ianya mengenai keupayaan

93
IANYA MENGENAI KEUPAYAAN Panduan Pembelajaran Untuk Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya (OKU)

Upload: phambao

Post on 11-Jan-2017

272 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

IANYA MENGENAI

KEUPAYAANPanduan Pembelajaran Untuk Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya (OKU)

Page 2: IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

PenghargaanBuku panduan ini ditulis oleh Valerie Karr, seorang pelajar Ph.D di Teacher’s College, Columbia University yang juga seorang pakar dalam bidang kekurangupayaan dan pendidikan kanak-kanak. Buku panduan ini merupakan pasangan kepada terbitan Ianya Mengenai Keupayaan, sebuah versi buku kecil Konvensyen PBB yang mesra kanak-kanak mengenai Hak Orang Kurang Upaya (OKU).

Penghasilan kedua-dua bahan telah dimulakan di UNICEF di bawah pimpinan Seksyen Perlindungan Kanak-kanak, dengan sokongan daripada Unit Perkembangan dan Penyertaan Remaja. Buku panduan dan risalah telah diedit dan dihasilkan oleh Bahagian Komunikasi UNICEF.

UNICEF ingin mengucapkan terima kasih kepada Rosangela Berman Bieler dan Sergio Meresman daripada Inter-American Institute of Disability and Inclusive Development selaku rakan pengulas buku panduan ini. Kami juga merakamkan penghargaan kepada individuindividu lain yang memberi pandangan sepanjang penghasilan drafnya: Helen Schulte (UNICEF), Ravi Karkara (UNICEF), Shaila Parveen Luna (UNICEF), Lena Karlsson (Pusat Penyelidikan Innocenti UNICEF), Cristina Gallegos (UNICEF), Jaclyn Tierney (UNICEF) dan Carolina Hepp (UNICEF).

Karya-karya berikut telah memberi inspirasi dalam penulisan buku panduan ini daripada berbagai sudut: Victor Santiago Pineda, pengasas Yayasan Victor Pineda dan pengarang It’s About Ability (Ianya Mengenai Keupayaan); Katherine N. Guernsey dan Joelle M. Balfe, pengarang bersama Human Rights, YES! dan Nancy Flowers, penyunting;Advocating Change Together (ACT) Minnesota , sebuah organisasi akar umbi hak-hak kekurangupayaan yang diuruskan oleh dan untuk golongan kurang upaya dari segi perkembangan dan lain-lain; Janet E. Lord, LLB, LLM, LLM, rakan kongsi, BlueLaw International LLP dan pengarang bersama Human Rights, YES! : Tindakan dan perjuangan demi hak OKU, yang telah menyemak dengan teliti It’s About Ability; Hugh Vasquez, M. Nell Myhand dan Allan Creighton bersama Institut Todos yang memberi inspirasi melalui kurikulum Making Allies, Making Friends , Mencari Sahabat kepada rangka sesi pembelajaran partisipatori yang teliti untuk golongan muda.

UNICEF sangat berbesar hati dan menghargai sokongan padu daripada Jawatankuasa Jerman untuk UNICEF dalam menjayakan projek ini.

© United Nations Children’s Fund (UNICEF)

Mei 2009

Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula kecuali setelah mendapat kebenaran. Sila hubungi Bahagian Pembangunan Profesional, Jabatan Komunikasi, UNICEF.

3 UN Plaza, New York, NY 10017, USATel: (+1-212) 326-7434Faks: (+1-212) 303-7985Email: [email protected]

Kebenaran akan diberi secara percuma kepada insttusi pendidikan atau organisasi yang tdak berasaskan keuntungan. Sedikit bayaran akan dikenakan untuk pihak-pihak lain.

Illustrasi kulit buku oleh Lea Nohemi Hernandezz

Rekabentuk buku oleh BlissDesign.com

PenghargaanBuku panduan ini ditulis oleh Valerie Karr, seorang pelajar Ph.D di Teacher’s College, Columbia University yang juga seorang pakar dalam bidang kekurangupayaan dan pendidikan kanak-kanak. Buku panduan ini merupakan pasangan kepada terbitan Ianya Mengenai Keupayaan, sebuah versi buku kecil Konvensyen PBB yang mesra kanak-kanak mengenai Hak Orang Kurang Upaya (OKU).

Penghasilan kedua-dua bahan telah dimulakan di UNICEF di bawah pimpinan Seksyen Perlindungan Kanak-kanak, dengan sokongan daripada Unit Perkembangan dan Penyertaan Remaja. Buku panduan dan risalah telah diedit dan dihasilkan oleh Bahagian Komunikasi UNICEF.

UNICEF ingin mengucapkan terima kasih kepada Rosangela Berman Bieler dan Sergio Meresman daripada Inter-American Institute of Disability and Inclusive Development selaku rakan pengulas buku panduan ini. Kami juga merakamkan penghargaan kepada individuindividu lain yang memberi pandangan sepanjang penghasilan drafnya: Helen Schulte (UNICEF), Ravi Karkara (UNICEF), Shaila Parveen Luna (UNICEF), Lena Karlsson (Pusat Penyelidikan Innocenti UNICEF), Cristina Gallegos (UNICEF), Jaclyn Tierney (UNICEF) dan Carolina Hepp (UNICEF).

Karya-karya berikut telah memberi inspirasi dalam penulisan buku panduan ini daripada berbagai sudut: Victor Santiago Pineda, pengasas Yayasan Victor Pineda dan pengarang It’s About Ability (Ianya Mengenai Keupayaan); Katherine N. Guernsey dan Joelle M. Balfe, pengarang bersama Human Rights, YES! dan Nancy Flowers, penyunting;Advocating Change Together (ACT) Minnesota , sebuah organisasi akar umbi hak-hak kekurangupayaan yang diuruskan oleh dan untuk golongan kurang upaya dari segi perkembangan dan lain-lain; Janet E. Lord, LLB, LLM, LLM, rakan kongsi, BlueLaw International LLP dan pengarang bersama Human Rights, YES! : Tindakan dan perjuangan demi hak OKU, yang telah menyemak dengan teliti It’s About Ability; Hugh Vasquez, M. Nell Myhand dan Allan Creighton bersama Institut Todos yang memberi inspirasi melalui kurikulum Making Allies, Making Friends , Mencari Sahabat kepada rangka sesi pembelajaran partisipatori yang teliti untuk golongan muda.

UNICEF sangat berbesar hati dan menghargai sokongan padu daripada Jawatankuasa Jerman untuk UNICEF dalam menjayakan projek ini.

© United Nations Children’s Fund (UNICEF)

Mei 2009

Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula kecuali setelah mendapat kebenaran. Sila hubungi Bahagian Pembangunan Profesional, Jabatan Komunikasi, UNICEF.

3 UN Plaza, New York, NY 10017, USATel: (+1-212) 326-7434Faks: (+1-212) 303-7985Email: [email protected]

Kebenaran akan diberi secara percuma kepada insttusi pendidikan atau organisasi yang tdak berasaskan keuntungan. Sedikit bayaran akan dikenakan untuk pihak-pihak lain.

Illustrasi kulit buku oleh Lea Nohemi Hernandezz

Rekabentuk buku oleh BlissDesign.com

Page 3: IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

Page 4: IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

ISI KANDUNGAN

Pendidikan partisipatori hak asasi manusia: . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 2

Nota fasilitator . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 3

Unit 1 : Pengenalan kepada kekurangupayaan dan hak asasi manusia . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 7

Kepelbagaian manusia dan hak asasi manusia . . . . . . . . . . . . . . . . 8Menghargai perbezaan . . . . . . . . 8Apa itu hak asasi manusia? . . . . 10

Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Hak Orang Kurang Upaya (OKU) . . . 14

Gambarajah ilustrasi kesalingbergantungan hak . . . . 17

Model sosialkekurangupayaan . . . . . . . . . . . . 20

Unit II: Menghormati individu lain . . . . 24

Kesamarataan dan tidak berdiskriminasi . . . . . . . . . . . . . . 25Diskriminasi . . . . . . . . . . . . . . . . 26Mitos dan stereotaip . . . . . . . . . 27Menghormati . . . . . . . . . . . . . . . 29Perangkuman samarata . . . . . . 31

Bebas daripada keganasan dan penderaan . . . . . . . . . . . . . . . . . 34Keselamatan . . . . . . . . . . . . . . . . 34Keganasan dan penderaan . . . . 36Hentikan keganasan dan Penderaan . . . . . . . . . . . . . . . . . . 41

Rumah dan keluarga . . . . . . . . . 44Hak terhadap rumahdan keluarga . . . . . . . . . . . . . . . . 44Sokongan keluarga . . . . . . . . . . 46

Unit III: Perangkuman dalam masyarakat . . . . . . . . . . . . . . . . 49

Aksesibiliti dan hidup berdikari 50Projek akses . . . . . . . . . . . . . . . . 51Cabang-cabang hidupberdikari . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 54

Pendidikan . . . . . . . . . . . . . . . . . 57Menggapai bintang . . . . . . . . . . 58Kaki buli . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 60Kelas kami . . . . . . . . . . . . . . . . . 63

Unit IV: Perubahan dalam masyarakat 65

Perjuangan dan tindakan . . . . . 66Meningkatkan kesedaran . . . . . 67Apa itu seorang pejuang . . . . . . 69Merancang tindakan . . . . . . . . . 71

Unit V: Maklumbalas anda penting! . . 76

Istilah-istilah penting dalam buku panduan ini . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 78

Sumber Lembaran 1: Konvensyen mengenai Hak OKU Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNCRPD) versi mesra kanak-kanak . . . . . . 81Lembaran 2: Jenis-jenis keupayaan

yang berbeza . . . . . . . . . . . . . . . 86Lampiran I: Petua-petua untukperangkuman . . . . . . . . . . . . . . . 87

Page 5: IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

2 Panduan Pembelajaran Untuk Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya

Pendidikan partisipatori hak asasi manusia:Cara menggunakan buku panduan iniPengenalan

Matlamat buku panduan aktiviti hak asasi manusia ini ialah untuk memperkasakan kanak-kanak dan golongan muda yang mempunyai kekurangan upaya ataupun sebaliknya supaya bersuara di Konvensyen mengenai Hak OKU (CRPD), untuk memperjuangkan hak-hak mereka dan menjadikan komunitii mereka lebih terangkum .

Buku panduan ini dihasilkan sebagai sumber kepada buku kecil Ianya Mengenai Keupayaan: Penjelasan tentang Konvensyen Hak OKU, satu rumusan Konvensyen yang ditulis khas untuk kanak-kanak . Aktiviti-aktiviti dalam buku panduan ini untuk kegunaan pemimpin muda, rakan pembimbing, guru-guru dan para pendidik lain di peringkat masyarakat bagi memudahkan pembelajaran berkenaan Konvensyen ini serta cara menggunakannya di kalangan anak-anak berusia 12 hingga 18 tahun . Teras utama buku panduan ini ialah bahawa semua kanak-kanak dan golongan muda adalah sama rata: dengan sikap, sokongan dan keyakinan yang sepatutnya, setiap orang boleh menikmati kehidupan bermaruah pilihan sendiri dan bermakna dalam masyarakat .

Sila maklum bahawa buku panduan ini bukanlah sumber lengkap Konvensyen . Maklumat lanjut tentang hak-hak dalam Konvensyen boleh didapati di <www .un .org/disabilities> .

Fokus Pembelajaran Partisipatori

Buku panduan aktiviti ini ditujukan kepada kanak-kanak dan golongan muda yang kurangupaya mahupun normal agar menjadi pelajar berilmu yang berdaya untuk memperjuangkan hak asasi manusia dan kekurangupayaan . Unit-unit dan sesi-sesi dalam buku ini boleh digunakan secara tersendiri mahupun keseluruhannya . Kesemua peserta digalakkan turut serta secara aktif dalam aktiviti-aktiviti dan fasilitator digalakkan untuk menyesuaikan buku panduan ini dengan keperluan anak didik mereka . Gambar grafik, lukisan dan aktiviti amali yang melibatkan semua orang merupakan bahagian penting dalam proses pembelajaran partisipatori .

Sila ingati bahawa matlamat buku panduan ini ialah agar individu-individu dan kumpulan bergabung dan bekerjasama meneroka topik-topik dan isu-isu dalam bentuk terbuka dan bebas dari sebarang penilaian dan untuk menggalakkan tindakan yang berkesan demi perubahan . Setiap orang mempunyai hak terhadap pendapat masing-masing dan perbezaan individu mesti dihormati .

Page 6: IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

3

Nota fasilitator

Menangani perbezaan individu

Kanak-kanak dan golongan muda berbeza antara satu sama lain dan akan menampakkan perbezaan latar belakang, pengalaman dan keperluan ketika bersama dalam kumpulan . Peluang akses yang sama rata merupakan kunci untuk menangani berbagai keperluan, disamping mengingati bahawa terdapat kanak-kanak dan golongan muda yang perlukan lebih sokongan dan masa untuk turut serta berbanding dengan yang lain .

Isu utama yang perlu diambil kira:• Gabungkan kumpulan yang mempunyai kepelbagaian sebanyak mungkin,

termasuklah kanak-kanak OKU dan normal serta seimbang dari segi jantina dan minoriti .

• Pastikan lokasi yang dipilih selesa dan selamat untuk kerja kumpulan dan perkongsian .

• Berikan masa yang banyak untuk interaksi individu dan kumpulan serta perkongsian supaya ahli dapat membina hubungan dan persahabatan dan merasai semangat berkumpulan . Bantu kanak-kanak yang terpinggir untuk menyertai kumpulan sekiranya dia mahu . Hormati keinginan mereka, jika mereka enggan berinteraksi dengan yang lain, cuba dorong penyertaan mereka .

• Pastikan kesemua keperluan komunikasi disediakan . Sediakan juru bahasa isyarat, jika diperlukan . Penerangan imej, bahan-bahan dan situasi perlu disediakan untuk kanak-kanak yang buta atau bermasalah penglihatan (lihat Lembaran 2 di muka surat 86 untuk berbagai bentuk komunikasi).

• Bahasa yang mudah perlu digunakan terutama bagi kanak-kanak dengan kekurangupayaan intelektual, buta huruf atau rendah tahap pendidikan serta yang menggunakan bahasa utama berbeza dengan bahasa yang diguna pakai .

• Pastikan setiap aspek program terbuka kepada semua kanak-kanak-daripada permainan dan aktiviti kumpulan hinggalah perbincangan . Pertimbangkan soalan berikut:

• Adakah lokasinya mudah untuk dikunjungi?

Adakah bangunannya mempunyai tangga atau laluan yang tidak boleh dilalui oleh kerusi roda?

Adakah tandasnya sesuai untuk digunakan bersama kerusi roda dan kanak-kanak yang mempunyai kesukaran pergerakan?

Adakah tempat duduk dan meja sesuai untuk semua orang?

Bolehkah kerusinya ditarik untuk meletakkan kerusi roda pada meja?

Adakah bahasa, bahan-bahan dan kaedah memudahkan kanak-kanak dari segi kepelbagaian jenis perwatakan/keadaan/situasi?

Adakah bahasa/bahan-bahan dan kaedahnya sesuai dengan budaya semua kanak-kanak dalam kumpulan?

Sumber : Jadi anda mahu berunding dengan kanak-kanak? Set peralatan untuk amalan murni, ave the Children, 2003.

IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

Page 7: IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

4 Panduan Pembelajaran Untuk Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya

Sikap positif

Jangan sesekali memandang rendah terhadap kemampuan dan cara anda dapat mempengaruhi orang lain . Sentiasalah menggalakkan sikap yang positif dan menerima dalam suatu kumpulan melalui tauladan dan didikan . Prasangka mudah timbul dalam kumpulan, jadi sikap positif sangat penting . Peserta mungkin membawa sikap prasangka atau stereotaip daripada rumah ataupun kawan-kawan ke dalam kumpulan . Adalah penting diingati bahawa jika berhadapan dengan prasangka, cabar pandangan ataupun sikap tersebut secara baik sebaik sahaja ia terjadi . Ini perlu ditangani secara tegas, dengan sikap memahami agar semua ahli belajar menerimanya . Cuba mengolah pandangan untuk menekankan sikap menerima dan nilai kepelbagaian manusia .

Pembelajaran partisipatori

Aktiviti-aktiviti dalam buku panduan ini adalah berdasarkan pendekatan pembelajaran partisipatori . Fasilitator berfungsi untuk membimbing aktiviti-aktiviti dan biarkan kumpulan berinteraksi secara aktif dalam perbincangan dan pembelajaran . Ingatlah bahawa semakin kecil kumpulan maka prosesnya melibatkan penyertaan yang lebih banyak . Sambil menghargai kepelbagaian manusia, kita perlu benarkan semua orang bersuara dan jangan lupa memberi kelonggaran dan menerima input daripada peserta muda . Kumpulan yang ideal sepatutnya tidak mempunyai lebih daripada 15 peserta .

Kekurangupayaan di dalam kitar hidup

Masyarakat terdiri daripada individu-individu dan kumpulan-kumpulan dengan fungsi yang berbagai cara . Kekurangupayaan adalah sebahagian daripada kitar hidup manusia dan boleh muncul pada ketika yang berbeza dalam hidup .

Antara contoh-contohnya:

• Seorang bayi yang perlu dipegang dan dibawa di dalam kereta sorong untuk bergerak .

• Seorang anak kecil yang tidak dapat menekan butang aras di dalam lif .

• Seseorang dengan kaki patah yang bersimen cuba menaiki tangga .

• Seorang wanita yang sedang sarat mengandung hendak menaiki tangga bas .

• Seorang warga yang buta huruf hendak mendapatkan maklumat daripada internet .

• Sekumpulan pelancong yang tidak boleh bertutur bahasa tempatan .

• Seseorang yang tidak mampu membaca tulisan kecil pada arahan preskripsi .

• Orang tua penghidap artritis yang tidak dapat memulas tombol pintu .

Secara am, manusia mengalami kekurangan upaya di dalam masyarakat yang tidak bersedia atau tidak menerima kepelbagaian . Sentiasalah ingat bahawa aspek terpenting dalam kehidupan berdikari ialah pemerkasaan seseorang untuk membuat keputusan sendiri dan menguruskan tanggungjawab mereka . Menggunakan sokongan dalam melaksanakan aktiviti harian merupakan kemudahan yang berpatutan untuk akses: ianya bukanlah suatu kebergantungan . Kunci utama ke arah masyarakat terangkum ialah penerimaan dan sokongan yang memastikan hak-asasi manusia dimiliki oleh semua orang .

Page 8: IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

5

Memahami kekurangupayaan

Kini, pemahaman kita tentang kekurangupayaan telah berubah . Suatu masa dahulu, golongan yang kurang upaya dianggap sebagai objek belas kasihan dan penerima sumbangan kebajikan yang pasif . Pandangan ini perlahan-perlahan diganti dengan

pendekatan berasaskan hak asasi manusia terhadap kekurangupayaan, yang menolak idea lapuk bahawa kecacatan adalah penghalang kepada penyertaan OKU berpunca terutamanya daripada kecacatan mereka .Sebaliknya, ia memfokuskan kepada penghapusan halangan yang direka oleh masyarakat yang menghalang OKU daripada menikmati hak asasi mereka secara sama rata dengan orang lain . Halangan-halangan tersebut termasuklah sikap yang negatif, polisi dan amalan

berdiskriminasi dan persekitaran yang tertutup . Sejajar dengan pendekatan ini, kekurangupayaan dilihat sebagai masalah yang terbina oleh masyarakat dan berkaitan dengan menghapuskan halangan demi penyertaan sepenuhnya oleh golongan OKU .

Halangan-halangan inilah yang dapat menyekat penyertaan secara penuh dan sama rata di dalam masyarakat . Dengan menghapuskan halangan persekitaran dan sikap – sebagai bantahan terhadap cara melayan OKU yang bagaikan masalah untuk ditangani – golongan OKU dapat turut serta sebagai anggota masyarakat yang aktif dan menikmati hak mereka sepenuhnya .

Konvensyen merangkum orang-orang yang kekurangan upaya jangka panjang, samada dari segi fizikal, mental, mahupun intelektual . Ia juga melibatkan golongan yang kekurangan upaya jangka pendek yang diabaikan hak mereka .

Sumber: United Nations Enable; lawati: <www .un .org/diasbilities> untuk maklumat lanjut .

Perangkuman bukan bermaksud memasukkan golongan OKU ke dalam struktur sedia ada, tetapi mengubah sistem supaya merangkumi semua orang . Masyarakat terangkum mengambil langkah yang sepatutnya bagi menyokong semua kanak-kanak di rumah, sekolah, pusat vokasional, acara sukan dan kebudayaan serta ketika bersama masyarakat . Jika terdapat halangan, masyarakat terangkum akan mengubah cara mereka bagi memenuhi keperluan semua kanak-kanak .

Sumber: Children with Disabilities, Ending Discrimination and Promoting Participation, Development and Inclusion, Programme Guidance Note, UNICEF, 2007

“OKU termasuklah mereka yang mempunyai kekurangupayaan dari segi fizikal, mental, intelektual ataupun deria untuk jangka panjang yang mana ketika berinteraksi dengan pelbagai halangan, mungkin menyekat penyertaan mereka secara efektif sepenuhnya dalam masyarakat secara sama rata dengan orang lain.”

— Konvensyen mengenai Hak OKU, Artikel 1 .

IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

Page 9: IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

6 Panduan Pembelajaran Untuk Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya

Tips- Tips umum bagi melaksanakan perangkuman:• Sentiasa melayan kanak-kanak dan golongan muda dengan rasa hormat! Pastikan

anda bercakap terus kepada mereka dan bukannya kepada ibubapa ataupun jurubahasa .

• Beri perhatian kepada keperluan individu dan dengar dengan teliti kata-katanya

• Hormati hak peribadi . Jika anda mempunyai soalan tentang keperluan dan sokongan seseorang, bertanyalah secara peribadi, jauh daripada kumpulan . Jangan bezakan seseorang atau berkongsi maklumat peribadinya dengan orang lain .

• Bersikap terbuka dan fleksibel terhadap perubahan . Bergantung kepada keperluan kumpulan anda, sesetengah aktiviti perlu diubahsuai . Tidak mengapa . Ingatlah bahawa matlamat umum aktiviti ini ialah perangkuman dan buatlah sedikit perubahan untuk melibatkan semua orang .

• Libatkan rakan-rakan dan galakkan bekerjasama . Secara berkumpulan, segala kepayahan dapat diatasi .

• Layan semua orang dengan cara yang bermaruah, hormat dan ihsan . Pastikan anda tidak merendah-rendahkan sesiapa .

• Tawarkan pertolongan selalu bertanya jika dan bagaimana seseorang mahu atau perlu dibantu . Jangan mendesak atau kecil hati jika pertolongan anda ditolak .

• Pastikan latar belakang kerja kumpulan membolehkan semua orang turut serta sama rata (secara terbuka) .

Tips-tips tambahan untuk perangkuman individu-individu dengan kekurangupayaan yang berbeza boleh dirujuk di Lampiran i (muka surat 87) .

Implikasi praktikal daripada hak asasi manusia

Implikasi praktikal daripada hak asasi manusia mengamalkan hak-hak bergantung kepada keadaan sosial, ekonomi dan kebudayaan . Hak asasi manusia hanya wujud di atas kertas di banyak negara . Adalah penting untuk kita memahami penerapan praktikal bagi hak asasi kita .

Jika fasilitator merasakan kumpulannya sudah bersedia, bincangkan keadaan sosial, ekonomi dan kebudayaan yang memberi kesan terhadap hak-hak kanak-kanak dan golongan muda di seluruh dunia serta bandingkan keadaan-keadaan itu dengan masyarakat mereka sendiri (contohnya kanak-kanak yang hidup dalam kesan peperangan, buruh kanak-kanak, anak perempuan tidak dibenarkan bersekolah, kanak-kanak OKU, dan lain-lain) .

Page 10: IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

7

Unit I:Pengenalan kepada hak asasi manusia dan kekurangupayaan

IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

An

i Ver

dya

n, 8

, Arm

enia

Page 11: IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

8 Panduan Pembelajaran Untuk Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya

Kepelbagaian manusia dan hak asasi manusia

Rasional dan gambaran keseluruhan

Para peserta akan dapat melihat secara ringkas atau memahami kepelbagaian manusia dan hak asasi manusia serta pengenalan kepada konvensyen-konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu . Unit ini memfokuskan kepada kesedaran dan pemahaman asas . Sesi-sesi bertujuan untuk mengaitkan hak asasi manusia dengan nilai kepelbagaian manusia .

Objektif keseluruhan

Pada akhir modul ini, para peserta akan dapat:

• Memahami nilai kepelbagaian manusia

• Memahami prinsip-prinsip asas hak asasi manusia

• Memahami peranan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dalam hak asasi manusia

• Memahami peranan kerajaan tempatan dan institusi-institusi lain termasuklah masyarakat .

Masa yang dicadangkan

2 jam 15 minit

Sesi-sesiA . Menghargai perbezaan

B . Apa itu hak asasi manusia

A.Menghargai perbezaan

Penerangan ringkas sesi

Dalam sesi ini para peserta akan dapat memahami kebolehan yang berbeza dan menghargai penggunaan semua kebolehan sebagai satu kumpulan .

Objektif:

Pada akhir sesi ini para peserta akan dapat mengenal pasti kebolehan yang berbeza dalam kumpulan dan bahawa kerjasama dapat mengatasi sebarang halangan . Mereka juga akan memahami bahawa setiap orang mempunyai kebolehan dan perbezaan tersendiri .

Tempoh:

1 jam 15 minit

Kaedah:

Perbincangan kumpulan kecil, perbincangan kumpulan besar dan pembentangan .

Bahan-bahan:

Papan hitam dan kapur atau kertas carta dan pen penanda .

Page 12: IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

9

Proses

Langkah 1: Langkah 1: Aktiviti kumpulan besar (10 minit)

Pecahkan kumpulan kepada dua dan minta ahli-ahli mengkelaskan semula ciri-ciri berikut berdasarkan perbezaan atau persamaan:

• Berambut panjang/berambut pendek

• Perempuan/lelaki

• Tinggi/rendah

• Meminati sukan/tidak

• Pandai bermain muzik/tidak

• Pemalu/tidak

Nota fasilitator: Orang yang sama akan berada dalam kumpulan lain pula mengikut ciri-ciri yang berbeza . Aktiviti ini bertujuan membina pemahaman dan penghargaan kepada kepelbagaian manusia .

