taman biologi sains sekolah rendah
DESCRIPTION
maksud taman biologiTRANSCRIPT
HBSC1203 TEACHING OF SCIENCE: LIVING THINGS PRIMARY [email protected]
Soalan (a)
PENDAHULUAN.
1. Gambar Taman Biologi
Gambar contoh taman biologi.
Pembelajaran Taman Biologi ; proses pembelajaran yang menjelaskan konsep kesatuan antara
makhluk hidup dengan lingkungannya. Komponen biotik dan abiotik yang saling mempengaruhi.
Taman Sekolah, adalah taman artifisial yang ditanam aneka tanaman hias dan pelindung untuk
mengindahkan dan menghijaukan lahan di pekarangan sekolah. Pemahaman yang relevan
tentang biologi dengan alam sekitar, adalah hubungan antara alam ilmu biologi dengan alam
sekitar tempat tinggal atau kehidupan nyata sehari-hari, menekankan pentingnya peranan
manusia dalam mengekalkan kesimbangan alam sekitar.
Kajian ; sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan mengambil kira aspek-aspek
berkaitan biologi , untuk diselidiki dan dicarikan cara penyelesaiannya. Kajian Taman biologi
1
HBSC1203 TEACHING OF SCIENCE: LIVING THINGS PRIMARY [email protected]
adalah tempat yang sesuai dalam dalam pengumpulan data-data berkaitan pelbagai hiduapan
flora dan fauna.
Pesatnya perkembangan sains dan teknologi telah banyak memerikan perubahan terhadap
berbagai sektor kehidupan manusia. Suatu perubahan yang memberikan berbagai kemudahan
bagi manusia, sehingga semuanya dapat dilakukan dengan cepat dan efisien. Perubahan
kehidupan yang mempengaruhi manusia sama ada perilaku insan mahupun keupayaan manusia
berfikir.
Perubahan yang kemudian semakin menjauhkan manusia dari alam sekitar, alam semakin
tersisihi dari kehidupan manusia. Sehingga berbagai-bagai bentuk perubahan alam kebelakangan
ini menimpa kehidupan manusia. Suatu peringatan yang meminta manusia untuk merefleksi diri
mengenai hubungan dirinya dengan alam.
Maka, dalam keadaan demikian itu, ilmu biologi mempunyai peranan untuk menjelaskan
hubungan antara manusia dengan alam sekitar dan kehidupannya.
Pembelajaran biologi melibatkan proses belajar yang berkaitan dengan makhluk hidup dengan
kumpulanya. Suatu proses pembelajaran yang selalu berhubungan dengan aktiviti kehidupan
nyata.De Porter (2000:5) menjelaskan bahwa interaksi dari berbagai macam keadaan di sekitar
mencakupi unsur-unsur belajar efektif yang mempengaruhi kejayaan pelajar. Dalam upaya
pencapaian tujuan pendidikan nasional, berkembangnya potensi peserta didik agar menjadi
manusia, berakhlak mulia, sihat, berilmu, mempunyai pemikiran kreatif, berdikari dan menjadi
warga negara yang demikrasi dan bertanggungjawab.Untuk mencapai ke arah tujuan pendidikan
nasional tersebut, secara mikro setiap proses pembelajaran tidak hanya mengembangkan
kemampuan aspek kognitif, tetapi juga mengembangkan kecakapan aspek efektif dan
psikomotor. Selanjutnya akan mengembangkan kecerdasan intelektual, emosional, jasmani dan
spiritual secara seimbang dan berkesan sesuai dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara.
Proses pembelajaran biologi sebagai kegiatan mikro dalam kerangka mencapai tujuan nasional,
harus bertumpu kepada keupayaan-keupayaan untuk menyemarakkan rasa cinta terhadap tanah
air, dan iklim belajar serta diharapkan dapat menumbuhkan rasa percaya diri , sikap dan perilaku
2
HBSC1203 TEACHING OF SCIENCE: LIVING THINGS PRIMARY [email protected]
inovatif dan kreatif. Pada umumnya pendidikan akan mampu mewujudkan sumber daya manusia
yang berkualiti dan bertanggungjawab terhadap setiap perilaku ke atas diri dan alam sekitarnya.
2. Pelan Taman Biologi Sains Sekolah
20 m
Rajah 2: Pelan Pandangan Atas Taman Biologi Sekolah.
