sinopsis lukisan

2
 Sinopsis Lukisan Tema : Keindahan Alam Semulajadi Tajuk : Peman dangan Senja Di Tepi Sungai. Lukisan ini menggambarkan pemandangan di tepi sungai pada waktu senja. Keindahan alam semulajadi bukan sahaja dapat dilihat pada waktu pagi dan siang malah  pemandangan alam semulajadi pada waktu senja juga sangat unik dan menarik. Pancaran senja matahari dapat dilihat mengubah warna-warna pemandangan kehidupan dimuka bumi ini. Seperti warna langit dan awan yang berwarna putih dan biru berubah menjadi kuning keemasan. Begitu juga dengan warna sungai dan tumbuhan yang terkena pancaran senja tersebut. Suasana ini hanya dapat dilihat pada waktu senja sahaja. Sungguh indah cipta Tuhan yang menjadikan alam ini. Pemandangan ini juga menggambarkan suatu tempat yang aman, damai, sunyi dan tenang. Tempat tinggal disebuah desa terpencil yang jauh daripada hiruk  pikuk bunyi bising kenderaan dan bunyi-bunyian hasil manusia. Kehidupan yang dikelilingi dengan tumbuh-tumbuhan yang menyegarkan pandangan mata, ditambah lagi dengan air sungai yang tenang melengkapkan keindahan alam semulajadi. Dilengkapi dengan jeti yang  boleh dijadikan tempat berehat, rumah desa yang comel dan pokok besar yang rendang. Keindahan alam semulajadi ini dapat memberikan inspirasi dan ketenangan jiwa dan mental kita dalam menjalani kehidupan.

Upload: dayangku-nurul

Post on 14-Oct-2015

315 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Sinopsis LukisanTema: Keindahan Alam SemulajadiTajuk: Pemandangan Senja Di Tepi Sungai.

Lukisan ini menggambarkan pemandangan di tepi sungai pada waktu senja. Keindahan alam semulajadi bukan sahaja dapat dilihat pada waktu pagi dan siang malah pemandangan alam semulajadi pada waktu senja juga sangat unik dan menarik. Pancaran senja matahari dapat dilihat mengubah warna-warna pemandangan kehidupan dimuka bumi ini. Seperti warna langit dan awan yang berwarna putih dan biru berubah menjadi kuning keemasan. Begitu juga dengan warna sungai dan tumbuhan yang terkena pancaran senja tersebut. Suasana ini hanya dapat dilihat pada waktu senja sahaja. Sungguh indah cipta Tuhan yang menjadikan alam ini. Pemandangan ini juga menggambarkan suatu tempat yang aman, damai, sunyi dan tenang. Tempat tinggal disebuah desa terpencil yang jauh daripada hiruk pikuk bunyi bising kenderaan dan bunyi-bunyian hasil manusia. Kehidupan yang dikelilingi dengan tumbuh-tumbuhan yang menyegarkan pandangan mata, ditambah lagi dengan air sungai yang tenang melengkapkan keindahan alam semulajadi. Dilengkapi dengan jeti yang boleh dijadikan tempat berehat, rumah desa yang comel dan pokok besar yang rendang. Keindahan alam semulajadi ini dapat memberikan inspirasi dan ketenangan jiwa dan mental kita dalam menjalani kehidupan.

Teknik:1. Kolaj: Pokok Menggunakan Crepe Paper. Dahan pokok Menggunakan ranting kayu. Atap dan jeti Menggunakan Kad Board.

2. Catan: Warna latar, rumput dan bahan ( kolaj ) Menggunakan warna plaka.

3. Capan: Air Sungai Menggunakan renyukan plastik.

4. Gosokan: Awan Menggunakan span.( Awan berwarna keemasan apabila terkena pancaran matahari senja )

5. Lukisan: Teknik lukisan digunakan ketika menghasilkan lakaran seperti rumah dan pokok.

Bahan:Cat plaka, kad board, span, berus, crepe paper,plastik,pallete, gam polystrine, pensel,