seramik islam

Upload: nor-adilah-norazlimi

Post on 16-Jul-2015

327 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

SERAMIK / TEMBIKAR ISLAM

DISEDIAKAN OLEH : IMAS NUR AMALIYANA BT ZAINAL SITI ZAKIAH HANIM BT RABAEI NOR ADILAH BT NORAZLIMI

PENDAHULUAN Seramik - diambil dari perkataan bahasa Inggeris (ceramic ) berasal dari Yunani. Merujuk kepada semua bentuk tanah liat. Tanah liat traditional, yang dijadikan barangan tembikar (pottery ), batu bata, tile, dan seumpamanya, bersama dengan simen dan kaca. Secara sejarah, barangan seramik adalah keras, poros, dan mudah pecah.

Kesenian Seramik Pada Zaman Awal Islam (Abad ke 2 abad ke 8) Tembikar yang mempunyai sentuhan halus dan bersinar-sinar, licin berkilat dan berwarna yang diperkenalkan di Mesir ketika awal kurun ke-4. Mempunyai ciri-ciri keunikan tersendiri yang mana terdapat batu permata biru yang diadun dengan serbuk kelabu yang licin kemudiannya dibentuk kuarza. Dikenali sebagai Tembikar Mesir. Penemuan cari gali di kawasan masyarakat Parsi bahagian Dura Eropah di persisiran Sungai Tigris dan beberapa bahagian empayar Mesir pada zaman tersebut.

Contoh Seramik Jar Monochrome GlazedTelah wujud pada abad ke-2 hingga ke-3.Tembikar ini Mempunyai tiga pemegang dengan bermotifkan corak bertali.

Amphora Monochrome Glazed.Merupakan bekas penyimpan bahan cecair. Dipercayai mempunyai penutup bekas, malangnya tidak ditemui kerana ahli arkeologi hanya menemui serpihan penutupnya sahaja

Amphora Monochrome Glazed Tembikar ini berwarna hijau gelap dan bersinar yang wujud pada abad ke-3 dan ke-4 Ditemui di Syria dan Iran pada awal pemerintahan Sasanian. Keunikan yang terdapat pada tembikar ini ialah tembikar ini mempuyai ukiran seperti tabir pada bahagian atas dan mempunyai dua garisan pada badan tembikar tersebut.

Kesenian Seramik Pada Zaman Pemerintahan Kerajaan Umayyah Maklumat mengenai kesenian seramik pada zaman Umayyah adalah sangat terhad. Walau bagaimanapun, para arkeologi mendapati seni seramik pada zaman Umayyah adalah legap dan tidak bersinar. Namun ada juga ditemui beberapa tembikar membuktikan kewujudan tembikar yang bersinar pada zaman Umayyah.

Contoh seramik Jar Monochrome Glazed Telah wujud pada abad ke-7 hingga ke-8 pada era zaman pemerintahan Umayyah. Terdapat empat pemegang pada tembikar dan mempunyai corak yang ringkas. Tembikar ini juga berkilat namun kurang menyerlah berbanding dengan tembikar yang dihasilkan pada zaman sebelum mahupun selepasnya.

Jar berwarna biru ini ialah Bottled Yellowish White earthen merupakan bekas penyimpan cecair dan berwarna kekuningan

Pitcher Monochrome GlazedIni dipercayai telah wujud pada zaman pemerintahan Umayyah pada abad ke-7 hingga ke-8. Bekas air ini juga ditemui di Iran atau Iraq.

Pilgrim Flask Monochrome Glazed Ditemui di Iran atau Syria. wujud pada abad ke-7 hingga ke-8. Digunakan untuk menyimpan air oleh para jemaah haji. Terdapat juga sentuhan ukiran halus di badan bekas air tersebut. Bowl Monochrome Glazed With Carved Decoration merupakan mangkuk leper yang mempunyai ukiran di sekelilingnya. Dikatakan wujud pada zaman pemerintahan Umayyah pada abad ke-7 hingga ke-8.