Langkah 2: Perbincangan kumpulan besar (10 minit)

Bincangkan dengan seluruh kumpulan bahawa kepelbagaian merupakan bahagian semulajadi dalam hidup manusia .

Semua orang mempunyai perbezaan, samada daripada segi warna, jantina, saiz, bentuk,agama, kejiranan dan apa sahaja . Kekurangupayaan juga begitu . Ia mungkin menghadkan pergerakan seseorang (kebolehan berjalan) atau keupayaannya untuk mendengar, melihat, merasa atau menghidu, tetapi ia tidak menghadkan kekuatan dan keupayaannya . Perbezaan dalam kumpulan sangat berharga . Melalui perbezaan inilah lahirnya kreativiti dan idea-idea baru .

Ceritakan kisah berikut:

Fatima berusia 14 tahun dan mempunyai masalah penglihatan . Dia belajar di sekolah dengan rakan-rakannya, tetapi tidak dapat melihat dengan jelas untuk membaca mahupun melihat gambar yang digunakan di dalam kelas . Kadang kala gurunya menulis nombor-nombor dan melukis imej-imej yang tidak dapat dilihatnya di papan hitam . Kawan baik Fatima, Alya, duduk bersebelahan dengannya di dalam kelas dan menerangkan gambar-gambar dan riak wajah guru . Alya juga membacakan untuk Fatima dan menerangkan gambar-gambar di dalam buku mereka supaya Fatima dapat terlibat sepenuhnya di dalam kelas . Fatima sangat bagus menghafal dalam mata pelajaran sejarah dan menolong Alya mengulangkaji pelajaran . Alya juga sukakan nombor dan matematik . Sebagai satu kumpulan, mereka berdua cemerlang di sekolah . Mereka membantu satu sama lain dengan menggunakan kebolehan mereka sebaik mungkin .

Nota fasilitator: Ini adalah cerita rekaan untuk tujuan perbincangan . Anda juga boleh menggunakan kisah benar .

IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

Page 13: IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

10 Panduan Pembelajaran Untuk Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya

Langkah 3: Perbincangan kumpulan kecil (25 minit)

Bahagikan para peserta kepada kumpulan yang terdiri daripada empat atau lima ahli . Minta kumpulan-kumpulan fikirkan kisah yang baru diceritakan tentang Fatima dan Alya dan berikan satu atau dua contoh yang telah dialami oleh mereka sendiri berhadapan dengan masalah untuk melakukan sesuatu dan telah dibantu oleh seseorang melalui kerjasama kumpulan .

Minta para peserta berbincang dan senaraikan semua keupayaan yang telah membantu mereka melaksanakan sesuatu (yang memerlukan bantuan dan yang membantu) di atas kertas carta . Kemudian minta mereka sediakan perbincangan untuk kumpulan . Contohnya, mahir dengan nombor, mahir mendengar, melukis, membaca, kebolehan bersuara dan sebagainya .

Langkah 4: Pembentangan (25 minit)

Minta kumpulan tadi kembali dalam kumpulan yang besar . Setiap kumpulan perlu menggantung kertas carta mereka di hadapan . Setiap kumpulan akan membentangkan keupayaan yang terkumpul dalam kumpulan mereka . Selepas setiap pembentangan, minta kumpulan tersebut nyatakan faktor utama untuk menjayakan tugasan tersebut . Beri masa kepada para peserta untuk berbincang dan renungkan senarai tersebut .

Langkah 5: (3 hingga 5 minit)

Ulangi bahawa setiap ahli kumpulan mempunyai keupayaan yang unik: sebagai satu pasukan beserta bantuan, semua orang boleh menjadi ahli yang menyumbang kepada kumpulan .

Kunci utama

• Setiap orang mempunyai keupayaan yang unik dan berharga .

• Manusia boleh mencapai apa sahaja jika bekerjasama .

• Menjaga hak dan peluang agar semua orang akan meningkatkan keupayaan .

B. Apa itu hak asasi manusia?

Penerangan ringkas sesi ini

Dalam sesi ini para peserta akan belajar maksud hak asasi manusia juga berkenaan konvensyen-konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu .

Objektif:

Pada akhir sesi para peserta akan dapat memahami maksud hak asasi manusia dan mengenal pasti beberapa prinsip utama hak asasi manusia (contohnya, hak asasi manusia adalah untuk semua orang, ia tidak boleh dirampas atau dipisahkan) . Mereka akan mengenali Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan peranan konvensyen-konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu sebagai undang-undang antarabangsa .

Tempoh:

1 jam

Page 14: IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

11

Kaedah:

Perbincangan kumpulan besar dan perbincangan pendapat .

Bahan-bahan:

Papan hitam dan kapur atau kertas carta dan pen penanda

Proses

Langkah 1: Perbincangan kumpulan besar (25 minit)

Tulis petikan berikut di atas sekeping kertas carta atau papan hitam atau bacakan dengan kuat .

“Seorang guru menjerit kepada saya dan memanggil saya binatang. Dia menjerit dengan kuat (...) lalu terus memukul saya.”

-Seorang kanak-kanak OKU, 12, Sudan . Sumber: Ending Legalised Violence Against Children, Global Report 2006, Global Initiative to End All Corporal Punishment of Children, 2006

“Apabila tiba masa untuk tidur setiap malam, saya sangat bimbang diganggu oleh orang yang telah terbunuh di medan perang, terutama teman-teman yang berjuang bersama saya ketika perang.”

-Lelaki muda, 21, Liberia . Sumber:Voices of Youth, , UNICEF; <www .unicer .org/voy/speakout_453 .html> untuk maklumat lanjut .

“[Saya harap] saya dapat menyertai acara-acara, pergi ke mana-mana sahaja sepertii kanak-kanak bukan OKU.”

— -Kanak-kanak perempuan, 11, Latvia . Sumber: Innocenti Insight on Children and Disability in Transition in CEE/CIS and Baltic Stress, UNICEF, 2005

“Saya dikenakan hukuman [dera sejak hari pertama bersekolah. Kini saya sudah biasa dengannya.”

-Pelajar gred 7, Pakistan . Sumber: Ending Legalised Violence Against Children, Global Report 2006, Global Initiative to End All Corporal Punishment of Children, 2006 .

Baca petikan-petikan di atas dengan kuat kepada kumpulan dan dapatkan pandangan para peserta:

Apakah persamaan dalam pernyataan-pernyataan ini? Tahukah anda?

Petikan-petikan ini merupakan testimoni oleh kanak-kanak yang menghadapi ketidakadilan dalam berbagai cara . Sesuatu telah dirampas daripada mereka dan mereka berasa tidak selamat dan tenteram . Mereka berasa tidak dihormati dan didiskriminasi atau tidak dibenarkan menyertai, samada di sekolah dan aktiviti-aktiviti lain . “Sesuatu” yang mempunyai nama . Ia dipanggil hak .

Baca takrif di bawah dan ulas isi kandungan “Tahukah anda?” berikut .

• Hak-hak setiap manusia perlu diakui dan dihormati oleh semua orang .

IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

Page 15: IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

12 Panduan Pembelajaran Untuk Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya

• Hak asasi manusia merupakan sebahagian daripada anda . Setiap orang dilahirkan bebas dan sama rata .

• Hak asasi manusia adalah milik semua orang . Ia tidak perlu diberikan dan tidak boleh dirampas . Tiada sesiapa boleh menafikan hak-hak ini daripada anda

• Hak asasi manusia saling berkaitan . Ia tidak dapat dipisahkan daripada satu sama lain .

• Hak asasi manusia tidak dapat dimanfaatkan jika anda tidak tahu bahawa anda memilikinya!

Langkah 2: Perbincangan pendapat (15 minit)

Minta para peserta menyatakan beberapa hak asasi manusia dan berkongsi pengalaman samada mereka dapat (atau tidak) merealisasikan sesuatu hak di dalam masyarakat . Senaraikan atau lukis akibat daripada mendapat atau tidak mendapat sesuatu hak di atas kertas carta, papan hitam atau kad manila . Berikan contoh-contoh

hak-hak manusia sekiranya diperlukan .

Langkah 3: Perbincangan dalam kumpulan besar (20 minit)

Terangkan kepada kumpulan bahawa mereka akan mempelajari lebih banyak tentang hak asasi manusia dan kaitannya antara satu sama lain . Maklumkan juga Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menyediakan plaftfom untuk negara-negara mewujudkan perjanjian antarabangsa (juga dipanggil Konvensyen) bagi melindungi dan meningkatkan hak-hak asasi manusia .

Terangkan bahawa Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak (CRC), diterima pakai pada tahun 1989, adalah hasil penting dalam usaha Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu membela hak asasi manusia . Konvensyen itu merupakan yang pertama dalam menjadikan hak kanak-kanak suatu keutamaan dalam pertarungan demi hak asasi

Hak asasi manusia:Setiap orang di dunia ini dilindungi oleh undang-undang yang mempertahankan hak-hak dan maruah sedia ada mereka (maruah semua orang sejak dilahirkan) . Contohnya, setiap manusia berhak mendapat kehidupan dan kebebasan daripada perhambaan . Hak-hak ini ditegaskan di dalam Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia, diterima pakai oleh semua negara anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada 1948 . Semua kanak-kanak berhak mendapat makanan dan penjagaan kesihatan, hak bersekolah dan hak dilindungi daripada keganasan dan penderaan . Kanak-kanak juga berhak menyuarakan pendapat ketika orang dewasa membuat keputusan yang melibatkan mereka, dan pendapat tersebut berhak dipertimbangkan . Hak kanak-kanak dinyatakan di dalam Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak .

Sumber:It’s About Ability, UNICEF, April 2008 .

Contoh-contoh hak asasi manusiaHak untuk hidup

Hak untuk pergi ke sekolah

Hak untuk hidup berdikari di dalam masyarakat

Hak untuk hidup dengan kebebasan dan keselamatan

Hak mempunyai kewarganegaraan

Hak untuk mempunyai pendapat, menyuarakannya dan berkongsikannya dengan orang lain

Hak untuk bekerja

Hak terhadap ketenteraman peribadi

Hak untuk tidak didiskriminasi

Hak untuk diperlakukan dengan adil di dalam mahkamah perundangan

Hak untuk berkahwin dan mempunyai keluarga

Kebebasan daripada kekejaman atau hukuman

Kebebasan daripada keganasan dan penderaan

Page 16: IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

13

manusia di peringkat global . Hak-hak dalam Konvensyen tersebut bertujuan untuk memastikan kanak-kanak menerima semua yang diperlukan untuk membesar, berkembang dan belajar dalam keadaan selamat dan sihat

untuk sepenuhnya menjadi ahli-ahli dalam masyarakat mereka . Bagi memastikan golongan OKU mendapat layanan yang sama dengan orang lain . Negara- negara anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah mewujudkan Konvensyen mengenai Hak OKU (CRPD) . Bagi tujuan ini, mereka telah mendapat bantuan daripada golongan OKU sendiri, dan organisasi-organisasi yang mewakili

mereka . Konvensyen tersebut dikuatkuasakan (contohnya menjadi undang-undang antarabangsa) pada 3 Mei 2008 . Konvensyen ini melindungi dan membela hak asasi semua golongan OKU, termasuklah kanak-kanak dan golongan muda .

Bersama-sama, CRC dan Konvensyen mengenai Hak OKU menyediakan rangka kerja perundangan yang kukuh bagi memastikan kanak-kanak OKU dapat pergi ke sekolah, bermain dan menyertai semua yang diingini oleh semua kanak-kanak . CRC menyenaraikan semua hak kanak-kanak . Konvensyen mengenai Hak OKU menguatkan lagi hak kanak-kanak (dan dewasa) yang hidup dalam kekurangupayaan dan menyatakan tindakan-tindakan yang perlu diambil oleh kerajaan agar golongan kanak-kanak OKU (dan dewasa) mendapat hak-hak mereka .

Kunci utama

• Golongan OKU, termasuk kanak-kanak, seringkali di abaikan hak mereka .

• Hak asasi manusia untuk semua tanpa mengira perbezaan mereka .

• Hak asasi manusia adalah saling berkaitan . Ia mempengaruhi satu sama lain dan tidak dapat dipisahkan .

• Konvensyen-konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu adalah undang-undang antarabangsa yang boleh ditandatangani dan diratifikasi oleh negara-negara . Negara-negara yang telah meratifikasi (mengesahkan) suatu konvensyen telah berjanji untuk mematuhinya . Mereka terikat untuk mengkaji semula dan mengubahsuai, undang-undang negara mereka sekiranya perlu bagi memastikan ia selari dengan matlamat Konvensyen .

Sumber-sumber tambahan:www .un .org/rights/dpi1774e .htmwww .un .org/millennium/law/treaties .htmwww .unicef .org/crc/

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu merupakan organisasi antarabangsa yang terbentuk daripada 192 buah negara anggota yang bekerjasama membawa keamanan dan keadilan di dunia . PBB telah diwujudkan pada tahun 1945 untuk mencegah peperangan di masa hadapan, melindungi hak asasi manusia dan untuk menyediakan satu tempat bagi semua negara di dunia berkumpul bersama dan membincangkan persoalan dan permasalahan yang melibatkan semua orang .

Sumber: United Nations Guidelines on Justice in Matters Involving Child Victims and Witnesses of Crimes (Child-Friendly Version), United Nations Office on Drugs and Crime/UNICEF, 2006 .

Apa itu konvensyen?Sebuah konvensyen adalah perjanjian antara negara-negara untuk mematuhi undang-undang yang sama tentang isu tertentu . Apabila sesebuah negara meratifikasi (mengesahkan) sebuah konvensyen, ia menjadi sebuah janji yang sah di sisi undang-undang dan menjadi panduan kepada tindakan kerajaan tersebut . Ia mempengaruhi kerajaan mengubah dan menyesuaikan undang-undang negaranya ke arah mencapai matlamat konvensyen . Ratifikasi berlaku setelah sebuah konvensyen atau perjanjian yang ditandatangani diperakui oleh sesebuah negara dan menjadi undang-undang di dalam negara tersebut .

Sumber: It’s About Ability,UNICEF, April, 2008 .

IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

Page 17: IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

14 Panduan Pembelajaran Untuk Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya

Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Hak OKU (UNCRPD)

Rasional dan gambaran keseluruhan

Para peserta akan mengkaji dan membiasakan diri dengan prinsip-prinsip Konvensyen dan model sosial bagi kekurangupayaan .

Objektif keseluruhan

Pada akhir modul ini, para peserta akan dapat:

• Memahami prinsip-prinsip Konvensyen

• Memahami saling kaitan antara hak-hak asasi manusia

• Memahami berbagai pandangan yang berbeza terhadap kekurangupayaan

Masa yang dicadangkan

3 jam 5 minit

Sesi-sesi

A . Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Hak OKU

B . Gambarajah ilustrasi hak-hak yang saling bergantungan

C . Model sosial kekurangupayaan

A. Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Hak OKU

Penerangan ringkas sesi ini

Sesi ini bertujuan untuk memperkenalkan para peserta dengan hak-hak OKU termasuklah kanak-kanak OKU .

Objektif:

Pada akhir pembelajaran, para peserta akan dapat menerangkan matlamat Konvensyen, mengapa sebuah perjanjian antarabangsa yang berasingan untuk golongan OKU termasuk kanak-kanak diperlukan, dan memberi contoh-contoh dalam mendapatkan hak asasi manusia .

Tempoh:

1 jam 20 minit

Kaedah:

Perbincangan kumpulan besar, perbincangan dan aktiviti kumpulan kecil

Bahan-bahan:

Segulung kertas carta, pen penanda berwarna atau cat, lembaran Konvensyen mengenai Hak OKU Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu versi mesra kanak-kanak dimuka surat 81-85

Page 18: IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

15

Proses

Langkah 1: Pengenalan (20 minit)

Perkenalkan Konvensyen mengenai Hak OKU sebagai sebuah konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang melindungi dan membela hak asasi manusia dan kebebasan asasi seseorang yang kekurangan upaya, termasuk kanak-kanak . Tanya para peserta mengapakah mereka berasa bahawa sebuah konvensyen khas lain diperlukan walaupun sudah terdapat konvensyen yang melindungi dan membela hak semua manusia . Nyatakan bahawa Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) merangkumi semua kanak-kanak, termasuk kanak-kanak OKU dan bahawa Konvensyen mengenai Hak OKU meluaskan lagi hak-hak yang dijelaskan dalam CRC .

Bincangkan sajak di bawah dan gunakan maklumat daripada kotak sebagai input perbincangan .

Walau tidak berkaki,Tapi aku masih punya perasaan,Walau tidak boleh melihat,Tapi aku berfikir sepanjang masa,Walau aku tidak boleh mendengar,Aku masih ingin berhubung,Kenapa manusia melihat aku sebagai tidak berguna, tidak berfikir, tidakbercakap, Bilamana aku juga berkemampuan sepertii yang lain, Untuk berfikir mengenai dunia kita.

— Coralie Severs, 14, United Kingdom

Lembaran 1: Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Hak OKU versi mesra kanak-kanak di muka surat 81-85 .

Tekankan bahawa kesemua artikel di dalam Konvensyen tidak boleh dipisahkan, saling berkait dan saling bergantung, iaitu ianya sangat berkaitan antara satu sama lain dan tidak dapat dipisahkan . Perhatikan bahawa terdapat artikel yang umum dan terpakai secara menyeluruh/luas terhadap Konvensyen dan terdapat artikel yang khusus seperti hak terhadap pendidikan dan pekerjaan . Nyatakan bahawa walaupun terdapat artikel Konvensyen yang berkaitan kanak-kanak serta orang dewasa, terdapat juga artikel khusus yang ditujukan kepada kanak-kanak – Artikel 7 .

Kanak-kanak OKU dan keluarga mereka terus berhadapan dengan cabaran harian yang menjejaskan hak-hak mereka . Diskriminasi dan pengasingan berkaitan kekurangupayaan wujud di semua negara, semua bahagian dalam masyarakat dan ekonomi, politik, agama dan latar belakang kebudayaan . Diskriminasi yang dihadapi oleh kanak-kanak OKU dan keluarga mereka berlaku secara langsung, tidak langsung, atau kombinasi kedua-duanya sekali . Diskriminasi secara langsung berlaku apabila seorang kanak-kanak OKU diberi layanan yang berbeza berbanding dengan kanak-kanak normal, disebabkan kekurangan dirinya . Diskriminasi secara tidak langsung pula berlaku apabila amalan-amalan atau polisi-polisi yang tidak mendiskriminasi kanak-kanak OKU secara terus sebenarnya mempunyai kesan diskriminasi daripada segi pelaksanaan, menyebabkan berlakunya penafian hak asasi tertentu .

Sumber: Promoting the Rights of Children with Disabilities, Innocenti Digest No .13, UNICEF

IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

Page 19: IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

16 Panduan Pembelajaran Untuk Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya

Artikel Am:

Artikel 1: Tujuan

Artikel 2: Definisi

Artikel 3: Prinsip-prinsip am

Artikel 4: Umum

Artikel Umum:

Artikel 5: Kesamarataan dan tidak berdiskriminasi

Artikel 6: Wanita kurang upaya

Artikel 7: Kanak-kanak kurang upaya

Artikel 8: Meningkatkan kesedaran

Artikel 9: Aksesibilitii

Artikel Khusus

Artikel 10: Hak untuk hidup

Artikel 11: Risiko dan kecemasan

Artikel 12: Kesamarataan di sisi undang-undang

Artikel 13 dan 14: Akses kepada keadilan

Artikel 14: Kebebasan dan keselamatan seseorang

Artikel 15: Bebas dari penyeksaan atau kezaliman, layanan atau hukuman yang tidak

berperikemanusiaan atau menjatuhkan maruah

Artikel 16: Bebas dari keganasan dan penderaan

Artikel 17: Melindungi seseorang

Artikel 18: Kebebasan bergerak dan kewarganegaraan

Artikel 19: Hidup berdikari

Artikel 20: Mobiliti peribadi

Artikel 21: Akses kepada maklumat dan ekspresi

Artikel 22: Menghormati privasi

Artikel 23: Hormat kepada tempat asal/akar umbi dan keluarga

Artikel 24: Pendidikan

Artikel 25 dan 26: Kesihatan dan pemulihan

Artikel 27: Kerja

Artikel 28: Perlindungan sosial

Artikel 29: Penyertaan dalam bidang politik dan kehidupan masyarakat

Artikel 30: Penyertaan dalam persatuan kebudayaan, rekreasi, riadah dan sukan

Artikel 7 – Kanak-kanak kurang upayaKerajaan bersetuju mengambil segala tindakan sewajarnya agar kanak-kanak kurang upaya dapat menikmati segala hak asasi dan kebebasan yang sama sepertii kanak-kanak lain . Mereka juga bersetuju untuk memastikan bahawa kanak-kanak kurang upaya dapat memberi pendapat secara bebas berkenaan semua perkara yang berkaitan dengan mereka . Semua yang terbaik untuk setiap kanak-kanak patut diambil kira terlebih dahulu .

Sumber: It’s About Ability, UNICEF, April 2008 .

Page 20: IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

17

Nyatakan bahawa Konvensyen ini mempunyai 50 artikel kesemuanya . Artikel 1 hingga 31 adalah berkenaan hak-hak OKU dan langkah-langkah yang perlu diambil oleh kerajaan untuk melindunginya . Artikel 32 hingga 50 menyatakan cara untuk pihak kerajaan dan masyarakat sivil (termasuk organisasi yang mewakili kanak-kanak dan golongan muda) perlu bekerjasama bagi memastikan semua golongan OKU mendapat hak mereka .

Artikel 35 contohnya, menetapkan bahawa kerajaan yang telah meratifikasi Konvensyen ini haruslah memantau perkembangan dalam usaha mereka untuk menunaikan janji mereka . Mereka perlu membuat dokumentasi terhadap perkembangan dan langkah-langkah yang telah diambil dalam bentuk laporan . Golongan OKU, termasuk kanak-kanak mempunyai hak untuk terlibat dalam laporan ini . Sebuah jawatankuasa di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Jawatankuasa Hak OKU) akan menyemak laporan-laporan ini dan memberi panduan tentang langkah-langkah tambahan untuk melaksanakan peraturan Konvensyen supaya hak-hak OKU lebih terpelihara .

Langkah 2: Aktiviti kumpulan kecil (30 minit)

Bahagikan para peserta kepada empat atau lima kumpulan dan edarkan kertas carta dan pen penanda atau cat . Tugaskan setiap kumpulan dengan satu bahagian hak-hak . Minta mereka bincang dan lukiskan atau cat contoh-contoh seseorang yang dinafikan hak-haknya pada satu bahagian kertas carta . Kemudian, minta mereka bincang dan lukiskan contoh orang yang menikmati hak-haknya di bahagian lain kertas tersebut . Beritahu mereka bahawa kertas ini akan dipamerkan di bilik, sekolah, pusat atau masyarakat untuk menunjukkan bahawa semua orang mempunyai hak-hak ini .

Langkah 3: Perbincangan kumpulan besar (30 minit)

Minta para peserta membentangkan lukisan-lukisan mereka kepada kumpulan yang lebih besar . Mulakan dengan lukisan untuk hak yang dinafikan, diikuti dengan yang menikmati haknya . Tanyakan soalan berikut:

• Bagaimanakah kanak-kanak dapat menikmati hak-hak mereka?

• Apa yang perlu mereka atasi untuk menikmati hak-hak mereka?

• Contoh: Mengubah sikap negatif, mendapatkan bantuan kerajaan dan masyarakat, melalui kerjasama kumpulan atau mendidik orang lain .

Tampalkan lukisan-lukisan ini sebagai mural hak-hak di khalayak masyarakat atau sekolah untuk meningkatkan kesedaran .

Nota fasilitator: Jika pelajar-pelajar sukar mendapatkan contoh, minta mereka fikirkan perkara yang mereka lakukan setiap hari . Adakah mereka bermain? Ke sekolah? Tinggal di rumah? Berjumpa doktor ketika sakit? Ingatkan mereka bahawa ini adalah hak-hak yang mereka nikmati dan ada juga orang-orang yang dinafikan hak-hak ini . Minta mereka lukis beberapa contoh-contohnya .

Kunci utama

• Kanak-kanak dan golongan muda OKU patut mendapat jaminan terhadap hak-hak ini di seluruh dunia .

• Bersedia untuk menjawab soalan-soalan dan memberi contoh-contoh pelaksanaan hak-hak merentasi pelbagai kumpulan (hak-hak orang tua, kanak-kanak, wanita, dan sebagainya) .

IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

Page 21: IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

18 Panduan Pembelajaran Untuk Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya

B. Diagram-diagram ilustrasi hak-hak yang saling bersandaran

Penerangan ringkas sesi ini

Sesi ini bertujuan untuk memberi pemahaman bahawa hak asasi manusia adalah saling berkaitan .

Objektif:

Pada akhir sesi ini, para peserta akan memahami bahawa hak-hak adalah berdasarkan keperluan manusia dan kesan negatif daripada penafian hak asasi manusia .

Tempoh:

1 jam

Kaedah:

Perbincangan kumpulan besar

Bahan-bahan:

Diagram-diagram hak-hak yang dilukis di atas kertas carta atau papan hitam

Proses

Langkah 1: Pengenalan (5 minit)

Perkenalkan aktiviti ini dengan memerhatikan bahawa hak-hak manusia adalah berdasarkan keperluan-keperluan manusia dan semua orang berhak dan memerlukan kesemua sekali hak-hak mereka . Jelaskan bahawa aktiviti ini akan membantu semua orang memahami bahawa hak-hak saling berkaitan dan penafian satu hak boleh memberi banyak kesan negatif .

Langkah 2: Demonstrasi (40 minit)

Tunjukkan cara menggunakan diagram:

1 . Tuliskan satu hak manusia daripada UNCRPD di tengah bulatan besar di bahagian atas diagram (contoh: hak terhadap pendidikan) .

2 . Tanya, “Jika hak ini dinafikan, apakah tiga akibat yang mungkin terjadi?” Tulis sebarang tiga kesan yang diberi di dalam bulatan berlabel “kesan” .

3 . Ambil setiap daripada ketiga-tiga kesan itu (contoh: tidak boleh membaca) dan tanyakan “Apa hak manusia yang akan dinafikan oleh kesan ini (contoh: hak untuk bekerja disebabkan tidak boleh membaca dan mengisi borang permohonan kerja)?” Tuliskan setiap hak asasi manusia di dalam bulatan yang disambung daripada kesan tadi .

