strategi kaedah dan teknik pengajaran khsr
DESCRIPTION
teknik pngajaranTRANSCRIPT
DB100279 JAIDI BI. ALI
DB100141 MOHAMAD IDROS B. MOHAMAD
DB100140 MOHAMMED FADZIL B. SELAMAT
DB100249 MOHD KHAIRUL NIZAM B. MAHPOL
DB100006 ARIF B. HAMIDUN
DB100243 ABDUL RAZAK B.ISMAIL
DB100218 ABDUL AZIZ B. IBRAHIM
DB100244 FAIRUL HASSRAN B. SAMSUDIN
DB100140 WAN MUHAMMAD FADLI B. WAN IBRAHIM
DB100153 MASLEHA BT. BOHARI
PENDEKATAN Pendekatan merujuk kepada cara sesuatu mata
pelajaran diajar berdasarkan kepada objektif
jangka panjang .
STRATEGI Merupakan kaedah dan teknik yang dirancangkan
dan digunakan dalam satu-satu pengajaran.
Dengan itu strategi pengajaran-pembelajaran
merangkumi sema kaedah dan teknik yang
digunakan oleh guru
KAEDAH Satu ciri tindakan guru yang bersistematik serta
berurutan dan bertujuan mencapai mencapai
objektif yang spesifik
TEKNIK Merujuk kepada unit-unit kecil yang terkandung
didalam sesuatu kaedah . Teknik merangkumi aktiviti,
perlakuan dan kemahiran guru yang digunakan
dalam pengajaran.
PENDEKATAN
STRATEGI
KAEDAH
TEKNIK
STRATEGI P&P
BERPUSATKAN GURU
BERPUSATKAN MURID
BERPUSATKAN BAHAN
Faktor kesediaan dan gaya pembelajaran murid
Strategi yang menggalakkan pemindahan pembelajaran
Strategi yang mewujudkan motivasi
Strategi yang mengekalkan ingatan
Strategi yang meningkatkan pengamatan dan penanggapan
Strategi yang berdaya fikir
Strategi yang memupuk nilai
Dibawah strategi ini murid memainkan peranan penting dalam proses pembelajaran.
Murid-murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka.
Guru merupakan fasilitator yang membimbing murid menjalankan aktiviti pembelajaran sama ada secara kumpulan atau individu.
Didalam proses pengajaran dan pembelajaran, lebih banyak masa diperuntukkan kepada aktiviti pembelajaran murid.
SIMULASI LAWATAN PROJEK
PERMAINAN PERBINCANGAN
• Guru mewujudkan situasi bermasalah
• Penerangan secara ringkas situasi bermasalah
• Peranan watak dan tempoh lakonan
• Guru memilih murid untuk memainkan peranan
• Murid memainkan peranan sambil menyelesaikan masalah dalam situasi itu
• Guru berbincang dengan murid cara penyelesaian masalah yang dibuat
• Satu kesimpulan atau rumusan dibuat tentang simulasi yang dijalankan
Murid dapat praktikkan kemahiran
Kesediaan murid
Peluang untuk mencuba
Murid dapat mengambil bahagian secara aktif
Suasana pembelajaran yang menyeronokkan
Sikap dan perasaan murid dapat dilihat
Memupuk daya cipta
Menggalakkan interaksi
Lawatan merupakan satu kaedah pembelajaran yang menepati pendekatan pembelajaran secara kontekstual.
Pelajar biasanya dibawa ketempat-tempat seperti kilang-kilang, muzium atau organisasi yang ada kaitan dengan topik pelajaran.
Kejayaan sesuatu lawatan bergantung kepada persediaan sebelum lawatan, semasa lawatan dan selepas lawatan. Disamping itu guru boleh sediakan soalan-soalan berkaitan tentang aspek-aspek penting tempat yang dilawati. Cara ini dapat membantu murid memberi perhatian kepada perkara-perkara penting yang harus diperhatikan semasa lawatan.
Tempat lawatan
Perancangan
Fokus
• Sesuai dengan topik
• Sesuai dengan murid
• Pengisian lawatan
• Sasaran murid
• Sediakan soalan
• Refleksi dibuat
Dapat memberi pengalaman secara langsung kepada murid
Kesedaran murid terhadap alam sekitar bertambah
Lawatan membawa kesan yang besar kerana penggunaan pelbagai deria
Sesuai untuk semua mata pelajaran
Mendatangkan satu variasi kepada aktiviti bilik darjah
Tanggungjawab membawa murid adalah berat
Masalah disiplin murid akan wujud
Banyak prosedur yang perlu dipatuhi
Kaedah projek adalah suatu kaedah yang mana murid-murid melakukan kegiatan dalam situasi sebenar untuk mendapatkan sesuatu hasil. Melalui kaedah ini murid-murid boleh belajar melalui pengalaman, pemerhatian dan percubaan. Kaedah ini biasanya dijalankan dalam mata pelajaran kemahiran hidup. Murid-murid menanam sayur, membina landskap dan membina rak serbaguna sebagai projek dalam matapelajaran ini.
