surat untuk kamu

5
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP NAMA PELAJAR : Mohd Syafie Bin Azmi Hazman Bin Mohammad Ahmad Syafiq Syazwan Bin Mohd Daud Mohd Fadzly Bin Hamid Hamdzah PROGRAM : PISMP TESL Ambilan Januari 2011 NAMA SEKOLAH :Sekolah Kebangsaan USJ 12 NAMA PROJEK :Mural Sempena Projek Kebitaraan Sekolah TEMPOH PELAKSANAAN :14 Julai 2014- 25 Julai 2014 1.0 OBJEKTIF Sekolah merupakan institusi pendidikan yang dapat membangunkan insan ke arah kecemerlangan akademik, sahsiah dan kokurikulum. Persekitaran sekolah yang kondusif dapat menimbulkan keselesaan dan rasa selamat kepada warga sekolah sepanjang menjalankan aktiviti di sekolah tidak kira aktiviti kurikulum, kokurikulum atau kerohanian. Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam atau di luar bilik darjah juga dapat berjalan dengan lancar dan sempurna. Salah satu cara yang dapat dijalankan ialah dengan mewujudkan kawasan sekolah yang ceria dan indah. Oleh itu, guru-guru pelatih akan mengambil peluang ini bagi menceriakan persekitaran sekolah dan mewujudkan suasana yang kondusif semasa bekerja dalam kalangan guru. Prasarana dan pengurusan persekitaran sekolah yang kondusif menjadi agenda utama serta salah satu budaya yang perlu diterapkan di sekolah. Persekitaran yang perlu diwujudkan mestilah bersesuaian dengan warga sekolah yang terdiri daripada guru, kakitangan sekolah dan murid-murid yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Justeru, sebagai tempat yang menjadi perhatian ramai, kawasan persekitaran sekolah mestilah berperanan dalam menarik perhatian umum supaya perkhidmatannya diguna pakai secara optimum demi keselesaan dan kepuasan hati penggunanya. Keselesaan dan suasana yang kondusif digabungjalinkan dengan suasana persekitaran yang mendidik melalui pembinaan mural akan terasa lebih mesra. Secara tidak langsung tetamu yang melalui kawasan

Upload: baba

Post on 22-Dec-2015

230 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: surat untuk kamu

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PELAJAR : Mohd Syafie Bin Azmi

Hazman Bin Mohammad

Ahmad Syafiq Syazwan Bin Mohd Daud

Mohd Fadzly Bin Hamid Hamdzah

PROGRAM : PISMP TESL Ambilan Januari 2011

NAMA SEKOLAH :Sekolah Kebangsaan USJ 12

NAMA PROJEK :Mural Sempena Projek Kebitaraan Sekolah

TEMPOH PELAKSANAAN :14 Julai 2014- 25 Julai 2014

1.0 OBJEKTIF

Sekolah merupakan institusi pendidikan yang dapat membangunkan insan ke arah

kecemerlangan akademik, sahsiah dan kokurikulum. Persekitaran sekolah yang kondusif dapat

menimbulkan keselesaan dan rasa selamat kepada warga sekolah sepanjang menjalankan

aktiviti di sekolah tidak kira aktiviti kurikulum, kokurikulum atau kerohanian. Proses pengajaran

dan pembelajaran di dalam atau di luar bilik darjah juga dapat berjalan dengan lancar dan

sempurna. Salah satu cara yang dapat dijalankan ialah dengan mewujudkan kawasan sekolah

yang ceria dan indah. Oleh itu, guru-guru pelatih akan mengambil peluang ini bagi menceriakan

persekitaran sekolah dan mewujudkan suasana yang kondusif semasa bekerja dalam kalangan

guru.

Prasarana dan pengurusan persekitaran sekolah yang kondusif menjadi agenda utama

serta salah satu budaya yang perlu diterapkan di sekolah. Persekitaran yang perlu diwujudkan

mestilah bersesuaian dengan warga sekolah yang terdiri daripada guru, kakitangan sekolah dan

murid-murid yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Justeru, sebagai tempat yang

menjadi perhatian ramai, kawasan persekitaran sekolah mestilah berperanan dalam menarik

perhatian umum supaya perkhidmatannya diguna pakai secara optimum demi keselesaan dan

kepuasan hati penggunanya. Keselesaan dan suasana yang kondusif digabungjalinkan dengan

suasana persekitaran yang mendidik melalui pembinaan mural akan terasa lebih mesra. Secara

tidak langsung tetamu yang melalui kawasan sekolah akan membaca kata-kata hikmah serta

Page 2: surat untuk kamu

mengenal motif seni yang dijadikan mural. Mural yang dibina juga dapat dijadikan wadah yang

menonjolkan kebitaraan sekolah.

Berikut adalah objektif projek ini dijalankan:

i) Untuk menjelaskan kepada tetamu yang berkunjung bahawa renang merupakan

program kebitaraan sekolah.

ii) Untuk menjadikan tempat tersebut sebagai satu tempat tumpuan yang menarik bagi

guru-guru, murid-murid dan tetamu yang berkunjung ke sekolah.

iii) Merancang dan melaksanakan aktiviti atau pun projek yang dipersetujui oleh pihak

sekolah.

iv) Menyumbang tenaga dan buah fikiran dalam sebagai sumbangan terhadap sekolah.

v) Hasil kerja guru pelatih sebagai tanda kenangan apabila selesai menjalani internship

di sekolah ini.

vi) Dapat memberi pengalaman baru kepada guru pelatih dalam pengurusan keceriaan

sekolah dan pengalaman ini dapat digunakan apabila kami bakal berkhidmat

sebagai guru sebenar pada masa akan datang.