4 . Lengkapkan dua atau tiga diagram hak-hak .

Page 22: IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

19

Diagram Hak-hak

Effect

Rights Rights Rights

EffectEffect

Contoh:

Kesihatan dan pemulihan

Anda mempunyai hak dalam lingkungan dan kualiti yang sama terhadap penjagaan kesihatan secara percuma atau berpatutan sepertii orang lain . Anda juga mempunyai hak terhadap perkhidmatan- kesihatan yang khusus yang diperlukan sekiranya anda mempunyai satu kekurangan upaya .

Kesan Kesan Kesan

HakHakHak

Hak terhadap kesihatan dan

pemulihan yang DINAFIKAN

HakPenyakit dan rawantannya

Semua wang dibelanjakan

untuk penjagaan kesihatan

Hak terhadap kehidupan berdikari

Hak terhadap Pendidikan

Hak terhadap tempat tinggal/

rumah

Hak terhadap kebudayaan

rekreasi dan sukanHak terhadap perlindungan diri

Hak terhadap kehidupan

Hak

Hak Hak

KesanHak

KesanKesanKesan

Kematian

IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

Page 23: IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

20 Panduan Pembelajaran Untuk Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya

Langkah 3: Perbincangan kumpulan besar (15 minit)

Bincangkan contoh-contoh dan tanyakan soalan berikut:

• Apa yang terjadi jika satu hak dinafikan?

• tanyakan soalan berikut:

• Apakah yang ditunjukkan daripada aktiviti ini tentang hak-hak yang saling bergantungan?

Sumber: Human Rights, YES!, , Pusat Sumber Hak Asasi Manusia, 2007; layari <www .humanrightsyes .org> .

Kunci utama

• Semua hak-hak adalah berkaitan .

• Penafian suatu hak boleh mengakibatkan penafian hak yang lain pula .

C. Model sosial kekurangupayaan

Penerangan ringkas sesi ini

Sesi ini bertujuan untuk memperkenalkan para peserta kepada pandangan masa lalu terhadap OKU dan model sosial kekurangupayaan yang menjadi asas kepada Konvensyen Mengenai Hak OKU .

Objektif:

Pada akhir sesi ini, para peserta akan dapat menjelaskan model sosial kekurangupayaan .

Tempoh:

45 minit

Kaedah:

Pembentangan dan perbincangan kumpulan besar

Bahan-bahan:

Papan hitam dan kapur atau kertas carta dan pen penanda

Proses

Langkah 1 : Perbincangan kumpulan besar (40 minit)

Mulakan dengan pernyataan berikut:

Setiap orang berbeza, samada perbezaan itu berkaitan dengan warna, samada anda lelaki ataupun perempuan, saiz anda, bentuk atau apa sahaja . Begitu juga dengan kekurangupayaan . Ia mungkin menghadkan keupayaan seseorang untuk mendengar atau berjalan atau memberi kesan terhadap daya pemahaman seseorang . Namun, tidak kira apa pun perbezaan kita, kita tetap manusia . Kekurangupayaan tidak mengubah hak-hak seseorang sebagai seorang manusia . Ia hanyalah satu daripada banyak lagi perbezaan yang dimiliki oleh semua orang .

Page 24: IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

21

Tampalkan istilah-istilah berikut di atas tiga helai kertas carta dan bincang:

• Model perubatan kekurangupayaan (2 hingga 5 minit)

• Model kebajikan kekurangupayaan (2 hingga 5 minit)

• Model sosial kekurangupayaan (10 hingga 12 minit)

Gunakan jadual tiga lajur dengan memberikan beberapa contoh untuk setiap model dan biarkan kanak-kanak melengkapkan jadual dengan contoh-contoh mereka sendiri .

Nota fasilitator: Pastikan masa yang lebih lama digunakan untuk perbincangan model sosial kekurangupayaan berbanding dua model yang lain .

Tanya para peserta maksud istilah-istilah tersebut . Berbincang dengan menggunakan definisidefinisi di bawah untuk menjelaskan maksudnya yang sebenar . Tekankan bahawa Konvensyen mengenai Hak OKU adalah berdasarkan model sosial bagi kekurangupayaan dan dengan mengalihkan halangan sosial dan fizikal, semua orang dapat turut serta dalam kehidupan secara aktif dan dialu-alukan serta menjadi ahli yang menyumbang kepada masyarakat . Adalah penting untuk mengingati model-model masa lalu berkaitan kekurangupayaan supaya dapat mengambil pengajaran dan maju ke arah dunia yang saksama .

Model perubatan kekurangupayaan

Pandangan bahawa kekurangupayaan merupakan masalah perubatan yang perlu ditangani atau suatu penyakit yang perlu “disembuhkan” . Model ini membayangkan bahawa OKU tidak sempurna atau tidak sihat dan mereka perlu dibetulkan atau diubati . Ramai yang cuba membetulkan kekurangupayaan menggunakan kaedah perubatan sebagai penyelesaian . Mereka tidak melihat kekurangupayaan sebagai halangan di antara masyarakat dan persekitaran fizikal . Sebaliknya, beban terletak pada “masalah” seseorang dan cara untuk membetulkannya .

• Kekurangupayaan tidak bagus

• Kekurangupayaan merupakan masalah peribadi – kekurangupayaan itu dalam diri anda, jadi ia adalah masalah anda .Masalah akan menjadi semakin baik dengan cara mengubati orang tersebut atau jadikan mereka kelihatan seperti memiliki kekurangupayaan seminima mungkin .

• Hanya profesional dapat membantu OKU menyesuaikan diri dan diterima dalam masyarakat .

IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

Page 25: IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

22 Panduan Pembelajaran Untuk Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya

Tanyakan soalan berikut kepada para peserta:

• Bagaimanakah model kebajikan kekurangupayaan membahayakan golongan OKU?

• Bagaimanakah model kebajikan menyokong hak golongan OKU?

• Adakah model kebajikan menggalakkan rasa hormat? Pemerkasaan?

Model Sosial kekurangupayaan

Pandangan bahawa golongan OKU tidak boleh diharap dan perlu dijaga . Adalah jauh lebih mudah bagi manusia untuk berasa simpati dan kasihan terhadap OKU berbanding cuba untuk mengatasi rasa takut atau tidak selesa terhadap OKU . OKU juga sepertii manusia lain, mereka TIDAK memerlukan belas kasihan . Mereka mempunyai hak untuk dilayan sama rata .

Tanyakan soalan berikut kepada para peserta:

• Bagaimanakah model kebajikan kekurangupayaan membahayakan golongan OKU?

• Bagaimanakah model kebajikan menyokong hak golongan OKU?

• Adakah model kebajikan menggalakkan rasa hormat? Pemerkasaan?

Model Sosial kekurangupayaan

Model ini memfokuskan kepada menghapuskan halangan-halangan yang dicipta oleh masyarakat atau persekitaran fizikal yang menghadkan seseorang daripada menikmati hak asasi mereka . Ini termasuklah menggalakkan sikap positif, mengubah sekitaran untuk dinikmati oleh semua orang dan menyediakan maklumat yang difahami oleh semua orang .

• Kekurangupayaan hanyalah satu perbezaan, sepertii juga jantina (menjadi seorang lelaki atau pun perempuan) atau kaum .

• Mempunyai kekurangupayaan tidak bermakna baik mahupun buruk, ia cuma sebahagian daripada diri anda .

• Hak-hak dinafikan sekiranya OKU hidup di kalangan masyarakat yang tidak terbuka menerimanya .

• Untuk melibatkan OKU sepenuhnya, kita perlu mengubah masyarakat kita, termasuklah peraturan sedia ada, sikap orang ramai terhadap kekurangupayaan, mala malah bangunan-bangunan (untuk kemudahan OKU) .

• Perubahan ini adalah tanggungjawab kerajaan, tetapi boleh juga cetuskan dan digalakkan oleh golongan OKU yang dewasa dan muda sendiri contohnya,

Page 26: IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

23

ibubapa kanak-kanak OKU atau pejuang kekurangupayaan lain dan organisasi hak kanak-kanak .

• Rekabentuk boleh diakses memberi manfaat kepada semua, termasuklah wanita mengandung, anak-anak yang sangat kecil, golongan tua dan orang yang menghantar atau mengangkut beban yang berat .

Tanya soalan berikut kepada para peserta:

• Apakah perbezaan model sosial kekurangupayaan dengan model perubatan dan kebajikan?

• Bagaimanakah model sosial menyokong hak OKU?

• Bagaimanakah model sosial menggalakkan rasa hormat? Pemerkasaan?

Sumber: Ya! Hak Asasi Manusia, Tindakan dan Perjuangan Hak OKU, Pusat Sumber Hak Asasi Manusia, 2007 dan Kanak-kanak Sebagai Pejuang Diri; sila layari <www.humanrightsyes.org> dan <www.familyvoices.org/fvkasa_org/resources/files/historymodel. html>.

Langkah 2: Rumusan (5 minit) .

Lihat semula tiga model kekurangupayaan tadi secara ringkas . Beri penekanan kepada model sosial kekurangupayaan dan nyatakan bahawa semua orang boleh mengubah sikap dan membantu menjadikan persekitaran fizikal lebih menerima dan boleh diakses . Maklumkan bahawa para peserta akan belajar tentang sikap dan keterbukaan lebih lanjut dalam aktiviti yang akan datang .

Kunci utama

• Konvensyen Mengenai Hak OKU Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu adalah berasaskan model sosial kekurangupayaan .

• Kekurangupayaan merupakan sebahagian daripada kepelbagaian manusia .

• Masyarakat perlu menyesuaikan keadaan untuk menjadikan kehidupan lebih merangkumi semua orang .

• Kita boleh mengubah pandangan diri dan orang lain terhadap kekurangupayaan .

Sumber tambahan: Di dalam Gambar; layari <www .childreninthepicture .org .uk/au_socialmodel .htm> . untuk maklumat lanjut .

IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

Page 27: IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

24 Panduan Pembelajaran Untuk Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya

Unit II: Menghormati individu

Lea

No

hem

í Her

nán

dez

, 25

, Nic

arag

ua

Page 28: IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

25

Kesamarataan dan tidak berdiskriminasiArtikel 4: Kewajipan umumUndang-undang yang mendiskriminasi OKU tidak patut wujud . Jika perlu, kerajaan boleh mewujudkan undang-undang yang melindungi hak OKU dan kuatkuasakan undang-undang ini . Jika undang-undang tradisi atau lama mendiskriminasi OKU, kerajaan perlu mencari jalan untuk mengubahnya . Kerajaan anda perlu berbincang dengan organisasi-organisasi kanak-kanak OKU ketika hendak membuat perubahan undang-undang dan polisinya .

Sumber: Kekurangupayaan Bukan Halangan, UNICEF, April, 2008.

Artikel 5 dan 6: Sama rata, tidak berdiskriminasi dan jantinaKerajaan memperakui bahawa semua orang mempunyai hak untuk dilindungi oleh undang-undang dan bahawa undang-undang negara terpakai untuk semua orang yang tinggal di negara tersebut . Kerajaan tahu bahawa wanita dan kanak-kanak perempuan OKU berhadapan dengan banyak jenis diskriminasi . Mereka bersetuju melindungi hak-hak asasi dan kebebasan mereka .

Sumber: Ianya Mengenai Keupayaan, UNICEF, April, 2008.

Rasional dan gambaran keseluruhan

Sesi berikut direka bentuk untuk memperkenalkan para peserta kepada nilai kesamarataan dan tidak berdiskriminasi . Aktiviti-aktiviti dirangka untuk mendapat pemahaman asas terhadap konsep dan hubungkaitan kesamarataan, tidak berdiskriminasi dan rasa hormat .

Objektif keseluruhan:

Pada akhir sesi ini, para peserta akan dapat:

• Memahami konsep diskriminasi .

• Memahami mitos dan stereotaip yang sering dikaitkan dengan kekurangupayaan

• Memahami prinsip-prinsip kesamarataan .

• Memahami konsep menghormati semua orang dalam mencapai prinsip-prinsip terangkum .

• Mengenal pasti cara mewujudkan suasana-suasana yang sesuai untuk semua orang hidup penuh bermaruah .

Masa yang dicadangkan

4 jam 10 minit

Satu contoh kesamarataanSemua orang diberikan hak terhadap pendidikan . Jika buku teks digunakan di sekolah, kerajaan perlu menyediakan teks bertulisan besar atau Braille untuk orang yang mempunyai masalah penglihatan bergantung kepada keperluan mereka . Ini memberikan akses yang sama rata terhadap maklumat dalam buku teks tersebut kepada semua orang . Cara yang murah untuk menyediakan akses yang sama rata terhadap teks ialah dengan bantuan seorang rakan membacakan teks dengan kuat atau merakamkan cerpen atau teks dengan alat rakaman .

IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

Page 29: IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

26 Panduan Pembelajaran Untuk Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya

Sesi-sesi

A . Diskriminasi

B . Mitos dan stereotaip

C . Hormat

D . Perangkuman sama rata

A. Diskriminasi

Penerangan ringkas sesi ini

Dalam sesi ini para peserta akan menerokai konsep diskriminasi dan perasaan-perasaan yang berkaitan dengan diskriminasi .

Objektif:

Pada akhir sesi ini, para peserta akan dapat mengenal pasti berbagai jenis diskriminasi . Mereka akan membincangkan punca diskriminasi (maklumat yang salah dan stereotaip) dan penganiyaan yang disebabkan olehnya . Para peserta akan memahami bahawa mereka mempunyai tangungjawab untuk tidak melakukan diskriminasi dan mengelakkan diskriminasi terhadap orang lain dengan cara yang selamat .

Tempoh:

1 jam 20 minit

Kaedah:

Aktiviti kumpulan kecil dan perbincangan kumpulan besar

Bahan-bahan:

Tidak diperlukan

Proses

Langkah 1: Pengenalan (5 minit)

Terangkan kepada para peserta bahawa “diskriminasi di atas dasar kekurangupayaan” bermakna bahawa manusia tidak diperlakukan secara adil atau dipisahkan kerana mereka mempunyai kekurangan upaya . Diskriminasi menggalakkan satu pusingan penderaan dan penganiayaan yang boleh mengakibatkan sesuatu kumpulan menerima penindasan .

Maklumkan kepada kumpulan bahawa ramai orang mungkin berasa didiskriminasi disebabkan jantina, agama, bangsa, umur, kaum, bahasa, kehendak seksual atau kekurangupayaan dan aktiviti ini akan menerokai perasaan-perasaan yang berkaitan dengan diskriminasi . Terangkan bahawa manusia mungkin tergolong dalam beberapa kumpulan dan kumpulan-kumpulan ini bukanlah kategori tertutup yang mendefinisikan manusia . Aktiviti ini bertujuan untuk mengenal pasti salah tanggapan yang biasa terjadi apabila manusia dikenal pasti melalui suatu kumpulan . Adalah penting diingati ketika melakukan aktiviti ini bahawa kita semua adalah individu yang unik dan layanan yang saksama secara individu menghapuskan diskriminasi .

Page 30: IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

27

Langkah 2: Aktiviti kumpulan kecil (45 minit)

Minta para peserta membentuk kumpulan yang terdiri daripada empat atau lima orang . Minta kumpulan melakukan perkara berikut:

1 . Fikirkan satu kumpulan yang anda adalah ahlinya (jika anda mahu bincangkan kekitaan kepada banyak kumpulan juga boleh) . Adakah anda lelaki atau perempuan?

Adakah anda memiliki kekurangan upaya? Adakah anda termasuk dalam kumpulan agama tertentu?

2 . Apa perasaan anda apabila memikirkan anda termasuk dalam kumpulan tersebut? (Berbangga, kesusahan, ketidakpastian?)

3 . Kongsikan dengan kumpulan kecil anda kualiti yang positif tentang kumpulan anda Apa yang tidak diketahui oleh orang ramai tentang kumpulan anda?

4 . Kongsi dengan kumpulan kecil tentang beberapa cara kumpulan anda didiskriminasi atau diperlakukan dengan cara yang salah .

5 . Fikirkan bagaimana perlakuan ini memberi kesan kepada anda . Apa yang difikirkan oleh orang lain apabila mereka memperlakukan kesalahan itu kepada anda dan kumpulan anda? Bagaimana mereka tersalah faham?

6 . Apakah yang anda harap tidak akan berlaku lagi kepada ahli kumpulan anda?

7 . Bagaimana anda mahu menunjukkan kualiti-kualiti yang positif kumpulan anda?

Langkah 3: Perbincangan kumpulan besar (30 minit)

Gabungkan para peserta dengan kumpulan besar untuk perbincangan . Minta mereka kongsikan beberapa cerita yang telah dikongsi dengan kumpulan kecil . Ajukan perkara berikut:

• Apakah perkara positif yang anda pelajari tentang kumpulan yang lain?

• Golongan OKU adalah kumpulan yang didiskriminasi .

• Manusia sering melakukan diskriminasi terhadap orang lain akibat salah faham dan pandangan stereotaip .

• Beritahu kumpulan bahawa mereka kini bertanggungjawab terhadap diri sendiri, supaya tidak mendiskriminasi dan memikirkan cara yang selamat dalam mengelakkan orang lain daripada didiskriminasi .

Kunci utama

• OKU selalu didiskriminasi .

• Menafikan hak-hak asasi seseorang adalah suatu diskriminasi

• Galakkan tanggungjawab dalam mengelakkan diskriminasi, tetapi sentiasa tekankan keselamatan dalam tindakan dan bukannya keganasan .

Mitos dan stereotaipPenerangan ringkas sesi ini

Sesi bertujuan untuk membantu kumpulan untuk memahami jenis-jenis stereotaip yang berlaku terhadap golongan OKU dan bagaimana ini memberi kesan terhadap kehidupan mereka .

IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

Page 31: IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

28 Panduan Pembelajaran Untuk Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya

Objektif:

Pada akhir sesi ini para peserta akan memahami beberapa mitos dan stereotaip mereka sendiri terhadap golongan OKU .

Tempoh:

1 jam

Kaedah:

Perbincangan kumpulan besar dan aktiviti kumpulan kecil

Bahan-bahan:

Fotograf, papan hitam dan kapur atau kertas carta dan pen penanda

Proses

Langkah 1: Pengenalan dan aktiviti kumpulan kecil (25 minit) Bincangkan maksud diskriminasi dan bahawa manusia sering kali didiskriminasi disebabkan idea dan tanggapan kita yang salah terhadap mereka . Minta seorang ahli kumpulan membacakan kotak “diskriminasi berdasarkan kekurangupayaan” kepada kumpulan .

Bentuk kumpulan yang terdiri daripada empat atau lima orang ahli dan minta para peserta mengumpul kisah-kisah atau gambar-gambar yang negatif dan positif tentang diskriminasi daripada media (surat khabar, majalah), daripada buku sekolah, komik dan lain-lain .

Nota fasilitator: Kisah-kisah dan gambar-gambar boleh melibatkan contoh-contoh diskriminasi terhadap sesiapa sahaja di dalam masyarakat (kanak-kanak, orang dewasa, OKU, orang tua, dan lain-lain) .

Minta kumpulan-kumpulan membincangkan isi-isi perbincangan berikut :

• Fikirkan berbagai-bagai kumpulan yang merupakan sebahagian daripada sekolah atau masyarakat .

• Fikirkan mitos dan stereotaip positif dan negatif yang berbeza yang wujud di dalam sekolah atau masyarakat anda .

• Bincangkan contoh-contoh di mana perbezaan atau menjadi sebahagian daripada kumpulan minoriti telah menyebabkan diskriminasi atau keganasan di sekolah dan masyarakat .

• Bincangkan contoh-contoh di mana perbezaan atau menjadi sebahagian daripada kumpulan minoriti telah menyebabkan diskriminasi positif atau kelebihan di sekolah dan masyarakat anda .

• Bincangkan bagaimana situasi ini memberi kesan kepada individu dan kumpulan secara menyeluruh .

Langkah 2: Perbincangan kumpulan besar (25 minit)

Perkenalkan konsep peluang yang sama, yang bermaksud bahawa semua orang mempunyai hak-hak yang sama .

Nota Fasilitator: Anda boleh bincangkan satu situasi tentang haiwan-haiwan yang berbeza (seekor gajah, anjing laut, monyet, kucing dan ikan contohnya) yang perlu memanjat pokok untuk membangkitkan isu-isu kepelbagaian, keadilan

“Diskriminasi berdasarkan kekurangupayaan” bermaksud manusia tidak diperlakukan dengan adil atau diasingkan kerana mereka mempunyai kekurangupayaan atau cara berfungsi yang berlainan .

Page 32: IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

29

dan kesamarataan . Adalah jelas bahawa tugasan yang diberi kepada semua haiwan adalah sama tetapi ciri-ciri individu mereka mungkin berbeza . Ada haiwan yang berasa mudah untuk memanjat tetapi sebaliknya bagi yang lain . Ketika memikirkan tentang rangkuman, adalah penting bagi kita untuk memikirkan keperluan dan kebolehan orang lain bagi mewujudkan peluang-peluang yang sama .

Contoh-contoh lain juga boleh digunakan untuk memudahkan pemahaman konsep ini . Jika anda menggunakan grafik, dan kumpulan tersebut mempunyai kanak-kanak yang buta atau bermasalah penglihatan, jangan lupa untuk menerangkan imej tersebut . Anda boleh meminta kanak-kanak untuk membincangkan contoh-contoh lain tentang kesamarataan hak yang telah mereka kumpulkan berdasarkan pengalaman hidup mereka .

Contoh:

• Seorang bayi perlukan ibunya untuk makan, supaya dia dapat hidup dan membesar untuk berdikari

• Seorang kanak-kanak perlukan cermin mata supaya boleh membaca seperti yang lain dan mendapat peluang untuk belajar sama seperti orang lain .

Minta contoh berbagai cara berfungsi yang lain dan nyatakan cara ia dapat disediakan supaya manusia mempunyai peluang dan hak-hak yang sama .

Langkah 3: Rumusan (5 hingga 10 minit)

Bincangkan bagaimana mitos dan stereotaip di sebalik diskriminasi memberi kesan kepada hak-hak orang yang didiskriminasi, termasuklah golongan OKU . Tekankan bahawa pandangan masyarakat perlu berubah ataupun sudah berubah . Menjadi tanggungjawab peribadi bagi kita untuk tidak menggalakkan stereotaip dan melayan semua orang dengan rasa hormat sebagai ahli-ahli masyarakat .

C. Hormat

Penerangan ringkas sesi ini

Dalam sesi ini para peserta akan menerokai konsep hormat dan hubungannya dengan kesamarataan .

Objektif:

Pada akhir sesi ini para peserta akan dapat mengenal pasti erti hormat dan cara melayan orang dengan hormat . Konsep hormat sebagai asas kepada kesamarataan akan diperkenalkan .

Tempoh:

35 minutes

Kaedah:

Sumbang pendapat dan perbincangan kumpulan besar

Contoh-contoh mitos dan stereotaip tentang OKUGolongan OKU:

• Tidak boleh hidup sendirian• Perlu dikasihan• Tidak berdaya• Terkena sumpahan/kekurangupayaan

adalah jahat• Tidak boleh belajar atau ke sekolah• Lebih baik tinggal di rumah sahaja• Tidak akan mampu bekerja• Perlu disembuhkan• Tidak dapat menyertai permainan sukan• Tidak akan berkahwin atau mendapat

anak• Bodoh• Tidak aktif dari segi seks• Adalah kanak-kanak selama-lamanya

Sumber: YA! Hak Asasi Manusia, Tindakan dan Perjuangan Hak Asasi OKU, Pusat Sumber Hak Asasi Manusia, 2007; lihat <www .humanrightsyes .org> untuk maklumat lanjut .

IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

Page 33: IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

30 Panduan Pembelajaran Untuk Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya

Bahan-bahan:

Papan hitam dan kapur atau kertas carta dan pen penanda

Proses

Langkah 1: Pengenalan (5 minit)

Jelaskan kepada kumpulan bahawa untuk mencapai sebuah dunia sama rata yang bebas daripada diskriminasi, semua orang perlu melayan satu sama lain dengan rasa hormat .

Langkah 2: Sumbang saran (25 minit)

Beritahu kumpulan bahawa anda akan mengupas konsep “hormat” dan apakah ertinya kepada kumpulan . Jelaskan bahawa anda akan membuat sebuah diagram untuk perkataan “hormat”, hanya sebagai satu cara untuk merekod erti hormat secara visual .

Minta para peserta fikirkan seseorang (ahli keluarga, kawan, ketua, dll) yang mereka hormati . Apakah yang anda hormati tentang mereka?

Lukiskan sebuah bulatan di atas papan hitam atau kertas carta dengan perkataan “hormat”di dalamnya dan rekod jawapan kepada soalan-soalan berikut .

• Apakah yang dimaksudkan dengan menghormati seseorang?

• Apakah perkataan yang difikirkan apabila anda teringatkan orang yang anda hormati?

• Bagaimanakah cara kita melayan golongan OKU dengan hormat?

Contoh diagram hormat:

Cari bersama kumpulan ciri-ciri atau persamaan yang dimiliki-oleh semua kanak-kanak-dengan kebolehan mereka tersendiri dan cara berfungsi yang berbeza- contohnya, kebolehan untuk menyayangi dan disayangi, untuk mengaitkan dan berinteraksi dengan orang lain, untuk membantu orang lain, untuk mengajar orang lain kemahiran yang dimiliki dan untuk berkawan .

Manerima Perbezaan Tidak Menilai

Menghormati

Mendengar

Merasai nilai harga diri orang lain

Bertindak balas

Menghormati satu sama lain bermaksud sanggup menerima perbezaan orang lain walaupun mereka kelihatan berbeza daripada anda, mempunyai agama yang berbeza atau datang daripada daerah yang lain . Ia juga bermaksud melayan orang lain sepertii mana anda mahu dilayan .

Sumber: Mentafsir kepelbagaian, prasangka dan rasa hormat, Hospital Kanak-kanak, 2004; lihat <www .thechildrenhospital .org/wellness/info/kids/20760 .aspx> .

Page 34: IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

31

Langkah 3: Perbincangan kumpulan besar (5 minit)

Minta kumpulan nyatakan perasaan mereka jika dilayan tanpa rasa hormat . Apa mereka akan lakukan jika seseorang tidak menghormati mereka?

