standard kandungan aspek seni bahasa menentukan keupayaan murid mengungkapkan keindahan bahasa

5
Standard Kandungan Aspek Seni Bahasa menentukan keupayaan murid mengungkapkan keindahan bahasa, memahami dan menghargai bahasa melalui pelbagai aktiviti seni bahasa secara kreatif. Guru perlu menyediakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini secara didik hibur supaya dapat menarik minat murid dan membantu murid lebih berketrampilan serta menghayati kandungan seni bahasa itu. Dalam strategi pengajaran dan pembelajaran seni bahasa, guru harus menetapkan objektif yang perlu dicapai oleh murid dengan merujuk Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Kemahiran Seni Bahasa yang disediakan. Standard Kandungan Seni Bahasa Murid patut mengetahui dan boleh melakukan: 1. Menyebut dan memahami unsur seni dalam lagu melalui nyanyian secara didik hibur 2. Mengujarkan bahasa yang indah dan menggunakan bahasa badan secara kreatif semasa bercerita secara didik hibur. 3. Mengujarkan bahasa yang indah dan menggunakan bahasa badan dengan kreatif melalui lakonan secara didik hibur. 4. Melafaz dan memahami puisi dengan intonasi yang betul menggunakan bahasa yang indah secara didik hibur. CONTOH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN DIDIK HIBUR TEMA KEKELUARGAAN TAJUK Kebun Datuk Saya FOKUS UTAMA Standard Kandungan 4.1 Menyebut dan memahami unsur seni dalam lagu melalui nyayian secara didik hibur. Standard Pembelajaran 4.1 .1 Menyebut seni kata lagu melalui nyayian secara didik hibur. FOKUS Standard Kandungan 1.5 Bercerita dan

Upload: goh-kokming

Post on 27-Oct-2015

14 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Didik Hibur

TRANSCRIPT

Page 1: Standard Kandungan Aspek Seni Bahasa Menentukan Keupayaan Murid Mengungkapkan Keindahan Bahasa

Standard Kandungan Aspek Seni Bahasa menentukan keupayaan murid mengungkapkan keindahan bahasa, memahami dan menghargai bahasa melalui pelbagai aktiviti seni bahasa secara kreatif. Guru perlu menyediakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini secara didik hibur supaya dapat menarik minat murid dan membantu murid lebih berketrampilan serta menghayati kandungan seni bahasa itu. Dalam strategi pengajaran dan pembelajaran seni bahasa, guru harus menetapkan objektif yang perlu dicapai oleh murid dengan merujuk Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Kemahiran Seni Bahasa yang disediakan.

Standard Kandungan Seni Bahasa

Murid patut mengetahui dan boleh melakukan:

1. Menyebut dan memahami unsur seni dalam lagu melalui nyanyian secara didik hibur

2. Mengujarkan bahasa yang indah dan menggunakan bahasa badan secara kreatif semasa bercerita secara didik hibur.

3. Mengujarkan bahasa yang indah dan menggunakan bahasa badan dengan kreatif melalui lakonan secara didik hibur.

4. Melafaz dan memahami puisi dengan intonasi yang betul menggunakan bahasa yang indah secara didik hibur.

CONTOH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN DIDIK HIBUR

TEMA KEKELUARGAANTAJUK Kebun Datuk Saya

FOKUS UTAMA

Standard Kandungan 4.1 Menyebut dan memahami unsur seni dalam lagu melalui nyayian secara didik hibur.

Standard Pembelajaran 4.1.1 Menyebut seni kata lagu melalui nyayian secara didik hibur.

FOKUS SAMPINGAN

Standard Kandungan 1.5 Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara semula dengan tepat menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.

Standard Pembelajaran 1.5.1 Bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul menggunakan ayat tunggal.

OBJEKTIF Pada akhir pengajaran, murid dapat:

a) Menyebut seni kata lagu dengan sebutan yang betul dan jelas melalui

Page 2: Standard Kandungan Aspek Seni Bahasa Menentukan Keupayaan Murid Mengungkapkan Keindahan Bahasa

nyayian secara didik hibur.

b) Menamakan haiwan-haiwan yang terdapat dalam gambar.PENGISIAN KURIKULUM

a) Ilmu: Pendidikan MoralNilai: Kasih saying, keberanian

b) KBT:Verbal linguistic, visual ruang, kinestetikSISTEM BAHASA

Tatabahasa; Kata nama am

MEDIA Seni kata lagu, gambar tunggal, kad perkataan dan lampiran

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

AKTIVITI PENGISIAN KURIKULUM

CATATAN

Langkah 1

1. Guru memaparkan gambar tunggal pada papan tulis.

2. Murid diminta menamakan haiwan-haiwan yang terdapat dalam gambar tersebut dan membincangkan tentang haiwan tersebut.

Contoh:- bunyi haiwan

Nilai: Kasih sayang

Teknik Soal Jawab

Teknik nyayian

Lampiran 1

Gambar tunggal(carta gambar atau slaid powerpoint)

Langkah 2

1. Guru memperdengarkan lagu “Pak Mamat Ada Kebun”.

2. Guru mempamerkan seni kata lagu “ Datuk Saya Ada Kebun” dan membimbing murid membaca dan menyebut seni kata lagu tersebut.

3. Murid dibimbing oleh guru untuk menyanyikan lagu tersebut sambil melakukan aksi yang sesuai.

4. Murid menyanyikan lagu tersebut secara berkumpulan dan kelas.

5. Guru dan murid menyanyi beramai-ramai sembil melakukan aksi yang

LAGU

Lampiran 2

Seni kata lagu “ Datuk Saaya Ada Kebun”.

Page 3: Standard Kandungan Aspek Seni Bahasa Menentukan Keupayaan Murid Mengungkapkan Keindahan Bahasa

sesuai.AKTIVITI PENGISIAN

KURIKULUMCATATAN

Langkah 3

1. Sediakan 5 keping kad perkataan.(ayam,itik,kambing,burung,

kucing)

2. Pilih 5 orang murid secara rawak. Murid diminta melekatkan kad perkataan pada gambar yang sesuai pada Lampiran 1.

3. Kemudian murid diminta menyebut nama-nama haiwan dengan sebutan yang betul.

4. Murid yang melekatkan kad perkataan diminta bercerita tentang haiwan-haiwan yang telah disebut tadi

KBT

Kontekstual

Nilai: Keberanian

Lampiran 3

-kad perkataan

Lampiran 1

-kad gambar

Langkah 4

1. Murid diminta menyanyikan semula lagu ‘ Datuk Saya Ada Kebun” dengan sebutan yang betul dan intonasi dan gaya dan sesuai sebagai penutup.

Lampiran 2

- seni kata lagu “Datuk Saya Ada Kebun”.

Seni Kata Lagu

Datuk Saya Ada Kebun

Datuk saya ada kebun,

Iya,iya,o

Di kebunnya ada ayam,

Iya,iya,o......

Kok,kok ni, dan kok kok tu,

kok ni kok tu

Kok, kok, kok, kok

Page 4: Standard Kandungan Aspek Seni Bahasa Menentukan Keupayaan Murid Mengungkapkan Keindahan Bahasa

Datuk saya ada kebun,

Iya,iya,o,

Di kebunnya ada itik,

Iya,iya,o....

Kuek,kuek ni dan kuek kuek tu,

kuek ni kuek tu,

kuek,kuek,kuek,kuek,

(ulang untuk semua haiwan)

Irama lagu: Pak Mamat Ada Kebun