strategi, kaedah dan teknik pengajaran khsr
DESCRIPTION
Kaedah Mengajar Kemahiran Hidup Sekolah RendahTRANSCRIPT
Strategi, Kaedah dan Teknik Pengajaran KHSR
MUHD SYAFIQ BIN MANSORMUHD SAFWAN BIN MAHADI
WAN MOHD AIZAT BIN WAN ABD RAHMAN
PENGENALAN
PENGENALANKemahiran Hidup berkonsepkan amali -
pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran boleh digunakan.
Pengajaran yang baik dapat menghasilkan pembelajaran yang efektif.
Guru perlu mahir menentukan teknik dan kaedah pengajaran.
TUJUANMemberi panduan kepada bakal guru
agar dapat memahirkan diri dalam menentukan teknik dan kaedah pengajaran dan pembelajaran,
berdasarkan tajuk yang diajar dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup
Sekolah Rendah.
KONSEP DAN
DEFINISI
P&P
STRATEGI
STRATEGI P&P
TEKNIK
KONSEP DAN DEFINISI P&PDefinisi Pengajaran dan Pembelajaran:
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996:18) pengajaran bermaksud perihal mengajar,
segala sesuatu yang berkaitan dengan mengajar. Manakala pembelajaran pula adalah
proses belajar.
KONSEP PENGAJARANPengajaran merupakan suatu proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti perancangan, pelaksanaan, penilaian dan maklumbalas. Ianya bertujuan untuk menyebarkan ilmu
pengetahuan atau kemahiran tertentu. Keberkesanan pengajaran diukur berdasarkan sejauh mana hasil objektif pelajaran dicapai melalui proses pengajaran yang dirancang.
KONSEP PEMBELAJARANPembelajaran pula merupakan aktiviti mental,
fizikal atau rohani kepada diri pelajar itu sendiri. Ianya adalah proses di mana individu
dapat mengubah sikap dan tingkah laku mereka supaya berkembang secara berterusan dan tekal serta mampu menggunakan ilmu dan
kemahiran yang diperolehi khususnya bagi kemajuan diri sendiri.
KONSEP STRATEGI Strategi merujuk kepada kemampuan dan
kebijaksanaan dalam memilih pendekatan serta perancangan teknik untuk mencapai sesuatu objektif.
elemen yang mempengaruhi strategi sesuatu P&P iaitu:
kelas yang terlibat, kaedah yang diguna pakai oleh guru, alat-alat bantu pengajaran, pengetahuan sedia ada murid serta kepakaran guru terbabit.
KONSEP TEKNIK Teknik pula adalah unit-unit kecil yang terkandung di dalam
kaedah atau tingkah laku guru tersebut. Sesuatu teknik dapat dikenal pasti melalui 3 aspek tingkahlaku guru iaitu aktiviti yang dijalankan, perlakuan guru itu sendiri serta kemahiran yang ada padanya.
Sebagai contoh, dalam kaedah bercerita, seseorang guru itu mungkin menggunakan teknik menimbulkan minat sebagai motivasi dan daya tarikan terhadap isi pelajaran atau teknik menyoal yang sering digunakan dalam aspek kefahaman. Pemilihan teknik yang sesuai juga berkait rapat dengan tahap atau aras kemahiran objektif pelajaran.
KONSEP STRATEGI P&Pdirancang dengan mengambil kira keperluan
untuk:menetapkan Hasil Pembelajaran, mengenalpasti keperluan BBM, menyusun langkah-langkah dan aktiviti
pembelajaran ke arah mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan
memikirkan usaha-usaha penambahbaikanmeningkatkan lagi keberkesanan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran pada sesi yang berikutnya
STRATEGI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK
pelbagai pendekatan dan kaedah yang boleh digunakan oleh guru dalam melaksanakan aktiviti P&P.
pendekatan atau kaedah dirujuk kepada tiga iaitu Berpusatkan Guru, Berpusatkan Murid dan Berpusatkan Bahan.
BERPUSATKAN GURU
Kaedah Berpusatkan Guru adalah amalan konvensional yang biasa digunakan oleh guru
sejak dahulu.
BERPUSATKAN MURIDkaedah yang sangat ditekankan pada masa ini memberi lebih peluang kepada untuk meneroka,
menimbulkan persoalan dan menemui jawapan mereka sendiri melalui rujukan
guru hanya berfungsi sebagai fasilitator, membimbing dan mengawal suasana pembelajaran
membuat rumusan dan kesimpulan terhadap apa yang telah dipelajari.
BERPUSATKAN BAHANmemberi peluang kepada murid untuk memilih
sendiri bahan yang berkaitan yang ingin mereka gunakan di dalam sesuatu sesi P&P.
dapat merangsang minat murid untuk mengikuti pembelajaran dengan lebih aktif, tekun dan menyeronokkan
memberi peluang kepada murid merasai pengalaman membina ilmu dan kemahiran diri
• Syarahan/ kuliah• Demonstrasi/tunjuk
cara• Bercerita
BERPUSATKAN GURU
• Simulasi• Lawatan• Projek• Permainan• Pembelajaran
aktif/perbincangan• Pembelajaran secara
kooperatif• Pembelajaran
Masteri
BERPUSATKAN MURID
• Modul• Carta• Slaid• Pita rakaman• Perisian kursus
pembelajaran (courseware)
• Laman Web/Internet
• Peralatan/bahan
BERPUSATKAN BAHAN
TEKNIK DEMONSTRASIDemonstrasi ialah satu kaedah untuk melatih
murid memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti mengikut prosedur-prosedur yang tertentu.
Demonstrasi memerlukan murid memerhati. Dalam proses demonstrasi, terdapat satu
komunikasi lisan secara lansung dari guru kepada murid.
Ianya juga melibatkan pendekatan visual untuk memeriksa proses, maklumat dan idea.
KELEBIHAN TEKNIK DEMONSTRASI
Memberi peluang kepada murid untuk benar-benar memahami apa yang hendak dipelajari setelah melihat prosedur-prosedur yang ditunjukan oleh guru. Kaedah ini juga membenarkan murid-murid untuk mencontohi sesuatu perlakuan dengan mudah. Semasa membuat demonstrasi, guru perlu memberikan penerangan yang jelas supaya murid-murid dapat memerhati apa yang ditunjukkan. Memperkenalkan bahan pembelajaran baru kepada murid-murid melalui deria penglihatan dan pendengaran.
KELEMAHAN TEKNIK DEMONSTRASI
Memerlukan perancangan dan persediaan yang rapi dan teliti oleh guru sebelum sesi tunjuk cara.
Memerlukan bahan dan alat sebenar yang mungkin merbahaya kepada murid dan guru sekiranya tidak diselia dengan betul.
RUMUSAN
Kesimpulannya, dalam memperoleh pengajaran dan pembelajaran yang berkesan guru perlu
mahir dalam menggunakan strategi, pendekatan, teknik dan kaedah pengajaran. Hal ini penting kerana setiap topik berbeza dari segi
kandungannya.
SEKIAN, TERIMA KASIH