tanah dan sumbernya

5
TANAH DAN SUMBERNYA MINERAL Mineral adalah sebarang unsur pepejal atau sebatian yang dijumpai secara semula jadi di kerak bumi. Mineral juga disebut sebagai galian yang boleh dijumpai di dalam tanah. Mineral terbentuk dalama 2 bentuk iaitu: Unsur: Bebas, tidak aktif, tidak bergabung dengan unsur –unsur yang lain Contoh Saiz mineral adalah berbeza-beza begantung kepada keadaan bagaimana ia terbentuk. Kebanyakan mineral ini wujud dalam bentuk kristal. Kristal boleh wujud dalam pelbagai bentuk seperti panjang, halus, dan berbentuk jarum. ::CIRI-CIRI MINERAL:: 1. KEKERASAN Kebanyakan mineral adalah keras Kekerasan mineral boleh diukur dengan menggunakan skala Mohs Mineral yang keras boleh mengguris mineral yang lembut Mineral yang paling keras di dunia adalah Berlian(Diamond) dan yang paling lembut adalah talkum. 2.KETERLARUTAN DALAM AIR (SOLUBILITY) Kebanyakan logam tidak boleh melarut di dalam air Hanya sebatian berikut yang tidak boleh melarut di dalam air Contoh : Kalium oksida, Kalium sulfida, Kalium karbonat, Natriun Oksida, Natrium sulfida, dan Natrium karbonat 3. TINDAKAN HABA / KESAN PEMANASAN * Namun Natrium karbonat dan Kalium karbonat tidak akan diuraikan walau dipanaskan pada suhu yang tinggi.

Upload: komalata-manokaran

Post on 05-Feb-2016

39 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Nota Sains Tingkatan 1

TRANSCRIPT

Page 1: Tanah Dan Sumbernya

TANAH DAN SUMBERNYAMINERALMineral adalah sebarang unsur pepejal atau sebatian yang dijumpai secara semula jadi di kerak bumi. Mineral juga disebut sebagai galian yang boleh dijumpai di dalam tanah.

Mineral terbentuk dalama 2 bentuk iaitu:Unsur:Bebas, tidak aktif, tidak bergabung dengan unsur –unsur yang lainContoh

Saiz mineral adalah berbeza-beza begantung kepada keadaan bagaimana ia terbentuk. Kebanyakan mineral ini wujud dalam bentuk kristal. Kristal boleh wujud dalam pelbagai bentuk seperti panjang, halus, dan berbentuk jarum.

::CIRI-CIRI MINERAL::

1. KEKERASAN Kebanyakan mineral adalah keras Kekerasan mineral boleh diukur dengan menggunakan 

skala Mohs Mineral yang keras boleh mengguris mineral yang lembut Mineral yang paling keras di dunia adalah 

Berlian(Diamond) dan yang paling lembut adalah talkum.2.KETERLARUTAN DALAM AIR (SOLUBILITY)

Kebanyakan logam tidak boleh melarut di dalam air Hanya sebatian berikut yang tidak boleh melarut di dalam 

air

Contoh : Kalium oksida, Kalium sulfida, Kalium karbonat, Natriun Oksida, Natrium sulfida, dan Natrium karbonat

3. TINDAKAN HABA / KESAN PEMANASAN

* Namun Natrium karbonat dan Kalium karbonat tidak akan diuraikan walau dipanaskan pada suhu yang tinggi.

Page 2: Tanah Dan Sumbernya

::LOGAM DAN BUKAN LOGAM::

LOGAM: Biasanya berkilat  Mempunyai takat didih dan takat lebur yang sangat tinggi 

kecuali merkuri (satu-satunya logam dalam bentuk cecair pada suhu bilik), natrium dan kalium

Logam seperti besi dan kromium boleh menahan tekanan dan regangan

Merupakan konduktor (pengalir) haba dan elektrik yang baik

Ia boleh ditempa (dibentuk) dan boleh dibentuk wayar

BUKAN LOGAM: Bukan logam mempunyai takat lebur dan takat didih yang 

rendah Ia biasanya rapuh dan mudah pecah apabila diberikan 

tekanan  Biasanya bukan logam adalah konduktor haba dan 

elektrik yang lemah kecuali karbon (bukan logam) tetapi pengalir elektrik yang baik

Contoh bukan logam adalah seperti oksigen, karbon, sulfur dan air.

o  

::TINDAKBALAS LOGAM DENGAN OKSIGEN::Kebanyakan logam bertindakbalas dengan unsur lain untuk membentuk sebatian yang lebih stabil.

Setiap hasil tindak balas akan menghasilkan logam oksida yang berbeza warna dari warna asala logam tersebut.

Serbuk logam adalah sebarang jenis logam yang ingin diuji dalam eksperimen

Pepejal kalium manganat (ungu) apabila dipanaskan akan membebaskan gas oksigen

Kapas kaca (bahagian dalam) digunakan untuk menghalang daripada kalium manganat bercampur dengan serbuk logam semasa proses pemanasan

Kapas kaca (bahagian luar) digunakan bagi menghalang gas oksigen yang terhasil terus keluar dengan cepat

Berikut adalah contoh eksperimen yang dijalankan:

Page 3: Tanah Dan Sumbernya

::TINDAKBALAS LOGAM DENGAN SULFUR::Logam bertindak balas dengan sulfur untuk membentuk logam sulfida. Contohnya :

::SEBATIAN SILIKON::

1. Silikon bukan logam tetapi ia mempunyai ciri-ciri logam seperti boleh mengalirkan arus elektrik dan dikenali sebagai METALOID (Separa logam).

