tahap sr3b modul 1 nama
TRANSCRIPT
@
Pusat Tuisyen Didikan Genius
Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah Edubest
Tahap SR3B
Modul 1
Nama : ____________________________
Markah Kuiz Komputer
Minggu Tarikh Tatabahasa
(%)
Perbendaharaan Kata (%)
Peribahasa
(%)
Lain-lain
1
2
3
4
5
A. Pemahaman
Petikan 1:
Baca petikan di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan
berikutnya.
Aku pulang ke kampung untuk menziarahi atuk yang tinggal
bersendirian. Seperti biasa, akulah orang yang paling tidak gembira
apabila papa dan mama mengajak aku pulang bercuti di kampung.
Perasaan ini timbul dalam diriku kerana aku tidak suka akan suasana
kampung. Di kampung tidak ada TV, tidak ada komputer dan paling
tidak aku suka ialah Hafiz, sepupuku.
Hafiz, bagiku ialah seorang pengotor. Aku jijik memandang
Hafiz. Hafiz miskin. Aku cukup benci apabila papa dan mama
menyuruh aku tidur bersama Hafiz. Sebenarnya Hafiz tinggal
bersama atuk. Ibu bapa Hafiz sangat miskin, tidak seperti mama dan
papaku yang boleh dikatakan orang berada.
Pada suatu hari, aku bersiar-siar di sekitar kawasan rumah atuk.
Aku tertarik dengan sekuntum bunga yang sangat cantik pada
pandanganku. Aku ingin memetiknya. Pada waktu itu, aku tidak
terfikir akan bahaya di depanku. Tiba-tiba kakiku terasa sakit dan
berdenyut, tubuhku terasa melayang. Aku terjatuh.
Dalam pandangan yang berpinar, aku nampak Hafiz cuba
membantuku. Hafiz mengatakan bahawa aku telah dipatuk ular. Hafiz
mengikat pergelangan kakiku dengan sejenis tumbuhan yang menjalar.
Dia kemudiannya pergi memanggil papa dan mama. Aku dibawa ke
hospital.
Doktor mengatakan bahawa aku bernasib baik kerana bisa ular
belum meresap ke seluruh tubuhku. Dia juga memuji Hafiz yang
bertindak dengan bijak dalam suasana yang mencemaskan. Aku sedar
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B01 1
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
bahawa aku terselamat daripada bahaya atas pertolongan Hafiz.
Andainya Hafiz tidak datang membantuku pada ketika itu, aku tidak
tahu apa yang akan terjadi kepadaku.
Aku menginsafi kedaifan diriku. Aku memohon maaf kepada
Hafiz. Papa dan mama kelihatan gembira apabila menyedari perubahan
sikapku. Mulai hari itu, aku tidak membenci Hafiz lagi. Kami telah
menjadi kawan baik.
1. Perkataan jijik dalam petikan bermaksud
A memandang rendah
B perasaan hendak termuntah apabila melihat sesuatu yang kotor
C benci
D hendak mengamuk
2. Apakah yang menyebabkan kaki "aku" berasa sakit?
A Terpijak paku
B Terpijak kaca
C Dipatuk ular
D Tersadung akar kayu
3. "Aku" terhutang budi kepada Hafiz kerana
A Hafiz telah membantunya semasa dia dipatuk ular
B Hafiz membawanya ke hospital
C Hafiz sudi memaafkannya
D Hafiz memetik bunga untuknya
4. Apakah pendapatkamutentang Hafiz?
A Seorang yang suka mengambil tabu hal orang
B Seorang yang mementingkan diri sendiri
C Seorang yang suka mengada-ada dan sombong
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B01 2
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
D Seorang yang baik hati dan tidak berdendam
5. Apakah yangmungkin berlaku jikaHafiz tidak membantu "aku"?
A Ibu bapa "aku" akan memarahinya
B Atuk tidak membenarkan Hafiz tinggal bersamanya
C "Aku" mungkin meninggal dunia
D "Aku" berada dalam keadaan koma
6. Apakah sifat yang ada pada penulis pada awalnya ?
7. Nyatakan perbezaan antara keluarga penulis dan keluarga Hafiz. (KBAT)
8. Apakah yang menyebabkan penulis tidak mahu balik ke kampung ?
9. Pada pendapat anda, apakah jenis kehidupan yang dilalui penulis ? (KBAT)
10. Mengapakah penulis mengatakan bahawa dia daif ? (KBAT)
Petikan 2:
Baca petikan di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan
berikutnya.
