laporan lukisan
TRANSCRIPT
2.0 LAPORAN PEMERHATIAN LUKISAN KANAK-KANAK MENGIKUT
PANDANGAN VICTOR LOWENFELD
Peringkat Scribbling (2-4 tahun)
Gambar A Gambar B
Nama : Wajiha Nuzha Nama : Muhamad Adam
Tajuk : Kambing Biri-biri Tajuk : Rumah baru Adam
Gambar A merupakan lukisan kanak-kanak perempuan yang berumur 3 tahun.
Emosi yang ditonjolkan oleh pelukis melalui lukisannya ialah emosi yang ceria
kerana penggunaan warna yang digunakan berwarna-warni seperti kuning, biru
dan ungu. Hal benda yang ditonjolkan dalam lukisan ini ialah haiwan iaitu
kambing biri-biri. Terdapat juga beberapa orang dan serigala yang dilukis dalam
lukisan ini. Ini menggambarkan bahawa pelukis ingin menceritakan tentang satu
pertemuan antara serigala, kambing biri-biri dan orang. Berdasarkan lukisan ini,
dapat dilihat bahawa orang yang dilukis oleh pelukis dalam lukisan ini
merupakan lelaki. Hal ini dapat dikesan dengan lukisan orang yang dilukis tidak
mempunyai rambut panjang atau berpakaian seperti perempuan. Penggunaan
ruang dalam lukisan ini pula ialah ruang badan yang mana lukisan tidak
memenuhi seluruh kertas dan terdapat ruang hadapan, belakang, tengah dan
sisi. Alat dan bahan yang digunakan pula merupakan warna krayon.
Manakala gambar B pula merupakan lukisan kanak-kanak lelaki yang
berumur empat tahun. Emosi yang ditonjolkan oleh pelukis melalui lukisannya
ialah emosi yang ceria dan gembira kerana penggunaan warna yang digunakan
berwarna-warni seperti merah, hijau dan biru. Hal benda yang ditonjolkan dalam
lukisan ini ialah sebuah rumah. Rumah tersebut mempunyai tangga yang tinggi
dan terdapat rumput-rumput yang berwarna hijau. Ini menggambarkan bahawa
pelukis ingin menceritakan tentang gambaran rumah barunya yang baru dibuat.
Berdasarkan lukisan ini, dapat dilihat bahawa orang yang dilukis oleh pelukis
dalam lukisan ini merupakan perempuan. Hal ini dapat dikesan dengan lukisan
orang yang dilukis memakai tudung. Penggunaan ruang dalam lukisan ini pula
ialah ruang badan yang mana lukisan tidak memenuhi seluruh kertas dan
terdapat ruang hadapan, belakang, tengah dan sisi. Alat dan bahan yang
digunakan pula merupakan warna krayon.
Peringkat Preschematic (4-7 tahun)
Gambar A Gambar B
Nama : Nurzahirah binti Nasir Nama : Adam
Tajuk : Rumah Saya Tajuk : Ultraman
Gambar A merupakan lukisan kanak-kanak perempuan yang berumur tujuh
tahun. Emosi yang ditonjolkan oleh pelukis melalui lukisannya ialah emosi yang
ceria dan gembira kerana penggunaan warna yang digunakan berwarna-warni
seperti kuning, merah, hijau dan biru. Hal benda yang ditonjolkan dalam lukisan
ini ialah sebuah rumah. Rumah tersebut sangat cantik dan berwarna-warni. Ini
menggambarkan bahawa pelukis ingin menceritakan tentang gambaran
rumahnya. Berdasarkan lukisan ini, tidak terdapat jantina yang dikesan kerana
tiada unsur manusia ataupun haiwan yang dilukis. Penggunaan ruang dalam
lukisan ini pula ialah ruang lukis yang mana lukisan memenuhi seluruh kertas
dan tidak meninggalkan ruang yang kosong. Alat dan bahan yang digunakan
pula merupakan pensel warna.
Manakala gambar B pula merupakan lukisan kanak-kanak lelaki yang
berumur empat tahun. Emosi yang ditonjolkan oleh pelukis melalui lukisannya
ialah emosi yang bertenaga dan bersemangat kerana hal benda yang dilukis
oleh kanak-kanak ini merupakan sebuah robot perwira. Ini jelas menggambarkan
bahawa pelukis minat dengan aksi-aksi berlawan. Berdasarkan lukisan ini, dapat
dilihat bahawa robot yang dilukis oleh pelukis dalam lukisan ini merupakan robot
lelaki. Hal ini dapat dikesan dengan bentuk badan robot yang dilukis menyerupai
badan lelaki. Penggunaan ruang dalam lukisan ini pula ialah ruang badan yang
mana lukisan tidak memenuhi seluruh kertas dan terdapat ruang hadapan,
belakang, tengah dan sisi. Alat dan bahan yang digunakan pula merupakan
pensel.
