukan kewangan, yang termasuk pelaporan tentang inisiatif tanggungjawab korporat dalam bentuk ulasan perniagaan dalam Laporan Pengarah.

28. Serupa dengan rangka kerja dari negara United Kingdom, cadangan baharu tersebut mencontohi keperluan di bawah Akta Syarikat 2006 (UK) untuk semua syarikat, selain syarikat kecil, supaya mengeluarkan ulasan perniagaan. Ulasan ini mesti memasukkan maklumat tambahan, setakat yang perlu bagi memahami perniagaan, trend yang menjejaskan pembangunan masa hadapan perniagaan, maklumat tentang alam sekitar, pekerja, sosial dan komuniti yang menjejaskan syarikat dan pengaturan kontrak yang perlu.

Page 8: Tanggungjawab Korporat:

8 PEKELILING AMALAN PERNIAGAAN TERBAIK 5/2013

29. SSM juga akan mengkaji kemungkinan untuk mengiktiraf inisiatif berkaitan CR oleh syarikat yang mematuhi keperluan pelaporan sukarela ini.

Standard Malaysia tentang Tanggungjawab Sosial

30. Jabatan Standard Malaysia memberikan mandat kepada SIRIM Berhad sebagai salah satu Agensi Pembangunan Standard (SDA) di bawah peruntukan Akta Standard Malaysia 1996, untuk membangunkan Standard Malaysia bagi Tanggungjawab Sosial yang berdasarkan ISO 26000, tetapi disesuaikan mengikut budaya sosial dan alam sekitar setempat.

31. Selaras dengan mandat ini, SIRIM Berhad telah menubuhkan Jawatankuasa Teknikal tentang Tanggungjawab Sosial (TC tentang SR) yang membuat laporan terus kepada Jawatankuasa Standard Industri (ISC) tentang Pengurusan Organisasi.

32. TC tentang SR terdiri daripada wakil organisasi yang berikut:

i) Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM); ii) Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF); iii) Dewan Perniagaan dan Industri Antarabangsa Malaysia (MICCI); iv) Kementerian Sumber Manusia; v) Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE); vi) Unit Perancang Ekonomi; vii) SME Corp. Malaysia; viii) SMI Association; ix) Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia; x) Transparency International (M); xi) Pejabat Peguam Negara; xii) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK); xiii) Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia; xiv) Jabatan Kebajikan Masyarakat; xv) Universiti Sains Malaysia; xvi) Universiti Teknologi MARA; xvii) Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia; xviii) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi; xix) Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri; xx) Jabatan Standard Malaysia; xxi) Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM); xxii) Pakar keupayaan individu – Pengerusi; dan xxiii) SIRIM Berhad – Sekretariat. 33. Bidang tugas TC tentang SR adalah seperti yang berikut: -

• menyokong usaha ISC dalam aktiviti penstandardan antarabangsa (merumus pandangan dan komen tentang isu dan mendraf standard antarabangsa). • menyokong ISC dalam menyelaraskan penyertaan dalam penstandardan antarabangsa/serantau. • membentuk kumpulan kerja untuk menjalankan tugas tertentu. • mengesyorkan penggunaan standard antarabangsa sebagai standard Malaysia. • membangunkan dan mengkaji semula standard Malaysia. • meluluskan penyiaran Draf Standard Malaysia (DMS) untuk komen awam. • mengkaji komen dan membuat semakan yang perlu terhadap DMS dengan mengambil kira komen yang diterima. • menyerahkan DMS kepada ISC yang berkenaan untuk mendapatkan kelulusan DMS Akhir.

Page 9: Tanggungjawab Korporat:

9TANGGUNGJAWAB KORPORAT: PANDUAN PENZAHIRAN DAN PELAPORAN

ASAS PENZAHIRAN TANGGUNGJAWAB KORPORAT

Siapa?

34. Syarikat dan perniagaan tidak beroperasi secara berasingan. Pihak berkepentingan semakin berminat untuk memahami pendekatan dan prestasi organisasi dalam menangani isu yang memberikan impak terhadap komuniti dan alam sekitar, termasuk pewujudan nilai berpotensi dan pengurangan risiko perniagaan.

35. “Pihak berkepentingan” ditakrifkan secara meluas sebagai “mana-mana kumpulan atau individu yang boleh menjejaskan atau terjejas melalui pencapaian objektif organisasi.”7

36. Sebagai peraturan am, bergantung pada aktiviti, penzahiran hendaklah menumpukan perhatian kepada pihak berkepentingan yang berikut (tidak lengkap):

i) Pelanggan; ii) Lembaga pengarah; iii) Pekerja; iv) Pemegang saham; v) Komuniti setempat; vi) Rakan perniagaan; vii) Persatuan pengguna; viii) Pembekal; ix) Pelabur; x) Kesatuan sekerja; xi) Pihak berkuasa awam; dan xii) Organisasi tanpa untung yang berkaitan.

Page 10: Tanggungjawab Korporat:

10 PEKELILING AMALAN PERNIAGAAN TERBAIK 5/2013

Apa?

37. Sebaik sahaja pihak berkepentingan dikenal pasti, syarikat dan perniagaan boleh memperkemas penzahiran dengan mengkategorikan inisiatifnya di bawah empat (4) kategori utama yang berikut: -

Kandungan ini menunjukkan cara syarikat dan perniagaan menyepadukan tatalaku perniagaan yang bertanggungjawab ke dalam amalan dan operasinya. Contoh termasuk usaha meningkatkan: sokongan kepada perniagaan atau pembekal tempatan, pengekalan dan kepuasan pelanggan, keselamatan produk, kualiti produk/perkhidmatan, penentuan harga yang berpatutan, etika pemasaran dan pengiklanan serta pendidikan pengguna.

Kandungan ini memberi tumpuan kepada penambahbaikan yang dibuat oleh syarikat terhadap manfaat dan sokongan pekerjaan. Contoh termasuk tindakan menaikkan: gaji, pencen dan manfaat pekerja yang lain, kesihatan dan keselamatan di tempat kerja, kemudahan untuk ibu yang menyusukan anak, latihan dan pembangunan kakitangan, peluang pekerjaan yang sama, kepelbagaian, dasar rasuah dalaman dan keseimbangan kerja/kehidupan.