PETUNJUK:
TTB 1 = PAKU PAKIS TB 1 = TERATAI
TTB 2 = PANDAN WANGI TB 2 = TERUNG PIPIT
TTB 3 = UBI KAYU TB 3 = LOBAK MERAH
F 1 = IKAN GUPI F 2 = IKAN KALOI
R 1 = KURA-KURA R 2 = SESUMPAH
A 1 = KATAK PURU A 2 = KATAK KODOK
B 1 = BURUNG MERPATI B 2 = BURUNG PIPIT
M 1 = ARNAB M 2 = TUPAI
3
PINTU GERBANG
10 m
TB1
F 2
TTB3 3
F 1
B1 TB22
TTB1
TB3
TTB2
A1
A2
B2
R2 R1
M1
M2
P
HBSC1203 TEACHING OF SCIENCE: LIVING THINGS PRIMARY [email protected]
= AIR PANCUTAN = PAGAR= PONDOK KAYU
= GUA BUATAN
= LALUAN JALAN KAKI
3. Jadual kumpulan dan Spesies haiwan dan tumbuhan di dalam taman biologi sekolah.
Bil Kingdom Kelas Nama biasa Nama saintifik
1 Tumbuhan Tidak
berbunga
Paku Pakis Microlepia strigosa
Pandan wangi Pandanus-amaryllifolius
Ubi sarek Manihot Esculenta Cranata
2 Tumbuhan Berbunga
Teratai Nelumbo nucifera
Terung pipit Solanum tarvum
Lobak merah Carota Daucush
3 Haiwan Ikan Ikan Gupi Poecilia reticulata
Ikan Kaloi Osphhronemus goramy/Giant
gourami
4 Haiwan Reptilia
Kura-kura Herbivore Testudinidae
Sesumpah Chamaele Ontidale
5 Haiwan Amfibia
Katak puru Rana Coreana
Kodok Rana aurora
6 Haiwan Burung
Merpati Columbidae colombiformes
Pipit Plocidae Passer
4
P
HBSC1203 TEACHING OF SCIENCE: LIVING THINGS PRIMARY [email protected]
7 Haiwan Mamalia
Arnab Ochonotona curzoniae
Tupai Tamiasciurus hudsonicus
5
HBSC1203 TEACHING OF SCIENCE: LIVING THINGS PRIMARY [email protected]
4. (a) Gambar –gambar tumbuh-tumbuhan dan haiwan dalam taman biologi sekolah.
6
PAKU PAKIS
- Hidup pada kawasan lembap dan teduh
- Mempunyai batang, daun berklorofil dan akar serabut
- Mengasilkan spora untuk pembiakan.
- Contoh : paku resam, paku langsuir dan paku gajah.
PANDAN WANGI.
- Tidak mempunyai batang, akar dan daun yang sebenarnya.
- Membiak melalui anak pokok.
- Menghasilkan spora untuk pembiakan
- Membiak melalui akar bawah tanah
UBI SAREK
- Hidup pada kawasan lembap dan teduh
- Mempunyai batang, daun berklorofil dan akar serabut
- Membiak melalui keratan batang..
- Daun berbentuk tapak tangan
HBSC1203 TEACHING OF SCIENCE: LIVING THINGS PRIMARY [email protected]
7
TERATAI
- Hidup pada kawasan berair
- Mempunyai batang, daun berklorofil dan akar serabut
- Mengasilkan bunga dan biji benih.
- Biji benih disebarkan melalui air.
TERUNG PIPIT
- Hidup di kawasan yang kurang berair.
- Mempunyai batang, daun berklorofil dan akar tunjang.
- Mengasilkan bunga untuk pembiakan.
- Disebarkan oleh haiwan.
LOBAK MERAH
- Hidup di darat .
- Tidak mempunyai akar dan batang yang keras.
- Daun berwarna hijau berklorofil.
- Membiak melalui akar bawah tanah..
HBSC1203 TEACHING OF SCIENCE: LIVING THINGS PRIMARY [email protected]
(b) Gambar-gambar haiwan.
8
IKAN GUPI
- Berdarah sejuk (poikiloterma)
- Bernafas dengan insang
- Badan diliputi sisik berlendir
- Melakukan persenyawaan luar
- Biasanya bertelur
IKAN KALOI
- Hidup di dalam air
- Berdarah sejuk (poikiloterma)
- Bernafas dengan insang
- Melakukan persenyawaan luar
- Biasanya bertelur
KURA-KURA
- Hidup di air dan ada di darat
- Bernafas dengan menggunakan peparu
- Berdarah sejuk (poikiloterma)
- Bercengkerang keras dan telur dengan cangkerang
HBSC1203 TEACHING OF SCIENCE: LIVING THINGS PRIMARY [email protected]
9
SESUMPAH
- Berkebolehan untuk menukar warna.