Bendera merupakan lambang kemerdekaan sesebuah negara.
Bendera mesti dihormati oleh rakyat negara berkenaan. Bendera
kebangsaan Malaysia dikenali sebagai Jalur Gemilang. Jalur Gemilang
mengandungi empat belas jalur berwarna merah dan putih, petak segi
empat yang berwarna biru tua, bulan sabit dan bintang.
Empat belas jalur yang berwarna merah dan putih, berselang
seli membentuk badan bendera Malaysia. Warna merah melambangkan
kepahlawanan dan keberanian, sementara warna putih melambangkan
kesucian. Jalur-jalur pula melambangkan kedudukan yang sama antara
kerajaan-kerajaan negeri dengan kerajaan persekutuan di negara ini.
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B01 3
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Petak segi empat berwarna biru tua terdapat di penjuru kiri
pada bahagian atas bendera kebangsaan. Warna biru tua ini
melambangkan perpaduan serta semangat muhibah rakyat Malaysia
yang terdiri daripada pelbagai kaum. Dalam petak segi empat ini,
terdapat sebuah bulan sabit dan bintang yang mempunyai empat belas
bucu. Kedua-dua bulan sabit dan bintang ini berwarna kuning. Warna
kuning melambangkan kedaulatan dan kebesaran raja-raja Melayu.
Bulan dan bintang melambangkan agama Islam sebagai agama
rasmi Malaysia. Bucu bintang gang sebanyak empat belas pula
melambangkan kesatuan tiga belas buah negeri dengan kerajaan
persekutuan. Bendera kebangsaan dinaikkan pada hari-hari kebesaran
dan dalam upacara-upacara sambutan rasmi negara. Pada masa ini,
lazimnya Jalur Gemilang dinaikkan dengan iringan lagu kebangsaan
Malaysia, iaitu "Negaraku". Orang ramai juga digalakkan mengibarkan
Jalur Gemilang pada Hari Kemerdekaan, iaitu pada 31 Ogos setiap
tahun. Selain itu, Jalur Gemilang turut dikibarkan sewaktu
menyambut Hari Keputeraan Yang diPertuan Agong dan sultan-sultan.
1. Apakah yang menjadi lambang kemerdekaan sesebuah negara?
A Bintang
B Bendera
C Lagu
D Bulan
2. Berapa warnakah yangterdapatpada bendera Malaysia?
A Tiga
B Empat
C Tiga belas
D Empat belas
3. Di manakah letaknya petak segiempat berwarna biru tua?
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B01 4
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
A Penjuru kanan di bahagian bawah Jalur Gemilang
B Penjuru kanan di bahagian atas Jalur Gemilang
C Penjuru kiri di bahagian bawah Jalur Gemilang
D Penjuru kiri di bahagian atas Jalur Gemilang
4. Bintang berbucu empat belas yang terdapat pada Jalur Gemilang
melambangkan:
A kesatuan tiga belas buah negeridengan kerajaan persekutuan
B kedudukan dan kebesaranraja-rajaMelayu
C agama Islam sebagai agama rasmi
D kedudukanyang sama antara kerajaan negeri dengan kerajaan
persekutuan
5. Orang ramai digalakkan mengibarkan Jalur Gemilang pada hari-hari
berikut, kecuali
A Hari Keputeraan Sultan
B Hari Kemerdekaan
C Hari Keputeraan Yang diPertuan Agong
D Hari Kanak-kanak Sedunia
6. Berapa komponenkah yang terdapat pada Jalur Gemilang
7. Nyatakan bahagian bendera yang berkaitan dengan : (KBAT)
a. darjat golongan tertentu
b. perhubungan antara rakyat di negara ini
c. kepercayaan
d. pentadbiran
8. Pada pendapat anda, bagaimanakah kita menghormati Jalur
Gemilang ? (KBAT)
9. Nyatakan tempat-tempat yang boleh anda lihat Jalur Gemilang.
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B01 5
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
10. Nyatakan majlis atau detik di mana Jalur Gemilang dikibarkan. (KBAT)
B. Tatabahasa
Kata Ganti Nama Diri
Praktis 1 :
1. _______ akan membantu mangsa-mangsa kebakaran.