Kandungan ini memberikan tumpuan kepada apa-apa aktiviti sukarela yang dijalankan oleh pemilik atau pekerja yang disokong oleh syarikat, sumbangan amal atau tajaan yang melaluinya syarikat mempromosikan pembangunan ekonomi. Misalnya, usaha untuk meningkatkan: infrastruktur setempat, penglibatan dan pembangunan komuniti, atau keselamatan serta penjagaan kesihatan komuniti atau pendidikan.

Kandungan ini berkaitan dengan usaha syarikat untuk melindungi dan memelihara sumber semula jadi dan alam sekitar. Contoh termasuk inisiatif untuk: menggunakan tenaga boleh baharu, mengurangkan pencemaran udara dan air, mengurangkan penggunaan kimia berbahaya, mengurangkan pengeluaran efluen dan sisa, memantau penggunaan tenaga, memantau dan mengurangkan gas rumah hijau dan pembebasan gas lain dan mengekalkan biodiversiti.

Kandungan tentang pasaran

Kandungan tentang tempat kerja

Kandungan tentang Komuniti

Kandungan tentang alam sekitar

PASA

RANTEMPAT KERJA

PENZAHIRAN

ALAM SEKIT

ARK

OM

UNITI

PASARAN• Menzahirkan pengendalian perniagaan yang bertanggungjawab • Pihak berkepentingan yang diberikan tumpuan: Pelanggan, Rakan Perniagaan, Pelabur

ALAM SEKITAR• Menzahirkan inisiatif yang diambil untuk melindungi dan memelihara alam sekitar• Pihak berkepentingan yang diberi tumpuan; Pekerja, Rakan Perniagaan, Pelabur, Pengguna, Pihak Berkuasa Awam dan komuniti setempat

TEMPAT KERJA• Menzahirkan dasar sumber manusia• Pihak berkepentingan yang diberikan tumpuan: Pekerja, Pihak Berkuasa Awam, Kesatuan Sekerja

KOMUNITI• Menzahirkan komitmen atau bantuan yang disediakan untuk komuniti setempat• Pihak berkepentingan yang diberi tumpuan: Pekerja, Pihak Berkuasa Awam, Pihak Berkuasa Tempatan yang berkaitan

Page 11: Tanggungjawab Korporat:

11TANGGUNGJAWAB KORPORAT: PANDUAN PENZAHIRAN DAN PELAPORAN

Contoh Pelaporan Alam Sekitar

Helikonia ialah syarikat pakar runding butik yang berpangkalan di Malaysia. Impak alam sekitar secara langsung oleh syarikat ini sangat kecil. Syarikat ini menyewa premis, dan oleh itu tidak mempunyai kawalan atau sedikit kawalan ke atas penyaman udara pusat atau suis lampu LED. Elektrik dan kertas menyumbang hanya 11% kepada pelepasan karbon. Syarikat tidak membuat susulan terhadap air dan sisa, tetapi menjalankan kitar semula dengan aktif.

Kesan alam sekitar yang paling besar ialah udara dan penggunaan kereta, yang menyumbang sebanyak 89% daripada pelepasan karbon syarikat tersebut. Dengan pelanggannya yang berpangkalan di Eropah dan Amerika Latin, pelepasan karbon daripada perjalanan udara menjadi penyumbang terbesar.

Impak kedua terbesar ialah penggunaan kereta. Oleh kerana pejabat berpangkalan di bandar, kakitangan cuba berjalan kaki ke tempat mesyuarat sekerap yang mungkin. Tetapi, memandangkan kebanyakan pelanggan syarikat berada di kawasan subbandar yang tiada pengangkutan awam, kakitangan tidak dapat mengelak daripada menggunakan kereta.

Jumlah pelepasan karbon syarikat ini semakin meningkat dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini, tetapi peratus hasil masih lebih kurang sama. Sasaran Helikonia ialah neutral karbon pada 2014. Sasaran ini boleh dicapai dengan menjadikan perjalanan lebih efisien dan mengimbangkan yang selebihnya melalui penyertaan dalam program mengimbangi karbon.

Bagaimana?

38. Syarikat atau perniagaan boleh menggunakan satu atau lebih medium yang berikut untuk mendedahkan inisiatif tanggungjawab korporat mereka:

(a) Bahagian yang dikhaskan dalam laporan tahunan. (b) Laporan berasingan tentang kemampanan, alam sekitar atau sosial. (c) Laman web korporat. (d) CD-ROMS dengan maklumat sokongan. (e) Surat berita pekerja sama ada diterbitkan atau melalui intranet korporat. (f) Laporan rumusan dalam bentuk salinan cetak dengan laporan penuh dalam laman web korporat. (g) Maklumat pada pembungkus. (h) Label produk.

39. Syarikat dan perniagaan dinasihatkan supaya memberikan pertimbangan sewajarnya terhadap medium terbaik dan komunikasi paling berkesan untuk menyampaikan maklumat kepada pihak berkepentingan masing-masing. Kos juga memainkan peranan penting dalam memilih medium. Dengan mengambil kira dana yang ada, setiap pendekatan yang berikut mempunyai profil kos yang berbeza dan syarikat serta perniagaan perlu mencari keseimbangan untuk menanggung kos pengeluaran dan kos pengedaran yang berlebihan.