2.0 STRATEGI PELAKSANAAN

1.0 Sebelum

Ini merupakan projek pertama kami dalam tempoh internship di Sekolah Kebangsaan

USJ 12 ini. Setelah beberapa perbincangan bersama guru pembimbing, beberapa cadangan

dan idea dapat diketengahkan untuk pemilihan projek kami di sekolah ini. Bersempena dengan

tema kebitaraan sekolah iaitu sukan renang, kami berempat bersetuju untuk melaksanakan

cadangan guru besar iaitu menghasilkan satu mural bertema renang di sepanjang blok makmal.

Beberapa perbincangan percambahan idea diadakan bersama guru besar bagi memastikan

pemilihan gambar menepati tema yang disasarkan. Selain pada itu, beberapa perbincangan

bersama guru pembingbing turut diadakan bagi memastikan pergerakan projek kami lancar.

2.0 Semasa

Setelah kertas kerja projek disemak oleh guru pembimbing kami dan disahkan oleh guru

besar, kami bersedia untuk memulakan projek. Kami mulakan projek dengan menanggalkan cat

asal pada dinding dengan menggunakan ‘water jet’ yang berjaya dipinjam dari pihak sekolah.

Page 3: surat untuk kamu

Oleh kerana projek ini kami mulakan pada hari sabtu maka gangguan daripada murid-murid

dapat kami elakkan. Proses menanggalkan cat ini mengambil masa sekurang-kurangnya 3 jam.

Seterusnya, kami menggunakan cat alas atau ‘sealer’ untuk memastikan mural yang

akan dihasilkan tahan lebih lama. Kami terpaksa menggunakan 2 lapis cat alas kerana

tompokan-tompokan cat lama masih lagi kelihatan. Proses ini mengambil masa 2 hari kerana

menunggu cat alas betul2 kering.

Setelah perbincangan ringkas dilakukan kami bersetuju memilih warna kelabu cerah

sebagai warna latar belakang mural kami. Selepas warna latar belakang disiapkan kami

meneruskan proses melukis gambar. Walau bagaimanapun, terdapat satu kekangan dimana

cahaya matahari terlalu silau dan gambar dari pancaran projektor tidak dapat dilihat. Oleh itu

kami terpaksa meneruskan aktiviti melukis pada waktu malam. Setelah hampir 2 minggu projek

ini berjaya disiapkan.

3.0 Selepas

Selepas projek dilaksanakan kami mengadakan perbincangan bersama guru besar

sekiranya ada lagi cadangan atau penambahan idea yang dapat dilakukan ataupun yang

dihajati oleh beliau. Beliau meluahkan beberapa cadangan dan nasihat yang membina untuk

kami. Antara idea yang diluahkan ialah penambahan buih-buih dan percikan air bagi

menjadikan gambar yang lebih realistik.

3.0 REFLEKSI

3.1 Kekuatan

Setelah berjaya menyiapkan projek ini, beberapa kekuatan dapat dikenal pasti

sepanjang proses penghasilan lukisan mural ini.

Pertama ialah kerjasama antara kami adalah amat baik, walaupun terdapat beberapa

pertelingkahan pendapat dalam membuat keputusan namun kami berpuas hati hasil yang

dapat kami capai. Pemilihan cat dan pembahagian tugas juga seringkali menjadi isu namun

semuanya dapat kami harungi dengan dada yang lapang dan semngat setia kawan yang tinggi.

Page 4: surat untuk kamu

Kedua ialah kami berpeluang melihat keupayaan kami dalam menghasilkan mural pada

ruang yang besar. Walaupun kami mempelajari seni visual sebagai subjek minor, peluang

sebegini jarang sekali diperolehi. Kami berterima kasih kepada pihak sekolah keram memberi

peluang ini kepada kami. Pelbagai kemahiran baru yang bukan sinonim dengan kerjaya guru

dapat kami pelajari.

3.2 Kelemahan

Beberapa kelemahan juga dapat dikenalpasti sepanjang tempoh projek ini dilaksanakan.

Pertama ialah projek ini memerlukan kekuatan fizikal secara berterusan dalam proses

mengecat melukis dan menanggalkan cat asal. Memandangkan masa perlaksanaan pada bulan

puasa dan tahap kecergasan kami yang rendah, kami terpaksa akui yang kami amat penat

semasa melaksanakan projek ini.

Kedua ialah gambar yang dipancarkan oleh projektor tidak dapat dilihat dengan jelas

disebabkan silau matahari. Oleh sebab itu kami terpaksa mengalihkan waktu melukis kepada

waktu malam sehingga pukul 2 pagi. Disebabkan itu, badan kami agak penat untuk keesokan

harinya.

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Beberapa cadangan penambahbaikan dapat diketengahkan bagi memastikan projek

seterusnya dapat dilaksankan dengan lebih lancar dan tersusun.

Waktu perlaksanaan projek perlu dipilih dengan lebih terperinci. Ini kerana pemilihan

waktu yang kurang bersesuaian mungkin mengarah kepada hasil lukisan yang kurang

memuaskan.

5.0 KESIMPULAN

Alhamdulillah, projek melukis mural ini dapat dilaksanakan seperti yang dirancang. Projek

seperti ini akan menjadi satu pengalaman secara tidak langsung kepada guru-guru pelatih

mengenai pengurusan keceriaan di luar bilik darjah di samping mengeratkan hubungan antara

guru-guru pelatih dengan warga Sekolah Kebangsaan USJ 12. Semoga projek yang bakal

dilaksanakan ini dapat menceriakan lagi persekitaran Sekolah Kebangsaan USJ 12.

Page 5: surat untuk kamu