Jelaskan bahawa semua orang berhak berasa dihormati oleh keluarga, kawan-kawan, masyarakat dan kerajaan . Penghormatan mestiilah secara bersama . Ia berkaitan dengan keadilan dan kesaksamaan dan merupakan asas bagi kesamarataan .

Kunci utama

• Menghormati perbezaan/ciri-ciri peribadi antara satu sama lain merupakan asas bagi kesamarataan .

• Semua orang berhak dihormati .

• Semua orang boleh menyumbang kepada masyarakat .

D. Perangkuman yang sama rata

Penerangan ringkas sesi ini

Sesi ini bertujuan untuk memperkenalkan para peserta terhadap perangkuman dalam kehidupan seharian dan kepentingan kesedaran dan memindahkan halangan dalam persekitaran bagi mencapai kesamarataan .

Objektif:

Pada penghujung sesi ini para peserta akan mendapat kesedaran tentang halangan dalam persekitaran serta kemampuan dan kepentingan untuk mewujudkan persekitaran yang terbuka untuk penglibatan semua orang .

Tempoh:

1 jam 15 minit

Kaedah:

Perbincangan kumpulan besar, sumbang saran dan aktiviti kumpulan kecil

Bahan-bahan:

Kertas carta dan pen penanda atau kertas dan pensil

Proses

Langkah 1: Pengenalan (15 minit)

Perkenalkan konsep “reka bentuk untuk semua” . Hasilkan gambar(-gambar) sepertii di bawah, menunjukkan situasi seperti yang dicadangkan di bawah, tanpa mengkhususkan kepada sekadar satu budaya, kaum, jantina atau sebarang kumpulan demografi lain)

Individu di dalam masyarakat kita mempunyai cara berfungsi yang berbeza:

IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

Page 35: IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

32 Panduan Pembelajaran Untuk Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya

Adakah persekitaran kita (rumah, sekolah, jalan raya, tempat letak kereta, bandar) bersedia menawarkan peluang yang sama untuk turut serta bagi semua orang?

Gunakan setiap daripada situasi di dalam gambar untuk bertanyakan:

Apakah yang sebaliknya boleh dilakukan supaya:

• Orang tua dapat menaiki rumah yang bertangga secara lebih selamat, selesa dan sendirian

• Orang yang menggunakan kerusi roda dapat menggunakan tandas

• Orang buta dapat mencari jalannya sendiri

Siapa lagi yang akan mendapat manfaat daripada kemudahan-kemudahan ini?

Bolehkah kita mencari kemungkinan yang mudah sebagai penyelesaian di dalam sekolah atau masyarakat, supaya semua orang dapat turut serta dalam kehidupan masyarakat sepenuhnya?

Langkah 2: Perbincangan kumpulan besar (5 minit)

Perkenal dan bincangkan konsep alat bantuan, menggunakan contoh-contoh daripada kanta pembesar yang ringkas atau landasan hinggalah kepada pembaca skrin komputer untuk orang buta atau contoh-contoh lain yang sesuai dengan konteks masyarakat anda .

Langkah 3: Sumbang saran (5 minit)

Lihat semula bersama para peserta pernyataan bahawa semua orang mempunyai kebolehan yang berlainan . Kemudian letakkan mereka dalam kumpulan-kumpulan untuk memberi sumbang saran berkenaan cara-cara menjadikan program ini terangkum untuk semua orang .

Tunjukkan atau edarkan Lembaran 2 tentang kebolehan yang berbeza dan jelaskan bahawa lembaran itu menunjukkan berbagai cara untuk golongan OKU belajar menggunakan bahasa isyarat dan Braille .

Langkah 4: Aktiviti kumpulan kecil (25 minit)

Minta para peserta membuat kumpulan yang terdiri daripada empat atau lima orang . Minta kumpulan buat satu senarai tentang cara menjadikan kumpulan mereka terbuka untuk semua orang . Lihat semula soalan-soalan berikut:

• Apakah bantuan yang diperlukan untuk melibatkan semua orang?

Page 36: IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

33

• Adakah persekitaran fizikal perlu diubah?

• Perlukan sikap yang lebih menerima/menghormati?

• Adakah aktiviti-aktiviti dibentangkan dengan cara yang melibatkan semua orang?

• Apa yang perlu diubah untuk melibatkan semua?

• Contoh: ubah sikap, sanggup membantu, minta pertolongan bila perlu, susun semula bilik atau aktiviti, lakukan bersama kumpulan .

Langkah 5: Perbincangan kumpulan besar (25 minit)

Minta setiap kumpulan bentangkan senarai amalan terangkum mereka dan buat satu perjanjian kumpulan untuk perangkuman di sepanjang program .

Lihat semula pengalaman kumpulan yang pelbagai dan bagaimana kerja kumpulan dan penyesuaian aktiviti dapat mewujudkan kesamarataan .

Kunci utama

• Aktiviti-aktiviti boleh dan perlu terbuka kepada semua .

• Kekurangupayaan adalah sebahagian daripada kepelbagaian manusia . Kita dapat belajar dan turut serta secara penuh dalam kehidupan dengan bantuan yang bersesuaian .

• Penyelesaian boleh menjadi ringkas dan mudah di wujudkan .

IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

Page 37: IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

34 Panduan Pembelajaran Untuk Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya

Kebebasan daripada keganasan dan penderaanArtikel 16: Kebebasan daripada keganasan dan penderaanKanak-kanak OKU perlu dilindungi daripada keganasan dan penderaan . Mereka tidaksepatutnya disakiti atau dianiaya di dalam rumah mahupun di luar . Jika anda berhadapan dengan keganasan atau penganiayaan, anda mempunyai hak untuk mendapatkan bantuan bagi menghentikan penderaan dan pulih .

Sumber: Ianya Mengenai Keupayaan, UNICEF, April 2008 .

Rasional dan gambaran keseluruhan

Aktiviti-aktiviti berikut direka bentuk supaya para peserta dapat memahami situasi-situasi keganasan dan penderaan terhadap golongan OKU . Sesi ini bertujuan untuk mengajar para peserta tentang apa erti untuk berasa selamat dan cara untuk mengelakkan penderaan .

Objektif keseluruhan• Mengenal pasti pelbagai bentuk keganasan dan penderaan

• Menerangkan kepentingan keselamatan

• Memahami peranan orang yang berada di tempat kejadian dan bagaimana mereka boleh bertindak untuk menghentikan atau menghalang keganasan

• Memahami kepentingan polisi dan amalan toleransi sifar terhadap keganasan dan penderaan di sekolah dan masyarakat

• Memahami bahawa golongan OKU, termasuk orang muda dan kanak-kanak terutamanya, terdedah kepada keganasan dan penderaan

• Mengenal pasti cara-cara untuk menghentikan kejadian keganasan atau penderaan tanpa menggunakan keganasan

Masa yang dicadangkan

3 jam 45 minit

Sesi-sesi

A .Keselamatan

B . Keganasan dan penderaan

C . Jangan Bergerak! Menghentikan keganasan dan penderaan

Keselamatan

Penerangan ringkas sesi ini

Dalam sesi ini para peserta akan dapat memahami bahawa golongan OKU mungkin lebih terdedah kepada keganasan dan penderaan berbanding orang lain dan menerokai maksud berasa selamat dan memastikan keadaan yang selamat .

Page 38: IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

35

Objektif:

Pada akhir sesi ini para peserta akan dapat mengenal pasti apakah maksud berada dalam keadaan selamat dan menonjolkan beberapa cara untuk menjadikan kumpulan sebagai sebuah tempat yang selamat . Para peserta akan dapat memahami bahawa terdapat orang yang tidak sentiasa berasa selamat dan bahawa golongan OKU berisiko untuk mengalami keganasan dan penderitaan . Mereka juga akan memahami peranan penting orang yang berada di tempat kejadian dan cara mereka boleh bertindak untuk mengelakkan dan menghentikan keganasan .

Tempoh:

45 minit

Kaedah:

Pembayangan dan perbincangan kumpulan besar

Bahan-bahan:

Papan hitam dan kapur atau kertas carta dan pen penanda

Proses

Langkah 1: Pengenalan (5 minit)

Jelaskan kepada kumpulan bahawa semua orang berhak terhadap keselamatan dan kebebasan daripada keganasan dan penderaan . Maksudnya, semua orang patut berasa selamat di rumah, sekolah, dalam masyarakat dan di mana sahaja . Ada orang yang lebih terdedah kepada penderaan kerana mereka mungkin tidak dilayan dengan sama rata atau tidak boleh mendapatkan bantuan . Sebagai contoh, kanak-kanak mungkin menghadapi kesukaran mempertahankan diri mereka atau melaporkan penderaan . Malah lebih sukar lagi bagi kanak-kanak OKU untuk melindungi diri mereka daripada pesalah . Jika mereka mampu melaporkan sekalipun, tindakan mereka mungkin digugurkan atau tidak dipercayai . Adalah angat penting bahawa semua orang berasa selamat dan hidup bebas daripada keganasan . Konvensyen ini melindungi dan memastikan golongan OKU mempunyai perkara yang diperlukan untuk berasa selamat, sepertii wakil perundangan di dalam mahkamah undang-undang apabila melaporkan penderaan .

Langkah 2: Visualisasi (30 minit)

Minta kumpulan membayangkan (buat satu gambaran di dalam fikiran mereka) suatu masa ketika mereka berasa selamat sepenuhnya, tanpa rasa takut ditengking, di mana diri mereka berasa tenang dan selamat sepenuhnya . Bagi sebahagian daripada mereka ianya mungkin di rumah, di rumah kawan, di tempat ibadat atau di sekolah Bagi sebahagian yang lain pula, mungkin ianya sebuah tempat yang ada dalam minda mereka atau satu tempat ketika bersendirian .

Kisah benarMichel dilahirkan dengan kekurangupayaan . Dia menghadapi kesukaran untuk belajar, bercakap dan menggunakan tangannya; dia sering terlanggar benda di sekeliling . Michel bercakap dengan perlahan berbanding orang lain kerana sukar mencari perkataan yang sesuai untuk dituturkan . Keluarga Michel tidak melayannya dengan baik . Ayahnya sering menumbuknya di kepala dan menengkingnya . Michel cuma diberi sedikit makanan dalam masa yang singkat . Dia terpaksa makan sebanyak mungkin sebelum makanannya diambil semula . Disebabkan ini Michel selalu keletihan dan bersaiz lebih kecil berbanding kanak-kanak yang sebaya dengannya . Michel menghadapi kesukaran kerana kewujudannya tidak dihargai dan dibantu dan kerana ia telah diterukkan lagi oleh penderaan yang dideritai olehnya .

Sumber: Kisah tanpa nama yang diceritakan kepada pengarang .

IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

Page 39: IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

36 Panduan Pembelajaran Untuk Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya

Bayangkan:

• Di manakah tempat ini?

• Siapa yang berada di sana?

• Apa yang sedang berlaku?

• Apakah perasaan mereka?

Minta semua orang kembali memberi perhatian kepada kumpulan dan secara sukarela memberitahu apa yang mereka fikirkan setelah mendengar soalan-soalan tadi .

Tanyakan apakah maksud berasa selamat kepada kumpulan? Tuliskan jawapan mereka di atas papan hitam atau kertas carta .

Contoh-contoh berasa selamat:

• Tiada sesiapa menengking atau memukul anda .

• Anda berasa selesa .

• Orang mendengar kata-kata anda .

• Anda dihormati .

• Digalakkan untuk bersuara atau menyatakan pendapat .

• Anda tidak dipaksa untuk melakukan perkara yang enggan dilakukan .

• Anda bahagia .

• Anda tidak takut .

Langkah 3: Perbincangan kumpulan besar (10 minit)

Tanya para peserta adakah penting untuk berasa selamat ketika melakukan aktiviti kumpulan kita? Berikan beberapa refleksi yang penting untuk diingati ketika aktiviti kumpulan . Nyatakan bahawa kadang kala ianya akan mengambil masa yang lama untuk berkongsi dan turut serta dalam aktiviti kumpulan . Ada orang yang menghadapi masalah untuk menulis atau membaca . Galakkan para peserta supaya mematuhi refleksi ini dan kekalkan kumpulan sebagai satu tempat yang selamat untuk berkongsi dan belajar dalam keadaan menghormati semua orang .

Kunci utama

• Semua orang mempunyai hak untuk berasa selamat di tempat tinggal, tempat kerja dan tempat bermain .

• Golongan OKU merupakan antara yang lebih terdedah kepada keganasan dan penderaan .

• Refleksi daripada aktiviti ini patut di bawa ke sesi-sesi dan aktiviti-aktiviti yang lain .

B. Keganasan dan penderaan

Penerangan ringkas sesi ini

Dalam sesi ini para peserta akan mengenal pasti berbagai jenis penderaan atau keganasan dan mengenal pasti cara-cara untuk menghadapi situasi yang bersifat mendera atau ganas .

Page 40: IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

37

Objektif:

Pada akhir sesi ini para peserta akan dapat mengenal pasti empat jenis penderaan dan contoh-contoh setiap jenis . Mereka akan mendalami sebab mengapa sebahagian orang lebih terdedah kepada penderaan dan berbincang tentang cara-cara untuk mencegah atau menghalang keganasan dan penderaan dengan cara yang tidak ganas .

Tempoh:

1 jam 30 minit

Kaedah:

Perbincangan kumpulan besar dan kecil

Bahan-bahan:

Papan hitam dan kapur atau kertas carta dan pen penanda

Proses

Langkah 1: Pengenalan (15 minit)

Tuliskan perkataan-perkataan “keganasan” dan “penderaan” di atas papan hitam atau sekeping kertas carta . Minta para peserta memberi maksud perkatan-perkataan tersebut .

Apakah maksudnya?

Tanyakan:

• Apa itu perhubungan yang ganas? Apa itu sikap mendera?

• Mengapakah terdapat orang yang lebih terdedah untuk mengalami keganasan dan penderaan?

• Apa yang menyebabkan kanak-kanak terdedah kepada keganasan? (Sila lihat Kajian Keganasan versi mesra kanak-kanak)

• Mengapakah kanak-kanak dan golongan muda yang lebih terdedah?

• Apakah contoh-contoh hubungan yang ganas/mendera yang kita tahu? Bagaimana kita menghadapinya?

Contoh:

• Kanak-kanak dan golongan muda lebih berisiko kerana mereka belum cukup dewasa sepenuhnya; mereka tidak dapat mempertahankan diri mereka dengan mudah .

• Ramai kanak-kanak dan golongan muda yang takut untuk melaporkan keganasan kerana ianya dilakukan oleh orang yang berkuasa terhadap mereka .

• Ada juga yang bergantung kepada orang yang mendera mereka untuk mendapatkan makanan atau pekerjaan .

• Ada yang tiada tempat hendak dituju untuk mengubah keadaan mereka .

• Ada yang lebih terdedah disebabkan oleh jantina, bangsa, asal-usul kaum atau kekurangupayaan mereka .

IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

Page 41: IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

38 Panduan Pembelajaran Untuk Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya

Sumber: United Nations Secretary-General’s Study on Violence Against Children Adapted or Children and Young People, United Nations, 2006 .

Terangkan kepada kumpulan bahawa keganasan dan penderaan boleh menyebabkan ketakutan dan putus asa . Ia menjatuhkan harga diri dan membuatkan orang merasa tidak berdaya upaya . Bagi mendapatkan semula keupayaan atau menjadi berdaya upaya, kita perlu mengenal pasti penderaan yang terjadi . Tidak ada apa yang betul tentang penderaan kanak-kanak . Kerajaan dan masyarakat perlu melindungi kanak-kanak termasuklah kanak-kanak OKU daripada keganasan dan penderaan . Sekiranya negara anda meratifikasi Konvensyen Mengenai Hak asasi Kanak-kanak atau Konvensyen Mengenai Hak OKU, kerajaan perlu mengambil tindakan untuk menghentikan keganasan terhadap semua kanak-kanak .

Langkah 2: Perbincangan kumpulan besar (30 minit)

Terangkan kepada kumpulan bahawa keganasan dan penderaan boleh menyebabkan ketakutan dan putus asa . Ia menjatuhkan harga diri dan membuatkan orang merasa tidak berdaya upaya . Bagi mendapatkan semula keupayaan atau menjadi berdaya upaya, kita perlu mengenal pasti penderaan yang terjadi . Tidak ada apa yang betul tentang penderaan kanak-kanak .

Penderaan kanak-kanak adalah sebarang bahaya yang dilakukan terhadap kanak-kanak, termasuklah pengabaian, keganasan seksual atau mental oleh seseorang yang bertanggungjawab terhadap mereka atau mempunyai kuasa atau kawalan terhadap mereka dan orang yang sepatutnya boleh dipercayai oleh mereka .

Contoh-contoh keganasan dan penderaan:

• (kanak-kanak terhadap kanak-kanak) membuli di sekolah

• Keganasan di antara adik-beradik

• Kekerasan fizikal/ucapan ibubapa

• Memukul anak dan penganiayaan

• Penderaan seksual

Nota fasilitator: untuk aktiviti tambahan berkaitan buli, lihat aktiviti pendidikan B Unit III di muka surat 60 .

Di manakah keganasan dan penderaan boleh berlaku?

• Di rumah

• Di sekolah atau latar belakang pendidikan lain

• Di insitusi-institusi sepertii rumah anak-anak yatim; penjara atau kemudahan penahanan lain, sepertii lokap polis .

• Di tempat kerja

• Di dalam masyarakat

Sumber: United Nations Secretary-General’s Study on Violence Against Children Adapted for Children and Young People, United Nations, 2006.

Tuliskan yang berikut di atas papan hitam atau kertas carta:

Keganasan berlaku apabila seseorang menggunakan kekuatan atau kedudukannya untuk menyakiti orang lain dengan niat, bukan disebabkan tidak sengaja . Keganasan termasuklah ancaman keganasan dan tindakan yang mungkin membahayakan, serta semua yang memang membahayakan . Bahaya yang dimaksudkan boleh jadi terhadap fikiran, kesihatan dan kesejahteraannya, serta tubuh badan seseorang .

Page 42: IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

39

Jenis-jenis penderaan:

1 . Keganasan fizikal

2 . Ucapan/perasaan/psikologi

3 . Tidak dilayan sama rata

4 . Mempergunakan/mengeksploitasi

Nota fasilitator: Mungkin terdapat peserta yang mahu berkongsi kisah mereka tentang penderaan . Jika ini berlaku, beri galakan untuk berkongsi dan kekalkan persekitaran yang selamat dan menghormati semua peserta . Jika peserta mahu terus berkongsi, jemput mereka untuk ceritakan pengalaman mereka dengan anda pada satu masa yang lain (e .g ., pada penghujung hari atau ketika waktu rehat) .

Tunjuk kepada perkataan penderaan fizikal dan tanya kepada kumpulan:

• Apa itu penderaan atau keganasan fizikal?

• Apakah contoh-contoh jenis penderaan fizikal?

• Contoh: Memukul, mencubit, menampar, rogol atau penderaan seksual .

Senaraikan contoh-contohnya di sebelah fizikal atas papan hitam atau kertas . Nyatakan bahawa terdapat banyak ketika dalam hidup, kanak-kanak mengalami penderaan daripada kanak-kanak lain dan orang dewasa . Dalam banyak kejadian, kanak-kanak OKU lebih berkemungkinan untuk berhadapan dengan keganasan, termasuklah ditinggalkan .

Tunjuk pada perkataan-perkataan “ucapan/perasaan/mental” . Jelaskan bahawa penderaan tidak semestiinya berbentuk fizikal . Perkataan dan ancaman juga boleh bersifat penderaan .

Tanyakan yang berikut dan catatkan:

• Apakah jenis-jenis penderaan “ucapan/perasaan/mental”?

• Contoh: Penghinaan, menengking, merendah-rendahkan seseorang, mengugut untuk menyakiti seseorang, membuli, mengejek, mengabaikan/tidak mempedulikan, dan lain-lain .

Tunjukkan pada perkataan “tidak dilayan dengan sama rata” . Timbulkan aktiviti-aktiviti sebelumnya di mana stereotaip-stereotaip tentang golongan OKU telah dikenal pasti dan manusia dilayan tidak sama rata . Tanya kepada kumpulan:

• Apakah contoh-contoh layanan yang tidak sama rata?

• Contoh: Tidak membenarkan kanak-kanak OKU pergi ke sekolah, kanak-kanak OKU yang terakhir sekali dipilih dalam pasukan permainan, tidak berkawan dengan seseorang kerana mereka kekurangan upaya, mempunyai tangga bangunan yang tidak membolehkan orang yang menggunakan kerusi roda untuk masuk dan lain-lain .

Nyatakan bahawa kesamarataan bermaksud setiap orang menerima penghormatan, layanan, peluang dan hak-hak yang sama tanpa mengira, contohnya, warna, negara kelahiran, agama, pegangan politik atau status kekurangupayaan .

Tunjuk pada perkatan “mempergunakan/mengeksploitasi” di papan hitam . Jelaskan bahawa penderaan jenis ini berlaku apabila seseorang mengambil kesempatan terhadap orang lain untuk kepentingan diri sendiri . Tanyakan kepada kumpulan:

• Apakah contoh-contoh mempergunakan/mengeksploitasi?

IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

Page 43: IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

40 Panduan Pembelajaran Untuk Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya

• Contoh: Mengambil wang seseorang atau memberi upah yang kurang untuk kerja yang dilakukan, meminta bantuan seseorang berulang kali dan tidak membalas jasa seseorang .

Nota: satu contoh bersejarah tentang eksploitasi berlaku ketika Kemusnahan (Holocaust) apabila golongan OKU digunakan untuk ujikaji perubatan lalu dibunuh . (Evans, Suzanne E ., Jenayah yang Dilupakan: Kemusnahan dan Golongan OKU, Pejuang Hak Kekurangupayaan, 2004) .

Langkah 3: Perbincangan kumpulan kecil (25 minit)

Bentuk kumpulan daripada 4 atau lima orang peserta . Minta kumpulan kecil untuk bincangkan perkara berikut dan rekodkan jawapan mereka:

• Apa yang berlaku kepada mereka yang dianiaya?

• Apakah akibatnya terhadap perasaan mereka? (Contoh: tidak berdaya, tidak berguna, bodoh)

• Bolehkah penderaan terus kekal berlaku jika seseorang tidak mendapatkan pertolongan?

• Bagaimanakah kita dapat mencegah keganasan dan penderaan?

Terangkan bahawa orang yang berada di tempat kejadian mempunyai peranan penting dalam mencegah keganasan dan penderaan . Pertimbangkan akronim NICE berikut, yang mengenal pasti empat pilihan kritikal dalam menjadi orang yang berada di tempat kejadian .

NICE bermaksud:

• Notice (sedar sesuatu sedang berlaku)

• Interpret (Tafsirkan sekiranya situasi itu perlukan pertolongan dan boleh diberikan)

• Choose (pilih satu bentuk pertolongan)

• Engage (terlibat dengan masalah tersebut)

Minta kumpulan kecil kaitkan akronim NICE dengan pengalaman hidup sebenar untuk perbincangan kumpulan besar .

Langkah 4: Perbincangan kumpulan besar (20 minit)

Minta kumpulan kongsikan perbincangan mereka . Bagaimana mereka mahu mencegah penderaan dan keganasan? Bagaimana akronim NICE terkait dengan pencegahan? Tuliskan jawapan-jawapan pada papan hitam atau kertas .

Nota fasilitator: Dengar dan renungkan jawapan . Galakkan cara pencegahan penderaan yang selamat dan tidak ganas . Jika penyelesaian secara keganasan yang diberi, beritahu kumpulan bahawa keganasan boleh menyebabkan lebih banyak keganasan dan penderaan . Lebih baik keluar daripada sesuatu situasi dan dapatkan pertolongan daripada bersemuka atau bergaduh . Galakkan kanak-kanak untuk menjadi pengantara dan mencari pertolongan, dan terutamanya lindungi mereka yang tidak dapat melindungi atau mempertahankan diri mereka sendiri dengan baik

Nyatakan bahawa cara untuk mencegah keganasan dan penderaan ialah jadikan diri bertanggungjawab agar tidak menganiaya atau mendera dalam apa cara sekali pun .

Cara lain untuk mendapat pertolongan atau mengelakkan penderaan ialah:

• Meminta bantuan seseorang yang selamat dan beritahu mereka perkara yang berlaku

Page 44: IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

41

• Dapatkan nasihat perundangan atau gunakan undang-undang untuk melindungi diri dan hak anda

• Perjuangkan supaya kerajaan melindungi daripada penderaan dan galakkan program-program yang membantu manusia mengatasi ketidaksamarataan

Kunci utama

• Tiada tolak ansur terhadap keganasan dan penderaan . Laporkan kepada mereka yang boleh membantu: ibubapa/penjaga, guru, ahli psikologi dan juga polis .

• Tiada sesiapa yang patut menjadi mangsa keganasan atau penderaan .

• Golongan OKU, terutamanya kanak-kanak lebih terdedah kepada penderaan .

• Respon yang ganas bukanlah jawapan kepada penderaan . Lebih baik mendapatkan bantuan atau mengelakkan situasi daripada menggunakan keganasan sebagai reaksi terhadap penderaan .

Sumber: United Nations Secretary-General’s Study on Violence Against Children Adapted for Children and Young People, United Nations, 2006; Making Allies, Making Friends curriculum inspired the outline for some of the thoughtful participatory learning sessions for young people; Education Development Centre’s Health and Human Development Program at <http://main .edc .org/newsroom/features/bullying_HHD .asp>, Sue Ball di Birmingham City Council di <www .bgfl .org/services/stopbullying/default .htm>; dan Kepakaran Mengajar di <www .teachingexpertise .com/artikels/bullying-and-the-bystander-1615>

B. Menghentikan keganasan dan penderaan

Pengerangan ringkas sesi ini

Dalam sesi ini para peserta akan menggambarkan situasi-situasi keganasan dan penderaan serta mengenal pasti berbagai cara untuk mengatasi situasi tersebut .

Objektif:

Pada akhir sesi ini para peserta akan dapat mengenal pasti berbagai situasi penderaan dan cara-cara untuk menghentikan atau mengatasi keganasan dan penderaan dengan kerjasama kumpulan .

Tempoh:

1 jam 30 minit

Kaedah:

Aktiviti kumpulan kecil dan pembentangan

Bahan-bahan:

Tidak diperlukan

ProsesLangkah 1: Pengenalan (5minit)

Jelaskan kepada kumpulan bahawa terdapat ramai golongan OKU mengalami keganasan dan penderaan dan aktiviti ini akan mengenal pasti cara untuk menghentikan situasi tersebut . Lihat semula aktiviti yang lalu dan berbagai jenis penderaan .