Kertas 1%

Elektrik 10%

Penerbangan65%

PerjalanandenganKereta 24%

21.75

2010

25

20

15

10

5

02011 2012

21.75

21.75

KESAN KARBON 2012 (CO2e mengikut jenis)

KESAN KARBON YANG DIANGGARKAN (mt of CO2e)

Page 12: Tanggungjawab Korporat:

12 PEKELILING AMALAN PERNIAGAAN TERBAIK 5/2013

40. Pelbagai kaedah yang dijelaskan di bawah menerangkan dengan lebih lanjut tentang isu yang perlu diambil kira dalam menentukan medium terbaik:

• Menggunakan label atau pembungkus produk ialah pendekatan yang baik untuk memaklumkan pelanggan yang anda komited terhadap perniagaan yang bertanggungjawab, dan ia boleh membezakan produk anda dengan produk pesaing anda. • Pelanggan biasanya ingin tahu jika produk itu terbiodegradasikan, dibuat daripada bahan boleh kitar semula, jenis organik atau ternak lepas; dibuat di dalam negeri, dibuat di luar negeri dengan buruh perdagangan yang dilayan dengan adil; sebahagian keuntungan digunakan untuk menyokong sumbangan komuniti atau organisasi tanpa untung.

• Pendekatan ini menggunakan intranet (akses laman web yang terkawal untuk kegunaan dalaman) untuk memaklumkan maklumat terkini tentang inisiatif tanggungjawab korporat kepada pekerja.• Intranet menggalakkan komunikasi dua hala antara pekerja dengan majikan yang membenarkan penyertaan dan maklum balas daripada pekerja.

1. LABEL PRODUK DAN PEMBUNGKUSAN

• Penzahiran pada laman web korporat sangat bermanfaat kerana ia memberikan maklumat kepada setiap kumpulan sasaran, selain mudah dan murah untuk dikemaskini.• Penzahiran yang menggunakan pendekatan ini boleh dibuat secara minimum atau maksimum dan disegmenkan apabila boleh, bergantung pada inisiatif.

3. LAMAN WEB KORPORAT

• Kebanyakan syarikat tersenarai di Malaysia menggunakan pendekatan ini selaras dengan keperluan Bursa Malaysia.• Inisiatif ini biasanya disediakan pada satu halaman penuh atau sebahagian halaman dalam Laporan ini. • Penzahiran adalah minimum dan sorotan dikongsi bersama dalam pelaporan kewangan Laporan Tahunan.

5. LAPORAN TAHUNAN KORPORAT

2. INTRANET

• Laporan tentang isu yang berkaitan dengan kesaksamaan wanita, populasi minoriti atau bumiputera; kesihatan dan keselamatan industri; penglibatan dan pembangunan komuniti; isu pekerjaan seperti peluang mendapatkan latihan.• Laporan sosial menerangkan tentang penglibatan dan sumbangan kepada projek yang bernilai kepada komuniti yang lebih besar. • Penjelasan kepada pihak berkepentingan memberikan satu kelebihan apabila penzahiran dibuat sepenuhnya dengan memberikan penekanan terhadap usaha dalam konteks sosial.

7. LAPORAN SOSIAL

• Laporan kemampanan menjelaskan tentang prestasi ekonomi, alam sekitar dan sosial organisasi. Laporan boleh disediakan dalam bentuk salinan keras (penerbitan) atau salinan lembut (CD-ROM, salinan PDF yang boleh dimuat turun dari laman web korporat).• Pendekatan ini sangat bagus untuk pelaporan awal dan hendaklah menunjukkan progresif apabila disediakan buat kali kedua kerana tahap pelaporan meningkat dan inisiatif juga bertambah.

9. LAPORAN KEMAMPANAN

• Laporan ini diselaraskan dengan GRI Tahap A+ yang termasuk laporan bagi setiap penunjuk teras dan penunjuk tambahan sektor dengan memberikan perhatian sewajarnya kepada prinsip kematanan sama ada melaporkan penunjuk atau memberikan alasan kerana tidak memasukkannya. • Laporan Tahap A+ dijamin dan disahkan oleh pihak luar sama ada GRI, firma perakuan (contoh, SIRIM), firma pakar runding CSR atau panel pihak berkepentingan.

11. LAPORAN KEMAMPANAN DENGAN GRI A+ (mematuhi Garis

Panduan GRI 3.1)

• Penzahiran pada laman web berasingan adalah maksimum dengan seluruh laman web dikhaskan untuk maklumat yang berkaitan dengan inisiatif tanggungjawab korporat.• Pakar untuk mereka bentuk dan menyelenggara laman web sangat penting kerana kemudahan akses dan ketersediaan (disediakan dalam pelbagai bahasa, jika sesuai) hendaklah diambil kira. Kemudahan juga hendaklah dimasukkan untuk menggalakkan dialog pihak berkepentingan, iaitu mekanisme maklum balas termasuk orang hubungan untuk maklumat lanjut atau forum sembang.

4. LAMAN WEB BERASINGAN

• Laporan tentang isu yang berkaitan dengan prestasi alam sekitar dalam pengeluaran dan perkhidmatan; prestasi alam sekitar dalam pengeluaran (sisa, penggunaan tenaga); prestasi alam sekitar tentang cara organisasi dikendalikan (pengangkutan, penggunaan tenaga).• Penzahiran alam sekitar lebih mudah berbanding pelaporan berasingan yang lain kerana parameter ditakrifkan dengan jelas dan metriknya mudah dan jelas. • Penjelasan kepada pihak berkepentingan memberikan satu kelebihan apabila penzahiran dibuat sepenuhnya dengan memberikan penekanan terhadap usaha dalam konteks alam sekitar.

6. LAPORAN ALAM SEKITAR

• Laporan tentang isu yang berkaitan dengan impak ekonomi setempat/serantau/negara secara langsung atau tidak langsung (gaji, pelaburan, pembelian); nilai tambah ekonomi kepada pelbagai pihak berkepentingan melalui operasi.• Laporan ekonomi juga boleh dimasukkan inisiatif tanggungjawab korporat melalui perniagaan di bawah rantaian bekalan yang memberikan kesan ekonomi secara tidak langsung kepada syarikat.• Penjelasan kepada pihak berkepentingan memberikan satu kelebihan apabila penzahiran dibuat sepenuhnya dengan memberikan penekanan terhadap usaha dalam konteks ekonomi.

8. LAPORAN EKONOMI

• Laporan ini diselaraskan dengan GRI Tahap C+ yang termasuk minimum sepuluh (10) penunjuk prestasi, termasuk sekurang-kurangnya satu (1) daripada ekonomi, sosial atau alam sekitar. • Laporan Tahap C+ dijamin dan disahkan oleh pihak luar sama ada GRI, firma perakuan (contoh, SIRIM), firma pakar runding CSR, unit perniagaan persendirian atau juruaudit luar.