Small Bowl With Carved Decoration And Coated With A Green Lead Glazed. Terdapat ukiran dedaun yang berwarna hijau di sekeliling mangkuk kecil tersebut. Selain itu mangkuk ini juga telah dihasilkan pada abad ke-7 hingg ke-8. Pelita Unglazed Pottery Lamp With Moulded Decoration Yang ditemui di Syria dan Byzantine pada abad ke-5 hingga ke-7.Rekaan unik ini mempunyai 3 lubang sumbu untuk nyalaan api. Juga terdapat ukiran yang menarik di sekeliling pelita ini.

Unglazed Pottery Lamp With Moulded Decoration merupakan salah satu pelita yang juga digunakan pada dinasti pemerintahan Umayyah pada abad ke-7 hingga ke-8. Terdapat sedikit kemajuan dari segi rekaan bentuk. Dipercayai dihasilkan di Syria atau Mesir.

Kesenian Seramik Pada Zaman Pemerintahan Kerajaan Abbasiyah Kesenian seni seramik semasa pemerintahan kerajaan Abbasiyah melibatkan beberapa buah negara iaitu di Iran, Iraq dan Asia Tengah pada awal abad ke-9 hingga awal abad ke-11. Ciri-ciri yang membezakan seni seramik pada masa ini dengan sebelumnya ialah seramik yang berbentuk objek legap kuning dan putih bersinar. Mereka juga memperkenalkan ukiran yang berkilat di atas seramik. Selain itu, ukiran-ukiran yang dihasilkan juga mengaitkan dengan kepercayaan keagamaan. Terdapat pengaruh dari China kerana adanya corak yang bermotifkan tompokan atau percikan di atas seramik yang dihasilkan.

Terdapatnya beberapa teknik mahupun skill yang mengkelaskan jenis seramik yang dihasilkan. Antaranya ialah: 1) Nishapur Polychrome Wares 2) Black On White Wares 3) Polychrome On White Wares 4) Wares With a Coloured Ground Slip 5) Yellow-Staining Black Wares 6) Wares Imitating Luster

Nishapur Polychrome Wares merupakan seramik yang terdapat ketika pemerintahan Zaman Abbasiyah. Pinggan ini mempunyai lukisan bermotifkan pahlawan atau pemimpin yang berani pada zaman tersebut. Wujud pada abad ke-9 hingga awal abad ke-11. Ciri-ciri yang ada pada seramik pada masa ini juga, objek dikatakan merupakan objek legap dan bersinar

Bowl Opaque With Glazed dikelaskan dalam kumpulan Black On White Wares. Ciri yang menarik terdapat pada seramik ini ialah, tulisan khat Kufi berwarna hitam telah ditulis di atas bekas yang berwarna putih. Selain itu objek legap ini kelihatan berkilat dan bersinar.Seramik kelas ini dihasilkan pada abad ke-10 di Iran atau Nishapur di bawah pemerintahan Abbasiyah.

Black On White Wares jelas dapat dilihat dengan adanya khat Kufi menghiasi jug tersebut.

Kesenian Seramik Pada Zaman Pemerintahan Kerajaan Fathimiyah Kesenian seni seramik pada zaman ini menggunakan teknik warna serta ukiran yang berkilat. Terdapat juga unsur-unsur dari Negara China dan diadaptasi ke dalam teknik seni ukiran seramik pada ketika itu yang bermula pada akhir abad ke-10 hingga abad ke-12. Tembikar dengan ukiran yang bersinar dihasilkan dengan meluas pada abad ke-11 dan ke-12. Pada ketika ini, seni seramik yang dihasilkan banyak menjurus kepada motif ikon wanita, haiwan, tulisan serta ukiran yang timbul malah rekaan baru juga dapat dikenalpasti.

