systemic lupus erythematosus @ sle @ lupus - komunikasi kesihatan

Download Systemic lupus erythematosus @ SLE @ Lupus - Komunikasi Kesihatan

If you can't read please download the document

Post on 13-Aug-2015

50 views

Category:

Health & Medicine

8 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  1. 1. GROUP 5 ~ SLE (LUPUS)
  2. 2. AHLI KUMPULAN 1. MOHAMAD SAFWAN BIN ABD SHOKOR (125641) 2. MUHAMAD SAUFI ZUHAN BIN MAIL (126613) 3. MOHD KAMARIZAN SAMAUN (122490) 4. MOHD KHAIRUL NAIM BIN ZAKARIA (125599) 5. MOHD SYAFIQ BIN ZULKEFLI (99945) 6. MUHAMMAD SYAHIR BIN AZIZAN (126616) 7. MUHAMMAD AKMAL IZAAN BIN AHMAD (125600) 8. MUHAMMAD AL-AMIN YUSOFF (125601) 9. MUHAMMAD AZMI MAHAT (125602) 10. MUHAMMAD FADLI MOHD SEPIAN (125844) 11. MOHD ZULFAIZAL MOHD SHOBRI (125843) 12. MUHAMMAD AIMAN BIN RAHIMI (126678)
  3. 3. Sistemik lupus eritematosus (SLE), atau lupus, adalah penyakit kronik autoimmune di mana antibodi seseorang bertindakbalas dengan tisu badan seseorang pesakit itu sendiri. Ini menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, atau organ-organ lain di dalam badan. Lupus berasal dari perkataan Latin bererti serigala. (Ini adalah kerana seorang doktor Perancis yang mula-mula merawat pesakit lupus mengibaratkan tompok-tompok kemerahan di muka pesakit sebagai gigitan serigala.) Gejala yang biasa dialami oleh pesakit ialah radang kulit dan sakit sendi (arthritis), selalunya di iringi oleh keletihan dan demam. Penyakit SLE ada masanya tidak aktif, iaitu dapat dikawal (remission), dan ada masanya menjadi aktif (relapse).
  4. 4. SEJARAH SLE Lupus ialah perkataan Latin bagi serigala. Erythematosus bererti ruam merah. Pada tahun 1851, Dr. Cazenave telah menjumpai ruam merah di muka seorang pesakit yang kelihatan seperti gigitan serigala. Beliau telah menamakan ruam berkenaan Discord Lupus Erythematosus (DLE). Pada tahun 1885, Sir William Osler telah mengenalpasti bahawa ramai orang yang mengidap lupus mempunyai penyakit yang bukan sahaja melibatkan kulit tetapi turut melibatkan organ dan sistem lain. Beliau telah menamakan penyakit tersebut Systemic Lupus Erythematosus (SLE).
  5. 5. -Lebih kurang 90% pengidap SLE adalah wanita sementara 10% adalah lelaki dan kanak- kanak. -Lebih kurang 90% wanita yang mengidap SLE berada di dalam lingkungan umur boleh hamil iaitu di antara 15 hingga 50 tahun. Ratio pengidap SLE: Di Barat, di kalangan Afro-Caribbeans 1 dalam 250 500 orang Di Amerika Syarikat 1 dalam 2,000 orang Di negara China 1 dalam 1,000 orang Di Malaysia dianggarkan lebih daripada 10,000 orang telah disahkan mengidap SLE dalam jangka masa 30 tahun kebelakangan ini. Namun demikian, PSLEM percaya ada ramai lagi mereka yang mengidap SLE yang belum disahkan. STATISTIK SLE
  6. 6. SIMPTOM SLE LUPUS SAKIT DADA KETIKA MENGAMBIL NAFAS KEGUGURAN RAMBUT KELETIHAN DEMAM KERAP KEGUGURAN BAYI ULSER DI MULUT MELEBIHI SEBULAN RISIKO MENDAPAT DARAH TINGGI GANGGUAN MENTAL FOTOSENSITIVITI
  7. 7. HORMON GENETIK PENGGUNAAN UBAT SINARAN MATAHARI FAKTOR LUPUS
  8. 8. PENGGUNAAN UBAT Lupus juga biasa terjadi akibat penggunaan ubat-ubat antibiotik, anti kejang dan ubat tekanan darah. Jika gejala lupus terjadi kerana penggunaan ubat-ubatan jenis ini lebih baik dihentikan terlebiih dahulu kerana lupus yang diakibatkan oleh ubat-ubatan boleh hilang ketika pesakit menghentikan penggunaan ubat- ubatan seperti itu.
  9. 9. HORMON Kira-kira 90% daripada pesakit lupus adalah wanita, paling didiagnosis apabila mereka berada di peringkat umur boleh hamil. Selepas menopaus, wanita hanya 2.5 kali ganda berkemungkinan untuk mendapat SLE daripada lelaki.
  10. 10. GENETIK Genetik memainkan peranan yang kuat dalam SLE. Contohnya ahli keluarga penghidap SLE berkemungkinan 20 kali ganda risiko untuk mendapat SLE
  11. 11. SINARAN MATAHARI Cahaya matahari boleh menjadi salah satu faktor dalam berlakunya lupus. Pendedahan kepada cahaya matahari boleh menyebabkan luka-luka kulit lupus atau pencetus dalaman tindak balas pada orang terdedah.
  12. 12. SALURAN DARAH VASKULITIS JANTUNG DENYUTAN TAK NORMAL BUAH PINGGANG KAKI BENGKAK OTAK SAKIT KEPALA PARU-PARU RADANG SAKIT DADA
  13. 13. ANGGOTA BADAN YANG TERKESAN AKIBAT SLE