10. LAPORAN KEMAMPANAN DENGAN GRI C+ (mematuhi Garis

Panduan GRI 3.1)

Page 13: Tanggungjawab Korporat:

13TANGGUNGJAWAB KORPORAT: PANDUAN PENZAHIRAN DAN PELAPORAN

JUSTIFIKASI PERNIAGAAN BAGI PENZAHIRAN

41. Isu utama dalam tahun kebelakangan ini bukan tentang apa yang dapat diperoleh oleh syarikat dan perniagaan melalui penzahiran isu tentang tanggungjawab korporat, tetapi kerugian yang perlu dihadapi oleh syarikat jika syarikat tidak mendedahkan inisiatif Tanggungjawab korporatnya.

42. Penzahiran maklumat sosial dan alam sekitar, termasuk maklumat berkaitan cuaca. Hal ini memudahkan penglibatan dengan pihak berkepentingan dan pengenalpastian risiko kemampanan yang penting. Ia juga elemen penting dalam akauntabiliti di samping memupuk kepercayaan orang awam terhadap operasi syarikat dan perniagaan. Pihak berkepentingan juga boleh menilai prestasi dari semasa ke semasa dalam syarikat dan antara syarikat.

43. Penzahiran memberi peluang kepada syarikat untuk mengukur dan menilai prestasi berdasarkan peraturan, norma, kod, standard prestasi dan inisiatif sukarela. Seterusnya, syarikat akan mendapat maklumat tentang kebolehpercayaan, keandalan dan kaitan antara data dengan prestasi.

44. Syarikat juga mungkin akan menerima pengiktirafan terhadap prestasi bagi tanggungjawab korporat berkaitan yang tertentu. Pengiktirafan ini memberi kelebihan dan boleh dikaitkan dengan kedudukan pasaran dan nilai jenama yang dikenali. Syarikat juga boleh dimasukkan dalam indeks kemampanan, seperti Dow Jones Sustainability Index atau FTSE4Good.

TREND GLOBAL TENTANG PENZAHIRAN TANGGUNGJAWAB KORPORAT

45. Banyak garis panduan dan standard pelaporan boleh didapati yang boleh digunakan untuk penzahiran. Gambaran keseluruhan garis panduan dan standard yang terpilih disediakan di bawah dan pilihan ini tidak lengkap serta tidak mewakili garis panduan dan standard yang ada.

Global Reporting Initiative (GRI)

Apa?

“Rangka Kerja Pelaporan GRI diwujudkan supaya dapat dijadikan rangka kerja yang diterima secara umum untuk pelaporan tentang ekonomi, alam sekitar dan prestasi sosial sesebuah organisasi. Rangka kerja ini disediakan supaya dapat digunakan oleh organisasi tanpa mengira saiz, sektor atau lokasi. Ia mengambil kira pertimbangan yang wajar yang dihadapi oleh pelbagai organisasi – daripada perusahaan kecil sehinggalah operasi yang meluas dan bertaburan secara geografi. Rangka Kerja Pelaporan GRI mengandungi kandungan umum dan khusus sektor yang dipersetujui oleh pelbagai peringkat pihak berkepentingan di seluruh dunia supaya digunakan secara umum untuk pelaporan prestasi kemampanan organisasi.”

Garis Panduan Pelaporan GRI 3.18

46. Inisiatif Laporan Global (GRI) menghasilkan Rangka Kerja Pelaporan Kemampanan yang lengkap yang digunakan secara meluas di seluruh dunia untuk membolehkan ketelusan organisasi yang lebih tinggi. Rangka Kerja, termasuk Garis Panduan Pelaporan, menetapkan Prinsip dan Penunjuk yang boleh digunakan oleh organisasi untuk melaporkan prestasi ekonomi, alam sekitar dan sosial. GRI komited untuk terus

Page 14: Tanggungjawab Korporat:

14 PEKELILING AMALAN PERNIAGAAN TERBAIK 5/2013

menambah baik dan meningkatkan penggunaan Garis Panduan yang diberikan secara percuma kepada orang awam.9

47. GRI dibangunkan melalui proses perundingan pelbagai pihak berkepentingan dan telah dirangka supaya syarikat, tanpa mengira saiz, di seluruh sektor industri dan lokasi geografi boleh menggunakan proses pelaporan dan menghasilkan laporan yang sama. GRI menetapkan Prinsip dan Penunjuk yang boleh digunakan oleh organisasi untuk mengukur dan melaporkan prestasi ekonomi, alam sekitar dan sosial dengan menggunakan penunjuk teras dan penunjuk tambahan.

Bagaimana?

48. GRI mengeluarkan set garis panduan terbaharu, iaitu G3.1 pada Mac 2011. G3.1 ialah G3 yang dikemaskinikan dan dilengkapkan yang merupakan generasi ketiga Garis Panduan Pelaporan Kemampanan GRI. Sebagai versi terkini, G3.1 mengandungi panduan tambahan tentang jantina, hak asasi manusia dan komuniti setempat. Syarikat boleh membuat laporan dengan menggunakan G3 atau G3.1. Walau bagaimanapun, GRI mengesyorkan pelapor baharu supaya menggunakan G3.1, kerana ia dapat memberikan ketelusan yang lebih baik tentang pelbagai isu.

49. G3.1 disusun dalam 2 bahagian: -

a) Bahagian 1 mengandungi perkara yang berikut: -

b) Bahagian 2 menetapkan kandungan asas yang perlu dimasukkan dalam laporan untuk 3 jenis penzahiran yang berikut: -

mentakrifkan kualiti dan kandungan laporan. Setiap Prinsip mengandungi takrif, penjelasan dan kumpulan ujian untuk organisasi menilai penggunaan Prinsip tersebut.

menyediakan takrif bagi kandungan, kualiti dan sempadan laporan, menerangkan tindakan dan opsyen yang boleh diambil apabila memutuskan perkara yang hendak dilaporkan. Panduan juga menyediakan tafsiran umum dan penggunaan rangka kerja Pelaporan GRI. Panduan disediakan untuk mentakrifkan kandungan dan menetapkan sempadan laporan.

i) Prinsip Pelaporan:

ii) Panduan Pelaporan:

Susunan penzahiran bagi prestasi organisasi secara menyeluruh dalam konteks strategi, profil dan tadbir urus organisasi.