Pastikan bahan dan peralatan yang diperlukan disediakan atau mudah diperolehi oleh murid
Murid dibimbing dalam memilih dan melaksanakan projek mereka
Objektif-objektif sesuatu projek dijelaskan
Penyeliaan perlu untuk pastikan projek berjaya dilaksanakan
Penilaian projek dibuat oleh guru dan murid
Melibatkan domain afektif, kognitif dan psikomotor
Menambah minat dan motivasi murid
Membentuk sikap tanggungjawab, nilai kepimpinan
Belajar melalui pengalaman
Memupuk semangat berpasukan
Mengambil masa yang panjang
Bahan dan sumber yang terhad
Murid mungkin melakukan kesilapan kerana kurang pengetahuan
Masalah disiplin mungkin timbul
Strategi pemusatan guru ada bertujuan
sebagai alat bantu kepada guru dalam
merangka penggunaan kaedah dan
teknik yang bersesuaian dengan tahap
pelajar agar objektif pembelajaran
dicapai.
KAEDAH DAN
TEKNIK
SYARAHAN / KULIAH
DEMONSTRASI &
TUNJUKCARA BERCERITA
Syarahan adalah kaedah pengajaran yang
tradisional atau konvensional. Guru
menyampaikan isi pelajaran dengan cara
autokratik kepada murid-murid. Guru
memainkan peranan utama dalam proses
pengajaran. Komunikasi adalah sehala
dimana guru bercakap dan mrid
medengar. Guru lebih pentingkan
pencapaian objektif pembelajaran bukan
perkembangan menyeluruh.
MUDAH BOSAN
MURID CEPAT
BERASA PUAS HATI
MURID KURANG KREATIF
SIFAT SOSIAL KURANG DIPUPUK
KURANG UPAYA
MEMBUAT GENERALISASI
Tunjuk cara atau demonstrasi
merupakan sau kaedah pengajaran
dimana seseorang guru menunjukkan
bagaimana sesuatu perbuatan, proses
atau cara dihadapan murid-murid.
Kaedah ini amat berkesan dalam
pengajaran bagi matapelajaran
Kemahiran Hidup.
Tujuan demonstrasi dijelaskan
kepada pelajar
Perancangan dan persiapan
awal dibuat terlebih dahulu
Bahagikan murid kepada
kumpulan-kumpulan
Ulang semula jika terdapat
pelajar kurang jelas
Galakkan penyertaan
murid
Membuat rumusan diakhir
demonstrasi
Model hidup
Model persepsi
Model simbolik
Melibatkan pelbagai
deria
Dapat mengekalkan
tumpuan
Mudah murid memahami
Berkesan dalam subjek
teknikal
Teknik bercerita mudah menarik
perhatian murid-murid. Pembelajaran
berlaku dalam situasi yang
menyeronokkan
Pilih cerita yang sesuai
Wujudkan suasana
Frasa yang menarik
Alat bantu mengajar menarik
Pandang kearah murid
secara bergilir-gilir
Wujudkan peluang untuk
penyertaan murid
Pembelajaran menjadi satu
proses menarik
Penglibatan murid dapat dikekalkan
Tumpuan murid dapat dikekalkan
Suasana sosio emosi sihat dan selesa
Pengukuhan pembelajaran berlaku- murid minat cerita
Berasaskan bahanStrategi pemusatan bahan terbahagi kepada dua kategori iaitu bahan pengajarandan bahan pembelajaran. Bahan – bahan yang digunakan ialah spaerti carta,graf,petaspecimen, model gambar, slaid video, perakam pita dan projektor. Bahan yang lebihcanggih adalah pakej pembelajaran berasaskan komputer, CD-ROOM, komputer multimedia, cakera padat interaktif, bahan daripada internet, persidangan- tele dan persidangan – video. Strategi ini memupuk sifat –sifat sosial yang positif khasnya bilamurid dan guru berkongsi sumber dan bahan. Murid – murid mendapat pengalaman
realistik kerana dapat melihat situasi sebenar atau bahan maujud dan kronkrit. Inimenjadikan proses pengajaran lebih bermakna. Interaksi yang berlaku di dalam bilik darjah banyak hala iaitu di antara guru dengan bahan, bahan dengan murid dan gurudengan murid dan bahan. Strategi ini mengutamakan kecekapan dan kemahiran muriddalam memanipulasikan pelbagai jenis bahan. Strategi ini lebih sesuai digunakan olehguru kerana ia menekankan perkembangan jasmani, kognitif dan rohani murid murid.Pembelajaran berasaskan sumber sangat berguna dalam membantu guru menghadapimurid pelbagai keperluan. Strategi ini menyediakan pelbagai wahana untuk murid belajar untuk kadar masing – masing pada setiap masan dan di tempat pilihan mereka.
i
Menerangkan tujuan-tujuan menyoal.