  14. 14. SALURAN DARAH Keradangan saluran darah (vaskulitis) boleh melibatkan terganggunya pengaliran darah ke seluruh tubuh. Vaskulitis yang sederhana mungkin tidak memerlukan rawatan, tetapi sebaliknya vaskulitis yang teruk memerlukan rawatan segera.
  15. 15. PARU PARU Sebilangan pesakit SLE mendapat pleuritis, iaitu keradangan lapisan paru-paru yang menyebabkan sakit dada atau sakit dada yang terasa semasa menarik nafas. Pesakit juga boleh mendapat kuman dalam paru-paru (pneumonia).
  16. 16. OTAK & SARAF SLE boleh menjejaskan otak atau saraf. Pesakit akan mengadu sakit kepala, pening, cepat lupa, kabur penglihatan, sawan, strok, atau perubahan kelakuan.
  17. 17. JANTUNG Pesakit SLE boleh mengalami sakit jantung iaitu keradangan pada tiga lapisan jantung: perikaditis, keradangan lapisan luar; myokarditis, keradangan bahagian tengah; dan endokarditis, keradangan bahagian dalam. Pesakit akan merasa sakit dada atau juga gejala lain. Pesakit SLE juga berisiko tinggi mendapat arteriosclerosis (pembuluh darah yang keras).
  18. 18. BUAH PINGGANG Keradangan buah pinggang (nephritis) mengurangkan keupayaan membuang bahan sisa toksin dalam air kencing. Pesakit yang mengalami gangguan buah pinggang biasanya tidak merasa sakit. Mereka mungkin hanya mengalami bengkak kaki. Ujian air kencing dan ujian darah boleh menunjukkan samada buah pinggang terjejas atau tidak. Untuk mengelak dari kerosakkan yang berlanjutan kepada buah pinggang rawatan ubat-ubatan yang intensif perlu diberi segera untuk mengekalkan fungsi buah pinggang.
  19. 19. Untuk mengesahkan pesakit mengidap SLE bukanlah suatu yang mudah. Kadangkala para doktor mengambil masa yang lama berbulan atau bertahun untuk mengesan SLE. Pesakit harus menjalani pemeriksaan darah dan air kencing untuk menganalisa antibodi yang menyebabkan penyakit SLE. Ujian yang dianggap berkesan ialah ujian bagi menganalisa auto- antibodi dalam darah pesakit SLE, seperti antibodi antinuklear (ANA) yang bertindak melawan komponen nukleus sel tubuh.
  20. 20. Selain dari ujian darah ANA, ada beberapa lagi ujian auto-antibodi yang khusus untuk membantu diagnosa SLE. Ini adalah anti-DNA, anti-Sm, anti-RNP, anti-Ro (SSA), dan anti-La (SSB). Walaubagaimanapun tidak semua pengidap SLE mempunyai keputusan ujian-ujian tersebut yang positif, dan tidak bermakna bila tidak mempunyai antibodi tersebut bukan mengidap SLE. Ujian biopsi bagi membantu mencari punca penyakit. Sampel yang mungkin diambil talah tisu kulit, tisu buah pinggang, dan sebagainya (jika perlu sahaja)
  21. 21. FBC (Full Blood Count), blood chemistry, ESR (erythrocyte sedimentation rate) dan ujian air kencing. Ini dapat memberi maklumat yang penting. Satu lagi ujian yang biasa dilakukan ialah mengukur paras darah yang dipanggil complement. Keputusan ujian darah ESR bagi pengidap SLE biasanya lebih tinggi bacaannya, tetapi bacaan paras complement darahnya adalah rendah terutama semasa penyakit itu sedang dalam peringkat aktif (flare). Ujian X-ray dan ujian-ujian pengimejan yang lain boleh juga membantu dalam memastikan jika ada organ- organ lain yang terjejas.
  22. 22. UBATAN Non steroidal anti inflammatory drugs (NSAIDs) Melegakan sakit otot dan radang sendi. Ubat antimalaria Mengatasi masalah kulit dan sakit sendi Contoh: chloroquine dan hydroxycholoroquine Steroid Membantu mengurangkan radang dan tindak balas sistem pertahanan tubuh. Imunosupresif Membantu mengurangkan radang dan tindak balas sistem pertahanan tubuh.
  23. 23. Diet Kenali makanan yang sesuai dengan sistem pertahanan tubuh masing-masing. Makan makanan seimbang dan berkhasiat. Senaman Senaman membantu memperbaiki pergerakan sendi. Elakkan dari melakukan senaman lasak. Stres Elakkan stres kerana ia boleh menyebabkan penyakit ini menjadi aktif. Sentiasa berfikiran positif. Perlindungan kulit Memakai pelindung matahari SPF 45. Menggunakan payung, topi atau baju lengan panjang bagi mengelakkan terkena pancaran matahari. Memakai kaca mata hitam.
  24. 24. Ubat-ubatan Makan ubat mengikut arahan doktor. Jangan sesekali berhenti makan ubat tanpa arahan doktor. Jangan makan ubat hospital bersama ubat-ubat lain, dikuatiri interaksi antara ubat boleh berlaku. Rawatan susulan Patuhi jadual susulan yang ditetapkan.

Recommended

View more >