Susunan penzahiran untuk membincangkan beberapa tajuk yang ditentukan supaya dapat memberikan konteks bagi memahami prestasi dalam bidang yang ditetapkan.

Penunjuk dibahagikan kepada 3 kategori: Ekonomi, Alam Sekitar dan Sosial. Kategori sosial seterusnya dipecahkan kepada subkategori untuk Pekerja, Hak Asasi Manusia, Tanggungjawab Masyarakat dan Produk. GRI menetapkan supaya penyedia menzahirkan sendiri tahap yang digunakan dalam rangka kerja Pelaporan GRI melalui sistem Tahap Aplikasi GRI semasa menyediakan laporan peringkat akhir. Kriteria pelaporan mempunyai beberapa tahap kepakaran, yang membenarkan syarikat membuat laporan mengikut tahap yang berbeza (Tahap C untuk pelapor baharu, Tahap A bagi pelapor yang paling berpengalaman; setiap tahap menunjukkan pertambahan penggunaan atau liputan). Syarikat juga boleh menzahirkan sendiri “tambah” (contoh, C+ atau B+ atau A+) jika mereka menggunakan jaminan luar untuk laporannya.

i) Strategi dan profil:

ii) Pendekatan pengurusan:

iii) Penunjuk prestasi:

Page 15: Tanggungjawab Korporat:

15TANGGUNGJAWAB KORPORAT: PANDUAN PENZAHIRAN DAN PELAPORAN

Maklumat Tambahan

50. Banyak kelebihan yang diperoleh daripada GRI. Antara kelebihan yang paling ketara ialah modelnya yang fleksibel membolehkan syarikat memulakan laporan dengan beberapa penunjuk yang terhad bilangannya, seterusnya meluaskan lagi laporannya dengan memasukkan lebih banyak penunjuk dan mencapai tahap pelaporan yang lebih tinggi.

51. Garis Panduan G4 GRI yang baharu dibangunkan sejak 2010, yang dilancarkan pada 22 Mei 2013 dan antara lain, juga memperkenalkan panduan tentang pelaporan bersepadu.

Laman Web

https://www.globalreporting.org/Pages/default.aspx

(https://www.globalreporting.org/resourcelibrary/G3.1-Guidelines-Incl-Technical-Protocol.pdf), diperoleh pada 3 April 2013.

Rajah 1 - Rangkaian Pelaporan G3

Prinsip dan Panduan

Bagaimanakah hendak mem

bua

t Lap

ora

n

Rangka KerjaPelaporan

Apakah ya

ng h

enda

k d

ilap

ork

an Penzahiran Standard

Bahagian Tambahan daripada Sektor

Prot

okol

Page 16: Tanggungjawab Korporat:

16 PEKELILING AMALAN PERNIAGAAN TERBAIK 5/2013

Global Compact Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN Global Compact) Apa?

“Global Compact UN ialah inisiatif bagi dasar strategik untuk perniagaan yang komited dalam menjajarkan operasi dan strateginya dengan sepuluh prinsip yang diterima secara universal dalam bidang hak asasi manusia, pekerja, alam sekitar dan anti rasuah. Dengan berbuat demikian, perniagaan, sebagai pemacu utama globalisasi, boleh membantu memastikan pasaran, perdagangan, teknologi dan kewangan menjadi maju melalui cara yang dapat memanfaatkan ekonomi dan masyarakat di mana-mana sahaja.”

UN Global Compact10

52. UN Global Compact (Compact) telah diperkenalkan kali pertama pada 1999 oleh bekas Setiausaha

Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Kofi Annan. Compact tersebut diwujudkan bertujuan untuk menggalakkan kewarganegaraan korporat dalam kalangan sektor swasta. UN ingin melibatkan sektor swasta dalam menyelesaikan cabaran sosial dan alam sekitar yang utama akibat daripada globalisasi. Compact dirangka dengan tujuan untuk menyediakan peluang kepada syarikat untuk memberikan sumbangan melalui inisiatif sukarela dalam organisasi dan rantaian bekalannya.

53. Teras bagi Compact ialah sepuluh (10) prinsip yang dikemukakan dalam konvensyen dan triti tentang hak asasi manusia, piawai pekerja, perlindungan alam sekitar dan anti rasuah. Syarikat dikehendaki menjajarkan prinsip ini sebagai perkara penting dalam strategi dan operasi perniagaannya.

54. Compact ialah inisiatif sukarela; ia bukan tatakelakuan, standard atau sistem untuk pengesahan.

Bagaimana?

55. Selain menjadikan komitmen supaya prinsip Compact dijadikan sebahagian daripada strategi perniagaan, syarikat dikehendaki mengeluarkan Komunikasi tentang Kemajuan (COP) setiap tahun, iaitu penzahiran awam kepada pihak berkepentingan tentang kemajuan pelaksanaan prinsip dalam operasi perniagaan dan menyokong matlamat pembangunan PBB yang meluas.

56. Semua peserta perniagaan dihendaki menghantar COP dalam versi elektronik di laman web Compact termasuk pautan kepada laporan kemampanannya serta berkongsi secara meluas dengan pihak berkepentingannya.

Maklumat Tambahan

57. Laman web Compact menyediakan alat yang sesuai termasuk alat pelaporan dan templat COP asas yang boleh membantu syarikat memberitahu kemajuan mereka.

Laman Web

http://www.unglobalcompact.org/

Page 17: Tanggungjawab Korporat:

17TANGGUNGJAWAB KORPORAT: PANDUAN PENZAHIRAN DAN PELAPORAN

ISO 26000 Apa?