Peringkat Schematic (7-9 tahun)
Gambar A Gambar B
Nama : Aily Natasha binti Abadi Nama : Caca
Tajuk : Keluarga Saya Tajuk : Selamat Hari Raya
Gambar A merupakan lukisan kanak-kanak perempuan yang berumur sembilan
tahun. Emosi yang ditonjolkan oleh pelukis melalui lukisannya ialah emosi yang
damai dan gembira kerana penggunaan warna yang digunakan merupakan
warna-warna sejuk iaitu warna hijau dan biru. Kegembiraan juga dapat
ditonjolkan pada senyuman orang-orang yang dilukis. Hal benda yang
ditonjolkan dalam lukisan ini ialah sebuah keluarga yang terdiri daripada pelukis,
adik, ibu dan bapanya. Mereka digambarkan berdiri di atas rumput yang
berwarna hijau. Ini menggambarkan bahawa pelukis ingin menceritakan bahawa
mereka sekeluarga sedang bersiar-siar. Berdasarkan lukisan ini, terdapat dua
jantina yang dikesan iaitu perempuan yang berambut panjang dan memakai
pakaian perempuan dan lelaki yang berambut pendek yang memakai pakaian
lelaki. Penggunaan ruang dalam lukisan ini pula ialah ruang lukis yang mana
lukisan memenuhi seluruh kertas dan tidak meninggalkan ruang yang kosong.
Alat dan bahan yang digunakan pula merupakan pensel warna.
Manakala gambar B pula merupakan lukisan kanak-kanak perempuan
yang berumur lapan tahun. Emosi yang ditonjolkan oleh pelukis melalui
lukisannya ialah emosi yang ceria dan gembira kerana hal benda yang dilukis
oleh kanak-kanak ini merupakan suasana sambutan Hari Raya yang mana
terdapat bunga api serta ucapan Hari Raya. Ini jelas menggambarkan bahawa
pelukis minat sangat menyayangi ibu dan bapanya dan semangat untuk
menyambut Hari Raya. Berdasarkan lukisan ini, jantina yang dapat dikesan
dalam lukisan ini ialah lelaki dan perempuan. Hal ini dapat dikesan dengan orang
lelaki yang dilukis menggunakan songkok dan perempuan yang dilukis
menggunakan tudung. Penggunaan ruang dalam lukisan ini pula ialah ruang
badan yang mana lukisan tidak memenuhi seluruh kertas dan terdapat ruang
hadapan, belakang, tengah dan sisi. Alat dan bahan yang digunakan pula
merupakan pensel warna.
Peringkat Dawning Realism / The Gang Age (9-12 tahun)
Gambar A Gambar B
Nama : Kelly Kiu Nama : Ivy
Tajuk : Saya Tajuk : Saya
Gambar A merupakan lukisan kanak-kanak perempuan yang berumur sembilan
tahun. Emosi yang ditonjolkan oleh pelukis melalui lukisannya ialah emosi yang
stabil dan riang kerana penggunaan warna yang digunakan merupakan warna-
warna ceria iaitu warna merah dan kuning. Hal benda yang ditonjolkan dalam
lukisan ini ialah diri pelukis itu sendiri. Dia digambarkan seseorang yang
memakai kaca mata. Ini menggambarkan bahawa pelukis ialah seoarang yang
rabun. Berdasarkan lukisan ini, jantina yang dapat dikesan iaitu perempuan. Hal
ini kerana orang yang dilukis memakai baju dan skirt perempuan dan rambut
yang panjang. Penggunaan ruang dalam lukisan ini pula ialah ruang badan yang
mana lukisan tidak memenuhi seluruh kertas dan terdapat ruang hadapan,
belakang, tengah dan sisi. Alat dan bahan yang digunakan pula merupakan
pensel warna.
Manakala gambar B juga merupakan lukisan kanak-kanak perempuan
yang berumur sepuluh tahun. Emosi yang ditonjolkan oleh pelukis melalui
lukisannya ialah emosi yang agak sedih dan muram kerana penggunaan warna
yang digunakan merupakan warna suram iaitu hitam dan raut wajah yang
ditonjolkan pada hal benda dalam lukisan ini ialah wajah sedih dan muram.