A. Mereka
B. Kamu
C. Engkau
D. Awak
2. “____ mahu kerja-kerja itu dilaksanakan dengan segera,” titah
Sultan Ahmad.
A. Patik
B. Beta
C. Hamba
D. Saya
3. Samy dihukum gantung kerana mengedar dadah. ______ menerima
hukuman itu dengan tenang.
A. Dia
B. Baginda
C. Beliau
D. Nya
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B01 6
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
4. “Janganlah _____marah kepada anak-anak,” kata Mansor kepada
isterinya.
A. saya
B. awak
C. anda
D. kami
5. “_____ akan pergi ke Ipoh esok,” kata mereka serentak.
A. Kamu
B. saya
C. Kami
D. Kita
11. Adik Intan bernama Fazira. ______ sangat suka makan sate.
A. Saya
B. Dia
C. Mereka
D. Beliau
7. Pak Ali, Pak Abu dan Pak Hassan berkawan baik. ____ berkawan
sejak di bangku sekolah lagi.
A. Mereka
B. Kamu
C. Engkau
D. Kami
8. Guru Besar naik ke pentas. ____ akan menyampaikan ucapan.
A. Dia
B. Ia
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B01 7
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
C. Baginda
D. Beliau
9. “_____ mestilah sentiasa menolong ayah dan emak,” kata Ahmad
kepada adiknya.
A. Mereka
B. Kita
C. Kami
D. saya
10. “Baliklah ke rumah _____,” kata Cikgu Ali kepada murid-muridnya.
A. anda
B. mereka
C. engkau
D. kamu
11. “Silakan _____ menjamah hidangan ini,” kata Menteri Besar
kepada Sultan Selangor.
A. tuan
B. tuanku
C. beta
D. baginda
12. Putera raja itu sangat bijak kerana _____ rajin membaca.
A. beta
B. baginda
C. tuanku
D. dia
13. “____ telah dicalonkan sebagai ketua pengawas,” kata Cikgu
Hamdan kepada Syahrul.
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B01 8
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
A. Anda
B. Mereka
C. Ia
D. Kita
14. “Mahukah ______ menemani ______ pergi ke kedai ?” tanya Ali
kepada Osman.
A. kamu, kita
B. engkau, aku
C. dia, mereka
D. saya, dia
15. “_____ berharap semua rakyat di negeri ini akan jidup bersatu
padu,” titah Raja Melewar kepada rakyatnya.
A. Hamba
B. Patik
C. Saya
D. Beta
16. ______ akan menyaksikan Perayaan Pesta Malaysia pada pukul 4
petang di Dataran Merdeka.
A. Kamu
B. Kami
C. Awak
D. Engkau
17. “Mahukah _____pergi memancing bersama-sama saya ?” tanya
Fandi kepada Leong.
A. beliau
B. mereka
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B01 9
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
C. engkau
D. dia
18. _______ telah berjaya mengalahkan pasukan bola sepak dari
negeri Kedah.
A. Mereka
B. Kamu
C. Dia
D. Beliau
19. Kasim datang lewat. ______ didenda oleh guru disiplin.
A. Ia
B. Beliau
C. Baginda
D. Kalian
20. “______ pelajar baru di sekolah ini,” kata Aina kepada Cikgu
Rahman.
A. Hamba
B. Patik
C. Daku
D. Saya
21. “Kalau _____ berani, datangklah ke rumah, kata Hang Tuah
kepada musuhnya.
A. Kalian
B. hamba
C. tuan hamba
D. engkau
22. Surat itu ditulis oleh ______.
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B01 10
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
A. aku
B. daku
C. nya
D. awak
23. Cenderamata ini hanya untuk ______.
A. hamba
B. kami
C. beliau
D. mu
24. Adik menangis kerana ____ tidak sihat.
A. beta
B. beliau
C. nya
D. dia
25. “ ______ suka makan nasi goreng. ______ pula sika makan apa,
Siti ?” tanya Salma kepada Siti.
A. Kamu, Saya
B. Saya, Kita
C. Aku, Dia
D. Saya, Kamu
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B01 11
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Praktis 2:
Pilih jawapan yang paling sesuai.