“ISO 26000 ialah Standard Antarabangsa yang disediakan bertujuan untuk membantu organisasi menyumbang kepada pembangunan mampan. Standard ini bertujuan menggalakkan organisasi bukan sahaja mematuhi undang-undang tetapi menyedari bahawa pematuhan undang-undang ialah tugas asas bagi mana-mana organisasi dan menjadi sebahagian penting dalam tanggungjawab sosialnya. Ia juga menggalakkan pemahaman meluas dalam bidang tanggungjawab sosial, dan melengkapkan instrumen dan inisiatif lain untuk tanggungjawab sosial, dan bukan menggantikannya.”

ISO 26000: 2010 (E)

58. Panduan ISO 26000 tentang Tanggungjawab Sosial ialah standard panduan sukarela untuk kegunaan mana-mana organisasi. Ia dianjurkan oleh International Organisation for Standardisation (ISO) dan diwujudkan dengan maklum balas daripada industri, kesatuan sekerja, kerajaan, kumpulan pengguna dan organisasi bukan kerajaan yang mewakili 92 negara dan 42 organisasi antarabangsa seperti Consumers International dan International Organisation of Employers. Agar selaras dengan standard dan inisiatif utama yang lain, ISO juga mengikat perjanjian khas dengan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), Global Compact, GRI dan Organisation for Economic Co-Operation and Development (OECD). Hasilnya, ISO 26000 boleh dianggap sebagai standard kemampanan paling terangkum dan meluas berhubung dengan isu yang diliputinya.

59. Kandungan ISO 26000 meliputi pelbagai tajuk yang sama dalam Garis Panduan Pelaporan GRI dan Prinsip UN Global Compact.

60. ISO 26000 ialah panduan yang dirangka yang boleh digunakan oleh semua jenis organisasi termasuk

kerajaan dan NGO. Skopnya sengaja diluaskan supaya ia tidak hanya terpakai kepada syarikat, dan oleh itu dijangka lebih meluas berbanding standard untuk tanggungjawab sosial korporat (CSR) sahaja.

Bagaimana?

61. Walaupun ISO 26000 tidak memberikan panduan secara jelas tentang penzahiran tanggungjawab sosial, namun ia menyediakan struktur yang boleh digunakan oleh syarikat untuk menyusun komunikasi dan aktivitinya, yang boleh diukur dan dibentangkan dalam laporan.

Maklumat Tambahan

62. Laman web ISO menyediakan maklumat untuk mendapatkan salinan standard berserta sumber yang berkaitan yang disediakan untuk pelaksanaan standard.

Laman Web

http://www.iso.org/iso/home/standards/iso26000.htm

Page 18: Tanggungjawab Korporat:

18 PEKELILING AMALAN PERNIAGAAN TERBAIK 5/2013

Semua syarikat; besar, sederhana atau kecil – mempunyai impak ke atas hak asasi manusia terhadap kanak-kanak. Kanak-kanak ditakrifkan dalam Akta Kanak-kanak 2011 di Malaysia sebagai semua orang yang berumur di bawah 18 tahun. Syarikat juga boleh menggunakan kanak-kanak secara langsung atau tidak langsung sebagai pelanggan atau pengguna produk dan perkhidmatannya; sebagai anak kepada pekerja; sebagai ahli komuniti di tempat syarikat beroperasi; atau sebagai pekerja syarikat selaras dengan larangan yang ditetapkan di bawah Akta Kanak-kanak dan Orang Muda (Pekerjaan)(Pindaan) 2010. Akta tersebut menaikkan umur minimum pekerjaan daripada 14 tahun kepada 15 tahun, dan melarang kanak-kanak dan orang muda di bawah umur 18 tahun daripada terlibat dalam kerja yang berbahaya.

Banyak rangka kerja pelaporan kemampanan memasukkan isu hak kanak-kanak setakat yang tertentu, tetapi biasanya ia sangat terhad kepada pelaburan komuniti dan buruh kanak-kanak. Menyedari keperluan terhadap panduan yang jelas tentang bagaimana syarikat perlu menghormati dan menyokong hak kanak-kanak, UNICEF bersama dengan Save the Children dan UN Global Compact, memulakan proses membangunkan hak kanak-kanak dan prinsip perniagaan (CRBP) (http://childrenandbusiness.org/) serta membantu syarikat dalam melaksanakan prinsip ini.

Selaras dengan CRBP, UNICEF telah membangunkan beberapa alat panduan untuk syarikat, termasuk rangka kerja pelaporan khas untuk hak kanak-kanak, yang akan dilancarkan pada separuh kedua 2013. Alat panduan ini bukan sahaja melengkapkan rangka kerja pelaporan kemampanan sedia ada, dan memberikan panduan khas tentang cara melaporkan isu hak kanak-kanak yang penting dengan menggunakan penunjuk pelaporan GRI 3.1, malah boleh juga digunakan untuk laporan berasingan tentang hak kanak-kanak.

Alat dan panduan tambahan untuk melaksanakan hak kanak-kanak ke dalam dasar korporat, operasi dan proses perancangan boleh didapati di portal web CSR UNICEF (www.unicef.org/csr).

KEMUNCULAN TREND ANTARABANGSA 63. Beberapa kemajuan baharu dalam pelaporan termasuk pelaporan bersepadu dan pelaporan rantaian

bekalan telah membuka jalan ke arah pelaporan tanggungjawab korporat dan kini menjadi semakin penting dalam sektor tertentu. Aspek penting pelaporan ini dijelaskan dalam perenggan di bawah.

Laporan Bersepadu

64. King Report on Governance for South Africa 2009 (King III) mentakrifkan pelaporan bersepadu sebagai “gambaran menyeluruh dan bersepadu bagi prestasi syarikat dari aspek kewangan dan kemampanannya.”

65. International Integrated Reporting Committee (IIRC), yang keahliannya terdiri daripada International Accounting Standards Board (IASB), International Federation of Accountants (IFAC), Financial Accounting Standards Board (FASB), Global Reporting Initiative (GRI), The Prince’s Accounting for Sustainability Project, dan World Business Council for Sustainable Development (WBCSD), kini sedang menyediakan panduan tentang rangka kerja antarabangsa untuk laporan bersepadu.