Nota fasilitator: Pastikan perkara ini dijelaskan dengan kuat dan teliti untuk peserta yang mempunyai masalah penglihatan .

IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

Page 45: IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

42 Panduan Pembelajaran Untuk Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya

Langkah 2: Aktiviti kumpulan kecil (20 minit)

Minta para peserta membentuk kumpulan terdiri daripada empat atau lima orang . Terangkan bahawa setiap kumpulan perlu mengenal pasti satu situasi di mana penderaan atau hak telah dinafikan terhadap seorang OKU (fizikal, ucapan/perasaan/mental, ketidaksamarataan atau tidak dilayan samarata, mempergunakan/mengeksploitasi) .

Ingatkan kumpulan untuk fikirkan aktiviti yang lalu dan berbagai jenis penderaan . Beritahu kumpulan bahawa mereka perlu menggambarkan keadaan ini secara visual dan mereka akan diminta untuk “memegunkan” keadaan ini . Memegunkankan ialah apabila semuanya tidak bergerak langsung . Pemandangan ini tidak dilakonkan, ia kaku seperti sebuah gambar .

Jelaskan bahawa ketika pemandangan itu pegun, ahli kumpulan lain akan cuba meneka perkara yang terjadi di dalam pemandangan tersebut .

Berikan satu contoh pemandangan untuk membantu kumpulan memahami aktiviti ini .

Contoh:

• Seseorang yang gagal masuk ke tempat mengundi kerana ruang masuknya bertangga .

• Seorang guru memukul/mendedahkan/memindahkan seorang pelajar yang sedang menghadapi masalah untuk menyiapkan tugasannya .

• Seorang kanak-kanak OKU diejek di taman permainan, ketika kelas gim, selepas sekolah, atau pada waktu rehat .

Langkah 3: Perbincangan kumpulan kecil (55 minit)

Kumpulkan semula kumpulan-kumpulan dan minta satu kumpulan untuk memulakan secara sukarela . Minta kumpulan ke hadapan bilik dan “memegunkan” gambaran mereka . Sebaik kumpulan telah pegun, tanya kumpulan besar apa yang berlaku di dalam gambaran tersebut .

Nota fasilitator: Minta keadaan kaku untuk satu atau dua minit sahaja . Jika para peserta masih terus memberikan jawapan, berikan kumpulan tersebut rehat untuk 10 saat dan kemudian minta mereka kaku semula .

Selepas semua peserta dapat meneka apa yang sedang terjadi (apakah hak yang dinafikan), minta ahli kumpulan besar masuk dan cuba menghentikan penderaan atau keganasan tersebut . Minta mereka kaku di tempat untuk menghentikan penderaan .

Contoh: Untuk pemandangan guru yang memukul seorang pelajar yang membuat kerja dengan perlahan, peserta lain boleh masuk dan lakukan perkara berikut:

• Duduk di sebelah pelajar tersebut untuk membantunya menyiapkan kerjanya sepertii seorang pembantu rakan sebaya .

• Bawa masuk seorang pengetua atau guru lain dan tunjuk ke arah guru tersebut .

• Pindahkan tangan guru tersebut daripada pelajar .

Sebaik semua orang sudah kaku di tempat masing-masing dengan penyelesaian mereka dalam pemandangan itu, minta kumpulan berhenti menjadi kaku . Minta kumpulan kecil menjelaskan perkara sebenar yang berlaku dalam pemandangan

Page 46: IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

43

tersebut dan minta peserta lain menjelaskan cara mereka menghentikan penderaan itu . Minta para peserta mengenal pasti jenis penderaan yang digambarkan (fizikal, ucapan/perasaan/mental, ketidaksamarataan atau tidak dilayan sama rata, mempergunakan/mengeksploitasi) dan hak asasi yang mana telah dinafikan .

Minta semua kumpulan bentangkan pemandangan mereka .

Langkah 4: Rumusan (10 minit)

Setelah setiap kumpulan membentangkan contoh dan penyelesaian mereka terhadap penderaan, lihat semula situasi dan penyelesaian yang dibentangkan . Beritahu kumpulan bahawa semua orang sudah melakukan tugas dengan baik dan mereka telah mengenal pasti cara-cara yang sesuai untuk mendapatkan atau memberikan bantuan bagi menghentikan keganasan dan penderaan .

Kunci utama

• Keganasan bukan jawapan kepada penderaan . Lebih baik mendapatkan bantuan atau mengelakkan sesuatu situasi daripada menggunakan keganasan sebagai reaksi kepada penderaan .

Sumber: Advocating Change Together; lihat <www .selfadvocacy .org> untuk maklumat lanjut

IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

Page 47: IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

44 Panduan Pembelajaran Untuk Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya

Rumah dan keluargaArtikel 23: Menghormati rumah dan keluargaManusia berhak untuk hidup bersama keluarganya . Jika anda seorang OKU, kerajaan anda patut membantu keluarga anda dengan perbelanjaan, maklumat dan perkhidmatan berkaitan OKU . Anda tidak boleh dipisahkan daripada ibubapa kerana anda mempunyai kekurangan upaya! Jika anda tidak dapat hidup bersama keluarga terdekat, kerajaan perlu menolong menyediakan jagaan di dalam lingkungan keluarga yang lebih jauh atau masyarakat . Orang muda OKU mempunyai hak yang sama seperti orang muda yang lain untuk maklumat kesihatan reproduktif dan hak yang sama seperti orang lain untuk berkahwin dan mempunyai keluarga .

Sumber: Ianya Mengenai Keupayaan, UNICEF, April 2008 .

Rasional dan gambaran keseluruhan

Para peserta akan mendalami hak terhadap rumah dan keluarga . Tumpuannya ialah terhadap memahami kepentingan hak terhadap rumah dan keluarga yang berkaitan dengan menikmati hak-hak lain . Para peserta juga akan mendalami kepentingan sokongan keluarga terhadap kanak-kanak OKU .

Objektif keseluruhan

Para peserta akan dapat:

• Memahami hak terhadap rumah dan keluarga .

• Memahami sebab mengapa kanak-kanak lebih baik membesar di dalam sebuah keluarga atau persekitaran seakan keluarga di dalam masyarakat berbanding di sebuah institusi .

• Hubungkaitkan hak terhadap rumah dan keluarga dengan hak-hak lain .

• Beri idea secara sumbang saran bagi membolehkan kanak-kanak OKU kekal bersama keluarga untuk mengelakkan perpindahan ke institusi jagaan .

• Beri sumbang saran bagi bantuan kepada keluarga (ibubapa, adik-beradik, dan kanakkanak OKU) untuk menggalakkan kehidupan di rumah dan di dalam masyarakat .

Masa yang dicadangkan:

1 jam 55 minit

Sesi-sesi

A . Hak terhadap rumah dan keluarga

B . Sokongan keluarga

A. Hak terhadap rumah dan keluarga

Penerangan ringkas sesi ini

Dalam sesi ini para peserta akan mendalami hak terhadap rumah dan keluarga dan bincangkan penginstitusian .

Page 48: IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

45

Objektif:

Pada akhir sesi ini para peserta akan dapat memahami hak terhadap rumah dan keluarga serta bagaimana penafian terhadap hak ini akan menafikan hak-hak lain .

Tempoh:

45 minit

Kaedah

Perbincangan kumpulan besar

Bahan-bahan:

Tidak diperlukan

Proses:

Langkah 1: Perbincangan kumpulan besar (45 minit)

Lihat Artikel 23 – Rasa hormat pada rumah dan keluarga . Nyatakan bahawa semua kanak-kanak dan golongan muda mempunyai hak untuk hidup bersama keluarga di rumah dan bahawa menurut Konvensyen, kerajaan diminta menyediakan perkhidmatan dan sokongan untuk membolehkan kanak-kanak OKU tinggal di rumah .

Berikan contoh hak terhadap rumah dan keluarga yang dinafikan sepertii berikut:

Contoh:

Terdapat banyak negara yang tidak mempunyai perkhidmatan untuk menyokong golongan OKU di rumah dan di dalam masyarakat . Kadang kala, apabila seorang bayi OKU dilahirkan, ibubapa disuruh menyerahkan anak mereka atau meletakkannya di pusat jagaan .

Apabila seseorang diletakkan di institusi jagaan, mereka tidak dapat lagi hidup bersama keluarga mereka . Baca petikan berikut dengan kuat:

Contoh: Ramai kanak-kanak yang merindui keluarga mereka

“saya perlukan lebih cinta dan kasih sayang... saya jarang bertemu dengan ibubapa.”

—Eva, 12, tinggal di sebuah institusi .

Contoh: Kanak-kanak dan golongan muda yang diletakkan di pusat jagaan tidak berpeluang untuk bersosial dan menjadi matang sepertii orang dewasa yang berdikari

“Mereka tidak bersedia untuk kehidupan dewasa yang berdikari...Mereka tiada tempat yang dipanggil rumah.... ramai yang tiada tempat hendak dituju. Apa yang mereka perlukan ialah sebuah keluarga...”

—Petr, doktor, Rusia .

Tanya kumpulan soalan berikut:

• Apakah hak-hak lain yang sering dinafikan jika seorang kanak-kanak diletakkan di pusat jagaan?

IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

Page 49: IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

46 Panduan Pembelajaran Untuk Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya

Contoh: Keterangkuman dalam masyarakat, pendidikan, kebebasan .

Pada pendapat anda, mengapakah seorang kanak-kanak lebih baik membesar di dalam persekitaran keluarga berbanding pusat jagaan

Contoh: Kemesraan dan kehangatan, interaksi rakan sebaya, adik-beradik, pembelajaran hidup sebenar .

• Dapatkah anda fikirkan keadaan di mana perpisahan dengan keluarga boleh menjadi satu kebaikan untuk kanak-kanak tersebut?

Contoh: kanak-kanak yang didera .

• Beri pendapat cara untuk membantu kanak-kanak kekal tinggal di rumah bersama keluarga .

Contoh: Adik-beradik dan kawan-kawan membantu kanak-kanak OKU, meningkatkan kesedaran dan penerimaan masyarakat, mewujudkan perkhidmatan setempat, sepertii tadika, sekolah dan pusat jagaan harian, terbuka kepada kanak-kanak OKU, menyokong para doktor untuk memberi khidmat di dalam masyarakat, wujudkan kumpulan sokongan keluarga .

Nota fasilitator: Dalam keadaan tertentu, contohnya, bagi kanak-kanak yang berhadapan keganasan di rumah, adalah lebih baik demi kebaikannya, dia ditempatkan bersama keluarga yang lebih jauh atau jagaan peliharaan masyarakat . Sekiranya tiada pilihan, kanak-kanak boleh ditempatkan di pusat jagaan . Namun, ia mestii dianggap sebagai satu penyelesaian sementara sementara rancangan alternatif untuk penempatan masyarakat dibuat . Ia perlu sentiasa menjadi pilihan yang terakhir .

Kunci utama

• Keluarga yang mempunyai ahli OKU (tidak kira seorang anak atau ibu atau bapa) mempunyai hak menerima bantuan supaya dapat hidup bersama . Jika keluarga tidak sesuai, kanak-kanak perlu tinggal bersama keluarga lain yang lebih jauh atau di dalam program jagaan anak angkat masyarakat .

B. Sokongan keluarga

Penerangan ringkas sesi ini

Dalam sesi ini para peserta akan menerokai keperluan dan sokongan yang boleh diberikan kepada keluarga dan masyarakat yang melibatkan golongan OKU

Objektif:

Pada akhir sesi ini para peserta akan dapat memahami cara-cara sesebuah keluarga dapat dibantu melalui kerja kumpulan dan bantuan masyarakat .

Tempoh:

1 jam 10 minit

Penginstitusian Penginstitusian atau penempatan di pusat jagaan adalah tempat untuk sekumpulan kanak-kanak (atau orang dewasa) tinggal bersama dan dijaga oleh orang dewasa yang bukan merupakan sebahagian daripada keluarga sebenar mereka . Rumah anak yatim merupakan satu contoh pusat jagaan . Pusat jagaan merupakan pilihan terakhir bagi seseorang kanak-kanak untuk membesar .

Sumber: United Nations Secretary-General Study on Violence Against Children Adapted for Children and Young People, United Nations, 2006 .

Page 50: IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

47

Kaedah:

Perbincangan kumpulan besar, sumbang saran dan pembentangan

Bahan-bahan:

Papan hitam dan kapur atau kertas carta dan pen penanda

Proses:

Langkah 1: Perbincangan kumpulan besar (20 minit)

Bincangkan perkara berikut dengan kumpulan besar dan minta pandangan dan soalan di sepanjang perbincangan:

• Mempunyai kekurangan upaya memberi kesan kepada seseorang dan ia juga boleh memberi kesan kepada keluarga .

• Kebiasaannya, ibubapa perlu guna kaedah penyelesaian masalah untuk menjaga anak mereka, contohnya, bagaimana mendapatkan rawatan perubatan yang sesuai, peralatan dan akses dalam masyarakat dan sekolah .

• Kadang-kala, adik-beradik perlu menolong ibubapa untuk membantu adik-beradik OKU yang lebih tua atau muda .

• Memandangkan kumpulan kita dan Konvesyen Mengenai Hak OKU telah menerima pakai model sosial kekurangupayaan, kita tahu bahawa kekurangupayaan berpunca daripada halangan yang diwujudkan oleh masyarakat yang menghadkan golongan OKU untuk menikmati hak mereka .

Terangkan kumpulan bahawa sesebuah keluarga boleh berasa tertekan dalam bertungkus-lumus memenuhi keperluan seluruh ahli keluarga dan kerja bersama masyarakat demi mendapat perkhidmatan yang diperlukan . Menjadi tangunggjawab kita hari ini untuk memikirkan perkara yang boleh dibuat di peringkat masyarakat untuk membantu keluargakeluarga yang mempunyai ahli OKU .

Sebagai contoh, di beberapa buah negara, keluarga-keluarga dengan ahli OKU telah membentuk kumpulan sokongan di mana ibubapa malah kumpulan sokongan adik-beradik boleh berkumpul untuk memberi sumbang saran kepada penyelesaian masalah yang biasa, mendapatkan nasihat daripada orang lain, atau sekadar untuk bersosial .

Langkah 2: Perbincangan (20 minit)

Minta para peserta membentuk kumpulan dengan tiga atau empat orang ahli dan memberi sumbang saran cara-cara sesebuah keluarga telah atau dapat dibantu .

Apa yang boleh dilakukan oleh adik-beradik? Apa yang boleh dilakukan oleh kumpulan ini?

Model sosial ketidakupayaan memberi tumpuan kepada menghapuskan halangan yang dicipta oleh masyarakat atau persekitaran fizikal yang mengehadkan seseorang daripada menikmati hak asasi manusia . Ini termasuk menggalakkan sikap yang positif, menjadikan bangunan lebih mudah diakses oleh semua dan memyampaikan maklumat dengan cara yang boleh difahami

IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

Page 51: IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

48 Panduan Pembelajaran Untuk Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya

Langkah 3: Perbincangan kumpulan besar dan pembentangan (30 minit)

Minta kumpulan-kumpulan membentangkan idea-idea mereka untuk membantu keluarga dan adik-beradik dan bincangkan isu ini dengan kumpulan besar . Beri beberapa contoh berikut di sepanjang pembentangan .

Contoh-contoh sokongan keluarga:

• Wujudkan kumpulan sokongan untuk keluarga .

• Wujudkan kumpulan sokongan untuk adik-beradik .

• Buat satu senarai untuk ibubapa yang baru mempunyai anak OKU . Fikirkan perkara yang didapati berguna oleh keluarga anda dan kongsikan maklumat tersebut .

• Wujudkan program bimbingan untuk adik-beradik atau program bimbingan untuk ibubapa . Gabungkan ibubapa berpengalaman dengan ibubapa baru . Malah lebih baik, turut mempertemukan kanak-kanak tersebut dan tunjukkan perkara yang boleh dilakukan untuk golongan OKU .

• Buat satu senarai perkara positif yang boleh disumbangkan oleh golongan OKU kepada masyarakat dan kongsikan maklumat ini dengan ibubapa baru dan masyarakat .

• Mulakan aktiviti mingguan berjalan kaki secara berkumpulan . Adakan pertemuan adik-beradik dan OKU di pusat bandar dan bersiar-siar di sekeliling masyarakat . Jika anda ada mengenali OKU yang berada di rumahnya, ajak dia menyertai aktiviti ini .

Nota fasilitator: Jika ada orang yang tidak mampu berjalan jauh, cukuplah dengan mengadakan perjumpaan masyarakat di bandar dan menyanyi lagu atau sekadar berbual . Berada di luar sana juga membantu meningkatkan kesedaran!

• Galakkan anggota masyarakat bekerjasama membina landasan bagi meningkatkan akses oleh warga tua dan orang yang kekurangan upaya untuk melakukan pergerakan .

• Jemput ibubapa anda pada hari terakhir latihan ini supaya semua orang dapat melihat perkara yang anda lakukan!

Kunci utama

• Keluarga, termasuk adik-beradik memerlukan sokongan .

• Mendidik dan membimbing ibubapa baru dapat membantu mendapatkan sumber dengan lebih mudah .

• Model peranan OKU boleh membantu para ibubapa meletakkan harapan yang tinggi terhadap anak mereka .

• Sokongan yang kecil, sepertii perbincangan kumpulan, perjumpaan masyarakat, dan jiran yang suka membantu, boleh memberi perbezaan yang besar

Page 52: IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

49

Unit III: Keterangkuman dalam masyarakat

IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

Ped

ro J

osé

Riv

era,

14,

Nic

arag

ua

Page 53: IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

50 Panduan Pembelajaran Untuk Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya

Aksesibiliti dan kehidupan berdikariArtikel 9: AksesibilitiKerajaan-kerajaan bersetuju mewujudkan peluang bagi golongan OKU untuk hidup berdikari dan turut serta di dalam masyarakat . Sebarang tempat yang terbuka kepada orang awam, termasuk bangunan, jalan, sekolah dan hospital, perlu berciri yang boleh digunakan oleh golongan OKU termasuk kanak-kanak . Jika anda berada didalam bangunan dan perlukan bantuan, petunjuk, pembaca atau juru bahasa isyarat profesional perlu ada di sana untuk membantu anda .

Sumber: Ianya Mengenai Keupayaan, UNICEF, April 2008 .

Artikel 19: Kehidupan berdikariManusia berhak memilih tempat untuk mereka tinggal, tidak kira mereka OKU ataupun tidak . Setelah dewasa, anda berhak untuk hidup berdikari sekiranya anda suka dan diterima dalam masyarakat anda . Anda juga mestii mempunyai akses kepada perkhidmatan sokongan jika anda perlukan bantuan untuk hidup di dalam masyarakat, seperti jagaan di dalam rumah dan bantuan peribadi .

Sumber: Ianya Mengenai Keupayaan, UNICEF, April 2008 .

Artikel 27: Kerja dan pekerjaanGolongan OKU mempunyai hak yang sama untuk bekerja tanpa diskriminasi setelah mereka memilih pekerjaan secara bebas .

Sumber: Ianya Mengenai Keupayaan, UNICEF, April 2008 .

Rasional dan gambaran keseluruhanAktiviti-aktiviti berikut direka untuk para peserta mendapat pemahaman tentang berbagai masyarakat di tempat mereka, untuk memahami hak terhadap kehidupan berdikari di dalam masyarakat dan melihat kepada perkhidmatan sokongan yang diperlukan untuk akses yang sama rata ke arah masyarakat berdikari . Sesi-sesi bertujuan untuk menghubungkan hak OKU untuk berkerja, Aksesibiliti dan menikmati kehidupan berdikari di dalam masyarakat .

Objektif keseluruhanPada akhir aktiviti ini, para peserta akan dapat:

• Memahami kehidupan berdikari

• Menilai Aksesibiliti masyarakat

• Memahami peranan hak asasi manusia dalam menyokong kehidupan berdikari

Masa yang dicadangkan

2 jam 40 minit

Sesi-sesi

A . Projek akses

B . Penerangan ringkas sesi ini

Page 54: IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

51

A. Projek akses

Penerangan ringkas sesi ini

Dalam sesi ini para peserta akan mengenal pasti berbagai kumpulan masyarakat dan menilai aksesibiliti kumpulan dan lokasi .

Objektif:

Pada akhir sesi ini para peserta akan dapat memahami tentang Aksesibiliti untuk semua dan cara untuk menilai keterbukaan suatu kumpulan masyarakat terhadap semua orang . Kumpulan-kumpulan akan membuat satu analisis terhadap Aksesibiliti dan memberi sumbang saran cara memastikan akses untuk semua

Tempoh:

1 jam 25 minit

Kaedah:

Sumbang saran, perbincangan kumpulan besar dan aktiviti kumpulan kecil

Bahan-bahan:

Papan hitam dan kapur atau kertas carta dan pen penanda

Proses

Langkah 1: Pengenalan (5 minit)

Ingatkan kumpulan perkara yang telah dipelajari daripada aktiviti-aktiviti yang lepas: iaitu semua orang perlu dilayan sama rata dan kepelbagaian manusia merupakan sebahagian daripada kehidupan manusia . Semua orang mempunyai perbezaan . Menerima dan menghargai perbezaan tersebut bukan sahaja memperkayakan hidup kita, tetapi juga merupakan langkah yang perlu diambil ke arah mencapai kesamarataan . Jelaskan bahawa aktiviti akan bermula dengan sumbang saran kumpulan, kemudian para peserta akan membentuk kumpulan kecil untuk aktiviti Aksesibiliti .

Langkah 2: Perbincangan (20 minit)

Tulis perkataan “masyarakat” pada papan hitam atau kertas carta . Lukis sebuah bulatan mengelilingi perkataan itu dan minta peserta secara sukarela memberi sebanyak mungkin jenis-jenis masyarakat – pertemuan orang ramai –yang boleh mereka fikirkan . Beri contoh-contoh daripada diagram perkataan di bawah:

Diagram perkataan “masyarakat”

negara

pasukan sukan

pekan, bandar atau kampung

kejiranan

keluarga

kawan-kawan

sekolah

kumpulan agama

masyarakat

IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

Page 55: IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

52 Panduan Pembelajaran Untuk Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya

Langkah 3: Aktiviti kumpulan kecil (30 minit)

Pecahkan para peserta kepada kumpulan-kumpulan yang terdiri daripada empat atau lima orang . Minta mereka pilih satu jenis masyarakat untuk menganalisa Aksesibiliti .

Nota fasilitator: Jika ada, minta kumpulan memilih lokasi, seperti di sekolah, dan lawati lokasi untuk menganalisa Aksesibilitinya . Jika tiada, minta kumpulan-kumpulan kecil memberi sumbang saran lokasi masyarakat dan analisa Aksesibilitinya melalui perbincangan .

Minta kumpulan kecil melihat soalan berkaitan Aksesibiliti berikut (lihat senarai semak Aksesibiliti di bawah) dan buat satu laporan Aksesibiliti untuk dibentangkan kepada kumpulan besar . Ingatkan para peserta bahawa persekitaran yang bole diakses berguna kepada semua orang, contohnya, elevator memberi akses kepada orang yang menggunakan kerusi roda dan memudahkan orang yang membawa barang berat, atau mesin air minum pada ketinggian boleh dicapai membolehkan kanak-kanak mencapainya juga . Maklumat yang disesuaikan supaya mudah difahami atau gambar dapat membantu orang yang tidak boleh membaca dengan baik dan mereka yang mempunyai masalah kognitif .

Laporan aksesibiliti perlu merangkumi penerangan akses dari segi fizikal, maklumat dan sikap dan perubahan-perubahan yang perlu bagi menjadikannya boleh diakses sepenuhnya .

Senarai semak Aksesibiliti:

Akses sikap

• Adakah mereka menunjukkan sikap yang positif terhadap golongan OKU?

• Adakah mereka – samada guru, kakitangan kesihatan, jurulatih sukan, kakitangan kerajaan tempatan, dan sebagainya – membantu? Apa yang mereka lakukan untuk mengalakkan penglibatan golongan OKU dalam berbagai bidang pekerjaan? Adakah mereka sedar akan wujudnya berbagai cara untuk menyesuaikan persekitaran tempatan bagi memastikan perangkuman golongan OKU?

• Adakah golongan OKU berasa selesa untuk meminta bantuan sekiranya diperlukan? Atau cukup tegas untuk memperjuangkan hak mereka?

• Adakah keterangkuman (di dalam masyarakat, rumah, sekolah) disokong?

• Adakah golongan OKU berasa selamat?

Akses fizikal

• Adakah terdapat sebarang bentuk pengangkutan atau kemudahan untuk tiba ke lokasi?

• Adakah bangunannya mempunyai tangga? Ada landasan untuk memasuki bangunan?

• Adakah pintunya cukup besar untuk kerusi roda atau topang melaluinya?

• Adakah bangunan tersebut mempunyai elevator atau lif sekiranya ia mempunyai lebih daripada satu aras?

• Adakah label-label Braille terdapat pada pintu-pintu masuk bilik-bilik (bilik air, elevator, kafeteria, dan lain-lain) atau penanda di atas lantai untuk menunjukkan pintu dan laluan ke tangga? Jika tidak, adakah bantuan pembimbing disediakan untuk membantu orang yang mempunyai masalah penglihatan?

• Adakah bilik airnya boleh diakses? Adakah ia mempunyai petak ruang yang cukup besar untuk kerusi roda atau susur tangan?

Page 56: IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

53

• Adakah meja-mejanya cukup tinggi untuk memuatkan kerusi roda? Adakah lorong-lorong cukup luas untuk kerusi roda atau seseorang yang menggunakan topang?

• Adakah barang-barang yang diperlukan berada di dalam lingkungan yang boleh dicapai oleh seseorang yang menggunakan kerusi roda?

• Adakah program sukan disediakan untuk pelajar-pelajar OKU?

Akses maklumat

• Adakah pelajar-pelajar OKU disertakan di dalam kelas pendidikan biasa?

• Adakah program sukan disediakan untuk pelajar-pelajar OKU?

• Adakah peralatan audio atau visual dilengkapi dengan keterangan untuk pelajar-pelajar yang bermasalah pendengaran?

• Adakah buku-buku bertulisan besar disediakan untuk pelajar-pelajar bermasalah penglihatan?

• Adakah maklumat disediakan dalam format yang mudah difahami?