- Bernafas dengan menggunakan peparu
- Berdarah sejuk (poikiloterma)
- Melakukan persenyawaan dalam
- Kebanyakannya bertelur
KATAK KODOK
- Boleh hidup di air dan darat
- Kulit lembap dan terdedah
- Bernafas guna insang semasa kecil dan peparu semasa dewasa
- Melakukan persenyawaan luar.
KATAK PURU
- Kulit lembap dan terdedah
- Bernafas guna insang semasa kecil dan peparu semasa dewasa
- Berdarah sejuk (poikiloterma)
- Bertelur tanpa cangkerang
HBSC1203 TEACHING OF SCIENCE: LIVING THINGS PRIMARY [email protected]
10
BURUNG MERPATI
- Hidup di atas darat
- Badan diliputi oleh bulu pelepah
- Mempunyai sepasang kepak
- Bernafas dengan peparu
- Melakukan persenyawaan dalam
BURUNG PIPIT
- Badan diliputi oleh bulu pelepah
- Mempunyai sepasang kepak dan berparuh.
- Bernafas dengan peparu/ bertelur
- Berdarah panas (homoioterma)
ARNAB
- Hidup di atas darat
- Badan diliputi bulu atau rambut
- Bernafas dengan menggunakan peparu
- Mempunyai cuping telinga
- Berdarah panas (homoioterma)
HBSC1203 TEACHING OF SCIENCE: LIVING THINGS PRIMARY [email protected]
11
TUPAI
- Kebanyakan hidup di atas darat
- Badan diliputi bulu atau rambut
- Bernafas dengan menggunakan peparu
- Mempunyai cuping telinga
- Berdarah panas (homoioterma)
- Melakukan persenyawaan dalam
- Menyusu dan menjaga anak yang masih kecil
- Mempunyai diafragma yang mengasingkan bahagian dada dan abdomen
HBSC1203 TEACHING OF SCIENCE: LIVING THINGS PRIMARY [email protected]
Soalan (b)
1. PENGENALAN:
Memandangkan era sains dan teknologi, mata pelajaran sains bukan sahaja melibatkan
pembelajaran di dalam bilik darjah atau makmal sains, pihak KPM memberi peluang kepada
setiap sekolah membina satu taman berkonsepkan sains dan alam sekitar bagi memupuk pelajar
meminati sains yang berkaitan dengan alam sekitar. Justeru itu untuk memupuk semangat
diadakan pemuliharaan hidupan yang melibatkan Taman Mini sains ini. Untuk tidak ketinggalan
maka SK Maraba ingin menyertai Projek dan Program ini demi kepentingan para pelajarnya.
RASIONAL PEMBINAAN TAMAN BIOLOGI.
Menurut Mc Clelland,( 2007), Berdasarkan kajian didapati bahwa, minat dan penguasaan
pelajar terhadap pembelajaran sains meningkat dengan adanya pengalaman dan murid dapat
merasai mengalami sendiri prasarana pendidikan. Prasarana pendidikan adalah peralatan dan
perlengkapan yang secara langsung dipergunakan dan menjadi tunjang proses pendidikan,
khususnya proses belajar mengajar, seperti taman biologi sains,makmal sains, ruang kelas, meja
kursi, serta alat-alat dan media pengajaran. Adapun yang dimaksud dengan prasarana pendidikan
adalah fasiliti yang secara tidak langsung menunjang jalannya proses pendidikan atau pengajaran
seperti kebun, taman sekolah, jalan menuju sekolah, tetapi jika dimanfaatkan semua.
3.1 Memupuk pelajar supaya meminati mata pelajaran sains yang banyak berkaitan dengan alam
sekitar. Dalam Tema Menyiasat Alam Kehidupan dalam Tahun 4. Hadiat (1998/1999:5),
menjelaskan bahwa tujuan dan fungsi pembelajaran berbantukan taman biologi di sekolah agar
pelajar-pelajar memahami konsep-konsep keperluan asas haiwan dan tumbu-tumbuhan dan
kaitannya dengan peranan manusia. Berserta mampu menggunakan metode ilmiah yang
dilandasi sikap ilmiah untuk memecahkan masalah yang dihadapinya sehingga menyedari akan
kebesaran dan kekuasaan penciptanya
3.2 Guru serta pelajar boleh mengadakan beberapa aktiviti luar yang berkaitan apabila terbinanya
taman ini. Johar (1990), menjelaskan betapa perlunya hidupan di sekeliling pelajar merupakan
pendekatan sosialisasi yang terbaik untuk mendidik terhadap objek dan persoalan biologi di
12
HBSC1203 TEACHING OF SCIENCE: LIVING THINGS PRIMARY [email protected]
sekeliling mereka. Pada persekitaran yang mana mereka mampu mendapat memahami dan hidup
dengan persekitaran tersebut,serta berkomunikasi dengan ekosistemnya. Sisoalisasi yang
sedemikian dengan merapatkan lagi alam dan budaya setempat kepada anak didik akan mengikut
objektif yang dikehendaki di dalam Falasafah Pendidikan Negara iaitu melahirkan warga negara
yang cinta tanah air, berkeperibadian dan berkesadaran nasional. Sekaligus dapat menumbuhkan
pemahaman mengenai kepentingan antara ilmu biologi dengan alam sekitar, dan kehidupan
sehari-hari.