66. IIRC kini telah menetapkan elemen kandungan dan prinsip panduan bagi Laporan Bersepadu. Pada dasarnya, ia perlu meliputi enam (6) elemen kandungan iaitu, tinjauan organisasi dan persekitaran luar, tadbir urus, peluang dan risiko, strategi dan peruntukan sumber, model perniagaan, sorotan prestasi dan masa hadapan dengan menggunakan lima (5) prinsip panduan di bawah orientasi fokus dan masa hadapan yang strategik, keterkaitan maklumat, tindak balas pihak berkepentingan, kematanan dan keringkasan, keandalan dan kesempurnaan serta ketekalan dan keterbandingan.

Pelaporan Kemampanan tentang Hak Kanak-kanak

Page 19: Tanggungjawab Korporat:

19TANGGUNGJAWAB KORPORAT: PANDUAN PENZAHIRAN DAN PELAPORAN

Pelaporan rantaian bekalan

67. Selama bertahun-tahun, syarikat menghendaki supaya rantaian bekalannya mematuhi keperluan tanggungjawab korporat. “Rantaian bekalan” ialah istilah kolektif bagi semua komponen yang melibatkan penyumberan, pengeluaran dan pengedaran produk dan perkhidmatan yang digunakan oleh syarikat untuk menyediakan produk atau perkhidmatan kepada pelanggan.

68. Pada awalnya, keperluan tersebut sangat ketara untuk syarikat berjenama pelanggan yang ingin

memastikan produk dan jenamanya tidak dikaitkan dengan isu kekejaman ke atas haiwan, buruh kanak-kanak, penebangan hutan atau pembuangan sisa toksik sama ada melalui rantaian bekalan ‘upstream’ atau bekalan ‘downstream’.

69. Baru-baru ini, syarikat memberikan perhatian kepada impak alam sekitar dan sosial yang di luar daripada operasinya. Syarikat mengenakan desakan ke atas pembekal dalam pelbagai isu; yang antaranya mungkin tidak berkait secara langsung dengan produk atau perkhidmatan yang diniagakan.

70. Rantaian bekalan ‘upstream’ biasanya melibatkan pembekal barangan dan perkhidmatan seperti bahan mentah, operasi pembekal dan dasar pekerja. Rantaian bekalan ‘downstream’ berkait dengan titik jualan yang melibatkan pusat perniagaan runcit serta pemasaran dan pengedaran produk.

71. Menguruskan tanggungjawab rantaian bekalan menambah kelebihan kepada operasi syarikat. Kelebihan paling ketara ialah pengurusan risiko untuk amalan perniagaan baik dan mengurangkan pendedahan kepada kos yang meningkat dan kelewatan. Kebaikan lain termasuk menambah nilai melalui kecekapan dalam sumber dan penggunaan tenaga.

72. Baru-baru ini, GRI mengadakan Kumpulan Kerja Penzahiran Rantaian Bekalan bertujuan memberikan syor untuk memperbaik penzahiran rantaian bekalan dalam garis panduan pelaporan yang dimasukkan dalam Garis Panduan G4 GRI.

Kemunculan trend antarabangsa yang lain

73. Pada 2011, Plastic Disclosure Project (PDP) dilancarkan di bawah Clinton Global Initiative untuk mengesan pendedahan oleh syarikat tentang penggunaan plastik dan strategi syarikat untuk mengurangkan impak alam sekitar.

74. Begitu juga, ini diikuti pula dengan pelancaran Carbon Disclosure Project (CDP) yang berjaya yang mewakili 551 pelabur institusi, dengan dana berjumlah USD71 trilion di bawah pengurusan. CDP, sebuah organisasi tanpa untung antarabangsa, telah dilancarkan untuk mempercepat penyelesaian terhadap perubahan cuaca dan memperkenalkan pengurusan air dengan maklumat yang relevan diambil kira dalam keputusan perniagaan, dasar dan pelaburan. CDP menyediakan sistem global bagi syarikat dan bandar untuk mengukur, mendedahkan, menguruskan dan berkongsi maklumat penting tentang alam sekitar seperti rumah hijau, pembebasan gas, pengurusan air dan strategi perubahan cuaca.

75. Baru-baru ini, CDP dan GRI telah menandatangani memorandum persefahaman (MOU) yang akan menyaksikan kedua-dua organisasi bekerja sama dan menjajarkan bidang dalam rangka kerja pelaporan masing-masing.

Page 20: Tanggungjawab Korporat:

20 PEKELILING AMALAN PERNIAGAAN TERBAIK 5/2013

MANFAAT PELAKSANAAN

76. Dengan menzahirkan dan melaporkan inisiatif CR melalui apa-apa medium yang tersedia, syarikat dan perniagaan terus mendapat banyak kebaikan di samping mewujudkan impak langsung dan positif ke atas objektif perniagaan keseluruhannya. Dalam trend global semasa, syarikat dan perniagaan yang membuat penzahiran dan laporan menunjukkan tadbir urus dan ketelusan yang lebih baik.

77. SSM menggalakkan syarikat dan perniagaan di Malaysia menjalankan dan menyepadukan inisiatif CR ke

dalam strategi dan operasi perniagaannya. Manfaat dalam dan luar yang mungkin diperoleh bagi syarikat yang menzahirkan dan melaporkan inisiatif CR adalah seperti yang berikut: -

a) Menunjukkan ketelusan

Syarikat yang membuat penzahiran telah menjalankan komitmen menguruskan impak alam sekitar, sosial dan ekonominya Dengan berbuat sedemikian, ia menunjukkan ketelusan dan akauntabiliti yang akhirnya mewujudkan asas yang kukuh untuk dialog pihak berkepentingan.

b) Mewujudkan nilai kewangan

Proses penzahiran melibatkan pengumpulan, pengumpulsemakan dan analisis data bagi sumber dan kegunaan bahan, serta penilaian proses perniagaan. Proses ini dapat membantu syarikat mengenal pasti dengan lebih baik peluang untuk penjimatan kos dan penjanaan hasil melalui penggunaan sumber dan bahan yang lebih cekap. c) Meningkatkan kelebihan saingan

Prestasi korporat yang berkaitan dengan tanggungjawab semakin banyak digunakan oleh syarikat untuk membezakan jenama, produk dan perkhidmatannya daripada syarikat lain. Misalnya, kesedaran tentang produk dikilangkan di bawah keadaan bertanggungjawab telah meningkat dalam kalangan pengguna.