• Adakah perkhidmatan dan sokongan disediakan untuk pelajar-pelajar OKU seperti mana yang diperlukan?

• Jika Braille tidak disediakan, adakah bantuan pembimbing ada untuk membaca/menerangkan sesuatu?

• Adakah kelengkapan digital/komputer boleh diakses? (kemudahan fizikal, perkakasan, perisian, Internet)?

Nota fasilitator: Sesuaikan senarai semak ini dengan konteks tempatan .

Langkah 4: Perbincangan kumpulan besar (30 minit)

Minta kumpulan-kumpulan kongsikan laporan analisis Aksesibiliti mereka dengan kumpulan besar . Minta kumpulan nyatakan cara mereka akan mengatasi halangan atau masyarakat yang tidak boleh diakses . Kenal pasti beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengalihkan halangan-halangan tersebut hari ini .

Contoh:

• Sebuah landasan boleh dibina untuk kemudahan kerusi roda yang turut memberi manfaat kepada orang lain, termasuklah penunggang basikal, ibubapa yang membawa kereta sorong bayi, peniaga-peniaga yang menggunakan gerai bergerak, warga tua, orang-orang yang menggunakan topang, dan lain-lain) .

• Bahan bacaan atau maklumat dapat diterangkan dengan cara yang mudah difahami .

• Jika mesin air minum tidak dapat dicapai, air botol boleh disediakan di atas meja .

• Jika meja terlalu rendah untuk kerusi roda, ia boleh ditinggikan dengan meletakkan bongkah kayu di bawah kaki meja .

• Perabot-perabot di dalam bilik boleh disusun semula supaya laluan menjadi lebih luas .

• Sediakan maklumat berkenaan penglibatan golongan OKU; kanak-kanak dan golongan muda boleh digalakkan berbincang tentang bantuan yang diperlukan bagi membolehkan perangkuman .

• Guru-guru dan kakitangan dilatih untuk isu-isu berkaitan dengan Aksesibiliti dan perangkuman .

IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

Page 57: IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

54 Panduan Pembelajaran Untuk Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya

• Program-program menerima pakai polisi terangkum .

Kunci utama

• Halangan Aksesibiliti boleh dialihkan jika semua orang bekerja secara kumpulan .

• Semua orang berhak terhadap sebuah masyarakat yang terbuka .

• Masyarakat yang terbuka mewujudkan dan mengalakkan kesamarataan untuk semua .

B. Cabang-cabang hidup berdikari

Penerangan ringkas sesi ini

Dalam sesi ini para peserta akan dapat memahami kehidupan berdikari dan hak asasi manusia yang diperlukan bagi membantu mencapai masyarakat berdikari .

Objektif:

Pada akhir sesi ini para peserta akan dapat mengenal pasti berbagai nilai dan pandangan terhadap kehidupan berdikari dan sokongan yang diperlukan (hak asasi manusia) untuk mencapai kehidupan berdikari dalam masyarakat .

Tempoh:

1 jam 15 minit

Kaedah:

Perbincangan kumpulan besar dan aktiviti kumpulan kecil

Bahan-bahan:

Kertas carta dan pen penanda untuk kumpulan kecil

Proses

Langkah 1: Pengenalan (5 minit)

Terangkan kepada kumpulan bahawa semua orang mempunyai hak untuk hidup berdikari . Ini termasuklah hak untuk memilih tempat tinggal dan tempat kerja . Semua orang berhak untuk diterima di dalam masyarakat!

Kehidupan berdikari bukanlah sekadar mempunyai kehidupan yang tidak bergantung kepada sesiapa . Ianya tentang mempunyai kuasa dan kebebasan untuk membuat keputusan dan menentukan pilihan dan bentuk kehidupan kita . Jika bantuan diperlukan untuk hidup dalam masyarakat, ia perlu disediakan .

Aktiviti ini akan melibatkan pembinaan cabang-cabang hidup berdikari dan memikirkan tentang perkara yang kita hargai untuk masa hadapan kita .

Langkah 2: Aktiviti kumpulan kecil ( 30 minit)

Minta para peserta membentuk kumpulan yang terdiri daripada empat atau lima orang . Beri sehelai kertas carta dan pen penanda kepada setiap kumpulan . Lukis garis bentuk sebatang pokok di atas papan hitam atau kertas carta, dengan akar beserta dahan-dahannya . Minta setiap kumpulan melukis pokok mereka sendiri . Terangkan

Page 58: IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

55

bahawa kita akan membuat sebatang pokok dengan cabang-cabang hidup berdikari beserta akar dan dahan-dahannya .

Minta kumpulan memikirkan perkara berikut:

• Apa anda ingin jadi suatu hari nanti?

• Apa yang anda hargai dalam hidup ini?

• Apakah maksud sebuah kehidupan berdikari/ berautonomi?

Contoh: Kerja yang bagus, duit untuk memiliki rumah, kawan-kawan, anak-anak, membuat keputusan sendiri, menghormati dan dihormati .

Minta kumpulan menulis jawapan mereka pada dahan-dahan pokok mereka .

Setelah kumpulan siap melakar dahan-dahan mereka, tanyakan:

• Sekiranya dahan-dahan merupakan kehidupan berdikari yang baik, apakah pula akarakarnya?

• Apakah yang diperlukan oleh semua orang sebagai asas (apa perkhidmatan sokongan yang diperlukan) oleh golongan OKU untuk mencapai kehidupan berdikari?

• Contoh: Pendidikan yang terangkum, bahan-bahan yang disesuaikan, makanan, peralatan untuk menyertai masyarakat (kerusi roda), jagaan kesihatan, kawan-kawan/ rangkaian sosial .

Nota fasilitator: Jika para peserta menghadapi masalah memikirkan akarnya, ingatkan mereka bahawa hak asasi manusia merupakan akar untuk kehidupan yang baik . Rujukkan mereka kepada Konvensyen Mengenai Hak OKU versi mesra kanak-kanak .

Contoh: cabang-cabang hidup berdikari

Minta kumpulan tampalkan pokok-pokok mereka di hadapan setelah mereka selesai .

IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

Page 59: IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

56 Panduan Pembelajaran Untuk Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya

Langkah 3: Perbincangan kumpulan besar (40 minit)

Benarkan para peserta pergi ke sekeliling bilik dan melihat pokok cabang-cabang hidup berdikari daripada kumpulan-kumpulan lain .

Minta para peserta memberitahu kelas secara sukarela, erti cara hidup yang baik dan berdikari bagi mereka dan apakah asas-asas untuk mencapai kehidupan tersebut . Terangkan bahawa aktiviti-aktiviti ini bertujuan untuk membina sebuah masyarakat di mana semua orang dapat merasai cabang-cabang hidup berdikari .

Kunci utama

• Setiap orang mempunyai hak untuk hidup berdikari di dalam masyarakat dan untuk mempunyai kerja yang menjadi pilihan mereka .

• Masyarakat perlu menjadi terbuka kepada semua dan menyokong golongan OKU untuk hidup berdikari .

• Kunci kepada mencapai kehidupan berdikari adalah hak asasi manusia (akarnya) .

Page 60: IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

57

PendidikanArtikel 24: PendidikanManusia mempunyai hak untuk bersekolah . Sekiranya anda mempunyai kekurangupayaan, anda tidak boleh dikecualikan daripada pendidikan kerananya . Anda tidak patut dididik di sekolah berasingan . Anda mempunyai hak terhadap pendidikan dan kurikulum yang sama seperti kanak-kanak lain, dan kerajaan anda mesti memberikan bantuan yang diperlukan untuk membolehkan ini berlaku . Contohnya, kerajaan perlu menyediakan kaedah yang sesuai supaya guru-guru anda faham cara untuk memberi tindak balas terhadap keperluan anda .

Sumber: Ianya Mengenai Keupayaan, UNICEF, April 2008.

Artikel 30: Penyertaan dalam kehidupan kebudayaan, rekreasi, riadah dan sukanGolongan OKU mempunyai hak yang sama seperti orang lain untuk turut serta dalam dan menikmati kesenian, sukan, permainan, filem dan aktiviti lain yang menyeronokkan . Jadi, teater, muzium, taman permainan dan perpustakaan perlu boleh diakses oleh semua orang, termasuklah kanak-kanak OKU .

Sumber: Ianya Mengenai Keupayaan, UNICEF, April 2008 .

Rasional dan gambaran keseluruhan

Aktiviti-aktiviti berikut direka bentuk untuk memberi pemahaman tentang halangan-halangan terhadap pendidikan bagi pelajar-pelajar OKU, termasuklah membuli . Para peserta akan menyelesaikan situasi di sekolah untuk menggalakkan perangkuman semua pelajar di dalam setiap aktiviti sekolah dan membina masyarakat sekolah yang selamat .

Objektif keseluruhan

Pada akhir aktiviti ini, para peserta akan dapat:

• Mengenal pasti berbagai keperluan pembelajaran dan halangan terhadap pendidikan

• Memahami pembulian dan mengenal pasti cara-cara untuk mengelakkan pembulian dan mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat

• Buat perancangan untuk melibatkan semua pelajar dalam rutin dan aktiviti sekolah

Masa yang dicadangkan

4 jam

Sesi-sesi

A . Menggapai bintang

B . Pembuli

C . Kelas kita

IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

Page 61: IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

58 Panduan Pembelajaran Untuk Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya

A. Menggapai bintang

Penerangan ringkas sesi ini

Dalam sesi ini para peserta akan dapat memahami berbagai cara pembelajaran dan hak terhadap pendidikan .

Objektif:

Pada akhir sesi ini para peserta akan dapat mengenal pasti halangan-halangan terhadap hak untuk pendidikan . Mereka akan belajar cara untuk mengatasi halangan-halangan tersebut secara berkumpulan .

Tempoh:

45 minit

Kaedah:

Perbincangan kumpulan besar

Bahan-bahan:

Papan hitam dan kapur atau kertas carta dan pen penanda

Proses

Langkah 1: Pengenalan (10 minit)

Tanyakan soalan berikut kepada kumpulan:

• Berapa ramai daripada anda sedang bersekolah atau pernah bersekolah?

• Apakah kepentingan bersekolah? Mengapa kita bersekolah?

• Contoh: Untuk mendapat pendidikan, belajar membaca dan menambah pengetahuan, belajar matematik, bersiap untuk bekerja dan lain-lain .

Nyatakan bahawa semua orang berhak bersekolah . Kanak-kanak OKU tidak boleh dikecualikan daripada pendidikan atau ditempatkan di sekolah yang berasingan . Semua kanak-kanak perlu mendapat kandungan pendidikan yang sama, walaupun ia mungkin disampaikan dengan cara yang berbeza . Pentadbir, guru-guru dan rakan-rakan perlu menjadikan bilik darjah terbuka dan sama rata untuk semua . Kerajaan perlu melaksanakan polisi yang menyokong pendidikan yang terangkum . Aktiviti berikut akan dapat membantu kita memahami hak terhadap pendidikan dan cara untuk semua orang dapat menikmati hak ini .

Langkah 2: Perbincangan kumpulan besar (30 minit)

Lukis tiga biji bintang besar di atas papan hitam atau kertas carta (bersaiz cukup besar untuk menulis 10 hingga 15 perkataan dalam setiap bintang) . Jelaskan kepada kumpulan bahawa setiap orang berhak terhadap pendidikan dan sekolah perlu terbuka untuk semua . Tunjukkan pada bintang-bintang di papan hitam dan nyatakan bahawa pelajar-pelajar merupakan satu kumpulan yang terdiri daripada berbagai jenis orang, setiap orang mempunyai kekuatan dan keupayaan yang berbeza . Kanak-kanak OKU berhadapan dengan halangan terhadap pendidikan (lihat petikan UNESCO di muka sebelah) . Anda boleh bacakan petikan UNESCO kepada kelas . Halangan-halangan

Page 62: IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

59

ini dapat di atasi melalui peningkatan kesedaran di kalangan ibubapa, penjaga, rakan-rakan, guru-guru, pengetua-pengetua dan kerajaan tempatan . Juga, halangan-halangan dapat di atasi oleh kerajaan secara mewujudkan keadaan-keadaan untuk memastikan perangkuman kanak-kanak OKU di sekolah-sekolah biasa (menggalakkan latihan guru, menggalakkan perubahan susun atur fizikal sekolah dan lain-lain .) .

Tuliskan tajuk-tajuk berikut dalam setiap bintang:

• Berbagai jenis pelajar

• Halangan-halangan kepada pendidikan

• Kerja kumpulan

Contoh: Gapailah bintang-bintang

Tanyakan yang berikut kepada kumpulan dan catat jawapan mereka di dalam bintang yang sesuai:

• Apakah perkataan-perkataan yang boleh digunakan untuk menerangkan berbagai jenis pelajar? Pelajar-pelajar dengan dan tanpa kekurangupayaan .

Contoh: Kuat berusaha, pendengar yang baik, sukar membaca, bijak matematik, suka membantu, menumpukan perhatian, suka bertanya .

• Apakah penghalang terhadap pendidikan bagi kanak-kanak OKU?

Contoh: Ibubapa tidak akan membenarkan anak ke sekolah, tiada cara untuk ke sekolah, sekolah tidak membenarkan anak bersekolah, guru-guru tidak mahu atau tiada kemahiran untuk mengajar kanak-kanak OKU, pelajar-pelajar diejek, buku tidak terdapat dalam tulisan Braille, tiada juru bahasa isyarat, bahan-bahan tidak dijelaskan dengan cara yang mudah untuk difahami, pelajar-pelajar OKU ditempatkan di bahagian belakang kelas dan tidak dipedulikan .

• Bagaimana cara untuk kita mengatasi halangan-halangan ini?

Contoh: Kenal pasti kanak-kanak OKU dalam masyarakat anda yang disembunyikan oleh ibubapa atau tidak dibenarkan bersekolah dan menyertai kehidupan masyarakat; bincang dengan ibubapa tentang faedah bersekolah (meningkatkan kualiti hidup, persahabatan, kemahiran bekerja dan lain-lain), tanyakan kepada guru-guru atau pentadbir sekolah tentang kanak-kanak OKU, galakkan pertemuan dan sokongan kumpulan supaya sekolah menerima pelajar OKU, buat lembaran atau helaian fakta tentang faedah jika seseorang OKU bersekolah (belajar kemahiran hidup, kemahiran bekerja, mendapat duit, membantu ekonomi masyarakat), tugaskan pembantu rakan untuk membantu membaca, menulis, menerangkan konsep atau arahan, melayan orang lain dengan hormat, buat dokumentasi bagi kes-kes kanak-kanak OKU yang dinafikan hak

Pelbagai pembelajaran

Halangan-halangan terhadap

pendidikan

Kerja kumpulan Gapailah Bintang

Sembilan puluh peratus daripada kanak-kanak OKU di negara membangun tidak bersekolah, kata UNESCO .

Sumber: United Nations Enable, ; lihat www .un .org/disabilities/convention/pdfs/factsheet .pdf untuk maklumat lanjut .

IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

Page 63: IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

60 Panduan Pembelajaran Untuk Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya

terhadap pendidikan dan gunakan ia untuk melobi kerajaan tempatan supaya menjadikan sekolah lebih terangkum .

Langkah 3: Rumusan (5 minit)

Minta para peserta mengenal pasti satu idea atau pendapat yang akan mereka ambil untuk digunakan atau diubah di sekolah mereka . Minta beberapa peserta yang sukarela untuk berkongsi pendapat dengan kumpulan besar .

Kunci utama

• Setiap orang mempunyai cara belajar yang berbeza .

• Kesedaran dan perjuangan dapat mengatasi sebarang halangan terhadap pendidikan .

• Pendidikan merupakan hak asasi bagi semua orang .

B. Kaki buli

Penerangan ringkas sesi ini

Dalam sesi ini para peserta akan dapat memahami kejadian buli dan perasaan orang terhadapnya .

Objektif:

Dalam sesi ini para peserta akan dapat mengenal pasti berbagai jenis buli dan cara-cara untuk campur tangan dan mencegah buli . Para peserta akan memahami bahawa mereka mempunyai tanggungjawab untuk membantu seseorang yang dibuli dengan cara yang selamat .

Tempoh:

2 jam

Kaedah:

Lakonan, perbincangan kumpulan besar, aktiviti kumpulan kecil dan pembentangan kumpulan kecil

Bahan-bahan:

Nota fasilitator: Untuk lebih banyak aktiviti yang membincangkan keganasan dan penderaan, sila lihat Unit II: Keganasan dan penderaan (muka surat 34-43)

Proses

Langkah 1: Pengenalan (5 minit)

Beritahu kumpulan bahawa aktiviti ini akan menerokai buli . Minta seorang sukarela menerangkan maksud buli . Buli terjadi apabila terdapat seseorang yang lebih lemah daripada seorang lagi dan dengan sengaja disakiti .

Buli merupakan sejenis penderaan dari segi fizikal (memukul, pukul, menolak) atau ucapan/mental (ancaman/ejekan, hinaan) dan biasanya berlaku di sekolah . Dalam kajian-kajian di seluruh dunia, antara 20 hingga 60 peratus kanak-kanak melaporkan mereka dibuli pada bulan lalu . Kanak-kanak OKU lebih terdedah kepada buli .

Page 64: IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

61

Sumber: United Nations Secretary-General Study on Violence Against Children Adapted for Children and Young People, United Nation,, 2006 .

Langkah 2: Aktiviti kumpulan kecil (15 minit)

Minta para peserta membentuk kumpulan terdiri daripada empat atau lima orang dan tuliskan beberapa contoh buli .

Minta dua orang sukarela melakonkan situasi buli . Ketepikan dua orang sukarela tersebut sementara kumpulan kecil membuat senarai dan melihat skrip lakonan berikut .

Skrip lakonanPelajar 1: (berjalan melalui dewan menggunakan topang)

Pelajar 2: (berjalan melalui dewan dan terlanggar Pelajar 1) Hei, tengok-tengoklah sikit!

Pelajar 1: Minta maaf, awak terlanggar saya .

Pelajar 2: Tidaklah . Berjalan elok-elok sikit . (berjalan ke arah Pelajar 1) . Kau ingat kau siapa?

Pelajar 1: Jangan ganggu saya . Saya tidak bersalah .

Pelajar 2: Apa ada dalam beg kau? Ada makanan? Beri pada aku!

Pelajar 1: Tidak, ini makanan saya . Awak tidak boleh ambil! (ketakutan)

Pelajar 2: (rampas makanan daripada beg) Sekarang, ini aku punya . Kejarlah! (berlalu pergi)

Pelajar 1: (sedih), memerhatikan Pelajar 2 pergi)

Langkah 3: Lakonan (30 minit)

Gabungkan semula kumpulan-kumpulan dan minta kumpulan beri 2 contoh buli secara sukarela . Kemudian beritahu bahawa dua peserta akan melakonkan situasi buli sekarang .

Bacakan yang berikut:

• Babak ini terjadi di kaki lima antara waktu kelas sebelum makan tengahari . Seorang pelajar menghidap polio dan menggunakan topang untuk berjalan

Minta sukarela untuk melakonkan skrip lakonan mereka .

Tanyakan soalan perbincangan berikut:

• Apakah ciri buli yang anda lihat?

• Apakah perasaan anda?

• Siapa yang membuli siapa?

• Pernahkah anda melihat ia berlaku sebelum ini?

IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

Page 65: IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

62 Panduan Pembelajaran Untuk Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya

Akhir sekali, lihat soalan-soalan berikut:

• Pada pendapat anda, mengapakah buli terjadi?

• Apakah perasaan anda?

Langkah 4: Aktiviti kumpulan kecil (20 minit)

Minta para peserta kembali kepada kumpulan mereka dan reka sebuah lakonan daripada salah satu contoh mereka . Selain daripada melakonkan kejadian buli, minta mereka lakonkan penyelesaian kepada buli . Contohnya, terdapat seorang rakan yang bersuara untuk pelajar yang dibuli atau mendapatkan perhatian pelajar lain .

Langkah 5: Pembentangan kumpulan kecil (45 minit)

Jelaskan bahawa kanak-kanak dan orang muda juga boleh digalakkan untuk mengubah peranan orang yang berada di tempat kejadian dengan memikirkan contoh-contoh bagaimana mereka dapat bertindak secara berbeza dan membantu apabila melihat seseorang dibuli :

• Memilih untuk tidak melihat dan berlalu pergi (mengalihkan penonton)

• Melayan orang yang dibuli dengan baik pada ketika lain

• Beritahu orang yang dibuli bahawa anda tidak sukakannya (buli) dan tanya sekiranya anda boleh membantu (beritahu seseorang atau menemani mereka untuk memberitahu seseorang)

• Menyaksikan dan mengesahkan pengalaman pelajar yang dibuli selepas kejadian dan meyakinkan mereka bahawa mereka disokong

• Menyumbang kepada budaya anti-buli di sekolah melalui pembinaan poster-poster, kisah atau filem yang menentang buli

Sumber: Bahan-bahan untuk sesi ini telah diambil daripada tulisan Sue Ball di www .bgfl .org/services/ stopbullying/default .htm> dan Kepakaran Mengajar di <www .teachingexpertise .com/artikels/ bullying-and-the-bystander-1615> .

Minta kumpulan kecil persembahkan lakonan mereka kepada kumpulan besar dan bincangkan penyelesaian mereka terhadap buli .

Lihat semula soalan berikut selepas setiap lakonan kumpulan:

• Apa yang anda lihat yang boleh dianggap sebagai ‘buli’?

• Bagaimana ia mempengaruhi perasaan anda?

• Siapa yang membuli siapa?

• Apakah penyelesaian terhadap kejadian buli itu

• Adakah anda fikir anda boleh menjadi seseorang yang membantu orang yang dibuli?

• Adakah cadangan-cadangan untuk orang yang berada di tempat kejadian berkesan untuk menghentikan buli dalam situasi anda?

Cadangkan secara sukarela contoh-contoh bagi cara menghentikan buli:

• Minta sekolah menetapkan satu kod tingkah laku atau satu set peraturan untuk kakitangan dan pelajar yang perlu merangkumi melayan setiap orang dengan sama rata .

Page 66: IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

63

• Galakkan penghormatan untuk semua orang, termasuk guru-guru yang melayan dan menggalakkan hormat-menghormati di sekolah .

• Tingkatkan kesedaran bahawa buli merupakan satu bentuk keganasan dan penderaan .

• Buat poster-poster untuk dewan sekolah menyatakan bahawa membuli adalah serius dan dianggap satu penderaan . Tulis di bawah sekali contoh;“menghormati semua orang”

Langkah 6: Rumusan (5 minit)

Ulangi bahawa semua orang mempunyai hak terhadap pendidikan dan ia termasuklah berasa selamat . Membuli merupakan sejenis penderaan dan dianggap diskiriminasi . Kita semua bertanggungjawab untuk mengelakkan buli .

Kunci utama

• Membuli adalah satu bentuk penderaan .

• Semua orang perlu berasa selamat di sekolah .

• Kanak-kanak lebih mudah dibuli sekiranya mereka keadaan mereka lebih terdedah . Mempunyai kekurangupayaan tidak semestiinya bermaksud lebih terdedah kepada buli, tetapi ia lebih bergantung kepada cara sekolah dan kumpulan muda melibatkan kanakkanak OKU di dalam masyarakat sekolah .

Sumber: United Nations Secretary-General Study on Violenve Against Children Adapted for Children and Young People, United Nations, 2006 .

C. Kelas kita

Penerangan ringkas sesi ini

Dalam sesi ini para peserta akan mengenal pasti cara-cara untuk menjadikan sekolah lebih terangkum untuk berbagai jenis golongan OKU .

Objektif:

Pada akhir sesi ini para peserta akan dapat menyelesaikan masalah berkenaan perlbagai aktiviti di sekolah, termasuklah makan tengahari dan bermain, untuk merangkum semua pelajar . Para peserta akan dapat memahami faedah-faedah merangkumkan semua orang dalam pendidikan .

Tempoh:

1 jam 15 minit

Kaedah:

Perbincangan kumpulan besar, aktiviti kumpulan kecil dan pembentangan kumpulan kecil

Bahan-bahan:

Papan hitam dan kapur atau kertas carta dan pen penanda

IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

Page 67: IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

64 Panduan Pembelajaran Untuk Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya

Proses

Langkah 1: Pengenalan (5 minit)

Beritahu kumpulan bahawa aktiviti ini akan menerokai bilik darjah yang terangkum .

Bilik darjah yang terangkum bermaksud bilik darjah atau sekolah yang menerima pelajar-pelajar dengan berbagai jenis keupayaan . Pelajar-pelajar OKU atau bukan OKU belajar bersama dalam sebuah persekitaran yang menggalakkan pembelajaran untuk semua

Langkah 2: Perbincangan kumpulan besar (15 minit)

Tanyakan berikut kepada para peserta dan buat satu senarai di papan hitam atau kertas carta:

• Bagaimanakah rupa satu hari sekolah yang biasa?

• Apakah rutin anda disepanjang hari?

Jangan lupa menyatakan rutin-rutin seperti pergi ke sekolah, makan tengahari, kelab atau sukan dan rekreasi .

Langkah 3: Aktiviti kumpulan kecil (20 minit)

Minta para peserta membentuk kumpulan daripada empat atau lima orang ahli . Minta setiap kumpulan memilih satu daripada rutin harian di sekolah (cuba minta mereka pilih rutin dalam lingkungan yang berbeza, seperti bersiap ke sekolah, menghadiri kelas, rehat, kelas muzik dan lain-lain) .

Minta setiap kumpulan memilih satu jenis kekurangan upaya (penglihatan, fizikal, pendengaran, intelektual) dan reka kelas atau rutin yang dipilih untuk melibatkan pelajar OKU . Kumpulan-kumpulan boleh melukis gambar, berlakon atau menulis satu perenggan tentang kelas mereka .

Ingatkan kelas bahawa ruang fizikalnya dan maklumat mestilah boleh diakses oleh semua (lihat muka surat 52 untuk senarai semak Aksesibiliti) .

Langkah 4: Pembentangan kumpulan kecil (35 minit)

Minta kumpulan-kumpulan bentangkan aktiviti-aktiviti terangkum mereka kepada kumpulan besar . Utarakan teknik-teknik terangkum yang kreatif dan positif dan beri cadangan jika perlu . Galakkan peserta lain untuk lakukan perkara yang sama .

Kunci utama

• Semua pelajar mendapat faedah daripada bilik darjah yang terangkum .