Menerangkan komponen-komponen dalam kemahiran menyoal.
Menerangkan teknik menyoal yang berkesan.
Menerangkan kaitan antara penyoalan dengan kemahiran berfikir.
Menerangkan cara untuk menggalakkan pemikiran dalam (deeper thingking and answers) daripada pelajar.
i
Menguji tahap kefahaman pelajar dan pengetahuan sedia ada pelajar.
Tingkat interaksi dan penglibatan pelajar dalam kelas.
Hasilkan pemindahan pelajaran.
Membimbing pemikiran murid.
Kekal perhatian pelajar.
BOLEHKAH ANDA TAMBAH LAGI SENARAI INI?
i
Teknik sebaran
› Arah soalan keseluruh kelas.
› Hentian (wait time) cukup masa
diperuntukkan untuk pelajar memikirkan
jawapan.
› Memanggil nama pelajar atau beberapa
pelajar.
i
Mengutarakan soalan › Lancar dan jelas sebutan.
› Nada suara yang sesuai, formal tetapi mesra.
› Berhadapan pelajar dan menyebut soalan keseluruh pelajar.
› Mengulang soalan bila tiada respon pelajar- boleh juga reword soalan tersebut, atau memberi klue atau bayangan.
i
Melayan jawapan
› Panggil nama pelajar.
› Mendengar jawapan dengan sabar.
› Memberi pujian, melengkapkan jawapan
atau boleh memperbaiki jawapan pelajar.
i
Guru mahir dengan isi pelajaran.
Rancang untuk menyoal dan bentuk soalan
dengan baik.
Penggunaan dan penguasaan bahasa pertuturan
yang tinggi.
Tahu teknik menyoal yang berkesan.
Soalan---wait time---panggil nama---respon jawapan
Layan soalan dari pelajar.
Beri peneguhan yang ikhlas dalam bentuk verbal
atau non-verbal.
Benjamin Bloom (1956) dalam Taxonomy of Educational Objectives: Handbook I: Cognitive
Domain (New York: David McKay) telah memperkenalkan satu hierarki kognitif yang disusun dari
aras rendah hingga ke aras tinggi iaitu aras pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis
dan penilaian. Taksonomi ini terkenal dengan nama Taksonomi Bloom (lihat Lampiran 5).
1. Pengetahuan
Aras kognitif yang terendah yang melibatkan proses mengingat kembali maklumat, fakta,
definisi dan sebagainya.
Contoh:
Bilakah Malaysia mencapai kemerdekaan?
2. Pemahaman
Aras kognitif yang melibatkan proses mula mengembangkan pemikiran. Pada aras ini pelajar
menyatakan idea-idea utama dalam perkataan mereka sendiri.
Contoh:
Ahli-ahli sejarah menggunakan sumber arkeologi untuk mengkaji sejarah purba yang tidak
mempunyai sumber bertulis.
Sumber arkeologi berkaitan dengan
A bahan-bahan peninggalan masyarakat dahulu yang tertanam dalam bumi.
B benda-benda yang dijumpai oleh ahli arkeologi dalam usaha cari gali.
C barang-barang yang mempunyai ukiran dan tulisan yang boleh difahami.
D alat-alat perkakas zaman silam yang masih digunakan hingga sekarang.
3. Aplikasi
Pelajar menggunakan pengetahuan dan maklumat (konsep, teori, prinsip, hukm atau
prosedur dan sebagainya) yang mereka pelajari serta kefahaman mereka tentang
pengetahuan dan maklumat itu, dan kemudian diaplikasikan dalam satu situasi baru.
Contoh:
Pada tahun 1974, bapa Ahma ingin melancong ke negara China tetapi gagal.
Yang manakah berikut menerangkan dengan tepat tentang kegagalan bapa Ahmad itu?
A Beliau membatalkan lawaannya kerana sebab-sebab tertentu.
B Beliau sukar mendapat kebenaran daripada kerajaan.
C Beliau enggan mematuhi peraturan imigresen.
D Beliau belum menyiapkan dokumen perjalanannya.
4. Analisis
Aras kognitif yang menunjukkan bahawa pelajar boleh mengasingkan idea-idea ke dalam
komponen-komponennya yang berasingan dan mereka dapat menunjukkan yang mereka
memahami hubungan antara komponen-komponen itu. Dalam proses analisis, pertimbangan
dan penghakiman adalah satu cara yang penting bagi mendapatkan satu kesimpulan.
Kesimpulan itu mempunyai bukti-bukti atau hujah-hujah.
HAK CIPTA TERPELIHARA