3.3 Merangsang minda dan kreativiti pelajar dalam menjayakan taman ini.
Berdasarkan pemerhatian, didapati pelajar sangat tertarik ketika menyiapkan tugasan yang diberi
tugasan apabila mereka keluar mencari bahan dan menemukan fakta dengan melakukan
pembelajaran biologi di luar kelas. Pelajar memiliki pengalaman belajar biologi secara
kontekstual atau sesekali ke taman biologi.
Pengalaman tersebut menimbulkan minat dan merangsang perasaan ingintahu pelajar jika
dibandingkan dengan pembelajaran yang sarat dengan hafalan. Mereka merasa bosan dan
pembelajarannya kurang menarik. Mereka kurang memahami konteks hubungan biologi dengan
kehidupan alam sekitar dan keseharian.
3.4 Memupuk nilai-nilai murni kepada pelajar supaya cinta kepada tumbuhan/flora.
Dengan adanya taman biologi ini juga pelajar dapat membuat perkaitan antara rantai makanan,
dan menganalisis serta mengatasi gangguan atau perubahan keadaan berdasarkan rantai makanan
yang telah dibuat.(Tema : Menyiasat Alam Kehidupan Tahun 5)
3.5 Melahirkan pelajar yang peka kepada alam sekitar.
Justeru itu pelajar dapat mengaplikasi pengetahuan mereka tentang langkah pemeliharaan dan
pemuliharaan flora dan fauna. Dengan penelitian ini dapat dikembangkan lagi secara eksploratif
dengan menggabungkan beberapa pengetahuan pelajar dengan aneka isi pembelajaran yang lebih
menarik dan menyenangkan.
3.6 Menanam semangat kerjasama kepada pelajar supaya sayangkan alam sekitar.
Pelajar adalah pembentukan hubungan di antara pelajar untuk memilih anggota kumpulan yang
terdiri daripada rakan yang saling bekerjasama dan dapat bantu membantu dalam menyelesaikan
masalah atau membincangkankan permasalahan.
Bruner (Siberman, 2000:8) mendeskripsikan belajar secara bersama merupakan keperluan
13
HBSC1203 TEACHING OF SCIENCE: LIVING THINGS PRIMARY [email protected]
manusia yang asas untuk merespon yang lain dalam mencapai suatu tujuan. Suatu adunan yang
merupakan sumber motivasi yang setiap pengajar dapat menjalankan stimulasi untuk belajar.
BIBLIOGRAFI
1. De Potter et.al ( 2000) . Quantum Teaching.Edisi ketiga Kumpulan Budiman.Kuala
Lumpur
2. Tin Chew Peh,(1990). Pendidikan Biologi Mengantarkan Manusia Berpengetahuan,
Berilmu dan Berpenedidikan Menuju Pembangunan Manusia. Edisi Pertama.Fajar
Bakti.Petaling Jaya.
3. Norlia A. Bakae et.al (2003). Pendidikan Sains dan Masyarakat Berbudaya Teknologi
Edisi Pertama: Quantum Books, Tanjong Malim.
4. Mohammad Sani Ibrahim (2004). Perancangan Dan Strategi Pengajaran Sains
Bestari.Edisi Kedua: Universiti Kebangsaan Malaysia.
5. Dr. Nagalingam a/l Karupiah (2009). Modul HBSC1203 Teaching Of Science: Living
Things Primary School.Open University Malaysia
6. http:// re-searchengiens.com/0306hidayat.html
7. http://upm.edu.my/?aktvt=content&kat=D&kod=200712364651103
8. http://www.pbs.org/kratts/world/index.html
9. Hhtp://Wikipedia.scientificname_plants/animals.7502211.
14
HBSC1203 TEACHING OF SCIENCE: LIVING THINGS PRIMARY [email protected]
15