• Kanak-kanak OKU perlu disertakan dalam semua aktiviti termasuk kelas, makan tengahari, pendidikan sukan/fizikal dan kesenian .

Page 68: IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

65

Unit IV: Perubahan dalam masyarakat

IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

Vale

ria

D’A

vola

, 13,

Ital

y

Page 69: IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

66 Panduan Pembelajaran Untuk Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya

Dasar dan tindakan

Rasional dan gambaran keseluruhan

Aktiviti-aktiviti berikut direka bentuk untuk para peserta mengenal pasti perkara-perkara di mana perubahan masyarakat diperlukan supaya hak dan kualiti hidup dinikmati oleh semua orang . Para peserta akan mengenal pasti ciri-ciri perjuangan yang efektif dan membuat rancangan-rancangan untuk meningkatkan kesedaran dan mengambil tindakan terhadap pengasingan . Kaitan akan dibuat antara perjuangan dan pemantauan hak-hak OKU .

Artikel 8: Meningkatkan kesedaranKerajaan perlu mendidik semua orang tentang hak dan harga diri golongan OKU sertapencapaian dan kemahiran mereka . Mereka bersetuju untuk menghapuskan stereotaip, prasangka dan aktiviti-aktiviti yang mungkin menyakiti golongan OKU . Sekolah anda, contohnya, perlu menggalakkan sikap hormat terhadap golongan OKU, walaupun di kalangan anak-anak kecil .

Sumber: It’s About Ability, UNICEF, April 2008 .

Artikel 33: PemantauanSetiap kerajaan yang telah meratifikasi Konvensyen mesti memantau perkembangan ke arah menunaikan janji-janji berkenaan Konvensyen . Organisasi masyarakat sivil mesti terlibat dalam memantau pelaksanaan Konvensyen .

Sumber: Konvensyen Mengenai Hak OKU, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, 2006 .

Artikel 34: Jawatankuasa Hak OKUSebuah Jawatankuasa Hak OKU akan dipilih oleh kerajaan yang telah meratifikasiKonvensyen . Ia akan selalu bertemu bagi memastikan Konvensyen dipatuhi, dan untukmenjawab soalan-soalan dan membimbing negara-negara dan masyarakat dalam melindungi hak OKU .

Sumber: Konvensyen Mengenai Hak OKU, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, 2006 .

Artikel 35: Laporan dan jawatankuasaSetiap negara yang menjadi ahli Konvensyen akan menyediakan sebuah jawatankuasa khas beserta laporan bertulis tentang perkara yang telah mereka lakukan untuk melindungi hak OKU .

Sumber: Konvensyen Mengenai Hak OKU, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, 2006 .

Objektif keseluruhan

Pada akhir aktiviti-aktiviti ini para peserta akan dapat:

• Memahami perjuangan dan meningkatkan kesedaran sebagai komponen asas untuk memastikan perubahan berlaku

• Kenal pasti ciri-ciri perjuangan yang berkesan

• Kenal pasti perubahan-perubahan yang telah mampu dilakukan oleh kanak-kanak dan orang dewasa di dalam rumah mereka, sekolah atau persekitaran masyarakat

• Kenal pasti titik permulaan yang nyata untuk perubahan dan peluang yang konkrit untuk memperbaiki akses dan penglibatan di dalam masyarakat mereka

Page 70: IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

67

• Wujudkan pelan tindakan untuk menghasilkan perubahan sosial

• Sanggup mengambil tindakan

Masa yang dicadangkan

4 jam 15 minit

Sesi-sesi

A . Penerangan ringkas sesi ini

B . Apa itu seorang pejuang?

C . Merancang tindakan

A. Meningkatkan kesedaran

Penerangan ringkas sesi ini

Sesi ini bertujuan untuk memperkasakan para peserta untuk mengambil tindakan dan memberi sumbang saran idea-idea konkrit bagi meningkatkan kesedaran tentang kekurangupayaan

Objektif:

Pada akhir sesi ini para peserta akan dapat memberi idea-idea yang konkrit untuk meningkatkan kesedaran tentang kekurangupayaan .

Tempoh:

45 minit

Kaedah:

Perbincangan

Bahan-bahan:

Kertas carta

Proses

Langkah 1: Sumbang saran (30 minit)

Tanyakan berikut kepada kumpulan:

• Adakah komuniti (masyarakat kita) perlu mengubah pandangannya terhadap kekurangupayaan?

• Bagaimana kita mahu mengubah masyarakat?

• Bagaimana kita hendak meningkatkan kesedaran mengenai hak OKU supaya mereka turut serta sepenuhnya di dalam masyarakat kita?

Bincangkan satu senarai idea-idea untuk meningkatkan kesedaran tentang kekurangupayaan .

IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

Page 71: IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

68 Panduan Pembelajaran Untuk Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya

Langkah 2: Rumusan (15 minit)

Rumuskan dan sahkan idea-idea yang dibentangkan untuk meningkatkan kesedaran tentang kekurangupayaan . Minta para peserta pilih satu idea dan bangunkan strategi untuk mencapai perubahan yang nyata .

Kunci utama:

• Bersikap positif dan memberi semangat dalam pernyataan anda . Gunakan ungkapan membina seperti:

• Kita boleh buat!

• Semuanya tidak mustahil jika kita bersatu!

• Kita mampu melakukan perubahan sosial . Ia bergantung kepada diri kita!

• Jadi fleksibel dan ikut idea-idea kumpulan . Cuba beri sumbang saran beberapa contoh mudah beserta beberapa contoh yang lebih kompleks .

• Tekankan bahawa terdapat idea yang boleh dilakukan sendiri (contoh, melayan orang dengan hormat) dan ada idea yang berhasil jika dibuat secara berkumpulan (contoh, berbincang dengan sesuatu badan pendidikan supaya membenarkan pelajar OKU bersekolah) .

• Dapatkan sekutu dan teman .

• Siapkan rancangan . Tetapkan hasil tertentu yang ingin anda capai .

• Jelaskan apa yang boleh diubah dengan tindakan anda . Pilih beberapa tugas yang lebih mudah dicapai terlebih dahulu untuk mewujudkan trend positif dan semangat di kalangan orang lain .

Meningkatkan kesedaran tentang kekurangupayaan• Buat poster-poster menunjukkan manusia

sedang menikmati hak asasi yang turut melibatkan golongan OKU . Pamerkan di sekitar masyarakat anda . Tambahkan slogan sepertii “Keterangkuman untuk Semua!” di bahagian bawah pada poster .

• Bincangkan dengan keluarga dan kawan-kawan anda tentang hak OKU, termasuk kanak-kanak, dan apa yang anda pelajari daripada program ini .

• Tunjukkan kesedaran melalui tindakan . Jika anda terdengar seseorang memperkatakan tentang OKU tanpa rasa hormat, katakan sesuatu kepada mereka . Sentiasalah ingat untuk mendidik orang lain dengan hormat .

• Temui pemilik kedai, sekolah-sekolah, bangunan masyarakat dan minta mereka letakkan landasan atau jadikan bangunan mereka boleh diakses oleh semua orang .

• Wujudkan sebuah organisasi atau kumpulan yang melibatkan golongan OKU .

• Dokumentasikan pencabulan hak yang anda saksikan dalam masyarakat dengan cara yang selamat (contohnya, dengan merahsiakan nama mangsa) dan gunakan ini untuk meningkatkan kesedaran dan membawa perubahan .

• Jumpa pihak akhbar tempatan atau nasional dan minta mereka menulis laporan berkenaan hak OKU dan nilai keterangkuman .

• Buat satu berita atau ruang tentang hak OKU di dalam surat khabar tempatan .

• Pertahankan hak anda! Perjuangan untuk diri sendiri adalah cara paling berkesan untuk meningkatkan kesedaran . Capailah hak anda, berdikarilah, hidup dalam masyarakat, terlibat di sekolah dan memimpin melalui tauladan .

• Bersuara terhadap halangan-halangan dalam masyarakat dan cadangkan alternatif untuk mengubahnya .

• Wujudkan perkongsian dengan para pembuat keputusan untuk mendapatkan sekutu bagi perjuangan anda

Page 72: IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

69

B. Apa itu seorang advokat?

Penerangan ringkas sesi ini

Dalam aktiviti ini para peserta akan memahami maksud asas bagi perjuangan dan ciri-ciri seorang pejuang .

Objektif:

Pada akhir aktiviti ini para peserta akan dapat mengenal pasti unsur-unsur teras bagi perjuangan, termasuklah kesedaran tentang hak, kesedaran diri dan tindakan . Ciri-ciri utama pejuang akan diterokai dan para peserta akan diminta mengenal pasti cara yang menjadikan mereka pejuang .

Tempoh:

1 jam

Kaedah:

Perbincangan kumpulan besar

Bahan-bahan:

Papan hitam dan kapur atau kertas carta dan pen penanda

Proses

Langkah 1: Pengenalan (15 minit)

Beritahu kumpulan bahawa aktiviti ini akan menerokai perjuangan dan kepentingannya terhadap perubahan . Tanpa perjuangan dan tindakan, semua aktiviti dan perkara yang kita pelajari akan jadi sia-sia .Untuk mencapai kesamarataan, semua orang mesti bertanggungjawab untuk menjadi pejuang dan menghasikan perubahan .

Minta para peserta memberi secara sukarela sesuatu yang telah dipelajari dalam aktiviti-aktiviti lepas . Catatkannya untuk aktiviti berikutnya: Merancang tindakan .

Langkah 2: Perbincangan kumpulan besar (30 minit)

Berikan maksud perjuangan kepada kumpulan, tuliskan di papan hitam atau kertas carta dan bacakan dengan kuat .

Pembelaan ialah tindakan untuk menghasilkan perubahan yang positif . Ia sering melibatkan ramai orang dan/atau organisasi-organisasi yang bekerjasama ke arah matlamat bersama ke arah perubahan .

Nyatakan bahawa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu berusaha bersama negara-negara dan organisasi-organisasi untuk melaksanakan Konvensyen Mengenai Hak OKU . Minta peserta yang sukarela berkongsi matlamat bersama mereka . Catat jawapan pada papan hitam atau kertas carta .

Matlamat bersama: Untuk mewujudkan dunia yang sama rata bagi golongan OKU menikmati hak asasi dan kebebasan asasi sepertii orang lain . Untuk menyediakan rangka kerja perundangan bagi memperjuangkan dan mencapai hak-hak tersebut .

IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

Page 73: IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

70 Panduan Pembelajaran Untuk Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya

Nyatakan bahawa manusia boleh berjuang untuk diri sendiri (pejuang diri) atau untuk kawan-kawan mereka, keluarga dan masyarakat . Perjuangan boleh jadi secara individu atau bekerjasama melibatkan golongan OKU dan sekutu-sekutu mereka . Para pejuang perlu tahu hak-hak mereka, mengenali diri mereka sendiri dan komited serta sanggup mengambil tindakan untuk mencapai hak-hak tersebut .

Sumber: Human Rights, YES! Action and advocacy on the rights of persons with disabilities, Human Rights Resource Centre, 2007; sila layari <www .humanrightsyes .org> untuk maklumat lanjut

Minta para peserta bayangkan atau fikirkan usaha-usaha perjuanan mereka ataupun orang lain yang juga merupakan pejuang, seseorang yang telah mempertahankan hak-haknya dan melakukan perubahan .

Tulis perkataan “pejuang” di papan hitam atau kertas carta dan bulatkannya .

Tanyakan yang berikut dan catat jawapan pada papan hitam atau kertas carta:

• Apakah yang dilakukan oleh seorang pejuang?

• Apakah ciri-ciri seorang pejuang?

• Bagaimana seseorang dapat menjadi pejuang?

Contoh: Para pejuang

• Tidak mengejek atau mempermainkan golongan OKU

• Pertahankan diri sendiri dan/atau orang lain jika mereka melihat atau dilayan dengan tidak baik

• Pertahankan hak asasi manusia

• Ambil tindakan

• Anjurkan kumpulan untuk mengambil tindakan

• Mendengar

• Berkawan dengan semua jenis manusia

menghormati orang lainjangan menganaiya

orang lain

berkawan dengan semua jenis orang

ambil tindakan

dengarbekerjasama dengan orang lain

buat rancangan untuk berubah

pertahankan hak-hak mereka

seorang pejuangseorang pejuang

Page 74: IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

71

Langkah 3: Komitmen (15 minit)

Minta peserta lukis atau tulis pada papan hitam dan beritahu kumpulan:

“Saya seorang pejuang dari segi _____________________________ .”

Rumuskan maklum balas dan nyatakan bahawa kumpulan ini adalah kumpulan perjuangan . Dengan kerjasama, semua orang boleh mencipta perubahan dan menjadikan dunia ini lebih baik dan lebih saksama untuk semua orang, termasuklah golongan OKU . Aktiviti seterusnya akan membincangkan langkah-langkah untuk mengambil tindakan .

Kunci utama

• Semua orang boleh menjadi pejuang .

• Perjuangan adalah tentang mencipta perubahan dan membuat komitmen untuk mengambil tindakan .

• Anda boleh menjadi pejuang individu dalam kehidupan seharian dan anda boleh berkerjasama dengan kumpulan atau organisasi untuk berjuan .

• Untuk mewujudkan sebuah dunia yang saksama, kita perlu bersuara dan berjuang!

• Semua orang perlu bekerjasama .

C. Merancang tindakan

Penerangan ringkas sesi ini

Dalam sesi ini para peserta akan mengenal pasti perkara-perkara di mana perjuangan diperlukan, di mana perubahan yang nyata boleh dilakukan dan bagaimana untuk membuat rancangan tindakan bagi mencapai perubahan .

Objektif:

Pada akhir sesi ini para peserta akan dapat mengenal pasti langkah-langkah untuk merancang tindakan termasuklah mengenal pasti perkara-perkara untuk perubahan, mengumpul maklumat, mewujudkan langkah-langkah untuk bertindak, mengambil tindakan dan langkah susulan . Para peserta akan diminta berlakon untuk menjelaskan dan memperbetulkan perkara yang mahu diubah dan diminta komited untuk mengambil tindakan .

Tempoh:

2 jam 30 minit

Kaedah:

Perbincangan kumpulan besar, aktiviti kumpulan kecil dan pembentangan kumpulan kecil

Bahan-bahan:

Papan hitam dan kapur atau kertas carta dan pen penanda

IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

Page 75: IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

72 Panduan Pembelajaran Untuk Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya

Proses

Langkah 1: Pengenalan (15 minit)

Rujuk kepada senarai yang telah anda buat tentang apa yang telah dipelajari (LANGKAH 1) pada aktiviti yang lalu dan lihat semula maklum balas peserta tentang perkara yang telah mereka pelajari daripada aktiviti-aktiviti dalam buku panduan ini . Nyatakan bahawa aktiviti ini adalah tentang mengambil tindakan . Bahawa semua orang telah mengambil tindakan dengan menyertai aktiviti-aktiviti ini dan belajar tentang diri sendiri dan orang lain . Kini masanya untuk menggunakan apa yang dipelajari dalam kumpulan untuk mengambil tindakan dalam kehidupan seharian kita!

Setelah melihat senarai perkara yang telah dipelajari, minta peserta mengenal pasti topik-topik yang memerlukan perubahan . Contohnya, topik berkaitan hak OKU, seperti pendidikan, penjagaan kesihatan, sukan atau rekreasi . Para peserta boleh mengenal pasti halangan-halangan sepertii mendapatkan landasan yang sesuai di dalam kedai atau membenarkan kanak-kanak OKU bersekolah .

Catat pernyataan-pernyataan di papan hitam atau kertas carta .

Langkah 2: Langkah-langkah untuk tindakan (30 minit)

Ingatkan kumpulan bahawa perjuangan bermula dengan kesedaran tentang hak yang sama rata untuk semua dan kesedaran tentang diri sendiri . Perjuangan juga termasuk mengambil tindakan di berbagai peringkat (rumah, sekolah , masyarakat, kerajaan) .

Jelaskan pada kumpulan bahawa kerajaan yang meratifikasi Konvensyen mesti memantau perkembangan ke arah menunaikan janji-janji terhadap Konvensyen . Kerajaan mesti menghantar satu laporan bertulis tentang perkembangan ke arah melaksanakan Konvensyen . Golongan OKU, termasuk kanak-kanak, berhak untuk turut serta dalam laporan ini dan sebuah jawatankuasa di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu akan melihat laporan ini . Jawatankuasa ini akan membantu membimbing negara anda untuk melindungi hak OKU .

Beritahu para peserta bahawa mereka akan belajar langkah-langkah merancang tindakan, kemudian minta mereka bentuk kumpulan-kumpulan kecil untuk membuat rancangan tindakan tentang satu topik pilihan mereka (tunjuk pada pernyataan-pernyataan di papan hitam) .

Rancangan tindakan:

1. Apa yang ingin diubah?

a . Kenal pasti satu isu atau halangan yang ingin diubah oleh anda dan kumpulan anda .

b . Analisa perkara yang memerlukan perubahan . Adakah anda ingin mengubah:

i . Sikap?

ii . Halangan fizikal?

iii . Halangan berkenaan maklumat?

Page 76: IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

73

Di mana perubahan akan berlaku? Di peringkat:

iv . Kerajaan (contoh, undang-undang, polisi)

v . Masyarakat

vi . Khidmat kesihatan

vii . Sistem pendidikan

viii . Individu atau keluarga

2. Bersuaralah!

a . Jelaskan masalah atau halangan

i . Bagaimana ia menjejaskan hak asasi manusia?

ii . Apa yang terjejas?

iii Apakah yang mungkin menjadi puncanya?

b . Kaitkan masalah atau halangan ini dengan hak OKU menggunakan hak asasi manusia yang disebut dalam Konvensyen .

i . Apakah hak yang diabaikan?

c . Bagaimanakah ini menjejaskan kehidupan golongan OKU?

d . Bagaimanakah dengan menangani masalah ini dapat meningkatkan kehidupan golongan OKU?

e . Apakah tindakan khusus yang boleh diambil untuk menangani masalah ini?

f . Siapa yang perlu terlibat dalam mengambil tindakan ini?

Nota fasilitator: Kumpulan kecil akan berlakon pada ketika ini . Minta mereka melantik dua orang ahli untuk mengetuai masalah tersebut, sepertii seorang guru, anggota masyarakat atau pegawai daripada pihak berkuasa tempatan . Minta ahli kumpulan yang selebihnya merumuskan jawapan kepada soalan-soalan di atas dan terangkan masalah kepada orang yang bertangungjawab .

3. Mengumpul maklumat

a . Apakah undang-undang yang melindungi anda dan menyokong hak yang dinafikan?

b . Apakah statistik atau maklumat yang anda ada berkenaan hak yang dinafikan ini?

c . Kenal pasti sekutu-sekutu yang berpotensi (orang yang akan membantu dan menyokong anda untuk menyelesaikan masalah ini) .

c .i .Bagaimana anda boleh bekerjasama untuk mencapai matlamat anda?

d . Apakah langkah-langkah yang perlu untuk mengambil tindakan?

e . Siapa yang akan menyempurnakan langkah-langkah tersebut?

f . Bilakah langkah-langkah tersebut akan disempurnakan?

4. Pelan untuk tindakan

a . Gunakan lembaran pelan tindakan atau soalan-soalan daripada lembaran di penghujung aktiviti ini .

Nota fasilitator: Pelan tindakan boleh dilakukan dalam bentuk imej (contoh, lukisan) untuk orang muda yang tidak boleh menulis . Soalan-soalan boleh dibaca dengan kuat kepada kumpulan .

IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

Page 77: IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

74 Panduan Pembelajaran Untuk Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya

5. Mengambil tindakan

a . Kini tiba masa untuk mematuhi pelan tindakan dan mengambil tindakan . Laksanakan langkah-langkah yang telah dikenal pasti dan lakukan perubahan sosial!

6. Langkah susulan

a . Setiap langkah perjuangan perlukan langkah susulan . Jika kita tidak mengikuti perkembangan, maka matlamat kita tidak akan tercapai . Lihat soalan-soalan berikut sebagai tindakan susulan:

i . Sudahkah anda lengkapkan pelan tindakan? Apa yang berhasil? Apakah cabarannya?

ii . Jika matlamat anda tercapai:

1 . Apakah yang membantu anda berjaya?

2 . Bolehkah anda gunakan strategi yang sama untuk matlamat yang lain?

iii . Jika matlamat anda tidak tercapai:

1 . Apakah perubahan yang perlu dibuat pada pelan tindakan untuk mencapai matlamat anda?

2 . Adakah anda perlukan lebih banyak sumber? Ahli kumpulan? Sekutu? Adakah anda perlu kumpulkan lebih banyak maklumat?

3 . Apakah langkah-langkah untuk tindakan anda yang seterusnya? Adakah perkara lain yang perlu dilakukan?? Bagaimana cara anda mengekalkan matlamat anda?

Sumber: Human Rights, YES! Action and advocacy on the rights of person with disabilities, Human Rights Resource Centre, 2007 ; sila layari <www .humanrightsyes .org> untuk maklumat lanjut .

Langkah 3: Aktiviti kumpulan kecil (45 minit)

Minta para peserta membentuk kumpulan daripada empat atau lima orang ahli dan lengkapkan langkah satu hingga empat dalam mengambil pelan tindakan (yang dinyatakan di atas) .

Ingatkan kumpulan bahawa mereka boleh mulakan dengan langkah pertama ke arah masalah yang lebih besar dan tindakan dilakukan satu demi satu .

Berjalan ke sekeliling bilik dan bantu kumpulan melengkapkan langkah satu hingga empat .

Langkah 4: Pembentangan kumpulan kecil (1 jam)

Minta semua peserta masuk semula ke dalam kumpulan besar dan bentangkan pelan tindakan mereka . Minta mereka bincangkan setiap pelan tindakan yang dibuat .

• Adakah pelan tindakan tersebut munasabah? Adakah ia cukup sederhana untuk dilaksanakan?

• Adakah pelan tindakan tersebut boleh dilaksanakan? Adakah pelan tindakan tersebut mempunyai sumber (masa, wang, sekutu, maklumat) yang mencukupi untuk dilaksanakan?

Page 78: IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

75

Kunci utama

• Tindakan dibuat satu demi satu .

• Kerjasama dan permuafakatan sangat penting untuk melakukan perubahan .

• Setiap orang perlu komited untuk mengambil tindakan, walau hanya satu langkah kecil boleh mengubah sesuatu .

• Ingatlah bahawa bahagian/langkah anda adalah penting ke arah sesuatu yang lebih besar .

PELAN TINDAKAN PERJUANGAN

Kami syorkan satu Pelan Tindakan dilengkapkan bagi setap mesyuarat untuk setap kumpulan

Kumpulan Tindakan: ______________________________

Tarikh: ________

Perubahan yang perlu dilakukan

Tindakan Oleh siapa Sehingga bila

Sumber diperlukan

Tarikh tindakan

Susulan

Apa jenis perubahan yang perlu dilakukan bagi memperolehi hak dan kesama-rataan?

Siapa yang akan mengambil tindakan?

Bilakah tarikh tindakan akan dilakukan?

Bilakah tarikh tindakan akan dilakukan?

pakah sumber manusia, kewangan, dan bahan-bahan yang diperlukan untuk mengambil tindakan?

Bilakah tindakan telah dilakukan?

Apa berlaku kesan daripada tindakan tersebut?

IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

Page 79: IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

76 Panduan Pembelajaran Untuk Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya

Unit V: Maklumbalas anda adalah penting!Memandangkan anda telah berpeluang untuk belajar mengenai hak asasi manusia dan berbagai keupayaan, anda boleh membantu menjadikan dunia ini sebuah tempat yang menghargai semua orang kerana perbezaan masing-masing . Setiap orang mempunyai hak, termasuk golongan OKU!!

Sila nyatakan lima perkara yang anda pelajari dari panduan ini:

1) ______________________________________________________________________________

2) ______________________________________________________________________________

3) ______________________________________________________________________________

4) ______________________________________________________________________________

5) ______________________________________________________________________________

Apakah yang paling anda suka mengenai panduan ini?

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

Apakah yang anda tidak suka mengenai panduan ini?

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

Bagaimana kita boleh jadikan panduan ini lebih baik?

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

Page 80: IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

77

Beritahu kami! Apa pendapat anda tentang panduan ini?

Cemerlang Memuaskan Tidak Memuaskan

Secara keseluruhan (sepenuhnya)

Aktiviti kumpulan

Bahagian perjuangan

Gambar-gambar

Bahasa/ perkataan yang digunakan

Anda boleh poskan kepada:

UNICEFGender and Rights Unit3 UN Plaza, H7A New York, NY 10017, USA

Adakah perkara lain yang ingin

anda katakan tentangnya?

IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

Page 81: IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

78 Panduan Pembelajaran Untuk Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya

Istilah-istilah utama yang digunakan dalam panduan ini

Aksesibiliti ialah mempunyai akses kepada pengangkutan, tempat dan maklumat, dan tidak dinafikan akses kerana kekurangupayaan .

Perjuangan ialah tindakan untuk membuat perubahan positif . Ia biasanya melibatkan ramai orang dan / atau organisasi yang bekerjasama ke arah matlamat yang sama untuk perubahan .

Teknologi bantuan membantu anda melakukan perkara-perkara yang tidak mampu anda lakukan tanpanya, sebagai contoh, bersiar-siar di atas kerusi roda atau melihat cetakan yang lebih besar pada skrin komputer .

Perjuangan ialah tindakan untuk membuat perubahan positif . Ia biasanya melibatkan ramai orang dan / atau organisasi yang bekerjasama ke arah matlamat yang sama untuk perubahan .

Buli berlaku apabila seseorang itu kurang berdaya daripada orang lain dan disakiti dengan sengaja . Buli adalah satu bentuk penderaan dan boleh terjadi secara fizikal (memukul, menolak) atau ucapan/mental (ancaman, ejekan, penghinaan) dan biasa berlaku di sekolah . Kanak-kanak OKU lebih terdedah kepada perlakuan buli .

Penderaan kanak-kanak ialah sebarang bentuk kemudaratan yang dilakukan kepada kanak-kanak, termasuk pengabaian, keganasan fizikal, seksual atau mental oleh orang yang bertanggungjawab kepada mereka atau yang mempunyai kuasa atau kawalan ke atas mereka, dan yang boleh dipercayai oleh mereka .

Jawatankuasa adalah satu kumpulan yang dipilih untuk bekerjasama dan satu badan yang ditubuhkan untuk memastikan bahawa konvensyen dipatuhi oleh kerajaan .