Ukiran haiwan iaitu burung yang timbul pada permukaan jag tersebut. Ukiran atau tebukan dibuat pada permukaan atas tembikar sebagai hiasan selain mempunyai empat pemegang

Terdapat corak daun di atas permukaan tembikar. Selain mempunyai warna biru yang berkilat. Tembikar ini terdapat di Mesir pada abad ke-12. Objek ini merupakan lampu pelita yang menggunakan minyak tanah yang digunakan pada zaman pemerintahan Fathimiyah.

Kesenian Seramik Pada Zaman Pemerintahan Kerajaan Seljuk Mangkuk ini dinamakan Lobed Bowl, Fragmentary, Seljuk White Ware With Moulded Decoration Showing Human Heads. Mangkuk ini dihasilkan pada abad ke-12 dan dikeluarkan di Iran atau Kashan.

Pedestal Bowl, Coated With a Green Glazed With Moulded an Applique Decoration terdapat di Iran pada abad ke-12 di bawah pemerintahan Kerajaan Seljuk. Terdapat ukiran muka panglima ataupun pemimpin di bahagian tengah mangkuk.

Ewer Coated With a Dark Cobalt, Blue Glazed With Moulded Decoration. Terdapat ukiran gambar wanita atau ratu di sekeliling tembikar tersebut. Tembikar berwarna biru ini diperbuat daripada batu permata biru dan berkilat. Dihasilkan pada zaman pemerintahan Seljuk pada abad ke-12 di Iran.

Semasa pemerintahan Kerajaan Saljuk, selain daripada menghasilkan tembikar sebagai bekas penyimpan mereka juga ada menghasilkan arca dekorasi bagi menghias kediaman mahupun istana. Arca yang dihasilkan adalah berbentuk haiwan yang bergabung dengan jisim manusia.

Pada masa pemerintahan Seljuk, mereka juga berkeupayaan menghasilkan tembikar yang bersaiz besar. Large Jar Moulded And Painted Deco, With Brownish Green Lustre In The Monumental Style. Tembikar yang bersaiz besar ini dikeluarkan oleh Iran dan Kashan pada abad ke-13.

Jug Luster Painted Birds, Animals and Inscriptions Pada zaman ini, pereka seramik telah menggabungkan beberapa unsur iaitu lukisan haiwan,tumbuhan dan juga memasukkan unsur khat kaligrafi bagi menampakkan tembikar tersebut sempurna. Dikatakan wujud di Iran pada abad ke-13.

Kesenian Seramik Pada Zaman Pemerintahan Kerajaan Mamluk Masyarakat pada masa ini bukan sahaja mampu menghasilkan tembikar mahupun lampu pelita malah mereka juga telah menghasilkan jubin dinding dan jubin lantai. Negara yang menjadi penyumbang pada kesenian tersebut ialah Syria dan Damsyik pada abad ke-15

Corak jubin yang menjadi kegemaran mereka pada masa itu ialah berunsurkan tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan. Panel of nine tiles painted in black blue turquoise and green under clear glaze terdapat di Syria atau Damsyik pada abad ke15.

Jar blue and white ini terdapat di Syria pada zaman dinasti Mamluk, rekaan corak terbaru dapat dikenal pasti selain tembikar juga mempunyai sentuhan halus dalam corak yang dihasilkan. Pedestal bowl, fragmentary, Mamluk Sgraffiato, decorated with a six lobed flower and a star ini terdapat di Mesir pada abad ke-14 hingga ke-15.

Kesenian Seramik Di Andalus Seni seramik di Andalus bermula dari abad ke-15 hingga abad ke- 18. Tidak banyak diceritakan namun masyarakat pada masa itu telah mencapai tahap kesenian yang begitu membanggakan. Bowl luster painted showing a flying bird. Mengekalkan ciri-ciri haiwan iaitu burung yang terbang dan berkilat. Terdapat pada abad ke-17 hingga ke-18 di Andalus

Albarello painted in luster and cobalt blue, hampir menyamai tembikar yang dihasilkan pada zaman kerajaan Seljuk. Namun apa yang membezakan ciri tersebut ialah tembikar yang menyerupai tajau ini dihasilkan daripada bahan kimia (logam) yang berwarna biru dan berkilat.Dihasilkan di Andalus pada abad ke-15.