1. Aida dan kakaknya tinggal berdua di rumah kerana ibu bapa
________pergi ke majlis kenduri.
A. beliau B. mereka
C. kalian D. dia
2. “Pada firasat _______ tuan puteri telah disumpah oleh raja jin,”
kata pawang kepada Raja Indera Kayangan.
A. Beta B. saya
C. patik D. aku
3. Rahim mengambil basikal ________ lalu meninggalkan tempat itu
dengan tergesa-gesa.
A. -nya B. kamu
C. dia D. kau
4. “_________ tidak boleh pergi selagi enggan menceritakan pekara
sebenarnya,”kata ayah kepada abang Azmi.
A. Hamba B. Engkau
C. Beliau D. Dia
5. “Kedatangan ________ membawa hajat yang besar,” kata Damak
kepada Pak Malau.
A. saya B. aku
C. hamba D. dia
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B01 12
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
6. “Selamat berkenalan,nama _________ Shila,”kata Shila kepada
anak jiran barunya.
A. patik B. saya
C. beta D. hamba
7. “________, hidangan untuk makan malam sudah saya siapkan,”kata
Puan Munah kepada isteri majikannya.
A. Saudari B. Beta
C. Encik D. Puan
8. “Sekolah ________ akan mengadakan gotong-royong pada hari
minggu nanti,”kata Halim kepada kawan-kawannya.
A. mereka B. awak
C. kita D. dia
9. Sultan Mahmud digelar „Sultan Mangkat Dijulang‟ kerana
_________ mati dibunuh panglimanya di atas usungan.
A. baginda B. beliau
C. ia D. dia
10. “ ________ mahu semua penderhaka itu dibunuh,” titah
sultan kepada para hulubalang.
A. saya B. aku
C. hamba D. beta
11.Hartawan itu tidak meninggi diri sungguh pun _______ adalah
antara orang yang terkaya di Malaysia.
A. dia B. awak
C. beliau D. patik
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B01 13
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
12. “Dimanakah_______ beli barang perhiasan ini,” kata Puan Aida
kepada Milah.
A. dia B. kamu
C. anda D. engkau
Praktis 3 :
Kategorikan kata ganti nama diri mengikut jenis. (KBAT)
aku kami kita dia nya baginda
-Nya saya hamba patik kamu beta
anda awak engkau dikau daku ia
mereka kalian beliau baginda tuan hamba
saudara tuan puan tuanku
Pihak 1 Pihak 2 Pihak 3
Tunggal Jamak Tunggal Jamak Tunggal Jamak
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B01 14
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
C. Penulisan
a. Bina Ayat
Bina lima ayat ebrdasarkan gambar yang diberikan.
Bina Ayat 1 :
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B01 15
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
b. Ulasan
Tulis ulasan berdasarkan gambar yang diberikan
Ulasan 1 :
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B01 17
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
c. Karangan Umum
Karangan Jenis Fakta
Panduan Mengarang
1. Karangan jenis ini menyentuh fakta yang benar dan
logik.
2. Isi-isi (4 isi) karangan hendaklah disusun mengikut
kepentingan berdasarkan pendapat anda.
3. Jangan tulis keempat-empat isi anda dalam bahagian
pengenalan. Hal ini adalah untuk mengelakkan diri anda
daripada mengulang.
4. Anda perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam
terhadap sesuatu fakta yang hendak ditulis.
5. Setiap isi hendaklah disertai dengan huraian dan contoh
yang bersesuaian.
6. Gunakan bahasa yang ringkas dan mudah difahami.
Penanda wacana dan kata hubung berpasangan biasanya
digunakan dalam karangan ini.
i. Oleh itu,
ii. Dengan ini
iii. Di samping itu, / Selain itu,
iv. Dengan…. , akan/dapat….
v. ,justeru…
vi. Oleh sebab…
vii. Hal ini adalah kerana…
viii. Namun demikian,
ix. Pendek kata
x. Kesimpulannya,
xi. bukan sahaja….malah
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B01 19
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Karangan Contoh :
Kebaikan Menonton Televisyen
Televisyen ialah sejenis media elektronik yang popular. Pelbagai
jenis rancangan disiarkan melalui televisyen. Kini, hampir setiap
keluarga memiliki sebuah televisyen kerana kita boleh memperoleh
banyak kebaikan dengan menonton televisyen.