Komunikasi boleh bermakna perkongsian maklumat, tetapi ia juga bermakna satu cara untuk membaca, bercakap atau memahami menggunakan multimedia, cetakan besar, Braille, bahasa isyarat atau seseorang membaca dengan suara yang kuat .

Komuniti ialah sekumpulan masyarakat yang tinggal di kawasan yang sama . Ia juga bermaksud masyarakat yang mempunyai minat atau tujuan yang sama .

Konvensyen ialah perjanjian oleh sekumpulan negara untuk mematuhi satu undang-undang yang sama . Apabila sesebuah negara menandatangani dan meratfikasi/memeterai (meluluskan) satu konvensyen, ia menjadi sebuah janji yang sah di sisi undang-undang dan menjadi panduan kepada tindakan kerajaan . Ia biasanya menyebabkan penyesuaian dan perubahan undang-undang sedia ada oleh kerajaan untuk menyokong matlamat konvensyen .

Reka bentuk untuk semua digunakan untuk membuat bangunan, program dan produk yang boleh digunakan oleh seramai yang mungkin, tanpa mengira tahap keupayaan atau kekurangupayaaan mereka .

Page 82: IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

79

Maruah ialah rasa hormat kepada diri sendiri sebagai seorang manusia . Dilayan dengan bermaruah bermakna dilayan dengan hormat oleh orang lain .

Diskriminasi bermakna layanan yang tidak adil terhadap seseorang atau kumpulan kerana bangsa mereka, agama, jantina, perbezaan lain atau kerana kekurangupayaan mereka . Ia juga termasuk penafian terhadap kemudahan yang wajar .

“Diskriminasi atas dasar kekurangupayaan” bermaksud layanan yang tidak adil kepada seseorang atau dikecualikan kerana mereka mempunyai kekurangupayaan .

Hak asasi manusia bermakna semua orang di dunia ini mempunyai perlindungan undang-undang untuk memastikan mereka dihormat, memiliki kebebasan dan peluang-peluang yang selayaknya sebagai manusia . Tiada sesiapa yang terkecuali . Setiap manusia mempunyai hak terhadap kehidupan dan harga diri . Kanak-kanak walau di mana sahaja mempunyai hak untuk mendapat makanan dan penjagaan kesihatan, hak untuk pergi ke sekolah dan dibenarkan untuk menyatakan perasaannya tanpa berasa takut .

Perangkuman bukan bermaksud memasukkan golongan OKU ke dalam struktur sedia ada, tetapi mengubah sistem untuk merangkumi semua orang . Masyarakat terangkum mengambil langkah-langkah untuk menyokong kanak-kanak di rumah, di sekolah dan dalam masyarakat . Apabila halangan wujud, masyarakat terangkum mengubah cara pendekatan mereka untuk memenuhi keperluan semua kanak-kanak .

Bilik darjah terangkum merujuk kepada kelas atau sekolah di mana pelajar-pelajar dengan semua tahap keupayaan dialu-alukan untuk belajar . Pelajar dengan dan tanpa kekurangupayaan belajar bersama-sama dalam persekitaran bersokongan yang menggalakkan pembelajaran untuk semua .

Ketaksamaan adalah satu keadaan yang tidak sama rata . Ketaksamaan bermakna terdapat perbezaan, yang juga merujuk kepada sesuatu yang mempunyai lebih atau kurang daripada sesuatu yang lain . Ketaksamaan kuasa bermaksud sesuatu yang mempunyai kuasa melebihi sesuatu yang lain .

Institusi adalah tempat di mana sekumpulan kanak-kanak (atau dewasa) hidup bersama dan dijaga oleh orang dewasa yang bukan sebahagian daripada keluarga sebenar mereka . Rumah anak yatim adalah sejenis institusi . Sesuatu institusi merupakan alternatif terakhir bagi kanak-kanak untuk membesar . Kanak-kanak hanya perlu dimasukkan ke dalam institusi jika tiada cara lain untuk menjaga mereka . Apabila kanak-kanak perlu pergi ke institusi, tempat ini mestilah selamat dan melindungi .

Bahasa ialah satu cara komunikasi yang digunakan oleh sekumpulan orang . Ia digunakan melalui ucapan, perkataan, isyarat atau cara yang lain .

Pendahuluan merujuk kepada perenggan pertama pengenalan kepada konvensyen . Ia menerangkan mengapa perlunya konvensyen .

Ratifikasi berlaku apabila konvensyen atau perjanjian yang ditandatangani secara rasmi diluluskan oleh negara tersebut dan menjadi undang-undang di negara itu .

Kemudahan yang munasabah bermakna membuat perubahan supaya anda boleh melakukan sesuatu dengan lebih mudah, contohnya, memasuki bangunan melalui tanjakan atau mengakses tingkat atas atau tingkat yang lebih rendah dengan

IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

Page 83: IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

80 Panduan Pembelajaran Untuk Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya

menggunakan lif . Menghormati antara satu sama lain bermaksud bersedia untuk menerima perbezaan orang lain walaupun mereka kelihatan berbeza daripada anda, mempunyai agama yang berbeza atau berasal dari daerah yang berbeza . Ia juga bermaksud melayan orang lain seperti mana anda mahu dilayan .

Model sosial kekurangupayaan memberi tumpuan kepada menghapuskan halangan yang dicipta oleh masyarakat atau persekitaran fizikal yang membataskan seseorang daripada menikmati hak asasi manusia . Ini termasuk menggalakkan sikap yang positif, mengubah bangunan supaya boleh diakses oleh semua dan memberi maklumat dengan cara yang dapat difahami oleh semua .

UNICEF ialah The United Natons Children’s Fund ( Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu) . Ia adalah sebahagian dari sistem di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang memperjuangkan hak kanak-kanak, kelangsungan hidup mereka, pembangunan dan perlindungan, untuk menjadikan dunia sebagai tempat yang lebih baik, lebih selamat dan selesa untuk kanak-kanak dan untuk kita semua .

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu adalah sebuah organisasi antarabangsa yang ditubuhkan oleh kerajaan 191 negara anggota yang bekerjasama untuk membawa keamanan dan keadilan kepada dunia . Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah diwujudkan pada tahun 1945 untuk mengelakkan peperangan masa hadapan, melindungi hak asasi manusia dan menyediakan tempat untuk semua negara di dunia berkumpul dan membincangkan persoalan penting dan masalah yang memberi kesan kepada semua orang .

Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia telah ditandatangani pada 10 Disember 1948 oleh semua negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk memastikan hak-hak kesemua manusia dilindungi . Walaupun ia bukanlah konvensyen, ia kini dianggap sebagai undang-undang antarabangsa .

Keganasan berlaku apabila seseorang menggunakan kekuatan atau kedudukan kuasanya untuk mencederakan orang lain secara sengaja, bukannya tidak disengajakan . Keganasan termasuklah ancaman keganasan dan tindakan yang mungkin boleh menyebabkan bahaya, juga yang memang mendatangkan mudarat . Kemudaratan yang berlaku mungkin melibatkan minda seseorang serta kesihatan dan kesejahteraannya, termasuklah tubuh badannya .

Page 84: IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

81

Lembaran 1:

Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Mengenai Hak OKU versi mesra kanak-kanakSumber: It’s About Ability, UNICEF, April 2008 .

Konvensyen ini membuat banyak janji-janji . Terdapat 50 artikel dalam Konvensyen yang menjelaskan dengan terperinci janji-janji ini . Bilamana kami menyebut ‘kerajaan’ di dalam muka surat selanjutnya, kami maksudkan kerajaan-kerajaan yang telah meratfikasi Konvensyen (juga dipanggil ‘Negara-negara pihak’) .

Artikel 1: TujuanArtikel ini meringkaskan objektf utama Konvensyen, iaitu untuk mempromosi, melindungi dan memastikan semua OKU termasuk kanak-kanak menikmati sepenuhnya hak asasi manusia dan kebebasan secara samarata .

Artikel 2: DefinisiArtikel ini menyenaraikan perkataan-perkataan yang mempunyai maksud tertentu di dalam Konvensyen ini . Contohnya, “bahasa” termasuklah perkataan yang dituturkan dan juga isyarat atau lain-lain bahasa bukan pertuturan . “Komunikasi” adalah termasuk bahasa, paparan teks, Braille (yang menggunakan titik-titik timbul sebagai huruf dan nombor), komunikasi dengan sentuhan, tulisan yang diperbesar dan multmedia boleh akses (sepertii laman sesawang atau audio) .

Artikel 3: Prinsip-prinsip umumPrinsip-prinsip (pegangan utama) Konvensyen ini adalah:a . Menghormati maruah sedia asa, kebebasan membuat pilihan sendiri dan kemerdekaan semua orang .b . Tidak berdiskriminasi (memperlakukan semua orang dengan adil) .c . Penglibatan dan perangkuman sepenuhnya di dalam masyarakat (menjadi sebahagian dari komuniti anda) .d . Menghormati perbezaan dan menerima golongan OKU sebagai sebahagian daripada k epelbagaian manusia .e . Peluang yang saksama .f . Aksessibiliti (mempunyai akses untuk pengangkutan, tempat-tempat dan

maklumat, dan akses tidak dihalang disebabkan anda seorang OKU) .g . Kesamarataan di antara lelaki dan perempuan (mendapat peluang yang sama

samada anda lelaki atau perempuan .h . Menghormati perkembangan kemampuan kanak-kanak kurang upaya dan hak mereka untuk memelihara identiti mereka (dihormati kerana kemampuan anda dan bangga dengan diri anda sendiri) .

Artikel 4: Kewajipan-kewajipan amUndang-undang yang mendiskriminasi OKU tidak patut wujud . Jika perlu, kerajaan patut menggubal undang-undang baru dan melaksanakannya untuk memelihara hak OKU . Jika undang-undang atau tradisi sedia ada mendiskriminasi OKU, kerajaan perlu mencari jalan untuk mengubahnya . Kerajaan patut mendapatkan nasihat daripada OKU termasuk kanak-kanak untuk membuat undang-undang dan polisi baru .

IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

Page 85: IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

82 Panduan Pembelajaran Untuk Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya

Artikel 5: Kesamarataan dan tidak berdiskriminasiKerajaan mengiktraf bahawa semua orang mempunyai hak untuk dilindungi oleh undang-gundang, dan undang-undang sesebuah negara adalah terpakai untuk semua orang yang tinggal di negara tersebut .

Artikel 6: Wanita kurang upayaKerajaan mengetahui wanita dan kanak-kanak perempuan kurang upaya menghadapipelbagai jenis diskriminasi . Kerajaan bersetuju untuk melindungi hak asasi dan kebebasan mereka .

Artikel 7: Kanak-kanak kurang upayaKerajaan bersetuju untuk mengambil tindakan yang sebaik mungkin supaya kanak-kanak OKU boleh menikmati semua hak asasi dan kebebasan yang sama seperti kanak-kanak lain . Kerajaan juga bersetuju untuk memastikan kanak-kanak kurang upaya boleh menyuarakan pandangan tanpa sebarang sekatan mengenai semuaperkara yang memberi kesan ke atas mereka . Apa yang terbaik untuk setap kanak-kanak haruslah sentasa diutamakan .

Artikel 8: Meningkatkan kesedaranKerajaan patut mendidik semua orang mengenai hak-hak, maruah, pencapaian dankemahiran OKU . Kerajan bersetuju untuk melawan stereotaip, prasangka, dan aktiviti-aktiviti yang boleh membahayakan OKU . Sekolah anda sebagai contoh, patut menggalakkan sikap hormat terhadap OKU walaupun di kalangan kanak-kanak yang masih kecil .

Artikel 9: AksesibilitiKerajaan bersetuju untuk membantu merealisasikan kemungkinan untuk OKU hidupberdikari dan menyertai komuniti masyarakat mereka . Mana-mana tempat yang dibuka kepada awam, termasuk bangunan, jalan, sekolah dan hospital, mestilah boleh diakses oleh OKU, termasuk kanak-kanak . Jika anda berada di bangunan awam dan memerlukan pertolongan, seorang pembimbing, pembaca atau juru bahasa isyarat professional perlu ada untuk membantu anda .

Artikel 10: Hak untuk hidupSetiap manusia dilahirkan dengan hak untuk hidup . Kerajaan telah memberi jaminan bahawa ini adalah benar dan sama rata untuk orang yang normal dan OKU .

Artikel 11: Situasi berisiko dan kecemasanOKU mempunyai hak yang sama seperti orang lain untuk dilindungi dan selamat semasa peperangan, darurat atau bencana alam, seperti ribut . Di sisi undang-undang anda tidak boleh dikecualikan daripada tempat perlindungan atau ditinggalkan sendirian kerana anda mempunyai kecacatan manakala yang lain diselamatkan .

Artikel 12: Kesamarataan di sisi undang-undangOKU mempunyai hak untuk menikmati ‘keupayaan di sisi undang-undang’ dengan cara yang sama seperti orang lain . Ini bermaksud, setelah anda meningkat dewasa, anda boleh melakukan perkara-perkara seperti mendapatkan pinjaman untuk belajar atau menandatangani pajakan untuk menyewa pangsapuri anda sendiri, tanpa mengira sama ada anda seorang OKU atau tidak . Anda juga boleh memiliki atau mewarisi harta .

Page 86: IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

83

Artikel 13: Akses kepada keadilanJika anda terlibat dengan sesuatu jenayah, sama ada menjadi mangsa, melihat orang lain menjadi mangsa atau dituduh melakukan sesuatu kesalahan, anda mempunyai hak untuk diperlakukan secara adil apabila kes anda sedang disiasat dan diselesaikan . Anda mestilah dibantu untuk bersuara dalam semua proses undang-undang .

Artikel 14: Kebebasan dan keselamatan seseorangKerajaan perlu memastikan bahawa kebebasan OKU dilindungi oleh undang-undang sama seperti orang lain .

Artikel 15: Bebas dari penyeksaan atau kezaliman, layanan atau hukuman yang tidak ber-perikemanusiaan atau menjatuhkan maruah .Tiada sesiapa pun boleh diseksa atau dihina atau dilayan dengan kejam . Semua orang mempunyai hak untuk menolak ujikaji saintfik atau perubatan .

Artikel 16: Bebas dari keganasan dan penderaanKanak-kanak kurang upaya perlu dilindungi daripada keganasan dan penderaan . Mereka tidak boleh dizalimi atau dianiaya di dalam atau di luar rumah mereka . Jika anda telah mengalami keganasan atau penganiayaan, anda mempunyai hak untuk mendapatkan bantuan untuk menghentikan penderaan tersebut dan untuk kembali pulih .

Artikel 17: Melindungi seseorangTiada siapa yang boleh melayan anda kurang daripada orang lain disebabkan keupayaan fizikal atau mental anda . Anda mempunyai hak untuk dihormati oleh orang lain seadanya .

Artikel 18: Kebebasan untuk berpindah dan kewarganegaraanSetiap kanak-kanak mempunyai hak kepada nama berdafar yang sah, kewarganegaraan dan, sebaik mungkin, hak untuk mengenali dan dijaga oleh ibubapa sendiri . Mereka tidak boleh disekat daripada memasuki atau keluar dari sesebuah negara kerana mereka kurang upaya .

Artikel 19: Hidup secara berdikari dan diterima dalam masyarakatRakyat mempunyai hak untuk membuat pilihan tentang di mana mereka tinggal, sama ada mereka kurang upaya atau tidak . Apabila anda meningkat dewasa, anda akan mempunyai hak untuk hidup berdikari dan untuk masyarakat anda jika anda mahu . Anda juga perlu mempunyai akses untuk perkhidmatan sokongan jika anda memerlukan bantuan untuk hidup dalam masyarakat, seperti penjagaan di rumah anda dan bantuan peribadi .

Artikel 20: Mobilit peribadiKanak-kanak OKU mempunyai hak untuk bebas bergerak dan berdikari . Kerajaan mesti membantu mereka berbuat demikian .

Artikel 21: Kebebasan bersuara dan memberi pendapat, dan akses kepada maklumatRakyat mempunyai hak untuk meluahkan pendapat mereka, untuk mencari, menerima dan berkongsi maklumat dan untuk menerima maklumat dalam bentuk yang boleh difahami dan digunakan oleh mereka .

IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

Page 87: IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

84 Panduan Pembelajaran Untuk Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya

Artikel 22: Menghormati privasiTiada siapa boleh masuk campur dalam hal peribadi individu lain, sama ada mereka kurang upaya atau tidak . Mereka yang mengetahui maklumat mengenai orang lain, seperti status kesihatan, tidak boleh mendedahkannya kepada umum .

Artikel 23: Hormat kepada tempat asal/akar umbi dan keluargaManusia mempunyai hak untuk hidup dengan ahli keluarga mereka . Jika anda seorang OKU, kerajaan perlu membantu keluarga anda dengan perbelanjaan, maklumat dan perkhidmatan yang berkaitan dengan kekurangupayaan tersebut . Anda tidak boleh dipisahkan daripada ibu bapa anda kerana anda seorang OKU! Jika anda tidak boleh tinggal dengan keluarga terdekat anda, kerajaan perlu membantu menyediakan penjagaan dalam lingkungan keluarga yang lebih jauh atau masyarakat . Golongan muda yang kurang upaya mempunyai hak yang sama seperti yang lain untuk mendapatkan maklumat kesihatan reproduktif dan hak-hak yang sama seperti orang lain untuk berkahwin dan memulakan keluarga .

Artikel 24: PendidikanManusia mempunyai hak untuk pergi ke sekolah . Anda tidak boleh dikecualikan daripada mendapat pendidikan atas sebab anda seorang OKU . Anda tidak sepatutnya dididik di sekolah-sekolah yang berasingan . Anda mempunyai hak untuk mendapat pendidikan dan kurikulum yang sama seperti kanak-kanak lain, dan kerajaan mesti memberi bantuan yang anda perlukan untuk merealisasikan perkara ini . Sebagai contoh, kerajaan mestilah menyediakan cara yang sesuai untuk anda untuk berkomunikasi supaya guru-guru memahami bagaimana untuk bertindak balas dengan keperluan anda .

Artikel 25 dan 26: Kesihatan dan pemulihanOKU mempunyai hak pada tahap dan kualiti yang sama untuk rawatan kesihatan yangpercuma atau berpatutan sebagaimana yang diperuntukkan kepada orang lain Jika anda seorang OKU, anda juga mempunyai hak untuk khidmat kesihatan dan pemulihan .

Artikel 27: Kerja dan pekerjaanOKU mempunyai hak yang sama untuk bekerja tanpa diskriminasi setelah mereka memilih pekerjaan secara bebas .

Artikel 28: Taraf kehidupan dan perlindungan sosial yang mencukupiOKU mempunyai hak untuk makanan, air bersih, pakaian, dan akses kepada penempatan tanpa diskriminasi . Kerajaan perlu membantu kanak-kanak kurang upaya yang hidup dalam kemiskinan .

Artikel 29: Penyertaan dalam bidang politik dan kehidupan masyarakatOKU mempunyai hak untuk mengambil bahagian dalam bidang politik dan kehidupanmasyarakat . Sebaik sahaja anda mencapai umur yang ditetapkan oleh undang-undang di negara anda, anda mempunyai hak untuk membentuk kumpulan, berkhidmat untukmasyarat, akses ke pusat mengundi, mengundi dan dipilih untuk jawatan di dalam kerajaan, sama ada anda seorang OKU atau tidak .

Page 88: IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

85

Artikel 30: Penyertaan dalam persatuan kebudayaan, rekreasi, riadah dan sukanOKU mempunyai hak yang sama seperti orang lain untuk mengambil bahagian danmenikmati bidang seni, sukan, permainan, filem dan lain-lain aktiviti yang menyeronokkan .

Artikel 31: Statistik dan pengumpulan dataNegara-negara mesti mengumpul data mengenai kekurangupayaan untuk membangunkan program-program dan perkhidmatan yang lebih baik . OKU yang menyumbang kepada penyelidikan mengenai kekurangupayaan mempunyai hak untuk diperlakukan dengan penuh hormat dan berperikemanusiaan . Sebarang maklumat peribadi yang mereka kongsi mesti dirahsiakan . Statistik yang dikumpulkan mestilah boleh diakses oleh OKU dan orang lain .

Artikel 32: Kerjasama antarabangsaNegara-negara harus membantu antara satu sama lain untuk memenuhi artikel konvensyen ini . Ini termasuklah negara-negara yang mempunyai sumber yang lebih banyak (seperti maklumat saintifik, teknologi berguna) berkongsi dengan negara-negara lain, supaya lebih ramai orang di dunia ini boleh menikmati hak dalam konvensyen ini .

Artikel 30-50: Peraturan mengenai kerjasama, pemantauan dan pelaksanaan KonvensyenKonvensyen mengenai Hak OKU mempunyai 50 artikel kesemuanya . Artikel 33 hingga 50 ialah mengenai bagaimana orang dewasa, terutamanya golongan kurang upaya dan organisasi mereka, dan kerajaan harus bekerjasama untuk memastikan semua orang kurang upaya mendapat kesemua hak mereka . Sila lihat teks artikel-artikel ini di <www .un .org/disabilities> .

IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

Page 89: IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

86 Panduan Pembelajaran Untuk Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya

Lembaran 2: Pelbagai jenis keupayaanSumber: Kakitangan Yang Berupaya; untuk maklumat lanjut lihat <www theablecrew org/interactive/blur htm>

Bolehkah anda membacanya?

Ini ialah Braille, kaedah yang digunakan secara meluas oleh orang-orang buta untuk membaca dan menulis . Pada permulaan anda melihat tulisan Braille, semua yang anda lihat (atau sentuh) adalah titik-titik yang bercampur aduk! Huruf Braille (susunan 1- 6 titik yang timbul) membentuk huruf abjad, tanda baca, nombor, dan segalanya yang anda boleh tulis di atas kertas .

Ini adalah mesej yang anda akan lihat jika anda mempunyai penglihatan yang baik .

Ini adalah bahasa isyarat .

Page 90: IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

87

Lampiran I:Petua-petua untuk perangkuman

Kekurangupayaan perkembangan / kognitif / pembelajaran

Kekurangupayaan ini mempunyai kepelbagaian yang luas dan kadangkala sukar untuk dilihat . Seseorang yang mempunyai kekurangupayaan pembelajaran biasanya mempunyai tahap kecerdasan yang sederhana atau melebihi tahap sederhana tetapi dalam masa yang sama mengalami kesukaran pembelajaran, mengingati dan menyampaikan maklumat . Kekurangupayaan pembelajaran wujud dalam pelbagai bentuk yang berbeza dan biasanya menjejaskan keupayaan seseorang untuk menyempurnakan tugas-tugas berkaitan persekolahan . Sesetengah kekurangupayaan kognitif boleh menjadi lebih teruk dan memberi kesan kepada daya pemahaman seseorang . Kekurangupayaan perkembangan juga merangkumi gangguan pada deria-deria, termasuklah autisma .

Petua-petua untuk perangkuman:

• Mempermudahkan bahasa atau menyatakan semula dan meringkaskan maklumat dalam pelbagai cara .

• Menggunakan visual untuk mewakili idea-idea abstrak .

• Memeriksa untuk memastikan bahawa seseorang itu memahami topik atau aktiviti yang perlu disempurnakan .

• Menggabungkan kerja amali sebagai rutin aktiviti pembelajaran .

Kecacatan pendengaran dan penglihatan

Lain-lain jenis kekurangupayaan termasuklah seseorang yang mengalami kehilangan separa atau sepenuhnya pendengaran atau penglihatan . Sesetengah orang dilahirkan dengan kecacatan (kongenital) dan manakala yang lain mendapatkannya di kemudian hari (mendatang) . Satu lagi istilah untuk kecacatan pendengaran adalah pekak manakala kecacatan penglihatan adalah buta .

Petua-petua untuk perangkuman:

• Menyediakan maklumat dalam pelbagai format . Sebagai contoh, sesetengah orang dengan kecacatan pendengaran menggunakan bahasa isyarat, membaca gerak bibir atau memilih maklumat dalam bentuk bertulis .

• Apabila bercakap dengan seseorang yang mempunyai kerosakan pendengaran, dapatkan perhatian mereka terlebih dahulu dan gunakan gerak isyarat apabila bercakap .

• Memberi penjelasan tambahan kepada orang-orang yang mempunyai kecacatan penglihatan . Jika anda menunjukkan gambar, terangkan rupanya . Jika anda menyampaikan teks, cuba disediakan di dalam tulisan Braille . Atau bacakan teks tersebut dengan kuat .

IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

Page 91: IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

88 Panduan Pembelajaran Untuk Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya

Kecacatan Mobiliti

Kekurangupayaan fizikal atau mobiliti biasanya merujuk kepada seseorang yang menggunakan peralatan bantuan seperti kerusi roda, tongkat atau anggota palsu .Golongan yang mempunyai kekurangupayaan fizikal mungkin mempunyai kesukaran untuk bergerak atau mengurus penjagaan diri .

Petua-petua untuk perangkuman:

• Pastikan kemudahan yang anda ingin gunakan boleh diakses . Elakkan tangga dan pastikan pintu cukup luas untuk laluan kerusi roda .

• Semasa aktiviti amali periksa jika ada sebarang kesukaran fizikal . Carikan pasangan jika mereka memerlukan bantuan .

• Tanya mereka untuk memastikan sebarang keperluan yang mereka perlukan . Kekal fleksibel dan sentiasa bersedia untuk menyesuaikan sebarang aktiviti dengan keupayaan yang berbeza .

Kekurangupayaan psiko-sosial

Contoh kekurangupayaan yang tidak kelihatan adalah kekurangupayaan psiko-sosial . Kategori ini termasuklah keadaan seperti gangguan bipolar, kemurungan dan banyak lagi .

Petua-petua untuk perangkuman:

• Merawat golongan tersebut dengan rasa hormat pada setiap masa dan masukkan pendapat dan pemikiran mereka dalam perbincangan .

• Benarkan mereka membuat pilihan dan autonomi semasa program, penyertaan yang fleksibel dan bincangkan apa keperluan mereka terlebih dahulu .

Page 92: IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

89

IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

Page 93: IANYA MENGENAI KEUPAYAAN

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:Bahagian Perlindungan Kanak-kanakBahagian Program, UNICEF

United Nations Children’s Fund (Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu)3 United Nations PlazaNew York, NY 10017, [email protected]

ISBN: 978-92-806-4433-3

© United Nations Children’s Fund (UNICEF)

Mei 2009