Mungkin pelukis ingin menceritakan bahawa dia sedang mempunyai masalah
yang dihadapi. Berdasarkan lukisan ini, jantina yang dapat dikesan iaitu
perempuan. Hal ini kerana orang yang dilukis mempunyai rambut yang panjang.
Penggunaan ruang dalam lukisan ini pula ialah ruang badan yang mana lukisan
tidak memenuhi seluruh kertas dan terdapat ruang hadapan, belakang, tengah
dan sisi. Alat dan bahan yang digunakan pula merupakan pensel.
Peringkat Pseudonaturalistic / Reasoning (12-14 tahun)
Gambar A Gambar B
Nama : Faris Nama : Ainin Sofiya
Tajuk : Pemandangan Dalam Laut Tajuk : Kampungku
Gambar A merupakan lukisan kanak-kanak lelaki yang berumur empat belas
tahun. Emosi yang ditonjolkan oleh pelukis melalui lukisannya ialah emosi yang
stabil dan riang kerana penggunaan warna yang digunakan merupakan warna-
warna ceria iaitu warna kuning dan merah muda. Hal benda yang ditonjolkan
dalam lukisan ini ialah seorang perempuan yang menyerupai ikan duyung. Ini
menggambarkan bahawa pelukis sedang melukis pemandangan dalam laut.
Berdasarkan lukisan ini, jantina yang dapat dikesan iaitu perempuan. Hal ini
kerana orang yang dilukis memakai baju perempuan dan memakai tudung.
Penggunaan ruang dalam lukisan ini pula ialah ruang badan yang mana lukisan
tidak memenuhi seluruh kertas dan terdapat ruang hadapan, belakang, tengah
dan sisi. Alat dan bahan yang digunakan pula merupakan pensel warna.
Manakala gambar B pula merupakan lukisan kanak-kanak perempuan yang
berumur dua belas tahun. Emosi yang ditonjolkan oleh pelukis melalui lukisannya
ialah emosi yang tenang dan damai kerana penggunaan warna yang digunakan
merupakan warna-warna alam yang sejuk iaitu warna hijau. Hal benda dalam
lukisan ini ialah sebuah rumah yang dikelilingi oleh tumbuh-tumbuhan seperti
pokok-pokok. Pelukis ingin menggambarkan suasana rumah di kawasan
kampung. Berdasarkan lukisan ini, tidak terdapat jantina yang dikesan kerana
tiada unsur manusia ataupun haiwan yang dilukis. Penggunaan ruang dalam
lukisan ini pula ialah ruang lukis yang mana lukisan memenuhi seluruh kertas
dan tidak meninggalkan ruang yang kosong. Alat dan bahan yang digunakan
pula merupakan pensel warna.
Peringkat Period If Decision / Adolescent Art In High School (14-17 tahun)
Gambar A Gambar B
Nama : Fendi Nama : Syafiee
Tajuk : Riuh Tajuk : Rama-rama
Gambar A merupakan lukisan kanak-kanak lelaki yang berumur lima belas
tahun. Emosi yang ditonjolkan oleh pelukis melalui lukisannya ialah emosi yang
riuh kerana jelas ditonjolkan raut wajah orang yang dilukis agak berlainan. Hal
benda yang ditonjolkan dalam lukisan ini ialah seorang lelaki yang ingin
mengeringkan kasutnya menggunakan mesin basuh dan ibunya yang sedang
memerhatikannya. Berdasarkan lukisan ini, terdapat dua jantina yang dikesan
iaitu perempuan yang mempunyai sanggul rambut dan memakai baju kurung dan
lelaki yang berambut pendek yang memakai pakaian lelaki. Penggunaan ruang
dalam lukisan ini pula ialah ruang badan yang mana lukisan tidak memenuhi
seluruh kertas dan terdapat ruang hadapan, belakang, tengah dan sisi. Alat dan
bahan yang digunakan pula merupakan pensel.
Manakala gambar B pula merupakan lukisan kanak-kanak perempuan
yang berumur tujuh belas tahun. Emosi yang ditonjolkan oleh pelukis melalui
lukisannya ialah emosi yang ceria kerana penggunaan warna yang digunakan
merupakan warna-warni seperti warna hijau, kuning, merah, ungu dan biru. Hal
benda dalam lukisan ini ialah seekor rama-rama yang sedang hinggap di atas
sekuntum bunga. Berdasarkan lukisan ini, tidak terdapat jantina yang dikesan
kerana tiada unsur manusia yang dilukis. Penggunaan ruang dalam lukisan ini
pula ialah ruang lukis yang mana lukisan memenuhi seluruh kertas dan tidak
meninggalkan ruang yang kosong. Alat dan bahan yang digunakan pula
merupakan pensel warna.