Dengan menonton televisyen, kita dapat mengetahui berita-
berita dalam dan luar negeri. Hal ini adalah kerana peristiwa-
peristiwa yang berlaku di seluruh dunia disiarkan melalui rancangan
berita yang disampaikan. Contohnya, kita boleh mengetahui apa yang
berlaku di Iraq dengan menonton rancangan “Buletin Utama” siaran
TV3.
Salin itu, kita juga boleh menambahkan pengetahuan kita dengan
menonton televisyen. Rancangan-rancangan dokumentari seperti
“National Geographic” , “Beyond 2000”, “Animal Planet” dan
sebagainya dapat membekalkan pengetahuan tambahan yang tidak
terdapat dalam buku teks. Dengan menonton rancangan sebegini,
pengetahuan kita tentang sesuatu bidang akan bertambah.
Di samping itu, kta juga dapat meningkatkan tahap penguasaan
bahasa kita dengan menonton televisyen. Degan mendengar perbualan
watak-watak atau ulasan yang dibuat oleh pengulas, kita dapat
mempelajari cara percakapan yang betul atau penggunaan istilah yang
spesifik. Selain itu, ayat-ayat terjemahan yang tertera pada kaca
televisyen dapat membantu kita mengenali perkataan baru damn
memahami bahasa asing dengan lebih jelas.
Kita juga boleh mempelajari nilai moral yang dibawa oleh
sesebuah cerita. Adegan-adegan di mana penjahat diberkas oleh polis
atau mendapat balasan yang sewajarnya mengajar kita agar tidak
melakukan perkara yang buruk. Golongan kanak-kanak dan remaja
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B01 20
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
dapat dipupuk menjadi rakyat yang berguna apabila menonton
rancangan telelvisyen di bawah bimbingan orang dewasa.
Walaupun menonton televisyen mendatangkan banyak kebaikan,
kita hendaklah bijak memilih rancangan yang sesuai untuk diri kita
agar tidak terpengaruh dengan unsur-unsur yang tidak sihat seperti
yang dipaparkan dalam sesuatu rancangan.
Latihan:
Latihan 1: (Sila rujuk peta minda yang disertakan)
Kebaikan Membaca Surat Khabar
Pengenalan :
Isi 1 :
Isi 2 :
Isi 3 :
Isi 4 :
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B01 21
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Penutup :
Latihan 2 : (Sila rujuk peta minda yang disertakan)
Cara-cara Mengisi Masa Lapang
Pengenalan :
Isi 1 :
Isi 2 :
Isi 3 :
Isi 4 :
Penutup :
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B01 22
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
D. Rampaian Bahasa
Simpulan Bahasa
1. Abu Jahal : Orang yang selalu menentang ikhtiar yang
2. Abu Nawas : Orang yng bijak mencari helah.
3. Ada bakat : Ada keupayaan semula jadi dalam sesuatu
bidang.
4. Ada gaya : Ada kemampuan untuk menandingi seseorang.
5. Ada hajat : mempunyai niat.
6. Alas cakap : Kata-kata pendahuluan untuk memulakan
perbincangan.