2. Silikon mempunyai takat lebur  dan takat didih yang tinggi.

3. Sebatian ini sangat stabil dan tidak boleh larut di dalam air

4. Tidak boleh diuraikan secara pemanasan5. Tidak bertindak balas dengan asid tetapi boleh bertindak 

balas dengan alkali. Silika+alkali menjadi silikat +air.6. Silikon tulen digunakan untuk membuat cip pada 

peralatan elektronik.7. Terdapat wujud dalam 2 jenis sebatian 

iaitu SILIKA danSILIKAT. Hampir 90% permukaan kerak bumi diperbuat daripada silika dan silikat.

SILIKA Dikenali juga sebagai silikon dioksida Ia mengandungi unsur silikon bercampur dengan unsur 

oksigen Contohnya adalah pasir, kuartz, dan batu api.

SILIKAT Ia mengandungi unsur silikon, oksigen dan juga logam Terdapat dalam pelbagai warna kerana bergantung 

kepada jenis logam yang bergabung dengannya. Contoh silikat ialah Mika, Tanah liat, feldspar dan batu 

permata seperti topaz, jade, dan rubi

KEGUNAAN SILIKON

::SEBATIAN KALSIUM::

Kalsium adalah logam yang reaktif. Ini bermakna ia tidak wujud sebagai unsur semulajadi. Kebanyakan kalsium di kerak bumi bergabung dengan karbon dan membentuk Kalsium karbonat.

Kalsium KarbonatKalsium karbonat adalah sebatian yang terdiri daripada kalsium, karbon dan oksigen. Contoh-contoh kalsium karbonat adalah seperti berikut:

Batu kapur Gipsum (bahan untuk memberi sokongan tulang patah) Stalagmit dan stalaktit (Batu yang terbentuk pada 

bumbung dan lantai gua) Cengkerang haiwan dan telur Gigi dan tulang haiwan

Ciri-ciri kalsium karbonat adalah seperti berikut: Tidak boleh melarut di dalam air

Page 4: Tanah Dan Sumbernya

Bertindak balas dengan asid membentuk larutan garam kalsium, karbon dioksida dan air

Apabila dipanaskan dengan kuat, kalsium karbonat akan terurai menjadi kalsium oksida dan karbon dioksida

::SUMBER BAHAN BAKAR SEMULAJADI:: Petroleum, gas asli, dan arang batu adalah contoh sumber bai han bakar semulajadi yang terdapat di atas muka bumi kita. Kesemua bahan bakar tersebut dikenali sebagai bahan bakar fosil dan semuanya adalah sumber tenaga tidak boleh digunakan semula (non-renewable energy)

 PETROLEUM

Petroleum juga dikenali sebagai minyak mentah iaitu sejenis cecair likat berwarna gelap dan biasanya di dijumpai dibawah tanah lautan.

Petroleum dihasilkan daripada organisma mati yang tinggal di dalam laut berjuta-juta tahun dahulu.

Tekanan yang tinggi dan suhu yang tinggi  mengubah bahan mati kepada petroleum

Petroleum ini merupakan bahan hidrokarbon [Mengandungi hidrogen dan karbon]

Petroleum yang diperolehi tidak boleh digunakan sebelum dipecahkan menggunakan kaedah PENYULINGAN BERPERINGKAT.

Petroleum terdiri daripada campuran pelbagai hidrokarbon seperti petrol, diesel, kerosene, minyak pelincir dan bitumen. Semua hidrokarbon ini mempunyai saiz molekul yang berbeza dan setiap satunya mempunyai takat didih yang berbeza [Pendidihan : Cecair bertukar menjadi gas]. Proses penyulingan berperingkat adalah proses pemanasan untuk mendidihkan hidrokarbon yang terdapat dalam petroleum. Apabila petroleum dipanaskan, hidrokarbon yang mempunyai takat didih yang lebih rendah akan mendidih dan bertukar menjadi gas. Gas tersebut akan disejukkan dan terkondensasi menjadi cecair.

GAS ASLI Gas asli juga dihasilkan daripada mendapan organisma 

mati dan diperolehi dibahagian atas petroleum di dalam tanah.

 Gas ali ini mempunyai takat didih yang rendah Lebih kurang 90% gas asli ini adalah metana dan 

manakala 10% lagi terdiri daripada etana,butana dan juga propana.

Kegunaan gas asli : Bahan bakar di rumah, kilang dan stesen janakuasa dan juga digunakan sebagai bahan asas 

Page 5: Tanah Dan Sumbernya

pembuatan bahan petrokimia seperti plastik dan pembuatan baja

 ARANG BATU Arang batu terbentuk daripada sisa-sisa tumbuhan yang mati pada berjuta-juta tahun dahulu. Ia adalah pepejal berwarna hitam yang mengandungi banyak karbon dan sedikit hidrogen, oksigen, nitrogen dan sulfur.

Kegunaan arang batu: Sebagai bahan bakar di stesen janakuasa. Arang batu 

digunakan unutk memanaskan air sehingga mendidih dan membentuk stim (wap air). Wap air tersebut akan men memutarkan turbin dan menghasilkan elektrik

Digunakan untuk menghasilkan bahan kimia seperti bahan letupan, cat, pelekat, baja dan pewangi

Digunakan untuk membuat tar jalanraya dan juga atap