Kesenian Seramik Pada Zaman Pemerintahan Uthmaniyyah Rekaan seni seramik pada zaman pemerintahan Uthmaniyyah mempunyai ciri-ciri dan paduan warna yang luar biasa. Rekaan yang mereka telah hasilkan pada zaman tersebut adalah hampir menyerupai ciri dan rekaan yang ada pada hari ini. Kesenian seramik pada masa ini meliputi Turki pada abad ke-16 hingga ke-19.

Dish Painted in Polychrome, Turkey . Dilukis dengan corak yang mempunyai gabungan pelbagai warna dengan bermotifkan daun atau pokok sebagai dekorasi. Telah wujud pada abad ke16 di Iznik. Flask, Polychrome Painted di Turkey atau Kutahya pada abad ke-18.

Seramik berbentuk jubin yang wujud pada zaman pemerintahan Mughal, India Selain daripada tembikar, seni ukiran seramik juga diaplikasikan dalam bentuk jubin untuk menghiasi keindahan istana pada era pemerintahan Mughal di India. Seramik pada zaman ini mempunyai pengaruh daripada zaman Uthmaniyyah. Salah satu daripadanya ialah, sekeping jubin yang bermotifkan dedaun dan bungaan yang halus. Seramik Islam yang berwarna biru dan putih yang jarang ditemui menampilkan pengaruh China yang kuat dari Dinasti Ming dalam kerajaan Mughal pada abad ke-17 dan abad ke-18.

Jubin ini dicat dalam bentuk berkilau yang mewah dengan warna orange, hijau, ungu biru dan sedikit warna biru dan kuning. Jubin daripada kerajaan Mughal sangat jarang ditemui. Jubin jenis yang sama boleh ditemui di makam Qutbuddin Baktiyar Kaki di Mahrauli dekat Delhi. Ianya telah dipasang semasa pemerintahan Shah Jahan yang sukakan motif bunga-bungaan.

Tembikar yang berbentuk bulat, mempunyai muncung, dicat dengan warna biru yang bersinar serta bermotifkan bunga dan dedaun, mempunyai pemegang yang sangat menarik berbentuk haiwan. Ketinggian tembikar ini ialah 12 inci (31.8cm).

Kesenian Seramik di Nusantara. Labu Sayong adalah nama yang sinonim dengan bekas tembikar yang boleh digunakan untuk menyimpan air bagi kegunaan minuman. Secara tidak langsung, ianya juga merupakan salah satu kesenian seramik yang terdapat di Nusantara Ia terbahagi kepada saiz, warna pembakaran, jenis atau bentuk serta samada kegunaan perhiasan atau tujuan minuman. Labu Sayong untuk kegunaan bekas minuman terbahagi kepada dua iaitu Bakar Hitam dan Bakar Merah

Seramik di kepulauan Indonesia Seramik Sendok Naga dengan email hijau tipis buatan zaman Dinasti Han, yang ditemukan di Kalbar. Tembikar berkuping dua Dinasti Han, ditemukan di Pendagri, pantai timur Sumatra.

Seramik berlukiskan naga dan Phoenix di Singkawang, Kalimantan Barat Porselen Tiongkok masa silam di Muzium Jakarta.

KESIMPULAN Penghasilan seramik telah bermula sejak dari zaman pra awal Islam. Namun begitu seramik pada zaman tersebut hanya digunakan sebagai perkakas penting semata-mata. Penghasilan seramik telah berubah mengikut citarasa dan keprcayaan pada zaman masingmasing. Keunikan seramik tidak dinafikan kerana sentuhan halus yang terdapat padanya membuktikan bahawa ketamadunan dan pemikiran manusia semakin berkembang dari semasa ke semasa.

TERIMA KASIHPENSYARAH: HJ YAACOB BIN HJ ATAN