Page 21: Tanggungjawab Korporat:

21TANGGUNGJAWAB KORPORAT: PANDUAN PENZAHIRAN DAN PELAPORAN

d) Menggalakkan inovasi

Penzahiran boleh merangsang syarikat memperoleh kelebihan saingan dan kreativiti yang mendorong kepada peningkatan daya saing. e) Memotivasikan dan menjajarkan kakitangan sedia ada serta menarik pekerja berbakat yang baharu

Kesedaran tentang peranan tanggungjawab korporat menjadi aspek penting untuk mengekalkan dan menarik pekerja berbakat ke dalam syarikat. Kesedaran ini juga boleh meningkatkan kesetiaan pekerja dan mengurangkan kakitangan sebagai pekerja, terutamanya industri minyak dan kimia yang sangat mengambil berat supaya majikan yang berpotensi menyediakan dasar yang lengkap bagi tatalaku yang bertanggungjawab.

f) Meningkatkan reputasi

Penzahiran boleh membantu memainkan peranan penting dalam mengendalikan tanggapan pihak berkepentingan dan membantu melindungi dan meningkatkan prestasi korporat. g) Mengurangkan risiko korporat

Penzahiran dapat memudahkan sistem pengurusan dan proses membuat keputusan yang lebih rapi serta membantu syarikat memahami ciri risiko yang dihadapinya dengan lebih baik dan akibat yang mungkin timbul jika tidak mengambil tindakan. h) Menarik keadaan kewangan yang menggalakkan

Semakin ramai pelabur memasukkan pertimbangan tanggungjawab korporat dalam proses membuat keputusan. Penzahiran menyediakan mekanisme yang dapat memastikan syarikat memberikan maklumat yang perlu kepada kumpulan pihak berkepentingan untuk penilaian dan penarafan.

Page 22: Tanggungjawab Korporat:

22 PEKELILING AMALAN PERNIAGAAN TERBAIK 5/2013

RUJUKAN

1 Agenda telah dilancarkan pada 2009 dan menerangkan konsep, objektif dan laluan pelaksanaan ke arah menyokong CR untuk manfaat pihak berkepentingan SSM serta komuniti korporat dan perniagaan di Malaysia. Salinan Agenda dapat diperoleh dalam talian di http://www.ssm.com.my/cr_agenda. Selaras dengan Agenda CR, SSM telah menghasilkan beberapa penerbitan untuk menggalakkan syarikat dan perniagaan supaya melaksanakan inisiatif tanggungjawab korporat. Penerbitan CR ini boleh dimuat turun di http://www. ssm.com.my/CRAgenda/BBPC_en.

2 Sebelum ini, ACCA MaSRA dikenali sebagai ACCA Anugerah Pelaporan Alam Sekitar dan Sosial Malaysia (ACCA MESRA) pada 2004 hingga 2007 dan ACCA Anugerah Pelaporan Alam Sekitar (MERA) pada 2002 hingga 2003.

3 ACCA, “The Rise of the Report and the Regulator”, 2010.

4 Ibid.

5 Ibid.

6 “Report Summary: The State of Corporate Environmental and Social Reporting in Malaysia”, ACCA 2004.

7 Sophia Maria Kusyk, Josep M. Lozano, (2007) “SME social performance: a four-cell typology of key drivers and barriers on social issues and their implications for stakeholder theory”, Corporate Governance, Vol. 7 Iss: 4, hlm. 502 – 515.

8 Garis Panduan Pelaporan Versi 3.1, laman web GRI, https://www.globalreporting.org/reporting/latestguidelines/ g3-1-guidelines/Pages/default.aspx, akses Januari 2013.

9 Laman web GRI, https://www.globalreporting.org/Pages/default.aspx, akses Januari 2013.

10 UN Global Compact Overview, UN Global Compact website, http://www.unglobalcompact.org/ AboutTheGC/index.html, akses 12 November 2012.

Page 23: Tanggungjawab Korporat:

Logo CR SSM melambangkan pendekatan tiga perkara penting yang merangkumi tiga dimensi utama kemampanan – ekonomi, sosial dan alam sekitar. Penerangan berhubung dengan ikon abstrak adalah seperti yang berikut: - • Ikon manusia pada hujung paling kiri mewakili masyarakat manusia.• Ikon avian pada hujung paling kanan melambangkan alam sekitar. • Warna hijau ialah konotasi alam sekitar. • Ikon menara berkembar PETRONAS di tengah-tengah melambangkan puncak kejayaan ekonomi.• Bentuk bulatan pada ikon ialah konotasi kemampanan dan lambang universal.

PENDAFTAR SYARIKAT/PERNIAGAANSURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

2 Julai 2013

Page 24: Tanggungjawab Korporat:

Dicetak atas 100% kertas kitar semula

E-mel : [email protected]

w w w. s s m . c o m . m y

Suruhanjaya Syarikat MalaysiaMenara SSM @ SentralNo. 7 Jalan Stesen Sentral 5Kuala Lumpur Sentral50623 Kuala LumpurMalaysiaT (+6.03) 2299 4400F (+6.03) 2299 4411

CATATAN

Pekeliling Amalan Perniagaan Terbaik ini tidak mewujudkan apa-apa obligasi undang-undang untuk dipatuhi oleh syarikat dan perniagaan, dan hanya menggariskan amalan terbaik untuk diguna pakai mengikut pilihan syarikat/perniagaan. SSM dan UNICEF menggalakkan penggunaan Pekeliling Amalan Perniagaan Terbaik ini ke arah memastikan kemampanan perniagaan.