7. Ambil masa : memerlukan masa
8. Ambil hati : Menggembirakan seserang ; Rasa kecewa /
tersinggung
9. Ambil mudah : Menganggap mudah tentang sesuatu perkara.
10. Anak buangan : Anak yang diusir daripada keluarga.
11. Anak pungut : Anak angkat.
12. Anak wayang : pelakon bangsawan, filem dan sebagainya.
13. Angkat bahu : menyatakan tidak tahu.
14. Angin-anginan : Panas baran atau pemarah.
15. Angkat suara : Meninggikan suara.
16. Angkat mata : Berani menentang / melawan.
17. Angkat tangan : Mengaku kalah
18. Asam garam : pengalaman hidup.
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B01 23
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
19. Atas pagar : Berkecuali; tidak berpihak kepada sesiapa.
Kata Ganda
1. agar-agar : sejenis makanan
2. sejak akhir-akhir : sejak belakangan ini; baru-
baru ini
3. seakan-akan : seperti; seolah-olah
4. mengalu-alukan : menyambut baik terhadap sesuatu
5. ampai-ampai : obor-obor
6. anai-anai : sejenis serangga perosak
7. anak-anak : anak; pepatung
8. keanak-anakan : kelakuan seperti anak / budak
9. mengangguk-angguk : menggerakkan kepala ke atas ke
bawah
10. angin-angin : khabar angin
11. angkut-angkut : sejenis lebah
12. beransur-ansur : sedikit demi sedikit; perlahan-
lahan
13. anting-anting : subang
14. api-api : kunang-kunang, kelip-kelip
15. terapung-apung : terkatung; tidak tenggelam
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B01 24
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Perkataan Banyak Makna
1. Longgar
a. tidak sempit : Seluar itu terlalu longgar untuk adik.
b. tidak erat : persahabatan antara Zati dan Chew
semakin longgar
sejak Chew berpindah ke tempat lain.
c. mudah tercabut : Ikatan tali pada kotak itu mudah
longgar.
2. Lumpuh
a. tidak kuat : kakinya lumpuh sejak kecil lagi.
b. tidak bergerak : Ekonomi Negara itu menjadi lumpuh
sejak terlibat dalam peperangan.
3. Luput
a. hilang : Wajah nenek tidak pernah luput
daripada ingatan adik.
b. terlepas : Dia bersyukur kerana luput daripada
dakwaan mahkamah.
c. rosak/musnah : Tarikh luput makanan itu sudah lepas.
4. Maju
a. mara : Tentera Jepun sedang maju ke utara
negara itu.
b. bertambah baik : Perniagaannya semakin maju sejak
kedainya diubah suai.
c. tinggi taraf hidup : Rakyat di negara yang maju itu
boros dalam perbelanjaan harian
mereka.
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B01 25
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
5. Makan
a. menelan makanan : Dia tidak makan pagi ini.
b. rezeki : Jangan ganggu orang lain mencari
makan di sini.
c. menggunakan : Projek itu memakan belanja yang
besar.
d. berfungsi : Brek kereta itu tidak makan lagi.
e. mengikut : Budak itu memang tidak makan
nasihat.
f. mengambil secara haram : Pegawai yang makan duit itu
sudah dipecat.
6. Malu
a. berasa tidak senang : Kakak berasa malu apabila
berdepanan dengan kawan abang.
b. aib : Rosnah berasa malu setelah
dimarahi ibu di depan tetamu.
c. segan : Dia malu untuk mengemukakan
soalan di dalam kelas.
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B01 26
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Perkataan Hampir Sama Makna
1. hangit : bau benda setelah dimasak terlalu lama
2. hangus :menjadi binasa kerana dibakar api
3. hancing : bau air kencing
4. hapak : bau benda disimpan lama / peluh
5. hamis : bau kambing / lembu
6. hanyir : bau ikan
7. tengik : bau minyak lama / santan lama
Pepatah Melayu
1. Air diminum rasa duri, nasi dimakan rasa sekam
Maksud : Seseorang yang sedang dalam kesusahan atau kedukaan.
Contoh : Pemergian adik ke Jepun membuat abang hidup bagaikan
air diminum rasa duri, nasi dimakan rasa sekam.
2. Air surut kapar hilir, air pasang kapar tersangkut
Maksud : Mengajak orang yang lemah atau telah menanggung
kerugian melakukan sesuatu tetapi apabila mendapat keuntungan
ditinggalkannya.
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B01 27
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Contoh : Roslan terkilan dengan sikap Nazim yang seperti air
pasang kapar ke hilir, air pasang kapar tersangkut kerana
melupai jasanya yang banyak membantunya dalam perniagaan.
3. Api padam puntung berserak
Maksud : Ketua kumpulan atau keluarga yang mati, maka anak-anak
buahnya berpecah
Contoh : Sejak pemimpin parti politik itu meninggal dunia, parti tu
bagaikan api padam puntung berserak.
4. Air yang tenang jangan disangka tiada buaya
Maksud : Seseorang yang pendiam jangan disangka bodoh atau
penakut.
Contoh : Walaupun Noni seorang yang pendiam, tetapi air yang
tenang jangan disangka tiada buaya kerana beliau adalah seorang
pelajar yang aktif dalam kelab yang disertainya.
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B01 28
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest